Oleh |
dilema memilih antara 2 tawaran |
fairouz84
Warga Rasmi Menyertai: 31.12.2008 Ahli No: 36578
Posting: 7
Dari: shah alam
|
Posting pada: 31-12-08 15:28
salam pembaca semua, saya dalam dilema untuk memilih antara dua tawaran pekerjaan pertengahan januari ni. antara tutor di UHTM atau engineer di TNB setiap pekerjaan ni saya telah lihat mendalam menarik dan apa yang kurang dan akhirnya setiap satu ini ada sebab utama mengapa saya masih tak dapat buat keputusan TNB - saya nak mengejarkan bidang kerjaya yang penuh dengan teknikal, saya tidak puas hati sekadar teori sahaja. - terlibat dengan bidang teknikal dapat saya pergunakan semua yang telah saya belajar. - pendapat saya, saya ingin terlibat dengan swasta kerana dunia yang lebih mencabar dan dapat memajukan diri. - tetapi hidup yang sentiasa berpindah dan terpaksa tinggalkan rumah. UTHM - saya juga ada minat mengajar tetapi mahukan pengalaman kerja teknikal. - saya ada rumah dan tanah yang ditinggalkan kosong 35km dari UTHM, dapat lah saya tolong jagakan rumah dan usahakan tanah pusaka tersebut. *rumah yang saya sebutkan tadi adalah rumah arwah ayah tinggalkan, keluarga telah berpindah ke shah alam dan rumah tersebut kini tinggal kosong juga tanah sekelilingnya. saya rasakan tanggungjawab sebagai anak lelaki untuk mengambilalih rumah tersebut. saya telah buat solat istikharah dan sentiasa berdoa agak diberikan petunjuk, tetapi masih belum dapat keputusan. harap pembaca kalian dapat meluangkan masa sedikit untuk membantu saya, terima kasih
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 31-12-08 15:34
'rumah yang saya sebutkan tadi adalah rumah arwah ayah tinggalkan, keluarga telah berpindah ke shah alam dan rumah tersebut kini tinggal kosong juga tanah sekelilingnya. saya rasakan tanggungjawab sebagai anak lelaki untuk mengambilalih rumah tersebut.' kalau begitu baik ambil tawaran jadi tutor saja.
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 31-12-08 15:36
ana rasa better kerja nga tnb first... gain more experience dan knowlegde is better then Kalau dah ada pengalaman at least 3-4 years... nati senang Kalau nak apply apa jua bidang lecturer or tutor ni... believe me....just my opinion saja
|
zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.06.2004 Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan
|
Posting pada: 31-12-08 16:01
salam.. bagi pendapat ana, jikalau anta di alam keraguan lebih-lebih lagi cofiuse, lebih baik lah mengadap yang Esa dengan mengerjakan solat sunat Istikharah..itu saja jalan yang terbaik...  ----------------- ilmu itu penyuluh hidup
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 31-12-08 16:11
sekarang ni terpulang pada fairouz84.. kata org, tepuk dada tanya selera.. yang mana saudara lebih berat, pilih lah yang itu... sentiasa buat solat istikharah supaya dapat petunjuk... semoga berjaya...
|
mujahid007
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak
|
Posting pada: 31-12-08 16:25
salam...ana setuju dengan sasuken-kun.... better kerja dengan tnb dulu.... perancangan tetap kena ada, jadi kita kena rancang lah juga..kerja dengan tnb,cari pengalaman, then rancang lah untuk menjadi tutor dan jadikan kerjaya tetap.... masa yang di ambil itu pastinya akan dapat mengajar anda dalam kehidupan dan mengatur kehidupan..... ingatlah, kita merancang,ALLAH pun merancang,tetapi perancangan ALLAH itu lebih baik... disini setiap perancangan itu ALLAH yang tentukan jadi atau tidak, namun kita sebagai manusia kena sentiasa merancang untuk masa2 depan, tidak boleh berputus asa..... keputusan hari ini adalah penentu masa depan... selamat berjuang dan semoga berjaya!!!  ----------------- Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingi
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 31-12-08 17:01
sebab Kalau di ikutkan pengalaman dan pengamatan ana.. kebanyakan lecturer or tutor yang ana pernah jumpa... most of them kerja more to technical work cari pengalaman... then dari situ meraka boleh apply apa yang mereka kerja dulu dengan apa yang bakal diajar dalam kelas.....it`s more practical
|
mujahid007
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak
|
Posting pada: 31-12-08 17:06
Pada 31-12-08 17:01 , sasuke-kun posting:!!! QUOTE !!! sebab Kalau di ikutkan pengalaman dan pengamatan ana.. kebanyakan lecturer or tutor yang ana pernah jumpa... most of them kerja more to technical work cari pengalaman... then dari situ meraka boleh apply apa yang mereka kerja dulu dengan apa yang bakal diajar dalam kelas.....it`s more practical ya..tepat sekali!!!!!!!!!!!!! ----------------- Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingi
|
NoZaBiZz
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.10.2006 Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai
|
Posting pada: 31-12-08 17:56
hmmm... better jadi engineer tnb agaknya. sebab kembali kepada asal pemilihan kos adalah untuk menjadi engineer kan... pas dah puas jadi engineer, boleh lah jadi lecturer pula. pas itu boleh berbakti pada tanah... tak lari tanah dikejar. then, kalau anta rasa istikharah itu kurang berkesan, ana cadangkan anta buat solat sunat taubat. ia lebih membersihkan hati dan hati yang tenang dan bersih itu boleh berfikir dengan saksama.. wallahu'alam...
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 31-12-08 18:59
kedua-duanya pun ada pro & cons... lihat dr aspek agama..mesti mudah.. jika ianya baik untuk diri & agama, dapat meningkatkn ketaqwaan..pilihla.. contohnya bila kerja, agama tak diabaikan..no problem. insyaAllah, Allah akan mencukupkan mana-mana yang kurang dikemudian nanti..
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 31-12-08 20:23
adakah dengan bekerja dengan tutor tidak dapat pengamalan teknikal? kalau ini sebbnya saya rasa tak....saudara fairuz84. tak semestinya anda bekerja sebagai tutor takkan dapat pengamalan teknikal... saya rasa kalau jadi tutor anda dapat pelbagaikan pengalaman teknikal. anda....tak perlu fokus kepada satu bidang.... awak boleh melibatkan diri didalam bidang research untuk menambah pengalaman dalam bidang teknikal.... jika jadi tutor....
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 31-12-08 20:30
Tengok pada kebolehan diri sendiri. Jika anda memang seorang yang genius atau sangat berkebolehan dalam teori lebih baik jadi pensyarah sahaja kerana ilmu dan kebolehan yang ada itu boleh membantu anda menjadi lecture yang bagus. Tapi jika anda hanya isi borang dan kebtulan dapat offer sebagai lecture sedangkan bukan anda minat sangat atau hanya melepaskan batuk ditangga lebih baik masuk ke alam pekerjaan dahulu. Mudah-mudahan pengalaman anda bekerja menjadikan satu memori yang indah atau sebagai bantuan pengajaran di masa hadapan. apa pun tahniah kerana mendapat tawaran yang baik.
|
are_dik
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.11.2004 Ahli No: 12567
Posting: 93
Dari: student
|
Posting pada: 31-12-08 21:14
bagi pendapat analakan, lebih baik sOlat istikharah...
|
alan36963
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 7711
Posting: 71
Dari: TeMpAt mENcArI iLMu..
|
Posting pada: 31-12-08 22:06
Saya sendiri pelajar UTHM pelajar mekanikal.. Pada penadapat saya baik kerja dulu sebab nanti boleh btau pelajar UTHM tentang pengalaman kerja dan kat mana aplikasi subjek tu.
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 31-12-08 22:23
salam. saudara fairoz, ini namanya ujian. Allah nak uji awak dengan pilihan yang sukar. memandangkan saudara dah solat istikharah, setahu saya, mana yang hati saudara rasa paling baik itu juga petunjuk. Namun jika pendapat peribadi saya, lebih baik jadi tutor. selain saudara rasa lebih berat nak jaga rumah dan tanah pusaka, tutor tu boleh mengembangkan teori yang saudara ada. setahu saya, tutor (biasanya jadi pensyarah) masih terlibat dengan teknikal. ye lah, kalau ada penemuan baru melibatkan kajian2. seorang pensyarah tu.. perlu buat kajian nya dalam bentuk praktikal dan bukan di atas kertas saja. hehehe itu lah pendapat peribadi saya.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 31-12-08 22:39
hehe..teringat pulak tajuk dilema memilih antara dua muslimin.. kepada yang suruh dia buat solat istikharah tu, ni mesti kes tak baca dan mengamati dengan benar ni... bagi saya, dua stand saya dalam hal ini.. first, pendapat amira_aqilah tu sangat bagus..setiap perkara, nilaikannya dengan neraca agama...yang mana lebih memudahkan awak untuk berbakti kepada agama...kita ada tanggungjawab yang tak pernah berkesudahan, sebagai khalifah yang menegakkan agama islam..sebagai pendakwah..sekurang˛nya biarlah ada perkara ke arah usaha dakwah yang kita lakukan walaupun ia kecil.. second, tanya fatwa hati, hati sebenarnya pasti akan cenderung kepada satu arah..itulah jawapan istikharah..jawapan istikharah bukanlah hanya mesti mimpi dan nampak jalan tu secara terang dengan jelas, tapi lebih kepada kecondongan hati ke satu arah.. wallahua'lam..
|
mrad
Warga Rasmi Menyertai: 07.12.2008 Ahli No: 36217
Posting: 19
Dari: perlis
|
Posting pada: 31-12-08 22:58
 , hamba ingin mencelah, buat sahabat namanya fairuz, kedua-duanya peluang tu memang ada pro and cons. Izinkan hamba tambah their pro and cons lagi bukan untuk serabutkan kepala tetapi agar mantap pemilihan. Tnb walapupun engineer kena tengok didepartment mana diletakkan, kalau disesetengah department bagus jugak islamicnya tetapi beberapa keadaan ada jugak mencabar prinsip terutamany yang kena deal dengan tender and supplier. Tutor - kekadang terlalu letih dijadikan suruhan oleh lecturer tetapi cukup baik untuk batu loncatan sambung master and jadi lecturer. Berkaitan kerja dulu after that masak 'u' bagus jugak tetapi lagi elok masuk 'u' bukan sebagai tutor but as a lecturer so mesti ada master. Sebebnarnya jawapan itu dah ada pada diri kita sendiri, slepas nekad atas sesuatu keputusan tak perlu menyesal teruskan dan tawakal kepada Allah kerana kedua-duanya kerja itu tak pun menjuruskan kepada perkara yang haram. Ok
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 01-01-09 01:02
salam. pada pendapat peribadi saya pula ialah, kerjakan tanah terbiar tu dengan penternakan cacing ataupun lintah. bila dah banyak jualkan kepada pembekal. boleh dapat untung lagi tinggi dari gaji kerja tutor ataupun engineer TNB tu. ataupun usahakan tanah terbiar tu dengan buka padang futsal.kenakan bayaran kalau ada yang nak main.pastikan suasana dan tempat selesa.lepas tu slowly buka stesyen minyak ataupun outlet makanan segera.RFC pun ok juga.biarkan ianya berkembang lama kelamaan. then cari tanah kosong kat tempat lain usahakan pula sampai lah berjaya membina empayar perniagaan seperti Berjaya Groups ataupun company besar yang lain. ataupun buat sahaja sebagai rumah sewa. hihihi...terpulang kepada empunya diri wallahu'alam ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
hati_suci83
Warga 2 Bintang Menyertai: 31.12.2008 Ahli No: 36571
Posting: 52
Dari: perak
|
Posting pada: 01-01-09 01:11
semuanya terpulang pada hati..ekut gerak hati awak 2 insyaAllah awak akan tahu yang mana satu pilihan awak..good Luck!
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 01-01-09 02:00
Sekiranya dapat kerja TNB di Batu Pahat atau Kluang maka boleh terima tawaran tutor tu sekali sebab tutor tak sepenoh masa kan? WA
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-01-09 12:26
ok jugak cadangan trouver_99. Sebab bukan senang nak dapat peluang kejakan tanah sendiri.Selain dari usahakan penternakan,pertanian pun bolehh.Bukankah pertanian itu satu perniagaan?...tanah fairoz kat mana?kalau kat area2 selangor ni boleh lah ana sewa...mana tau impian ana nak usahakan penternakan/pertanian terlaksana.  .sesiapa yang ada tanah pusaka memang satu bonus,sebab sekarang tanah mahal.So,hargailah tanah anda.Kalau Fairoz nak teruskan niat jadi totor/engineer, mungkin tanah tu boleh disewakan.Atau pun pakat adik-beradik usahakan tanah tu.
|
humaira13
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.12.2008 Ahli No: 36484
Posting: 31
Dari: Klang,selangor
|
Posting pada: 01-01-09 13:07
TNB - saya nak mengejarkan bidang kerjaya yang penuh dengan teknikal, saya tidak puas hati sekadar teori sahaja. - terlibat dengan bidang teknikal dapat saya pergunakan semua yang telah saya belajar. - pendapat saya, saya ingin terlibat dengan swasta kerana dunia yang lebih mencabar dan dapat memajukan diri. - tetapi hidup yang sentiasa berpindah dan terpaksa tinggalkan rumah. UTHM - saya juga ada minat mengajar tetapi mahukan pengalaman kerja teknikal. - saya ada rumah dan tanah yang ditinggalkan kosong 35km dari UTHM, dapat lah saya tolong jagakan rumah dan usahakan tanah pusaka tersebut. *rumah yang saya sebutkan tadi adalah rumah arwah ayah tinggalkan, keluarga telah berpindah ke shah alam dan rumah tersebut kini tinggal kosong juga tanah sekelilingnya. saya rasakan tanggungjawab sebagai anak lelaki untuk mengambilalih rumah tersebut. saya telah buat solat istikharah dan sentiasa berdoa agak diberikan petunjuk, tetapi masih belum dapat keputusan. ******************************************* pada pendapat. saya.. untuk dapat jurusan teknikal.. sekarang pun bukan mudah apa kata awak trskn m'nlh.. pekerjaan di TNB... di kemudian hari selepas awak menimba pengalaman insya Allah... awak boleh.. bertukar ke medium perguruan.. sekadar.. memberi pendapat... selen tu minta petunjuk.. PADANYA....
|
fairouz84
Warga Rasmi Menyertai: 31.12.2008 Ahli No: 36578
Posting: 7
Dari: shah alam
|
Posting pada: 13-01-09 23:57
terima kasih dengan pendapat semua, anda telah meluangkan masa agak lama bagi membantu saya, terima kasih. pilihan yang telah saya buat adalah memilih tutor dan sekarang sedang lanjutkan lagi pelajaran. mengikut pendapat seorang kawan saya, dia berkata, mungkin jawapan solat istikharah yang saya buat tu berada pada orang2 di sekeliling saya, kerana kesemua saudara dan kenalan, ada yang bekerja dengan TNB dan juga dengan universiti amat menggalakkan saya memilih tutor, saya tawakal dalam pilihan saya ni dan redha dengan apa yang berlaku. alhamdulillah, saya sekarang tiada masalah dan gembira dengan keadaan sekarang ni, terima kasih dengan semua yang telah membantu, insyaAllah ada peluang saya bantu anda pula
|
adieq85
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.08.2008 Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi
|
Posting pada: 14-01-09 07:52
hmm..yang engineer TNB pun bagus juga..gaji ok kat TNB..dalam masa setahun pun maybe dah boleh guna kereta besar..kebanyakan org TNB yang berjawatan ni senang juga lah hidupnya..sebab abang-abang saya pun org TNB..tapi yang kena tinggal rumah selalu tu lah tak bestnya.. tutor ni..mungkin tak mencabar diri fairouz84 lah..saya nampak minat saudara ni lebih kepada engineer tu..bidang teknikal..sebab yang kena jaga rumah tu ok juga.. kalau masih tak dapat petunjuk dari solat istikharah tu, ikutlah gerak hati..yang mana lebih kuat, tu lah petunjuknya..kalau pilih kat TNB tu, rumah pusaka tu masih boleh dijenguk sekali sekala..yang penting, keseronokan & minat pada kerjaya pilihan kita.. fikir-fikirkanlah..
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 19-02-09 14:48
 ...Tumpang kat sini saja ek...Tak perlu buka topik baru...  Sebelum ni saya ada mohon jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dengan SPA dan Majlis Perbandaran Nilai(MPN)...Minggu lepas keputusan temuduga SPA keluar dan alhamdulillah saya berjaya...Sekarang ni tengah tunggu surat tawaran...Tapi baru sebentar tadi MPN telefon saya suruh datang jumpa Dato' YDP...Dia nak tahu saya nak bekerja ke tak...Jadi yang mana satu patut saya terima...Minta pendapat kawan-kawan sekalian...  -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
Faizah_Azlan
Warga 2 Bintang Menyertai: 12.02.2009 Ahli No: 37142
Posting: 44
Dari: Kulai, Johor
|
Posting pada: 19-02-09 16:13
salam... tahniah lah fairouz sebab pilih tutor tu... mgajar tu banyak pahalanya... semoga terus berjaya...
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 19-02-09 16:18
Pilih lah kerjaya yang paling anda minati 110%,atau berbincang dengan keluarga,saudara,kawan-kawan..kemudian beristikharah untuk memohon semoga Allah sentiasa bersama anda..bukan beristikharah menanti jawapan saja..nampak anda macam minat sangat nak bekerja dengan TNB..tanah tu boleh anda uruskan dengan membahagikan masa dengan bijak..kerja-kerja juga,tapi urusan yang harus uruskan tetap berjalan,atau minta tolong adik beradik sama-sama jagakan dan usahakan.. ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|