Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 181
Ahli: 0
Jumlah: 181




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Suara Hatiku
Topik: sayu hati ini...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» sayu hati ini...

Please Mendaftar To Post


Oleh sayu hati ini...

darosa
Warga Rasmi
Menyertai: 03.09.2008
Ahli No: 34767
Posting: 11

Kedah  


posticon Posting pada: 03-09-08 13:58


Assalamualaikum :bunga:

Baru-baru ni ana berpeluang untuk ke "Family Day 08" anjuran tempat kerja...

Ana terserempak dengan kawan lama ana..Setahu ana, kawan ana tu dapat sambung belajar ke salah sebuah IPTA di Malaysia.,
kawan ana tu, ex-sekolah agama..
Dia suka bagi tazkirah..best sangat..

Tapi, apa menyedihkan ana.. :-(
Ketika ana jumpanya, dia bersama seorang gadis..
Ana pasti dia belum mendirikan masjid
Ke mana saja pergi, mesti berdua..

Ana bukannya apa, ana sedih sangat..
Ramai yang pandang serong kat dia..
Bila terserempak dengannya, dia cepat-cepat ke tempat lain..
Ana dah rasa kurang respect kat dia..

sebenarnya..
dia bakal pendidik..
yaitu mendidik anak bangsa untuk mendalami tentang agama..

Apa yang harus ana lakukan? :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For darosaProfil   Hantar PM kepada darosa   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 14:59


manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan...bersama-samalah kita mendoakan agar mereka dapat mendirikan masjid dengan seberapa segera...doakan yang terbaik bagi mereka...

**sebenarnya saya pun dah tengok kes macam ini juga depan mata saya sendiri..apapun mereka lakukan hope mereka cepat bertaubat dan sedar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 15:17


Assalamualaikum... if you can slowtalk to your freind... just go ahead... but if u feel hard to tell to them, ask other person that close to them to advise them... i think it will help...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

darosa
Warga Rasmi
Menyertai: 03.09.2008
Ahli No: 34767
Posting: 11

Kedah  


posticon Posting pada: 03-09-08 16:22


syukran jazilan...

sebenarnya,. ana dah tak tahu nak buat apa..
nak contact pun susah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For darosaProfil   Hantar PM kepada darosa   Quote dan BalasQuote

lelaki_5585
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2008
Ahli No: 34924
Posting: 35

thailand   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 15:57


Assalamualaikum,

darosa!, smuga Allah memberikan sedara kita itu petunjukNya. Amin...... Ketahuilah sedaraku darosa, setiap ungkapan2 yang sering kita lemparkan atau perkatakan akan diuji kembali keatas diri kita. terutama kepada para da'e. Setelah benar-benar diuji oleh Allah, ketika itulah kita tahu sama ada kita ini telah berjaya atau sebaliknya.

Berkenaan dengan ex-sekolah agama darosa, saya begitu ingin berfikir dari sudut lain, iaitu semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah telah menguji ex-sekolah agama darosa. setiap perubahan yang telah berlaku tersebut pastinya ada punca atau sebab2 tertentu sehingga terjadi sedemikian rupa.
Walaubagaimanapun seseorang yang berbakat seperti ini haruslah diperbaiki, diperbetulkan, ditarbiah oleh seseorang yang lebih beliau hormati yang mempunyai kebijaksanaan didalam berhujah dan memberi nasihat.

Persoalan disini adalah, ex-sekolah agama darosa ini agak sukar untuk dihubungi, apatah lagi untuk darosa membantu beliau.

Oleh itu, Duhai sahabat2ku, duhai sedara2 seagamaku, marilah sama-sama kita mendoakan semuga Allah memberi petunjuk kepada Kawan Darosa ini. kerna sayang sekali seseorang yang mempunyai bakat seperti beliau dipersia2kan begitu sahaja.

semoga Allah merahmatimu duhai Darosa kerna diatas kebimbangan keatas sahabatmu itu. Amin..............

daripada HambaNya yang kerdil.
andainya ada silap dan salah didalam coretan ini mohon dimaaafka. wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lelaki_5585Profil   Hantar PM kepada lelaki_5585   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 12-09-08 16:45


Assalamualaikum
hmm...macam ada kait mengait dengan tajuk² berkenaan lepasan sekolah agama ni....memang selalu isu ini timbul..

persoalan yang paling utama perlu dirungkai semula..bagaimana kita menjalani hidup kita..apakah tarbiyah kita dalam kehidupan seharian kita...cukupkah hanya dengan bersekolah di sekolah agama di suatu ketika dahulu...mantapkah hanya dengan sentiasa memberi tazkirah selalu pada waktu dedolu..semuanya itu akan mampu menjadi pendinding selama² lamanya pada diri kita...

jawapannya tidak...

kerana iman ini hakikatnya seperti bateri...memang benarlah kata yang tertulis di baju "Iman Inside"..sejibik macam Intel Inside..yang sentiasa perlu direcharge dari semasa ke semasa..iman tidak akan sentiasa stabil..tak akan sentiasa mendatar..malah amat sukar untuk naik jika tiada usaha pentarbiyahan diri dilaksanakan dalan kehidupan harian..umpama bateri Energizer..bateri yang paling hebat pun tetap akan sampai masanya, dia kong...kalau bateri tu bukan jenis rechargeable, alamatnya..habislah terus tenaganya..tapi beruntung jika ia jenis yang rechargeable..boleh dibawa ke mana² charger..carge semula..isian penuh..supaya dia kembali pada parasa asalanya..begitulah iman kita...

berbalik kepada kawan anda tu, tak dinafikan memang kita akan bersikap skeptikal apabila memandang suatu perubahan daripada yang baik kepada yang buruk..memang patut kita bersedih..namun, fikirkan sejenak..apakah agaknya punca dia menjadi begitu...dunia tidak pernah selamat, dalam keadaan hari ini yang penuh pancaroba..iman yang senipis kulit bawang itu amatlah rapuh, dan hanya itulah jugak benteng diri yang perlu kita pertahankan..faktor luar sangat banyak mempengaruhi...saya rasa tidak anda seorang yang berdepan dengannya..malah ramai lagi, hatta diri saya sendiri..malah saya akui terkadang saya jugak terjatuh ke dalam 'lubang yang dalam', sehingga merasakan tiada cahaya yang mampu membantu saya pulang...sungguh benarlah kata lelaki_5585, ujian buat seorang daie lebih besar..

maka apa yang boleh saya katakan disini, berdoalah agar dia kembali kepada pangkal jalan, mengikut syariat dan sunnah...kerana boleh jadi dia tersesat kerana tiada siapa yang membantunya di luar...mog dengan doa kita tu, Allah memberikan hambaNya bantuan yang tidak kita sedari..

dan berdoalah jugak agar kita terpelihara daripada menjadi sebegitu..kerana diri kita sendiri tidak pernah bebas daripada belenggu kiri kanan depan atas kita yang sentiasa merantai..melainkan kita senantiasa menjadikan Allah sebagai pedoman kita...ingatlah, syaitan itu telah memohon kepada Allah agar ditangguhkan sebentar azab ke atasnya dan dipanjangkan umurnya sehingga ke hari akhirat lantas dapat menyesatkan manusia..dan memanglah itu misinya sehingga dia berjaya menyesatkan kita dari jalan kebenaran..

dan ingatlah jugak, bahawa sesungguhnya nafsu itu..sehingga 2 kali dimasukkan ke dalam neraka selama 1000 tahun pun, masih tidak mahu mengakui bahawa Allah adalah Tuhannya..selepas kali ketiga barulah dia mengakui Allah itu Tuhannya..

janganlah bencikan dia..bencikan perbuatannya sehingga kita berazam tidak mahu menjadi sepertinya..insyaAllah..

P/S : peringatan buat diri yang lalai :-(



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

jannahnobel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2007
Ahli No: 31060
Posting: 80
Dari: Bumi Allah_mencari ilmu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 16:55


jannah di sini pun rasa terkilan....

tengok kawan-kawan yang ex-sekolah agama...

sem 1 pakai tudung dan bju bsar....
makin bertmbah sem makin kecik saiz tudung dan baju...
walaupun jannah bukan lpasan sek agama...jannah rasa tak suka sngat tengok kawan-kawan yang jadi macam ini...

entahlah...bila pkir...ya ALLAh minta aku dijauhkan dari jadi sebegitu...amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannahnobelProfil   Hantar PM kepada jannahnobel   Quote dan BalasQuote

lelaki_5585
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2008
Ahli No: 34924
Posting: 35

thailand   avatar


posticon Posting pada: 13-09-08 17:44


Assalamualaikum,

Duhai saudara2ku dan sahabatku yang dikasihi Allah.s.w.t kehendaknya.

Begitu ramai yang meluahkan rasa kecewa, terkilan, menyampah, benci dan sebagainya terhadap para ex sekolah agama ini. Ya!! tak salah.. andainya yang dibenci itu adalah "perangainya" itu yang telah berubah.

Tetapi, itu tidak mengubah apa-apa duhai sedara2ku. Apa kata sama-sama kita memikirkan cara-cara untuk menangani serta membendung permasalahan yang sebegini. Semuga dengan itu, dapatlah kita semua cuba sama-sama berusaha menggunakan teknik2 dan strategi2 bernas yang akan dicadangkan oleh hamba2 Allah di forum ini kehendaknya.

Oleh itu, barangsiapa yang mempunyai idea, sila nyatakan supaya dapat kita semua berkongsi. ini kerana untuk mengajak mereka secara biasa sudah tentu tidak dapat. sebab mereka ini semua serba sedikit sudah memahami ilmu agama.

Yang mempunyai idea, silakan........ Yarhamkumullah wabarakumullahukhairan.... Amin...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For lelaki_5585Profil   Hantar PM kepada lelaki_5585   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 12:43


hmm... jika sukar meluahkan teguran secara lisan... cuba melalui penulisan pula...
darosa punyai kenalan yang mengenali akan teman itu...?
minta pertolongan kenalan... tapi tidaklah perlu menceritakan akan segala yang terjadi.,..
mungkin boleh tolong dapatkan imelnye.. atau apa-apa yang boleh menghubungkan darosa dan teman...

atau mungkin darosa boleh meminta pertolongan orang yang beliau segani dan hormati untuk mengingatkan dia akan kesilapan yang sedang dia lakukan...

mugnkin dia terlupa, terleka sebentar akan nikmat keindahan dunia...

jangan memandangnya sebagai org tak-skol agama.. itu hanya sekolahnya... ilmu jika tak diamalkan, tak jadi apa... jadinya...sebolehnya, berusahalah untuk menegurnya... agar nanti, pabila kita terlupa, akan ada orang yang mengingatkan kita...

p/s: walau apa pun, jangan putus-putus berdoa untuk diri kita dan sahabat2 agar ditetapkan hati oleh sang Pencipta yang bisa membolak balikkan hati dan dipelihara dari kerosakan dunia yang nyata...

wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 21-09-08 22:22


YA..SAYA pun rasa KESAL DENGAN PERUBAHAN SIKAP dan PENAMPILAN RAKAN-RAKAN SAYA yang ex sekolah AGAMA..tapi nak buat bagaimana..LEPAS TAMAT SEKOLAH MEREKA FUTHURE THEIR STUDY BUKAN LAGI DALAM kos AGAMA..SO..BILA DA KE SITU PENGARUH RAKAN SEBAYA BANYAK MEMAINKAN PERANAN..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.41734 saat. Lajunya....