Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 82
Ahli: 0
Jumlah: 82




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: Deritanya hospital lembab, lintah darat


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Deritanya hospital lembab, lintah darat

Please Mendaftar To Post


Oleh Deritanya hospital lembab, lintah darat

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-05-08 00:25


Deritanya hospital lembab, lintah darat
Amirrudin Hassan | May 13, 08 8:46pm

Pada mulanya saya rasa mahu mendiamkan saja perkara ini tetapi apabila difikirkan kembali, saya rasa perkara seperti ini perlu diketengahkan di dada akhbar dan menuntut penjelasan daripada pihak-pihak yang bertangungjawab bagi kepentingan semua rakyat Malaysia.

Ibu saya Latiffah Hashim, 65, mempunyai penyakit kencing manis yang tidak kronik, paras gulanya tidak pernah mencecah tahap bahaya dan sentiasa terkawal dengan ubat-ubatan yang diperolehi daripada klinik kerajaan.

Pada hari raya Aidilfitri yang pertama 2007, beliau tiba-tiba tergelincir di bilik air, lalu bahunya patah. Kami telah membawanya ke hospital besar Pulau Pinang (HBPP).

Di sana beliau telah dibedah dan dimasukkan klip untuk menyambung bahagian yang patah. Para pegawai perubatan dimaklumkan akan penyakit kencing manis yang dihidapi beliau, tetapi tetap meneruskan pembedahan.

Doktor berjanji akan membuka simen yang telah dibalut dalam tempoh dua minggu. Setelah tempoh itu berlalu, kami membawa ibu kami ke hospital untuk membuka balutan simennya, lebih-lebih lagi ibu merasa kesakitan yang amat pada bahagian yang dibedah.

Malangnya doktor menyatakan bahawa balutan tersebut tidak boleh dibuka dengan alasan klip penyambung belum betul-betul berfungsi. Kami minta penjelasan, Kenapa ibu merasa sangat sakit di bahagian yang dibedah tetapi tidak diendahkan oleh pegawai-pegawai perubatan yang bertugas.

Mereka tetap enggan membuka balutan simen tersebut kerana tidak mahu menangung risiko.

Setiba di rumah, kami anak-beranak mengambil keputusan membawa ibu ke sebuah hospital swasta di Pulau Pinang. Di sana doktor berpendapat, balutan simen perlu dibuka kerana pesakit ada penyakit kencing manis.

Setelah balutan dibuka, bau daripada bahagian yang dibedah itu tersangat busuk dan bernanah. Bayangkanlah bagaimana kalau kami menunggu dua minggu lagi sebagaimana yang dijanjikan oleh doktor daripada HBPP.

Sejak peristiwa itu, ibu kami bertukar daripada seorang yang periang dan aktif menjadi murung, atas kemurungan yang melanda dirinya, tahap kencing manisnya tiba-tiba naik mendadak ke paras yang tinggi. Beliau menjadi terlalu letih dan menghadapi masalah pernafasan.

Kerana pengalaman pahit di HBPP, kami mengambil keputusan untuk menghantar ibu ke hospital swasta terbabit. Setibanya di sana, pihak hospital mengesahkan semua wad di unit rawatan rapi (ICU) telah penuh dan mencadangkan ibu kami dihantar ke satu lagi hospital swasta di Pulau Pinang pada 16 Januari lalu.

Di sana ibu mendapat rawatan kecemasan dan doktor berjaya mengawal tahap gula ke paras normal dan beliau dapat bernafas seperti biasa.

Semasa pendaftaran, hospital meminta kami menjelaskan deposit sebanyak RM5,000. Keesokannya tiba-tiba ibu mengalami sesak nafas yang belum pernah terjadi sebelum ini. Kami juga hairan, lantas pihak hospital menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sebelum bantuan diberikan, kos rawatan menjadi persoalan utama - sama ada mampu atau tidak kami membayarnya. Bayaran wad dalam ICU tanpa apa-apa pembedahan, kami terpaksa menangung kos RM3,000 sehari. Selama tiga hari, bahagian kewangan hospital tersebut meminta kami membayar RM10,000.

Demi kasih sayang kepada seorang ibu, kami anak-beranak tetap membayar selagi mampu. Selang tiga hari, ibu mulai sedar dan dapat mendengar serta memahami apa yang kami bualkan. Doktor berjanji, ibu akan kembali normal selepas beberapa hari dalam wad ICU dan akan dipindahkan ke wad biasa.

Setiap kali kami menyoal doktor itu tentang keadaan semasa ibu, doktor menyatakan bahawa ibu semakin sihat dan banyak perubahan ke arah sembuh. Tiba-tiba mereka menyatakan ibu terpaksa ditebuk di bahagian leher untuk memudahkan pernafasan.

Setelah mendengar penjelasan daripada sepasukan doktor, kami bersetuju demi kebaikan ibu. Setelah pembedahan, ibu kelihatan lebih segar tapi doktor tidak pernah menyatakan apakah penyakit sebenar ibu. Mereka asyik menyatakan semakin baik dan akan pulih.

Bayangkan setiap tiga hari kami kena membayar RM10,000. Sampailah kepada jumlah terakhir yang kami bayar RM46,110, kami sudah tidak mempunyai apa-apa simpanan lagi sedangkan doktor tidak dapat memberi jaminan berapa lama ibu akan berada di wad ICU.

Bayangkanlah kalau ibu terpaksa tinggal dua bulan di dalam wad ICU, manalah kami mampu membayar? Siapa yang tidak mahu melihat ibunya sihat, ibulah segala-galanya bagi kami.

Setelah berbincang, kami mengambil keputusan memindahkan ibu ke HBPP pada 1 Februari 2008 walaupun sedar layanan di sana Allah saja yang Maha Mengetahu. Tetapi apakan daya, kami bukanlah daripada kalangan orang yang berduit, itu sahaja wang yang kami ada untuk membantu ibu.

Kami terus menghubungi HBPP dan mendapat pengesahan ada kekosongan di wad ICU. Maka kami terus membuat persiapan untuk memindahkan ibu ke sana. Bayangkanlah perasaan kami melihat ibu diusung dengan ambulan dari hospital swasta itu ke HBPP.

Ibu tersenyum, mungkin dia tahu kami sudah tidak ada kemampuan membayar lagi. Tetapi kami sangat terharu dan tidak dapat menahan sebak, siapalah lagi yang kami ada melainkan ibu? Bapa, datuk dan nenek telah lama meningalkan kami.

Yang lebih menyedihkan, sesampai di HBPP, apa yang dijanjikan tidak dikotakan. Wad ICU telah dipenuhi walaupun telah dijanjikan untuk ibu. Jadi, ibu dibiarkan di wad biasa yakni wad kelas 3 (Wad 6) yang dipenuhi dengan berbagai-bagai ragam pesakit selama lebih 13 jam (dari jam 3 petang sampai 4 pagi) tanpa bantuan pernafasan sedangkan ibu memerlukan bantuan pernafasan.

Kami beberapa kali memberitahu jururawat-jururawat yang bertugas bahawa ibu sesak nafas dan memerlukan bantuan pernafasan tetapi tidak diendahkan. Malah sikap mereka sungguh biadap dan menyakitkan hati. Tepat jam 4 pagi, pernafasan ibu terhenti, kami pula yang menjadi jururawat terpaksa memanggil mereka untuk memberitahu keadaan ibu.

Allah maha penyayang, dengan kuasa-Nya, doktor-doktor melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan ibu dapat bernafas semula. Bayangkanlah bagaimana nasib orang yang tidak mempunyai wang dan terpaksa menghadapi kerenah para petugas di hospital-hospital besar kerajaan.

Sejak tempoh tersebut, ibu tidak pernah sedar dan berada dalam keadaan koma selama lebih tiga minggu di HBPP. Ibu tidak langsung diberikan peluang untuk ditempatkan di wad ICU, malah lebih sedih lagi beliau ditempatkan di wad kelas 3 (Wad 6) walaupun abang sulung kami yang bertugas sebagai guru layak untuk menempatkan ibu di wad kelas satu.

Pihak hospital sentiasa memberikan berbagai-bagai alasan bahawa wad kelas satu dan wad ICU penuh. Para jururawat dan doktor di wad tersebut kebanyakannya tidak banyak membantu.

Cuma ada dua atau tiga orang jururawat yang betul-betul menjalankan tugas dengan dedikasi. Kami tetap bersabar, sehinggalah pada suatu hari seorang jururawat telah menyuntik tangan ibu kami sehingga jarumnya bengkok.

Kerana tidak tahan dengan sikap petugas-petugas yang semakin melampau, saya tidak dapat lagi menahan kemarahan dan telah memarahi doktor dan jururawat yang bertugas dan saya juga mengancam akan melaporkan perkara ini ke peringkat menteri kabinet.

Saya juga mengingatkan mereka bahawa pesakit adalah ibu kepada seseorang dan mengapa beliau dilayan bagaikan seekor haiwan. Bayangkanlah kalau pesakit itu ibu mereka sendiri, sanggupkah mereka melayan sebegitu rupa? Bukan itu sahaja, ada pula doktor dan jururawat secara sinis mengumpat kami dengan kata-kata "sudah tidak ada duit, baru mahu datang ke HBPP".
Sejak tarikh itu, petugas-petugas mulai takut dan menjalankan tugas dengan lebih baik.

Ajal ibu sudah sampai dan beliau walaupun tidak pernah sedarkan diri sejak berada di HBPP, lebih rela meninggalkan anak-anak daripada hidup terus terseksa.

Selepas lebih tiga minggu di HBPP, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 10 malam 20 Februari 2008 - waktu yang sahkan oleh doktor. Tetapi adik-adik saya yang berada di sisi ibu mengesyaki bahawa ibu sudah tiada lagi sejak jam 9 malam.

Kesimpulannya, apakah sudah tidak ada tangungjawab sosial di negara kita ini? Kerajaan asyik melaungkan cogan kata "Malaysia boleh" dan sering membantu mangsa malapetaka di rantau luar negara. Kita begitu berbangga dengan bantuan yang dapat dihulurkan untuk masyarakat antarabangsa tetapi apakah nasib anak Malaysia di tanah air sendiri?

Hospital kerajaan dengan kerenah birokrasinya dan hospital swasta umpama lintah darat.

Pihak-pihak yang bertangungjawab, saya amat berharap agar apa yang dibangkitkan ini mendapat penjelasan yang sejujur dan seikhlasnya tanpa berselindung di sebalik apa-apa kepentingan peribadi. Saya tidak berniat menuntut apa-apa imbuhan berbentuk kewangan sebab kami sekeluarga ikhlas dan tidak ingin mencari keuntungan daripada kematian ibu yang sangat kami sanjungi dan sayangi.

Kami hanya inginkan perkara-perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang. Saya juga tidak mahu mana-mana ahli politik yang rakus memainkan isu ini, maka saya hanya menghantar luahan kekecewaan ini selepas pilihanraya.

Kepada hospital swasta di negara ini, jangan jadikan bidang perubatan sebagai perniagaan untuk mengaut keuntungan seperti lintah darat dan lupa pada tangungjawab sosial serta menghina bidang kerjaya itu sendiri dan kepada hospital kerajaan, bekerjalah dengan jujur dan ikhlas pada Allah.

Semua ini akan menjadi soalan-soalan yang bakal disoal di akhirat. Tidak akan ada manusia yang terlepas daripada dosa yang dilakukan.

artikel asal


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-05-08 09:46


memang sedih keadaan macam ini
tapi memang wad kat hospital kerajaan kadang-kadang tak dapat menampung pesakit yang ada
sedangkan tenaga kerja doktor dan jururawat pun kurang...
hopefully hosital kerajaan dapat diperbesarkan dengan sumber manusia yang lebih ramai

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 24-05-08 10:58


pengurusan tak betul. kalau sibuk sangat kakitgn kurang, apa kehal nya banyak pengangguran? pelik-pelik

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-05-08 15:23


agak2nya lah....doktor2 yang kerja kat private sector sekarang ini....dan yang bekerja kat HPP (hosp. pulau pinang) or hospital2 lain kat malaysia....dulu waktu diorg2 ini nak masuk medical school.....apakah alasan mereka nak jadi doktor??

adakah untuk menolong orang yang sakit, nak tolong orang ramai???

adakah profession doktor sahaja yang boleh tolong orang???

bila dah jadi doktor....rasanya pandangan dan niat mereka-mereka ini telah berubah....ramai doktor yang macam ini.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

saidah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.01.2004
Ahli No: 6420
Posting: 44
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-05-08 21:11


salam..

pada pendapat saya yang cetek ilmu ni, sekadar mendengar cerita dr sebelah pihak saja, kita tak boleh buat kesimpulan sendiri. saya simpati dengan nasib yang menimpa ibu penulis tu. kemungkinan besar operation tu memang perlu dilakukan walaupun ibu dia ada kencing manis. sebab tu mereka still proceed. cuma seharusnya mereka beri perhatian lebih bagi pesakit2 yang ada masalah perubatan yang lain. mungkin ibu beliau tu dapat sepsis- possibly dr jangkitan kuman kat operation site or dekat implant tu sendiri. sepsis + kencing manis = memang bahaya sebab mereka sendiri dah tak cukup daya lawan penyakit.
seharusnya ibu beliau tu dirujuk ke hosp besar lebih awal sebelum keadaan jadi lebih buruk.

sebenarnya simen tu memang perlu dibuka kalau org complaint sakit. pastikan tempat op tu ok, then kalau perlu simen/balut semula, kita buat lah. dont just ignore.

berkenaan tentang ICU hosp kerajaan, sekiranya pesakit tu memang perlukan rawatan intensif tapi dalam masa yang sama ICU penuh, pesakit tu kena lah dirujuk ke hosp lain. kalau di wad pula, memang ada kelas 1 dan kelas 3.

di kebanyakan hosp kerajaan, di wad kelas 3 tu ada acute cubicle/bay. area tu dikhaskan untuk pesakit2 yang tenat dan perlukan perhatian. so, walaupun kita ada kelayakan untuk duduk di kelas 1, tapi sekiranya keadaan kita tak stabil, koma atau tenat, kita tetap akan diletakkan di wad kelas 3 tu, kerana di wad tersebut yang banyak doktor. so secara teorinya, sekiranya pesakit tiba-tiba collapse, akan lebih banyak staff yang dapat beri bntuan segera. lain pula dengan wad kelas 1 kadang-kadang tak banyak doktor.

ibu saya sendiri layak untuk kelas 1, tapi disebabkn dia ada masalah jantung & darah tinggi yang teruk, saya tak kisah dia ditempatkan di wad kelas 3 walaupun keadaan kat situ sangat crowded.

the problem with gov hosp staff is actually lack of communication. if they really explain to the family, discuss the outcome and complications, there shouldnt be any problem. yet, we cant always blame them, since their workload is too much. macamana nak explain dengan terperinci kalau seorang doktor perlu menjaga 30-40 pesakit dalam satu masa?

hmm tentang niat seseorang tu tak payahlah dipersoalkan.. jangan kerana nila setitik, org lain pun disamatarafkn dengan mereka.

buatlah sebarang pekerjaan pun hatta sebagai tukang sapu sampah sekalipun, tapi kalau dia tu seorang yang amanah, insyaallah dia akan lakukan dengan ikhlas dan bukan semata-mata untuk dapat ganjaran dunia.

itupun kalau org yang mempertikaikan niat org lain tu betul-betul faham apa maksud amanah kan....

kalau nak jadi kaya, jangan jadi doktor. kerja 24jam 7 hari seminggu, ditambah dengan cemuhan, kata-kata kurang sopan pesakit... tak berbaloi... lebih baik kerja opis.. cukup masa, balik rumah.. bayarannya sama..., dapat pula masa untuk bersama keluarga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For saidahProfil   Hantar PM kepada saidah   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-05-08 22:10



    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113897 saat. Lajunya....