Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 9 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu
lidah-penghunus: 30 hari yang lalu
muslimin23: 38 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Australia bantah parti Muslim dibentuk


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Australia bantah parti Muslim dibentuk

Please Mendaftar To Post


Oleh Australia bantah parti Muslim dibentuk

nur_insyirah
Warga Rasmi
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3611
Posting: 17
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 23-03-07 16:58


Quote:
SYDNEY:Pemimpin politik Australia mengecam usaha penduduk Muslim diketuai mufti Sheikh Taj Aldin al-Hilali untuk membentuk parti Islam di negara itu dengan Perdana Menteri, John Howard menyifatkannya ‘bukan langkah bijak.’
“Itu langkah yang tidak bijak kerana ia hanya meningkatkan kepercayaan sebahagian masyarakat bahawa penduduk Islam Australia menentang integrasi,” tuduh Howard, semalam.

Pemimpin pembangkang, Kevin Rudd pula berkata, penduduk Australia tidak akan memberi undi kepada ‘orang yang mempertahankan rogol beramai-ramai.’

“Rakyat negara ini tidak akan mengundi lelaki yang memperkecilkan wanita, mempertahankan rogol beramai-ramai dan membuat kenyataan mengutuk Australia dan penduduknya ketika berada di Asia Barat,” kata Rudd di Parlimen.

Rudd merujuk kepada laporan mengatakan mufti itu mempertikai hukuman penjara 55 tahun kepada seorang lelaki keturunan Lubnan, Bilal Skaf yang didapati bersalah merogol atas alasan hukuman itu dipengaruhi insiden 11 September 2001 di Amerika Syarikat.

Sheikh Taj Aldin sebelum ini dipetik sebagai mendakwa wanita yang tidak menutup aurat umpama ‘daging yang tidak ditutup’ dan mempertahankan penyerang 11 September di Amerika Syarikat.

Mufti Australia itu berkata, parti itu akan dinamakan Parti Keamanan Australia dan manifestonya menekankan keazaman menolak sikap perkauman dalam semua bentuk dan mempromosi perpaduan dalam masyarakat pelbagai budaya.

Parti itu juga akan menggunakan slogan berbunyi “Bersama anda, daripada dan untuk anda.”

Laman web akhbar The Daily Telegraph pula menyiarkan komentar penduduk yang rata-rata turut menentang penubuhan parti itu.

Seorang yang bernama Mike mengulas: “Mengapa kamu tidak berterus terang dan menggunakan nama Parti Muslim kerana itulah kenyataannya.

“Niat kamu bercanggah dengan nilai Australia dan saya jamin tiada seorangpun penduduk Australia akan mengundi kamu.”

“Mengapa lelaki ini masih diberi liputan meluas? Ramai orang termasuk penduduk Islam menganggapnya seorang dungu. Lagipun, politik dan agama tidak akan berjaya. Singkirkan saja si bertuah ini,” kata Dan dari Canberra.

Peter Petrovic dari Sydney pula berkata: “Jika ada parti politik boleh dianggap duri dalam daging, inilah dia.” – Agensi


kat malaysia pun lebih kurang juga...
parti islam dah ada.. tapi ramai ramai orang islam bubuh fitnah kat depa..
kasihan... depa

kat australia kalau mereka tentang parti islam itu.. kira okay lah.. sebab yang tentang nya pun orang kapiaq..

kat malaysia ini.. orang islam sendiri tentang parti islam..
adusss kronik kronik....


-----------------
hijrahku mendokong impian, pulangku membawa kejayaan...salam ukhwah buat semua


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_insyirahProfil   Hantar PM kepada nur_insyirah   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-03-07 18:47


:roll: mereka tidak akan dapat menyekat pengaruh perkembangan Islam.......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103661 saat. Lajunya....