Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 105
Ahli: 0
Jumlah: 105




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 19 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 48 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Klinik Ukhwah
Topik: Tidur oh tidur, lelapkan mata


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Tidur oh tidur, lelapkan mata

Please Mendaftar To Post


Oleh Tidur oh tidur, lelapkan mata

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-08-03 16:57


MASALAH TIDUR

Masalah tidur merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu sukar untuk tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa merasa mengantuk walaupun tidur selama 8 jam atau lebih, sering terjaga terlalu awal, sering tersenguk-senguk walaupun dikhayalak ramai, dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini akan menyebabkan anda berhadapan dengan keadaan yang berikut :-

* Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.
* Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.
* Sering tertidur ketika berada dikhayalak ramai.
* Kurang aktif dan kurang mempunyai hubungan sosial.
* Sukar untuk menumpukan kepada isu yang dibincangkan dan fikiran sering merawang kepada pekara lain.
* Sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut, pening, dan lain-lain.
* Sukar tidur, sering terjaga malam, atau terjaga terlalu awal.
* Takut waktu tidur kerana risau susah tidur.
* Mudah tersinggung.
* Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
* Sering menggunakan rokok, alkohol, ubat untuk menenangkan diri sebelum tidur.
* Ketagihan kepada ubat penenang.

JENIS2 MASALAH TIDUR
Jenis-jenis masalah tidur yang biasa didapati adalah seperti berikut :-

1. Insomnia
2. Berdengkur dan Apnea
3. Narcolepsy
4. Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
5. Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))

AKIBAT KURANG TIDUR

Walaupun selama ini masalah tidur tidak dianggap sebagai masalah yang besar, kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa masalah tidur boleh membawa kepada masalah jantung. Dalam satu kajian dari tempoh 1996 sehingga 1998, dan diterbitkan dalam journal "Occupational and Environmental Medicine" keluaran Julai, terdapat bukti bahawa risiko mengalami serangan jantung berganda bagi mereka yang bekerja lebih daripada 60 jam seminggu dan tidak tidur seperti normal. Kajian itu membabitkan 260 lelaki berusia antara 40 - 79 tahun yang dimasukkan kedalam hospital disebabkan serangan jantung kali pertama. Kajian tersebut turut membabitkan kumpulan kawalan seramai 445 orang seusia tanpa penyakit jantung.

Kajian mendapati lebih panjang waktu bekerja berkait dengan lebih sedikit hari rehat, dan lebih pendek waktu tidur termasuk waktu tidur kurang daripada 5 jam dalam kedua dua kumpulan. Bagaimanapun mereka yang ada sakit jantung bekerja lebih lama, kurang tidur, dan tidur kurang daripada lima jam lebih kerap berbanding mereka yang dalam kumpulan kawalan. Mereka yang bekerja melebihi 60 jam seminggu menggandakan risiko sakit jantung berbanding mereka yang bekerja 40 jam atau kurang seminggu.

KESIMPULANNYA
Oleh itu adalah penting bagi anda untuk menjaga tidur anda. Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi setiap malam.  Sekiranya anda mengalami masalah tidur yang berpanjangan, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-08-03 17:04


INSOMNIA

DEFINISI
Insomnia merujuk kepada masalah untuk tidur yang menyebabkan pengidap Insomnia tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti.

JENIS2 INSOMNIA
Terdapat beberapa tahap Insomnia yang secara lazimnya dibahagikan kepada 3
 

1. Insomnia yang berlarutan dari satu malam sehingga beberapa minggu ditakrifkan sebagai peralihan.
2. Insomnia yang berulang secara berkala dari masa kesemasa, ia ditakrifkan sebagai terputus-putus "intermittent".
3. Insomnia yang berlarutan kebanyakan malam atau sehingga melebihi sebulan dianggap Insomnia yang teruk dan perlu dirawat.

PUNCA INSOMNIA
Terdapat pelbagai punca Insomnia. Mereka yang mengidap Insomnia peralihan atau Insomnia terputus-putus kebiasaannya disebabkan oleh satu atau lebih dari yang berikut :-
 

* Krisis hidup atau tekanan "stress".
* Masalah bunyi sekeliling
* Suhu melampau
* Perubahan sekeliling
* Perubahan waktu tidur disebabkan mengembara "jet lag"
* Kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan
* Ubat yang tidak dirujuk "Nonprescription": seperti ubat diet, pelega hidung "decongestants", selsema dan ubat batuk
* Ubat diberikan "prescription" oleh doktor seperti: steroids, theophylline, phenytoin, levodopa
* Waktu kerja yang berpanjangan dari pagi sehingga lewat malam.

Insomnia teruk (kronik) biasanya disebabkan oleh yang berikut:

* Kemurungan
* Masalah mental "Mania"
* Kerisauan "Anxiety"
* Masalah Arthritis
* Masalah buah pinggang
* Fibromyalgia
* Kegagalan hati "Liver failure"
* Masalah jantung
* Asthma
* Apnea tidur
* Narcolepsy
* Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
* Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Alzheimer
* Hyperthyroidism
* Gastroesophageal reflux disease (GERD) or ulcer

Insomnia kronik juga disebabkan oleh tabiat seperti berikut :-

* Penyalahguna kafin, alkohol, atau bahan lain.
* Gangguan kitaran tidur/jaga disebabkan oleh kerja shif atau aktiviti malam.
* Tekanan yang kronik.

Selain itu tabiat seperti berikut juga menyebabkan Insomnia pada sesetengah orang :-
 

* Menjangkakan akan mengalami masalah tidur dan risau
* Merokok sebelum tidur.
* Tidur berlebihan pada waktu petang atau maghrib.

FAKTOR YG MENINGKATKAN LAGI INSOMNIA
Faktor yang boleh meningkatkan lagi risiko mengalami Insomnia adalah seperti berikut :-
 

* Umur melebihi 50 tahun.
* Jantina perempuan (terutamanya ketika dan selepas mengalami putus haid).
* Tekanan "Stress".
* Mempunyai latar belakang masalah mental seperti kerisauan atau kemurungan.
* Kesakitan melampau.
* Alkohol, dadah, atau ubat-ubatan tertentu.
* Waktu kerja shif yang berubah-ubah.
* Kegemukan "obesity".
* Penggunaan gabungan ubat-ubatan. Melebihi 1 jenis ubat.
wassalam




-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-08-03 17:26


MASALAH NARCOLEPSY
 
Narcolepsy merujuk kepada masalah tidur yang menyebabkan rasa mengantuk melampau pada waktu siang dengan kecenderungan untuk terlelap pada waktu yang tidak sesuai. Narcolepsy biasa terdapat, tetapi kesan dalam kehidupan seharian seseorang pengidap Narcolepsy amat mendalam. Mereka tidak boleh memandu, melakukan perkara-perkara merbahaya, sering disalah anggap sebagai gila, dan tersingkir oleh masyarakat. Ubat bagi menyembuhkan Narcolepsy masih belum didapati tetapi dengan kemajuan teknologi, perubatan, dan farmasi masa kini, pengidap Narcolepsy mampu menjalani kehidupan hampir normal.

TANDA2 NARCOLEPSY
Terdapat empat tanda Narcolepsy iaitu :-

#Rasa mengantuk melampau pada waktu siang.
#Cataplexy
#Lumpuh tidur "sleep paralysis"
#khayalan hypnagogic

Dalam kebanyakan kes, tanda Narcolepsy pertama yang paling mengganggu adalah rasa mengantuk melampau pada waktu siang. Tanda-tanda Narcolepsy boleh muncul secara serentak atau perlahan-lahan.

1.Rasa mengantuk melampau pada waktu siang.

Rasa mengantuk melampau pada waktu siang merupakan tanda pertama disedari oleh pengidap Narcolepsy. Pengidap Narcolepsy bukan sahaja terlelap seperti orang normal seperti selepas makan,atau semasa kelas yang  membosankan, tetapi juga pada masa yang mana orang biasa mampu berjaga seperti ketika menonton cerita,  menulis surat, memandu, atau ketika sedang bercakap dengan orang lain.

2.Cataplexy

Cataplexy merujuk kepada kehilangan kawalan otot seketika. Simptom ini biasanya muncul selepas berbulan atau bertahun mengalami perasaan mengantuk. Cataplexy biasanya dicetuskan oleh perasaan yang kuat seperti ketawa, gembira, terkejut, dan kadang kala oleh perasaan marah. Kelemahan otot berbeza dari tahap serdahana di mana terdapat perasaan lemah seketika pada otot kaki - atau menyebabkan kehilangan kawalan otot sepenuhnya yang menyebabkan rebah. Pengidap Cataplexy berada dalam keadaaan sedar sepenuhnya dan berbeza dengan mereka yang beraha hendak pitam. Terdapat kemungkinan mereka yang mengalami Cataplexy tidak mengidap narcolepsy.

3. Lumpuh tidur "Sleep Paralysisis"

Lumpuh tidur "Sleep Paralysisis" merujuk kepada kehilangan kawalan otot ketika seseorang sedar dari tidur atau hampir tidur. Ia merupakan perasaan yang menakutkan disebabkan mereka menyedari apa yang berlaku disekeliling tetapi tidak mampu bergerak atau bercakap. Berbeza dengan Cataplexy, mereka yang diserang lumpuh tidur sembuh apabila disentuh. Keadaan ini juga dikenali sebagai ditindih hantu dikalangan orang melayu. Ini disebabkan mangsa akan sedar apabila disentuh. Oleh itu mereka menganggap kejadian ini disebabkan perbuatan makluk halus yang menindih orang tersebut.

4. Khayalan Hypnagogic "Hypnagogic Hallucinations"

Khayalan Hypnagogic "Hypnagogic Hallucinations" merupakan pengalaman mimpi nyata yang berlaku ketika seseorang dalam keadaan mengantuk ketika hampir tidur atau terjaga. Pengalaman mimpi nyata ini mungkin melibatkan gambaran atau bunyi yang mengganggu lebih menakutkan lagi sekiranya pengalaman ini disalah tafsir sebagai sakit jiwa. Ramai pengidap Khayalan Hypnagogic melapurkan seseorang atau sesuatu berada di dalam bilik atau diluar bilik mereka. Pengalaman ini lebih menakutkan disebabkan mereka hanya separuh sedar dan tidak dapat mengawal keadaan.

SEBAB NARCOLEPSY

Sebab sebenar narcolepsy tidak diketahui pada masa ini, tetapi narcolepsy kelihatannya disebabkan oleh masalah sistem saraf tunjang yang mengawal tidur dan jaga. Kajian yang sedang dijalankan menunjukkan terdapat gen, yang digabung dengan faktor lain dalam kehidupan seseorang mencetuskan narcolepsy.

BAGAIMANA NARCOLEPSY DIRAWAT

Untuk memastikan seseorang menghidapi narcolepsy, kajian tidur malam akan dijalankan. Setelah didiagnosa, pesakit dan pakar tidur perlu bekerjasama untuk memastikan rawatan yang paling berkesan. Pengidap narcolepsy masih belum boleh sembuh sepenuhnya, tetapi tanda-tanda narcolepsy boleh dikawal dengan ubat, rawatan perangai, dan pengawalan persekitaran. Mereka yang mengidap narcolepsy biasanya berasa lebih lega apabila menyedari masalah mereka juga dihidapi oleh orang lain.

p/s: artikel ini khas ana posting buat adik angkat ana,yg juga ahli ukhwah,sering mengadu susah utk tidur.
wassalam


-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-09-03 01:13


kalau susah nak tido sebab teringatkan seseorang cam mane pulak????....

susah nak pejamkan mata ni....
bila dah siap muhasabah diri,cuba2 laa nak lelapkan mata,tapi tak leh jugak.......ppusing kiri tak leh tdr,pusing kanan tak leh tido...last skali bangun makan roti.....& buat keje lain...tengok2 jam dah pukul 4.50 pagi..nak tidur masa ni dah tak brani tkut terus mati masa org duk azan subuh kat masjid.....tunggu laa kejap sambil layan MP3 kuliahh pagi jumaat....tiba2 dengar Allahhuakbar2x,....laaa azan dah berkumandang..ambil wuduk gi surau..
balik surau baca quran skit+mathurat..
rehat 12-20 minit baru laa dia rasa nak tido..mula laa adegan tidur....bangun2 dah orang azan zohor...
alangkah baiknya kalau pagi itu dimanfaatkan untuk study,@hafal sesuatu...lebih berqualiti...

pas tu studi kejap aje dah petang..saya rasa masa sangat singkat kalau pagi baru nak tidor sampai zohor ni....pas tu mlm mula laa tak leh tido...
nak stdy tak masuk
+++ sebab bising,tekanan,kejap org ni panggil,kejap lagi org ni pangil..maka hilanglah tumpuan...terus terang saya cakap..saye memang tak suka study lama2 macam org perempuan study...saye hanya study kejap aje dah boleh tangkap...tapi dengan syarat..tiada gangguan dari luar(yg mengalihkan tumpuan)...tapi kini dah jadi lain....banyak gangguan...tu lah saye suka tidor awal...lbh kurag pukul 10 mlm pas tu bngn balik pkl 4pagi....jiwa pon tenang,tak ade org kacau,...hati pun boleh tumpu pada ...........

tapi kini dah tak leh buat gitu..sebabnya tak boleh tidur...walaupun kucuba untuk lelapkan mata ini..



bolehkah dr tolong bagi penadapat atau cadangan???



-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

jc11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1052
Posting: 121
Dari: tErEnGGaNu

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-09-03 23:46




Bookmark and Share

    


  Member Information For jc11Profil   Hantar PM kepada jc11   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-09-03 15:34


Assalamualaikum

Tidur adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tapi jangan terlebih tidur.

Dari segi perspektif ahli bina badan, tidur itu satu keperluan untuk proses pemulihan dan tumberasan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-09-03 21:40


Quote:

On 2003-09-02 01:13, isa-VR4 wrote:
kalau susah nak tido sebab teringatkan seseorang cam mane pulak????....

boleh tolong bagi pendapat atau cadangan???


susah nak tidur sbb teringatkan seseorang tu macam angau jer...antara simptom2 org dilamun cinta.klau ingatkan keluarga...baguslah.

ok,di sini ana akan bagi 9 tips supaya mudah tidur, salah satunya pasti ada yang sesuai dan boleh diamalkan. Jangan lupa, biasakan berdoa sebelum tidur.

1. Mandi air panas

Menurut Paul Martin, penulis buku Counting Sleep, mandi air panas sebelum tidur dapat membantu utk tidur. Hal ini kerana suhu badan mempengaruhi kecepatan tidur kita. Tidur malam biasanya bermula dengan penurunan suhu badan.

2. Tidur pada waktu yang sama setiap malam

Para saintis percaya pergi ke tempat tidur dan bangun pada waktu yang sama secara teratur adalah penting bagi tidur yg sihat. Ini kerana tubuh memiliki body clock yang disebut circadian rhythm. Dikawal oleh hypothalamus yang membentuk perubahan setiap hari antara tidur dan bangun.

3. Minum susu panas sebelum tidur

Minum susu panas dapat mendorong rasa mengantuk kerana susu mengandung unsur2 yg mendorong utk tidur. Menurut saintis, kandungan kalsium dlm susu juga dapat membuat kita berasa lega. Selain itu juga, susu kaya dengan tryptophan dan tubuh mengubahnya menjadi hormon serotonin yang dapat membuat rasa mengantuk.

4. Hindari minum alkohol

Meskipun segelas alkohol mungkin membuat Anda tidur lebih cepat kerana bertindak pada reseptor otak yang mengakibatkan rasa mengantuk, lebih dari itu menyebabkan tidur terganggu. Ini kerana alkohol menggangu bahan kimia dalam otak yang membantu dlm proses tidur.(**antara hikmah2 diharamkan meminum arak)

5. Membeli tempat tidur baru

Jika tempat tidur Anda lebih dari 10 tahun, pertimbangkan untuk menggantikannya. Struktur tempat tidur menyebabkan 70% gangguan tidur dan kemungkinan merosakkan tulang belakang. Kajian menunjukkan membeli tempat tidur baru lebih efektif dibandingkan ubat tidur

6. Cubalah membaca novel dan mendengar muzik

Dr. John Shneerson dari Sleep Clinic di Papworth Hospital Cambridge menyarankan membaca novel atau mendengar muzik lebih baik dibandingkan melakukan sesuatu yang lebih merangsangkan seperti menonton filem atau surfing internet.

7. Menulis tugas-tugas utk esok hari

Dibandingkan Anda menghabiskan malam dgn memikirkan tugas esok hari, seelok-eloknya menulis tugasan dalam fikiran sehingga otak mampu untuk berehat di malam hari. Ini mencegah otak aktif dan menghentikan kerisauan sepanjang malam.

8. Hindari makan sebelum tidur

Makan di larut malam dapat merangsang pencernaan, membuat Anda terjaga sepanjang malam. Menurut Paul Martin pencernaan dapat meningkatkan suhu badan dan membuatkan badan dan otak bekerja.

9. Tidur di ruangan gelap dan tenang

Untuk menjamin tidur malam yang panjang dan tidak terganggu, cubalah tidur di tempat gelap atau suasana lampu yg kelam kerana hormon yg memperngaruhi tidur akan dikeluarkan otak selama berjam-jam di dlm kegelapan sekalipun berjaga.

p/s:mengadap muka org yg kita benci juga boleh timbul rasa mengantuk (betul ke fakta ni?)
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-09-03 03:27


Tetapi kengkadan malam susah nak tido....camana nak buat eks?

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-03 14:44


assalamualaikum..

akhie dinulhuda1424h, cubalah dulu 9 tips yg ana bagitau kat atas tu. klau tak boleh nak tidur juga, bagitau ana.. nnti ana carikan petua lain.. insyaAllah.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-03 16:04


Quote:
Tetapi kengkadan malam susah nak tido....camana nak buat eks?



akhie dinulhuda1422h susah nak tidur mlm ke.. senang shj amalankanlah seperti yang Rasulullah amalkan pasti dan confirm terjadi.. iaitu sebelum tidur ambil air sembahyang dahulu, lepastu sebelum berbaring kemaskanlah tempat tidur tuu kalau boleh kibaskan tempat tidur tuu sambil selawat ke atas junjungan besar baginda.. then duduklah atas tempat dengan kaki melunjur ke depan lepas tuu tadah tangan bacalah 3 Qul (al-ikhlas, al-alaq, an-nas), setiap bacaan diselangai dengan menyapu ke seluruh badan hasil tiupan 3 Qul tadi.

lepastu bacalah bismillah dan doa tidur.. sambil pejamkan mata bertasbihlah bertahmidlah dan bertakbirlah.. sehingga mata kita automatik terpejam.

kan senang dapat pahala tak payah nak susah-susah ikut cara scientist yang di syorkan oleh ukhtie darul_numan81 terlalu kompleks sangat lagi senang ikut cara rasulullah dapat pahala pastu ikut sunnah pasti rasulullah sayang kat akhie..

tambahan lagi sambil pejamkan mata akhie bertasbih, bertahmid dan bertakbir berapa banyak akhie dapat pahala sehinggalah terlelap pastu andailah ditakdirkan akhie meninggal insyaAllah meninggalnya akhie dalam iman.

praktik kanlah jika tidak memang sampai pg akhie tak boleh tidur..

selamat beramal...

utk ukhtie darul_numan81 jgn marah yer ana just berkongsi dan teruskanlah mencurahkan ilmu didada untuk ahli komuniti yang tercinta ini..

jaga iman dan akhlak...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-03 16:24


Quote:

On 2003-10-02 16:04, aidilshah wrote:
kan senang dapat pahala tak payah nak susah-susah ikut cara scientist yang di syorkan oleh ukhtie darul_numan81 terlalu kompleks sangat lagi senang ikut cara rasulullah dapat pahala

utk ukhtie darul_numan81 jgn marah yer ana just berkongsi dan teruskanlah mencurahkan ilmu di dada untuk ahli komuniti yang tercinta ini..


terima kasih kerana berkongsi idea. ambil mana yg elok. yg tak elok tu tak payahlah nak kita amalkan..

p/s: selalu dengar lagu nasyid sebelum tidur..

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 03-10-03 01:26


hebat...doktor tidur disandang oleh darul_numan81
info yang berguna buat semua..
tak dapat dinafikan...kurang tidur boleh mengundang pelbagai penyakit...ana pernah demam teruk disebabkan kuran tidur yang terlampau...doktor yang cakap...
kepada sahabat semua....pelihara tidur anda...jadikan ia sebagai hobi...
sekian..wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

solehgall
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 53
Posting: 148
Dari: besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-10-03 04:51


betolla tu brothermon!

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehgallProfil   Hantar PM kepada solehgall   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096787 saat. Lajunya....