Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 93
Ahli: 0
Jumlah: 93




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 19 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 48 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: 10 Laluan Syaitan


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» 10 Laluan Syaitan

Please Mendaftar To Post


Oleh 10 Laluan Syaitan

Fatimah_azZahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 63
Posting: 87
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-07-03 10:41


assalamualaikum.....

Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada buku "Apa ertinya saya menganut agama Islam " hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah: Beliau berkata: " kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya dari 10 pintu:

Pertama : TAMAK DAN BURUK SANGKA

lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua : CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN

lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

Ketiga : CINTAKAN NIKMAT

lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa ikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat : KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI

lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah dan takutkan balasan seksa.

Kelima : MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA

lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

Keenam : HASAD DENGKI

lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.

Ketujuh : RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA

lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan : BAKHIL

lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.

Kesembilan : TAKABBUR

lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.

Kesepuluh : TAMAK

lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI-NYA UNTUK MENANGKIS SEGALA TIPU DAYA MUSUH-MUSUH-NYA, INSYAALLAH

Wasalam.


Bookmark and Share

    


  Member Information For Fatimah_azZahraProfil   Hantar PM kepada Fatimah_azZahra   Quote dan BalasQuote

sufi_musafir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 731
Posting: 108
Dari: Pulau Mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-08-03 00:00


Assalamualaikum..........moga kita dapat menjadi hambaNya yg diredhai dengan sifat2 mahmudah yg sempurna,insyaAllah........

-----------------
Alangkah sukarnya mendidik nafsuku,yg tidak dpt melihat kebenaranMu....Bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini........

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufi_musafirProfil   Hantar PM kepada sufi_musafir   Quote dan BalasQuote

banduan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.08.2003
Ahli No: 2945
Posting: 79
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-08-03 01:47


Ringkas dan padat. Baru hari ini saya perasan post ini. Thanks 4 the info.

Bookmark and Share

    


  Member Information For banduanProfil   Hantar PM kepada banduan   Pergi ke banduan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.0871 saat. Lajunya....