Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bila sesuatu telah sempurna akan mulalah kelihatan cacat celanya.

-- Saidina Abu Bakar

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 106
Ahli: 0
Jumlah: 106




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 19 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 48 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: saya dan Dia,dan Senyuman


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» saya dan Dia,dan Senyuman

Please Mendaftar To Post


Oleh saya dan Dia,dan Senyuman

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 03-01-06 09:03


Hari ini saya perlu temui dia lagi.Seperti pertemuan yang lalu,kali ini juga adalah kerana soal kerja.Sememangnya saya dan dia perlu sentiasa bertemu selagi kerja dan tugas kami ini belum selesai.Kami harus berbincang dan bermesyuarat sampai nanti segala yang dirancang oleh persatuan kami terlaksana.Begitulah mulanya kisah perkenalan saya dan dia.Sebenarnya antara saya dan dia,sama-sama mengikuti kelas Falsafah Pendidikan ketika dt tahun satu dahulu.Tetapi memang saya tidak pernah melihat dia,dan tidak pernah perasan kewujudan dia.Ini pernah ku katakan padanya waktu kami masing-masing mula membuka bicara sewaktu awal perkenalan dulu.

“saya tak pernah nampak muka awak dalam kelas?”saya memulakan kata.
“Manalah awak nak perasan muka saya,kalau asyik mengintai yang manis-manis saja,”balasnya tersenyum.
“Tapi awak juga manis.”
“Tak usahlah awak bermain kata dengan saya.Saya cerminkan diri setiap hari,tau?”dia berseloroh.

Dan saya hanya tersenyum.Sememangnya dia hanya gadis biasa,yang bagi saya tidaklah terlalu menonjol wujudnya.Kalau tidak teliti memerhati sekeliling,memang saya tak akan perasan tentang dia.Terus terang saya katakan,saya memang seorang yang nakal.tentang kenakalan saya ini,bukanlah kenakalan yang membawa kepada perkara jahat,tetapi sekadar kenakalan anak muda dan teman-temannya.Dia pula,bukanlah dia tidak memiliki daya tarikan langsung.Sebenarnya keindahan dan kecantikannya tersembunyi disebalik sikapnya yang tidak menonjol itu.Dan kecantikannya bukanlah seperti kecantikan yang dimiliki oleh gadis-gadis pujaan di kuliah kami,tetapi memiliki keistimewaan tersendiri pula.

Perkenalan ini bermula sewaktu dia mencadangkan saya menjadi pengarah program persatuan kami ini.Dan saya betul-betul tidak mengerti mengapa saya terpilih.Kerana seperti saya katakan tadi,saya dan dia tak pernah mengenali antara satu sama lain.Dan dia hanya gadis biasa yang bukanlah sekali pandang akan membuat saya terus tertarik.Saya juga bukanlah lelaki yang mampu memikat pandangan para gadis.Dia dan saya sama-sama biasa.Kerana itu juga,dia sendiri tidak pernah menyedari kehadiran saya di dalam dewan kuliah.Terbukti,saya dan dia masing-masing sama biasa.

“Saya pun tak pernah lihat awak dalam kelas?”katanya padaku.
“Hai..awak pun suka memandang pada lelaki yang lawa-lawa,ya?”usik saya.
“Bukan.Saya memandang penuh pada pensyarah di depan,tak punya waktu untuk mengambil tahu hal awak,”katanya tersenyum nakal.
“Kalau saya ini bintang pujaan,tentu awak tak mampu nak beri perhatian penuh pada pensyarah itu.”
“Kalau awak bintang pujaan,saya rasa kelas tak akan berjalan kerana takut pensyarah juga akan hilang tumpuan,”dia membalas kata-kata saya.

*******************************************************

Saya mulai berdikit-dikit mengenali dia,memahami sikapnya,mengkaji sifatnya,dan mulai tahu kesukaan dan kebenciannya.Baru dua kali kami bertemu,dan saya telah pandai menyesuaikan diri dengan gadis biasa itu.Sebenarnya ada juga pertemuan-pertemuan yang tidak rasmi terjadi antara kami.Misalnya ada suatu ketika saya bergegas mahu masuk ke perpustakaan untuk tidur,saya bertembung dengannya yang waktu itu mengepit buku tebal.

“Wah,rajin belajar ya?”tegurku.
“Orang tak pandai,harus lebih rajin daripada orang yang pandai,”dia membalas kata saya.Dan seperti biasa bibirnya tak lekang memberi senyum.
“Ah,saya lebih tak pandai daripada awak.Janganlah merendah diri,"saya menyangkal kata-katanya itu.
“Tapi orang lelaki selalunya cepat dapat berbanding kami orang perempuan.”
“Tak betul teori itu.Siapa usaha,dialah yang berjaya,”saya menyalahkan katanya.
“Kalau benar begitu,mengapa masih suka tidur di perpustakaan?Kan lebih elok belajar?”dia tersenyum sinis pada saya.
“Wah,perli nampaknya cik adik ni.Bagaimana awak tahu saya selalu tidur di sini?”saya mengerutkan kening.
“Saya selalu belajar di tingkat tiga.Jadi saya nampak awak dari tingkat atas.Bukankah awak selalu tidur di meja yang menghadap ke Dewan Rahman Talib di tingkat dua itu?”.

Saya terdiam.Sebenarnya saya juga kadang-kadang memanjat tangga ke tingkat tiga perpustakaan itu.Tingkat tiga menempatkan buku-buku berkaitan sains dan teknologi,dan tingkat dua pula untuk buku-buku sastera.Tak pernah pula saya bertembung dengannya.Mungkin terbenam dalam susunan buku-buku yang bagaikan kubu di sekelilingnya itu.Dan saya yang gemar membaca cerpen,novel,sajak dan segala macam karya sasterawan negara itu,tentu saja memilih untuk duduk di tingkat dua.
“Kalau tahu baguslah.Tak perlu saya terangkan lagi mengapa saya harus lekas ke tingkat dua,”senyumku padanya.Dia membalas senyumku dan berlalu mengepit buku tebalnya itu.

*******************************************************

Waktunya hampir tiba.Sebentar lagi saya harus turun menuju ke kafe untuk menemui dia.Ini pertemuan rasmi kami yang keempat.Kali ini saya mengemaskan diri sedikit.Pada pertemuan yang lepas-lepas,saya yang lewat muncul.Biarlah kali ini saya yang menanti dia.Pertemuan ini seperti yang lepas-lepas juga,berkaitan soal kerja.Tapi ada sedikit rasa menyenangkan dalam hati saya tiap kali mengenangkan yang saya dan dia akan bertemu hari ini.Bahagia dan nyaman sekali.

Telefon berdering.
“Saya tunggu di depan dobi,”suaranya kedengaran.
“Tunggu ya,”pesan saya.

Dan sebenarnya saya agak pantas melangkah atau lebih tepat,berlari-lari anak mengatur jalan menuju ke dobi.Namun saya terlewat lagi.Dan dia seperti selalu,betul-betul menepati janji.Sampai di hadapan dobi,saya melihat dia bersama senyuman yang berlari pada bibirnya.Manis sekali.


“Lama sudah menunggu?”sapa saya.
“Saya pun baru sampai,”balasnya tersenyum lagi.

Saya jadi leka sebentar menatap senyum itu.Ukiran senyum pada bibir itu indah.Bukan saya tak pernah melihat gadis-gadis senyum.Tapi senyuman ini menarik perhatianku.Dan diam-diam saya jadi cinta pada senyuman itu.

“Bagaimana kertas projek kita?”saya mula berlagak seperti seorang ketua yang profesional.
“Siap,bos!Cuma menanti tandatangan awak dan Timbalan Naib Canselor saja,”dia mengangkat tangan memberi tabik hormat pada saya dengan gaya berseloroh.
“Kenapa tak diberi pada setiausaha saja?Itu kan tugas dia?”
“Tak apa.Ini pun saya ambil daripada kertas kerja yang lepas-lepas,saya ubah semula.Kerjanya tak banyak..”
“Tapi dia juga perlu bekerja,”saya memprotes.Entah mengapa saya jadi geram pada orang yang membebankan gadis biasa ini.
“Laporannya nanti saya akan beri pada dia untuk disiapkan.Okay,bos?”dia tersenyum lagi.
Senyuman itu buat saya benar-benar jadi lembut.Damai sekali.Setelah menandatangani kertas kerja itu,dia meminta diri.

“Nanti kalau ada kerja lagi,saya hubungi awak,”katanya pada saya.
“Kalau hendak berbual pun apa salahnya..”saya menguji.
“Saya perlu kejar masa.Berbual kalau penting-penting saja,”dia menggulung kertas kerja di tangannya itu.Sambil tersenyum,dia melangkah ke arah blok siswi.

Saya belum melepaskan pandangan padanya.Terlalu cepat,teramat pantas perasaan in berubah.Sejak tahun satu di sini,hati ini terdidik untuk mengabaikan kaum Hawa.Hari ini perasaan daripada kosong dan hambar,hari ini terasa berisi dengan sesuatu perasaan.Saya belum mengerti lagi apa sebenarnya perasaan ini.Jujur saya katakan pada kalian,saya belum pernah begini.Sekali pun belum pernah lagi.Tapi saya belum mahu melayannya lagi.Sambil melangkah memanjat tangga blok siswa,saya cuba membuang senyuman gadis biasa itu jauh-jauh.Tapi semakin ia dekat pada hatiku.Senyuman itu,senyuman pembunuh.Membunuh dan memecahkan benteng kekebalanku terhadap perasaan itu.Perasaan inikah yang membuat kita jadi ketagih pada pertemuan?

Cinta?

Mungkin kali ini saya harus angkat tangan tinggi-tinggi tanda menyerah,dan harus buka gerbang hati luas-luas.Mungkin saya perlu izinkan senyuman itu berlari dan menari dalam fikiran saya.Ia kembang sendiri.Bukan saya menanam,dan bukan saya membaja.Ini adalah kurniaan yang harus saya syukuri kerana terbukti saya lelaki normal.

Cinta adalah untuk semua.Dan saya,menjadi pengikutnya yang entah ke berapa infinitinya…

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

orchidesa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12928
Posting: 133
Dari: perak-selangor

japan   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 09:20


:-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For orchidesaProfil   Hantar PM kepada orchidesa   Pergi ke orchidesa's Website   Quote dan BalasQuote

qutb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.11.2004
Ahli No: 12610
Posting: 133
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 09:49


menarik... :-)


-----------------
~Tiada cinta yang abadi melainkan cinta kepadaNya...~


Bookmark and Share

    


  Member Information For qutbProfil   Hantar PM kepada qutb   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 10:02


ada sambungan lagi ke?.. or itu saja?.. sambung la~ hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 10:06


emm..ada sambungan tak?:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

mariyaa83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.10.2003
Ahli No: 4537
Posting: 49
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-01-06 11:37


simple dan menarik... gaya bahasa pun mudah dan tak terlalu berbunga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mariyaa83Profil   Hantar PM kepada mariyaa83   Quote dan BalasQuote

shim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.11.2005
Ahli No: 20362
Posting: 30
Dari: kuala kangsar, perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 12:16


bestlah cte ni...smbung la lagi..
hehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimProfil   Hantar PM kepada shim   Quote dan BalasQuote

jendela_hatiku
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15556
Posting: 56
Dari: Kuala Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 12:41


Ni cerita hidup kojez agaknya... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For jendela_hatikuProfil   Hantar PM kepada jendela_hatiku   Pergi ke jendela_hatiku's Website   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-01-06 11:56


ni reality or sekadar cerita?

Bookmark and Share

    


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 09:03


best jugak...bahasa yang sempoi... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban

Sabah  


posticon Posting pada: 14-01-06 09:43


hem..menyelami erti CINTA sebenar.... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093611 saat. Lajunya....