Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 96
Ahli: 0
Jumlah: 96




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: Mengenali hadith palsu


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Mengenali hadith palsu

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengenali hadith palsu

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 15:51


Assalamualaikum

Ciri-Ciri Hadith Maudhu' (Palsu)

*Dipetik dari kitab Himpunan Hadith Dha'if dan Maudhu', susunan Drs Abdul Ghani Azmi Haji Idris

Hadith-hadith Maudhu’ itu dapat dikenali pada sanadnya dan juga pada matannya. Di antara ciri-cirinya yang utama ialah:

1. Pengakuan yang dibuat oleh pembuat hadith itu sendiri

Umpamanya seperti yang diakui sendiri oleh Abdul-Karim bin Abu Al-Auja’, Maisarah bin Abdu Rabbih dan Nuh bin Abi Maryam.


2. Perawinya terkenal pembohong

Sedangkan Hadith yang diriwayatkan tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang tsiqah (dipercayai).


3. Bertentangan dengan kenyataan (fakta) sejarah

Umpamanya seorang perawi meriwayatkan sebuah hadith dari seorang guru, yang menurut kenyataan ia tidak pernah menemui guru itu, atau ia dilahirkan sesudah guru yang dikatakan itu meninggal dunia, ataupun ia tidak pernah datang berguru dengan guru tersebut.

Ma’mun bin Ahmad Al-Harawi mendakwa ada mendengar hadith dari Hisyam bin ‘Amman kekanda kepada Ibnu Hibban, maka Ibnu Hibban bertanya:

"Bilakah engkau ke kota Syam?" Ma’mun menjawab: "Pada tahun 250H." Mendengar itu Ibnu Hibban berkata: "Hisyam meninggal dunia pada tahun 245H."

Termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang yang mengaku sebagai sahabat Nabi dan mendengar hadith-hadith Nabi dari Nabi SAW atau dari sahabat-sahabat Nabi SAW, padahal mereka hidup ratusan tahun setelah Nabi SAW dan para sahabat meninggal dunia.


4. Motif yang mendorong membuat hadith palsu itu

Sebenarnya ada motif dan tujuan yang tertentu yang mendorong orang membuat hadith-hadith palsu itu, seperti politik, fanatik golongan, fanatik mazhab, kerana membodek raja, kerana mencari rezeki atau sebagainya.

Contoh-contohnya:

"Bubur Harisah itu akan menguatkan belakang."

Hadith ini dibuat oleh Muhammad bin al-Hajjah Al-Lakhmi, seorang penjual bubur Harisah untuk melariskan buburnya itu.

"saya beriman kepada Jibril di sisi Ka ‘bah, maka Ia mengeraskan bacaan."

Hadith ini dibuat untuk mempertahankan pendapat dalam mazhab Syafi’e yang mengatakan Bismillah adalah salah satu ayat dari surah al-Fatihah yang wajib dibaca dengan suara keras dalam solat Jahriah.

Apa yang telah lalu disebutkan ialah mengenai ciri-ciri Hadith Maudhu’ pada sanadnya. Selain itu Hadith Maudhu’ dapat diketahui melalui matannya, iaitu:

1. Perkataan dan ayat-ayatnya sangat jelek dan janggal

2. Kerosakan maknanya:

(a) Berlawanan dengan perkara yang mudah diketahui oleh akal dan tak dapat pula dita’wil.

Contoh: "Bahawasanya bahtera Nuh bertawaf di Baitullah selama tujuh hari dan bersolat dua rakaat di Maqam Ibrahim."


(b) Berlawanan dengan hukum akal mengenai Allah. Akal menetapkan bahawa Allah suci dari menyerupai makhluk.

Seperti hadith:

"Bahawasanya Allah menciptakan kuda lalu dipacunya kuda itu hingga berpeluh, maka Ia menciptakan dirinya dari kuda itu."

"Allah mengadu sakit mata, maka para Malaikat datang melawatnya."


(c) Berlawanan dengan ilmu kedoktoran

Contoh: "Buah terung itu adalah penawar bagi segala penyakit."


(di) Mengandungi dongeng yang tidak diterima akal

Seperti hadith: "Ayam putih itu adalahku dan kekasih bagi kekasihku Jibril."


(e) Bertentangan dengan kenyataan dan ilmu

Seperti hadith:

"Bahawasanya Qaf itu adalah sebuah bukit dari permata zamrud hijau yang mengelilingi dunia bagaikan tembok mengelilingi kebun dan bahu-bahu langit terletak di atasnya."

"Bahawasanya bumi ini di atas batu hampar dan batu hampar di atas tanduk lembu, maka apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya bergeraklah batu hampar itu."

Al-Imam lah-Razi berkata:

"Semua hadith yang kau dapatinya bertentangan dengan akal, berlawanan dengan dasar-dasar agama dan berlainan dengan yang dinukilkan dari Nabi, maka ketahuilah bahawa itu adalah Hadith Maudhu’."


(f) Menyalahi keterangan Al-Quran yang qathi’e dan tidak pula dapat dita’wilkan.

Contoh: "Anak zina tidak akan memasuki Syurga sampai tujuh keturunan."

Hadith ini bertentangan dengan Al-Quran:

"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain." (Al-An'am: 64)


(pergi) Menyalahi Hadith Mutawatir.

Contoh: "Apabila diriwayatkan kepada kamu sebuah hadith yang sesuai dengan kebenaran, maka ambillah dia sama ada saya mengkhabarkannya ataupun tidak."

Hadith ini bertentangan dengan Hadith Mutawatir:

"Barangsiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja maka bersedialah mengambil tempatnya dari Neraka." (Hadith Muttafaq ‘Alaih dan Hadith ini adalah Mutawatir)


(h) Menyalahi kaedah umum yang diambil dari al-Quran dan Sunnah.

Contoh: "Barangsiapa yang dilahirkan untuknya seorang bayi laki-laki lalu diberi nama Muhammad, maka dia dan anaknya di dalam Syurga."

Ini bertentangan dengan kaedah umum, iaitu masuk Syurga mesti melalui amal soleh, bukan semata-mata kerana nama atau gelaran belaka.


(i) Menyalahi kenyataan sejarah yang memang sudah terkenal pada zaman Nabi SAW.

Umpamanya hadith yang menerangkan bahawa Nabi SAW memberatkan jizyah atas penduduk-penduduk Khaibar dengan disaksikan oleh Sa’ad dan dituliskan oleh Abu Sufyan, pada hal menurut riwayat yang benar bahawa jizyah itu belum lagi dikenakan pada waktu itu. Ia baru dikenakan sesudah peperangan Tabuk. Sa’ad meninggal sebelum itu pada tahun peperangan Khandak dan Abu Sufyan memeluk Islam setelah pembukaan kota Makkah.


(j) Hadith yang sesuai benar dengan mazhab yang dipegang oleh perawinya dan ia pula terlalu sangat fanatik kepada mazhabnya.

Misalnya hadith: Kata Ali: "saya menyembah Allah bersama-sama Rasul-Nya sebelum lagi Dia disembah oleh seseorang dari umat ini lima tahun atau tujuh tahun."

Hadith ini diriwayatkan oleh Habbah bin Juwain yang terlalu fanatik kepada mazhab Syi’ah.


(ok) Hadith yang menerangkan pahala yang sangat besar terhadap sesuatu kebajikan yang sangat kecil.

Misalnya:

"Sesuap makanan yang diberikan kepada orang lapar lebih utama daripada membina 1,000 jami’ (masjid)."

"Barangsiapa mengucapkan Laa ilaha Illallah, maka Allah menjadikan untuknya seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah dan bagi tiap-tiap lidah 70,000 bahasa yang mereka beristighfar dengannya untuknya."

"Barangsiapa bersolat Dhuha sekian rakaat, maka akan diberikan kepadanya pahala 70 orang Nabi."


(l) Hadith yang menerangkan dosa dan siksa yang sangat besar atas kesalahan yang kecil.

Umpamanya: "Barangsiapa memakan bawang putih pada malam Jumaat, maka hendaklah ia masuk Neraka selama 70 tahun."


(m) Hadith yang menerangkan sesuatu urusan agama yang kalau ada semestinya diriwayatkan oleh orang ramai.


Demikianlah ciri-ciri Hadith Maudhu’ itu, dan dengan memerhatikan ciri-ciri itu, maka Hadith Maudhu’ dapat dikenal dengan mudah.

lah-Rabi’ mengatakan:

"Bahasawanya di antara Hadith-hadith itu ada Hadith yang bersinar seperti sinaran waktu siang dan bahawasanya di antara Hadith-hadith itu ada Hadith yang gelap seperti malam, kita mengetahuinya dengan gelap itu."

Perkataan lah-Rabi’ ita menunjukkan, bahawa perbezaan antara Hadith Nabi dengan Hadith Palsu itu terlalu sangat jelas dan terang, dan tanda-tandanya sangat mudah diketahui, ia bagaikan malam dengan siang.

Dan al-Imam Ibnul-Jauzi pula berkata:

"Hadith Mungkar yakni Hadith Maudhu’ itu menggementarkan kulit (badan) penuntut ilmu dan kebiasaannya tidak diterima oleh hati."

wAllahu a'lam bisshawab :-)


dari: Ciri-ciri Hadith Maudhu'


-----------------

[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 19-12-05 16:16 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 19-12-05 16:01


syukran for dah info

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.08896 saat. Lajunya....