Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 156
Ahli: 0
Jumlah: 156




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: Fadhilat berzikir


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Fadhilat berzikir

Please Mendaftar To Post


Oleh Fadhilat berzikir

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 13-09-05 10:58


Fadhilat berzikir

Hadis 1 Abu Hurairah r. a memberitahu bahawa Rasulullah s. a. w pernah bersabda, ALLAH s. w. t berfirman: Sesungguhnya. saya adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah saya bersamanya apabila dia mengingati saya, jika dia mengingat saya di dalam hatinya, maka saya mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati saya dalam jemaah maka saya ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal, maka saya dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati saya sehasta saya dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati akudengan berjalan, maka saya dekati dia dengan berlari.

Hadith ini mengandungi berbagai-bagai keterangan. ALLAh berfirman:"saya bertindak terhadap hambaKu sebagaimana yang disangkakan olehnya." maksudnya hendaklah senantiasa mengharapkan kurnia dan rahmat dari ALLAH s. w. t. Janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmatNya. Walaupun kita berdosa dan telah melampaui batas yang kita percaya bahawa segala dosa dan kesalahan kita itu pasti akan dibalas namun janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmat ALLAH s. w. t. Kemungkinan besar ALLAh s. w. t mengampuni dosa kita semata-mata dengan rahmat kurniaNya.

Hadis 2

Baginda Nabi s. a. w menziarahi seorang sahabat muda yang berada dalam sakaratul-maut, lalu Baginda bertanya kepadanya, "Apakah hal kamu ini?" Jawabnya, " Ya Rasulullah saya mengharapkan rahmat ALLAH dan saya takut denganNya kerana dosa-dosa ku." Sabda Baginda," Jika kedua-dua ini (yakni harapan dan ketakutan) didapati di dalam keadaan seperti ini, maka nescaya ALLAH s. w. t mengurniakan apa-apa yang diharapkan dan menyelamatkan dari apa yang ditakuti."(JAMI'UL FAWA'ID)

Diberitahukan di dalam satu hadis, bahawa seorang mukmin menganggap terhadap maksiatnya, seolah-olah orang itu berada di kaki sebuah gunung dan gunung tersebut akan terhempas ke atasnya. Sebaliknya seorang penderhaka yang menganggap terhadap dosanya, seolah-olah seekor lalat yang berada di sampingnya dan kemudian lalat itu diterbangkan, yakni orang itu tidak memperdulikan langsung mengenai dosa-dosanya itu. Jelas sekali bahawa seseorang itu mestilah merasa takut terhadap maksiat menurut keadaan maksiat-maksiat itu dan juga mengharapkan rahmat menurut keadaannya pula.

Hadis 3

Diriwayatkan bahawa seorang sahabt r. a berkata: "Ya Rasulullah s. a. w hukumhukum syariah (undang-undang Islam) ini telah banyak bagiku, tunjukilah kepadaku akan sesuatu sebagai pegangan bagiku," Baginda s. a. w bersabda:" Hendaklah lidahmu senantiasa basah dengan zikrullah."

Di dalam satu hadits ada disebutkan Hazrat Muaz r. a berkata bahawa pembicaraan yang terakhir sekali yang berlaku di antara baginda s. a. w dengannya ialah seperti berikut:" Semasa saya berpisah dengan Rasulullah s. a. w dan saya bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Tuhan? Sebagai menjawab Baginda s. a. w bersabda:"Basahiah lidahmu dengan zikrullah ketika kamu tinggalkan dunia."

Semasa berpisah maksudnya ialah baginda s. a. w mengtus hazrat Muaz r. a selaku gabenor ke Yaman untuk menyampaikan dakwah dan taklim di sana. Di waktu Muaz r. a hendak berangkat, baginda s. a. w memberikan beberapa nasihat kepadanya. Ia juga mengemukakan beberapa masalah kepada baginda s. a. w termasuklah masalah yang tertera di atas.

Hadis 4

Di dalam satu hadis dilaporkan bahawa baginda s. a. w ada bersabda: "Barang siapa yang di dapati padanya empat perkara, nescaya ia akan memperolehi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Pertama, lidah yang senantiasa basah dengan berzikir. Kedua, hati yang senantiasa sibuk dengan bersyukur. Ketiga, anggota-anggota tubuh yang senantiasa menahan segala penderitaan. Keempat, isteri yang tidak mengkhianati maruahnya dan harta benda suaminya." Mengkhianati maruah maknanya mengerjakan sesuatu kemaksiatan. Lidah yang basah maksudnya telah pun diterangkan oleh ulama-ulama sebagai membanyakkan. Ini adalah merupakan simpulan bahasa, menurut kebiasaan, apakala seseorang memuji atau menyebut nama seseorang yang lain dengan sebanyak-banyaknya, maka dikatakan bahawa lidah sifulan telah dibasahi dengan memuji sianu.

Tetapi pada pandangan saya yang hina-dina ini, jika seseorang jatuh dalam percintaan maka lidahnya akan merasai kemanisan dan kelazatan hanya dengan menyebut nama orang yang dicintainya. Hakikat ini tentu dirasai oleh orang yang pernah jatuh dalam percintaan. Oleh itu, maksudnya sudah jelas iaitu hendaknya menyebut nama ALLAH yang Maha Suci sehinggalah kelazatannya dapat dirasai oleh lidah orang yang menyebutnya.

Hadis 5

Abu Darda r. a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s. a. w bertanya kepada para sahabatnya r. a. "Mahukah saya khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: "Apakah itu Ya Rasulullah?" Sabdanya:"Zikrullah."

Fadilat dan keutamaan zikrullah yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s. a. w adalah berkaitan dengan keadaan dan masa sebagai keseluruhannya, kerana terkadang-kadang dengan memandangkan keadaan yang tertentu maka sedekah, jihad dan urusan-urusan yang lain dipandang lebih utama daripada segala amalan. Lantaran fadilat dan kelebihan amalan-amalan itu pun diterangkan di dalam beberapa hadis kerana kelebihan amalan-amalan itu adalah berkaitan dengan keadaan yang tertentu sedangkan kelebihan dan kepentingan zikrullah adalah berkaitan dengan seluruh masa (iaitu pada setiap masa).

Hadis 6

Adalah dilaporkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s. a. w bersabda: "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah."

Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati hati yang kotor, kerana setiap ibadat dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadat-ibadat itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.

Oleh itu sebahagian ulama tasauf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah qalbi
(zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah).Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terkontek (terhubung) dengan ALLAH buat selama-lamanya. Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala inadat kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir maupun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pecinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.

Hadis 7

Abu Said Al-Khudri r. a memberitakan bahawa baginda Rasulullah s. a. w pernah bersabda: "Berappa banyak orang yang di dunia ini mengingati ALLAH s. w. t di kasur yang empuk yang kerananya Tuhan membawa mereka ke peringkat tertinggi di dalam syurga."

Mengenai penderitaan dan kesulitan di dunia menyebabkan (manusia) mendapat darjat yang tertinggi di alam akhirat. Sebanyak penderitaan yang dialami di dunia ini kerana agama. Setinggi itulah martabatnya dipernaikkan di akhirat kecuali zikrullah yang maha suci yang keberkatannya menyebabkan (manusia) mencapai ketinggian martabat walau dikerjakan di atas kasur-kasur yang empuk sekalipun.

Rasulullah s. a. w juga pernah bersabda: "Jika sekiranya kamu senantiasa dengan berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan denganmu dijalan-jalan dan tempat tidur kamu."

Hadis 8

Dilapurkan dalam sebuah hadis lagi bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: " Telah berjayalah mereka yang unggul sendiri." Para sahabat bertanya: "Siapakah yang unggul sendiri ya Rasulullah?" baginda Rasulullah s. a. w bersabda:" Ialah mereka yang menyebut nama ALLAH sebanyak-banyaknya (yakni orang-orang yang senantiasa sibuk dengan zikrullah)."

Dengan memandangkan hadis ini ulama-ualama tasauf menulis bahawa tidaklah harus seorang pemerintah dan para hartawan ditegah daripada zikrullah kerana dengan zikrullah itu mungkin mereka mencapai ketinggian martabat (pada sisi ALLAH).

Hazrat Abu Darda r. a berkata:" Kamu hendaklah mengingati ALLAH dalam kesenangan dan kelapangan nescaya ALLAH akan mengingati kamu dalam kesusahan dan kesempitan."

Hadis 9

Abu Musa r. a memberitakan bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: "Perbandingan oarang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti oarang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati."

Setiap manusia mencintai kehidupannya dan setiap orang pula takut mati. Baginda Rasulullah s. a. w bersabda: "Barangsiapa tidak mengingati ALLAH s. w. t sungguhpun ia hidup namun keadaanya tidak berbeza dengan keadaan orang yang mati, kehidupannya adalah sia-sia belaka."

Seorang pujangga berbangsa Persia berkata: "Kehidupanku itu bukanlah kehidupan pada hakikatnya tetapi kehidupan yang sebenarnya ialah orang yang dapat mencintai kekasihnya."

Sebahagian ulama yang lain pula mengatakan bahawa perbandingan ini adalah tertuju kepada laba dan ruginya yakni barang siapa yang menyakiti orang yang berzikir itu adalah seperti menyakiti orang yang hidup, maka ia pasti akan dibalas dan dia akan menerima akibat perbuatannya itu. Dan barang siapa yang menyakiti orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang menyakiti oarang yang sudah mati yakni orang yang sudah mati itu tidak boleh bertindak terhadap orang yang menyakitinya itu.

Hadis 10

Abu Musa r. a memberitahukan bahawa baginda Rasulullah s. a. w bersabda: "Jika sekiranya orang yang mempunyai wang yang banayk lalu membahagi-bahagikan (kerana ALLAH) dan seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir maka yang berzikir itu lebih utama (daripada orang yang membelanjakan wangnya kepada jalan ALLAH)."

Sunguhpun membelanjakan harta pada jalan ALLAH adalah satu amalan yang terafdal sekali namun zikrullah itu lebih utama lagi jika dibandingkan dengannya. Alangkah berbahagianya para hartawan yang membelanjakan harta kekayaanya pada jalan ALLAH dan disamping itu mendapat taufik pula untuk mengingati ALLAH s. w. t. Di dalam sebuah hadis telah diberitakan bahawa ALLAH s. w. t juga mensedekahkan (nikmat-nikmatNya) kepada hamba-hambaNya pada setiap hari dan mengurniakan sesuatu pada mereka menurut keadaan mereka itu. Namun begitu tidak ada kekurniaan yang lebih besar daripada taufik untuk berzikir.


-----------------
..::: Kehidupan berasaskan Al-Quran dan Hadis menjamin kebahagiaan didunia dan diakhirat :::..


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-09-05 11:16


;-) ;-) yup,berzikir ni banyak faedah nya....
bukan nak cakap yang ana ni seorang yang kuat berzikir,tapi sudah banyak cerita2 yang di nukil kan dalam kitab2 terdahulu yang menyatakan bahawa dengan berzikir,kita dapat menjaga hubungan kita dengan Allah,masyarakat, dan juga sesama mahkluk2 lain nya. :-) :-)

:-D :-D cuba2 berzikir walaupun sekejap ;-)


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

afza_firzanah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.08.2005
Ahli No: 18554
Posting: 50
Dari: bumi Ilahi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-09-05 11:22


Assalamu'alaikum.
Ana setuju..
berzikir itu memang banyak kelebihannya..
ana setuju dengan pendapat eme86 berzikir juga dapat menjaga hubungan kita dengan Allah,masyarakat dan juga sesama makhluk-makhluk yang lain..
oleh itu basahilah bibirmu dengan alunan zikrullah..
walau di mana sahaja berada hatta hanya sekejap..

Bookmark and Share

    


  Member Information For afza_firzanahProfil   Hantar PM kepada afza_firzanah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090213 saat. Lajunya....