Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 133
Ahli: 0
Jumlah: 133




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Awas!
Topik: HATI..HATI


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» HATI..HATI

Please Mendaftar To Post


Oleh HATI..HATI

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 03:01


Subject: Kanak-kanak Islam membeli gelang tangan rosakkan akidah

Pada 30 Ogos 2005 lalu, malam sebelum menyambut merdeka, seorang rakan saya menunjukkan kepada saya gelang getah tangan yang jelas tertulis padanya "I LOVE JESUS" yang bermaksud "SAYA CINTAKAN TUHAN
(KRISTIAN) JESUS". Gelang getah ini hanya untuk digunakan oleh penganut agama Kristian sahaja.

Akibat kealpaan dan kelalaian ibu bapa, anak-anak dan masyarakat Islam, gelang getah sebegini dipakai oleh anak-anak kita kerana mengikut "trend" atau ikut-ikutan. Menurut kawan saya gelang getah ini dibeli oleh anaknya di salah sebuah sekolah rendah di Senawang.

Oleh yang demikian sama-samalah kita sebarkan maklumat ini agar umat Islam dan anak-anak kita lebih berhati-hati apabila membeli pelbagai barangan dipasaran, dari permainannya, kasutnya, bajunya dan sebagainya yang mengagungkan agama selain daripada Islam atau mengiklankan syarikat, makanan atau minuman yang berkaitan dengan arak, judi dan sebagainya.

Dalam era globalisasi ini umat Islam di Malaysia haruslah peka pada persekitaran kita dan tidak mengharap semata-mata kepada pihak berkuasa.

Dilampirkan gambar gelang getah tersebut.


http://img318.imageshack.us/img318/1962/gelang10vc.tahu.jpg

http://img325.imageshack.us/img325/3092/gelang28tf.jpg

MORAL: TAK PAYAH LAA TERIKUT2 SANGAT DENGAN TREND RUBBER BAND sekarang NI...


-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

airbiru
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13948
Posting: 52
Dari: Japan

japan  


posticon Posting pada: 05-09-05 05:04


aku tak sure lah yang
"I love Jesus" ni boleh merosakkan aqidah ke tidak

pasal Jesus tu bagi kita Nabi ISA a.s.

so sebagai seorang nabi Allah , kita wajib percaya dan kasih pada baginda,
tapi kita anggap dia sebagai nabi, BUKAN SEBAGAI TUHAN.

tapi untuk mengelakkan fitnah, memang tak bagus sangat lah untuk kita pakai gelang tu,
especially orang lelaki memang tak patut pakai langsung ,
rasanya gelang tu memang untuk orang Kristian pakai pun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For airbiruProfil   Hantar PM kepada airbiru   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-09-05 13:39


Assalamualaikum....

kepada saudara jundullah81..."I LOVE JESUS"...adalah tak salah..." JESUS" ialah Nabi Isa a.s...

ramai yang trsalah anggap dengan isu ini..tak salah jika kita meletakkan poster ke apa ke..tampal kat mn2 ke..."I LOVE JESUS"...

tapi, bak kat airbiru, untuk mengelakkan fitnah...baik tak payah...

wassalam "I LOVE JESUS"...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 05-09-05 15:13


shaharatul_qibtiah, berfikir lah sebelum melakukan sesuatu... jangan sampai apa yang kita lakukan menjadikan diri kita murtad... (nauzubilla). Perkara macam tu kalau tak silap ana, mampu mengikis iman seseorang... Takut2 nanti perkara yang lebih penting/ orang lain pulak yang akan main2 awak.

Ana, pernah terdengar akan cerita seorang ustazah... bahwa, 1 ketika dulu ada seorang pemuda melayu yang menemui ajal selepas kemalangan jalan raya. Namun semasa memandikan mayatnya, mayat tersebut mempunyai tatoo simbol 'cross'.... so, apakah hukumnya???? Allahualam...


Wasssalam....


Takut lah pada azab ALLAh,
berbanding kejian manusia didunia...
[ Telah diedit oleh: farhanna pada 05-09-05 15:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-09-05 17:00


Assalamualaikum...

kepada saudari farhanna..thnx a lot ye.....

saya faham maksud saudari...kalau hanya kerana nama Jesus sering disebut dan dipuji di dalam bible...dia adalh hak orang-orang cristian, dan jangan lupa Jesus juga adalah hak orang Islam...

jangan hanya menjadi pengikut semata2...kalau yang bagi hujah adalah seorg ustaz...gunakan akal dan kaji sendiri berpaksikan pada Al-Quran dan Sunnah dan sewaktu dgnnyer..isu ni..saya dah terlebih awal bertanya pada yang pakar...bukan menjadi pengikut semata2...

berhati2 dengan hujah ..jangan smpi boleh disangkal oleh non-muslim..jangan malukan orang Islam...

syukran jazilan atas peringatan...dakwah dan Islam itu luas ye ukhti farhana....

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 17:06


Panggillah Nabi Isa ..seperti didalam Al Quran...lebih mulia dan indah ....sebab Allah memanggilnya begitu....

jesus maksudnya :• noun the central figure of the Christian religion, considered by Christians to be the Christ or Messiah and the Son of God.
biarlah mereka memanggil jesus kita ada identiti Islam yang tersendiri...
moses=Musa
Solomon=Sulaiman
Jesus= Isa????







Ana : Nyanyi lagu nasyid 25 Rasul-Raihan

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 18:21


manusia dijadikan berbagai bangsa agar kita saling mengenali...setiap masing masing mempunyai loghat dan pelat sendiri..dan itulah keunikan sesuatu bangsa...apakah kita hidup bersendirian...apakah umat Islam yang berbangsa China yang kadangkala pelat bacaan Fatihah nya berbeza dari kita..terus kita cakap kat dia..tak sah sembahyang pasal bacaan Fatihah tak betui..sapakah kita yang mengetahui solat itu sah ataupun tidak..???hebat suhgguh ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 18:31


Pada 05-09-05 18:21 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

manusia dijadikan berbagai bangsa agar kita saling mengenali...setiap masing masing mempunyai loghat dan pelat sendiri..dan itulah keunikan sesuatu bangsa...apakah kita hidup bersendirian...apakah umat Islam yang berbangsa China yang kadangkala pelat bacaan Fatihah nya berbeza dari kita..terus kita cakap kat dia..tak sah sembahyang pasal bacaan Fatihah tak betui..sapakah kita yang mengetahui solat itu sah ataupun tidak..???hebat suhgguh ye...



sangat betull.... walau pun Allah kadangkala disebut menggunakan huruf Lam nipis dan sebutan Al fatihah kadangkala berbeza denagn nahwu yag sbenar ia tetap berusaha melafazkannnya dan boleh di maafkan tetapi umat Islam jangan lah memanggil Isa dengan panggilan jesus, panggillah Isa....seperti termaktub dalam Al Quran sudahla baginda difitnah menjadi penebus dosa manusia dan kita pula memanggilnya jesus.... walaupun Musa dipanggil Moses ada jugak bunyi nya hatta Nabi Sulaiman di panggil Solomon pun lebih kurang ada bunyi dan Nabi Nuh di panggil Noah...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 21:22


Assalamualaikum...

Ana faham maksud yang cuba disampaikan oleh ukti Shaharatul_Qibtiah.

Memang secara direct translation, JESUS adalah Nabi Isa a.s. Tapi, ana yakin JESUS yang dimaksudkan di sini adalah Bukan Nabi Isa, tetapi Anak Tuhan!

Keterbukaan itu adalah penting, terutama dalam menyampaikan dakwah tapi jangan sampai keterbukaan itu mungkin menggadaikan syahadah.

Terdapat 2 permasalahan di sini, pada pendapat ana:

1)Rubber band (or whatever they call it) itu dijual kepada KANAK-KANAK, yang sudah pasti sangat mudah terpengaruh dengan keadaan persekitaran mereka! Jika si penjual itu betul2 ikhlas mahukan kanak2 cintakan Nabi Isa, Kenapa tidak letakkan We love Isa or Kami Sayang Nabi Isa?

Benda itu dijual di MALAYSIA, yang secara adatnya Nabi Isa dipanggil dengan gelaran Nabi Isa, dan Tuhan mengikut kepercayaan Kristian dipanggil Jesus!

Bukankah dakwah itu, jika benar-benar mereka ingin berdakwah, adalah bersifat WATANIYYAH / kedaerahan, mengikut dari Yusof Al Qardhawi? Maknanya, dakwah perlu disesuaikan dengan adat dan adab daerah tersebut, tanpa mengorbankan syariat dakwah itu sendiri..

Persoalan utama ana, Kenapa JESUS? Kenapa tidak diletakkan I LOVE ISLAM etc? Bukankah ada something wrong di sini?

2) Rubber Band itu dijual kepada kanak2, yang kita tahu kadang-kadang masuk ke tempat2 yang tidak suci. Jika mereka benar-benar ikhlas nak suruh kanak2 cintakan Nabi Isa, Kenapa dibuat dalam bentuk tersebut? Bukankah dikira menghina, sekiranya kanak2 tersebut masuk ke tempat2 kotor dan tidak suci, i.e tandas?

Bagi ana, ia sama seperti tindakan pembuat kasut NIKE, yang letakkan nama ALLAH dekat kasut mereka. Bagi mereka yang TERBUKA, mungkin suka kerana mereka memuji Allah, tetapi bagi ana, ia adalah penghinaan yang paling besar dan tidak dapat dimaafkan.

Ana mungkin JUMUD, RIGID dan TERTUTUP pada pandangan sesetengah pihak, namun ana lebih rela anak2 ana didedahkan dengan kecintaan mereka kepada MUHAMMAD, penghulu mereka, dan kesemua nabi dan Rasul mengikut cara yang TIDAK SYUBHAH / TERGANTUNG / 50-50. Dan ana pasti tidak akan membenarkan anak2 ana mengenal JESUS terlebih dahulu, sebelum mereka kenal MUHAMMAD, dan sebelum mereka mengerti betapa orang bukan Islam sentiasa mengintai peluang untuk merosakkan akidah dan pegangan mereka terhadap Islam.

Hatta di Amerika sekalipun, di kalangan Umat Islam, JESUS adalah anak tuhan kristian, dan ISA adalah Nabi Isa a.s.. Tidak pernah, selama ana tinggal di sini, ana dengar mana-mana orang Islam yang menyebut I LOVE JESUS...

Ana lebih rela dipanggil JUMUD daripada mengorbankan syahadah....

ISLAM HANYA SATU DAN AKAN TETAP SATU

Ila Mardhatillah

Wallahu a'lam

Assalamualaikum


-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 22:45


maaf ana menyampuk:)

tentang rubber band tu ana rasa saudara jundullah81 dah menerangkan pandangan beliau dan ana sokong. ana cuma nak kongsi satu pendapat.

Isa Ibn Maryam atau Jesus Son of Mary?

kedua-duanya adalah sama. cuma bahasa, sebutan saja yang berbeza. kalau begitu bahasa Melayu pun tak betul sebab sebut Isa bukan I'sa (huruf 'ain). lagi satu yang berbeza adalah pandangan satu2 agama tu terhadap nabi Allah tersebut.

apa bezanya Abu Bakar dan Abi Bakr, orang yang sama? yang mana betul malaikat atau malaikah? solat atau solah? Allah tak limitkan kita untuk memakai satu2 istilah, maka kita bebas gunakannya ikut keadaan, kalau Allah tak larang Kenapa kita nak larang? kalau dikatakan Jesus tu istilah khusus untuk orang Christian maka ingin saya bertanya adakah agama Christian diturunkan dalam bahasa Inggeris? sebab perkataan Jesus tu bukan bahasa Yahudi ( Isa dihantar pada golongan Yahudi, bercakap dengan bahasa Aramaic)

sesiapa yang selalu berdakwah pada orang Christian(atau orang2 barat) atau berdialog dengan mereka tentu sudah biasa menggunakan nama2 seperti Jesus(Isa), Moses(Musa) dalam berdakwah sebab orang yang sama pun dan senang menerangkan.

adakah terjemahan Yusof Ali yang masyur pun menyeleweng sebab menggunakan Jesus?

Jesus atau Yesus atau Isa atau I'sa adalah sama. masalah bahasa. kita ikut uruf. yang penting kita tahu siapa dia sebenarnya dia, utusan Allah dan tidak lebih.

saya rasa tak perlu lah kita sibuk berbahas tentang nama sedangkan missionaries Christian di luar sana tengah busy sebarkan dakyah, kita dah menyumbang?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 22:50


Bagaimana pula sekiranya gelang getah tangan itu sememangnya dikeluarkan oleh puak Kristian? Secara logiknya, adakah mungkin umat Islam akan mengeluarkan produk yang berkaitan Nabi Isa A.S.? Jarang sekali...

Persoalannya bukan siapa Jesus, siapa Nabi Isa A.S. tetapi pokoknya, Kenapa perlu memakai gelang 'I LOVE JESUS'? Adakah dengan cara tersebut dapat memupuk kasih kita kepada Nabi Isa A.S.? Bukankah banyak lagi cara yang jauh lebih berkesan?

Pastinya golongan misionari bergelak ketawa, bertepuk tangan melihat umat Islam bertelagah tentang isu ini. Malah, ada yang seolah-olah menyokong perlakuan ini...

Allahu Ta'ala a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 22:57


al-salamu `alaykum...

saya setuju dengan zulman dan jundullah01, memang benar JESUS itu hakikatnya ialah Isa itu sendiri, tapi dalam konteks ini JESUS yang dimaksudkan adalah yang disembah oleh orang kristian... bukan ke "innama al-a`malu bil-niyyat..."

soal yang berkaitan dengan akidah ini jangan diambil mudah sebab ia boleh menjadikan kita murtad... kalau tak pasti tentang sesuatu itu baik diam daripada kita bercakap, sebab bercakap sesuatu yang tak pasti memungkinkan kita melakukan kesalahan, dan kesalahan dalam perkara akidah boleh membawa murtad... so kena hati2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 02:26


ana rasa isu gelang "i Love Jesus" ni patut dah settle dengan kesimpulan jundullah81. -Jauhi benda itu-

dan isu yang tiba2 terselit pulak... adakah tak Islamic guna panggilan Jesus/ adakah Jesus itu Nabi I'sa etc. pun patut dah clear.
-Jesus,Yesus,Iso, Isa atau I'sa orang yang sama-

kekadang kita lupa, bukan gelang tu saja yang berbahaya. sekarang ada lelaki yang tak pakai gelang tu tapi pakai gelang2 lain, trend lah kononya bukan ke parah juga sebab berleluasa? jom kita tegur member2 lelaki yang masih sarat berantai bergelang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 02:36


jom.... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

amier_hafizun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.06.2004
Ahli No: 9614
Posting: 43
Dari: KuKuM..Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 09:21


kepada sharatul_qibtiah, cara saudara mematahkan hujah seolah-olah saudara nak tunjukkan yang saudara ni banyak ilmu.. bukan begitu caranya. seperti kata sahabat kita lebih elok dipnaggil 'isa' berbanding 'jesus'. sepertikata saudara nabi isa juga dalah nabi ALLAH dan kita patut mempercayainya namun cara saudara meluahkan fakta boleh membuatkan musuh islam tersenyum...
P/s: fikir sebelum berhujah

Bookmark and Share

    


  Member Information For amier_hafizunProfil   Hantar PM kepada amier_hafizun   Pergi ke amier_hafizun's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 06-09-05 12:34


minta lah dijauhkan kepada ana.... famly ana... :D... :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-09-05 12:51


Pada 06-09-05 09:21 , amier_hafizun posting:

!!! QUOTE !!!

kepada sharatul_qibtiah, cara saudara mematahkan hujah seolah-olah saudara nak tunjukkan yang saudara ni banyak ilmu.. bukan begitu caranya. seperti kata sahabat kita lebih elok dipnaggil 'isa' berbanding 'jesus'. sepertikata saudara nabi isa juga dalah nabi ALLAH dan kita patut mempercayainya namun cara saudara meluahkan fakta boleh membuatkan musuh islam tersenyum...
P/s: fikir sebelum berhujah


Assalamualaikum...

syukran saudara...saya bukan nak patahkan mana-mana hujah..cuma bagi pendapat...dan pendapat tak boleh dihukum benar atau salah...;) dan kerana saya cetek ilmu berbanding para ustaz/zah di sini..tht's y saya bertanya pada yang pakar dulu...setahu saya tak salah...kalau kita tau niat kita...dan mmglah lebih afdhal sekiranyer disebut I'sa...bukan Jesus...;) begitu juga kalau solat...lebih afdhal kita membaca ayat2 Al-Quran dalam bahasa Arab..berdoa jugak..dalam bahasa arab...kan...:)

harap topik ni dah settle..bak kata akhi jundullah sendiri...dia yang mengutarakan isu ni...dia sendiri faham apa yang saya cuba katakan...mn ada nak patahkan hujah dia...laman ukhwah ni laman berkongsi pendapat...bukan nak menunjuk banyak ilmu ke tak...brcakap pndang2 ye...alert jugak awak ni...:)

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 19:57


=p kekeke

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 20:08


Pada 06-09-05 12:51 , shaharatul_qibtiah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-09-05 09:21 , amier_hafizun posting:

!!! QUOTE !!!

kepada sharatul_qibtiah, cara saudara mematahkan hujah seolah-olah saudara nak tunjukkan yang saudara ni banyak ilmu.. bukan begitu caranya. seperti kata sahabat kita lebih elok dipnaggil 'isa' berbanding 'jesus'. sepertikata saudara nabi isa juga dalah nabi ALLAH dan kita patut mempercayainya namun cara saudara meluahkan fakta boleh membuatkan musuh islam tersenyum...
P/s: fikir sebelum berhujah


Assalamualaikum...

syukran saudara...saya bukan nak patahkan mana-mana hujah..cuma bagi pendapat...dan pendapat tak boleh dihukum benar atau salah...;) dan kerana saya cetek ilmu berbanding para ustaz/zah di sini..tht's y saya bertanya pada yang pakar dulu...setahu saya tak salah...kalau kita tau niat kita...dan mmglah lebih afdhal sekiranyer disebut I'sa...bukan Jesus...;) begitu juga kalau solat...lebih afdhal kita membaca ayat2 Al-Quran dalam bahasa Arab..berdoa jugak..dalam bahasa arab...kan...:)

harap topik ni dah settle..bak kata akhi jundullah sendiri...dia yang mengutarakan isu ni...dia sendiri faham apa yang saya cuba katakan...mn ada nak patahkan hujah dia...laman ukhwah ni laman berkongsi pendapat...bukan nak menunjuk banyak ilmu ke tak...brcakap pndang2 ye...alert jugak awak ni...:)

wassalam


satu saja yang saya nak tegur kat sini... dalam solat, bacaan ayat2 al-Qur'an dalam bahasa Arab adalah wajib, bukan afdhal... diwajibkan membacanya berdasarkan kemampuan diri...

panjang lagi perbincangan ulama' berkenaan dengan hukum bacaan dalam solat tapi dan tahap2 yang dibenarkan oleh orang yang tidak berupaya, tapi saya rasa cukup setakat ni untuk kes ini...

wa'Llahu A`lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 26-09-05 22:46


jangan mudah berbangga dengan barang2 western...orang eastern pun apa kurangnyer

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

AUS_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL

Perak  


posticon Posting pada: 26-09-05 22:50


Apa salahnya kasut "Made In Gombak"...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For AUS_85Profil   Hantar PM kepada AUS_85   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 14:46


Pada 08-09-05 20:08 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-09-05 12:51 , shaharatul_qibtiah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-09-05 09:21 , amier_hafizun posting:

!!! QUOTE !!!

kepada sharatul_qibtiah, cara saudara mematahkan hujah seolah-olah saudara nak tunjukkan yang saudara ni banyak ilmu.. bukan begitu caranya. seperti kata sahabat kita lebih elok dipnaggil 'isa' berbanding 'jesus'. sepertikata saudara nabi isa juga dalah nabi ALLAH dan kita patut mempercayainya namun cara saudara meluahkan fakta boleh membuatkan musuh islam tersenyum...
P/s: fikir sebelum berhujah


Assalamualaikum...

syukran saudara...saya bukan nak patahkan mana-mana hujah..cuma bagi pendapat...dan pendapat tak boleh dihukum benar atau salah...;) dan kerana saya cetek ilmu berbanding para ustaz/zah di sini..tht's y saya bertanya pada yang pakar dulu...setahu saya tak salah...kalau kita tau niat kita...dan memanglah lebih afdhal sekiranyer disebut I'sa...bukan Jesus...;) begitu juga kalau solat...lebih afdhal kita membaca ayat2 Al-Quran dalam bahasa Arab..berdoa jugak..dalam bahasa arab...kan...:)

harap topik ni dah settle..bak kata akhi jundullah sendiri...dia yang mengutarakan isu ni...dia sendiri faham apa yang saya cuba katakan...mn ada nak patahkan hujah dia...laman ukhwah ni laman berkongsi pendapat...bukan nak menunjuk banyak ilmu ke tak...brcakap pndang2 ye...alert jugak awak ni...:)

wassalam


satu saja yang saya nak tegur kat sini... dalam solat, bacaan ayat2 al-Qur'an dalam bahasa Arab adalah wajib, bukan afdhal... diwajibkan membacanya berdasarkan kemampuan diri...

panjang lagi perbincangan ulama' berkenaan dengan hukum bacaan dalam solat tapi dan tahap2 yang dibenarkan oleh orang yang tidak berupaya, tapi saya rasa cukup setakat ni untuk kes ini...

wa'Llahu A`lam...


ana setuju dengan ibnu musa.
bacaan dalam solat bukannya 'lebih afdhal dibaca dalam bahasa arab', tapi MEMANG WAJIB dibaca dalam bahasa arab.
ia bergantung pada kemampuan individu.

ana nak beri pendapat,
tentang hal gelang getah ni...
penganut christian menganggap jesus anak tuhan dalam konsep trinity.
jadi, indirectly, orang2 yang menggunakan kalimah tersebut...seolah-olah membenarkannya.
nauzubillah, ditakuti mempengaruhi aqidah.
dalam masyarakat kita pun, istilah jesus digunakan dalam agama christian.
automatically kita akan anggap orang yang memakai benda2 atau perhiasan yang tertulis nama ni adalah kristian.
bagaimana reaksi kita bila melihat muslim memakai salib?
marah dan rasa terhina kan?
begitu jugalah reaksi kita bila muslim memakai something/perhiasan yang tertulis perkataan jesus.

kita sememangnya menyebut nabi isa sebagai nabi isa,
malah dalam alquran pun menyebutkan begitu.
jadi,ikutlah apa yang telah dianjurkan oleh Allah.
itu lebih utama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 02:11


jaga diri..jangan biarkan ianya terbiar dan jauh dari rahmat ALLAH TaALA

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 17-01-06 22:42


huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115197 saat. Lajunya....