Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 154
Ahli: 0
Jumlah: 154




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: tafsir hadith akhir zaman


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» tafsir hadith akhir zaman

Please Mendaftar To Post


Oleh tafsir hadith akhir zaman

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-08-05 05:54


--- In [email protected], siti hajar mohsin
wrote:
> Sesungguhnya perisitiwa itu tidak akan terjadi sebelum
> kamu melihat sepuluh tanda yang bakal muncul. Lalu
> baginda menyebutkan tanda-tanda tersebut, iaitu
> keluarnya asap, lalu keluarnya dajjal (makhluk,
> binatang melata), terbitnya matahari dari arah barat,
> turunnya Isa Ibn Maryam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali
> terjadi gerhana di Timur, Barat dan di Jazirah Arab,
> kemudian terakhir keluarnya api dari Yaman yang akan
> menghalau manusia sampai ke tempat mereka berhimpun."
> (HR Muslim)

~~~~~~~~~~~~~~~Reply

Takhriij alhadith:

Dikeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya Jld 4 , Kitab alFitan, #2901.
Juga Ibn Athiir, Jami' alUsyuul yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan
atTermidzi. Hadith sahih dari jalur Hudzaifah alGhifari RA.

Fiqh alhadith:

tanda2 dalam hadith Hudzaifah ini dinamakan tanda2 besar Qiamat.
Tanda2 Besar bermakna Qiamat itu sudah terlalu hampir atau manusia
berada diambang kiamat.

Tanda yang pertama: Dukhan (jerebu atau kabus tebal)
Kabus atau jerebu tebal yang menjadi bahaya ialah bila ia mencecah
indeks bacaan 500 ke atas.

Para salaf berpecah menjadi dua golongan bila mentafsirkan Jerebu
ini.
Kumpulan Ibn Mas'ood RA, Mujahid, dan ibn Jarir atTabari menetapkan
Dukhan atau jerebu ini adalah tanda Kiamat yang sudahpun berlalu di
zaman RasuluLlah SAW sempena turunnya surah adDukhan. Jerebu yang
menimpa kaum Quraisy

Kumpulan Imam Ali bin Abu Tholib RA, Abu Said alKhudri RA, Ibn
Abbas RA, Ibn Umar RA, alHasan bin Ali RA dan Hasan alBasri
mengatakan Jerebu ini benar-benar tanda Besar Kiamat dan ia belum lagi
terjadi. hadis Hudzaifah ini adalah dalil mereka.

alhafiz Ibn Kathiir RH mendokong pendapat Ali dan Ibn Abbas.
Imam Nawawi ketika mensyarhkan hadit ini menyatakan jerebu itu
meliputi bumi selama 40 hari. (syarah Muslim 18/27) WA

~~~~~~~~~~~~~~Syarh alhadith

Tanda besar yang kedua: keluarnya alDajjal alMasih

Dikembarkan istilah almasih kepada Dajjal ialah kerana almasih
bermaksud salah satu matanya terhapus (Ibn Athir), adapun Dajjal
bermaksud pendusta. Maka Dajjal almasih = Pendusta yang bermata satu.
(Ibn Athir, Jami' alusyul 9/356)

Fuqaha' yang menolak munculnya alDajjal alMasih ialah Imam Muhammad
Abduh, mantan Mufti Mesir. Beliau menetapkan Dajjal yang dimaksudkan
itu adalah aliran kesesatan scara umum (Tafsir alManar, Jld 3).

Manakala faham Muktazilah, Khawarij dan Jahmiyah menolak secara
total kerana jika benar Dajjal suatu ancaman kepada manusia, niscaya
alQur:an ada menyebutnya, tapi tidak ditemui dalam alQur:an.

Namun iktiqad ASWJ menetapkan melalui hadith2 yang mutawatir akan
kemunculan Dajjal alMasih di akhir zaman sebagai tanda besar Qiamat.
Pendetailan mengenai ciri2, tanda2 mengenal Dajjal tidak dapat
dibahaskan di sini kerana ia teramat banyak dalam kitab2 yang beredar
di pasaran cuma perhatikan hadith2 yang menyalurkan maklumat tentang
Dajjal itu sahih atau hasan.

~~~~~~~~~~~~~~~Syarh

Keluarnya 'Daabbah' (binatang melata):

Hadis Hudzaifah ini menguatkan maksud ayat 82 surah anNamlu
(Kami mengeluarkan sejenis binatang melata dari bumi).

Tujuan binatang ini keluar ialah sebagai suatu peringatan yang
terakhir kepada orang kafir supaya beriman dan kepada orang Islam
supaya tetap istiqaamah. Daabah ni bukan monster atau binatang yang
memakan manusia!

Komentar syaikh Ahmad Syakir pada Musnad Imam Ahmad:

Perihal Daabbah (binatang melata) ini maklum pada orang yang berbahasa
Arab suatu makna yang luas (tidak terhad) pada istilah binatang. malah
Daabah adalah kalimah yang membawa maksud yang luas. Maksudnya suatu
istilah yang hanya dimengerti oleh orang yang memahami bahasa Arab.

~~~~~~~~~~~~~~~Syarh

Tanda ke 4 dari hadith Hudzaifah
Terbitnya Matahari dari sebelah Barat. Ini bermakna Jepun
(Jepang/Nippon) bukan lagi negara matahari terbit. Morocco atau
Maghribi pulak akan dinamakan Negara matahari terbit.

Hadith ini adalah syarh kepada ayat 158 surah alAn'am. Kata Imam
atTabari dan Ibn Kathir ketika mentafsir ayat ini, salah satu tanda
itu ialah terbitnya matahari dari Barat.

Kata Imam Ibn Hajar (alfath), bila hal ini berlaku, maka pintu
taubat pun ditutup. (fath albari 11/352)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~Syarh

Tanda kelima: Turunnya Isa putra Maryam AS

Perkhabaran RasuluLlah SAW ini menguatkan ayat AQ sebelum nya:

AQ 4: 157-158
AQ: azZukhruf (43): 61
anNisaa':51

Maka disimpulkan:

Turunnya Isa AS di akhir zaman adalah akidah ASWJ. Ingkar bermakna
mendustakan Muhammad SAW kerana mutawatirnya hadith.

Tujuan Isa turun ialah melaksanakan semula syari'at Muhammad dan
memerangi semua agama yang lain dan keamanan akan melimpahi bumi
selama 40 tahun (albani, silsilah alsahihah/IV/559)

s2s @ thtl

(bersambung InsyaAllah)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 15:09


> --- In [email protected], siti hajar mohsin

> wrote:
> Sesungguhnya perisitiwa itu tidak akan terjadi sebelum
> kamu melihat sepuluh tanda yang bakal muncul. Lalu
> baginda menyebutkan tanda-tanda tersebut, iaitu
> keluarnya asap, lalu keluarnya dajjal (makhluk,
> binatang melata), terbitnya matahari dari arah barat,
> turunnya Isa Ibn Maryam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali
> terjadi gerhana di Timur, Barat dan di Jazirah Arab,
> kemudian terakhir keluarnya api dari Yaman yang akan
> menghalau manusia sampai ke tempat mereka berhimpun."
> (HR Muslim)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~Syarh
Tanda #6: keluarnya Ya'juj wal Ma'juj

Menurut Ibn Hajar (alfath 13/107), asal usul Ya'juj dan Ma'juj ialah keturunan Adam jua.

Hadith Hudzaifah di atas menguatkan dalil alQur:an mengenai
kemunculan dua kaum yang ganas itu di Akhir zaman.

AQT 18:94 (Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj
sentiasa melakukan kerusakan di muka bumi)

AQT 21: 96 (sehingga terbuka tembok yang menyekat Ya'juj dan Ma'juj serta mereka meluru turun dari tiap2 tempat yang tinggi. Dan hampirlah datangnya janji hari Qiamat yang benar)

Ada pelbagai tafsiran:

sebahagian mengatakan Dua kaum pemusnah ini sudah berlalu, iaitu
ketika keluarnya kaum Monggol dan tartar dari Asia tengah. Antara yang berpendapat demikian ialah almarhum Ustaz Sayyid Qutb dalam tafsir azZilal. Imam alQurthubi juga berkata kemungkinan kaum Tartar dan Mongol itu adalah Ya'juj dan Ma'juj. begitu juga pendapat Ibn Athir, alKamil: 13/375)

Pendapat yang rajih ialah Ya'juj dan ma'juj itu muncul ketika zaman turunnya Isa putra Maryam AS. jika ada kaum yang sebelum turunnya Isa, ia adalah ciri-ciri Ya'juj wal Ma'juj sahaja. akhirnya Ya'juj dan Ma'juj ini dibinasakan dengan berkat do'a Isa almasih (dari Sulaiman alAsyqar, alYaum alAkhir, Kuwait, 1988, Syaikh Yusof Abdullah alWabil, 'Alamaat alQiyamah alKubra)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~Syarh
Tanda #7: tiga khasaf di sebelah Timur, Barat dan Jaziirah Arab.

Ralat: terjemahan ummi adalah tidak tepat, khasaf dalam hadis itu bermaksud lenyap, gempa, atau runtuh besar.

Berkata alhafiidz Ibn Hajar (alFath: 12/ms 84), gempa atau runtuhan besar ini belum berlaku lagi walaupun gempa itu sering terjadi dipelbagai tempat. tapi gempa tanda Qiamat ini adalah gempa yang amat besar sekali berlaku di Timur, Barat dan Semenanjung Arab yang membawa kemusnahan yang dahsyat.

Ulasan s2s:

Gempa yang dahsyat selalunya >9.5 di atas skala Richter, seperti yang
berlaku di Acheh yang mengakibatkan kesan Tsunami yang melanda satu
kawasan yang besar di Indonesia, Sri lanka, India, Thailand dan
Malaysia. rata-rata bila ditanya orang yang menyaksikan Tsunami ini, maka mereka menyangkakan Qiamat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~Syarh
Tanda #8: Munculnya api yang besar di Yaman (kota Aden)

Ibn Hajar berkata: api ini adalah tanda terakhir tanda2 Kiamat yang besar-besar dan petanda pertama bermulanya fasa Qiamat (alFath: 13/82)

Bila api itu muncul, maka manusia akhir zaman akan berduyun-duyun berkumpul di tempat2 perhimpunan masing-masing. Mereka berpusu-pusu melarikan diri beramai-ramai dan sesiapa yang tidak berpindah, akan dimakan oleh api itu. Tempat tumpuan perhimpunan ialah Syria (Ibn Kathiir, alNihayah 1/259)

TAMAT syarah hadith Hudzaifah bin Usaid ra.

s2s

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085413 saat. Lajunya....