Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 122
Ahli: 0
Jumlah: 122




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: Faktor Kehancuran Negara Islam


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Faktor Kehancuran Negara Islam

Please Mendaftar To Post


Oleh Faktor Kehancuran Negara Islam

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 13-08-05 03:45


Assalamualaikum

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHANCURKAN NEGARA ISLAM
(As-Syahid Imam Hasan al-Banna)


Di dalam kehebatan dan tanah yang meluas ini, faktor-faktor yang merungkaikannya mulai meresap ke dalam kehidupan umat al-Quran ini. Faktor ini membesar dan berkembang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya telah merobek Daulah Islamiyyah, dengan hancurnya pusat kerajaan Islam pada kurun ke 6 Hijrah di tangan Tartar. Sekali lagi ia berlaku pada kurun 14 Hijrah dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Peristiwa ini meninggalkan kesan yang amat buruk. Umat Islam kini bertaburan dan negara Islam menjadi negeri-negeri kecil.

Di antara faktor-faktor yang menjadikan demikian adalah:

i) Perpecahan politik, asabiyyah, berebut pangkat dan kepemimpinan

Sedangkan Islam telah memberi amaran keras dalam masalah ini. Islam telah mengingatkan supaya menjauhkan diri dari kepimpinan. Islam berulangkali menarik perhatian penganutnya bahawa inilah faktor yang merosak dan menghancurkan mana-mana rakyat dan negara. Allah berfirman yang maksudnya;

"..dan janganlah kamu bertelagah, nescaya kamu akan gagal dan hilang kekuatanmu, dan bersabarla. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-Anfaal: 46)

Di samping itu Islam juga sangat berpesan supaya ikhlas kerana Allah semata-mata baik dalam percakapan dan perbuatan serta menghindarkan diri dari sukakan kemasyhuran dan pujian.


ii) Perbezaan pandangan dalam agama dan mazhab

Menyeleweng dari agama yang sepatutnya aqidah dan amalan, tetapi bertukar menjadi cakap-cakap dan istilah kaku yang mati. Kecuaian terhadap kitab Allah, sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, jumud dan fanatik terhadap pendapat dan kata-kata seseorang, suka bertengkar dan berdebat sedangkan semua perkara ini ditegah oleh Islam. Rasulullah bersabda yang maksudnya;

"Tidak sesat sesuatu kaum itu selepas mereka mendapat hidayah, kecuali kerana mereka suka bertengkar."


iii) Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan, sukakan hiburan dan keseronokan

Ia berlaku begitu dahsyat pada pemerintah-pemerintah Islam, lebih daripada yang berlaku kepada pemerintah bukan Islam. Padahal mereka telah membaca firman Allah yang maksudnya;

"Dan jika kami hendak membinasakan negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya ketentuan kami, dan kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya." (al-Isra': 16)


iv) Peralihan kuasa dan pimpinan kepada yang bukan Arab, sama ada kepada Farsi, Dailam, Mamalik, Turki dll

Kebanyakan mereka ini tidak pernah merasa kemanisan Islam yang sebenar. Hati-hati mereka tidak dapat disinari oleh cahaya al-Quran disebabkan kesukaran memahami maksud-maksudnya. Sedangkan mereka telah membaca firman Allah yang maksudnya;

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu, (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami) jika kamu mahu memahaminya." (Aali Imran: 118)


v) Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains, sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul

Sedangkan Islam mengesa mereka supaya mengkaji, menyelidik segala rahsia-rahsia kejadian, meneroka di muka bumi dan berfikir tentang makhluk Allah sebagaimana firman Allah yang maksudnya;

"Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi." (Yunus: 101)


vi) Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan masyarakat lain

Sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan dan persediaan yang mana akhirnya mereka telah dicakup sekaligus.

Al-Quran telah memerintahkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan jangan lalai. Ia menyifatkan orang-orang yang lalai dan cuai tak ubah seperti haiwan, bahkan lebih sesat dari itu. Firman Allah yang maksudnya;

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai haiwan ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raaf: 179)


vii) Terpedaya dengan tipu muslihat musuh yang manis di bibir

Mereka berasa kagum dengan cara kerja dan kemewahan hidup kuffar. Mereka terburu-buru meniru kuffar tanpa mengira baik buruk, sedangkan al-Quran sangat menegah Muslimin dari meniru atau menyerupai kuffar. Al-Quran terus terang memerintahkan supaya tidak menyerupai kuffar dan perlunya memelihara ciri-ciri identiti Islam. Firman Allah yang maksudnya;

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberikan al-Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu kekafiran sesudah kamu beriman." (Aali Imran: 100)

Dalam ayat yang lain, maksudnya;

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu taati orang-orang itu nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran) lalu kamu menjadi orang yang rugi." (Aali Imran: 149)

Allahu a'lam..


-----------------

[ Telah diedit oleh: alea13 pada 14-08-05 07:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091007 saat. Lajunya....