Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 164
Ahli: 0
Jumlah: 164




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 53 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: siapa dan apakah ciri2 orang yang diiktiraf untuk interpret Quran?


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» siapa dan apakah ciri2 orang yang diiktiraf untuk interpret Quran?

Please Mendaftar To Post


Oleh siapa dan apakah ciri2 orang yang diiktiraf untuk interpret Quran?

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 24-07-05 10:10


Assalamualaikum
di bwh ini adalah soalan daripada seorang pelajar britain dalam satu forum untuk pelajar2 UK.


#I'm curious. Isn't there a phrase in the Koran that says it's ok to kill all non-belivers if 1) after they refuse to convert 2) the land of the non-believers refuse to be ruled under islamic law? Is that what the these religious fanatics are using? If so does that not contradic you statement 'Islam does not teach people to kill'? I am sure there are numerous ways to interpret the Koran, perhaps most people will interpret as such as a psycological thing rather than an actual physical attack. Though the fact if such a phrase is does exist, it is scary how religion may be open to intepretation for actually encouraging violence. Maybe you can clarify.
-end-#

berkenaan dengan soalan tersebut,saya pasti jawapannya adalah tidak semua orang boleh interpret Quran sesuka hati mereka demi mencapai kepentingan peribadi,seperti pihak extremist muslim.saya sendiri beminat untuk mengetahui apakah syarat2 atau ciri2 atau orang-orang yang diiktiraf untuk mentafsirkan Quran dan tafsirannya diterima oleh umat Islam.

saya harap ada di kalangan ahli ukhwah yang ada jawapannya,kerana ini membabitkan maruah umat islam sendiri.plus,ini dapat juga menambah ilmu kita tentang Quran.

wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-07-05 22:14


Assalamualaikum

moga kita di rahmati Allah ..
ni saya copy paste dari halaman Persatuan Ulama Malaysia moga dapat menjawab persoalan di atas..InsyaAllah

SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN BAGI SEORANG PENAFSIR AL-QURAN

Oleh:

dari. Fauzi Deraman
Mustaffa Abdullah

Daripada buku "Pengantar Usul Tafsir" terbitan Akademi Pengajian Islam UM / iMAP

Pengkajian yang berkesan mentgenai al-Qur’an adalah amat penting memandangkan ia adalah kalam Allah yang mengandungi keseluruhan ajaran yang disampaikan kepada nabi Muhammad s.`a.w. Bagi mencapai tujuan ini para ulama telah menetapkan beberapa syarat kepada para mufassir supaya kesucian dan kemurnian wahyu sentiasa terpelihara.

Syarat-Syarat Mufassir:

Para ulama telah mengemukakan beberapa syarat kepada mufassir untuk membantu mereka supaya dapat mentafsir ayat-ayat al-Qur’an selari dengan kehendak Allah dan terhindar daripada melakukan kesilapan ketika mentafsirkan ayat-ayat tersebut. Antara syarat mufassir adalah seperti berikut: (1)

1. Akidah yang benar. Syarat yang pertama ini adalah terlalu penting kerana akidah memainkan peranan yang besar kepada setiap mufassir dan menjadi faktor pendorong kepada seseorang mufassir untuk melakukan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Qur’an dan juga penipuan dalam perwayatan. Mereka juga mudah terdorong kepada mazhab-mazhab yang menyeleweng dengan mengemukakan pentakwilan yang bertentangan dengan akidah yang benar.

2. Bersih daripada hawa nafsu kerana ia akan mendorong dirinya membela dan menegakkan kepentingan dan keperluan mazhabnya semata-mata sehingga ia berupaya menipu manusia lain dengan ucapan-ucapan lembut dan keterangan-keterangan yang menarik minat seseorang seperti yang dilakukan oleh golongan yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

3. Mempunyai keahlian dalam bidang hadith: riwayat dan dirayah, kerana hadith-hadith nabi merupakan penjelasan dalam menafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham dan seterusnya hadith-hadith Rasulullah s.`a.w. akan membantu pentafsir dalam menerangkan segala kemusykilan yang timbul berhubung dengan perkara ini.

4. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang berkaitan memandangkan pentafsiran ayat-ayat al-Qur’an berkait rapat dengan i`rab perkataan dan tatabahasa. Oleh itu ilmu pengetahuan yang sedikit tidak dapat membantu seseorang mentafsir al-Qur’an dengan baik.

Mujahid bin Jabr berkata:â€Tidak wajar bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat memperkatakan mengenai kitab Allah sedangkan dia tidak mengetahui dialek-dialek bahasa Arab. (2)

5. Berpengetahuan dalam ilmu qiraat kerana denganya seseorang itu dapat mengetahui cara-cara mengucapkan lafaz-lafaz al-Qur’an dan dapat pula memilih bacaan yang lebih kuat di antara pelbagai ragam bacaan yang ada, malah qiraat juga dapat mempastikan maksud yang sebenar apabila berlakunya perselisihan.

6. Mengetahui dalam ilmu Nahu dan Sarf kerana pemahaman sesuatu ayat kebanyakannya memerlukan kepada kebolehan mengi`rab seseuatu perkataan dan seseorang yang tidak memiliki dua ilmu ini akan mendedahkan pentafsiran al-Qur’an kepada penyelewengan. Contohnya { íæã äÃÚæ ßá ÇäÇÓ ÈÇãÇãåã } ada yang berpendapat perkataan {ÇáÇãÇã} adalah kata jama` dari perkataan {ÇáÇã}. Dengan itu ayat di atas bermaksud “pada hari kiamat setiap seseorang akan dipanggil dengan ibu-ibu mereka dan bukannya dengan bapa-bapa". (3) Pentafsiran ini adalah salah menurut pandangan al-Zamakhsyari disebabkan mereka kurang mendalam dalam bidang ilmu Sarf. (4)

7. Berpengetahuan yang luas dalam bidang `Ulum al-Qur’an dapat membantu memahami ayat-ayat al-Qur’an dengan betul dan mendalam. Contohnya Asbab al-Nuzul akan menolong mufassir dalam memahami maksud ayat berdasarkan latar belakang penurunan ayat. Begitu juga mengetahui Makki dan Madani dapat menyelesaikan kekaburan ini. Contohnya penelitian kepada ayat-ayat jihad akan menyebabkan mufassir dapat menggambarkan kewajipan jihad dengan maksud yang sebenar. (5)

8. Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya seseorang mufassir diharapkan dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan ketuhanan dan hak-hak Allah dengan betul dserta tidak mentakwilkannya dengan sewenang-wenangnya atau melampaui batasan.

9. Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu mufassir bagaimana hendak membuat kesimpualan dari ayat-ayat al-Qur’an dan berdalil dengannya. Begitu juga mengenai ayat-ayat mujmal dan mubayyan, umum dan khusus, mutlak dan muqayyad, amar dan nahy dan perkara-perkara yang berkaitan.

10. Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi, zologi dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan maklumat umum seperti sejarah, geografi, saikologi dan sebagainya. Semunya dapat membantu dalam mentafsirkan al-Qur’an selaras dengan tuntutan kehidupan.

11. Memulakan tafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an itu sendiri, di mana perkara yang diterangkan secara ringkas di satu tempat dijelaskan secara terperinci di tempat yang lain.

12. Mentafsirkan al-Qur’an dengan al-Sunnah kerana akl-Sunnah adalah penjelas kepada al-Qur’an.

13. Sekiranya tidak terdapat tafsiran al-Qur’an dari al-Sunnah, maka hendaklah dirujuk kepada pandangan para sahabat kerana mereka lebih memahami perkara tersebut disebabkan mereka telah menyaksikan penurunan wahyu dan latar belakangnya.

14. Merujuk kepada pendapat tabi`in jika tidak terdapat tafsiran para sahabat dengan syarat terdapat pada riwayat yang sahih.



2. Adab-Adab Mufassir.

Selain daripada syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada mufassir, mereka juga perlu memiliki beberapa adab yang baik untuk membolehkan mereka mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an, antaranya: (6)

i. Niat dan tujuan yang baik, kerana setiap amal perbuatan bergantung kepada niat.Orang-orang yang melibatkan diri dalam pentafsiran al-Qur’an perlu memiliki adab ini dan perlu menjauhkan diri daripada tujuan-tujuan duniawi yang bakal mengheret mengsanya ke arah kehinaan.

ii. Berakhlak mulia kerana mufassir adalah umpama seorang pendidik yang didikannya tidak akan mempengaruhi jiwa seseorang selagi ia tidak menjadi role model kepada masyarakat menerusi budi pekerti yang mulia.

iii. Taat dan beramal kerana sesuatu ilmu akan mudah diterima oleh orang-orang yang mempraktikannya berbanding dengan orang-orang yang hanya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi tetapi tidak beramal dengannya. Tingkah laku yang mulia hasil daripada ilmu pengetahuan dan amalannya akan menjadikan seseorang mufassir sebagai sumber inspirasi yang baik kepada masyarakat untuk menyelesaikan masalah-masalah agama sebagaimana yang disarankan olehnya.

iv. Berakhlak mulia kerana mufassir yang memiliki ciri ini dapat mempengaruhi jiwa seseorang dengan mudah dan adalah terlalu sukar membentuk seseorang sekiranya mufassir itu tidak boleh dijadikan ikutan dan contoh tauladan kepada orang lain.

v. Berjiwa mulia, kerana seserang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi perlu menjauhkan diri daripada perkara-perkara remeh temeh dan tidak pula mengharapkan pangkat dan penghormatan manusia.

vi. Bersikap tawadu` dan lemah lembut kerana kesombongan ilmiah adalah pendinding yang menghalang seseorang yang berilmu daripada memanfaatkan ilmunya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.

vii. Tegas dalam menyampaikan kebenaran kerana jihad yang paling utama ialah menyampaikan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.

viii. Mendahulukan orang-orang yang lebih utama daripada dirinya sendiri. Seseorang mufassir seharusnya tidak gugup untuk menafsirkan ayt-ayat al-Qur’an di hadapan mufassir yang lebih pandai pada masa mereka masih hidup. Juga tidak wajar merendahkan mufassir lain setelah mereka meninggal dunia.

ix. Menggaris dan mengemukakan langkah-langkah penafsiran secara baik, seperti memulainya dengan menyebut asbab al-nuzul, erti perkataan, menerangkan susunan perkataan, memberi penerangan kepada aspek-aspek balaghah dan i`rab yang mana penentuan makna bergantung kepadanya, menjelaskan makna umum dan menghubungkannya dengan kehidupan sebenar yang dialami oleh umat manusia pada masa itu serta mebuat kesimpulan dan menentukan hukum.



Penutup.


Sejarah pentafsiran al-Qur’an bermula dengan mantap di bawah bimbingan ilahi di zaman Rasulullah s.`a.w, di mana sumber pentafsirannya adalah dari wahyu ilahi sama ada menerusi al-Qur’an atau hadis nabawi tauqifi dan tufiqi.

Tradisi kecemerlangan ini diteruskan oleh generasi ulama berikutnya iaitu para sahabat, tabi`in, tabi` tabi`in sehinggalah sampai ke zaman kini. Perkembangan ini diwarnai pula dengan ciri-ciri perubahan yang berlaku dalam dunia Islam yang sekali gus mempengaruhi bentuk-bentuk pentafsiran al-Qur’an sama ada dari sudut ilmu atau metod pentafsiran yang dilakukan oleh para ulama. Perubahan ini adalah selaras dengan perkembangan zaman dan tuntutan umat Islam itu sendiri yang berhadapan dengan persoalan-persoalan baru yang tidak pernah berlaku di zaman sebelumnya.

Metod pentafsiran di zaman awal lebih menekankan kepada sumber ma’thur, namun lahir metod baru pada zaman berikutnya iaitu al-tafsir bi al-ra’yi yang memberi penekanan kepada akal yang dipandu oleh wahyu ilahi. Ianya adalah suatu keperluan bagi umat Islam dalam menanggani persoalan baru dan semasa. Manakala golongan sufi pula melihat ayat-ayat al-Qur’an dari dua dimensi iaitu lafaz dan juga makna yang tersirat, lantaran itu lahir metod tafsir bi al-ishari atau sufi. Walau bagaimanapun, metod ini sukar difahami melainkan orang-orang tertentu yang arif dalam bidang kesufian.

Metod pentafsiran ini boleh dilihat dalam karya-karya tafsir yang telah dihasilkan oleh mufassir di zaman awal sehinggalah kini. Ternyata mereka telah meninggalkan khazanah ilmu yang amat berharga dan amat rugi sekiranya khzanah ini tidak dikaji dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam.


Ana : sangat sukar untuk jadi mufassir sebenarnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 01-08-05 07:38


terima kasih zulman.it is a very complete answer indeed.semoga kita semua dapat menambah pengetahuan kita tentang hal mentafsir quran tersebut

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

Nuratiq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17477
Posting: 121
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 07:48


syukran jazilan hyunckel_asyraf sebab menimbulkan soal ni....dan syukran aidhan buat zulman atas info di atas...sangat tepat dengan apa yang ana belajar di thanawi dulu.....pendek kata...tak boleh sewenang-wenangnya menafsir al-Quran tanpa ilmu mengenainya....macam yang pernah terjadi suatu ketika dulu di Malaysia....Wali'yazubillahhiminzalik.....

WALLAHUA'LAM.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuratiqProfil   Hantar PM kepada Nuratiq   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-08-05 08:29


assalamulaikum...
actually..apa yang zulman bagi tu memang tepat..dan kita as a muslim..memang lah faham apa yang dimaksudkan oleh zulman...tapi..student britain tu muslim or non-muslim?....of course dia non-muslim kan? so..rasanya dia faham ke...kalau kita cerita terus tntg syarat2 untuk tafsir Quran dengan cara yang betul?
setahu saya..untuk berdakwah kepada non-muslim..untuk berikan keterangan dengan lebih lanjut agar dia faham..kita kena guna pendekatan sekeliling..psikology...mereka "non-muslim" actually : 0 about Islam...
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 08:44


Cara Berdiskusi Agama Yang Sebaik-baiknya.



Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, adakah mana-mana ayat al-Qur’an yang menerangkan cara berdiskusi dan berdialog dengan rakan seagama dengan cara yang sebaik-baiknya.

Terima Kasih.



Jawapan HF:

Wa’alaikumussalam,

Antara ayat yang paling jelas menjawab persoalan akhie ialah firman Allah:

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Dalam ayat di atas terdapat beberapa poin penting yang dapat kita kupas:



Hendaklah kita bersikap lemah lembut apabila berdakwah. Jika kita bersikap keras dan kasar, mereka akan lari dari kita. Berdakwah ada dua jenis, berdakwah kepada orang bukan Islam kepada Islam dan berdakwah orang Islam kepada Islam yang lebih sempurna.

Jika kita berdakwah kepada orang ramai dengan kata-kata yang kasar tentang sesetengah amalan mereka, maka mereka akan meninggalkan kita, tak kira sama ada dakwah kita disertai hujah al-Quran dan Sunnah yang sahih atau tidak. Tidak kira sama ada bercakap yang betul atau salah.

Perhatikan manhaj dakwah yang diajar oleh Allah kepada Nabi Musa dan Harun:

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

Di atas adalah manhaj dakwah kepada Firaun. Bagaimana pula manhaj dakwah sesama umat Islam ? Tentu lemah lembutnya adalah berkali ganda.



Hendaklah kita memaafkan. Dengan sikap ini di dalam hati nurani kita, kita akan dapat berbicara dengan sesama umat dengan baik lagi penuh hikmah. Ingat, walaupun kita sesama umat adakalanya berbeza pendapat, kita tetap adalah umat Islam yang dimaksudkan oleh firman Allah:

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat islam).

Sifat memaafkan adalah antara sunnah Rasulullah ketika berdakwah. Dalam sirah baginda, terdapat banyak contoh pemaafan yang diberikan oleh Rasulullah kepada orang yang menentangnya. Sehingga sifat maaf yang darinya lahir kelemah-lembutan dapat menarik orang yang pada awalnya menentang kembali mendekati baginda. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dengan firmanNya:

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Sekalipun terhadap orang-orang bukan Islam, sikap kita yang pertama ialah berlemah lembut kepada mereka. Perhatikan firman Allah:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."

Apakah yang hendak dibahas dengan Ahli Kitab kecuali persoalan ketuhanan, trinity dan kedudukan Nabi Isa ? Tetapi dengan isu sebesar ini sekalipun, Allah menyuruh kita berbahas……bukan sekadar cara yang baik, tetapi adalah lebih baik (ahsanu). Maka bagaimana pula dengan sesama umat Islam ?



Bermesyuaratlah, yakni kita berdiskusi. Kita sama-sama tahu bahawa banyak orang menolak sesuatu bukan kerana salah tetapi kerana mereka tidak tahu. Dan banyak orang mengamalkan sesuatu bukan kerana betul tetapi kerana sejak kecil telah diajar demikian. Kita juga tahu bahawa banyak orang enggan menerima sesuatu bukan kerana buta atau pekak tetapi kerana berat di hati untuk mengaku bahawa apa yang dilakukan selama ini adalah kurang tepat.

Maka bagi menangani masalah di atas memerlukan banyak sabar, ilmu, dan al-Hikmah. Dan ketiga-tiga ini perlu kita terapkan secara berdiskusi. Yang utama ialah kita cuba rebut peluang untuk mendengarkan kepada mereka ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah.

Kita sama-sama tahu, ramai orang yang tidak kenal al-Qur’an kecuali sekadar hiasan dinding, hantaran kahwin, amalan malam Jumaat dan nasihat serta peringatan kepada mayat. Hadis Nabi jauh lagi.

Maka di sini menjadi kewajipan kita untuk berdiskusi, menyampaikan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah, agar mereka faham apakah yang sepatutnya menjadi dasar dalam beragama.

Perhatikan firman Allah kepada orang-orang Islam yang ketika itu diberi izin untuk sedia menyerang Kota Mekah kerana mereka mencabuli perjanjian Hudaibiyah:

Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan (ayat-ayat) Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).

Jika dalam suasana menghadapi perang kita disuruh merebut kesempatan untuk menerangkan ayat-ayat Allah, maka bagaimana pula dalam ketenteraman sesama umat Islam?

Jika kita menghadapi perbezaan pendapat dengan menghukum: itu bid’ah, itu salah, itu haram, maka ini bukan namanya berdiskusi. Berdiskusi ialah kita mendengar pendapat mereka, menyampaikan pendapat kita dan bersama-sama mencari kebenaran antaranya. Adakalanya mereka salah dan adakalanya kita salah.



Bertawakal kepada Allah. Perkara penting yang perlu kita ingat, berdakwah ialah menyampaikan, bukan memaksa orang menerima apa yang didakwahkan atau menghukum jika mereka tidak mahu menerimanya. Jika kita memilih dua yang terakhir di atas, dakwah kita yang asalnya adalah satu kebajikan akhirnya akan bertukar menjadi dosa ke atas diri kita sendiri.

Jika kita telah menyampaikan tetapi mereka tidak mahu menerima, maka tugas kita selain bertawakal ialah berfikir, apakah silap dan kekurangan kita sehingga kita gagal ? Apakah yang boleh kita lakukan untuk beroleh kejayaan ? Kenapakah orang masih menjauhkan diri dari sunnah Rasulullah ? Adakah yang menjadi faktor penggagal itu sunnah Rasulullah atau sunnah kita sendiri dalam cuba menegakkan sunnah Rasulullah ? Adakah kita benar-benar mengamalkan sunnah Rasulullah secara keseluruhannya ? Adakah kita hanya mengamalkan sunnah dalam beribadah tetapi tidak dalam berdakwah ?

Jika poin-poin di atas selalu kita praktikkan dengan baik, pasti rakan diskusi kita akan menerima apa yang kita sampaikan dengan baik, tanpa mengira sama ada dia adalah orang bukan Islam atau orang Islam sendiri.

Wassalam.

alfirdaus.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 19:57


NAK JADI PENTAFSIR susah dan tak semua orang boleh menafsirkan ayat Allah ni

Ana:jangan jadi..... "HUDAN + BAINAT += FURQAN " sudahlah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-08-05 23:38


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi tak pandai arab wahai anakanda zulman. bolehkah jelaskan apa maksud anakanda itu? maafkan umi sekiranya ada yang tersilap salah dari pihak umi.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - anti golongan ahli fiqir yang tau angguk-angguk geleng-geleng saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099785 saat. Lajunya....