Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 119
Ahli: 0
Jumlah: 119




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: tips mencegah was-was


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» tips mencegah was-was

Please Mendaftar To Post


Oleh tips mencegah was-was

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-05 08:50


Nabi telah memberi 2 tips utama didalam mencegah bisikan (waswas) syaitan ini :-

1. Kembali kepada Allah dengan memohon pertolongan darinya. Firman Allah swt :-


وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Terdapat banyak sekali hadith2 Nabi mengajar kita berdo'a dan memohon perlindungan Allah dari hasutan2 syaitan, contohnya do'a sebelum masuk tandas, do'a sebelum berjima', do'a semasa berhenti disesuatu tempat. Kesemua do'a2 ini mengajar kita memohon perlindungan Allah swt dari gangguan2 syaitan. Begitu juga dengan bacaan2 al-Mi’wadhatayn seperti : surah al-Falaq dan surah al-Naas.

2. Apabila berlaku waswas tersebut, hendaklah tidak melayannya, dan menyibukkan diri kita melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. Syiekh Ibn Taimiyah rh telah memberi tipsnya didalam kitab Dar’ al-Ta’aarud, 3/318, katanya :-


وهذا الوسواس يزول بالاستعاذة وانتهاء العبد وأن يقول إذا قال لم تغسل وجهك : بلى قد غسلت وجهي . وإذا خطر له أنه لم ينو ولم يكبر يقول بقلبه : بلى قد نويت وكبرت . فيثبت على الحق ويدفع ما يعارضه من الوسواس ، فيرى الشيطان قوته وثباته على الحق فيندفع عنه ، وإلا فمتى رآه قابلا للشكوك والشبهات مستجيبا إلى الوساوس والخطرات أورد عليه من ذلك ما يعجز عن دفعه وصار قلبه موردا لما توحيه شياطين الإنس والجن من زخرف القول وانتقل من ذلك إلى غيره إلى أن يسوقه الشيطان إلى الهلكة
"Waswas ini boleh ditolak dengan cara memohon perlindungan dari Allah dan tidak melayannya, dimana jika Syaitan berkata : 'Anda tidak membasuh muka anda (didalam wudhu'), katakan, 'Ya, ana telah membasuh mukaku'. Jika dia merasakan bahawa dia tidak berniat ketika solat atau tidak mengucapkan takbir, maka hendaklah dia berkata didalam hatinya, 'Ya ana telah melakukan Niat dan berkata Allahu Akbar.' Dia hendaklah berpegang teguh kepada kebenaran dan melawan waswas yang datang terhadapnya, agar Syaitan melihat betapa kuatnya dan teguhnya dia berpegang kepada kebenaran, dan ia (syaitan) akan meninggalkan dirinya berseorangan. Jika tidak, apabila Syaitan melihat bahawasanya dia dapat dipengaruhi dan memberi repons kepada waswas, dia akan menambahkan lagi waswas sehingga dia tidak dapat mengawal hatinya dari menerima bisikan syaitan dari kalangan Jin dan Manusia, dan dia akan menghasut dari dari satu amalan kepada amalan yang lain sehingga Syaitan memandunya kearah kematian".

Beberapa perkara yang lain yang boleh anda lakukan adalah :-

1. Mempelajari amalan2 Islam (terutama ibadat)yang benar datang dari al-Quran dan Sunnah Nabi . Perkara bid'ah yang dilakukan didalam ibadat akan mengundang banyak lagi waswas; contohnya Lafaz Niat, dilakukan berkali2 sebelum melakukan solat, cuba melalukan Niat ketika takbir al-ihram. Dengan mengetahui syarat shahih didalam sesuatu ibadat dapat mempertingkatkan lagi keyakinan didalam ibadat. Contohnya : ana telah melakukan Solat sepertimana yang dilakukan oleh Nabi , dan syaitan tidak boleh menghasut ibadat solat ana. Syaitan akan kalah dengan ilmu pengetahuan Islam yang tulen, Insyaallah.

2. Mempelajari doa2 khusus dari hadith Nabi yang shahih didalam bab2 memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan.

3. Sentiasa menyibukkan diri kita dengan berzikir kepada Allah swt; dengan kata lain, sentiasa mengingati Allah swt.

4. Sentiasa mendekat diri dengan jemaah dan memilih kawan2 yang alim dan soleh.

5. Sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt.

Demikianlah beberapa tips yang boleh dilakukan agar dapat menghilangkan bisikan syaitan dan mempertingatkan keyakinan kepada Allah swt.

http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?p=37744#37744


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 11-07-05 17:10


Assalamualaikum...

Terima ksih atas tips berguna ini...tak dinafikan ana sendiri jugak pernah berasa was-was...terutamanya dalam mengambil wuduk dan solat...insyaAllah ana akan cuba praktikkan tips yang diberi...

Terima kasih...

:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-05 08:36


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah. Barakallahu fik. Syukran jazilan atas respons. Sekiranya anakanda ada pengalaman setelah mengamalkan tips ni kongsilah pengalaman disini agar memberi perangsang kepada rakan-rakan lain.

Sebenarnya untuk mengatasi masalah was-was ni bukan mudah kerana ada kaitan dengan kesungguhan kita menjaga petunjuk dan hidayah yang Allah Subhanahu wata'ala kurniakan pada kita disamping hasutan dan gangguan dari musuh number one insan iaiatu syaitan laknatullah.

Semoga anakanda terus berjaya dalam semua bidang. Allahuma Ameen!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Rasulullah solallallahu 'alaihi wassalam bersabda mafhumnya "Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (Ibnu Jauzi, Talbis Iblis, ms 143 Dar al-Kutub al-'Ilmiyah, Beirut)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 12-07-05 17:39


Waalaikumusalam...w.b.t

InsyaAllah saya akan cuba...dan akan berkongsi dengan sahabat-sahabat saya..Terima kasih atas dorongan ummi...



:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-07-05 17:42


Alhamdulillah ummimq... tima kasih atas info...
InsyaAllah akan disemat dan disebarkan ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

aKujErr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-07-05 21:29


ASSALAMUALAIKUM untuk UMMI..
SYUKRAN dari INFO UMMI tu?..
OK..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aKujErrProfil   Hantar PM kepada aKujErr   Pergi ke aKujErr's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-07-05 22:59


terima kasih daun keladi ummimq, kalau boleh bagi lah tips lagi hehehe. kadang-kadang jatuh kasihan jugak bila tengok orang was2 ni especially bila nak solat. minta Allah jauhkan.. lagi satu kadang-kadang tu? rasa nak marah pun ada jugak bila solat berjemaah dengan mereka yela sampai kita pun naik was2 sama. tapi tu? lah, semua orang ada kelemahan masing2 kan. sama2 lah kita perbaiki nya supaya ibadat kita lebih sempurna dan diterimaNya sebagai amal soleh. Insyaallah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 05:47


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah barakallahu fik wahai anak-anak. Berikut adalah beberapa sabda Junjungan kita, Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam:-

Muslimin dan muslimat, kajilah, fahamilah intipati sabda berikut buat pedoman kita di dunia yang penuh dugaan ini, mudah-mudahan kita mendapat kerahmatan dan kesejahteraan daripada Allah s.w.t.
Rasullulah s.a.w bersabda :

“ Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu.
Jika berlebihan maka untuk kerabatmu dan seterusnya”.
(Sahih. R.Nasaai)

“Bertaqwalah kamu kepada Allah dan berlaku adillah dalam ( hal ) anak-anakmu”
(Sahih. R Bukhari & Muslim )

“Bertaqwalah kamu kepada Allah, lakukanlah solat lima ( waktu ) mu, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakatmu dengan senang hati, taatilah orang yang memegang urusanmu, engkau akan masuk syurga Tuhanmu”.
( Sahih. R.Tirmidzi, Ibnu Hibban & Haakim )

“ Orang yang paling mulia adalah orang yang paling bertaqwa”
( Sahih. R.Bukhari & Muslim )

“Ibadat yang paling utama adalah berdoa”
( Sahih R.Haakim, Ibnu’Adi & Sa’d)

“ Ada tiga tanda orang munafik : apabila ia berbicara ia dusta,
apabila ia berjanji ia mungkir, apabila dipercaya ia khianat”.
( Sahih R.Bukhari, Muslim & Tirmidzi )

“Barangsiapa dari umatku membaca selawat ke atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat”.
( Sahih. R.Ahmad )

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

cahayainsani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 08:37


Assalamu'alaikum...
terima kasih atas tips yang ummimq berikan...
InsyaAllah akan diperingati selagi terdaya..
Moga Allah terima amalan kita semua...
Amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayainsaniProfil   Hantar PM kepada cahayainsani   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-07-05 05:49


Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh
Polis DiRaja Malaysia.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang
tamu seorang diri
(Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang
terdapat di dapur
sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati
pisau hilang dan
menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu
sebelum mencuri
bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di
luar rumah terbuka pada
tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar
rumah untuk menutup paip
tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di
mana mereka telah
menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru
berlaku di Dungun dan
PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke
tandas (jika tandas jauh)
di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama
mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam
almari baju (Cara
lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur,
in case terjaga tengah
malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan
pencuri (Menandakan
kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda
jika anda suspect
pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak
aneh dan asing di
kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no
motor/kereta mereka
(Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya
berdua, setiap kali kita
lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa
yang datang ke rumah
kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk
mengambil barang-barang,
jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda
kepada jiran supaya
mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda
berada di sisi atau
pastikan juga Cordless Phone anda berada di
sisi anda ataupun
sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini
memudahkan anda
membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa
kehadiran pencuri di
dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan
seperti polis, bomba , 991
atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini
disimpan dalam handphone
anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini
memudahkan anda membuat
panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan
kecurian di rumah atau
automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah
sepatutnya terpasang secara
automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah
atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dalam
mail box. Mail box yang
penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian,
buat permohonan rasmi
dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota
polis buat rondaan yang
kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri.
Kalau kereta anda brand
new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering
sebelum tidur
(Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan
berjaya melambatkan
pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya
pintu biliknya
dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yang
mengambil kesempatan
seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case
berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau
baseball di bawah katil
anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.


19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail
box/alang pintu/tepi
tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau
taktik ni...). Lebih
selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar
padlock baru, mana tau
bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 18-07-05 03:05


Assalamualaikum WRT...

!!! QUOTE !!!

1. Mempelajari amalan2 Islam (terutama ibadat)yang benar datang dari al-Quran dan Sunnah Nabi . Perkara bid'ah yang dilakukan didalam ibadat akan mengundang banyak lagi waswas; contohnya Lafaz Niat, dilakukan berkali2 sebelum melakukan solat, cuba melalukan Niat ketika takbir al-ihram.


Saya tak bermaksud untuk berbahas dengan lebih mendalam persoalan furu' tersebut. Cukuplah sekadar saya membetuli sesetengah fikiran yang telah celaru, dan memberi ingat kepada mereka yang kurang arif dari terkena jangkitan kecelaruan yang telah ditimbulkan.

Seperti yang ummi sebut sebelum ini di forum yang lain, kita berlapang dada atas apa yang cabang, dan bersatu atas perkara dasar, so saya beri ingatan, perkara yang ditimbulkan seperti di atas (yang saya quotekan) adalah antara persoalan cabang, yang ulama dah berbahas sejak berkurun lamanya. So, perkara seperti di atas, usah di perbesarkan yang boleh menimbulkan perbalahan, menghukum sembrono bid'ah, walhal persoalan tersebut telah di sebut dan dibahaskan ulama-ulama.

Persoalan lafaz niat:

Soalan: Tidakkan lafaz niat itu bid'ah sebagaimana yang telah dibantahi oleh Ibnu Qayyim pada sunat melafazkan niat hal keadaannya berhujah bahawasanya tiada memikir mereka itu Nabi SAW berlafaz dengan dia dan tiada pula seorang dari sahabatnya?

Maka telah dijawab bahawasanya niat itu menolong hadir akan niat itu di hati dan ibadat bagi lidah. Dan telah diqias akan lafaz niat itu oleh setengah ulama di dalam as Sohih daripada hadith Anas bahawasanya telah dengar dia Nabi SAW mengucap talbih Haji dan Umrah dengan katanya لبيك حجا وعمرة dan ini tasrih dengan lafaz. Dan bermula hukum sebagaimana thabit ia dengan lafaz thabit ia dengan qias.

Tambahan:

Dalam kitab Al-Wasit, Imam Ghazali menyatakan : "Iyya, disunatkan menolong hati dengan lisan pada niyyat" iaitu dengan melafazkan niyyat.

Imam Ibn Solah (wafat 643 H)mensyarahkan kata-kata Imam Ghazali itu : "Adalah menyebut niyyat dengan lidah itu membantu pada menghadhirkan niyyat dalam hati ".

Juga Imam Mawardi (lahir 364 H - wafat 450 H) menyatakan dalam kitabnya "Al-Hawi al-Kabir Syarh Mukhtasar al-Muzani" :

"..berniat dengan hati dan melafazkan niyyat dengan lidah maka ini memadai dan ialah keadaan yang paling sempurna "

Begitu juga yang dikatakan oleh Imam al-Ruwayani (wafat 505 H) dalam kitabnya "Bahrul Madzhab".

Juga kata-kata Imam al-Syirazi (wafat 476) dalam kitab "Tanbih" dan "Al-Muhadzdzab"

Jadi, beginilah... Sapa nak lafazkan niat, silakan, ada dalilnya. Sapa tak nak lafaz niat pun, tak payah buat dan TAK PAYAH nak menghukum orang lain bid'ah buat yang melafazkan niat. Lapang dadalah ye...

Tulisan saya ini sekadar beri ingat, kepada mereka yang tak tahu. Jangan anggun-angguk saja, orang kata bid'ah, kita pun angguk-angguk.

Kalau ada yang keras hati, suka juga bid'ahkan yang lain, kepada Allahlah diserahkan segala urusan, jawablah depan Allah nanti atas apa yang ditulis.

waAllhua'lam.


-----------------
"Labuhkan cinta pada ALLAH nescaya tenang mengharung badai ombak hidup berkapalkan ISLAM berlayarkan IMAN pasti menuju destinasi BERKAT akhirnya sauh akan&


Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096879 saat. Lajunya....