Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 158
Ahli: 0
Jumlah: 158




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: Adakah Malaikat Lebih Mengetahui??


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Adakah Malaikat Lebih Mengetahui??

Please Mendaftar To Post


Oleh Adakah Malaikat Lebih Mengetahui??

kinan
Warga Rasmi
Menyertai: 02.10.2004
Ahli No: 11572
Posting: 9
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 27-05-05 15:43


KENAPA KAH MALAIKAT MENGATAKAN MANUSIA AKAN MENJATUHKAN DARAH DIATAS MUKA BUMI INI PADAHAL ALLAH BELUM MEMBERITAHU LAGI PADA NYA..DALIL NYA DALAM SURAH BAQARAH KETIKA MANA ALLAH BERITAHU BAHAWA DIA NAK JADIKAN KHALIFAH DIATAS MUKA BUMI INI(sila rujuk dalam tafsir dan quran)...ADAKAH MALAIKAT LEBIH MENGETAHUI??


Bookmark and Share

    


  Member Information For kinanProfil   Hantar PM kepada kinan   Pergi ke kinan's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 18:20




mungkin ini jawapannya


Kelebihan Manusia menguasai pelbagai ilmu- Tatkala Adam di cipta, Malaikat merasa musykil, apakah Adam lebih mengetahui daripada mereka atau sebaliknya?
SELEPAS pengakuan malaikat terhadap kekuasaan dan ilmu Allah, seterusnya Allah s.w.t. mengarahkan Adam a.s. menzahirkan ilmu yang dikurniakan-Nya kepadanya berhubung nama-nama benda, sebagaimana firman-Nya:

WAHAI ADAM! TERANGKANLAH NAMA BENDA-BENDA INI SEMUA KEPADA MEREKA.'' MAKA SETELAH NABI ADAM MENERANGKAN NAMA BENDA-BENDA ITU KEPADA MEREKA, ALLAH BERFIRMAN: ``BUKANKAH AKU TELAH KATAKAN KEPADA KAMU, BAHAWASANYA AKU MENGETAHUI SEGALA RAHSIA LANGIT DAN BUMI, DAN AKU MENGETAHUI APA YANG KAMU NYATAKAN DAN APA YANG KAMU SEMBU-NYIKAN? (Al-Baqarah ayat 33)

Ibn Jarir at-Tabari berkata : ``Sesungguhnya Allah memperkenalkan kepada malaikat-Nya ketika mereka memohon untuk dilantik menjadi khalifah di bumi. Mereka menyifatkan diri mereka sebagai hamba yang taat dan patuh dengan segala arahan-Nya tanpa sedikitpun melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. Hal ini berlaku sebelum para malaikat mengetahui hukum qada Tuhan, dan sebelum diterangkan tentang kejahilan mereka terhadap nama-nama yang dibentangkan kepada mereka, kerana mereka tidak mempunyai ilmu kecuali yang diajarkan Tuhan mereka.''

Allah yang Maha Mengetahui berhak mengkhususkan ilmu kepada sesiapa yang dikehendaki di kalangan makhluk-Nya, di samping menutup ilmu tersebut daripada sesiapa juga yang tidak dikehendaki-Nya. Sebagaimana Allah mengajar kepada Adam nama-nama tersebut dan menghalangnya daripada pengetahuan malaikat. Ayat ini Allah mulakan dengan arahannya seraya berkata : `Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka', iaitu ajarkanlah kepada mereka nama-nama yang mereka tidak mengetahuinya, di samping mengiktiraf betapa terhadnya himmah mereka untuk mencapai martabat keilmuan tersebut.

Imam as-Samarqandi melalui tafsirnya, Bahr al-Ulum berkata : ``Iaitu khabarkanlah mereka dengan segala nama termasuk haiwan-haiwan yang melata dan hikmah halal dan haramnya sesuatu yang akan dimakan.'' Seterusnya Allah berfirman : `Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka'. Nabi Adam menceritakan kepada mereka mengikut arahan Allah mengenai segala sesuatu, dengan menamakan setiap benda mengikut namanya, di samping menyebut beberapa hikmah dan fungsinya.

Akhirnya Allah mengulangi pertanyaan-Nya sekali lagi kepada malaikat tanpa memerlukan jawapan, seraya berfirman : `Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?' Iaitu tidakkah Aku terangkan kepadamu bahawa Aku Maha Mengetahui dengan segala yang ghaib daripadamu, sama ada di langit atau di bumi. Juga Aku mengetahui apa yang kamu zahirkan di sam-

ping yang kamu sembunyikan, iaitu dakwaan kamu bahawa Allah tidak menciptakan makhluk yang lebih afdal daripadamu.

Abu Hayyan di dalam kitabnya, Al-Bahru al-Muhit menaqalkan daripada Ali, Ibn Masu'd dan Ibn Abbas, bahawa yang dimaksudkan `apa yang kamu zahirkan', ditujukan kepada malaikat. Sedangkan `apa yang kamu sembunyikan', ditujukan kepada Iblis. Ibn Jarir berkata : ``Ghaib itu ialah segala yang ghaib daripada pandangan sehingga tidak diketahui. Ia sebagai tempelak daripada Allah kepada mereka di atas kenyataan mereka sebelumnya dan betapa naifnya mereka.''

Al-Mawardi di dalam An-Nukat wa al-U'yun berkata : Mengenai `apa yang kamu sembunyikan?' terdapat dua pandangan ulama: Pertama, iaitu apa yang disembunyikan oleh Iblis tentang sifat takbur dan derhakanya. Inilah pendapat Ibn abbas dan Ibn Masu'd. Kedua, Apa yang mereka sembunyikan di dalam jiwa mereka bahawa Allah tidak mencipta makhluk kecuali mereka lebih baik daripadanya. Inilah pendapat al-Hasan al-Basri.

Imam as-Samarqandi berpendapat bahawa ayat ini bermaksud, apa yang Iblis sembunyikan pada dirinya sehingga berkata : ``Jika manusia lebih daripadaku, nescaya aku tidak akan mentaatinya. Sebaliknya jika aku lebih daripadanya, nescaya aku hancurkannya.''

Sebahagian ulama menafsirkan : ``Sesungguhnya mereka berkata, ketika Allah hendak mencipta Adam, Dia tidak akan mencipta seseorang yang lebih afdal daripada mereka. Inilah kenyataan yang mereka sembunyikan.'' Tafsir ini diambil daripada Qatadah. Sebahagian ulama berkata : ``Tatkala Adam dicipta, malaikat merasa musykil, apakah Adam lebih mengetahui daripada mereka atau sebaliknya? Tetapi setelah Allah bertanya kepada mereka tentang nama-nama, dan mereka tidak mampu menjawabnya sehingga ditanyakan kepada Adam yang dapat menjawab satu-persatu. Justeru itu, jelaslah bagi mereka bahawa Adam lebih mengetahui.

Diriwayatkan bahawa ketika Allah Taala mencipta Adam a.s., malaikat melihat kejadian fitrahnya yang penuh ajaib seraya berkata : ``Buatlah apa yang dikehendaki. Tuhan Kami tidak akan mencipta mana-mana makhluk kecuali kami lebih mulia daripadamu, seperti yang dinyatakan oleh Ibn Kathir dan Abu Al-Suud. Al-A'llamah Ibn A'syur di dalam tafsirnya, At-Tahrir wa at-Tanwir berkata: ``Sesungguhnya Allah menjadikan ilmu Adam dengan segala nama, sedangkan malaikat lemah mengenainya. Ia merupakan alamat dan tanda kepakaran dan kelayakan manusia memegang dan memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi, dan bukan malaikat

Ini kerana khilafah di muka bumi merupakan khilafah Allah dalam melaksanakan apa yang dikehendaki-Nya dengan pembinaannya mengikut keadaan manusia. Dalam erti kata lain, Allah s.w.t. menjadikan manusia untuk melaksanakan kehendak-Nya di alam ini. Tanpa syak lagi bahawa khilafah ini tidak mungkin ditegakkan tanpa ilmu sehingga dapat melakukan

pertimba-ngan yang sewajarnya antara kebaikan dan keburukan. Di samping itu, mampu melakukan kebaikan dan kejahatan mengikut tempatnya. Ilmu tersebut dikurniakan dengan kekuatan berkata-kata, iaitu mempunyai akal fikiran sehingga dapat menzahirkan makrifah dan keistimewaan sesuatu nama sehingga akhirnya.

Seterusnya Syeikh menyebut : ``Ayat ini membawa keistimewaan yang besar bagi makhluk manusia kerana kelebihannya dalam bab ilmu. Tetapi ia tidak menunjukkan bahawa manusia lebih istimewa daripada malaikat sebagaimana yang dinyatakan oleh as-Syihab al-Qarafi. Sebaliknya disandarkan kelebihan yang mutlak berdasarkan kepada himpunan kelebihan sebagaimana hadis yang menceritakan peristiwa Musa dan Khidir.

Syeikh Muhammad Rasyid Ridha di dalam tafsirnya, al-Manar berkata : ``Sesungguhnya telah berlalu sunah Allah pada kitab-Nya, bahawa Dia menzahirkan kepada kita banyak perkara maknawi, dengan menukarkan ibarat yang lafzi. Di samping itu, diterangkan kepada kita segala bentuk pengetahuan berdasarkan kefahaman akal dengan gambaran-gambaran yang zahir. Ia untuk memudahkan pemahaman dan pencapaian ilmu.''

Dengan demikian kita akan menyedari betapa bernilai dan istimewanya kita berbanding makhluk lain. Oleh kerana itu, kita harus bersungguh-sungguh melengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang telah Allah ciptakan. Ia sebagai persediaan memikul amanah Allah di bumi.

Ana : maafla kalau tidak menepati soalan...

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 18:39


Quote:

On 2005-05-27 15:43, kinan wrote:
KENAPA KAH MALAIKAT MENGATAKAN MANUSIA AKAN MENJATUHKAN DARAH DIATAS MUKA BUMI INI PADAHAL ALLAH BELUM MEMBERITAHU LAGI PADA NYA..DALIL NYA DALAM SURAH BAQARAH KETIKA MANA ALLAH BERITAHU BAHAWA DIA NAK JADIKAN KHALIFAH DIATAS MUKA BUMI INI(sila rujuk dalam tafsir dan quran)...ADAKAH MALAIKAT LEBIH MENGETAHUI??




ADALAH tidak mustahil jika ilmu itu telahpun dimasukkan/diberikan oleh Allah s.w.t. terhadap para malaikat walaupun sebelum berlaku sesuatu atau terjadi sesuatu...Allah maha Berkuasa di atas setiap makhluknya, maka bukankah malaikat juga termasuk makhluk ciptaan Allah? blh kata sama mcm perkara2 yang diwahyukan kepada junjungan Rasulullah s.a.w. mengenai perkara2 yang akan berlaku di muka bumi selepas kewafatan Baginda...Adakah kita akan berkata Rasulullah lebih mengetahui juga? sudah tentu tidak..

maaf, tp bg saya, persoalan begini mesti cuba dielakkan daripada menjadi penghalang untuk kita berfikir dan jgn disalahertikan kerana mungkin boleh menggugat akidah.

wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

kinan
Warga Rasmi
Menyertai: 02.10.2004
Ahli No: 11572
Posting: 9
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-05-05 16:25


...
Maaf la buat syeikh Swordofdeen...saya bukan nak mengkalut dan memeningkan orang2 yang ada dalam ini dan merosakkan akidah mereka....cuma maaf saya tak sebut bagi sapa2 yang berilmu yang leh jawab....kalau tak ilmu cuma pakai akal tanpa quran sunnah tak yah jawab..
soalan ini kadang2 atau nanti pada masa depan orang akan pikir gak sebab sekarang dah ada sikit2 pikir...saya dengar dari pensyarah yang saya ikuti..
Ini untuk ilmu gak....
Jadi saya nak jawab laa...jawaban nya begini ...
sebab apa malaikat tahu??sebab nya kita tengok kalimah khalifah yang allah sebut kan,jadi di sini allah nak jadikan khalifah diatas muka bumi ini...apa yang di maksud kan khalifah??khalifah bermaksud hakim dalam bahasa arab...hakim kerja dia apa??kerja dia menyelesaikan masalah di atas muka bumi ini,masalah termasuk lah menumpahkan darah dan sebagai nya...jadi malaikat tahu maksud kalimah khalifah dengan itu dia tahu la manusia akan jatuh kan@melakukan kerosakan di atas muka bumi ini...
Itu lah jawaban nya syeikh.....bukan laa nak citer saya ni pandai dan nak tunjuk pandai....ini adalah ilmu utk kita kongsi bersama...saya minta lindung dari sifat riak dan takabbur...ya Rabb..
Wallah hu 'alam...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kinanProfil   Hantar PM kepada kinan   Pergi ke kinan's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-05-05 11:48


tak ada masalah..tapi dalam masa saudara kinan nak bagi jawapan yang betul tu, sy takut ada yang tersalah phm..better just letak jwpn tu kat bawah terus kan?

ilmu tanpa akal dan al-quran...sy tak cuba jwab guna akal, cuma try guna apa yang dipelajari n jwbpun lepas tanya dgn pakcik yg juga seorang ustaz cuma mungkin saya hidup dalam komuniti masyarakat di mana islam adalah minoriti, mubaligh kristian merata-rata dan golongan atheis di atas dan bawah...kadang2 hujah itu nampak mcm guna logik akal saja sebab ia tak ada firman Allah atau sabda nabi..

May Allah bless..insyaAllah

p/s:isyh..jgnla panggil sy syeikh..ilmu tak sampai 0.0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000......................000001 pun kandungan kat bumi nih

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.0933 saat. Lajunya....