Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"The word impossible is not in my dictionary"
-- Napoleon Bonaparte

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 103
Ahli: 0
Jumlah: 103




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 6 hari yang lalu
Kang: 25 hari yang lalu
lidah-penghunus: 27 hari yang lalu
muslimin23: 35 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Ketagihan mencuri diubati dengan memotong tangan?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Ketagihan mencuri diubati dengan memotong tangan?

Please Mendaftar To Post


Oleh Ketagihan mencuri diubati dengan memotong tangan?

ibnzayyat
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11234
Posting: 64
Dari: Ateee Komee

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-04-05 13:54


rozmal menulis - "Seorang saintis Perancis Dr. Jean Pierre Atoire seorang pakar saikologi dari Univerity of Marseilles telah mengkaji hampir lebih 20 tahun mengenai kejadian jenayah mencuri , merompak dan meragut. Beliau telah menjalankan kajian terhadap 1000 pesalah jenayah merompak, mencuri dan meragut dan mendapati lebih 95% peratus penjenayah berkenaan akan kembali melakukan jenayah yang serupa sebaik sahaja mereka dibebaskan daripada penjara.

Dr. Atoire mendapati kebanyakkan penjenayah ini melakukan jenayah-jenayah tersebut bukan kerana mereka sukakan aktiviti sedemikian, tetapi adalah kerana ketagihan melakukan aktiviti tersebut. Mereka yang biasa melakukan rompakan, mencuri dan ragut ini, sel-sel dalam otak mereka akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil “critiennef” yang mengakibat tangan-tangan mereka sentiasa mengarahkan otak-otak mereka melakukan jenayah tersebut.

Apabila ditanya kepada 1000 pesalah tersebut apakah ubat yang paling sesuai untuk menghilangkan ketagihan ini, hampir 85% peratus responden menjawab ialah mereka mahukan tangan mereka dipotong .

Cerita diatas adalah rekaan semata-mata sebagai iktibar kepada kita umat Islam. Umat Islam sekarang ini hanya akan kembali kepada hukum Allah setelah mereka mendengar hasil kajian daripada pakar-pakar bukan Islam setelah dibuktikan secara saintifik. Mereka banyak berdolak dalih dalam melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan Hadith hanya semata-mata mengatakan ianya ketinggalan zaman, tidak sesuai pada zaman ini. Tetapi apabila orang bukan Islam sendiri yang mengatakan hukum dan perundangan Islam adalah baik setelah dibuat kajian saintifik mereka lebih percaya kepada saintis-saintis tersebut lebih daripada kata-kata yang keluar daripada Rasul saw.

Akan tetapi dibawah ini adalah cerita kajian yang sebenar yang dijumpai oleh seorang saintis Russia, apabila beliau mengatakan salah satu rawatan untuk menghilangkan rawatan ketagihan arak ialah dengan merotan. Sila rujuk laman web ini http://in.news.yahoo.com/050329/139/2kgn1.html

Mereka yang ketagihan arak di Russia bukannya lari dari hukuman rotan bahkan sanggup membayar sekitar RM 416 agar mereka dirotan antara 30-60 kali untuk menghilangkan ketagihan arak.

Sedangkan dalam Islam hukuman yang dikenakan keatas orang Islam yang ditangkap meminum arak ialah rotan sebanyak 80 kali (harap betulkan jika fakta ini salah).

Bersempena dengan bulan Maulidur Rasul ini , marilah kita menghidupkan kembali segala sunnah baginda serta melaksanakan segala suruhan yang ditetapkan di dalam Al Quran dan Sunnah hanya kerana taat dan kepercayaan kita kepada Allah, bukannya percaya kita kepada fakta-fakta saintifik semata-mata.

ROZMAL MALAKAN , Kg. Bongek, N.Sembilan


.......................................
London, Mar 30 (ANI): Russian scientists have claimed that beating on the naked buttocks with a cane can cure everything from drug abuse to alcohol addiction and from depression to suicidal tendencies.

The researchers at Novosibirsk said that caning releases endorphins, the body's natural 'happiness hormones', which lead to feelings of euphoria, a reduction of appetite, the release of sex hormones, an enhancement of the immune response and prevents drug and alcohol addiction.

"The treatment works. I'm not sadistic, at least not in the classical sense, but I do advocate caning," Fox News quoted lead researcher Dr Sergei Speransky as saying to Izvestia daily.

The scientists recommend a standard treatment course of 30 sessions with 60 of the best, delivered on the buttocks by a person of average build.

Another researcher, Dr Marina Chuhrova, said that she had 10 patients she caned regularly. "At first they didn't like it, but when they started to feel the benefits they kept asking for more."

The Russian team will now start charging for the caning sessions getting 57 pounds per patient for a standard treatment. (ANI)

http://in.news.yahoo.com/050329/139/2kgn1.html


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnzayyatProfil   Hantar PM kepada ibnzayyat   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 22-04-05 09:30



bagui ler... supaya takder harta orang lain yang akan hilang!!!

To obey be wise

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 12:48


elok sgt le kalau dipraktikkan di malaysia dan negara2 islam di dunia dan juga negara2 lain di dunia

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

hanishumaira
WARGA SETIA
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 7196
Posting: 546
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-04-05 19:02


sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ats tiap2 sesuatu... bila aa nk wat cam2 kt malaysia, negara islam ni....

-----------------
.:. sesungguhnya orang˛ yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu yang bertelagah itu dan bertaqwalah kepada Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanishumairaProfil   Hantar PM kepada hanishumaira   Pergi ke hanishumaira's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132532 saat. Lajunya....