Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bulan tak jatuh ke riba, sebaliknya manusia menjatuhkan diri ke atas bulan
-- Kang Razzi Armansur

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 94
Ahli: 0
Jumlah: 94




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 20 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 49 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Polis Kuantan jadi alat politik?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Polis Kuantan jadi alat politik?

Please Mendaftar To Post


Oleh Polis Kuantan jadi alat politik?

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 08-04-05 22:33


Friday, April 08 @ 15:45:33 MYT


Oleh MOHD ZUKRI AKSAH
Ketua Angkatan Muda Indera Mahkota
Exco Angkatan Muda Malaysia
Pada 4 April 2005, 8.00 malam yang lalu Angkatan Muda Indera Mahkota telah menganjurkan satu majlis kebudayaan iaitu Majlis Membaca Puisi. Majlis tersebut diadakan dalam premis tertutup (dewan) yang penganjur sewa iaitu Pusat Tarbiyah PAS Balok.

Majlis tersebut menampilkan beberapa tokoh untuk membaca puisi dan menyampai pidato budaya secara ringkas. Untuk menampung kos penganjuran penganjur telah menjual tiket RM10 seorang.

Persiapan telah dilakukan selama hampir tiga bulan sebelum program dan semuanya berjalan lancar sehinggalah sekitar tujuh malam hari tersebut.

7.00 malam: Tapak program mula dikepung oleh sekumpulan (kira-kira lebih 100 orang) anggota polis anti rusuhan yang siap menggunakan perisai. Turut diletakkan berhadapan tapak program ialah beberapa kenderaan polis termasuk lori meriam air yang dihalakan ke tapak program.

7.30 malam: Semua jalan menuju tapak program sesak teruk. Pintu masuk ke dewan dihalang terus, dewan kosong dan orang ramai dihalang masuk. Ramai penyokong yang balik.

8.30 malam: Setelah didesak oleh penganjur, polis gagal memberikan penjelasan untuk terus menghalang orang dari masuk ke dewan. Penganjur mengumumkan agar orang ramai yang masih berada di kawasan sekitar boleh memasuki dewan. Beberapa orang mula bergerak memasuki dewan polis tidak menghalang lagi.

9.30 malam: Program dimulakan lewat satu setengah jam, hanya kira-kira 50 orang sahaja penonton masuk ke dewan. Polis masih mengepung kawasan dewan.

9.45 malam: Seorang pegawai polis masuk ke dewan menggunakan "loud hailer" mengarahkan penganjur menurunkan kadar suara pembesar suara, penganjur akur dan terus menurunkan kadar suara.

11.15 malam: Majlis ditamatkan dengan suasana tenang. Orang ramai mula bersurai.

11.45 malam: Ketika petugas dan kumpulan yang membuat persembahan sedang berkemas, sekumpulan anggota polis menyerbu dan terus menahan saya dan tujuh yang lain. Mereka mengatakan kami disyaki menggunakan dadah dan diminta menjalani ujian air kencing.

2.30 pagi: Semua kami yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuantan dibebaskan setelah menjalani ujian air kencing di cawangan anti narkotik.

Berikutan perkembangan tersebut saya ingin menuntut satu siasatan dan tindakan tatatertib dibuat ke atas Ketua Polis Daerah Kuantan.

1. Ketua Polis Daerah Kuantan melanggar hak asasi

Sebagai sebuah organisasi sah Angkatan Muda Malaysia, Parti Keadilan Rakyat berhak menjalankan program sendiri. Lebih–lebih lagi program malam itu diadakan dalam premis tertutup persendirian (dewan).

2. Ketua Polis Daerah Kuantan menyebabkan kerugian besar

Persiapan untuk menganjurkan program itu sudah dibuat awal dua bulan banyak belanja yang telah dikeluarkan oleh pihak penganjur. Tindakan polis yang menghalang dan menakutkan penyokong dari datang telah menyebabkan kerugian besar pada pihak penganjur.

3. Ketua Polis Daerah Kuantan berniat jahat dan balas dendam

Tindakan menahan saya dan teman–teman dengan menuduh kami menggunakan dadah jelas berniat jahat semata–mata. Ini perlu dilihat sebagai satu tindakan balas dendam kerana polis gagal untuk menghalang majlis itu dari diteruskan. Profil saya sebagai bekas calon Pilihan Raya Umum 99 DUN Indera Mahkota harus diberikan pertimbangan sebelum tangkapan.

4. Ketua Polis Daerah Kuantan salahguna kuasa dan jadi alat politik

Polis bertindak di luar batas. Sejak dari awal seharusnya beliau tahu Indera Mahkota tidak mempunyai rekod kejadian buruk selepas, semasa atau sebelum program anjuran BA, seharusnya rekod ini diteliti sebelum satu tindakan diambil.

Tindakan Ketua Polis Daerah itu dilihat hanya sebagai alat politik pemerintah yang mahu menghalang, menggagalkan dan memberikan persepsi buruk kepada msyarakat terhadap aktiviti yang dijalankan oleh BA setempat.

Kesimpulannya, Angkatan Muda Indera Mahkota mendesak satu siasatan dan tindakkan tatatertib harus dikenakan ke atas Ketua Polis Daerah Kuantan.

Oleh kerana tindakan beliau telah melibatkan imej kami (Angkatan Muda Malaysia) dan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) secara keseluruhannya maka seharusnya hasil laporan siasatan ke atas beliau harus juga diumumkan kepada awam.

Jika tidak PDRM secara keseluruhan tidak dapat mengelak akan dilabelkan oleh masyarakat sebagai alat politik penguasa. - um




Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 11-04-05 01:36


Polis adalah berdiri di belakang perlembagaan.

Tetapi malang senario di Malaysia, polis dipaksa berdiri di belakang kerajaan yg memerintah. Pendek kata UMNO laa.

Ditelan mati mak, diluah mati bapak

-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

raudhatulaqilah
Warga Rasmi
Menyertai: 07.05.2004
Ahli No: 8851
Posting: 12
Dari: bentong

morocco  


posticon Posting pada: 11-04-05 13:30


itulah dia polis malaysia...
Adakah tindakan yang sama akan diambil polis ketika konsert yang bukan sahaja melalaikan malah membawa kepada kemungkaran...????

-----------------
KEMULIAan YANG TERtinggi BUKANlah KERAna kitA tiDAK PErnah jaTUH,
melAINkan keRAna kiTA BERdiri kembALI Setiap KALI JAtuh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulaqilahProfil   Hantar PM kepada raudhatulaqilah   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-04-05 13:44


pdrm.........
mmmmm...
selagi ianya dibawah kuasa jabatan perdana menteri selagi tu la polis dikuasai tangan2 hitam politikus.

ia sepatutnya bebas.
entahlah.
satu persatu dah jadi komponen Bn skang ni.
salah guna kuasa..rasuah makin leluasa..
tertanya kita........

APA BEZA PEMIMPIN SKANG DENGAN DAHULU?

p/s..nama bertukar..doktrin yg sama......


Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108272 saat. Lajunya....