Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: Wanita : Isteri Solehah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Wanita : Isteri Solehah

Please Mendaftar To Post


Oleh Wanita : Isteri Solehah

nurulain
WARGA SETIA
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-03-05 16:32


WANITA solehah adalah gelaran yang menjadi impian setiap Muslimah. Setiap amalan atau ibadat yang dilakukan seboleh-bolehnya menepati kehendak syariat dan tidak bercanggah dengan kehendak agama.

Apakah ciri yang perlu diikuti untuk memenuhi hasrat itu? Sebagai wanita Islam, mereka perlu memenuhi dua syarat, iaitu taat kepada Allah dan RasulNya. Penjelasan mengenai dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

Taatkan Allah dan RasulNya. Untuk menjelaskan ketaatan itu, beberapa perkara mesti dilakukan, antaranya mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w melebihi segala-galanya, wajib menutup aurat, tidak berhias dan berkelakuan seperti wanita jahiliah.

Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ditemani mahramnya, sering membantu suami dalam kebenaran, kebajikan dan takwa, berbuat baik kepada ibu bapa, sentiasa bersedekah, tidak berkhalwat (berdua-duaan) dengan lelaki dewasa, berbuat baik kepada jiran tetangga dan taatkan suami.

Dalam ketaatan kepada suami, seseorang wanita yang mahu bergelar wanita solehah mesti memiliki ciri-ciri seperti memelihara kewajipan dan tanggungjawab kepada suami, sentiasa memudahkan urusan suami, menjaga kehormatan diri dan harta suami ketika suami tiada di rumah, tidak cemburu di depan suami, tidak menolak ajakan suami untuk tidur, tidak keluar rumah tanpa izin suami, tidak meninggikan suara melebihi suara suami, tidak membantah suami dalam perkara kebenaran, tidak menerima tetamu dibenci suami, sentiasa memelihara diri dan kebersihan fizikal serta kecantikan serta kebersihan rumah tangga.

Beberapa faktor boleh merendahkan martabat wanita. Ahli hukum berpendapat, puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman.
Oleh itu, faktor hakiki yang merendahkan martabat wanita bukanlah faktor luaran. Faktor itu antaranya:

jangan Lupa daripada mengingati Allah. Iblis akan mencelah ketika manusia lalai, sekali gus menghalang diri mengingati Allah.

Hal ini dijelaskan dengan firman Allah, bermaksud: "Adakah engkau melihat orang yang mengambil keinginan (nafsunya) menjadi tuhannya? Dan Allah membiarkannya sesat dengan pengetahuan, telinga dan hatinya ditutup, serta pemandangannya tertutup. Siapa lagi yang akan memberikannya pimpinan kebenaran kepadanya selepas Allah (membiarkannya sesat)? Tidakkah kamu fikirkannya?" - (Surah al-Jathiah, ayat 23).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu, sehingga dia cenderung kepada apa yang aku sampaikan." - (Hadis riwayat at-Tarmizi).

Wanita perlu menyedari konsep mengingati Allah, termasuk menghadiri majlis usrah, selain berzikir.

Ilmu bermanfaat mampu meningkatkan taraf pemikiran wanita yang secara tidak langsung mewujudkan generasi wanita mantap dalam segenap segi.

Jangan Mudah tertipu dengan keindahan dan kenikmatan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjerumus wanita ke dalam perangkapnya, malah syaitan akan mudah memperalatkannya untuk menggoda lelaki yang turut bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Tidak sepatutnya seseorang wanita menderhakai Allah hanya disebabkan kenikmatan dunia yang sedikit."




-----------------
Nurul AH

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulainProfil   Hantar PM kepada nurulain   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-03-05 14:44


Quote:
Beberapa faktor boleh merendahkan martabat wanita. Ahli hukum berpendapat, puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman.



betol gak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-03-05 14:47


syukran...tambah lg 1 ilmu.....

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

perhiasansuci
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.02.2005
Ahli No: 14129
Posting: 25
Dari: malaysia

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-03-05 18:02




thanks!!..insyaallah sama2 kita capai cita2 untuk bergelar wanita solehah..ameen~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For perhiasansuciProfil   Hantar PM kepada perhiasansuci   Quote dan BalasQuote

pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-03-05 20:37


"wanita hiasan dunia!!seindah hiasan adalah wanita solehah..yg akan emmbahagiakan syurga didalam rumahtangga...."

Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara_firdausiProfil   Hantar PM kepada pengembara_firdausi   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-05 16:49


kuharapkan mendapat isteri yang solehah

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.407296 saat. Lajunya....