Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 158
Ahli: 0
Jumlah: 158




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 53 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Suara Hatiku
Topik: kawen ke blaja???


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» kawen ke blaja???

Please Mendaftar To Post


Oleh kawen ke blaja???

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 10:59




kalau anda seorang perempuan di beri 2 pilihan:

Lelaki :
kenal 6 tahun
lelaki yang baik dan warak.
Lulusan luar negara
kacak dan memenuhi ciri-ciri lelaki idaman anda dari segi agama,kasih sayang dan material.
anak yang taat kpd ibu bapanya.
terlalu menyayangi anda.
nak kawen ngan anda tahun ni jugak.sebab salah satu harapan mak dan ayahnya yang dah uzur.
tak nak isteri yang bekerja,
lepas kawen dok umah mentua,
jaga mak yang umur 66thn dan ayah 72thn.


belajar:
cita2 anda dari kecik
anda pernah dapat peluang masuk u lepas SPM tapi mak ayah suruh ambik STPM,
terlalu mengharap dapat sambung balaja setinggi mungkin.
merupakan pelajar yang aktif, rajin study dan calon best student.
mase depan cerah.


anda:
baru 20 tahun,dan masih tunggu keputusan STPM.
sayangkan lelaki itu,
kalau anda sambung blaja mungkin lelaki itu akan kawen ngan orang lain sebab dier dah kategori terdesak nak kawen. ( mak ayah desak)dan mungkin anda tak akan dapat lelaki sebaik lelaki itu.
kalau anda kawen anda tak boleh sambung balaja.

nak tanya pendapat anda sebelum wat Istikharah...

walaupun kes ni dah selesai..ana harap sahabat dapat beri pendapat, jika perkara ni betul2 terjadi dalam hidup sahabat2...

[ Posting ini telah di edit oleh: aquarius_nur pada 2005-03-29 14:08 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

qais_amirii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 11:29



ana syor anti kawen..


Bookmark and Share

    


  Member Information For qais_amiriiProfil   Hantar PM kepada qais_amirii   Quote dan BalasQuote

sea-tea
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14701
Posting: 171
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 23:19



ehem...bekas cekgu silat saye cakap...kalau jumpe lelaki yang baik...jangan lepas...'pegang' dulu...huhu...pepandei la pk yerk?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sea-teaProfil   Hantar PM kepada sea-tea   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 23:26


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah bacalah apa yang umi paste di bawah ini ya -

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah saw:

“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”

berdasarkan sabda Rasulullah:

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,
sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal
bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Maka setelah membacanya terpulanglah ya wahai anakanda. Sekedar menghayati konsep Surah Wal 'Asr.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Memiliki kepintaran saja sebenarnya belum cukup. Yang betul memiliki kemahiran, berfikir dengan kepintaran.



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

hanishumaira
WARGA SETIA
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 7196
Posting: 546
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 23:38


btul tu... setuju 100% ngan ummimq

-----------------
.:. sesungguhnya orang² yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu yang bertelagah itu dan bertaqwalah kepada Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanishumairaProfil   Hantar PM kepada hanishumaira   Pergi ke hanishumaira's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 24-02-05 23:41




in my opinion.. lbh baik smbg bljr dulu.. aquarius_nur pun muda lagi..

if he marries another person, bermakna mmg bkn jodoh anda la tu.. sbb if you're meant for each other, tak kiralah mcm mana situasinya sekali pun.. ttp akan disatukan..

fikirkan ttg pelajaran terlebih dahulu.. terutamanya dlm zmn yg mencabar mcm skrg ni.. berhati2 tu penting juga kan..

nak kata tak mungkin jumpa lelaki sebaik tu.. mana kita tahu apa yg berlaku pd masa depan.. hanya Allah yg tau kan.. apa yg terbaik.. yakinlah dgn janjiNya..

lps bljr terpulanglah nak kerja atau nak jadi surirumah jer..

tanyalah pendapat parents anda.. & bykkan berdoa..

Allahu a'lam..


[ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2005-02-24 23:47 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-02-05 08:52




sebab muda lagi la macam tak sanggup nak pikul tanggungjawab besar..
jaga ibu dan ayah yang tua kena banyak bersabar.
lebih2 lagi ana ni anak manja.sebab ana anak tunggal perempuan.ayah dan umi ana tak kisah mana pilihan ana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-02-05 10:27


apa salahnya kahwin n then sambung belajar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

MIRASAFIAH
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2005
Ahli No: 14224
Posting: 44
Dari: ALOR SETAR

Kedah  


posticon Posting pada: 25-02-05 10:44


ana pun rs khwn jg...pas 2 ada peluang anti sambung blajr...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MIRASAFIAHProfil   Hantar PM kepada MIRASAFIAH   Quote dan BalasQuote

serikandi_mujahidah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.05.2004
Ahli No: 9176
Posting: 59
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-02-05 10:48


erm...kalau dah cukup syarat ape salhnya..tapi kenela..sanggup terima tanggungjawab yang bakal dipikul..lepas kawin boleh je sambung blaja..kalau suami tu jenis memahami alhamdulillah..ape pun pk la secara matang..tanya pendapat orang yang lebih tua..wallauha'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For serikandi_mujahidahProfil   Hantar PM kepada serikandi_mujahidah   Pergi ke serikandi_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

malaywoodz
Warga Rasmi
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14632
Posting: 8
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-02-05 11:44



ermmm....eermmm

Apakata kalau dapatkan pendapat dan nasihat daripada ibu bapa nur dulu! bagaimana dengan pendapat dan reaksi diorang? Bagaimana dengan nur sendiri ? Adakah nur sendiri sudah bersedia nak memikul tanggungjawab sebagai isteri, kelebihan yang ada pada lelaki itu merupakan bonus bagi nur..mengenai ilmu pula boleh di tuntut sampai ke liang lahad..di sini memerlukan persefahaman yang dapat menjamin kepentingan dua pihak..oleh itu berbincanglah sekali lagi dan dapatkan jalan penyelesaian yang dapat menguntungkan kedua belah pihak.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Sesungguhnya hikmah perkahwinan dan menuntut ilmu besar!

Bookmark and Share

    


  Member Information For malaywoodzProfil   Hantar PM kepada malaywoodz   Quote dan BalasQuote

Pu3Dla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 8977
Posting: 76
Dari: Johor ke N9

Johor  


posticon Posting pada: 25-02-05 11:54


...

ana stuju n sependapat ngan alea13...

adik pk n renung2 kan la...baik buruk...pilihan adik..k

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pu3DlaProfil   Hantar PM kepada Pu3Dla   Quote dan BalasQuote

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-02-05 12:07


kalau kawen tgjawab besar,
jaga mak dan ayahnya yang dah tua.
takut ana tak cukup sabar.

kalau blaja terpaksa redha dia jadi milik orang.
dan die terlalu sayang ana.membiarkan die terpaksa menerima orang lain.macam menyeksa jiwa die.


Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-02-05 19:11



Pada pendapat saya, elok la awak sambung blaja dulu. Mcm kata cik alea, kalau jodoh tak ke mana. Awak asyik fikirkan pasal dia, tapi mcm mana dgn family awak n diri sendiri? Kalau awk kahwin dgn dia, tggungjwb awk adalah berbakti dan taat kpd dia. Mcm mana pula dgn jasa2 ibu dan bapa awk yg dah besarkan awk sekian lama? Yang dah byk berbakti kpd awak? Bila awk nk bls jasa mereka? Blaja dulu dan berbakti kpd mereka yang terutama dulu. Lg pun menuntut ilmu tu kan fardhu kifayah? Dia pulak ikhlas ke nak kawin atau hanya krn parents dia je? Dia hrp awk kahwin dgn dia utk tlg jaga parents dia sedangkan itu adalah tanggungjawab dia sbg anak lelaki. Dia dpt jd lelaki idaman ramai pun sbb asuhan parents dia so bila time kena jaga mereka kenapa sampai gelabah camtu skali? Mcm mana if anything happens to him? Awk plak camna sbb skarang ni yg dah b'gelar graduan pun susah nk cari keje. orry to say, for me, he sounds like a lil' bit selfish guy. Apa pun ni ats budi bicara awak sendiri sbb saya hanya melihat dr sudut 'org luar'. Mohon maaf sekiranya saya ada tersilap dlm bicara saya. Moga2 awak mendapat petunjuk dr istikarah. Amin..


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-02-05 20:17




pada pendapat ana, cuba buat solat istikharah..tapi kenala lapangkan minda tu. berbincang dengan ibubapa . benda ni penting kay.. jaga diri. assalamualaikum

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 09:55


thanx Shamr
Quote:
Kalau awk kahwin dgn dia, tggungjwb awk adalah berbakti dan taat kpd dia. Mcm mana pula dgn jasa2 ibu dan bapa awk yg dah besarkan awk sekian lama? Yang dah byk berbakti kpd awak? Bila awk nk bls jasa mereka? Blaja dulu dan berbakti kpd mereka yang terutama dulu. Lg pun menuntut ilmu tu kan fardhu kifayah? Dia pulak ikhlas ke nak kawin atau hanya krn parents dia je? Dia hrp awk kahwin dgn dia utk tlg jaga parents dia sedangkan itu adalah tanggungjawab dia sbg anak lelaki. Dia dpt jd lelaki idaman ramai pun sbb asuhan parents dia so bila time kena jaga mereka kenapa sampai gelabah camtu skali?



bukan gelabah..
ibu die nak tengok die kawin sebelum ibunya meninggal..
harapan orang tua. dan dier takkan sanggup untuk ingkar.tapi dier taknak kawin ngan orang lain selain ana.ibunya pernah nak kawenkan dier ngan org lain, ana tak kisah, tapi dier sanggup untuk mengeluarkan air mata lelakinya untuk katakan yang dier terlalu sayangkan ana.
awak, ana kenal dier.seorang yang amat2 mementingkan ibu-bapanya lebih dari segala-galanya..kejam untuk mengatakan dier pentingkan diri sendiri.
ana dah pun bincang ngn mak ayah ana terlebih dahulu..
ayah ana tabligh..dan kenal lelaki ni..(terlibat ngan tabligh gak)dan mereka yakin dier akan bahagiakan ana, dan mungkin lelaki ini memang pilhan mereka.
jawapan ibu bapa ana, terpulang kepada ana..mak ayah ana pun tak boleh halang ana nak blaja sebab mereka pernah janji untuk izinkan ana blaja kat u, lepas stpm.
bila ana fikir nak jugak study..
kena fikir pinjaman yang ana buat perlu di bayar balik.dan ana tak boleh bekerja..
terima kasih ingatkan pasal jasa ibu dan ayah ana, insyaAllah ana takkan hampakan mereka.

ana belum berani nak buat istikharah.sebab ana tetap akan memilih salah satu dan mengorbankan salah satu..
stakat ni yang ana mampu cuma solat hajat semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup ana.

wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 26-02-05 22:25


Bagus la, solat istokharah adalah satu cara merungkai masalah camni.

But, personally, I would rather choose to pursue my study!

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 26-02-05 23:18






lain org lain style pikir nya. personally sy nak pasangan yg educated. keje x keje lain kira. ilmu mau ada.
musykil jugak sy. tabligh ni kuat tekan kan ilmu. tggugjwb no 1 student. xtau ler kalau itu pemikiran personal ayah awk dgn dia.
any we, doa2 ler. Allah knows best.






Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-02-05 23:37




Emm kalau dah cik Nur terlalu susah buat pilihan..jalan terbaik adalah membuat solat Istikharah...

Hikmah Solat Sunat Istikharah:

1) Ia menggantikan amalan jahiliyah yg menetapkan pilihan dengan burung2 atau anak panah(mengundi nasib) sama ada dalam soal perkahwinan , hendak berjalan jauh atau melakukan sesuatu pekerjaan. Untuk org yg beriman, cara seperti ini adalah tidak baik, maka solat Istikharah menandakan mereka kembali kepada Tuhan.

2) Ia dapat menghilangkan segala keresahan atau kebingungan dalam menentukan pilihan yg tepat. Dengan mengosongkan fikiran dan hati serta menyerahkan segala urusan kepada Allah, kita akan diberi pilihan yg terbaik untuk diri dan agama.

3) Kita tidak akan menyalahkan diri sendiri sekiranya berlaku sesuatu yg tidak baik drpd pilihan kita itu. Kita yakin bahawa itulah kehendak Allah yg mempunyai pelbagai hikmah, kalau tidak di dunia, di akhirat nanti.

4) Ia menandakan keikhlasan seorang hamba terhadap Tuhannya. Dengan melakukan solat ini, dia meniadakan kehendak peribadinya dan menyerahkan diri dan segala urusannya kepada Allah S.W.T.

Fikir-fikirkanlah...

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

hayatul
Warga Rasmi
Menyertai: 29.10.2004
Ahli No: 12178
Posting: 9
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 27-02-05 22:14


akum. Bg pendapat ana, berbincg degn parent dulu. klu mereka bg kebebasan pd anti, buatlah keputusan sebaiknya. buat solat istikharah.. jgn sampai keputusn memakn diri..sbnrnye ana pn pernah mengalaminya..dan mungkin takdir ana tolak disebbkan parent.. dan kini dia sudah berjumpa dgn pasangannya.. bakal berkahwin tak lama lagi.. hati ana sgt pilu.. tapi demi org yg pernah kita syg.. doaknlah dia klu itu yang terbaik telah ditetapkan allah...amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For hayatulProfil   Hantar PM kepada hayatul   Quote dan BalasQuote

kapit937
Warga Rasmi
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13098
Posting: 8
Dari: Minden, Pulau Pinang

Melaka  


posticon Posting pada: 27-02-05 22:30




Ana ada mengikuti topik yg dibincangkan ini. Maaf kalau ana seperti menyampuk, ana masih baru dalam komuniti ini & ini first time ana posting dalam forum.
Komen ana dalam kes enti, yg terbaik sebenarnya adalah mintak petunjuk dari Allah melalui solat isthikarah. Itu je yg paling penting. Memang perlu dapatkan pandangan org lain, tapi akhirnya menjadikan enti semakin keliru dan berada dipersimpangan. Ataupun, menyebabkan enti dah ada keputusan sendiri yang akhirnya menyebabkan no point utk buat isthikarah, sedangkan utk buat isthikarah ni kita tak boleh bias kepada mana-mana pilihan......
Memang seperti yg sahabat/iah lain kata, ada pro dan kontra perkara ni, tapi apa yg berlaku pada masa hadapan, Allah sahaja yg tau. Kan ada firman Allah yang maksudnye lebih kurang begini "Barangkali kamu suka sesuatu, tetapi ia buruk untuk kamu. Sebaliknya kamu benci sesuatu, tetapi ia buruk untuk kamu". Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapit937Profil   Hantar PM kepada kapit937   Quote dan BalasQuote

kapit937
Warga Rasmi
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13098
Posting: 8
Dari: Minden, Pulau Pinang

Melaka  


posticon Posting pada: 27-02-05 22:33


Maaf... ada silap sikit. "Barangkali kamu suka sesuatu, tetapi ia buruk untuk kamu. Barangkali kamu benci sesuatu, tetapi ia baik untuk kamu".baik

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapit937Profil   Hantar PM kepada kapit937   Quote dan BalasQuote

permata_hatiku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13095
Posting: 147
Dari: Bumi Allah

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-02-05 22:54


-kita berbalik kepada persoalan hati & perasaan NUR. adakah NUR cintakan lelaki tu?.kalau NUR cintakan dia,apa salahnya NUR kawin.tapi kena duk umah je...kalau rasa2nya NUR ingin kecapi bahagia lebih awal,teruskan..klau nak belajar lagi sbb usia masih muda,rasanya teruskan juga..insyaAllah NUR akan jumpa seseorang yang NUR cari sebagai pendamping dirimu....
-apa pun,hati & perasaan mesti libatkan dlm hal macam ni.....TAPI SARANAN SYA LAH,NUR TERUSKANLAH BELAJAR...dia ada pengganti jua...amin...GOOD LUCK dengan keputusan NUR nanti...

-----------------
Usaha, doa dan tawakkal kunci kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_hatikuProfil   Hantar PM kepada permata_hatiku   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 03:33




sy rasa elok kahwin saja... lagi pun dia memang sygkan aquarius kan? bab menjaga ibu bapanya yg sudah tua tu, sy rasa boleh dipikul bersama, bukankah keduanya ibu bapa dia? wajib dia menjaga juga... and kalau nak sambung belajar, berbincanglah dgn dia insyaAllah takde masalah...

and satu lagi... belum istikharah kan???!! ha.... cuba tanya kepada Yang Maha Mengetahui dulu... kalau 'lulus', maknanya makan nasik minyak la geng ukhwah....

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

baginda99
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12882
Posting: 56
Dari: Southern Thailand

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 04:16


Kembali pd Allah...jgn dok segan buat istikarah tuuu..hemmm.....jika anti benar2 ikhlas, Allah akan tunjukkan jalan...YAKINLAH!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For baginda99Profil   Hantar PM kepada baginda99   Quote dan BalasQuote

haizul_one
Warga Rasmi
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11062
Posting: 12
Dari: marikh

Johor  


posticon Posting pada: 01-03-05 08:58


em....nak kahwin susah,nak nlaja pun susah.tepuk dada tanya selera.

Bookmark and Share

    


  Member Information For haizul_oneProfil   Hantar PM kepada haizul_one   Pergi ke haizul_one's Website   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 01-03-05 11:01



seeloknya buat lah solat istikharah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

nilamsari82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11716
Posting: 224
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-03-05 15:10


rasanya jawapan tu dah ada dlam diri saudari..cuma was-was dan takut untuk mengakui.. mendengar pandangan dari org yg berbeza akn buat hati bertambah celaru dan keliru.. mesti dlam hati dah ada keputusan yg di buat dalam diam. ibu dan ayah saudari tidak pernah memaksa... beerti diaorg tidak kisah anti melanjutkan pelajaran atau berkawin, so ikutilah jalan yg telah terang bersuluh untukmu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nilamsari82Profil   Hantar PM kepada nilamsari82   Pergi ke nilamsari82's Website   Quote dan BalasQuote

azmy
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.02.2005
Ahli No: 14431
Posting: 28

Selangor  


posticon Posting pada: 17-03-05 09:43


lebih baik belajar dulu. Sebab kalau ade pendidikan masa depan terjamin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azmyProfil   Hantar PM kepada azmy   Quote dan BalasQuote

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-05 16:15



alhamdulillah..ana dapat 5p dengan ponter 3.3
dan ana dah pun ada keputusan..
ana akan sambung blaja..
biarla kalau dia sanggup tunggu ana jadi lebih dewasa dari sekarang, ana sanggup untuk setia.
tapi kalau die terpaksa jugak kawen ngan orang lain ana redha..mungkin akan datang lelaki lebih baik dari dier untuk ana..ana percaya lelaki baik untuk perempuan yang baik..
insyaAllah ana akan blaja dengan bersungguh2 kerana ana telah buat pengorbanan yang besar untuk blaja dan orang yang balaj tu fisabilillah..
ana harap sahabat2 semua akan doakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk ana..
ana akui bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang kita sayangi..

wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

PuteriDesa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-03-05 11:38


salam
kulepaskan cinta demi kedua ibu bapa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteriDesaProfil   Hantar PM kepada PuteriDesa   Quote dan BalasQuote

sumayyah_mohdidris
Warga Rasmi
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 12986
Posting: 19

Selangor  


posticon Posting pada: 07-04-05 22:45




sekadar menyampaikan ucapan d very best of lucks in life..maan najah..moger trus tabah!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sumayyah_mohdidrisProfil   Hantar PM kepada sumayyah_mohdidris   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129057 saat. Lajunya....