Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Kelakar
Topik: KERAS........!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» KERAS........!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh KERAS........!!!

TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.11.2004
Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-01-05 12:40


Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan.
Apa je benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang akan mereka,maka meraka akan cair jugak. Maka musykil la Ayahanda nya kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.
Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tahu apakah benda tersebut. Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu dan apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.
Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?
Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling
keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu.Ahhhhhh Cair nampaknya logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...
Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Benda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang,benda ini bukan
saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang la berlian tersebut.Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.
Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncullah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini...

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tahu apa yang ada dalam poket lelaki itu.

Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu
hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya,

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......

Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?

Apa yang terlintas dalam kepala korang haaaaa?Hehehehehehehehehe.....



> >

> >

> >

> >(Sila scroll down...........)

> >

> >

> >

> >

> >

> >

> >

> >

> >

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>







BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M

CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN! KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT
AAAAA...TAK SESUAIII TAU KORANG!!! HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHEH


Bookmark and Share

    


  Member Information For TengkuHaiqalProfil   Hantar PM kepada TengkuHaiqal   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 27-01-05 13:19


Huhuhu kotornya fikiran ku.
Pandai hang buat lawak no

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

Ashraff
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.01.2005
Ahli No: 13678
Posting: 32
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-01-05 11:52


...ingatkan apa td....fikiranku mula branggapan yg negatif...hihihi!!!pandai sungguh buat lawak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AshraffProfil   Hantar PM kepada Ashraff   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-01-05 13:09




coklat M&M

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-01-05 15:35


Nampaknya sekali lagi portal Ukhwah.com disajikan dgn lawak berunsurkan SX w/pun sipi2. Cukuplah wahai sahabat. Jgnlah disamakan dgn portal2 yg lain. Ia boleh menimbulkan fitnah dikalangan ahli dan tetamu yg berkunjung.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-01-05 15:47


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah apa khabar T. Haiqal? Dah sihat betul ke ni? Setahu umi dari maklumat di portal ini anakanda telah menjalani pembedahan otak? Diharap anakanda selamat dan terus dapat menjalani kehidupan ini sebagai anak yang soleh ya.

Wallahuta'ala a'alam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - “Seseorang telah cukup dikatakan berbuat dosa, apabila mensia-siakan orang yang menjadi tanggungan makan minumnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

adrenida_fr
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.08.2004
Ahli No: 10562
Posting: 28
Dari: perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 29-01-05 23:32


..no komen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adrenida_frProfil   Hantar PM kepada adrenida_fr   Quote dan BalasQuote

ieda85
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14486
Posting: 45
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-02-05 14:29


tak baik tauuu buat cam tu nasib baik ade jawapan kalau tak....hancuss pikiran orang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ieda85Profil   Hantar PM kepada ieda85   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban

Sabah  


posticon Posting pada: 18-02-05 15:20


.....

dah agak dah jawapan nyer ape....

Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

budak85
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.10.2004
Ahli No: 11680
Posting: 23
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-02-05 18:26




~~ ~~
~~ ~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak85Profil   Hantar PM kepada budak85   Pergi ke budak85's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.511935 saat. Lajunya....