Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tsunami 26 Disember: Insafkah kita?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tsunami 26 Disember: Insafkah kita?

Please Mendaftar To Post


Oleh Tsunami 26 Disember: Insafkah kita?

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 31-12-04 21:36


Assalammualaikum w.b.t,

Seperti sukar untuk dipercayai apabila memikirkan bencana alam yang dasyat masih mampu menyentuh tanahair kita. Tapi, itulah
hakikatnya. Tidak pernah dicatatkan dalam sejarah negara,ombak besar setinggi pohon kelapa datang ke pesisir pantai membunuh lebih 50 mangsa dan menyebabkan ribuan orang hilang tempat berteduh. Buat pertama kalinya, Hopital Selayang, PUSRAWI dan HUSM terpaksa dikosongkan kerana akurbergoyang pada gempa bumi berskala 8.9 Richter.

> Pada skala Richter, 'severity' :
> <6 = mild
> 6-8 = moderate
>8 = severe

Sebenarnya, jarang atau tidak mungkin mengikut Skala Riechter,ukurannya melebihi 8.9. Ini kerana Skala Richter bererti 10 kali ganda , misalnya pada pada 2 Riechter, bererti 10 kali ganda lebih kuat dari 1, 3 bererti 100 kali ganda lebih kuat dari satu dan seterusnya. Pada skala 9 ini bererti 100,000,000 kali ganda lebih kuat dari satu.
Gempabumi di Bam yang membunuh 41,000 nyawa pun hanya berukuran 6.5 Richter.

Dalam sejarah, tarikh 26 Disember rupa-rupanya adalah tarikh 'maut'.

> Pada 26 Disember 1932 gempabumi berlaku di Chinamembunuh 70,000 nyawa.

> Pada 26 Disember 1939 gempabumi 7.9 Richter berlaku di Wilyah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa.

> Pada 26 Disember 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa.

> Pada 26 Disember 2004 gempabumi berlaku di Sumatera membunuh 35,000 nyawa dan jumlahnya terus meningkat..

> Jangan kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah juga berlaku pada awal pagi 26 Disember 1996 yang meragut beratus nyawa. Adakah semuanya ini 'coincidental'?

Bukankah pada malam sebelumnya iaitu 25 Disember di banyak tempat di dunia ini, ramai manusia yang lupa daratan, mabuk dan berpoya-poya? Pada pagi 26 Disember 2004, di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut ketika tsunami melanda..

Kita tidak mampu mencari jawapan atas apa yang berlaku tetapi sekadar menginsafinya sebagai peringatan.
Kita sering mendengar dalam pengajian al-Quran dan hadis bahawa Allah Azza Wa Jalla telah menghukum umat-umat dahulu yang engkar dengan siksaan yang dahsyat kebanyakannya dalam bentuk natura disaster yang ada sekarang. Cuma kita tak terbayang bagaimana teruknya azab yang mereka terima.
Walaupun kita sering melihat dokumentari dan berita mengenai gempa bumi, tsunami, ribut, twister dan sebagainya, kita tak berapa terasa kesannya.

Tetapi, apabila jadi di negara sendiri, Masyaallah. Na'uzubillah, janganlah Allah turunkan lagi siksaan begini!

Kita berharap ramai yang mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku.
Tapi nampaknya tidak begitu. Persiapan untuk Countdown 2005 makin hebat. Perpuluh pesta dan konsert sedang menanti. Amat memeranjatkan sebaik sahaja warta berita selesai dipenuhi berita bencana tsunami tersebut, bertubi-tubi pula iklan mengenai sambutan Tahun Baru ke udara. Semuanya mengajak orang ramai melupakan diri pada malam yang dibintangi segala macam artis popular. Perkhidmatan kenderaan awam akan dilanjutkan sehingga jam 2-3 pagi. Adakah ini reaksi kita terhadap peristiwa bencana yang dipertontonkan?

Jauhnya masyarakat kita ini dari kesedaran! Bukan istighfar dan insaf, tapi makin galak nak lakukan maksiat!

Kepada semua, jangan lupa berdoa dan berusaha. Jangan terleka dengan comfort zone kita dan melakukan rutin harian tanpa sebarang rancangan untuk memacu umat ke taraf yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

> Sekian, Wallahua'lam.


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

ahlullah
Warga Rasmi
Menyertai: 05.06.2004
Ahli No: 9307
Posting: 10
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-12-04 22:28


Ya Allah selamatkan umat islam dari bencanamu...Insya Allah TAAT PERINTAH ALLAH DAN IKUT SUNNAH NABI SAW di situ ada kejayaan dunia wal akhirah abadan abada

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahlullahProfil   Hantar PM kepada ahlullah   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-01-05 14:01



subhanallah

-----------------
Mahabbah Mawaddah Lil Ukhwah Fillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-01-05 15:13


YA ALLAH DILINDUNGILAH KAMI AGAR SENTIASA DIBAWAH NAUNGAN MU YA ALLAH.. JANGAN BOLAK BALIKKAN HATI KAMI KEARAH KEBURUKAN ...AMIN,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-05 22:29


ya Allah
Engkau Maha Mengetahui

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Hoobastank
Warga Rasmi
Menyertai: 30.12.2004
Ahli No: 13407
Posting: 12
Dari: tempat kije..letih lalu tertido jap kat piano

blank  


posticon Posting pada: 07-01-05 05:44


Insaf gak sikit2...
Tapi paling insaf beb bila Si Rizal yg dibawa arus tsunami tu bleh hidup and bleh solat di lautan..Masa dia tgh bikin masjid pulak tu masa tu...Subhanallah..
Sejak baca paper pasal dia ni...aku amik contoh la dari sikap Islam dia. Inilah orang Islam sebenar...
Macam kita seme ni..pandai cakap je...air liur sembur sini sembur sana...tapi amalannya idak gak buat..Amalan ringan pun diabaikan..apatah lagi nak buat amalan2 yang berat spt jihad..
So, jgn insaf je beb...bertaubat and beramal serta bertaqwa...All da beshh..
Forum sini, forum sana...rasanya dah cukup utk menggerakkan segala urat sendi kita ni utk mula balik ke pangkal jalan..Ikut apa yg Dia suruh..Tinggal apa yg Dia larang...ikut Sunnah Rasul...blehla tu kut...

Okeh..wassalam..


-----------------
And the reason is u

Bookmark and Share

    


  Member Information For HoobastankProfil   Hantar PM kepada Hoobastank   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120103 saat. Lajunya....