Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: TSUNAMI: Why It Happenend in Muslims' World recently?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» TSUNAMI: Why It Happenend in Muslims' World recently?

Please Mendaftar To Post


Oleh TSUNAMI: Why It Happenend in Muslims' World recently?

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 31-12-04 17:51




Apa komen sahabat dan sahabiah semua?
sama-sama fikirkan...Maybe there is something wrong....case study

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 23:28




adakah dengan sebab menganut Agama Islam kita tidak boleh menerima apa2 ujian atau musibah?.

-----------------
Programming notes esp. PHP
Web Zaujah (muslimah_johor)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 23:37



Usah kita persoalkan kerja buat Tuhan, kenapa, mengapa ? Kerana itu kehendakNYA......terima ia sebagai satu peringatan dr Tuhan buat kita semua....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-01-05 18:09




Kerana umat Islam tidak mengikut perintah ALLAH, meninggalkan ajaran Islam, hukum Islam...melakukan maksiat

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-01-05 11:21


erm..setiap ujian penunjuk jalan untuk kembali kepada TUHAN...renung2 kan diri sendiri..koreksi diri...semuanya adalah dr NYA jua...disebalik sesuatu kejadian tu ade hikmahnya....wallahualam..

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

hizbullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3691
Posting: 110
Dari: Terengganu

egypt  


posticon Posting pada: 02-01-05 13:07


NEW DELHI: Lebih 80 kejadian gempa susulan berukuran 5.0 dan 6.5 pada skala Richter menggegarkan kawasan dari Kepulauan Andaman dan Nicobar, Jammu-Kashmir di India hingga ke Sumatera dalam tempoh enam hari selepas gempa bumi kuat dan ombak besar tsunami melanda Asia, Ahad lalu.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, dalam kejadian terbaru semalam, satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di dasar lautan Banda Aceh, Indonesia ketika penduduknya masih dihantui trauma gempa bumi yang meragut tidak kurang 80,000 nyawa di wilayah itu.

Sejak bencana itu, kira-kira lima juta penduduk terutama di Sumatera, Sri Lanka, India dan Thailand kini menghadapi masalah mendapatkan makanan dan air bersih serta kemungkinan terpaksa berhadapan dengan wabak penyakit.

Agensi antarabangsa pula meramalkan bahawa kadar kematian menghampiri 150,000 dengan mengambil kira kemungkinan bahawa angka korban di Aceh saja boleh mencapai 100,000 orang.

Tsunami yang berlaku pada Ahad lalu adalah disebabkan gempa bumi di Sumatera berukuran 9.0 pada skala Richter. Meskipun gegaran susulan hingga kini tidak menyebabkan ombak besar baru, penduduk di Aceh khususnya sentiasa ketakutan kerana bimbang kemunculan tsunami baru.

Angka korban tsunami tertinggi adalah di Indonesia iaitu 80,246 orang diikuti Sri Lanka (28,729), India (13,26 dan Thailand (4,812).

Tragedi disebabkan tsunami di Asia menyebabkan kira-kira 34 negara memberi sumbangan bantuan bernilai AS$1.85 bilion (RM7.03 bilion).

Di Aceh, selain masalah kesukaran mendapatkan bantuan makanan mencukupi, hujan lebat menimbulkan masalah baru kepada mangsa yang terselamat selain ancaman wabak penyakit berikutan ratusan mayat terbiar di jalanan yang turut meninggalkan bau busuk yang kuat.

Ini menyebabkan mangsa terselamat terpaksa mengenakan topeng muka dan ada juga yang bertindak meninggalkan Banda Aceh.

“Apabila hujan, sukar untuk tidur kerana tempat yang kami baring itu basah,” kata Nurlina, ibu berusia 32 tahun yang sarat mengandung lapan bulan. Tiga anaknya pula terbaring berbantalkan betis kakinya.

Tempat perlindungan itu yang serba serbi uzur, tidak mampu menghalang beberapa barangan dan tilam basah ditimpa air hujan.

Razali, 33, pula berkata, banyak makanan di kem berkenaan, tetapi apa yang mereka perlukan adalah bantuan perubatan.

“Kami perlukan doktor. Ramai kanak-kanak sakit kerana mengalami masalah cacing dan demam. Bekalan air pula kotor dan ada yang terletak dekat tandas,” kata seorang lagi mangsa, Rafika, ibu beranak tiga.

Seorang pegawai perubatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang enggan dikenali, pekerja bantuan terpaksa berdepan banyak masalah seperti kudis berjangkit di kalangan kanak-kanak, masalah pernafasan, cirit-birit serta ibu yang cuba menyusukan bayi sedangkan mereka tidak dapat menghasilkan susu.

“Masalah besar di sini ialah sistem kesihatan yang semakin lumpuh. Pekerja perubatannya juga sudah tiada lagi,” katanya.

Budi Subianto, pegawai kesihatan UNICEF berkata, kesan tsunami ke atas kanak-kanak yang terselamat itu adalah besar. “Mereka sentiasa diuliti rasa ketakutan,” katanya.

Ketakutan itu juga disebabkan gegaran susulan gempa bumi yang tidak henti-henti sejak Ahad lalu.

Press Trust Of India (PTI) memetik Jabatan Kaji Cuaca India melaporkan lebih 80 gegaran susulan sehingga ini termasuk yang berlaku di kawasan dari Kepulauan Andaman dan Nicobar, Jammu-Kashmir di India sehinggalah ke Sumatera, semalam.

Sementara itu, jurucakap badan pemantau Amerika Syarikat itu, Kathleen Gohn berkata, tiada sebarang laporan awal menyatakan gempa bumi baru yang berlaku 345 kilometer dari Banda Aceh awal pagi semalam turut dirasai di kawasan lain Indonesia.

Ia adalah antara gempa susulan yang terkuat sejak gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter, Ahad lalu - antara yang terbesar pernah dicatatkan di dunia sejak 40 tahun lalu, mencetuskan kejadian ombak besar tsunami di Lautan Hindi.

“Gempa susulan terbaru itu berlaku kira-kira jam 1. 25 tengah hari waktu tempatan semalam pada kedalaman kira-kira 9.5 kilometer. Mujurlah ia berlaku jauh dari Banda Acheh dan saya tidak menjangkakan akan berlakunya sebarang kerosakan mahu pun kemalangan jiwa,” kata Gohn.

Pada hari sama berlakunya gempa bumi besar Ahad lalu, gempa susulan berukuran 7.1 dan 6.6 pada skala Richter, berpusat di Kepulauan Nicobar, India yang terpencil.

Namun, kejadian terbaru semalam disifatkan sebagai yang terkuat setakat ini.

Sementara itu Jabatan Kaji Cuaca India menyatakan, dua gempa susulan dengan kekuatan sederhana berlaku dekat Kepulauan Nicobar itu.

Ini termasuk yang paling kuat berukuran 6.3 pada skala Richter, dilaporkan jam 11.56 pagi waktu tempatan semalam di barat Pulau Besar Nicobar.

Ini disusuli gerak gempa berukuran 5.5 pada skala Richter yang berpusat di selatan Pulau Besar Nicobar.

Sebelum itu, gegaran susulan berukuran 5.2 dan 5.0 pada Skala Richter menggegarkan wilayah Pulau Car Nicobar pada jam 11.32 malam kelmarin dan jam 3.40 pagi semalam.

Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau pun kerosakan besar dilaporkan setakat ini. – Agensi

Bookmark and Share

    


  Member Information For hizbullahProfil   Hantar PM kepada hizbullah   Pergi ke hizbullah's Website   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-05 14:53


Quote:
adakah dengan sebab menganut Agama Islam kita tidak boleh menerima apa2 ujian atau musibah?.





benar, ya ibnuyahya..

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124357 saat. Lajunya....