Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  

Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55

Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu

[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Apakah pendapat antum?

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Apakah pendapat antum?

Please Mendaftar To Post

Oleh Apakah pendapat antum?

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-12-04 09:23

Mufti syor ilmu perkahwinan diajar di sekolah

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Pendidikan mengenai rumah tangga dan tanggungjawab dalam perkahwinan wajar dijadikan sukatan pelajaran di sekolah menengah, kata Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.

Beliau berkata ia perlu bagi membekal para pelajar dengan pengetahuan terbabit sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan dan mendirikan rumah tangga kemudiannya.

Ia dapat membendung masalah perceraian dan konflik rumah tangga yang kini kian meningkat, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Bengkel Penyelesaian Konflik Rumah Tangga, di sini.

``Pendidikan tentang perkahwinan ini mesti diajar dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sejak tingkatan satu lagi kerana bab munakahat merupakan bab yang luas, ia memerlukan masa yang panjang untuk mengajar.

``Kursus praperkahwinan yang dilaksanakan dalam sehari atau tiga hari tidak mencukupi untuk mengajar semua selok-belok perkahwinan. Ia terlalu ringkas dan kursus hanyalah sebagai peringatan, bukan untuk mendidik,'' kata Harussani.

Beliau berkata masyarakat masa kini mempunyai pengetahuan di bawah tahap minimum tentang hukum-hukum dan tanggungjawab dalam perkahwinan menyebabkan berlaku kes-kes seperti membatalkan perkahwinan di saat-saat akhir dan melafazkan cerai selepas 15 minit bernikah.

Bengkel dua hari itu yang bermula hari ini dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bertujuan memberi pendedahan tentang permasalahan dan kaedah untuk menangani konflik rumah tangga yang dihadapi oleh umat Islam masa kini.

Antara penceramah jemputan ialah pakar motivasi terkemuka Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. - Bernama

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-12-04 13:26

Jika sesuatu perkara yg dilakukan dapat mendatangkan kebaikan bukan shj kpd diri sendiri tetapi masyarakat dan negara,niat yg baik itu patutlah diteruskan.

'Usaha adalah lebih baik drp tidak berbuat apa2'

Bookmark and Share

  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-12-04 13:29

posticon Posting pada: 29-12-04 13:36

Jika sesuatu perkara yg dilakukan dapat mendatangkan kebaikan bukan shj kpd diri sendiri tetapi masyarakat dan negara,niat yg baik itu patutlah diteruskan.

'Usaha adalah lebih baik drp tidak berbuat apa2'

Bookmark and Share

  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  

posticon Posting pada: 29-12-04 13:39

Takut jadi cam subjek Pendidikan Agama Islam saja.
Semua students boleh excellant dalam exam...atas kertas
Tapi penghayatan dan kesedaran serta amalan takde jugak!

Bookmark and Share

  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  

posticon Posting pada: 29-12-04 16:33

Setuju! Kursus perkahwinan jer...tak cukup untuk kita pelajari ilmu rumahtangga. Alhamdulillah... Wawa dah study Psikologi perkahwinan dan kekeluargaan masa Wawa study dulu. Rupa2nya untuk memasuki alam perkahwinan ni, bukannya satu yang mudah dan indah.. Saper yang dah kawin tu, tahulah... apapun, kita ada pegangan so..jgn lari pada pegangan kita tu. btl tak? -Bangkit Dari kejahilan-

Bookmark and Share

  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 29-12-04 21:59

Quote:

On 2004-12-29 13:39, majidah wrote:
Takut jadi cam subjek Pendidikan Agama Islam saja.
Semua students boleh excellant dalam exam...atas kertas
Tapi penghayatan dan kesedaran serta amalan takde jugak!

ana setuju pendapat ukhti majidah...cemerlang cuma atas kertas ttp amalan tidak dilakukan...

Bookmark and Share

  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 30-12-04 01:31

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons anak-anak. Sekiranya diberi peluang mengajar ilmu perkawinan umi ingin sarankan beberapa perkara seperti berikut:

1. fahamkan erti perkawinan menurut Al Quran dan Sunnah.

2. pentingnya menjaga maruah diri bagi wanita yang belum kawin dan juga lelaki yang ajnabi

3. kenapa elak dari pergaulan bebas antara dua jantina ini

4. mendidik bagaimana menjana ekonomi keluarga

5. mendisiplinkan diri dengan peranan masing-masing sebagai suami dan juga sebagai isteri.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang sentiasa menurut hawa nafsunya dan mengharap keampunan Allah tanpa beramal. - Hadis Rasulullah saw.

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  

posticon Posting pada: 30-12-04 01:42

setuju sesangat...bahkan kalau dibenarkan kahwin di waktu sekolah pun lagi bagus...
Quote:
Mufti syor ilmu perkahwinan diajar di sekolah

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Pendidikan mengenai rumah tangga dan tanggungjawab dalam perkahwinan wajar dijadikan sukatan pelajaran di sekolah menengah, kata Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.

Beliau berkata ia perlu bagi membekal para pelajar dengan pengetahuan terbabit sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan dan mendirikan rumah tangga kemudiannya.

Ia dapat membendung masalah perceraian dan konflik rumah tangga yang kini kian meningkat, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Bengkel Penyelesaian Konflik Rumah Tangga, di sini.

``Pendidikan tentang perkahwinan ini mesti diajar dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sejak tingkatan satu lagi kerana bab munakahat merupakan bab yang luas, ia memerlukan masa yang panjang untuk mengajar.

``Kursus praperkahwinan yang dilaksanakan dalam sehari atau tiga hari tidak mencukupi untuk mengajar semua selok-belok perkahwinan. Ia terlalu ringkas dan kursus hanyalah sebagai peringatan, bukan untuk mendidik,'' kata Harussani.

Beliau berkata masyarakat masa kini mempunyai pengetahuan di bawah tahap minimum tentang hukum-hukum dan tanggungjawab dalam perkahwinan menyebabkan berlaku kes-kes seperti membatalkan perkahwinan di saat-saat akhir dan melafazkan cerai selepas 15 minit bernikah.

Bengkel dua hari itu yang bermula hari ini dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bertujuan memberi pendedahan tentang permasalahan dan kaedah untuk menangani konflik rumah tangga yang dihadapi oleh umat Islam masa kini.

Antara penceramah jemputan ialah pakar motivasi terkemuka Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. - Bernama

Bookmark and Share

  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 30-12-04 03:03

Quote:
Alhamdulillah syukran jazilan atas respons anak-anak. Sekiranya diberi peluang mengajar ilmu perkawinan umi ingin sarankan beberapa perkara seperti berikut:

1. fahamkan erti perkawinan menurut Al Quran dan Sunnah.

2. pentingnya menjaga maruah diri bagi wanita yang belum kawin dan juga lelaki yang ajnabi

3. kenapa elak dari pergaulan bebas antara dua jantina ini

4. mendidik bagaimana menjana ekonomi keluarga

5. mendisiplinkan diri dengan peranan masing-masing sebagai suami dan juga sebagai isteri.

setuju dgn umi... actually, mengajar dan mendidik ni berbeza... sbb tu kita tgk budak2 skrg ni jadi ntah ape2... pelik2 perangai... nak kata tak pi skolah, tapi pi... masuk u plak tu... tapi cam takde agama... blaja agama kat skolah n univ stkt nak lulus periksa, non-muslim pon bleh buat... tapi penghayatannya takde.. so, kalau nak buat silibus munakahat ni byk mana pon, muamalat ke, aqidah ke, selagi ilmu ni x meresap dalam jiwa, susah la skit nak kata... bukan salah sesiapa kalau pilihan berada di tangan kita... akal, ilmu dan iman jadi panduan... tepuk dada tanyalah iman...

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 30-12-04 17:06

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah sesungguhnya hari ini dalam Metro menyebut tentang perceraian talak tiga sepasang suami isteri yang sudah menikah lari dan menikah kembali tapi bercerai kerana campur tangan keluarga.

Umur mereka adalah 20 tahun (lelaki) dan 21 tahun (perempuan). Sebabnya hanya mereka yang tahu tetapi anak yang baru berusia setahun lebih sikit tu yang kesiannya.

Atas dasar apa perkawinan kalau akhirnya untuk bercerai?

Sebab itu belajar ilmu perkawinan ini mestilah seimbang antara ilmu agama dan juga ilmu profesional jadi tidak timbul masalah.

InsyaAllah sekirannya putra aiman nak menikah sewaktu sekolah tafadhal janji anakanda sudah bersedia bertanggung jawab menjadi imam dalam semua aspek. Tapi sunnahnya ialah 25 tahun ya bagi lelaki .

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Buah akal ialah ilmu pengetahuan, Buah jiwa atau hati ialah iman, Buah Fizikal ialah kemajuan, Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga ini melahirkan buah di dalam kehidupan.

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar

posticon Posting pada: 31-12-04 22:53

risau btul bile dgr citer2 pasal b'cerai ni. wat ana takut nk b'nikah plak..

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 
Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.117883 saat. Lajunya....