Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 130
Ahli: 0
Jumlah: 130




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 2 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 31 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Azam: Apa Yang Perlu Kita Kejar?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »»  Azam: Apa Yang Perlu Kita Kejar?

Please Mendaftar To Post


Oleh Azam: Apa Yang Perlu Kita Kejar?

azian_flower
Warga Rasmi
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13268
Posting: 20
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 27-12-04 13:58


Sedar tak sedar, kini Fajar 2005 sudah menebarkan cahaya saktinya ke segenap penjuru alam maya. Dan Fajar 2004 pula telah tenggelam membawa bersama-sama 1001 suka duka rencah kehidupan. Pada saat dan ketika inilah, semua individu dan pihak sibuk memperkatakan dan memasang azam masing-masing. Namun, sedarkah kita apa yg kita kejar di sebalik azam yang telah dirancang itu?

Sebenarnya setiap kali dalam mempersoalankan tentang azam ini mengingatkan aku pada satu kisah seorang raja yang ingin menghadiahkan pengawalnya tanah, dengan menitahkan si pengawal supaya memacu kuda sejauh mana yang mampu. Kata si raja sejauh mana yang mampu pergi, maka selebar itulah tanah yang akan si pengawal miliki.. Lantas, tanpa berfikir panjang dan dengan tersenyum girang mendengar tawaran itu, si pengawal pun terus melompat ke belakang kudanya. Dia memecut laju dan laju bagaikan tiupan angin. Apabila kudanya penat, dibelasahnya binatang itu agar terus memecut.

Lapar, dahaga dan letih si kuda tidak dihiraukan. Dia langsung tidak mahu berhenti rehat walau sesaat pun kerana perasaan tamaknya. Walaubagaimanapun kerana terlalu penat, akhirnya kuda itu terjepok lalu pengsan. Si pengawal jua jatuh tersepuk ke bumi. Ketika itu, badannya langsung tidak berdaya untuk bangun. Dan akhirnya disitu juga dia jatuh sakit dan terlantar keseorangan. Pada saat itu, barulah terdetik keinsafan di hatinya atas sikap tamaknya selama ini. Barulah dia terfikir akan apalah gunanya tanah yg luas beratus hektar itu sedangkan ajalnya kini makin hampir. Dan kalau guna sekalipun, hanyalah sedikit sahaja iaitu hanya untuk menambus jenazahnya.

Sahabat sekalian, kisah si pengawal tersebut sebenarnya samalah dgn perjalanan hidup kita. Setiap hari kita paksa diri mencari duit sebanyak mungkin. Kita sibuk mencari kuasa dan pengiktirafan. Sampaikan kita lupakan pada hal-hal lain. Kita lupa pada kesihatan, masa bersama keluarga dan tanggungjawab sebagai hambaNya. Oleh itu, sempena menjelangnya tahun baru 2005 ini, marilah kita sama-sama memastikan azam yg dibuat dan dirancang itu sederhana dan seimbang. Bsarulah, kita boleh mengecapi kebahagiaan. Ayuh! Org lain tidak boleh membuat pilihan atau menentukan kehidupan kita. Janganlah apabila harta sudah bertimbun barulah kita hendak tersedar dari tidur yg lena. Ingatlah ketika itu kita sudah terlambat. Kerana sesungguhnya, kita tidak punya kekuatan dan kuasa untuk memutar jarum jam ke belakang!

Mari Pastikan Semua Azam Kita Terlaksana!!






Bookmark and Share

    


  Member Information For azian_flowerProfil   Hantar PM kepada azian_flower   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 14:08


insyaallah jika dipanjangkan umur........... .

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 27-12-04 15:20





satu pengajaran yg baik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 27-12-04 20:18


mengejar pelangi.
takkan kesampaian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 28-12-04 09:17


setinggi mana langit yg mahu digapai... tapi ingatlah kita hanyalah seorang hambaNya yang hina... hidup dan mati adalah tentuan dari Nya yang Maha Esa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.243484 saat. Lajunya....