Oleh |
::DISAAT AKU ISTIKHARAH:: |
shamieyz
Warga Rasmi Menyertai: 19.10.2004 Ahli No: 11961
Posting: 5
|
Posting pada: 26-11-04 15:19
Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah... Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu... yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar! Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!" Ayang tengah makan..Abang dah makan ke"... telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua...! Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda... Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian... hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui... cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku... aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan! Aku juga mahu bunga, teddybear... mahu perfume... dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan.....! Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan... menemani kesepian hatiku yang merayu minta diisi segera dengan kasih lelaki....! Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu, menggesa...maka kepadaMu kupohon petunjuk...kembalikan hati ini mengingatiMu...hanya Mu! Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu.. aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri... ku keluarkan di telinga kanan!!! Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan... sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si "A" . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju... di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul tersenyum... melihat telatahku! Setelah persetujuan aku dan Si "A" diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si "A"... Aku tidak memiliki handset sendiri... jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara! Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku!Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak... sekadar menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja! "Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari... perbualan telefon antara aku dan si "A", hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal! Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si "A"... aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak mahu bercinta!" aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang perlu hentikannya! Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas... Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut... kulitnya hitam manis... bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku... tempat yang pernah kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikarahku... siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku? Aku tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu...Ya Allah...dimanakah suamiku! Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"... Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! ...Inilah Si"A"... Dia poskan!" kata Nurul... Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti pernah kujumpa sebelum ini... tapi dimana... ingatanku semakin jelas... MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!Wajahnya,janggutnya... cahaya di wajahnya... Ya Allah!Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata aku bukannya bermimpi... "Ya Allah... Dialah jodohku...! Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!" Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih terjalin... masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun...!Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya... kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam...Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya... kini dah jadi koleksi peribadi... yang masih kutatap sehingga ke hari ini... Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku dan ibunya... antara ahli keluargaku dan keluarganya...! Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini... Moga ia kekal selamanya... Adab tidur... makan ... dan segalanya masih kuamalkan...! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu... Tahun pertama,dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku membalasnya dengan sehelai sejadah... Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri Solehah Igauan Suami" ...aku membalasnya dengan senaskah buku agama "Suami Idaman Isteri Solehah"... Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan aku sedang menanti hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu bermakna... malah kupercaya, bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana! Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini... di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki sejati... Ada lagi Cinta yang diredhai Allah.... Walaupun ramai yang meminati si "A" di IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...! Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku... dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..! "Ya Allah...Andai dirinya tercipta untukku... menjadi milikku... Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk agamaku... maka satukanlah kami dunia dan akhirat... Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!" Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga hari ini... doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah ini masih terbina kukuh... masih utuh... Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia Selalu Berikanku... Yang Terbaik!!!
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 26-11-04 15:31
-cintailah selagi dicintai dan mencintai... ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
kasih_kekasih
Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......
|
Posting pada: 27-11-04 12:30
cinta pada bunga... bungakan layu... cinta pada manusia... pasti takkan kekal lama... cinta pada Allah... pastikan kekal selamanya...... -----------------
|
SyAhEeDa
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate
|
Posting pada: 27-11-04 12:57
Bagus sebagai pengajaran dan tazkirah... Serahkan segalanya kpd Allah.. insya Allah kita akan dapat yg terbaik walaupun x kita rasa mustahil bgnyaa.... ----------------- ++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++
|
bai
Warga Rasmi Menyertai: 06.11.2004 Ahli No: 12317
Posting: 10
Dari: mrsm k. lipis
|
Posting pada: 03-12-04 10:27
|
bai
Warga Rasmi Menyertai: 06.11.2004 Ahli No: 12317
Posting: 10
Dari: mrsm k. lipis
|
Posting pada: 03-12-04 10:27
|
bai
Warga Rasmi Menyertai: 06.11.2004 Ahli No: 12317
Posting: 10
Dari: mrsm k. lipis
|
Posting pada: 03-12-04 10:40
|
amyra_myra
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari
|
Posting pada: 03-12-04 18:26
..... ----------------- no pain..no gain..
|
elyss
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.11.2004 Ahli No: 12570
Posting: 90
Dari: pekan baru,riau
|
Posting pada: 03-12-04 20:38
...syukur alhamdulillah...hampir sama cerita ini dgn cerita ana...seikhlas hati ana mmg medambakan seorang suami soleh yang boleh membimbing ku dunia dan akhirat... si dia bernama 'I' ku kenal stlah dia bbrapa hari putus dgn kkceh lama...mmg ana tak tau dia ada kksih sblum ni..ana pula bru shj kecewa stlah org yg ana suka dan mula timbul perasaan indah itu,mmberitahu bhwa dirinya tlah bertunang..walhal cara layanan nya spnjg km berkawan mnunjukkan 'layanan yg lebih dr serg kwn'..ana frust yg amat sgt kerna si dia yg lama byk mngubah diri ana mnjadi muslimah yg lebih baik...kwn2 ana jg nmpk perubahan ana spnjg ana mengenali si "A"... dlm hndk melupakan si "A" tunangan org,ana sje mnghiburkan hati dgn brknalan dgn sepupu kwn ana iatu si "I" tadi...maka terjalin lah ukhwah... yg mana nasib kami sama yg baru saja kecewa... betullah kata room mate ana...... jumpa yang salah sebelum yg betul... si slalu mmberi kata2 hkmah yang islamic dan hati ana semakin tertarik utk mengenali rapat padanya...sprti yg ana katakan tadi ana dambakan suami yg soleh...ciri2 ini terlihat pd dirinya...suatu hari.."I" mngatakan rindu pd ana...ttpi ana takut kalau2 pisang berbuah 2 kali mcm si "A"... ttp lama kelamaan..ana jg dpt mrskn bhwa perasaan itu jg tlah hadir ... kata2 nya banyak yg berkias dan berlapik..walaupun ada sstengah nye ana faham maksud isi hati nya ttp ana takut kalau2 ana kecewa lg...ana ketepikan ego..ana jg mmbalas bahwa ana jg punya rasa yg sama..bila ana bg tau perasaan ana..katanye " betullah tu respon yg ana bg "....ana terdiam seketika... ana telah pun meliha foto si dia melalui kwn ana yg mana sepupu pd si dia..dan ana jg tlah mmberi foto ana kpdnya ...dan ini adalah kali pertama ana mmberi foto pd org lelaki..kerana sebelum ini ana tak pandang langsung org lelaki..pendek kata kwn lelaki pun takde...si "I" byk mentarbiyah ana dlm mnjadikan ana wanita solehah, si dia jg slalu berpesan pd ana selalulah mengaji Al-Quran slps maghrib dan subuh..solat sunat dhuha...dan jg berpesan buatlah solat istikharah spy ALLAH beri petunjuk jodoh yang terbaik dan selalulah berdoa pada -Nya.... pendek kata hati ana semakin terpaut dan semakin tenang dalam mendekatkan diri pada ALLAH..dgn bimbingan si dia... InsyaALLAH dgn izin ALLAH si dia bakal ustaz dn bakal melanjutkan pengajian ke Mesir dan ana pula bakal menjadi seorang guru bahasa inggeris dan bakal meneruskn pengajian ijazah di UIA... INSYAALLAH.. ana berharap ukhwah yg terjalin ini akn di redhai allah kekal hingga akhir hayat...amin2... ----------------- ...diri ini tercari-cari identiti seorang wanita yang solehah... YA ALLAH berilah daku petunjuk dan hidayahMu..sesungguhnya hanya pada Mu ku meminta....
|
elyss
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.11.2004 Ahli No: 12570
Posting: 90
Dari: pekan baru,riau
|
Posting pada: 04-12-04 18:25
walaubagaimanapun ana tahu jodoh pertemuan di tangan Tuhan...andai tiada jodoh anda redha dan terima segala ketentuan-Nya kerana ana tau ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya....ana mmg telah bersedia utk segala kemungkinan... ----------------- ...diri ini tercari-cari identiti seorang wanita yang solehah... YA ALLAH berilah daku petunjuk dan hidayahMu..sesungguhnya hanya pada Mu ku meminta....
|
edlin
WARGA SETIA Menyertai: 03.08.2004 Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg
|
Posting pada: 05-12-04 15:06
InsyaALLAH.....
|
shamieyz
Warga Rasmi Menyertai: 19.10.2004 Ahli No: 11961
Posting: 5
|
Posting pada: 06-12-04 11:30
Terima kasih atas komen antum semua.. semoga menjadi pengajaran .. Insyaallah.. kepada elyss, bykkan berdoa dan bertawakkal...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 06-12-04 11:58
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 06-12-04 11:58
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 06-12-04 11:58
|
NuruL_01
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.10.2004 Ahli No: 11682
Posting: 25
Dari: pekan,pahang
|
Posting pada: 12-12-04 17:41
perasaan cinta adalah kurniaan Allah yg tak ternilai....semua cinta adalah kerana-Nya.....
|
raihanahRahmah
Warga Rasmi Menyertai: 27.08.2003 Ahli No: 3123
Posting: 2
Dari: bumi bertuah UIA
|
Posting pada: 12-12-04 18:04
terimalah teman hidup kita seadnya...sebagaimana kita diterima seadanya.....
|
Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.11.2003 Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth
|
Posting pada: 12-12-04 18:56
sekadar tersenyum
|
setanggisyurga
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11892
Posting: 78
Dari: parit buntar
|
Posting pada: 12-12-04 23:29
emm sye dah byk kali bace ceta nie..mmg menyentuh jiwa ...sye ska ceta camnie..emm..harap awk leh paparkan ceta camnie lagi yek...sye bace dlm majalah annida kat skola...
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 12-12-04 23:51
tidak semua insan mampu untuk mendapat apa yang diingininya... usah terlalu mengimpikan kebahagiaan tanpa kesedihan... pagi yang cerah, bukan bermaksud petangnya tak mungkin hujan. mungkin hujan di pagi hari , namun mentari akan muncul di petangnya...
|
azian_flower
Warga Rasmi Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13268
Posting: 20
Dari: Melaka
|
Posting pada: 28-12-04 12:18
|
nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang
|
Posting pada: 28-12-04 12:26
sedihla citer ni.. ----------------- Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 12-01-05 05:46
subahanalah....mnarik sguh citeni,smoge ia bleh menjadikan pedoman kt klak....
|
cahaya_safi
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.09.2004 Ahli No: 11314
Posting: 137
Dari: sarawak
|
Posting pada: 12-02-05 20:17
bestnya
|
teru_teru_bozu
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14371
Posting: 177
Dari: perak
|
Posting pada: 16-02-05 13:29
BESH...BESH... ----------------- "Hidup ini seperti mengupas kulit bawang, sekali anda mengupas kulitnya,sesekali air mata anda akan mengalir menitis ke bumi"
|
Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.04.2004 Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 16-02-05 14:14
Very touching....
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 27-05-05 12:08
Bismillahhirrahmanirrahim.. Maha Suci Engkau Ya Allah.. pada Mu lah aku berserah dan akau memohon petunjuk.. Ya Allah.. berikan aku petunjuk Mu.. amin..amin..amin..ya Rabbal Alamin..
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 17-04-06 10:42
hm...mnarik...sesungguhnye toiyyibun untuk toiyyibat dan sebaliknya...
|
uhti85
Warga Rasmi Menyertai: 13.01.2006 Ahli No: 21890
Posting: 4
Dari: JOHOR
|
Posting pada: 17-04-06 11:01
hmmm...menarik juga cerita ni..memang bagus untuk dibuat pengajaran..betullah:lelaki baik untuk perempuan baik..oleh itu, berusahalah untuk jadi perempuan baik..TAPI, anything we do must because of ALLAH.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-04-06 11:29
kenapa tiba-tiba saya rasa tersentuh baca cerpen ni?? jangan nangis2 pujuk pada hati ini...
|
nurul09
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.03.2006 Ahli No: 23223
Posting: 91
Dari: shah alam
|
Posting pada: 17-04-06 11:43
tersentuhnya cerita ni.... ...hampir menitiskan air mata... hanya padaNya kita berserah... "Ya Allah kupohon kepadaMu,kurniakan aku,seorang lelaki yang dapat membimbingku ke jalan Mu,dapat memperbaiki diriku yang bengkok ini,dapat jadi pemimpin yang adil dan bertanggungjawab,bukan sekadar teman di dunia tetapi hingga ke syurga.." ameen.. ----------------- Demi masa.... Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman serta beramal soleh dan berwasiat (ingat-mengingatkan) dengan kebenaran.
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 17-04-06 13:50
letaklah wang dipoket mu...letak lah harta mu di bumi ini... letaklah isteri dirumah mu..letaklah anak sebagai peneman mu tapi kosongkan hati kerana disitu hanya Allah lah selayaknya menduduki... -kalau tak betul sila betulkan....
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 17-04-06 17:01
salam.. Pada 17-04-06 13:50 , tasbih_30 posting:!!! QUOTE !!! letaklah wang dipoket mu...letak lah harta mu di bumi ini... letaklah isteri dirumah mu..letaklah anak sebagai peneman mu tapi kosongkan hati kerana disitu hanya Allah lah selayaknya menduduki...
-kalau tak betul sila betulkan.... best ayat itu.. macam pernah dengar ayah cakap.. wallahu'alam... salam..
|
nur_islam88
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.01.2006 Ahli No: 22181
Posting: 65
Dari: pasir puteh,kelantan
|
Posting pada: 18-04-06 00:40
assalamualaikum... best cerita ni... saya juga terasa cukup menyentuh hati saat2 baca cerita ni... teringin nak melalui perkara yang sama tapi...hehe... saya pun jenis yang kurang berkawan dengan lelaki tapi tak mungkinlah tak mungkinlah sama dengan watak dalam cerita ni...hehe... apapun,cerita ni memang banyak pengajaran dan pedoman... moga2 ramai yang boleh ambil iktibar daripadanya... wassalam
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 02-03-07 19:01
indahnya..... ----------------- hidup ini indah namun...keindahannya hilang dek kerakusan kita.....
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 02-03-07 20:55
di saat aku istikharah...aku tidak putus2 mendambakan petunjuk dari Allah yang belum lagi ku temui....moga Allah tunjukkan ku jalan...bukan mudah untuk melalui ini semua..
|
secerahpawarna
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.05.2005 Ahli No: 16384
Posting: 34
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 09-02-08 17:21
Pada 02-03-07 20:55 , miledi posting:!!! QUOTE !!! di saat aku istikharah...aku tidak putus-putus mendambakan petunjuk dari Allah yang belum lagi ku temui....moga Allah tunjukkan ku jalan...bukan mudah untuk melalui ini semua.. bersabarlah miledi...teruskan istikharahmu....luahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.....penuhi malam2mu untuk Rabbul Izzati,suatu hari petunjuk Ilahi pasti mengisi ruang hidupmu ----------------- "Kita ingin segalanya indah..sebersih pasir pantai memutih,seindah dan secerah pawarna...bersemi ukhwah dipupuk kasih.."
|
nur_hani
Warga Rasmi Menyertai: 15.08.2005 Ahli No: 18127
Posting: 14
|
Posting pada: 29-06-08 15:35
....... Insya Allah....Allah itu MAHA MENGETAHUI, MELIHAT .MENDENGAR... Rapatkan dahi ke sejadah, satukan lah tangan padaNYa.....
|
immad
Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)
|
Posting pada: 29-06-08 19:22
aisey....disaat aku istikoroh..tak jumpa jawapan..aduh ya allah bantulah hambamu..huhu Kalau istikoroh tak jumpa jawapan juga..ikut sahaja nasihat ustaz hasrizal..guna fatwa hati..tapi janganlah akal pandu hati ke arah yang batil
|
nithtah_hujannah
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.08.2008 Ahli No: 34427
Posting: 89
Dari: perak
|
Posting pada: 21-08-08 12:50
assalmmualaikum..] bolehkah seseorang yang mempunyai banyak dosa dengan kejahatan yang telah dilakukan akan mendapat pasangan yang beriman agar dapat membimbingnya ke jalan yang benar?
|
syahirahsoid
WARGA SETIA Menyertai: 06.03.2007 Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 21-08-08 13:02
Pada 28-12-04 12:26 , nuraiman_khairunnissa posting:!!! QUOTE !!!
sedih k??? em... saya yang tak ada prasaan ke.. memang cerita ini sedih eh?? kompius -----------------
|
comel
Warga 5 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara
|
Posting pada: 21-08-08 13:18
Hanya Allah yang Maha mengetahui yang terbaik buat diri setiap insan. Hargai apa yang kita ada..........
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 21-08-08 17:05
di saatku istikharah.. moga KAU pancarkan NUR petunjukMU.. kau tabahkan hatiku.. kau kuatkan hatiku.. kau lapangkan hatiku. kau teguhkan hatiku.. kau permudahkan segala urusannnku.. ambil pengajaran dari titipan min pembuka topik.. tiap yang berlaku..akan berlaku.. sedang berlaku ada hikmahnya.. segalanNYA dah dicaturkan. hanya menanti checkMAte untuk pergi tak kembali... igtlah 5 perkara sebelum banyak lagi perkara lain..ehehe.. wallahu'alam..
|
islamic_gil
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA
|
Posting pada: 05-11-08 12:34
EMMMMM.seronoknya cerita niii..tapi tak salah kan kalau kita beristikharah walhal kita dah bertunang.
|