Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: MPKB sedia rampas makanan (b4 3 ptg)


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» MPKB sedia rampas makanan (b4 3 ptg)

Please Mendaftar To Post


Oleh MPKB sedia rampas makanan (b4 3 ptg)

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 09:00




Pendapat peribadi ana rasanya tak patut tapi kalau jual makanan sebelum pukul 1.00 petang tu mungkin praktikal sikit.

Satu lagi tak angka berniaga sendiri ni banyak dapat untung contohnya jual air tebu dan soya, keuntungan sehari ialah RM200.


MPKB sedia rampas makanan dijual belum jam 3 petang

KOTA BHARU, 22 Okt - Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) akan bertindak tegas dengan merampas makanan yang dijual di restoran sekiranya ia dijual sebelum jam 3 petang.

Yang Dipertuanya, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, MPKB sudah menghantar notis kepada kira-kira 1,000 premis menjual makanan, sebelum Ramadan lagi bagi memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan.

“Bagi memastikan peniaga mematuhi arahan berkenaan, pegawai bahagian penguatkuasa melakukan operasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 2.30 petang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya tumpuan juga diberikan kepada restoran dimiliki bukan Islam menggunakan pekerja Islam menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa.

Oleh itu, katanya, MPKB akan bertindak tegas termasuk menyita barang dimilik pengusaha kedai makan yang ingkar.

Selain itu, MPKB juga tidak teragak-agak membekukan permohonan lesen peniaga yang gagal mematuhi arahan tersebut ketika membaharui lesen tahun hadapan.

“Kita terpaksa bertegas kerana ada pemilik kedai makan sering bersubahat dengan orang Islam yang tidak berpuasa,” ujarnya.

Sementara itu Penolong Pegawai Perhubungan Awam Hotel Perdana, Sheridan Shamsudin berkata, hotel tersebut menyediakan kemudahan kepada pengunjung menunaikan solat Tarawih di surau hotel yang diimamkan hafiz jemputan.

Katanya, kemudahan disediakan itu mendapat sambutan menggalakkan sehingga tidak dapat menampung jumlah makmun yang datang.

Beliau juga berkata, Hotel Perdana mengadakan beberapa pakej khas sempena Ramadan tahun ini antaranya promosi pakej berbuka puasa dengan kadar RM35 seorang bagi dewasa dan kanak-kanak RM18. Sebanyak 45 jenis lauk dan kuih-muih disediakan.

“Manakala sesudah solat Tarawih kami hidangkan pelbagai aneka colek dengan kadar RM18 bagi dewasa. Setakat ini kami amat berpuas hati kerana ramai yang berkunjung,” katanya di sini.

Sementara itu, suasana kemeriahan begitu terserlah sekali di beberapa bazar Ramadan yang diwujudkan di bandar ini termasuk perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke IV.

Seorang peniaga, Rahimi Daud, 35 berkata, beliau mampu meraih keuntungan hampir RM200 sehari hasil jualan air tebu dan kacang soya.

Penjual ayam golek , Hasmah Awang pula memberitahu purata jualannya setiap hari tidak kurang 80 ekor ayam sehingga mampu meraih keuntungan hampir RM250.

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

ada_syuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.06.2003
Ahli No: 1685
Posting: 81
Dari: bumi allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 10:41


ermmmm....rezeki yang Allah turunkan bagi hambanya amat luas..namun jangan kita leka dengan nikmat tersebut..betullah 9/10 daripada sumber rezeki berpunca daripada perniagaan..so jom pakat kite nego..tapi biar balance antara dunia dan akhirat..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ada_syuhadaProfil   Hantar PM kepada ada_syuhada   Quote dan BalasQuote

Nuhdi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11722
Posting: 86
Dari: Cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-10-04 07:25


Quote:

On 2004-10-25 10:41, ada_syuhada wrote:

biar balance antara dunia dan akhirat..




........

BETUL TU.....

".......SESIAPA YANG TERHALANG UNTUK BERIBADAT DI DALAM BULAN RAMADHAN.......

DIE AKAN TERHALANG SELAMA-LAMANYA......."

WALLAHUA'LAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuhdiProfil   Hantar PM kepada Nuhdi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108512 saat. Lajunya....