Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 79
Ahli: 0
Jumlah: 79




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 10 hari yang lalu
Kang: 29 hari yang lalu
lidah-penghunus: 31 hari yang lalu
muslimin23: 39 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: Pesanan Untuk Orang Cantik..


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Pesanan Untuk Orang Cantik..

Please Mendaftar To Post


Oleh Pesanan Untuk Orang Cantik..

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 13:37


Pesanan Untuk Orang Cantik..

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160)

" Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang dijumpainya"




Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

aDiB_SaaT
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 21.07.2003
Ahli No: 2513
Posting: 137
Dari: MaiN CaMPuS UIA, GomBaK.

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 14:32


Alhamdulillah.. ada jugak orang yang nak bagi pesanan kepada orang yang cantik ni...

Erm, nasihat ni jugak perlu ditujukan kepada orang yang kacak atau tampan....

Sama2 la menghayatinya...

-----------------
ORaNGg YaNg TeRBaIk Di KaLaNgaN KaMu IaLaH OraNg YaNg BeLaJaR aL-QuRaN daN MeNgaJaRkaNNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aDiB_SaaTProfil   Hantar PM kepada aDiB_SaaT   Quote dan BalasQuote

lya_yana
Warga Rasmi
Menyertai: 21.11.2004
Ahli No: 12477
Posting: 3
Dari: shah alam

Selangor  


posticon Posting pada: 21-11-04 11:40


mesti awk ni selalu pandang serong ngan org cantikkan..xsume org cantik camttu..saper kata org cantik takut jadi buruk?takut muka berkedut..klu sy rilekla..benda tu normal rite..bukan org cun je,yang xcun pn muka they all akan berkedut bila da tua..lg satu..mmg sy xsetuju sgt2..org cantik always ada prob...hello...sy nk tanye,awk xpnah ada mslh ke dalam hidup?sume org ade mslh dlm hidup...awk xder ye...hebatla awak..mls nk komen pjg2 nanti ader org berasap lak..akum..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lya_yanaProfil   Hantar PM kepada lya_yana   Quote dan BalasQuote

missy_jannah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.09.2004
Ahli No: 11510
Posting: 40
Dari: Perut ibu~

singapore  


posticon Posting pada: 21-11-04 14:10


Saya rasa post nih amat menarik...

Sekurang-kuangnya diri saya nih yg byk kelemahan terasa reda sedikit.

Saya faham mesej awak yg ikhlas ingin menyampaikan, walau apa jua pun rupa yg Tuhan telah anugerahkan.. Baik yg ketot ke gemuk, cantik atau tampan pasti ada kekurangannya...

Mungkin org yg cantik nih lebih byk CABARAN dan DUGAAN.. Seperti tidak lari dari pandangan mata lelaki yg liar... Jadi, seelok-eloknya kaum wanita yg lebih cantik nih harus lebih berjaga...

Tetapi bukan niat saya ingin memperkecilkan kaum hawa yg tidak sejelita wanita lain, lelaki takde yg berkenan. Saya yakin, Tuhan tk kejam. Sperti diperkatakan, setiap org unik.. Mungkin kejelitaan wanita itu hanya dpt dinikmati oleh suaminya..

Bagi lelaki yg kurang tampan, saya pasti disatu sudut pasti ketampanannya akan terserlah.. Seperti peramah, atau rajin.. soleh dan lain2 lagi. Kecantikan tidak dinilai oleh rupa sahaja.

Bagi sesiapa yg menilai manusia hanya paras rupa sahaja, maka bagi pendapat saya.. Orang itu adalah buta..



Bookmark and Share

    


  Member Information For missy_jannahProfil   Hantar PM kepada missy_jannah   Pergi ke missy_jannah's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-11-04 15:27


ader jugak org yg perasan dia cantik, cun, lawa dsb..ish2..semua tu dr allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

iedasaydi
Warga Rasmi
Menyertai: 15.03.2004
Ahli No: 7997
Posting: 18

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-11-04 16:18


erm.. satu ingatan yg baik.. conclusionnye, bersyukurlah kite dgn ape yg dikurniakan oleh ALLAH.. setiap kejadian tu ade sebabnye dan ade hikmahnye.. same2lah kite muhasabah diri kite sendiri.. cantik, lawa, hensem, tampan tu semuanye subjektif.. ade yg tgk seseorg tu hensem, tp, pd pndgn org lain pula, org tu biase je..

Bookmark and Share

    


  Member Information For iedasaydiProfil   Hantar PM kepada iedasaydi   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-11-04 16:58




Betul tu.. kita patut bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah dan dijadikan sbg khalifahNya. sedari lya_yana, maksud ukthi wafa_mawaddah ni, yg cantik ni selalunya banyak prob ni rasanya, prob lelaki suka ngorat kot depa ada la extra problem.. ada selalu jumpa orang tak cantik jadi model? itulah dugaan yang mereka dapat. kena jaga diri sendiri lebih.. wallahu a'lam.

yang penting kita semua kena jadikan akhlaq kita cantik. bersama-sama kita berjuang untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

maaf dipinta jika ada terlanjur kata.
wassalamu'alaikum.

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

lya_yana
Warga Rasmi
Menyertai: 21.11.2004
Ahli No: 12477
Posting: 3
Dari: shah alam

Selangor  


posticon Posting pada: 23-11-04 17:34


thanx coz nasihat...En.HBK..sy hargainya..sorry to ms?mr?wafa kl terasa...sy join ni saja suka2..mbe dis is the last msg..xsesuaila sy ni xwara'.yg enter ni sy tgk sume baik2 blake..sori,sori n sori..tp bgs ke beza2kan org?xcantik mcm ni..cun lak cmni..sori again...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lya_yanaProfil   Hantar PM kepada lya_yana   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-11-04 19:44


Quote:

On 2004-11-23 17:34, lya_yana wrote:
sy join ni saja suka2..mbe dis is the last msg..xsesuaila sy ni xwara'.yg enter ni sy tgk sume baik2 blake..sori,sori n sori..tp bgs ke beza2kan org?xcantik mcm ni..cun lak cmni..sori again...



jgnlah awak kata awak tu tak warak, yang penting kita ikhlas nak perbetulkan diri kita, bukan suma yang masuk kat sini warak2, suma masih belajar, menimba ilmu agama yang sebanyak-banyaknya.

Bagi saya, disini, banyak belajar tentang yang saya masih tak tahu, walaupun bukan sume, tapi Alhamdulillah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-04 20:43



-cantik mukanya belum tentu cantik hatinya !!!!!

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

aKujErr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-05-05 23:08


susah nk jmpa ke-2 duaNya cntik nie..
mmg pada zahirNya ia cntik n comel..
tp dlmanNya yakni hati..camner yerk??
yg pnting keikhlasan pada semua..
bile semua akan ikhlas n baik..
maka cntik la semuaNya tu..

timerKasih ngan info yg anda kongsi bersama tu...
utk jejaka pulak takder ke...huhu..
ok..
saLam ukhwah dr amBo

Bookmark and Share

    


  Member Information For aKujErrProfil   Hantar PM kepada aKujErr   Pergi ke aKujErr's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111343 saat. Lajunya....