Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna.
-- Mahatma Ghandi

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Wabak Selesema Burung Merebak...!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Wabak Selesema Burung Merebak...!

Please Mendaftar To Post


Oleh Wabak Selesema Burung Merebak...!

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-09-04 07:58



Wabak selesema burung: Seluruh Kelantan dikuarantin

KOTA BHARU 15 Sept. - Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) hari ini menguat kuasa perintah kuarantin membabitkan seluruh Kelantan bagi membendung wabak selesema burung jenis Avian Influenza H5 daripada merebak ke negeri lain.

Pengarah JPH Kelantan, Dr. Idris Kadir berkata, langkah drastik di bawah Ordinan Binatang 1953 itu dilakukan setelah virus terbabit merebak dengan pantas dalam tempoh kurang sebulan, sehingga 50 kilometer dari kes pertama dikesan di Kampung Pasir Pekan, Pasir Mas pada 17 Ogos lalu.

Menurut beliau, ia berlaku kerana penduduk menggunakan pelbagai cara termasuk menggunakan jalan-jalan kecil untuk mengelak daripada sekatan pergerakan unggas yang dibuat JPH.

``Langkah kuarantin menyeluruh ini dijangka akan memberi kesan buruk kepada penternak ayam komersial di negeri ini yang mengeluarkan tujuh juta ayam setahun dengan nilai kira-kira RM120 juta.

``Penguatkuasaan perintah kuarantin ini tidak dapat dielakkan kerana kita perlu menyelamatkan industri ternakan ayam seluruh negara yang bernilai RM3.8 bilion,'' katanya pada sidang akhbar di sini.

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, JPH mungkin memperluaskan kuarantin membabitkan seluruh Kelantan jika lebih banyak kampung diserang wabak berkenaan.

Kenyataan itu dibuat berikutan dua lagi kes jangkitan virus itu dikesan di Kampung Laut, Tumpat dan Kampung Kuchelong, Bachok menjadikan keseluruhan kampung yang terlibat setakat ini sebanyak lapan buah di empat jajahan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.

Kawasan lain ialah Kampung Pasir Pekan, Kampung Belian, Kampung Kebakat dan Kampung Bukit kesemuanya di Tumpat; Kampung Paloh Hilir, Pasir Mas dan Kampung Chabang Tiga, Kota Bharu.

Utusan Malaysia difahamkan, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) diadakan di Genting Highlands hari ini bagi membincangkan usaha mengawal wabak terbabit.

Idris berkata, JPH menempatkan 40 kakitangan di semua pintu keluar utama Kelantan bagi merampas unggas hidup atau sudah diproses yang cuba dibawa ke negeri lain.

Orang ramai yang mendapati ternakan ayam, itik dan burung mereka mati atau sakit perlu menghubungi JPH melalui talian 09-7652545.



**********************************************


harapnya semua rakyat Kelantan bersabar dengan ujian ini.....pasti ada sesuatu yg ALLAH nak tunjuk.....adakahkah ini semua kerana perbuatan kita selama ini yang terlalu mewah dengan makanan....? atau....adakah ini suatu BALA yang datang sekadar memberi ingatan...? pada kita semua (bukan saja rakyat Kelantan)


FIKIRKAN BERSAMA.......





Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 16-09-04 16:28


apa plak cerita org di sana, jgn plak SERAMBI MEKAH dicemar oleh isu2 laga ayam yg jadi punca jangkitan penyakit tu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-09-04 20:51


setiap yang berlaku ada hikmahnya...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-09-04 11:46


hikmahnya,jgn gi kelantan...heheheeh

p/s:nak kena hantar gi kelantan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 12:14


Quote:

On 2004-09-17 11:46, JoshuaIsfahan wrote:
hikmahnya,jgn gi kelantan...heheheeh

p/s:nak kena hantar gi kelantan.....




************************************************

segalo penyakit, susoh senne ko tok kiro maso dan tempat...kalu itu kehendak ALLAH...toksey lah lari mano pun.....


dimano-mano boleh berlaku...buke kiro klate so jaa.....

jange cubo nok buruk ....ngudoh gitu gini....



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-09-04 15:32


benci betul aku kalau org cakap kelantan ngan aku...dulu hampir nak bertumbuk sebab budak kelantan tu bertegas taknak cakap bahasa melayu yg boleh difahami masa discussion....nak kata ego,memang pun..tapi dah nampak bingai.....kalau discuss kawan segenegeri takpelah,ini dua jhr,satu kl,satu sarawak...lagi nak cakap kelantan....nak je aku tampor...konon2 nak daulatkan bahasa negeri,weii agak agaklah weiii....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 15:36



nok wak lagu mano, doh lagu tu loghat negeri ambo.....



Klate...sohor sokmo....!



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-04 20:24


wah-wah JoshuaIsfahan...benci betul JoshuaIsfahan dengan bahasa kelantan, apa kurangnya dengan negeri lain. yang penting kita tahu hormat-menghormati bahasa masing-masing...jangan sesekali tanam perasaan negatif dalam diri kita, tak elok boleh merosakkan pemikiran dan hilang pertimbangan...maafkan saya kalau terkasar bahasa sekadar menyedarkan...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-09-04 10:16


Bukan benci org kelantan...walau ada pengalaman hitam...tapi saya tak suka org kelantan cakap kelantan ngan saya...sebab apa?saya tak faham..cakaplah BM betul betul....jadi dua dua boleh faham..kalau dah boh cakap kelantan..dan kita ni ternganga nganga..memang nak kenalah....
lagi satu, ada dikalangan mereka kenegerian..kawan perempuan saya keluar ngan budak kelantan(dia dari KL)..bila kawan dia tu jumpa je klik kelate....terus tinggalkan kawan saya...so baik sgt ke tu....fikirlah weiii..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 17:41




JoshuaIsfahan, kalau x faham tu belajar2la.. x salahkan kalau belajar bahasa negeri lain... ana nie asal KL... dah mmg cakap KL la... Tapi ana berkawan juga dgn budak kelate... takde masalah pun... kenape plak sampai nak bertumbuk.... dgn belajar tu ana fahamla sikit2 bahasa kelate ni... kalau x faham, bertanyala.. itukan lebih baik daripada cari pasal.... buat ape nak gaduh sesama islam... bawa berbincang dgn budak kelate tu..suruh dia kurangkan pekat kelate tu... kalau duduk negeri org pandai2 la belajar bahasa negeri tersebut.... Janganla pasal budak sorang kelate nie... anta nak benci semua orang2 kelate.... silap2 anta beristerikan orang kelate baru tahu...!!! kalau dah suka x kenal bangsakan???? Ha.... fikirkan baik-baik..... Jangan marah2 JoshuaIsfahan, x baik untuk kesihatan......
wasalam

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 17:43


Nuraini... mo ore kelate ko? x cayo hambo!!! confius.......

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 18:26


isk...ni ckp pasal wabak selsema ke nk bertegang leher psl bhs klantan?


tp btul..kita kena hormati bhs negeri lain...

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-09-04 18:32


oo.i kena belajar bahasa dia pulak,habis dia takyah nak belajar cakap BM betul betul...jgn harap nak cari bini org kelantan........

p/s:dah kena,malas je nak cerita

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 18:34


Malaysia, kaya ngan loghat negeri...

Selsema burung, dgr cerita dr org kelate punca drpd ayam serama.. ntah le tu...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 20:51


dah..dah... tutup cite pasal bahasa kelate nie... kalau mcm nie sampai bila x habis... dahla tu... dah lari dari tajuk nie....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 20:53


mudah-mudahan musin selsema burung nie dapat di hapuskan.... mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 22:21


tak salahkan JoshuaIsfahan kalau kita belajar bahasa orang kan...saya pun anak jati kelate...tapi kerja kat kl, tak menjadi masalah bagi saya untuk mempelajari BM standard. kalau saya boleh buat JoshuaIsfahan macammana, kata-kata JoshuaIsfahan seakan orang yang kecewa jea, tak elok macam tu, janganlah cepat putus asa...

p/s :kalau dah jodoh dengan gadis kelate larilah ke negeri china sekalipun...?

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-09-04 22:46


dari selsema burung dah jadi isu bahasa.

saya rasa joshua betul, org tu kat kat Malaysia, suppose tahu sikit bahasa melayu yg org lain faham.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-09-04 07:55


Quote:

On 2004-09-21 17:43, riyas wrote:
Nuraini... mo ore kelate ko? x cayo hambo!!! confius.......

-----------------
assalamulaikum... salam ukhwah-pengikat kasih-sayang



***************************************************

hehe...siye ko demo pa kompiuh jadinyo...ambo anok jati tranung kite.....takat kecek klate tu meme terror ngat lah......

***************************************************

dalam Bahasa Melayu standard....

hehe...kesian pada awak...sampai confius jadinya....saya anak jati Terengganu kita....setakat bercakap kelantan tu...memang terror sangat lah..




Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

sabaqal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10403
Posting: 22
Dari: Kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-09-04 08:55


alaa...rileks la.jgn dok melatah.biasa la,pegi mana-mana pun mmg ramai org dengki ngan org2 kelantan ni.ye la,yg masuk univ pun kelantan.yg jadi tokoh korporat pun org kelantan.bukan nak mendabik dada atau bangga diri tapi itulah hakikatnya.joshua tu saje je sebenarnya ungkit pasal bahasa kelantan tapi aku rasa la,sure ada benda lain yg dia tak puas hati ngan org kelantan.hehehe..apa dia cakap,kata nak tumbuk budak kelantan tu??ingat penumbuk mu saje ke yg dikira,penumbuk org ni mu tak nak kira ke??cakap tu biarlah bertempat.sekadar cakap je buat apa.kata nak tumbuk,tumbuk je la.tengok apa yg akan berlaku seterusnya.hehehe.ingat diri hebat sgt ke.aku kalau org kutuk2 kelantan ni cukup pantang.tak nak pegi ke kelantan sudah la.kita org pun tak jemput langsung.dok diam2 kat negeri kau tu.jadi mcm katak di bawah tempurung.sorry for everthing.adioss..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sabaqalProfil   Hantar PM kepada sabaqal   Quote dan BalasQuote

khairoo84
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-09-04 09:07


saya memang dah agak benda pasti menyerang Malaysia... dulu kerajaan dengan bangga melaung-laungkan bahawa Malaysia bebas dari Selsema Burung... sekarang apa dah jadi? jangan terlalu bangga dengan nikmat sementara yang diberi oleh Allah......

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairoo84Profil   Hantar PM kepada khairoo84   Pergi ke khairoo84's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-09-04 10:47




sabaqal... sabor banyok2..jgn terlalu ikutkan perasaan tu... elok jadi kawan terus bermusuh plak....
JoshuaIsfahan... kalau nak marah pun jgnla lepas pada org lain... kenape nak gaduh2... bermusuhkan salah satu kegemaran dan kerja syaitan.... buat ape nak ikutkan perasaan marah tu... baiki budi bahasa tu.... banyakkan istifar.... kalau nak marah n kutuk org jugak, ana nasihatkan jgn posting.....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-09-04 10:56


Hmmm...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-09-04 11:22


p/s buat JoshuaIsfahan

umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai....

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 23-09-04 16:54


aik pasl benda macam ni pun boleh nak gaduh... dah kluar topik ni.....


bahasa apa2 pun ok cuma tolong jgn tulis bahasa kelantan dalam ni... rosak bahasa Melayu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-10-04 16:50


thanks Izham..heheh...

malas nak cakap..dulu team bola baling kelantan dtg johor,malam syak boleh tambah aktiviti bantai budak team perlis....baik punya perangai..dua tahun kelantan tak leh join MSSM Bola Baling....since that dah tau dah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-10-04 16:59


huyo, sampai nak gaduh. bleh join? cik sabaqal ni hebat sgt ke? jom test.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-11-04 17:30


assalamualaikum..

bakpo lah nok bergocoh pasal bahaso pulok nie...tok kisoh pung bahaso apo...bahaso klate ni uniq apo? kalu tok pehe.. blaja...tok saloh...ambo oghe perok tapi bule gak kece kelate nih!

alhamdulillah dah selesai kan kes selsema bueung..dlm tv ari tuh kate kelate bebas dr selsema burung...

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132551 saat. Lajunya....