Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 115
Ahli: 0
Jumlah: 115




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 6 hari yang lalu
Kang: 25 hari yang lalu
lidah-penghunus: 27 hari yang lalu
muslimin23: 35 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: makna kalimah ALLAH....


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» makna kalimah ALLAH....

Please Mendaftar To Post


Oleh makna kalimah ALLAH....

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-09-04 13:20



assalamualaikum..............

Allah – ialah lafadz Jalaalah (lafadz yang maha besar dan maha agung) iaitu nama zat Ilahi yang maha suci lagi maha mulia yang wajib ada selama-lamanya dan yang berhak memiliki ‘alam ini, dan juga yang layak menerima pujian dan sanjungan.

Nama-nama Allah yang baik (Asma’ul Husna) selain daripada lafadz “Allah†setiap nama menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu kepadaNya sahaja dan menjadi sifat bagi lafadz Jalaalah (lafadz Allah), di mana pada lafadz “Allah†itulah berhimpun nama-nama Allah yang baik (Asma’ul Husna), dan kepada lafadz “Allah†itu juga dikembalikan nama-nama Allah yang bakinya itu.

Lafadz “Allah†adalah bermakna: Yang disembah dengan sebenarnya ialah “Allah†yang mencipta makhluk di’alam dunia ini, di mana zat Allah SWT itu tidak dapat dicapai dan dikesan oleh pancaindera.
Firman Allah SWT:
“Ia (Allah) tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dialah yang amat halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi amat mendalam pengetahuanNya.â€
Surah Al-An’am:103

Tiada sesuatu pun yang wujud diberi nama dengan “Allahâ€, selain daripada Allah ‘azawajalla.
Firman Allah SWT:
“Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi serta yang ada di antara keduanya. Oleh itu engkau sembahlah akan dia dan bersabarlah dengan bertekun tetap dalam beribadah kepada-Nya. Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan sebanding dengan-Nya? (Adakah engkau ketahui daripada nama-Nya “Allah†selain daripada Allah).â€
Surah Maryam:65

Lafadz ‘Ilah†pula saling bahu membahu, iaitu sentiasa seiringan (tidak bercerai) dengan lafadz “Allahâ€. Ini merujuk kepada firman-firman Allah SWT:

1. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamaNya mentadbirkan (segala makhluk).â€
Surah Al-Baqarah:255

2. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Tuhan kamu ialah tuhan yang Maha Esa, tiada tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.â€
Surah Al-Baqarah:163

3. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah: ‘Aku tidak mengakuinya’ Katakanlah lagi:’Hanya sanya Dialah sahaja tuhan yang Maha Esa.â€
Surah Al-An’am:19

4. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan besertaNya (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain.â€
Surah Al-Mukminun:91

Orang-orang musyrikin menolak hakikat keesaan Tuhan. Oleh itu mereka sangat takjub kepada orang-orang Islam yang memperakui keesaan Tuhan. Ini dapat dirujuk seperti apa yang dikatakan oleh lidah mereka di dalam:

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Patutkah ia menafikan tuhan yang berbilang-bilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan.â€
Surah Shad:5

Pertentangan ini adalah kepada mengesakan Tuhan. Oleh yang demikian kalimah “Laa ilaaaha illallaah†adalah kalimah yang paling utama diucapkan dan merupakan asas keimanan seseorang Islam.

Kalimah “Laa ilaaaha illallaah†mempunyai beberapa nama, di antaranya:

1. Kalimah Tauhid iaitu kalimah syahadah: mengaku keesaan Allah SWT yang mengandungi makna “Laa ma’bud bihaqillallah†(Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah)

2. Kalimah Ikhlas: berdalilkan surah Al-Ikhlas

3. Kalimah Ihsan, firman Allah SWT yang bermaksud:
“Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan ‘amalannya baik, dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia (melihat zat Allah ‘azawajalla di dalam syurga).â€
Surah Yunus:26

4. Kalimah Haq. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan segala yang mereka sembah dan puja selain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafa’at pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah tuhan yang sebenar-benarnya secara mereka mengetahuinya (mengata kalimah Laa ilaaaha illallah) – bukan dengan kata-kata orang, maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafa’at itu.
Surah Al-Zukhruf:86

5. Da’wah Haq. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kuasa menerima ‘ibadah yang sebenar adalah tertentu bagi Allah sahaja, dan makhluk-makhluk yang disembah selain daripadanya, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatu apa pun kepada mereka.â€
Surah Ar-Ra’ad:14

6. Kalimah ‘Adil. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku ‘adil, dan berbuat kebaikan.â€
Surah An-Nahl:90

Ibnu ‘Abbas – kalimah Al-‘Adli (adil) itu merujuk kepada syahadah “Laa ilaaaha illallaahâ€.

7. At-Thoyyibi min Al-Qaul (Kata-kata yang baik). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik (kata-kata pujian dan kesyukuran kepada Allah dengan ucapan ‘Alhamdu lillah, Laa ilaaaha illallah’, serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang amat terpujiâ€
Surah Al-Hajj:24

8. Al-kalimah At-Thoyyibah (Kalimah yang baik). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.â€
Surah Ibrahim:24

9. Al-kalimah Ath-thaabitah (Kalimah yang tetap teguh). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat (kalimah tauhid – kalimah Laa ilaaaha illallah).â€
Surah Ibrahim:27

10. Kalimah At-Taqwa (Kalimah yang tetap berpegang kepada taqwa). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah meminta mereka berpegang kepada ‘kalimah taqwa’ sedang mereka di sisi Allah adalah orang-orang yang sangat berhak dengan ‘kalimah taqwa’ itu serta menjadi ahlinya.â€
Surah Al-Fath:26

Kalimah taqwa adalah kalimah yang memelihara dan menyelamatkan seseorang dari azab dan mudharat di dunia dan akhirat. Semulia-mulia kalimah taqwa ialah “Laa ilaaaha ilallah, Muhammadur Rasulullahâ€, kerana sesiapa yang berpegang dengan kalimah ini, dia akan sentiasa mematuhi suruhan Allah dan rasulNya.

11. Al-Kalimah Al-Baqiyah (Kalimah yang tetap kekal). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid (kalimah Laa ilaaaha illallaah) itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik).
Surah Az-Zukhruf:28

12. Kalimah Allah Al-‘ulya (Kalimah Allah yang tinggi). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Allah ‘azawajalla menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tinggi selama-lamanya.â€
Surah At-Tawbah:40

13. Almathalul ‘alaa (Sifat yang tinggi). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan bagi Allah jualah sifat yang tertinggi, dan dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana, (kerana Allah Maha Kaya), tidak berhajat kepada pertolongan dan kepada sesuatu pun, Maha Sempurna dan Maha Suci dari sifat-sifat kekurangan.â€
Surah An-Nahl:60

14. Kalimah As-sawa’ (Kalimah yang bersamaan). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai ahli kitab! Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun, dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain, untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah.â€
Surah Ali ‘Imran:64

15. Kalimah An-Najah (Kalimah yang membawa keselamatan). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukanNya dengan sesuatu apa jua pun, dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syari’atNya).â€
Surah An-Nisaa’:116

16. Kalimah Al-‘ahda (Kalimah yang mengikat perjanjian). Firman Allah yang bermaksud:
“Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafa’at, kecuali orang yang telah mengikut perjanjian (dengan iman dan ‘amal yang soleh).â€
Surah Maryam:87

17. Kalimah Al-Astaqamah (Kalimah yang tetap teguh). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudia mereka tetap teguh di atas jalan yang betul.â€
Surah Fusshilat:30

18. Al-Qaul Al-sadid (Perkataan yang tepat). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat-benar (dalam segala perkara).â€
Surah Al-Ahzab:70

19. Al-Bir (Perkara kebajikan). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah.â€
Surah Al-Baqarah:177

20. Ad-Dinul Khalish (Per’ibadatan yang bersih). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)â€
Surah Az-Zumar:3

Ad-Dinul Khalish adalah merujuk kepada kalimah “Laa ilaaaha illallaahâ€

21. As-Shiratul Mustaqim (Jalan yang lurus – Agama Islam). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk (dengan Al-Quran itu) ke jalan yang lurus – iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.â€
Surah Asy-Syura:52,53

22. Al-‘Urwatil Wuthqa (Simpulan tali agama yang teguh). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidak percayakan ‘thogut’ (syaitan, berhala dan apa sahaja yang menyesatkan atau melampaui batas), dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus.â€
Surah Al-Baqarah:256

23. Kalimatul Shiddiq (membawa kebenaran). Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan nyatalah bahawa yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta ia dan pengikut-pengikutnya mengakui bebenarannya (dengan mematuhi hukum itu) mereka itulah orang-orang yang taqwa.â€
Surah Az-Zumar:33

Nama-nama kalimah “Laa ilaaaha illallaah†sebagaimana yang telah dinyatakan mempunyai hubungan dengan keimanan seseorang terhadap Allah SWT, kesemua nama-nama tersebut membawa pengertian “Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allahâ€




Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

virtualmovement
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7206
Posting: 141
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-10-04 22:26




Bookmark and Share

    


  Member Information For virtualmovementProfil   Hantar PM kepada virtualmovement   Pergi ke virtualmovement's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094206 saat. Lajunya....