Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 126
Ahli: 0
Jumlah: 126




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: Tidur tidak menggemukkan?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Tidur tidak menggemukkan?

Please Mendaftar To Post


Oleh Tidur tidak menggemukkan?

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 10:56


Tidur tidak menggemukkan?

Tidur ternyata bukan hanya dapat merehatkan tubuh dan fikiran, tetapi
juga dikatakan berkesan untuk menurunkan berat badan. Barangkali anda
jarang mendengar kenyataan ini, bukan. Kebiasaannya, kata orang, tidur
boleh menggemukkan badan. Tetapi inilah hasil kajian ahli akademik di
America’s Sleep Disorders Centre, Universiti Emory. Kajian itu mendapati
bahawa binatang dan manusia yang mengalami pengurangan jam tidur akan
mempunyai nafsu makan yang tinggi. Akibatnya, mereka akan makan lebih
banyak. Akhirnya berat badan pun akan naik secara mendadak.


Memang ketika terjaga mereka menggunakan sejumlah kalori. Namun, kurang
tidur membuat mereka makan lebih banyak, sehingga kalori yang masuk
lebih besar daripada yang jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Kerana itu,
kalau hendak menurunkan berat badan, pastikan anda mengambil berat waktu
tidur. Tetapi, jangan sampai berlebihan tidur pula kerana anda akan
berasa lesu. Sehingga kini, para pengkaji belum mengetahui penyebab yang
jelas meningkatnya nafsu makan tersebut.

Namun ada pendapat yang mengatakan bahawa pengurangan waktu tidur akan
menjadikan suhu tubuh semakin berkurang. Dan untuk mendapatkan kalori
agar suhu tubuh tetap terjaga, maka perlulah mengambil lebih banyak
makanan. Teori lain mengatakan, kita akan terjaga lebih lama untuk
menonton televisyen. Dan ketika menonton pula, orang suka mengunyah
sesuatu seperti snek, kek, kuih, atau keropok. Anda masih boleh
mengunyah. Gantikan saja dengan buah-buahan atau salad. Lebih enak dan
berkhasiat.


Bila makan dan bila bersenam?



Sebelum menggerakkan kenderaan, misalnya kereta, anda perlu memanaskan
enjin terlebih dahulu. Begitu jugalah dengan tubuh anda. Bahan bakar
atau makanan yang tepat pada saat yang tepat akan meningkatkan mutu
senaman anda. Kalau bersenam sebelah pagi jamahlah sarapan terlebih
dahulu. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum bersukan. Jaga agar
jumlahnya tidak terlalu banyak. Misalnya, buah atau jus buah dan roti
tawar. Sarapan akan melengkapi simpanan glikogen pada malam hari untuk
menjaga kadar gula darah tetap normal. Dengan mengambil sarapan juga,
dapat membantu mencegah keletihan ketika bersukan.

Kalau bersenam sebelah petang, satu jam sebelum bersukan, isi perut anda
dengan makanan ringan seperti beberapa potong biskut dengan keju rendah
lemak, setengah potong roti lapis, yogurt, atau sepotong buah. Jika anda
gemar bersenam sebelah malam pula, susun masa makan malam. Makan satu
atau dua jam sebelum bersenam. Hindarkan makanan yang tinggi lemak.
Makanan yang mempunyai kandungan lemak tinggi mengambil masa yang lama
untuk dicernakan. Anda juga boleh makan pada sebelah petang.

Kalau gila bersenam iaitu anda memang gemar bersenam dan lebih sekali
dalam sehari, jaga kadar glikogen dalam darah dengan mengambil
karbohidrat setengah jam sebelum bersenam. Makanan tersebut harus
mengandungi satu gram karbohidrat bagi setiap kilogram berat badan anda.
Contohnya, jika berat anda 50 kg, kandungan karbohidrat yang perlu
diambil ialah 50 gram. Segelas susu rendah lemak dicampurkan dengan
bijirin sarapan merupakan pilihan terbaik.


Berkenalan dengan tubuh sendiri



Tahukah anda bahawa seiring dengan bertambahnya usia, tubuh kita pun
mengalami “kemunduran”. Dengan mempelajari proses semula jadi tubuh,
anda akan lebih memahami tubuh sendiri. Menjaga kesihatan perlu
berterusan untuk menjamin kesihatan badan. Mungkin masih ramai antara
anda yang tidak begitu pasti dengan fungsi setiap anggota badan. Mari
kita berkenalan dengan tubuh sendiri dan cara menjaganya.



1. Otak dan Saraf
Antara usia 30 hingga 90 tahun, otak mengalami penyusutan sekitar 10
peratus. Neuron (sel saraf) pun menjadi lemah. Kemampuan memproses data
mungkin berkurangan. Namun, kemampuan berbahasa dan tumpuan tidak
terjejas. Pelihara kesihatan mental untuk mengekalkan ketajamannya.
Tekanan, gangguan pada pembuluh darah, dan kesan ubat-ubatan juga
menjadi penyebab hilangnya memori daripada otak.



2. Mata
Semakin berusia, otot-otot yang mengendalikan gerakan mata mula lemah
untuk melihat benda-benda dekat. Itulah sebabnya, golongan tua selalunya
mengalami rabun dekat. Kerana itu, banyakkan makan sayur-sayuran berdaun
hijau untuk mencegah gangguan mata akibat penuaan. Selain itu, lakukan
pemeriksaan mata secara berkala.



3. Telinga
Apabila usia semakin meningkat, dinding liang telinga semakin menipis
dan kering. Pada usia pertengahan 50-an, pendengaran seseorang masih
baik, tetapi akan berkurangan sekitar 25 peratus antara usia 60 dan 80
tahun. Oleh sebab itu, hindari kebisingan melampau atau bunyi yang
terlampau kuat.



4. Gigi
Enamel gigi menjadi lebih rapuh. Ia mudah retak dan gusi longgar. Kerana
itu, dari sekarang jagalah kebersihan dan kesihatan gigi. Lakukan
pemeriksaan di klinik. Makan makanan yang boleh menguatkan gusi dan gigi
anda.


Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 11-09-04 19:28



Kegemaran ana memang suka tidur,kalu tak da nak buat apa-apa.....
Suatu nikmat...semasa hidup...




Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 12-09-04 11:09


isk..
best ni..
roomate org sgtler suka tido..

Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 19:40


bolehlah teruskan hobi

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

z_tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 2309
Posting: 155
Dari: shah alam

Selangor  


posticon Posting pada: 12-09-04 22:13


assalamualaikum...

mmg best ar bg org yg suke tido....ana ni jarang plah nk tido..kalo letih sesangat baru ar tido time siang, kalo tk waktu mlm jelah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For z_tornadoProfil   Hantar PM kepada z_tornado   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 22:35


musim sejuk dah nak masuk...jadi sedap tidur waktu tu..eheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 23:47


Akademi Fantasia berjaya melalaikan jutaan kaum Melayu dari solat Maghrib dan Isya, duduk depan TV berjam jam, dah letih tgk konsert , terus masuk tidur....

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

amier_hafizun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.06.2004
Ahli No: 9614
Posting: 43
Dari: KuKuM..Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 12:07


bila baca artikel ni jgn lak asyik tdo je... tidur secukupnya udahler.. nasihat ikhls nie..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amier_hafizunProfil   Hantar PM kepada amier_hafizun   Pergi ke amier_hafizun's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 13:57


ana kalau terlalu letih atau penat susah nak tidor...
kalau banyak tidor lagila badan terasa letih...


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106489 saat. Lajunya....