Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 151
Ahli: 0
Jumlah: 151




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Suara Hatiku
Topik: berkahwin dgn org yang minat kita @kita yang minat dia ?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» berkahwin dgn org yang minat kita @kita yang minat dia ?

Please Mendaftar To Post


Oleh berkahwin dgn org yang minat kita @kita yang minat dia ?

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-08-04 15:18




Apa pendapat sahabat semua tentang pendapat yang mengatakan "kalau nak mencari jodoh utk buat isteri atau suami, carilah orang yang hendak pada kita, orang yg sayang pada kita...kerana dia akan menjaga kita berbanding kita yang ngada-ngada nak kat orang tuu..sedangkan orang tuu tak minat kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

fatin_tulip
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.03.2004
Ahli No: 7654
Posting: 93
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-08-04 15:25




mmg betul cari org yg syg kiter..
lebih senang jaga hati org yg syg kiter drpd kiter syg dia..

tp kan..mcmana kita nk ikhlaskan diri trima org tu..sedangkan kiter xde perasaan apa2..?!!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin_tulipProfil   Hantar PM kepada fatin_tulip   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-08-04 15:27


jodoh tak ke mana...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

fatin_tulip
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.03.2004
Ahli No: 7654
Posting: 93
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-08-04 15:30


wahai shabat_ingatan...
mmg jodoh x kemana..
tp tahu ker..yg mana satu jodoh kiter
yg exact..?!!

so susah jugak kan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin_tulipProfil   Hantar PM kepada fatin_tulip   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 28-08-04 16:32


senang2 bagi jer mak bapak pilih.arrange marriage la..lagi senang..dapat berkat ibu bapa lak tu.Insya Allah bahagia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

Isnaini
Warga Rasmi
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10678
Posting: 1
Dari: Langkawi

Kedah  


posticon Posting pada: 28-08-04 19:01


Bagi diri saya, saya berserah pada Allah segala-galaNya, moga-moga mendapat jodah yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. Setakat ini saya akan memilih siapa yang terlebih dahulu datang melamar dan memiliki ciri-ciri suami yang 'mendidik' dia lah yang akan saya pilih. InsyaAllah dialah yang terbaik untuk saya. Tak semestinya orang yang kita minat, minat pada kita dan belum tentu dia adalah jodoh kita begitu juga sebaliknya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For IsnainiProfil   Hantar PM kepada Isnaini   Quote dan BalasQuote

Mutiara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10684
Posting: 47
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-08-04 23:54



Tahniah saya ucapkan kepada anda - anda yang menyerahkan kepada takdir atau ketentuan ilahi,tak lupa juga kepada yang menyerahkan urusan ini kepada ibu bapa. Tapi jangan lupa untuk berdoa dan mengubah diri sendiri. Allah meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya. Kalau kita mengharapkan sesuatu yang baik, hisablah diri kita agar ia setimpal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MutiaraProfil   Hantar PM kepada Mutiara   Quote dan BalasQuote

annafira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.06.2004
Ahli No: 9407
Posting: 204
Dari: Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 29-08-04 00:35



pendapat saya: tak salah kalau mencari, tapi biarlah yg sejati..maklumla, cinta sejati takder label
apa2 pun , lelaki yg baik utk wanita yg baik, begitu juga sebaliknya..so, sila check diri sendiri dulu..

-----------------
~*Jika kau mengejar dunia, akhirat akan lari darimu.Tetapi jika kau mengejar akhirat, dunia akan mengejarmu*~

Bookmark and Share

    


  Member Information For annafiraProfil   Hantar PM kepada annafira   Pergi ke annafira's Website   Quote dan BalasQuote

jaidan
Warga Rasmi
Menyertai: 05.03.2004
Ahli No: 7772
Posting: 1
Dari: kl

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-08-04 15:08


berkahwin dgn orang yg minat kita atau kita minat dia???

jawapannya: yg paling terbaik, berkahwinlah dgn orang yg 'MINAT' pada ALLAH
insyaALLAh, itu lebih diberkati,

kalau laki nak pilih pompuan, ada 4 ciri kan??keturunan, kecantikan, harta dan paling terbaik AGAMAnya, kan??

tapi kalau pompuan camner lak kan???seorang pompuan datang jmpa SAIDINA ali dan tanya soalan tu...maka ALI pun menjawab:

bagi seorang perempuan cukuplah dgn satu ciri sahaja iaitu...pilihlah lelaki yg bertaqwa pada ALLAh kerana
bila dia bertaqwa pada ALLAh, jika dia tak sayang pada kamu sekali pun, dia tidak akan sekali kali memukul kamu kerana takutnya dia pada ALLAH, mengertinya dia bahawa isterinya itu adalah amanah daripa da ALLAh yg akan disoal balik di padang mahsyar..

so, berkahwinlah dgn lelaki yg MINAT pd ALLAh dan doalah ke arah itu, moga kita semua mendapat jodoh yg terbaik dan diberkati ALLAh

allahu a'lam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jaidanProfil   Hantar PM kepada jaidan   Quote dan BalasQuote

zeikiyya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.08.2004
Ahli No: 10442
Posting: 40
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-09-04 23:02


pilih yang CINTA KEPADA ALLAH MELEBIHI SEGALANYA..... INSYA ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zeikiyyaProfil   Hantar PM kepada zeikiyya   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-09-04 10:51


lebih menarik kalau bersama org yg bencikan kita. kalau org tu dah sayangkan kita, tak ke nanti rumah tangga jadi hambar je. takde gaduh2. bosannya hidup camtu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 05-09-04 11:03



kedua-dua teori boleh pakai........
Yang penting diminat kita...
kita pun minat kat dia....

Takkan dia minat kat kita tapi kita tak minat kat dia..
Kita minat kat dia..tapi dia pula tak minat kat kita..

Lama-lama jadi gila bayang...




Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 11:12


assalamualaikum...

emm...ada juga sama2 minat antara satu sama lain...bila tiba masanya,tiba2 si dia memutuskan hubungan..alasannya terpaksa ikut pilihan keluarga...

macam mana tu?
emm...kalau boleh,biarlah Allah sahaja yg tentukan...
kalu dah jodoh tak ke mana..tak gitu?




Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-09-04 11:25


sesejuksalju, kalau biar Allah saja tentukan, maknanya kita tak usaha.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

ummu_sulaim04
Warga Rasmi
Menyertai: 02.09.2004
Ahli No: 10875
Posting: 7
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 05-09-04 14:10


......

JODOH,AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN.... JGN BERHARAP YANG ISTIMEWA AKAN DATANG KEPADA KITA JIKA KITA TIDAK MENJADIKAN DIRI KITA ISTIMEWA..... LELAKI YANG BAIK ADALAH UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK.... YAKINLAH DENGAN ALLAH.... SESUNGGUHNYA APA YANG TERJADI SEMUA DI BAWAH PENGETAHUAN NYA...

WALLAHUA'LAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_sulaim04Profil   Hantar PM kepada ummu_sulaim04   Quote dan BalasQuote

ummu_sulaim04
Warga Rasmi
Menyertai: 02.09.2004
Ahli No: 10875
Posting: 7
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 05-09-04 14:11


......

JODOH,AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN.... JGN BERHARAP YANG ISTIMEWA AKAN DATANG KEPADA KITA JIKA KITA TIDAK MENJADIKAN DIRI KITA ISTIMEWA..... LELAKI YANG BAIK ADALAH UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK.... YAKINLAH DENGAN ALLAH.... SESUNGGUHNYA APA YANG TERJADI SEMUA DI BAWAH PENGETAHUAN NYA...

WALLAHUA'LAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_sulaim04Profil   Hantar PM kepada ummu_sulaim04   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 14:47


Dalam apa-apa jua urusan pun kita mesti berusaha bukannya menyerahkan kepada ketentuan-Nya semata-mata, tanpa usaha macammana nak tercapai impian...macam tu juga kahwin, carilah dan berkahwinlah dgn orang yg cinta dan setia pada ALLAH itulah yang terbaik. "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan".

Merujuk pandangan dari majidah ' senang2 bagi jer mak bapak pilih.arrange marriage la..lagi senang..dapat berkat ibu bapa lak tu.Insya Allah bahagia'. Ana bersependapat dengan majidah, kedua orangtua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Calon mestilah berlandaskan ajaran Islam. Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.


-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 05-09-04 14:59


Quote:
kalau nak mencari jodoh utk buat isteri atau suami, carilah orang yang hendak pada kita, orang yg sayang pada kita...





mak saya pon selalu pesan cam tu.. kata org tua2 ni selalu ader betul nyer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

faizbukharyy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 15
Posting: 179
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 15:12


asssalamualaikum ....

fikirkan apa yg kita boleh beri kpd pasangan dan jgn kita terlalu pikirkan apa yg kita leh dpt dr pasangan ...

renung -renunglah.muhasabah diri

wsalam ...



Bookmark and Share

    


  Member Information For faizbukharyyProfil   Hantar PM kepada faizbukharyy   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 06-09-04 16:23


...

Soal jodoh nie memang cukup sukar nak dihuraikan...ia juga salah satu dr ujian Allah buat kita hamba-Nya. Ada insan dikurniakan jodoh yg baik dan ada pula sebaliknya...ada pula dikurniakan cepat dan ada juga lambat... Ada yg kekal keakhir hayat dan ada pula putus ditengah jalan.....cuma apa yg mampu kita lakukan yakinlah dengan apa yg kita hadapi dan miliki itu lah yg terbaik buat kita.... Sesungguhnya Allah tidak akan menduga kita keatas sesuatu yg kita tidak mampu hadapi....

Waallahhualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-09-04 16:40


assalamualaikum...

emm...ada juga sama2 minat antara satu sama lain...bila tiba masanya,tiba2 si dia memutuskan hubungan..alasannya terpaksa ikut pilihan keluarga...

sounds like mcm hindi movies....pastu main tembak tembak sesama sendiri sampai anak dah masuk gaung baru parents restu..tak tragis ke gitu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

sufi_anis
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.02.2004
Ahli No: 7365
Posting: 36
Dari: KingDOm Of Far Far Away

Melaka  


posticon Posting pada: 06-09-04 17:16



Berserah pada Nya...berusaha ...bg muslimat sy rasa...lebih baik berusaha menjadi muslimat solehah...usaha perbaiki diri, persiapkan diri tuk jadik isteri solehah...Insyaallah...Allah dah janji kan...Perempaun baik tuk Lelaki yang baik...

Bagi muslimin pon macam tu jugak...perbaiki diri jadi muslimin soleh, persiapkan dri tuk jadi suami soleh...janji Allah itu benar kan..

Itula pesan Ustaz sy...bukan terbalik kot...carik dl baru nak baiki diri...xdapat le...

-----------------
~bulan sabit munculkan diri mengingatkan bumi agar menegur insan yang meremehkan~

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufi_anisProfil   Hantar PM kepada sufi_anis   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 18:46




baru td kwn sy ckp, ade bbrp pkr yg xperlu kite usaha bersungguh2:
1)jodoh
2)rezeki
3)ajal&maut

sumenye ALLAH dah tentukan...kite kene usaha tp jgn tlalu pk..yg penting kite kene pk camane nak mujahadah spy sentiase ingat ALLAH swt.
wallahua'lam bissowab.


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 20:07




ana bersependapat dengan saudara itsjustme...
tapikan dalam forom ini lebih baik kite minta pendapat daripada Ummi kite iaitu Ummimq.... Ummi...tolongla bagi pendapat kerna ummi lebih berpengalaman dari kami semua...lagi pun kami ni anakanda ummikan????


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

fatihah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2003
Ahli No: 1834
Posting: 18

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 17:13


...
tapi ana konfius le.........kalau semua nak tunggu orang sayang kite, siapa yang nak mulakan sayang kite dahulu. betui dok.
salah ke kalau kita yang mula menyangi dahulu
tapi apa-apa pun ketentuannya serahkan kepada yang maha kuasa. kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukannya.
wallahualam.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatihahProfil   Hantar PM kepada fatihah   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 18:05


semua dah nak kawin ke? hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

hakima
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11033
Posting: 41
Dari: BUMI ALLAH

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 10-09-04 21:38


............
Salam Ukhwah...
apa-apa pun, ana rasa jodoh tu memang di tangan ALLAH TETAPI, ia hendaklah disusuli dengan doa. bagaimana kalau ada yang minat dengan kita, tetapi dia adalah seorang yang tidak 'sesuai' dengan kita. adakah kita perlu membalas minat dia, hanya kerana kita perlukan kasih drpd seseorang, tanpa kita yang dulu meminati seseorang yang lain?

kalau ada silap tegurlah, kerana sebaik-baik sahabat adalah org yg menegur kesilapan sahabatnya dan bukannya yg membiarkan sahabatnya hanyut tanpa bimbingan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimaProfil   Hantar PM kepada hakima   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 10-09-04 23:29


Kita berusaha, Allah yang menetukan. Kalau kita bercinta kerana mengharap yang kita hendak menjaga kehormatan diri agar tidak mengacau orang lain dan setia padanya. Insyaallah, Allah akan beri..... Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-09-04 23:34


makin hangat nampaknye topik ni..bagi ana la usaha dulu cari yang terbaik..da best la..pastu buat istikharah..kalau memeng jodoh tu..kawin je la..tak kisahla..kita suker dia atau vice versa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 10:12


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah menurut pengalaman umi yang penting ialah keikhlasan kita untuk membina sebuah rumahtangga yang sempurna (saling berkasih sayang, hormat menghormati, melahirkan zuriat yang soleh dan solehah disamping kedua belah keluarga merestui perkawinan tersebut). Dan untuk mencapai semua itu memerlukan kepada kesabaran, ketabahan dan juga ilmu.

Sememangnya jodoh, ajal maut dan rezeki telah ditentukan tetapi kita kenalah berusaha sepertimana ada anak-anak sebut sebelum ini. Cuma usaha kita kenalah syarak bukannya ikut nafsu dan akal saja.

Anak-anak peringkat remaja perlukan bantuan kedua ibu bapa dan juga mereka yang lebih arif dalam bab perkawinan ini. Maka perlu pada meminta nasihat dari mereka serta jangan lupa istikhorah terus sehinggalah selesai bernikah. Itulah jodoh kita. Dan kriteria untuk sampai ke tahap jodoh tu mestilah saling minat meminati cuma tahap perbandingan ialah bila antara ramai-ramai yang meminati kita siapa yang paling kita minat ... kita terimalah. Dan antara ramai-ramai yang kita minat dan menampakkan minat juga pada kita ... kita terimalah.

Usahlah risau ya wahai anak-anak remaja umi di sini sesungguhnya jodohmu adalah amanah. Dan terimalah amanah itu dengan penuh tanggungjawab serta sabar dan tabah. Allah beserta orang-orang yang sabar dan jadikan solat sebagai temannya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - kuatnya seru syed riyas ya . anakanda joshua pula minat cerita hindustan ke? anyway take care all . kirim salam assalamu'alaikum wr wb kepada keluarga anak-anak dari ummimq ya.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

dalila2501
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3466
Posting: 193
Dari: sungai buloh

Selangor  


posticon Posting pada: 11-09-04 11:34



Berkahwin dgn orang yang minat kita @ kita yang minat dia. Bagi pendapat dalila, baik kahwin dengan orang yang kita minat dan orang tu juga minat dekat kita. Tapi jangan sampai berkahwin kerana perasaan sahaja.
Kita mesti tahu hati budinya yang sebenar-benarnya. Jangan la pilih orang yang cuma pura-pura baik kat depan sahaja tapi dekat belakang, hannya tuhan sahaja yang tahu kan?
Kalau nak tahu orang tu benar-benar ikhlas, dia takkan sembunyikan kelemahan dirinya kat depan kita. Dia nak kita memahami dirinya yang sebenarnya. Jangan la pilih orang yang suka sangat bertopeng, ok?


Bookmark and Share

    


  Member Information For dalila2501Profil   Hantar PM kepada dalila2501   Quote dan BalasQuote

fatasha
Warga Rasmi
Menyertai: 02.01.2004
Ahli No: 6175
Posting: 14
Dari: malaysia

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 17:50



saya stuju kalau kita kahwin dengan orang yang cinta pada kita. Kita dah tau yang dia cintakan kita so, kita just cuba blajar untuk menerima dia.
pape pon kita kena slalu berdoa agar Allah memberi kita jodoh yang sesuai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatashaProfil   Hantar PM kepada fatasha   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 19:20


bagi saya,baik kawin dgn org yang minat kat kita dan kita minat kat dia.kalau kita je yang minat kat dia,camana nak kawin?takkan kita nak paksa dia kawin ngan kita kot,tu dah jadi kes paksa rela
apa2 pun,tersearhlah pada ALLAH kerana Dia yang mengaturkan semuanya.kadang2 jodoh dah ada depan mata tapi kita tak nampak kan?
kalau susah sangat suruh je parent carikan,abis citer

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 18:30


perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan sebaliknye...

kalau nak memiliki hati seseorang mintalah pada PEMILIKNYA...insyaAllah kalo tal dpt di dunia..mungkin berjumpe di akhirat sane...

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

fiziana
Warga Rasmi
Menyertai: 05.08.2004
Ahli No: 10491
Posting: 2
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 22:36


bak kata orang cintakan bunga ,bunga akan layu
cintakan manusia,manusia akan mati CINTAKAN ALLAH AKAN KEKAL SELAMANYA
dan jodoh pertemuan semuanya ditangan tuhan kita hanya merancang tuhan yang menentukan segalanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizianaProfil   Hantar PM kepada fiziana   Quote dan BalasQuote

diana_alisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10220
Posting: 112
Dari: Taiping Mali

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-09-04 09:56


bercinta dengan orang yang lebih sayangkan kita memang bahagia...Kita tak payah cari orang tue..tapi orang tue akan sentiase nak dekat ngan kite..
tapi cinta kene balancelah barulah bahagia..kalau orang ni lebih, lagi satu tue buat dono je..takleh gak...
pandai2 lah korang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_alisyahProfil   Hantar PM kepada diana_alisyah   Quote dan BalasQuote

Hubb_qilaf
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2003
Ahli No: 1762
Posting: 39
Dari: USM Health Campus

turkey  


posticon Posting pada: 04-11-04 13:08


Quote:

On 2004-08-29 15:08, jaidan wrote:
kalau laki nak pilih pompuan, ada 4 ciri kan??keturunan, kecantikan, harta dan paling terbaik AGAMAnya, kan??

tapi kalau pompuan camner lak kan???seorang pompuan datang jmpa SAIDINA ali dan tanya soalan tu...maka ALI pun menjawab:

bagi seorang perempuan cukuplah dgn satu ciri sahaja iaitu...pilihlah lelaki yg bertaqwa pada ALLAh kerana
bila dia bertaqwa pada ALLAh, jika dia tak sayang pada kamu sekali pun, dia tidak akan sekali kali memukul kamu kerana takutnya dia pada ALLAH, mengertinya dia bahawa isterinya itu adalah amanah daripa da ALLAh yg akan disoal balik di padang mahsyar..

so, berkahwinlah dgn lelaki yg MINAT pd ALLAh dan doalah ke arah itu, moga kita semua mendapat jodoh yg terbaik dan diberkati ALLAh




betul tu..saya bersetuju sangat dengan pendapat akh jaidan...minat bukan lah satu ukuran yang aula perlu kita titik beratkan..kalau dia minat kita sahaja tapi agamanya, akhlaknya tidak elok...bukankah kita juga yang akan menyesal..? yang paling penting taqwa kepada Allah...kasih sayang boleh dipupuk bukan..?yang penting, mahu atau tidak..jika seseorg tu dh ditetapkan untuk kita, terimalah dia seadanya walau kita tiada perasaan cinta pdnya...itulah yang terbaik telah Allah tentukan..tujuan berumahtangga bukan sekadar untuk memuaskan hawa nafsu tetapi ia lebih besar dari itu, biarlah pasangan kita itu sama matlamat, fikrah dan tujuannya..iaitu menjadikan perkahwinan sebagai satu wasilah untuk mencari keredhaan Allah...bila masing-masing ada niat yang sama, maka minat, cinta, sayang ,kasih itu boleh ditanam dengan elok dan tumbuh dengan mekar..

Walau sedalam mana kau menyintaiku, namun tiada cintaku padamu andai kau tiada mencintai pengurnia cinta itu...



-----------------
Solehah woman smiles in trouble,
Gather strength from doa,
And grow brave by istighfar and solat,
Her great love is only for Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hubb_qilafProfil   Hantar PM kepada Hubb_qilaf   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-11-04 15:29




Haa.. rasenyer kata umi tue ade betulnya gak..mayb pengalaman mengajar kita kan umi???ehehehe..xkira la kita minat die ke die minat kita ke...yg penting sama2 minat pada Allah..kalo sorang je menyeru kearah kebaikan..yg pasangan kita tu xabih2 dok menyeru kearah keburukan ..cam ne nak bahgia yek..kalo leh dgr kata ok la lagi..ni plak jenis yg keras kepala..aduss payah2...org jenis camnie..so minat je xcukup utk kita mengukur org tue bleh diterima ke tak....wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hayatul
Warga Rasmi
Menyertai: 29.10.2004
Ahli No: 12178
Posting: 9
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 08-12-04 22:23


pertama kita mestila berusaha dulu...
leps 2 serahkan padaNYA yg lebih mengetahui..

sesunguhnya DIA lebih mengetahui

Bookmark and Share

    


  Member Information For hayatulProfil   Hantar PM kepada hayatul   Quote dan BalasQuote

nurse_intan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2004
Ahli No: 11770
Posting: 125

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-12-04 22:44



zaman skrg ni kbnykn org lebih suka pilih pasangan sendiri. so kalo dah pilih sendiri, pandai2 la. takkan nak pilih org yg kite x kenal. of course kite nak org yg syg, memahami dan blh membimbing kite dunia dan akhirat. pape hal semua tu terpulang pd individu. sekadar pandangan, maaf kalo tersalah kata..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurse_intanProfil   Hantar PM kepada nurse_intan   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 22:41




dua-dua tak perlu.

kalau setakat minat, lama-lama minat tu akan hilang. then mulalah nak berpisah...mcm kebanyakan kes artis di malaysia skrg ni.

kalau kahwin kerana rasa kahwin sebagai satu amanah Allah kepada lelaki, maka itulah yg sebaiknya.
Maknanya apabila si lelaki mengaggap isteri sebagai amanah Allah utknya, sudah pasti dia akan cuba sedaya upaya utk tegakkan agama dlm rumah tangga yang dibinanya.

Kahwinlah atas dasar agama.

TQ.

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 22-04-05 22:44




Quote:
kalau kahwin kerana rasa kahwin sebagai satu amanah Allah kepada lelaki, maka itulah yg sebaiknya.
Maknanya apabila si lelaki mengaggap isteri sebagai amanah Allah utknya, sudah pasti dia akan cuba sedaya upaya utk tegakkan agama dlm rumah tangga yang dibinanya.

Kahwinlah atas dasar agama.




satu nasihat yg baik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.164944 saat. Lajunya....