Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 132
Ahli: 0
Jumlah: 132




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 9 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu
lidah-penghunus: 30 hari yang lalu
muslimin23: 38 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Poll Results




Bila target anda untuk menunaikan Haji

Umur 15 -- 20 tahun0 % 0.81 % (5)
Umur 20 -- 30 tahun18 % 18.90 % (117)
Umur 30 -- 40 tahun19 % 19.22 % (119)
Umur 40 -- 50 tahun4 % 4.04 % (25)
Umur 50 -- 100 tahun0 % 0.65 % (4)
Sebaik saja berkemampuan37 % 37.32 % (231)
Sudah mula mengumpul wang3 % 3.88 % (24)
Sudah mula belajar tentang Haji0 % 0.81 % (5)
Sudah menanamkan azam dan cita29 % 9.69 % (60)
Sudah menunaikan Haji2 % 2.75 % (17)
Tak pernah merancang1 % 1.94 % (12)

Jumlah Undian: 619
Hanya 1 undian sehari!

[ Tempat Mengundi | Survey Lain ]


"Bila target anda untuk menunaikan Haji" | Login/Mendaftar | 7 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Bila target anda untuk menunaikan Haji
oleh Ameen pada Jumaat, 02 Disember 2005 @ 11:03:53
(Info AHLI)
Assalamualaikum...Ameen ingin memberi pendapat.
Ameen rasa bagi setiap Manusia yang beragama Islam perlu merancang untuk menunaikan Haji kerana menunaikan haji ialah tuntutan Islam dan ia adalah rukun Islam yang Ke-5,
jadi sesiapa yang belum merancang untuk menunaikan Haji perlulah merancang....Insyallah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Bila target anda untuk menunaikan Haji
oleh MohdHanafi pada Jumaat, 02 Disember 2005 @ 22:03:02
(Info AHLI) http://naimppkk.blogspot.com/
Fenomena seperti ini, menunjukkan ramai di antara kita yang tidak meletakkan matlamat dalam bentuk yang solid, diskrit pada masa. Mereka lebih gemar meletakkan garis panduan target yang samar-samar, tidak pasti bilakah waktu yang ideal untuk mencapai perkara tersebut. Membuat perancangan untuk menunaikan sesuatu perkara (lebih-lebih lagi yang melibatkan wang), haruslah mengikut jangkaan-jangkaan di 'luar' batas kemampuan segera. 'Luar' itu maknanya memerlukan nafas panjang dengan perancangan yang strategik, mengambil masa terkumpul yang lama dan panjang. Sikap manusia yang gopoh-gapah banyak merugikan. Jika hari ini, berniaga pulangan keuntungan yang berlipat kali ganda diharap diperoleh seawal setahun umur perniagaan. Akibatnya ramai peniaga yang gagal menerima keuntungan dalam margin yang kecil, sehingga melupakan lima tahun akan datang keuntungan yang besar itu mampu dicapai.

Justeru, kita perlu mendidik diri untuk menerima yang sedikit. Berdikit-dikit dengan sesuatu kebaikan, akhirnya bak kata orang, pasir halus yang disusun dalam acuan konkrit mampu berdiri dengan gah menjadi sebuah bangunan yang kukuh. Ibadah haji yang ditunaikan dan akan ditunaikan memerlukan wang yang banyak. Dalam merencang, apakah tabungan yang telah dibuat secara berkala dan istiqmah yang telah dibuat? Saya telah mengkaji perkara ini, ketika belajar saya menabung RM50 sebulan untuk keperluan ini. Apabila bekerja nilai itu bertambah menjadi RM100. Semasa akaun tabungan menjadi tanggungan bapa (9-18 tahun), beliau memasukkan RM5 setiap bulan. RM5 bagi seorang bapa seperti ayah saya sudah cukup besar, kerana kami semuanya seramai 8 orang (pada ketika tabungan itu dibuat). Maka dengan perancangan ini saya berharap (jika dipanjangkan umur) dapat menunaikan haji pada umur 40 tahun, semestinya bersama-sama isteri.

Komen penuh dalam blog ana.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Bila target anda untuk menunaikan Haji
oleh putra_adi ([email protected]) pada Ahad, 04 Disember 2005 @ 19:41:31
(Info AHLI)
assalamualaikum...segala pujian hanya bagi Allah Yang Maha Pemurah,selawat serta salam buatmu Rasulallah.pada pandangan saya seseorang muslim itu perlu meletakan azam yang tinggi,disamping meletakan matlamat atau target yang bersuaian. bagi saya seseorang itu perlu menunaikan tuntutan ini pada usia yang muda dalam lingkungan 20-40 tahun, sebagai mana yang kita ketahui beribu-ribu umat Islam menunaikan haji pada waktu itu, dengan jasmani yang sihat dan kuat dapat membantu kita melancarkan ibadah haji kita tanpa gangguan kesihatan dan seumpama dengannya.walau sedemekian bukanlah usia yang muda atau kemampuan yang tinggi dapat membantu kita menunaikan ibadah haji. ini semua adalah pertolongan dan pilihan dari Allah yang Maha Pemurah. Oleh itu janganlah kita lupa dari sentiasa memohon kepada Allah agar diberi peluang ini disamping berusaha mencapai target keazaman untuk menunaikan ibadah haji.perlu di ingati persediaan rohaniah dan juga jasmaniah perlu di mantapkan dari kini sebelum menjejaki tanah suci ini,disamping mempermudahkan amalan disana ia jua dapat menambah kasih sayang Allah kepada umatnya kerana melakukan ibadah yang sempurna bukan sahaja semasa menunaikan ibadah haji ,namun setiap masa dan dimana jua kita perlu menjaga amalan ibadah kita ,terutamanya solat secara berjemaah. waallahuan'lam
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092649 saat. Lajunya....