Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Dari Galeri
LIQA mahabbah...=)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Definisi IDOL
 Posted on Isnin, 28 Jun 2004 @ 18:56:30oleh Hanan
Umum nur_malam menulis Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda menganggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.

Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa
Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti berikut :

1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala, musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.

Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa
pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan sifat terlalu ta'sub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala / patung.

Isu pengunaan perkataan ini saya bangkitkan agar sahabat-sahabat
muslim sedia maklum tentang satu propaganda baru musuh Islam melalui penerbitan rancangan MALAYSIA IDOL yang sedang giat dipromosikan di TV3 dan TV8.

Buat pengetahuan sahabat-sahabat muslim sekalian, idea penerbitan
rancangan ini bermula dari Amerika Syarikat. Di sana dinamakan AMERICAN IDOL. Modus operandi rancangan ini kemudiannya disebarkan ke beberapa buah negara kononnya untuk mencari bakat-bakat baru dalam dunia seni hiburan dari seluruh dunia. Di Indonesia, pencarian bakat baru untuk rancangan ini telah berjaya menarik penyertaan beratus ribu belia.

Mereka sanggup beratur dan berpusu-pusu ditempat uji bakat semata-mata untuk merebut gelaran INDONESIA IDOL. Paling menarik, belia-belia ini yang juga beragama Islam lupa segala-galanya, makan minum diabaikan..apatah lagi waktu solat..semuanya sibuk berlatih untuk
menghadiri sesi uji bakat. Hal yang sama sebenarnya turut berlaku di
negara kita. Secara sedar atau tidak, satu jarum licik propaganda
jahat musuh- musuh Islam berjaya menusuk di jiwa anak muda muslim.

Apakah tindakan kita sebagai muslim?. Langkah pertama pastinya kita
perlu menimbulkan kebencian dengan memboikot rancangan ini. Jelaskan dengan terperinci kepada anak-anak muda kita tentang propaganda jahat musuh Islam ini. Larang mereka daripada menyertai uji bakat yang hanya membuang masa, wang dan tenaga. Paling penting, pemerintah harus di desak agar lebih prihatin dengan isu-isu sensitif seperti ini.

 

  Umum


Komen


"Definisi IDOL" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.131584 saat. Lajunya....