Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




Dari Galeri
LIQA mahabbah...=)

Yang Masuk Ke Sini
cida1019: 11 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 21 Ahli dan Tetamu sedang online

Cinta dan Kekasih: Fenomena di Kampus
Disiarkan pada Selasa, 23 Mac 2004 @ 14:50:50 oleh Hanan

Berita IPT nurmaisarah82 menulis: "Sebenarnya, saya kurang selesa membicarakan tentang persoalan diatas kerana saya lebih suka ‘bercinta’ dengan ilmu berkaitan pemikiran, agama, sastera dan politik. Penulisan ini adalah respon kepada akhbar Api Mahasiswa yang telah membicarakan persoalan ini. Akhbar ini mengambarkan kebangkitan wanita dan permasalahan serta impak yang timbul ekoran kemaraan kuasa feminis ini. Penulis akan cuba melayani jiwa muda ini dengan mengambarkan ada apa pada cinta? Perlu atau tak pada cinta adalah pilihan masing-masing. Perkara cinta, berkasih dan bergewel ini bukanlah perkara kecil. Ia pernah dibicarakan oleh ulama terkenal Yusof Qardhawi dan Hamka.

Cinta adalah fitrah seseorang insani sama ada lelaki atau perempuan. Jika kita mengatakan tidak kepada cinta, sesungguhnya kita membohongi kepada diri sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita hendak diri kita dibelai, dimanja dan disayangi oleh seseorang. Cuma persoalan yang timbul dari segi kaedah dan teori cinta yang digemari atau disenangi. Di kampus, dua aliran cinta yang terjelma iaitu aliran Islamis dan aliran cinta ala Barat. Kita selalu diherotkan bahawa cinta itu seperti dalam filem Barat dan yang telah diamalkan oleh muda-mudi sekarang(seperti membonceng motor dan makan2). Tanpa kefahaman, kita akan terbabas mengikut kebuasan hawa nafsu. Kita perlu faham cinta di universiti bukan lagi bercinta untuk kepuasan nafsu atau cinta monyet tetapi cinta yang akan membawa ke jinjang pelamin.
Insan yang tiada kekasih juga memerlukan teman. Jika kerinduan atau kesunyian, sahabat berlainan jantina menjadi teman bergurau atau usik-usikan. Di sinilah, pentingnya sahabat berlainan jantina semasa usia 20an bagi mengubati kesakitan jiwa sepi tanpa cinta dan mehnah peribadi yang dihadapi. Insani tanpa cinta ini biasanya menyibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, kerja separuh masa dan menzahirkan diri sebagai ulat buku. Alasan diberi tiada jodoh, segan dan tiada bersedia untuk bercinta. Benar sekali alasan mereka tetapi kadangkala hati insani juga keruan dan meronta-ronta ingin mengerti dan merasai kenikmatan dan keindahan cinta. Mujurlah mereka ini boleh merasionalkan diri atau untuk terus bersama penderitaan hati ini.
Halangan bercinta di kampus adalah personaliti kendiri insani. Ada yang segan, malu atau merendah diri. Contoh, seseorang lelaki yang tidak terbiasa dengan bercinta akan berasa segan untuk memulakan kata permulaan(kata keramat) untuk meluahkan perasaan. Satu lagi halangan sifat rendah diri, pelajar sastera yang meminati pelajar sains atau perubatan akan berasa kekurangan diri jika ingin berkenalan dengan pelajar tersebut. Jurang kekayaan juga mempengaruhi hubungan seseorang insani. Kita insan yang mahu kesempurnaan, kita mahu teman kita yang sempurna. Cantik, bijak, masih teruna atau dara, beragama dan kaya. Itulah mitos yang perlu kita buang dari imiginasi kita. Kita insan yang tidak sempurna mahukan insan sempurna adalah sesuatu yang tidak adil dan egois. Kesempurnaan perlu dididik, diasuh dan dicanang dalam suasana kebersamaan dan berteraskan agama Islam.
Lelaki yang baik untuk gadis yang baik. Itu janji Allah. Carilah pasangan yang mempunyai pegangan agama walaupun hodoh, miskin dan tidak menjejak kaki di universiti. Bercintalah dalam suasana restu Ilahi dengan menjaga adat pengaulan, doa kebahagiaan dan bermatlamat ke jinjang pelamin. Bagi yang tidak berteman, sabar dan berdoalah kerana jodoh di tangan Allah dan lakukan pencarian dan luahkan perasaan cinta anda melalui orang ketiga jika malu atau segan. Segala perlakuan semasa bercinta atau mencari jodoh perlukan doa dan penjagaan dari segi batas-batas yang dibenarkan oleh Islam. Semoga Allah merestui Cinta warga Islamis bukan cinta ala Barat berasaskan nafsu semata-mata.

Pucuk pauh dari Palembang
Buah langsat lebat di hulu
Duduk jauh berasa bimbang
Sudah dekat berasa malu.

"

Berita IPT

Yang paling banyak dibaca dalam Berita IPT:
  • FORUM PERDANA : PETUA MEMILIH PASANGAN

    Terkini dalam Berita IPT:


    Yang Berkaitan



    Untuk mencetak    Hantar pada Sahabat




  • Komen


    "Cinta dan Kekasih: Fenomena di Kampus" | Login/Mendaftar | 8 Komens
    Threshold
    Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


    Re: Cinta dan Kekasih: Fenomena di Kampus
    oleh PutriRaudhah ([email protected]) pada Selasa, 06 April 2004 @ 12:40:14
    (Info AHLI)


    Assalamualaikum..
    Saya betul2 tertarik dengan isu cinta dan kekasih : fenomena di kampus... ISLAM itu INDAH...ISLAM is the WAY OF LIFE... Apabila remaja Muslim lari dari cara hidup yang digariskan oleh ISLAM, maka timbullah cinta ala Barat..
    ISLAM telah menggariskan,"Jangan sekali-kali kamu menghampiri zina" Di sini jelas bahawa ISLAM telah mengajar bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Isu couple ini jika tidak diteliti akan membawa kepada fitnah yang besar iaitu ZINA.. Mula2 mmg bertemu mata, kemudian menghantar sms,berjalan berdua, bersentuhan secara tak sengaja(tak tahulah ye ke tidak), berpegangan tangan..dan akhirnya... Nauzubillah... Ini kerana, dalam berdua sentiasa ada yang ketiga, musuh utama anak ADAM iaitu.. SYAITAN yang sgt gembira apabila 2 anak ADAM yang berlainan jantina ini berdua2-an.
    Bukan ana nak nafikan kehendak naluri, tapi biarlah dengan cara yang betul dan diRedhai ALLAH.. Barulah bahagia dunia dan akhirat.. tak gitu? Selepas 'hubungan' tu, yang sengsaranya muslimah.. bukannya org lelaki.. jadi pertahankanlah maruah kita..Ingatlah juga janji ALLAH yang mengatakan bahawa Penzina perempuan adalah untuk penzina lelaki, Muslimah solehah adalah untuk muslimin soleh.. Jadi fikirkanlah sahabatku yang dikasihi kerana ALLAH.. Adakah kita telah salurkan cinta kita terlebih dahulu kepada yang HAK? iaitu ALLAH, RASULULLAH ..mak dan ayah.. keluarga.. sahabat handai... sebelum kita menyatakan cinta kepada si dia yang belum pasti dapat mensyafaat kita di akhirat kelak..

    SALAM SAYANG..SALAM UKHUWAFILLAH
    [ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



    Re: Cinta dan Kekasih: Fenomena di Kampus
    oleh ainulia pada Ahad, 10 Oktober 2004 @ 9:17:19
    (Info AHLI)


    askumm..wbt

    Jangan salah cinta, tetapi salahkan lah diri sendiri. Cinta boleh dijadikan "motivasi diri" jika dipautkan dengan niat yang tulus suci dan ikhlas semata untuk mendapat restu ilahi. Tetapi, cinta akan menjatuhkan martabat diri jika sentiasa terpaut dengan naugan nafsu durjana yang sentiasa memakan diri. Fikirkanlah..dan "cari-carilah pasangan hidup betul-betull..hai kawann.." kata kumpulan Rabbani.peace!;-)
    [ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

    Re: Cinta dan Kekasih: Fenomena di Kampus
    oleh Anonymous pada Rabu, 17 Januari 2007 @ 15:19:53


    alhamdulilah...

    Cinta dan Kekasih???? : sebagaimana yang dikisahkan... sudah diceritakan dalam Al-Quran Dan Hadis Rasullulah.. Dan cinta yang terbaik ialah kecintaan kepada Allah Taala.. dimana Pokoknya.. kelahiran manusia ini suatu hikmah yang terbaik yang dikatakan tiada tolok bndingnya.. kecintaan Pada Allah.. insyallah kekal didunia dan akhirat.. ini kerana cinta itu sebenarnya rahmah.. wa mawadah yang mana jelas boleh dikatakan kerahmatan dan keredhaan Allah.. insy
    [ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



    Re: Cinta dan Kekasih: Fenomena di Kampus
    oleh puterinaim pada Jumaat, 09 November 2007 @ 8:01:05
    (Info AHLI)


    Cinta itu fitrah yang suci. Manusia lah yang mencemarinya.
    sebelum mencintai makhluk, berusahalah mencintai pemilik serta pencipta cinta itu sendiri. tiada hubungan dibolehkan antara lelaki dan perempuan, selain ikatan pernikahan.masa belajar, tak usahlah mengejar2 cinta, konon sebagai motivasi atau penghibur masa tension.ilmu itu cahaya (nur) dari Maha Pencinta, tidak akan masuk dalam hati yang lalai.
    Percayalah dengan janji ALLAH Yang Maha Mengetahui, setiap ciptaan-Nya pasti ada pasangan masing-masing.
    [ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

    Re: Cinta dan Kekasih: Fenomena di Kampus
    oleh meniti_pelangi (aleeya) pada Selasa, 13 November 2007 @ 22:48:07
    (Info AHLI)


    salam...
    isu yang dibincangkan ini menarik bagi remaja.bukan saya nak menafikan atau mengiyakan isu ini. kerana setiap orang ada pandangan dan pendapatnya sendiri mengikut kefahaman masing-masing.sebenarnya saya masih ragu lagi tentang persoalan ini,"adakah bercinta itu dibolehkan @ tidak". hal ini kerana kawan saya pernah mengikuti satu usrah yang mengatakan couple itu adalah HARAM. cuma apabila kawan saya mengatakan bahawa itu haram saya hanya mendiamkan diri. tidak berani menafikan @ mengiakan kerana saya risau andai tersilap cakap . namun menurut kawan saya itu, usrah yang diikutinya menberi ayat Al-QUran untuk menegaskan nya iaitu surah 17 ayat 32 "dan jangan lah kamu menghampiri zina(zina) itu sungguh suatu perniatan keji dan suatu jalan yang buruk". dengan ayat tersebut lah kawan saya menegaskan pendirian nya yang mengatakan couple itu haram.pernah dia mengatakan pada saya, adakah saya masih meragui kenyataan nya sedangkan sumber yang diberi adalah al-Quran...
    oleh itu saya ingin pandangan @pendapat dr mana-mana pihak untuk membicarakan @ mengutarakan persoalan ini...
    [ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]




    -------------------------------------------------------------------------------
    Portal Komuniti Muslimah
    © Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
    Made in: Bandar Sunway, Selangor
    Tarikh Mula: 17hb April 2003

    Dibina oleh: Team Walasri

    Ditadbir oleh:





    Loading: 0.103233 saat. Lajunya....