Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 14 hari yang lalu
lidah-penghunus: 16 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: .:: Bukan Cinta Biasa ::.


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» .:: Bukan Cinta Biasa ::.

Please Mendaftar To Post


Oleh .:: Bukan Cinta Biasa ::.

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 18-05-04 08:26




Yang nih pon bukan karya saye...just copy and paste aje kat sini...
Yang dah terbace...boleh wat revision kot..
Yang belom enjoy...!
Kalo penulisnye terbace posting nih plak...minta maaf le ek...
zilal hanye nak share nak sahabat di ukhwah...
Kalo x silap cerpen nih dr penulis yg same yg tulis cerpen Ku Milikmu tuh...

[ Posting ini telah di edit oleh: zilal pada 2004-05-18 08:28 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 18-05-04 08:27


Part 1

Pagi-pagi lagi Siti sudah menjerang air dalam periuk besar.
Sambil-sambil itu, tangannya pantas mengupas kulit pisang nipah yang
sudah masak ranum. Isinya kuning, kalau digoreng garing memang
membangkit selera. Lebih-lebih lagi dimakan waktu pagi-pagi begini.Kena
dengan air kopi. Uhhh….Siti menelan liur.

Dia membancuh tepung gandum. Dicampur sedikit dengan tepung beras.
Kemudian, telur dipecahkan. Bubuh sedikit garam. Kemudian gaul
rata-rata. Siti senyum puas. Dimasukkan satu persatu pisang yang telah
dikupas kulitnya. Isinya elok, dan tidak bonyok. Biasanya pisang yang
masak dipokok lebih manis rasanya dibandingkan dengan yang diperam
dengan kobalt. Sebab itu dia tidak suka kalau emaknya beli pisang di
luar. Kalau nak makan, tunggulah pisang-pisang keliling rumah masak.
Kadang-kadang dalam satu masa, 2-3 tandan pisang masak serentak .
Jenuh pula hendak dimakan. Kalau Kak Melah atau Abang Mohsin balik,
mereka memang angkut ke bandar. Siti tahu, anak-anak mereka memang suka
makan pisang goreng.

Dulu, ada juga peraih datang naik lori, untuk bawa semua pisang-pisang
ke bandar. Tapi, sejak kejadian banjir setahun lepas, banyak
pokok-pokok pisang yang mati. Kalau ada pun sepokok dua yang hidup
subur tepi parit.Setelah minyak panas, Siti masukkan dua-tiga ketul
pisang ke dalam kuali. Dia mejenguk seketika periuk besar yang berasap.
Sekejap lagi, bila air masak, dia ingin membancuh kopi pula. Lepas
bancuh kopi, dia perlu menyidai kain di ampaian depan rumah.. Biasanya
pagi-pagi begini, emak yang menyidai kain. Tapi hari itu, pagi lagi
emaknya sudah turun ke bawah. Ke kebun kelapa untuk memetik pucuk ubi.
Entah apa angin emak, tiba-tiba teringin nak masak pucuk ubi. Siti
bukannya suka sangat.

Siti menjenguk ke luar. Kelibat emak tidak kelihatan. Siti perhatikan
saja ke arah kebun kelapa tidak jauh dari rumahnya. Kelapa-kelapa di
situ semua nya sudah tua-tua belaka. Sudah tidak banyak hasilnya. Tapi
di hujung kebun, ada sungai kecil yang airnya jernih tapi cetek. 2-3
ekor lembu bapa ditambat di situ.
Siti cepat-cepat beralih ke dapur semula untuk mengangkat pisangnya.
Dia membancuh kopi, dan meletakkannya di atas meja. Terlihat bapanya
sedang mengelap topi keledar.

“Bapak nak kemana ni. Tak menoreh ke hari ni?”Siti bersuara. Dilihat
bapanya berpakaian kemas pagi itu. Biasanya kalau ke kebun getah, bapa
pakai baju kemeja pendek yang sudah capuk-capuk di seluruh bahagian.
Seluar kain khaki pula sudah keras, berbintik-bintik hitam kesan susu
getah yang melekat. Baunya tengik. Selalu bapa sangkutkan di dinding
luar supaya kering di sapa angin.
“Bapak nak ke bandar kejap. Mak kau mana?”
“Mak cari pucuk ubi.”Balas Siti pendek.Dituangnya air kopi ke dalam
cawan. Asap berlegar-legar di permukaan cawan sebelum pecah dibawa angin pagi.
“Pergi teriak mak kau..”Bapanya tarik kerusi lalu duduk menyandar.
“Mak kat bawah sana…..”Siti rasa malas sangat hendak turun ke bawah.
Malam tadi hujan lebat. Tanah tepi sungai mesti becak dan selut.
“Pergi panggil mak kau…”
“Iyerlah..iyerlah…..”Siti cepat-cepat beredar. Menyarung selipar jepun
yang sudah haus tapaknya. Tapi baru beberapa langkah di atur, Siti
tersenyum lebar bila melihat emak berjalan ke arahnya.
“Kau dah buat air Siti?”Plastik berisi pucuk ubi di sangkut atas paku
tepi pintu.
“Dah….”
“Sidai kain?”
“Belum…”
“Pergi bukak reban ayam. Tu…hampas kelapa tu pi bagi ayam makan….”Siti
cepat-cepat masuk ke rumah, mencapai mangkuk plastik berisi hampas kelapa.
“Conit dengan Lonjang jangan kasi keluar. Nanti berak depan rumah.
Busuk. Musim hujan ni tanah lembab….”Mak Jah mengibas muka dengan tuala kecil.
“Bapak panggil mak…”Siti bersuara sebaik selipar disarung semula.
Mak Jah tidak menyahut. Tapi Siti tahu, emaknya pasti bersarapan
dengan bapa. Bapa memang tak suka sarapan atau makan sorang-sorang.
Walau jauhnya emak waktu itu, bapa akan suruh jugak Siti pergi mencari.
Siti sudah faham benar.

Siti berjalan ke arah reban ayam yang diperbuat dari papan dan jaring
dawai. Sekali ditarik, pintu dawai terbuka. Bercempera haiwan-haiwan
tersebut melepaskan diri. Suara riuh rendah memecah hening pagi. Siti
berundur ke belakang takut ayam-ayam itu menerpa ke arahnya. Hampas
kelapa ditabur di sekeliling reban. Berceratuk ayam-ayam itu memagut
hampas. Berebut sesama sendiri.

Selesai semua hampas ditabur, Siti ke reban kecil di bawah pokok
nangka. Dia membongkokkan badan. Conit dan Lonjang, dua ekor angsa
kesayangannya menjulurkan kepala.Siti menghulurkan tangannya
dicelah-celah jaring. Dia tidak pernah rasa takut kalau-kalau
angsa-angsa itu memagut jemarinya.

Rasa simpati melihat kedua-dua ekor angsanya. Siti berhasrat hendak
membuka saja pintu reban tersebut. Dia lebih suka kalau Conit dan
Lonjang dapat berjalan-jalan mencari makan sendiri sekeliling rumah.
Tapi emak tidak benarkan. Emak marah kalau Conit dan Lonjang berak
depan pintu. Busuk. Hari-hari emak terpaksa kambus tahi Conit dan
Lonjang yang berlonggok depan pintu dapur. Conit dan Lonjang angsa
manja. Walau dihalau pergi, tetap berkeliaran di sekitar depan dapur
rumah. Menunggu-nunggu kalau dicampakkan nasi sejuk.
Akhirnya pintu reban di buka. Conit dan Lonjang terkedek-kedek keluar
sambil leher panjangnya teroleng-oleng. Sekejap menjulur tinggi,
sekejap menyudu-nyudu di tanah basah. Siti tersenyum lagi. Kalau emak
marah, Siti janji akan kambus tahi angsa-angsa itu. Walaupun Siti
sendiri tidak suka dengan kerja itu.

Siti kembali ke dapur. Dilihatnya bapa dan emaknya masih belum habis
bersarapan. Siti menghampiri emaknya.
“Dah bagi ayam makan?” Siti angguk perlahan.
“Dua ekor ayam yang dalam sangkar tu jangan dilepaskan pulak. Itu bapak
kau nak sembelih nanti”Sambung Mak Jah lagi.
“Mak nak masak ayam ke hari ni?”Tanya Siti lalu menarik kerusi.
“Mak nak buat rendang….nanti Siti tolong perah santan ye…”Siti angguk,
tapi dia pelik.
“Kak Melah nak balik ke mak?”Tanya Siti lagi.
“Tak lah….”
“Habis tu?” Air kopi dituang dalam cawan.
“Kawan bapak nak datang….Siti bukannye kenal pun…”Balas Mak Jah.
“Emmm…..patutlah bapak nak ke bandar. Bapak nak beli buah ye?” Pak
Seman tersengih mendengar pertanyaan anaknya itu. Dia mengangguk-angguk.
“Nanti Siti tolong sapu sikit depan rumah. Mak nak masak. Lepas tu
Siti mandi, pakai baju cantik-cantik ye…”Siti renung mata Mak Jah.
Pakai baju cantik-cantik? Siti semakin pelik. Kenapa mesti pakai baju
cantik-cantik. Emak dan bapak nak berjalan jauhkah?

Siti tinggalkan kedua orang tuanya menyambung bual. Dia tidak mahu
masuk campur. Ada banyak kerja yang harus dia lakukan. Sejak Kak Melah
berkahwin dan mengikut suaminya ke Melaka, Sitilah yang diharapkan
untuk menolong emaknya. Kalau emak dan bapanya pergi menoreh, sehari
suntuk Siti di dapur. Kadang-kadang sampai emak dan bapanya balik pun,
dia belum sempat memasak. Pagi, dia membasuh kain, bagi ayam makan,
mengemas rumah. Petang, dia melipat kain. Kalau banyak sangat daun
nangka yang gugur depan rumah, dia akan sapu sampai bersih.
Kadang-kadang dia akan ikut emaknya ke kebun ubi tidak jauh depan
rumah. Tapi biasanya dia akan curi-curi keluar waktu petang. Pergi ke
padang bola sebelah Balai Raya. Di sana, ada ramai kawan-kawan
sekolahnya yang suka berkumpul bersama.Di situ dia akan bertukar-tukar
cerita terutamanya dengan kawan baiknya Murni dan Shidah. Murni dah
Shidah sama nasib dengannya. Sehingga sekarang masih belum mendapat
kerja. Untuk menyambung pelajaran, rasanya mustahil. Siti sudah putus
asa setelah 4 kali permohonannya tidak ada sebarang jawapan. Siti
tidak mahu menunggu lagi. Dia yakin permohonannya itu gagal.
Siti bergegas ke depan rumah menyidai kain. Sambil itu dicapainya
penyapu lidi di bawah kolong rumah. Disapunya daun-daun nangka yang
gugur di laman. Terasa berat tangannya menolak penyapu lidi itu. Tanah
yang lembab menyalut helaian-helaian daun. Dia mengaut dedaun dengan
pongkis rotan, lalu melonggokkannya di perdu pokok kelapa yang tinggal
tunggul. Esok kalau hari cerah, dia akan bakar-bakar sampah-sampah itu.
Waktu hujan-hujan begini, jirus sebotol minyak tanah pun, tak akan
hidup api pada longgokan sampah tersebut.
Selesai semuanya, Siti masuk ke rumah semula. Diseka peluh didahi.
Terasa melengas badannya. Sekejap lagi dia ingin mencurahkan tubuhnya
dengan air kolah yang dingin. Pagi itu pasti bertambah dingin dek hujan
yang turun malam tadi.

bsambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 18-05-04 08:30


Part 2

Dari celah tingkap biliknya, Siti melihat dua buah kereta masuk ke
laman rumahnya. Dia menjadi pelik. Sejak bila pula bapanya punya kawan
yang berkereta besar-besar begini? Dia tidak pernah nampak pun. Saudara
mara? Tentunya tidak kerana dia mengenali kenderaan kepunyaan saudara
mara, baik belah emak atau bapanya. Paling mewah pun kereta Honda milik
bapa saudaranya di Kuala Lumpur. Kak Melah dan Abang Mohsin pun hanya
punya Kancil. Habis tu, siapa pula yang bawa kereta-kereta besar itu?
Siti kembali mengadap cermin. Dia menyikat rambutnya yang basah baru
disyamfu. Membuka gerobok kayu, sambil matanya tertancap pada
helaian-helaian baju yang tersangkut. Satu persatu, tetapi tidak ada
satupun yang berkenan di hati. Takkan tengahari buta nak pakai baju
kebaya? Gila! Hari Raya pun aku tak pakai baju kebaya. Siti
membelek-belek kebaya Kak Melah yang diwariskan kepadanya.

“Habis tu, nak pakai apa? Mak kata pakai baju
cantik-cantik….ahhh…lecehlah!”Rengus Siti.Ditutup kembali gerobok
tersebut lalu beralih pula pada rak rotan yang termuat pakaian
basahannya setiap hari.
“Emm….pakai yang ni je lah!”Ditariknya sepasang baju kurung kedah dari
lipatan.”Ini pun cantik jugak apa! Tak pun susah-susah sangat, aku
pakai je kain batik…”
Dia tersengih memandang wajahnya di cermin.
Dibelek-belek seketika tubuhnya yang hanya bersalut tuala paras lutut.
Dia suka sekali merenung tubuhnya di balik cermin itu. Dia suka melihat
pinggangnya yang ramping, kakinya yang panjang, pinggulnya yang penuh.
Dan yang paling dia suka, melihat kulitnya yang putih mulus. Hanya
rambutnya saja yang agak ikal. Dia tidak begitu menggemarinya. Dia
lebih suka kalau rambutnya lurus seperti rambut Shidah. Dia sedikit
cemburu melihat rambut Shidah secantik itu.
Siti mengenakan baju kurung kedah itu ke tubuhnya. Rambutnya yang
masih basah disimpul dengan tuala. Sedang membelek wajahnya, dia
terdengar panggilan emaknya dari arah dapur. Cepat-cepat Siti menempek
bedak bayi Johnson di pipinya.
“Buat apa lama sangat kat bilik tu?”Siti tersengih malu. Rambutnya
yang diseka perlahan. Diperhatikan emaknya yang sedang mengatur
hidangan dalam dulang. Semerbak bau rendang ayam menusuk ke hidung.
“Tu, air tu tuang dalam cawan, bawak ke depan…..”Mak Jah memuncung ke
arah jag air.
“Hantar ke depan?”Siti terkejut.
“Tolong mak hantar ke depan. Mak dah bentang tikar kat depan
sana…”Balas Mak Jah.
“Alah……Siti malaslah. Siti hantar sampai depan pintu je. Seganlah
Mak…..”
“Nak segan apa? Bukan tak ada batang hidung.”Mak Jah angkat dulang
berisi lauk pauk.

Siti merengus. Dia memang tak suka benar bab yang ini. Dia tak mahu
menonjolkan dirinya di depan tetamu-tetamu yang tak dikenalinya itu.
Kalau boleh dia hendak memerap saja di dalam bilik. Biarlah emak dan
bapa saja yang melayan mereka itu. Tapi, dia tahu, dia tak boleh
melawan kata emaknya. Siapa lagi yang hendak diharap kalau bukan dia!
Siti berjalan lambat-lambat menuju ke ruang tamu. Dia perlu menaiki
anak tangga untuk sampai ke situ. Dulang berisi minuman digenggam erat.
Terasa berpeluh jari jemarinya. Dia seperti hendak menjerit memanggil
emaknya, tapi mulutnya seperti terkunci. Perasaannya berdebar tatkala
sampai di ruang tamu. Terasa semua mata beralih ke arahnya serta merta.
Ya Allah…jangan terlepas dulang ni sudahlah…..Siti gigit bibir sampai sakit.
“Dah besar sangat Siti, ni Cik Jah….cantik….”Satu suara kedengaran
menegur.Ish!!…Siti mencari-cari suara itu. Siapa diorang ni? Boleh
kenal pula aku? Sambil tangan lincah mengatur cawan, matanya sempat
melingas mencari arah suara tadi. Sebaik terpandang wajah perempuan
yang duduk menghadapnya itu, hati Siti semakin berdebar. “Eh..macam
kenal je makcik nih!”Dahi Siti berkerut, cuba mengingatkan. Cepat-cepat
dia susun cawan dan mahu beredar.
“Siti tak makan sekali?”Perempuan itu menegurnya lagi. Siti menoleh,
pura-pura melempar senyum.
“Eh…jemputlah makan, makcik. Saya baru lepas….”Siti menunjukkan
isyarat untuk berlalu. Dia rasa mukanya sudah naik merah. Dia pelik
kenapa semua orang terarah kepadanya tadi. Atau……aku ker yang
perasan?..Siti menggeleng-geleng.
Siti kembali ke bilik lalu merebahkan tubuhnya ke katil. Dia memandang
atap zink yang bersawang sambil fikirannya mula mencongak sesuatu.
Siapa mereka ya? Hati Siti tertanya-tanya. Dia teringat perempuan yang
menegurnya tadi. Rasa-rasa macam pernah lihat, tapi di mana?Agaknya
saudara jauh….ahhh….biarlah…buat apa nak sakit kepala fikir ni semua?
Petang ni jumpa Murni dan Shidah lagi bagus!

“Mek Ti, cuba kau tengok siapa yang datang tu?”Shidah memuncungkan
mulutnya ke satu arah. Siti dan Murni menoleh serentak. Seorang lelaki
kelihatan sedang berjalan ke arah mereka..
“Emm…cik abe mu dah datang Mek Ti….”Murni ketawa kecil.Dia menyinggul
bahu Siti menyuruhnya bangun. Tapi Siti tidak bergerak. Dia
memerhatikan saja langkah Huzair satu persatu.
Akhirnya lelaki itu sudah berdiri di hadapannya. Wajah Siti merona
merah.
“Mek Ti, apa kau buat kat sini?”Huzair menegur. Siti mendongak,
menatap wajah anak muda itu. Wajahnya dibasahi renek-renek peluh. Siti
tahu setiap petang, Huzair bermain bola di padang balai raya itu.
“Saja duduk-duduk….”Balas Siti acuh tak acuh.
“Eh…kan rumah kau ada orang datang?”
“Mana kau tahu?”Mata Siti membulat.
“Eh…errr…aku…aku nampak tadi…”Huzair telan liur.
“Mana kau nampak? Rumah kau kan jauh dari rumah aku?”Siti renung
Huzair sungguh-sungguh. Lelaki itu kelihatan sedikit tak keruan. Murni
dah Shidah sudah menekup mulut menahan ketawa.
“Aku lalu depan rumah kau tadi…..”Huzair alih pandangan. Tak mahu
bertentang mata dengan Siti.”Aku nampak ada kereta besar depan rumah
kau…”
“Kereta besar?”Murni dah Shida bersuara serentak. Siti mendengus.
“Kawan bapak aku lah…..”Siti menolak Murni yang menempel di
sebelahnya. “Aku tak kenal pun…”
“Eh..kot-kot orang datang pinang kau tak?”Shidah dah Murni ketawa
serentak.
Siti mendengus. Asal nampak kereta besar, orang datang
pinang….Ishh….menyampah betullah…..
Huzair disebelah tersenyum penuh makna.

bsambung...

[ Posting ini telah di edit oleh: zilal pada 2004-05-18 08:36 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-05-04 08:39




erm..best......membuatkan ana teringat dan rindu akan suasana di kampung....bagus.....
ni ada berapa episod ni.....?


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 18-05-04 10:00


emm setakat nih belas² lah jugak...
tp tak abes lagi maa...
sabar dehh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 19-05-04 08:14




Part 3

“Mek Ti, cuba kau tengok siapa yang datang tu?”Shidah memuncungkan
mulutnya ke satu arah. Siti dan Murni menoleh serentak. Seorang lelaki
kelihatan sedang berjalan ke arah mereka..

“Emm…cik abe mu dah datang Mek Ti….”Murni ketawa kecil.Dia menyinggul
bahu Siti menyuruhnya bangun. Tapi Siti tidak bergerak. Dia memerhatikan saja
langkah Huzair satu persatu. Akhirnya lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.
Wajah Siti merona merah.

“Mek Ti, apa kau buat kat sini?”Huzair menegur. Siti mendongak, menatap wajah
anak muda itu. Wajahnya dibasahi renek-renek peluh. Siti tahu setiap
petang, Huzair bermain bola di padang balai raya itu.
“Saja duduk-duduk….”Balas Siti acuh tak acuh.
“Eh…kan rumah kau ada orang datang?”
“Mana kau tahu?”Mata Siti membulat.
“Eh…errr…aku…aku nampak tadi…”Huzair telan liur.
“Mana kau nampak? Rumah kau kan jauh dari rumah aku?”Siti renung
Huzair sungguh-sungguh. Lelaki itu kelihatan sedikit tak keruan. Murni
dah Shidah sudah menekup mulut menahan ketawa.

“Aku lalu depan rumah kau tadi…..”Huzair alih pandangan. Tak mahu
bertentang mata dengan Siti.”Aku nampak ada kereta besar depan rumah kau…”
“Kereta besar?”Murni dah Shida bersuara serentak. Siti mendengus.
“Kawan bapak aku lah…..”Siti menolak Murni yang menempel di sebelahnya.
“Aku tak kenal pun…”
“Eh..kot-kot orang datang pinang kau tak?”Shidah dah Murni ketawa serentak.
Siti mendengus. Asal nampak kereta besar, orang datang
pinang….Ishh….menyampah betullah…..

Huzair di sebelah hanya tersenyum memerhatikan Siti. Wajah gadis itu
yang berkerut ditatap dalam-dalam. Walau berkerut begitu, tetap ayu di matanya.
"Habis, kalau betul orang pinang kau, macamana?"Shidah cuit bahu Siti.
"Alah....sapa nak pinang aku tu....memang malang!"Siti mencebik.
"Kenapa pulak?"Murni menyampuk.
"Iyerlah....aku ni bukannyer ada kerja pun. Lagipun...sapa je yang nak kan aku
ni. Aku takde kenal pun dengan lelaki-lelaki kat kampung ni. Kat luar
kampung lagi lah..."Siti tarik muka.
Dipandangnya Huzair yang sedari tadi asyik memerhatikannya.
"Huzair ni ada!"Shidah tersengih.
"Ishh...."Siti alih pandangan. Tapi Huzair hanya tersenyum. Dia tidak
kisah kalau dilaga-laga dengan Siti begitu.
"Si Zair ni, tak nak lah aku!"Siti bangun. Dia sebenarnya rasa segan
juga dengan lelaki itu.
Dia tidak tahu kenapa Murni dan Shidah selalu mengusik dia dengan Huzair.
Padahal Huzair tidak
pernah cakap apa-apa pun tentang perasaan walaupun mereka memang selalu
berjumpa berdua.
"Eh, aku nak balik lah!"Siti bergegas menyarung selipar.
"Eh, nantilah dulu Mek Ti"Huzair cuba menghalang. Cepat-cepat dia
berdiri di depan Siti.
"Aku nak balik, nanti mak aku cari. Aku keluar ni pun curi-curi
tau....mesti dia marah sebab aku tak tolong kemas..."Suara Siti mengendur.
Dipandangnya ke arah Huzair yang berdiri tegak di hadapannya.
"Aku hantar kau nak?"
"Tak payah lah...."Siti mula melangkah. "Murni, esok kau bawak novel
yang kau beli hari tu, eh? Kau dah habis baca belum?"Berpaling ke arah Murni.
"Sikit lagi. Malam ni aku try habiskan. Esok kau nak datang cepat
sikit tau. Aku nak gi bandar la.
Mak aku tu....suruh aku temankan dia beli rak pinggan.."Shidah ketawa
kecil mendengar kata-kata Murni.
"Okaylah....tak pun...kalau susah sangat...sebelum kau pegi bandar tu,
kau singgah la rumah aku dulu...ya!"Murni mengangguk sambil memerhatikan
langkah Siti yang diekori Huzair.

Huzair berjalan beriringan. Cepat langkah Siti, cepat juga langkahnya.
Siti buat-buat tak endah dengan kehadiran lelaki itu. Dia cuba melangkah
dengan lebih cepat lagi."Mek Ti..."Huzair memecah kesunyian. "Mek Ti....aku
ada hal nak cakap ni..."
"Emmm...apa dia?"Siti menoleh sekilas.
"Aku.....err...aku...."Siti mengeluh. Apasal mamat ni? Tergagap-gagap
aje. Selalu tak macam ni.
"Kau nak cakap apa ni, Zair....dari tadi aku...aku....."
"Tak pelah....Mek Ti balik le dulu...nanti Mek Ti tahu la..."
"Tahu apa?"
"Mmm....ala...nanti Mek Ti akan tahu juga..."Huzair tersenyum. Dia
menunduk, cuba bersaing
dengan Siti yang semakin laju. Minah ni, macam lipas kudung!
"Habis tu, itu je yang kau nak cakap?" Siti berhenti di tepi jalan.
Melihat ke kiri dan kanan sekilas
sebelum meneruskan langkah. Mereka baru saja melalui kawasan perumahan
kakitangan guru.Kelihatan beberapa orang anak muda sedang bermain takraw
di kawasan rumput di situ.

"Mek Ti.."Huzair pegang lengan Siti. Siti sedikit terkejut. Langkahnya
terhenti. Dipandangnya wajah lelaki itu."Esok aku nak jumpa kau?"
"Buat apa? Aku tak boleh janji"
"Aku...aku nak tahu keputusan kau.."
"Keputusan.....keputusan apa?"Siti makin bingung.
"Mmm...keputusan kau..."Terdiam sejenak."Esok je lah kita cerita
ok!"Huzair tersenyum sebelum berpaling melangkah. Siti mendengus.
Pelik dengan sikap lelaki itu. Sasau ke apa?

*********************************************
Lepas habis makan malam itu, Siti berkira-kira untuk menonton
rancangan "Bachelor' siaran televisyen Singapura. Tapi bila dia menjenguk
ke ruang tamu, kelihatan emak dan bapanya masih
tekun menonton tv. Siti gumam. Ah....tak dapat la aku tengok hero
bujang aku tu.....Siti masuk
semula ke dalam bilik. Direbahkannya tubuh ke katil besi yang selalu
berkeriut. Kenapa mak dan bapak
masih belum tidur? Selalunya waktu-waktu beginilah mereka sudah masuk
tidur. Diorang ni tak ngantuk ke?

Siti golek ke kiri, sekejap ke kanan pula. Matanya masih belum mengantuk. Kalau
tidak silap dia,
malam itu siaran terakhir siri tersebut. Dia ingin tahu siapakah wanita yang
dipilih oleh hero
tersebut. Antara 2 orang wanita yang terakhir, siapakah yang berjaya
menjadi pasangan hero handsome itu? Issh..kalau lah aku dapat lelaki
sehensem itu! Siti tersenyum, cuba membayang sesuatu. Wajah
Huzair pula tiba-tiba menerpa. Cepat-cepat Siti menggeleng.

Sedang bergolek-golek, dia terdengar namanya dipanggil. Siti bingkas.
Dia berjalan perlahan ke ruang tamu. Emaknya yang masih lagi mengait,
manakala bapanya pula sedang menggulung rokok daun. Bau enak tembakau
menerpa deria bau.

"Mak panggil Siti ke?"Tegur Siti sebaik melabuhkan punggung. Mak Jah
berhenti mengait.
Dipandangnya wajah Siti sejenak, kemudian beralih pula ke arah Pak
Seman yang leka menggulung
rokok daun. Menunggu-nunggu kalau suaminya itu mahu membuka mulut.
"Emm....."Mak Jah telan liur. Tak tahu bagaimana untuk memula
bicara."Paknya...awak jelah yang bagitahu..."
Pak Seman angkat muka.
"Awak je lah yang cakap....orang pompuan..."Pak Seman bersuara malas
sambil menyalakan
hujung rokok. Menyedutnya dalam-dalam. Ada kepuasan pada riak wajah
orang tua itu sebaik asap
dihembus keluar. Mak Jah mengerling Pak Seman yang buat tak tahu saja.
"Ni ha....Siti....tadi petang yang datang ramai-ramai tu......makcik
Zanariah dan suaminya..."Mak Jah
memandang Siti yang duduk tegak macam patung.
"Makcik Zanariah?"Dahi Siti berkerut."Siapa tu, mak?"
"Zanariah....kau dah lupa ke. Anak Nek Selamah....atuk si Huzair"
"Ha...."Mata Siti membulat. Kalau Zanariah itu emak kepada Huzair, dia
memang kenal. Kenal melalui gambar yang pernah ditunjukkan Huzair sewaktu
dia datang beraya ke rumah neneknya tahun lepas. Patutlah dia rasa macam
cam wajah perempuan itu petang tadi.
"Buat apa dia datang ke sini, mak? Mak kenal dia ke?"
"Apa pulak tak kenal.....masa kecik-kecik dulu kan...dia pernah duduk
sini...lepas kawin aje
dia pindah ke Kuala Lumpur ikut suaminya. Suaminya dulu kerja askar.
Dah pencen dah...."

Siti mengangguk. Dia maklum dan tahu serba sedikit tentang keluarga Huzair.
Itupun Huzair yang selalu bercerita. Dia kenal Huzair sejak lelaki itu
berpindah ke sini, tinggal dengan neneknya. Dia ingat waktu mula-mula Huzair
mendaftar di sekolahnya. Ramai pelajar perempuan yang tertarik
padanya. Mungkin kerana Huzair orang bandar, caranya sedikit bergaya.

"Ohhh..patutlah...."Siti mendengus. Patutlah Huzair beriya-iya mengingatkan
dia tentang tetamu yang datang petang tadi. Dan patutlah dia boleh tahu
semua itu. Yang datang berkereta besar tadi adalah ahli keluarganya.
Ohh...pandai dia mempermainkan aku ye! Siti gigit bibir. Dipandangnya
wajah emaknya sejenak. Tapi.....apa tujuan keluarga Huzair datang ke rumah?

"Err....kenapa diorang datang, mak?"Mak Jah tersenyum.
"Mak tak tahu pulak yang Siti berkawan dengan Huzair...."Balas Mak Jah perlahan.
"Memang la Siti kawan dengan dia. Kan dia satu sekolah dengan Siti dulu...."Dada
Siti
mula berdebar-debar. Takut kalau mak dan bapanya melenting kerana dia
berkawan dengan lelaki.Selama ini memang dia tak pernah cerita. Dia kawan
dengan Huzair macam dia berkawan dengan Murni dan Shidah.
"Mak ni bukannya apa...."Mak Jah terhenti, menoleh ke arah Pak Seman
yang hanya mendengar.
"Siti kan muda lagi. Belum pun bekerja. Tak tahu pulak mak, Siti kawan
rapat dengan Huzair tu.
Mak bukannya kenal sangat dengan Huzair tu. Dia pun baru je pindah ke
kampung ni, kan?"
Siti angguk. Debaran semakin terasa. Dia tak sanggup hendak menentang pandangan
dengan kedua orang tuanya.
"Tapi mak tahu dia baik...."
"Kenapa mak ni, cerita pasal Huzair pulak?"
"Keluarga Huzair datang petang tadi..... merisik Siti...."
"Haa??"Siti tersentak. Dipandang ke wajah emaknya. Beralih ke arah
bapanya pula.
"Merisik?....merisik Siti...merisik untuk apa?"Soalan itu terpacul
dari mulutnya.
"Ish...budak ni...merisik untuk apa...merisik untuk anak dialah..si
Huzair tu...."

Ya Allah! Siti bagai mahu tumbang. Betulke apa yang aku dengar ni?
Matanya berpinar-pinar.
Huzair merisik aku? Alamak....mimpi apa pulak ni?...Siti tersandar kaku
di atas sofa. Dia benar-benar terkejut.

"Habis tu....mak cakap apa? Mak setuju ker?"Mati aku kalau mak setuju.
"Mak dan bapak belum bagi keputusan lagi. Mak nak tanya Siti dulu.
Betulke Siti berkawan dengan Huzair tu..."

Siti bangun. Dia jadi resah. Panas terasa meruap naik ke muka. Kembali
dia duduk di sebelah Mak Jah. Ditekupkan mukanya di bahu Mak Jah.

"Huzair ni gila la, mak..."
"Kenapa pulak?"
"Ish...gila...memang gila!"Siti bingkas bangun. Malas dia hendak
menunggu lama di situ.Dia tak
sanggup hendak mendengar lagi. Ini semua mimpi ngeri!

Huzair...sampai hati kau! Siti jerit dalam hati.

bsambung...

[ Posting ini telah di edit oleh: zilal pada 2004-05-19 09:17 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-05-04 08:26



ish....tengah syok-syok duk baca...bersambung lah lagi....siar satu iklan dahlah cik Zilal oii....
bijak-bijak...


bagus...teruskan......!


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 19-05-04 11:57



betul betul, teruskan!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

ain_filzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3416
Posting: 207
Dari: bumi rantauan

brazil  


posticon Posting pada: 19-05-04 14:57




zilal, bila nak continue ni.... ingatkan dah last part. tup tup ada sambung da...

anyway..... ain sabar menanti...



wassalam

-----------------
tiada puisi seindah kejujuran tiada lukisan seindah kesetiaan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_filzahProfil   Hantar PM kepada ain_filzah   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 19-05-04 15:13




nah! sambungannye...

Part 4

Air yang mengalir di celah-celah batu itu amat jernih. Kelihatan
lumut-lumut hijau di permukaan
batu, beralun mengikut riak air. Dua tiga ekor ikan kecil
berenang-renang di sekeliling lumut. Cuba melawan arus. Siti ambil
batu kerikil kecil, lalu dilontarkan ke arah anak-anak ikan itu. Hatinya
betul-betul pedih.

"Janganlah baling ikan-ikan tu...mati nanti..." Siti tarik muka. Malas
dia hendak menentang wajah lelaki itu.
"Kenapa diam je ni, Mek Ti?" Huzair duduk di sebelah Siti.
"Habis, aku nak cakap apa. Kau yang buat aku begini, kan?"Mata Siti
bulat merenung Huzair.

Huzair tersenyum.
"Mek Ti marah?"
"Kau tak pernah cakap dengan aku. Tiba-tiba je kau buat macam ni. Kau
ni gila!"
"Syy....janganlah kuat sangat. Nanti orang dengar..."Huzair memberi
isyarat tangan.
"Biar orang dengar......"

Huzair ketawa kecil. Suka dia melihat Siti marah-marah begitu.
"Kenapa kau buat aku macam ni?"Siti bersuara lirih.
"Buat apa?'
"Kenapa kau suruh keluarga kau datang rumah aku. Aku tak suka lah...."
"Biar mereka saling berkenalan...."
"Untuk apa...."
"Untuk memudahkan kerja di kemudian hari..."

Siti mendengus. Dia bingkas bangun. Menjarakkan dirinya dari lelaki
itu. Ditepuk-tepuk baju kurungnya yang terpalit tanah.
"Aku tak suka.."Siti berpaling. Cepat-cepat Huzair menarik tangan Siti.
"Mek Ti, janganlah marah-marah aku macam ni, aku serius. Aku sukakan kau..."
"Suka tak bermakna kau boleh pinang aku sesuka hati kau....tak
bagitahu aku, tak bincang dengan aku...tiba-tiba je kau datang macam tu aje.
Aku pun ada perasaan juga.."
Siti meninggikan suara.
"Mek Ti, aku minta maaf kalau cara aku itu tak betul. Tapi aku rasa
itu cara yang lebih baik. Aku sangka kau faham perasaan aku selama ini.."
Huzair mendepani Siti.
Siti tarik nafas dalam-dalam. Kalau ikutkan rasa marahnya, mahu saja
dia tolak lelaki itu ke sungai.
"Aku ni bukan ahli nujum yang boleh baca perasaan orang, Huzair. Aku
tak tahu hati kau tu.
Suka ke, benci ker....Aku tak reti nak tafsir perasaan orang. Yang aku
tahu, hati aku sendiri.
Aku belum bersedia nak bercinta..bertunang...berkahwin.... Itu semua
takde dalam kepala aku."Wajah Huzair mendung. Di tatapnya Siti lama.

"Tapi aku sukakan kau Mek Ti....."
"Aku tahu, aku tak kisah kalau kau suka kat aku....tapi aku tak boleh
terima cara kau tu. Bercinta pun belum, kau dah hantar rombongan..."
"Jadi, kita boleh bercinta?"
Siti kehilangan kata.
"Maksudnya, bermula dari saat ni, kita boleh mula bercinta..."Huzair
tersenyum ceria.
Siti menggeleng. Mula bercinta? Ishh..pelik betul ayat tu. Macamana
nak memulakan cinta. Boleh dirancang-rancangke?

"Okay...mulai sekarang kita adalah pasangan kekasih..."

"Cukup..cukup. Kau ni cerita merepek je la...pasangan kekasih apabenda...aku
tak reti lah nak berkasih-kasih ni...."Siti menarik tangannya. Dia merengus
lagi. Rimas dia dengan pelakuan lelaki itu. Selama ini Huzair tidak pernah mahu
meluahkan perasaan. Tapi bila sekali diluahkan, begitu beriya-iya lagaknya.
Seram Siti dibuatnya.

"Mek Ti...."Huzair mengeluh

"Janganlah macam ni Zair. Nanti orang lain tahu, malu aku"

"Apa yang nak dimalukan?"Huzair jengil mata.

"Iyelah....aku ni belajar tak pas, keja pun tak dapat. Duk rumah pun mengadap
ayam itik mak aku jer..."Siti telan liur."Tiba-tiba je nak kawin...nanti apa
org cakap?"

Huzair menggeleng. Bibirnya mengukir senyuman. "Apalah yang Mek Ti pikir susah-
susah sangat sampai ke situ. Biarlah orang nak pikir apa pun. Kau kan gadis
pingitan. Duk rumah, terus dipinang orang"

Siti mendengus. Malas dia hendak mendengar omelan lelaki itu lagi. Dia bersedia
untuk angkat kaki. Tapi sekali lagi jemari Huzair tersangkut di hujung baju
kurungnya.

"Aku nak tahu keputusan kau sebelum hujung bulan ni. Kalau kau setuju, aku akan
balik KL" Siti tatap wajah Huzair tunak. "Lepas kita bertunang, aku akan balik
KL untuk cari kerja di sana. Kerja kat sini pun berapa sen sangat yang dapat.
Lagipun, mama aku minta aku pulang ke KL dulu Dah 3 tahun aku kat sini..."

Siti tidak bersuara. Dia berpaling, bersedia untuk melangkah. Huzair segera
mengekori. Sama-sama menyusuri akar -akar kayu yang berselirat di permukaan
tanah.Dedaun semalu yang berduri menguncup terkena sapaan angin. Siti melangkah
laju, mengelak dari terpijak duri semalu.

"Mek Ti.....aku nak tahu keputusan kau.."Huzair bersuara.

"Aku tak tahu."Balas Siti pendek.

"Kau cuma perlu berkata ya atau tidak."

"Kalau aku kata 'tidak'?"Huzair berhenti melangkah.

"Tidak ada sedikit perasaan pun pada aku?"

"Tidak buat masa sekarang..."

"Akan datang?" Ish....Siti merengus. Banyak betul songehnya!

"Bagi aku masa..."

"Kau tak akan kecewakan aku, kan?"Siti tersengih.

"Aku tunggu....."Jemari Huzair memaut jemari Siti. Siti menarik pantas. Baru
bagi masa, dah nak pegang-pegang tangan! Siti merengus.

"Kalau Mek Ti setuju...aku akan segera cari kerja di KL..."Sekali lagi Huzair
mengulangi.

"Baru nak cari duit?"Siti ketawa kecil."Maknanya kau belum ada duit nak kahwin.
Habis tu, kenapa pinang aku?"

"Sebab aku tak nak kau di sambar orang!" Huzair renung Siti dalam-dalam Siti
cepat-cepat alih pandangan.

**********************************
Udara malam itu agak panas. Siti membuka cermin tingkap biliknya luas-luas.Dari
jauh dia melihat kerlipan cahaya lampu yang samar-samar dari luar.Sudah hampir
jam 12. Banyak rumah-rumah sekeliling yang sudah bergelap. Dan baru sebentar
tadi dia baru mematikan suis lampu biliknya. Itupun setelah ditegur bapanya
yang kebetulan ke bilik air.

Siti rasa rimas malam itu. Awal-awal lagi dia sudah membalut tubuhnya dengan
kain batik. Angin tidak terasa langsung. Sebab itu dia lebih selesa berkemban
begitu.Kipas meja pula sudah agak uzur. Pusingannya yang menghasilkan bunyi
keriut itu tidak mendinginkan suasana. Ahh...bilalah agaknya bapak nak ganti
kipas buruk ni. Ish.. panas betul! Siti bingkas bangun, Dikibas-kibasnya kain
batik yang terikat paras dada.

Agaknya, hati aku yang panas kot...Siti gumam. Dia kembali merenung ke luar
rumah. Bulan tidak kelihatan. Hanya cahaya lampu yang samar-samar.

"Apa harus aku buat?"Siti mengeluh. Wajah Huzair yang bersungguh-sungguh
menerpa di ruang mata.

"Nak tolak....atau terima?"Dia telan liur. "Nak tolak..kesian....tapi kalau nak
terima.....mmmmm....aku suka kat dia ker?" Siti geleng kepala.

"Aku suka pun....suka gitu-gitu jer....takdelah sampai nak kawin....si Zair
ni...gila lah........"

Siti sendiri tidak perasaan, bila masa Huzair punya perasaan terhadap dia.
Mereka kenal bukannya lama. Walaupun sudah 3 tahun Huzair menetap di kampung
itu, cuma setahun yang lepas mereka mula berkawan. Sejak Huzair bertukar ke
kelas nya sewaktu di menengah 5. Kebetulan pula Nek Selamah selalu membeli
telur angsa untuk dibuat telur masin. Maka hampir setiap minggu, Huzairlah yang
menjenguk ke rumahnya. Setiap kali Huzair datang, Sitilah yang terpaksa
melayannya. Kadang-kadang Siti sangkutkan saja bungkusan telur itu dipaku luar
rumah. Tahulah Huzair mengambilnya. Tahu-tahu esoknya Huzair hulurkan duit
kepadanya. Sejak itu Huzair selalu senyum-senyum kepadanya. Dan selalu mereka
berjumpa di tepi padang Balai Raya sambil disaksikan Shidah dan Murni.

"Itu saja......setakat jumpa, borak-borak biasa.....takdelah aku jiwang-jiwang
kat dia pun...."Siti gigit bibir. "Macamana dia boleh tergerak hati nak pinang
aku pulak... pelik lah budak Zair nie...."

Siti biarkah cermin tingkap terus terbuka. Dia rebahkan badan semula ke atas
katil. Sambil melonggarkan ikatan kain batiknya, otaknya berpusing-pusing
mencari alasan terbaik untuk menolak hasrat Huzair. Petang tadi, emaknya
bertanya lagi. Ahhh....aku nak cakap apa? Nak tolak mentah-mentah macam tu aje?

"Nak bagi alasan sambung study.....study pun tak kemana. Nak kerja...kerja pun
tak dapat-dapat lagi.Duk rumah lama-lama, orang datang pinang
pulak....ishh...payah betul lar jadi pompuan ni. "Siti tersengih dalam gelap.
Dia cuba pejamkan matanya. Cuba memadamkan bayangan Huzair yang semakin
berasak-asak muncul dibenaknya. Sejak 2-3 hari ini, wajah lelaki itu ada di
mana-mana!

bsambung lagi kot...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 20-05-04 16:27




Part 5

"Siapa ni?"Suara di hujung talian kedengaran

"Siti!"

"Ohh...Siti...akak tengah masak ni..."

"Ala..Kak La....orang nak cakap ngan kak La nie....."Siti sandar badan tepi
bendul pintu.

"Kejap-kejap....akak nak kecikkan api dapur jap..."Siti tersenyum. Dia menanti
seketika sambil hujung jari menguit-nguit wayar telefon.

"Ha..Siti, pagi-pagi dah telefon akak ni, ada apa?"Suara dihujung talian
kedengaran lagi.

"Mm....Siti ada hal nak cakap ngan akak ni..."Siti toleh ke dapur. Takut kalau-
kalau emaknya ada di situ.

"Apa dia?"

"Mmm....Siti nak kerjalah kak. Kat tempat akak ada kerja kosong tak?"Siti kebam
bibir.

"Hai...dulu akak suruh datang sini cari kerja, kau tak nak. La ni, dah tukar
pikiran pulak. Kenapa?"Melah ketawa kecil.

"Takdelah...Siti dah boring duduk kat rumah jer. Mm...lagipun....Siti ada
masalah ni..."Suara Siti mengendur. Dia tidak mahu emaknya tahu dia mengadu
pada Kak Melah.

"Masalah apa?"

"Mmm...susah nak cakap.....malu laa..."

"Ishh...kau ni. Masalah apa sampai nak cakap pun malu."Dengus Melah.

"Masalah peribadi lah kak La......macam ni...eemm...errrr.."
"Apa bendanya? Nak pakai duit ker?"

"Eh, takdelah. Bukan pasal duit. Emm...macam ni. Hari tu, ada orang datang
rumah"

"Siapa?"

"Ntah, sapa ntah. Siti tak kenal sangat...."Siti pejamkan mata. Dia tahu Kak
Melah tak akan percaya kalau dia cerita perkara sebenarnya.

"Habis tu, kenapa?"

"Diorang kan....diorang datang...nak pinang Siti..."Siti rasa nak tergelak.

"Pinang sapa?"

"Pinang Siti!" Siti tutup muka kerana malu. Hujung talian senyap seketika

"Kak La...dengar tak?"Siti kuatkan suara.

"Pinang kau?"Siti angguk walaupun dia tahu Kak Melah takkan melihatnya.

"Biar betul!"

"Laa...tak percaya pulak. Tu yang masalahnya tu...."Siti mengeluh. Dia mendengar
gelak tawa di hujung talian.

"Ala...Kak La ni, ketawakan orang pulak...."Siti muncung.

"Akak macam tak percaya pulak adik akak ni dah dipinang orang. Muda-muda lagi
kau dah bercinta ye Siti....."Masih ketawa. Siti jadi geram mendengar
kata-kata kakaknya itu.

"Oo...ingat muka cam kita ni takde orang nak ker?"

"Habis tu, Siti nak ke?"

"Siti tak nak......tapi tak tahu nak cakap macamana ngan bapak. Mak kata kalau
dah tak kerja, tak belajar baik kawin jer....tapi Siti tak naklah...."Siti
julur tangannya untuk capai kerusi rotan tepi tv. Lenguh kakinya berdiri begitu.

"Kalau tak nak...buat apa bercinta...jiwang sana jiwang sini...."

"Mana ada! Orang tak bercinta pun lah...."Cepat-cepat dia tutup mulut bila
menyedari suaranya semakin kuat.

"Habis tu, kau nak lari ke sini la ye?"Siti sengih. Kalau dia dapat kerja,
bolehlah dia bagi alasan pada orang tuanya untuk tolak pinangan tersebut.
Bolehlah dia beritahu Huzair sebab dia tak mahu terikat sekarang. Dia dah dapat
kerja!

"Kak La carikanlah kerja.....nanti Siti boleh pergi sana....tak payah
kawin..."Sitimerengek.

"Issh..budak ni..tak paham aku....kalau tak nak kawin...buat apa gatal
bercinta..."

"Ala...Kak La..tak paham...nantilah kalau Kak La balik...Siti cerita...."Siti
merengek lagi.

"Mmm....."Melah masih ketawa.

"Siti nak akak pujuk mak supaya jangan terima pinangan tu ker?"

Siti tarik nafas dalam-dalam. Kepalanya ligat berfikir.

"Tak payah pujuk. Akak tolong carikan kerja je. Takpun....akak pura-pura
bagitahu mak, ada kerja kosong untuk Siti. Mesti mak suruh Siti kerja dulu....."

"Nak bohong kat mak ler ni?"

"Ala....bohong sunat....

"Pandailah kau....."Melah merengus. Seketika dia terdiam. Siti menunggu kata-
kata dari kakaknya itu.

"Sebenarnya, hujung minggu ni memang kak Melah nak balik kampung pun. Abang
Jais kau dapat cuti, tu yang ingat nak balik kampung sekali tu....."Melah
bersuara semula.

Senyum Siti melebar.

"Betul ker....bestnya....kak La jangan lupa carikan kerja ye. Kerja sapu sampah
pun jadiklah kak..."Siti ketawa halus.

"Kang akak dah cari, kau jangan tolak pulak...."Siti geleng kepala.

"Taklah.....Siti tak kisah kerja apa. Kali ni Siti tak nak tolak punya. Kalau
boleh Siti nak lari dari si Huzair tu.."

"Sapa? Huzair? Budak yang pinang kau tu ker?"Alamak....dah terlepas cakap
pulak. Siti gigit bibir.

"Okaylah kak La. Bye...."Cepat-cepat Siti letak gagang. Dia bergegas masuk ke
bilik lalu menjenguk ke tingkap. Terlihat emaknya terbongkok-bongkok menyapu
sampah depan rumah. Fuuhh.....Siti tarik nafas lega.

****************************************

Kereta kancil putih meluncur perlahan memasuki perkarangan rumah. Siti yang
sedang menyidai kain tersenyum lebar. Dia bergegas masuk ke rumah setelah
menyiapkan kerjanya. Kak Melah kelihatan sedang memunggah beg keluar dari bonet
kereta. Si kecil Fariana, membontoti ibunya. Manakala Abang Jais pula sedang
menyalami emak.

"Bapak mana mak?"Melah bersuara sebaik tangan emak disambut.

"Bapak kau ke mana lagi. Ke kebun getah la..belum balik lagi..."Mak Jah mencium
pipi si kecil Fariana. Meronta-ronta anak kecil itu dalam pelukan Mak Jah. Siti
tersengih sambil menyambut huluran beg-beg dari kakaknya.

"Bawak masuk bilik beg ni, Siti "Melah bersuara. Siti angguk. Setelah
meletakkan beg dalam bilik, dia kembali mendapatkan mereka yang sedang
berkumpul di meja makan. Tak sabar rasanya hendak mendengar keputusan Kak
Melah. Tapi Kak Melah hanya tersenyum padanya.

"Lama ke cuti Melah?"Mak Jah bersuara.

"3 hari mak. Tapi esok dah nak balik semula. Abang Jais ni nak singgah rumah
akak dia kat Melaka. Ada kenduri sikit.."Balas Melah perlahan

"Pegi buat air Siti.."Mak Jah cuit bahu Siti. Siti hampir-hampir mengeluh. Tapi
cepat-cepat dia bangun dari kerusi takut didengar emaknya. Silap-silap berbekas
pehanya dikutil emak.Sambil membancuh minuman, sesekali dia memanjangkan
lehernya, cuba mendengar perbualan mereka. Kalau-kalau mereka bercerita tentang
dirinya. Tapi, Kak Melah tidak pula menyentuh hal peminangan tersebut. Siti
menunggu-nunggu juga kalau Kak Melah bercerita tentang kerja kosong yang
dimintanya. Siti kembali ke meja makan lalu mengatur gelas minuman satu
persatu. Abang Jais terus mengambil dan meneguknya laju. Siti tersengih. Dia
kembali duduk di sebelah Mak Jah.

"Esok Siti ikut Kak La balik KL "Tiba-tiba terpacul kata-kata dari Melah. Siti
gamam.

Dia pandang wajah Kak Melah bagai tidak percaya. Mak Jah juga sedikit terkejut.

"Eh, kenapa nak bawa Siti ke KL pulak?"Mak Jah bersuara.

"Ada kerja kosong kat KL mak, itupun kalau Siti nak...."Balas Melah.

"Nak, nak.."Siti tidak sedar dia telah menyampuk.

"Ish budak ni..."Mak Jah tepuk tangan Siti. Siti tersengih.

"Kerja apa kat sana tu, Melah?"

"Emm...kerja kat rumah orang. Jaga budak. Macam babysister la. Bukannya orang
lain. Sedara jugak dengan Abang Jais ni. Memang Melah kenal..."Melah bersuara
lambat-lambat. Dia bimbang juga kalau emaknya tidak bersetuju. Siapa yang nak
jadi orang gaji!

"Jadi orang gaji?"Jengil Mak Jah. Siti gumam. Dia benar-benar terkejut. Tak ada
kerja lain ke? Orang gaji? Jaga budak? Ishh...tak glamer langsung.

"Bukanlah orang gaji betul, mak. Diorang memang dah ada orang gaji. Ni untuk
jaga budak je. Tak lama. Sebulan dua. Kebetulan anak makcik tuan punya rumah tu
sakit. Tengah berubat kat luar negeri. Tak ada sapa nak jagakan anak
dia....dia mintak tolong dengan Abang Jais carikan siapa-siapa yang boleh
tolong untuk sebulan dua je ni. "

Melah pandang Siti. Siti hanya menunduk. Dia tidak menyangka kerja yang Kak
Melah carikan seperti itu. Dia sangkakan kerja di ofis atau di kilang. Dapat
juga dia melaram.

Mak Jah mengeluh. Dipandangnya Melah sungguh-sungguh. Abang Jais bangun tiba-
tiba. Mungkin dia tidak mahu ikut campur dengan urusan tersebut. Biasanya dalam
hal keluarga, Abang Jais lebih banyak mendengar dari bersuara. Tapi seketika
kemudian dia kembali semula duduk di sebelah Kak Melah sambil tangannya
mengenggam sesuatu.

"Ni ha.. .kalau mak nak tengok. Mereka ni ada pertalian saudara dengan sebelah
atuk saya. Tapi atuk dah meninggal."Abang Jais menghulurkan album gambar. Mak
Jah mengambil album tersebut lalu menatap foto yang dimaksudkan. Siti
memanjangkan lehernya.

"Emm.....orang berada..."Mak Jah bersuara perlahan.

"Ala...orang biasa je mak...."Abang Jais bersandar.

"Apa sakit anaknya ni?"Tanya Mak Jah lagi.

"Kanser...."Balas Melah. "Kesian mak. Dah lama dia sakit. Berubat kat sini, tak
jalan.Seminggu lepas, mereka ke luar negeri. Tak tahulah berapa lama kat
sana. Tu yang anak-anak dia ditinggalkan kat rumah orang tuanya. Tapi Mak Engku
tu dah dah uzur mak. Tak larat nak jaga cucu-cucu dia tu. Tu yang diorang suruh
Abang Jais carikan penjaga untuk sebulan ni.."Melah teguk air seketika.

"Kenapa tak dihantar ke tempat orang jaga budak tu. Apa nama dia..."

"Nurseri!"Celah Siti tiba-tiba.

"Susah nak hantar sana mak. Pagi kena hantar, petang nak kena ambik semula.

Yang dua orang tu pula dah bersekolah. Senang nak uruskan kalau tinggal di
rumah. Kalau hantar nurseri susah pula nak ke sekolah nanti."Balas Melah lagi.
Sesekali dipandangnya wajah Siti yang tekun mendengar.

Siti ambil album gambar tersebut lalu menatap photo sebuah keluarga yang sedang
duduk di kerusi mewah. Berlatar belakangkan sebuah ruang tamu yang luas.
Emmm....memang kaya. Rumah besar...bisik hati Siti. Anak-anak pasangan itu
comel-comel belaka.
Tampak bahagia. Tak sangka keluarga sebahagia itu sedang berperang dengan
kesulitan yang amat. Siti tahu penyakit barah bukanlah penyakit yang mudah
diubati. Paling tidak, pasti harus menjalani pembedahan atau proses kimoterapi
yang selalu Siti baca diakhbar-akhbar. Amat menyeksakan!

"Habis tu, kau nak Siti jaga budak-budak ni?"Mak Jah bangun dari kerusi.
Menjenguk ke pintu, kalau-kalau Pak Seman sudah pulang dari menoreh.

"Dari Siti ni duduk rumah tak buat apa. Biarlah dia ke sana, mak. Bukannya
lama. Sebulan je. Lagipun bukannya jauh sangat dari rumah saya. Abang Jais ni
pun selalu ke sana tengok-tengokkan anak-anak mereka tu."Melah pandang Abang
Jais yang sedang menyelak helaian akhbar.

Mak Jah kembali duduk. Dia menarik nafas panjang.

"Mak ni tak kisah kalau Siti ni nak bekerja. Kat bandar tu kan banyak kerja.
Tapi dia tak nak. Nak ke KL jugak. KL tu lagi susah nak cari kerja..."Mak Jah
renung Siti lama.Siti jadi serba salah. Dia pandang Kak Melah yang tersengih
penuh makna.

"Kerja kat rumah Mak Engku tu pun bagus jugak mak. Makan minum tempat tinggal
semua cukup. Gaji pun diberi. Saya pulak boleh tengok-tengokkan. Kalau kerja
kilang ni,saya tak percaya sangat budak-budak sekarang ni. Lagi-lagi macam Siti
ni.." Siti jengil mata ke arah Melah.

"Siti ni nak ke kerja jaga budak ni? Tak percayalah mak. Masak pun tak
reti...."Mak Jah muncung bibir. Siti gigit bibir sampai sakit. Dadanya berdebar
tiba-tiba. Ahh...kalaulah mak tahu aku sanggup buat semua ni semata-semata
kerana ingin lari dari Huzair!

bsambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 20-05-04 16:32




nntkn sambungannye...
cinta mmg luar biase
kentut pon wangi...erk ye ke...ntah le

[ Posting ini telah di edit oleh: zilal pada 2004-05-20 16:36 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

ain_filzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3416
Posting: 207
Dari: bumi rantauan

brazil  


posticon Posting pada: 20-05-04 16:36




sekali dia sambung....... tapi tak habis2 lagi da.......
interesting stody!, tiap kali ain masuk ukhwah, for sure jenguk BUKAN CINTA BIASA....

wassalam

-----------------
tiada puisi seindah kejujuran tiada lukisan seindah kesetiaan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_filzahProfil   Hantar PM kepada ain_filzah   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 20-05-04 17:31




mcm drama la... bila siti nak wat rakaman album dan jd glamer ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

daquayza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6050
Posting: 153
Dari: sp

Kedah  


posticon Posting pada: 20-05-04 17:45



A`ah bila yer?

Bookmark and Share

    


  Member Information For daquayzaProfil   Hantar PM kepada daquayza   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 21-05-04 13:18


Part 6

Lama Siti menanti. Sudah lenguh lututnya berdiri di bawah
pokok jambu batu tepi sungai itu.Sekejap dia menyandar, sekejap dia
bertinggung. Sesekali dia memandang ke langit. Mencongak-congak sudah
jam berapakah waktu itu.

Seingat dia selepas Asar tadi dia terus bergegas ke situ.
Sebelum itu dia sudah ingatkan Huzair melalui telefon. Dia ingat lagi
suara ceria Huzair sebaik mendengar dia ingin berjumpa. Agaknya dia
ingat aku nak terima dia. Ahh....kesiannya....tapi!


Dia memandang ke bawah. Sekejap-sekejap ke arah anak-anak
ikan yang berenang di takungan jernih celah-celah batu. Sekejap-
sekejap ke deretan semut-semut hitam yang susup sasap bawah daun-daun
kering. Sudah dua tiga kali juga kakinya pedih digigit semut-semut
hitam itu. Tergaru-garu dia menahan gatal sambil mulutnya mula
membebel. Ahh..lain kali aku suruh bapak buat bangku
kat sini. Senang aku nak dating! Getus Siti.

"Si Huzair ni pun satu. Aku nak jumpa dia buat-buat lambat
pulak. Kang aku pegi tak cakap ngan dia, merana pulak!"Siti toleh ke
hujung jalan.Menanti kelibat Huzair.

Malam tadi, sewaktu menonton tv, setelah puas dipujuk Siti
dan panjang lebar diterangkan Kak Melah, akhirnya emak bersetuju juga
melepaskan dia ke KL. Itupun dengan berbakul pesanan yang Siti
sendiri tidak berapa ingat. Yang dia ingat, emak bagi tempoh sebulan
dua saja bekerja di rumah orang kaya itu. Bila mereka pulang dari
luar negara, Siti harus berhenti kerja. Cari kerja
lain atau pulang saja ke kampung. Siti tersengih mendengarnya. Dia
tahu dia akan pilih yang pertama dari yang kedua. Dia akan cari kerja
sampai dapat. Untuk balik ke kampung dan bersetuju untuk berkahwin
dengan Huzair, adalah mustahil!

Walaupun Siti sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana dia
boleh menerima kerja tersebut, tapi setelah difikir dalam-dalam, dia
rasa itu adalah jalan yang paling baik buat masa sekarang. Paling
baik kerana dia sendiri tiada pilihan lain. Daripada duduk rumah dan
menanti hari-hari untuk bergelar seorang isteri, lebih baik dia
mengadap budak-budak tu. Lagipun tempohnya
bukanlah lama sangat. Kak Melah kata, pasangan tersebut ke luar
negara untuk berubat mungkin mengambil masa sebulan saja. Paling lama
pun dua bulan. Dalam tempoh itu dia perlu menjaga dan menguruskan
anak-anak mereka. Sambil menjaga mereka, bolehlah dia memohon apa-
apa kerja lain di bandar KL itu. Dalam masa sebulan tentu boleh
dapat. Kak Melah dan Abang Jais pun
boleh tolong carikan.

Lagipun, apalah susah sangat jaga budak-budak tu......bisik
hati Siti. Walaupun aku tak ada adik, tak pernah jaga budak kecil,
itu bukan bermakna aku tak boleh buat. Setakat tengok-tengok aje,
kemaskan pakaian diorang, buatkan bekalan diorang, rasanya mudah
saja!.Siti tersengih lagi.Dia pandang ke belakang sekali lagi.
Isssh.....bencinya aku! Siti hentak kaki. Tak guna punya lelaki.Aku
tunggu bagai nak gila, dia tak datang jugak. Tak apa, lepas ni kau
tak dapat jumpa aku lagi!

Siti beredar dari bawah pokok jambu batu itu. Dia berjalan
laju. Baju kurungnya berkibar-kibar diterpa angin. Tangannya menyeluk
kocek di tepi baju. Mengeluarkan sekeping kertas putih yang dilipat.
Kertas itu disiapkannya malam tadi. Untuk diberikan kepada Huzair.

Siti berlari-lari anak. Dia ingin ke rumah Shidah yang
jauhnya hanya beberapa batang tiang lampu dari situ. Dia tahu Shidah
ada dirumah kerana mereka tidak berjanji untuk keluar ke padang hari
ini. Lainlah kalau Shidah ke bandar, menjaga kedai pengantin emaknya.

"...Shidah..."Siti mencungap sebaik tiba di
laman rumah Shidah. Dia pandang ke arah tingkap yang terbuka.
"Shidahh!!"Siti memanggil lagi. Pintu terbuka dan Shidah
terjengul dengan wajah mengantuk.
"Kau ni mesti tengah tido!"Siti menapak ke depan pintu.
Shidah tersengih.
"Rumah aku tak ada orang lah....mak bapak aku pergi jemputan
kawin kat kampung. Adik-adik aku semua gi main tak ingat nak balik
rumah."Dia bertinggung depan pintu. "Habis tu, aku nak buat apa. Nak
tengok tv tak ada cerita best. Baik aku tido....."Dia menguap lagi.
"Aku datang ni nak ucapkan selamat tinggal kat kau...."Siti
bersuara perlahan. Shidah mendongak,memandang Siti tanpa reaksi.
"Aku nak pegi KL.."
"Ada apa kau gi KL, kau gi dengan sapa?"Shidah bertanya malas.
"Pegi dengan akak aku..."Balas Siti.
"Emm....kau nak tanya aku nak kirim apa eh?"Shidah angkat
kening."Emmm....nak kirim apa ek....."
"Wei...tak payah nak kirim-kirim. Aku bukannya nak pegi makan
angin. Aku nak duduk rumah akak aku. Nak kerja kat sana..."
"Haa?"Mata Shidah membulat. Dia bingkas bangun.
"Kau nak duduk sana?"
"Ha'ah....tu sebab aku jumpa kau ni. Kejap lagi aku nak
bertolak dengan akak aku."
"Tiba-tiba je kau nak ke sana, kenapa? Kau dah dapat kerja
ke?"
Siti terdiam sejenak. Lama kemudian baru dia mengangguk.
'Eh...kerja apa ha?"Shidah tampak teruja. Siti mendengus.
"Kerja apa?"Shidah goncang bahu Siti. Siti serba salah.
"Emm...kerja kat...ofis mana ntah. "Siti senyum tawar.
"Bestnya!"Shidah terlonjak."Dapat jugak kau kerja ye.....:
"Alah.....akak aku yang carikan...."Balas Siti perlahan.
"Kau nak pergi hari ni ker?"Shidah muram."Kenapa cepat
sangat.....nanti tak dapat jumpa kau lagi.."
"Alah..bukannya aku tak balik lagi. Nanti kau kirim salam kat
Murni ye. Aku tak sempat nak jumpa dia."Siti hulurkan kertas putih
tadi."Emm...yang ni, kau tolong bagi pada Huzair..."
"Wow..surat apa ni?surat cinta eh?"Shidah cepat-cepat sambar
kertas tersebut.
"Surat cerai!"Siti ketawa."Kau jangan baca
pulak....Okaylah..aku nak
balik dulu.."Siti depangkan tangannya. Shidah pantas memeluk erat
temannya itu. Airmatanya hampir menitis. Tak dapatlah lagi mereka
lepak-lepak dan bersembang seperti biasa.

"Jangan lupa tepon eh!"Laung Shidah sebaik Siti mula beredar.
Siti angkat tangannya sebelum hilang dibalik rimbunan lalang.

*****************************
"Kenapa lambat sangat ni?"Mak Jah menegur Siti sebaik melihat
anaknya itu terkocoh-kocoh memunggah beg.
"Jumpa buah hati mak...."Sahut Melah bersahaja.
"Mana ada. Orang pegi jumpa Shidah lah!"Siti tarik muka.
Melah ketawa. Dia mendukung anak kecilnya, Fariana yang terlena.
"Dah cepat masukkan beg tu. Kita nak singgah Melaka ni. Takut
terlepas kenduri tu nanti.."
Melah buka pintu kereta lalu membaringkan anaknya di kerusi belakang.
Abang Jais sudah menanti
di dalam kereta.
"Melah balik dulu, mak..."Melah mencium tangan Mak Jah. Mak
Jah mengangguk. Tiba giliran Siti, dia mula mengesat mata.
"Mak janganlah nangis. Siti pergi tak lama."Siti terharu. Dia
menyeka air mata yang tidak dapat ditahan lagi. Tubuh Mak Jah dirakul
erat. Mak Jah mengusap rambut Siti.
"Kat tempat orang nanti, perangai tu jaga elok-elok. Jangan
melawan cakap..."Mak Jah mengingatkan."Sembahyang jangan tinggal..."
Siti terangguk-angguk. Dia menyeka air mata lalu mencium pipi
kedut Mak Jah. Sayu hatinya bila mengenangkan selepas ini hanya emak
dan bapanya saja yang tinggal dirumah. Pasti emaknya kesunyian. Tapi
apa boleh buat. Dia harus menurut kata hati. Dia juga ada kehendak
sendiri. Yang pasti kehendaknya itu bukanlah untuk menerima sesiapa
buat masa ini.

Siti masuk ke dalam kereta. Sebaik kereta mula bergerak, dia
melambai ke arah Mak Jah yang tegak berdiri di tepi pintu. Dalam
hati, dia sedikit terkilan kerana tidak sempat bertemu bapanya.
Bapanya mengikut jiran sebelah ke bandar atas sedikit urusan. Tapi
bapanya awal-awal sudah memberi keizinan untuk dia bekerja. Kerana
itu walaupun dengan berat hati, Siti tetap berasa lega kerana
hasratnya tidak dihalang.

Kereta mula meluncur laju. Semakin lama kampungnya
ditinggalkan, semakin berdebar perasaan di hati. Berdebar kerana dia
sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan dia nanti.
Bagaimana dia akan hidup dalam sebuah rumah yang asing, dan
dikelilingi manusia-manusia asing. Betahkah dia?
Walaupun hanya untuk tempoh yang singkat, tapi semua itu tetap
memerlukan penyesuaian. Bagaimana kalau dia tidak betah tinggal di
situ. Atau dia tidak mampu membuat kerja yang diamanahkan dengan baik?
Walaupun menjaga budak-budak itu seperti satu kerja yang enteng, tapi
pasti menggugat kesabaran. Pasti mencabar dirinya yang langsung tidak
punya pengalaman. Ahh...kenapalah kerja sebegini yang aku inginkan!

"Kalau ngantuk, tidurlah Siti. Jauh lagi ni.."Melah bersuara,
memecah kesunyian. Siti mengalih pandangan. Menatap wajah Fariana
yang lena disebelahnya. Matanya juga sudah semakin layu. Dia malas
lagi hendak memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan dihadapi
nanti.Biarlah.Biarlah masa yang menentukan.

Siti terlena seketika. Sehinggalah dia tersedar semula, hari
sudah menggelap. Fariana sudah berada dipangkuan ibunya. Abang Jais
pula masih tekun memandu. Siti menggosok mata lalu memandang
sekeliling. Deretan kereta di kiri kanan jalan menyaingi perjalanan
mereka. Siti tersenyum.Sudah lama dia tidak berjalan jauh seperti ini.

"Dah sampai mana ni, kak?"Tanya Siti.
"Pagoh. Kejap lagi sampai la ni..."Siti pandang jam pada
dashboard. Sudah jam 8.15. Dia kembali menyandar sambil mata
tertancap pada lampu di kiri kanan jalan. Semakin lama semakin layu.
Akhirnya dia kembali terlelap.

Sedar-sedar mereka sudah sampai di rumah kakak Abang Jais.
Kenduri sudah pun bermula. Oleh kerana orang sudah ramai di ruang
tengah, Siti mengekori kakaknya masuk melalui dapur. Di dapur juga
sudah ramai orang. Siti bersalaman dengan beberapa orang makcik di
situ walaupun dia sedikit
segan dan tidak mengenali mereka. Selepas meletakkan beg di dalam
bilik, dia duduk bersama-sama tetamu lain yang sedang membaca surah
Yassin. Kak Melah sudah hilang dari pandangan. Tapi Siti sudah tidak
mahu memikirkan. Dia cuma ingin cepat-cepat menyambung tidur dan
tidak sabar untuk menanti perjalanan ke Kuala Lumpur esok.

bsambung lagi kot!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

nazirah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.01.2004
Ahli No: 6301
Posting: 43
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 22-05-04 00:24


Best la cerita ni....
x sabar nak tunggu sambungannya......

Sabor je la..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazirahProfil   Hantar PM kepada nazirah   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 22-05-04 08:25


Part 7

Jam 8.30, Siti sudah siap mandi dan berdandan. Pagi itu dia mengenakan sepasang baju kurung warna biru laut dan tudung juga berwarna biru, sedikit gelap. Seperti biasa, hanya bedak bayi Johnson tercalit di wajahnya. Dan sedikit pelembap bibir dioles pada dua bibir. Warna merah samar. Teragak juga dia hendak mengenakan lipstik sekali kala,tapi sebatang lipstick pun dia tidak punya. Hendak pinjam dengan Kak Melah, dia malu. Akhirnya, minyak wangi pemberian Shidah dan Murni pada hari lahirnya tahun itu disembur di seluruh badan. Semerbak bau memenuhi ruang bilik yang kecil itu. Siti tersenyum puas.

Beg tangan yang Kak Melah beri pada hari raya tahun lepas masih elok untuk dipakai. Siti menyandang beg tangan tersebut lalu memandang dirinya dicermin. Dia tersenyum lagi. Dia rasa gelihati. Ahh....bersopannya aku! Macam nak jumpa mak mentua! Dia membelek-belek seketika sehingga puas. Kemudian,dia beredar ke ruang tamu menanti Kak Melah yang menghantar anaknya Fariana ke rumah jiran sebelah. Sudah 2 tahun, makcik sebelah rumah itu menjaga Fariana.

Perutnya sejak tadi berkeroncong, tapi dia malas untuk makan. Dia cuma sempat meneguk nescafe yang Kak Melah buat pagi tadi. Sarapan yang ada hanya roti dan jem. Dia kurang gemar menikmati sarapan seperti itu. Kalau dikampung,emak rajin buat jemput-jemput, goreng pisang atau nasi lemak. Kalau roti pun, dia lebih suka makan cicah sardin atau telur hancur goreng. Tiba-tiba dia berasa kecur bila teringat itu semua. Semakin berkeroncong perutnya dirasakan.

Terdengar bunyi pagar rumah dibuka. Siti terus meluru keluar lalu menyarung sandal tali warna hitam. Mendapatkan kakaknya yang sedang menghidupkan enjin kereta.

"Tolong kuncikan pintu, Siti" Melah menghulurkan seberkas anak kunci.Siti menurut. Terkial-kial dia cuba mengunci mangga
pintu tersebut. Kemudian, mengunci pagar rumah pula setelah kereta dikeluarkan. Sebaik dia masuk, kereta mula bergerak.

Perjalanan yang dilalui agak lama juga. Siti tidak berapa pasti arah perjalanan mereka. Dia cuma nampak banyak signboard di kiri kanan jalan. Kereta pula berpusu-pusu bagai saling mengejar. Beberapa kali mereka terpaksa memperlahankan kereta dan terpaksa menunggu lama di persimpangan lampu isyarat. Siti berasa agak rimas dengan keadaan itu. Apalagi pagi mula memancarkan terik matahari. Dia rasakan KL agak panas dibandingkan dengan kampungnya yang sejuk dan rimbun dengan tumbuhannya. Bagaimana dia dapat hidup dalam suasana kelam kabut seperti ini?

Lepas dari lampu isyarat, mereka mula melalui jalan yang agak lengang dibandingkan di bandar tadi. Siti menarik nafas lega. Kali ini barulah matanya terbuka sedikit, melihat bandaraya KL yang penuh dengan bangunan-bangunan tinggi.Dia sedikit kagum dan menyedari betapa sudah lamanya dia tidak menjejak kaki ke daerah pesat itu. Paling akhir seingatnya, ketika mengikuti rombongan sekolah ke Zoo Negara 10 tahun yang lalu. Sudah terlalu lama!

Tidak banyak perbualan antara mereka kerana Siti lebih asyik memerhatikan sekelilingnya. Dia begitu teruja melihat rumah-rumah yang tersergam indah di kiri kanan jalan. Dua tiga kali ganda besar dari rumahnya di kampung. Tinggi-tinggi pula.
Siti terfikir, alangkah bertuahnya dia andai dapat memiliki rumah semewah itu. Seumur hidup pun mungkin dia tidak akan
dapat memilikinya. Rumah Kak Melah yang kecil itu pun sudah beribu harganya. Apalagi rumah-rumah semewah ini!Siti menggeleng kepala.

"Kita dah nak sampai ni..."Melah memecah sepi. Mereka sampai di satu selekoh. "Kat sini?"Siti tertoleh.
"Rumah mereka kat area-area ni jugak le..."Balas Melah, memperlahankan kereta ketika melalui bonggol berbelang hitam kuning.
"Kayanya diorang. Rumah kat sini besar-besar...."Gumam Siti.
"Sini memang perumahan orang-orang kaya. Golongan elit...."Melah senyum.
"Siti takutlah Kak.....orang kaya mesti sombong..."Siti kebam bibir.Melah ketawa.
"Orang kaya ramai yang sombong. Tapi yang ni tak sombong langsung. Mak Ungku memang baik. Family dia semua okay...."
Balas Melah. Dipandangnya wajah Siti yang berkerut.
"Jangan risaulah. Akak kan ada."
"Tapi akak jauh. Bukannya duduk satu rumah pun..."
"Abang Jais kan selalu datang sini..."
"Emm....."Siti terdiam. Hatinya semakin berdebar. Tatkala Melah memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah besar, Siti pejamkan mata seketika . Dia rasa seperti bermimpi. Beginikah rasanya orang yang baru mula bekerja?

"Jom, cepatlah turun..."Melah ketuk cermin kereta. Dia sudah pun berdiri di tepi kereta. Siti mengeluh.Dia benar-benar
rasa takut. Dia berjalan perlahan, lalu berdiri di samping Melah,memerhatikan pagar besi berukiran perak itu mula bergerak.
Terbuka sedikit demi sedikit. Macam iklan yang pernah dia lihat di kaca tv suatu ketika dahulu. Tetapi yang ini saiznya dua
kali ganda besar lagi. Tidak mengeluarkan bunyi langsung.

Melah menarik tangan Siti. Dia dapat rasakan jemari adiknya itu dingin bagai ais. Melah tersenyum. Dulu masa mula-mula Abang Jais bawa dia ke sini, dia juga seperti Siti. Seram sejuk dan berdebar tak tentu pasal. Dia tidak pernah berhadapan
dengan orang-orang mewah seperti ini. Sekali, dia serba tak keruan. Dua kali, dia mula selesa. Hari-hari berikutnya, dia
berasa senang setiap kali ke rumah itu. Berbual-bual dengan Mak Ungku yang peramah dan rajin bercerita. Walaupun orang berharta, mewah pula tetapi pergaulannya dengan orang-orang biasa sama saja. Tidak sombong atau berlebihan.Mak Ungku seorang wanita yang terserlah sifat keibuannya. Sudah agakuzur tetapi masih kuat semangat dan jarang mengeluh. Walaupun hampir saban hari terpaksa menghabiskan masa di kerusi roda.

Seorang wanita muda muncul dari tepi rumah. Memakai uniform dan apron putih. Siti tersenyum
melihat pakaian wanita itu yang tak ubah seperti jururawat zaman 70-an.Kot-kot aku pun kena pakai macam ni. Ishh!

"Ooo Ibu Melah sudah sampai...."Sapanya ramah. "Puan sudah lama tunggu di atas..."Melah mengangguk. Wanita itu membuka pintu lalu mempersilakan mereka masuk.Sebaik melangkah, Siti gamam seketika. Matanya terpana melihat keindahan rumah tersebut. Benar-benar mewah.Melihat lampu kristal yang tergantung di siling ruang tersebut saja sudah membuatkan hatinya gerun. Agaknya harga lampu ni saja boleh beli sebiji motor bapak! bisik hatinya.

"Ibu Melah bisa naik ke atas saja. Puan sudah tunggu di kamar bacanya." Wanita itu bersuara sebaik mereka sampai di kepala tangga. Melah angguk sambil tersenyum. Dia tarik tangan Siti, ikut sama menaiki tangga.
"Orang Indon ye kak?"Bisik Siti. Melah mengangguk.
"Itu Kartini. Dialah yang memasak untuk orang rumah ni."
"Nanti Siti kena pakai baju macam tu ke?"
"Tak tahu pulak akak. Agaknya kot!"
"Isshh...tak nak lah Siti. Kelakarlah pakai macam tu. Macam orang portugis zaman dulu..."Melah ketawa kecil mendengar
omelan Siti. "Takkan jaga budak pun nak pakai formal macam tu?"
"Habis, kalau dah disuruh, nak buat macamana. Ikut je la..."Siti muncung mendengar jawapan kakaknya.
"Ini bilik bacaan Mak Ungku....biasanya mereka sekeluarga suka membaca di sini..."Melah bersuara sebaik mereka
sampai di depan pintu. Perlahan, dia mengetuk pintu. Ada suara menyahut dari dalam sana, menyuruh mereka masuk.

Sekali lagi Siti terpegun. Rasa-rasanya, bilik bacaan tersebut tak ubah seperti perpustakaan di sekolahnya. Cuma bilik ini agak kecil sedikit. Tetapi susunan buku-buku di setiap bahagian dinding membuatkan ia kelihatan luas dan selesa. Seorang wanita berjubah kelihatan di tepi tingkap. Sedang duduk membaca sesuatu sambil menikmati minuman. Dia menoleh dan tersenyum memandang mereka. Bila dihampiri ternyata bukanlah jubah yang dipakai wanita itu, tetapi kain tebal yang diselubung ke seluruh badan. Macam orang kesejukan di musim salji.

"Apa khabar Mak Ungku?"Sapa Melah seraya menyambut huluran tangan wanita itu. Wanita yang dipanggil Mak Ungku itu ketawa kecil.
"Macam ni lah Melah. Sihat tak sihat, sakit pun tak sakit..."Melah ketawa sama.
"Senyap sunyi je rumah ni Mak Ungku. Mana diorang semua?"
"Emmm....Pak Amin baru kejap tadi hantar budak-budak tu ke sekolah.Lisa ke kelas. Wari biasalah. Pagi-pagi
lagi dah keluar. Ke mana ntah. Katanya ikut kawan pergi konvoi. Tak tahulah makcik...."Mak Ungku menghampiri Siti.
"Ni ke Siti yang Melah dan Jais cerita hari tu?"Matanya tunak memandang Siti. Siti tersipu.
"A'ha..ni lah adik saya kat kampung tu, Mak Ungku. Siti Nuranis.
Panggil Siti boleh, panggil Mek Ti pun boleh. "
Isshh akak ni! Nama glamour aku kat kampung pun dia pergi kepoh! Rengus Siti dalam hati.
"Haa....muda lagi. Sebaya dengan Wari agaknya. Wari tahun ni masuk 24....."
"Saya 20 tahun, Mak Ungku.."Siti bersuara.
"Oo...lebih kurang Lisa la. Lisa tahun ni baru nak ambil SPM" Siti
terangguk-angguk. "Habis tu, datang sini, mak izinkan tak?"
"Mak izinkan. Lagipun bukannya lama sangat..."Siti tak tahu
kata-katanya itu betul atau tidak. Nak bercakap pun dia teragak-agak.
"Emm...memang tak lama. Anak makcik tengah berubat kat London. Makcik pun tak tahu berapa lama mereka
di sana. Mungkin sebulan dua. Jadi makcik minta, kalau Siti tak keberatan, Siti tolong jaga cucu-cucu makcik yang
dua orang tu. Makcik yakin Melah sudah ceritakan pada Siti..." Siti angguk lagi.

"Budak dua orang tu nakal sikit. Tapi dengar cakap. Cuma kat rumah ni tak ada orang nak tengok-tengokkan.Si Kartini tu datangnya pagi. Basuh kain, masak, kemas rumah. Petang dia balik semula. Malam kadang-kadang Lisa pergi tuition. Kadang-kadang tak balik rumah. Ada study group dengan kawan-kawan asrama dia. Si Wari pulak, memang tak lekat langsung kat rumah. Kalau tak pukul 12 memang tak nampak batang hidung. " Mak Ungku meneguk air seketika. Nampak seperti keletihan. Uzur benar orang tua ni, bisik hati Siti.

"Makcik ni dah tak kuat nak jaga budak-budak. Kalau kaki ni tak sakit,tak apa jugak. Bila dah naik atas, rasa malas benar nak turun bawah. Tak ada orang nak tolong pimpin. Lisa tu,nak ambil SPM. Dia malas sikit nak jaga budak-budak tu...."Sambungnya lagi.

"Eh, kita turun bawahlah. Terperap kat dalam ni, tak bernafas...meh kita turun bawah..."Mak Ungku tarik tangan Siti. Siti sedikit terkejut. Tapi diturutkan saja. Kerusi roda itu ditolak perlahan-lahan. Sampai di tangga,Mak Ungku bangun
perlahan-lahan. Dia masih boleh berjalan. Cuma tidaklah selancar orang lain. Langkahnya mendengkot sedikit dan memerlukan sokongan orang lain. Melah memeluk pinggang Mak Ungku sementara Siti mengampu bahu. Nasib baik tangga tidak terlalu tinggi. Mengah juga Siti dibuatnya.

Dibawah rupanya terdapat sebuah lagi kerusi roda. Melah memimpin Mak Ungku duduk di kerusi roda tersebut lalu menyorongnya ke luar rumah. Mereka sampai di laman rumah yang dipenuhi pokok-pokok bunga.Agak redup sedikit dan berangin. Di tengah laman ada kolam mandi yang airnya jernih. Mata Siti terpaku memandang air kolam yang berkaca-kaca itu. Ahh....bahagianya hidup di
dunia seperti ini!

"Duduklah Siti, Melah..."Mak Ungku menunjuk ke arah kerusi batu berhampiran kolam renang. Siti duduk di sisi Mak Ungku. Diperhatikan sekeliling laman tersebut. Terasa seperti berada dalam dunia lain. Dia selalu menonton drama-drama televisyen yang memaparkan kehidupan seperti itu.Ada kolam renang, ada kerusi batu, ada bunga-bungaan. Tak sangka hari ini, dia merasai semua itu!

"Kalau Siti setuju, Siti boleh terus tinggal di sini. Bilik Siti,makcik sudah suruh Kartini siapkan. Nanti Kartini boleh
tunjukkan. "Mak Ungku senyum pada Siti.
"Kartini....kartini..."Suaranya sedikit kuat, memanggil Kartini.
"Ya, Puan!"Kartini muncul tergesa-gesa dari dalam. Tangannya memegang sudip. Siti tersenyum gelihati melihat gelagat wanita Indon itu.
"Tolong buat air ya. Kek yang Lisa beli semalam tolong keluarkan
sekali..."Kartini mengangguk ."Hari ni, kamu masak apa?
"Emm...seperti yang Puan pesan malam tadi. Ayam dimasak lemak cili padi. Ikan terubuk harus dibakar.
Saya juga ada buat percal...."Mak Ungku terangguk-angguk.
"Ayam tu jangan dimasak semua. Separuh gorengkan untuk Didi dan Fifi.Dan telur goreng kicap jangan lupa. Budak-budak tu memang suka sangat telur goreng kicap..."
"Bisa saja Puan..."Balas Kartini terangguk-angguk. Dia masuk semula ke dalam. Siti menelan liur. Teringat perutnya yang berkeroncong sejak tadi. Lepas ni, dia nak makan banyak-banyak!

"Emm...Mak Ungku, rasanya saya tak boleh lama di sini. Saya masuk kerja setengah hari ni. Saya ingat nakberansur dulu la..."Melah tiba-tiba bersuara.
"Eh, tunggulah kejap. Kita makan kat sini..."Mak Ungku menahan Melah yang sudah bersedia untuk bangun.
"Dah pukul 10 ni, Mak Ungku. Nak balik ofis ni, paling tidak pukul 12 baru sampai. Saya gerak dulu la Mak Ungku.."
"Minumlah dulu.....sekejap je lagi...."Mak Ungku tarik tangan Melah. Melah serba salah.
"Emm..iya la..."Akhirnya dia mengalah. Dia pandang Siti sejenak.
"Saya serahkan Siti ni pada Mak Ungku. Mak Ungku tolongla jaga dia ya.Kalau dia buat salah, Mak Ungku nasihatkanlah dia. Kalau nak marah pun, marahlah..."Melah renung Mak Ungku. Mak Ungku ketawa.
"Apa nak marah pulak. Siti ni kan dah besar. Dah pandai buat kerja.Lagipun jaga budak bukannya payahbenar. Buat macam adik-adik jer..."Siti senyum mendengar kata-kata Mak Ungku. Ternyata wanita separuh usia ini berhati lembut. Tutur katanya lunak. Benar kata Kak Melah.
"Siti pun, janganlah malu-malu kat rumah makcik ni. Rumah ni memang besar, tapi tak ada orang. Kalau pagi-pagi macam ni memang senyap sunyi. Pukul 12 nanti, budak-budak tu balik, haa...barulah meriah sikit."Mak
Ungku tepuk bahu Siti. Siti mengiyakan.

Kartini muncul kembali menatang dulang berisi minuman. Siti memerhatikan gerak geri wanita itu. Rasanya Kartini dalam lingkungan 30-an. Tubuhnya sedikit berisi tetapi kulitnya putih. Wajahnya agak cantik juga. Rambutnya kerinting kasar di ikat dua macam budak-budak sekolah. Dulu, Siti juga selalu tocang rambut begitu. Tocang ekor kuda.

"Minumlah Melah...Siti.."Pelawa Mak Ungku. Siti mengangkat gelas berisi air limau. Diteguknya laju. Kak Melah juga minum. Tapi dia minum sedikit saja. Mungkin dia perlu bergegas untuk ke tempat kerja.
"Terima kasihlah Mak Ungku. Saya nak gerak sekarang ni..."Melah hulur tangan. Mak Ungku merengus.
"Melah ni selalu macam ni. Kalau datang rumah makcik, selalu nak balik cepat. Ajak makan sekali pun tak
nak....."Mak Ungku muncung. Melah ketawa. Dia tahu Mak Ungku memang begitu.
"Saya bukan tak nak terima pelawaan Mak Ungku tu. Saya cuma minta cuti setengah hari je. Lain kali lah Mak
Ungku ya..."Melah bangun. Siti turut bangun. Dia mengiringi Melah sehingga ke pintu pagar.

"Bawak beg ni masuk dalam.."Melah keluarkan beg besar berisi pakaian Siti. "Akak nak pergi kerja ni..."
"Kak...Siti takutlah......"
"Nak takut apa. Mak Ungku tu tak makan orang la. Siti tengok sendiri kan. Mak Ungku tu baik, tak sombong.."Melah berdiri di depan Siti.
"Siti seganlah...."
"Emm....mula-mula segan. Lama-lama nanti ok la. Kesian Mak Ungku tu.Keadaan dia macam tu, mana larat nak jaga cucu. Anak-anak dia pun dah besar panjang. Tak lekat kat rumah. Siti duduk je la kat sini. Sementara budak-budak tu sekolah, Siti temankan Mak Ungku. Ajak dia berbual." Siti tarik nafas panjang.
"Jaga perangai elok-elok tau. Jangan buat benda tak senonoh. Ingat, ni rumah orang. "
"Kalau diorang degil, Siti pukul-pukul aje....."
"Ishh....anak orang. Tak baik buat macam tu...."
"Ala...Kak La ni. Takkanlah orang nak buat macam tu. Nanti kena buang kerja pulak..."Siti tersengih.
"Dah la....akak nak balik ni..."Siti mengangguk. Dia perhatikan saja Melah masuk ke kereta, hidupkan enjin,kemudian kereta mula bergerak. Siti melambai sehingga kereta hilang dari pandangan. Hatinya mula berdebar kembali. Dia tidak tahu apa yang hendak dibualkan dengan Mak Ungku nanti.

Perlahan-lahan dia menghampiri Mak Ungku. Wajah tenang itu di tatap.Mulutnya terkunci. Tidak tahu apa yang harus ditanyakan. Mak Ungku seperti mengerti keadaan Siti. Dia tersenyum

"Siti takut ke?"Tanya Mak Ungku. Siti tersenyum malu.
"Apa yang nak ditakutkan. Makcik tak makan orang...."Mak Ungku ketawa.Siti tertawa sama. Rasa debar mula mereda.
"Saya tak biasa duduk rumah orang Mak Ungku...."Balas Siti perlahan. Mak Ungku mengangguk.
"Melah kata, Siti ni anak manja. Mana pernah berenggang dengan emak.."Wajah Siti merona merah.Ah Kak Melah ni, apa saja yang dia cerita pada Mak Ungku?

"Tak adalah Mak Ungku. Siti bukannya manja. Tapi sejak kecil memang duduk dengan mak. Tak pernah pergi mana-mana. KL ni pun baru dua kali datang termasuk yang ini. Siti ni memang asal kampung Mak Ungku" Siti merendah diri.
"Kampung pun banyak istimewanya Siti. Mak Ungku pun ada kampung kat Perak sana. Tapi dah tak ada sapa-sapa kat sana. Lama dah tak balik. Sejak arwah suami makcik meninggal, makcik pulak sakit macam ni,memang makcik tak pernah lagi ke sana.."Dia merenung jauh. Bagai mengingati masa silam."Kadang-kadang rasa rindu juga pada kampung halaman...."
Siti hanya menunduk.
"Makcik ni kalau boleh nak cerita banyak benda pada Siti, ,tapi tak apalah. Siti pun baru sampai.Lain kalilah kita cerita panjang."Mak Ungku genggam jemari Siti.Terpancar sinaran kasih dari matanya. Siti dapat rasakan. Hatinya tersentuh.

"Mari masuk. Makcik nak tunjukkan bilik Siti. Nanti bila Didi dan Fifi balik, boleh kita makan sama-sama.."
Siti bangun lalu menyorong kerusi roda masuk ke rumah.
"Didi dan Fifi tu nakal sikit. Biasalah budak-budak. Selalu nak bergaduh. Lisa memang tak tahan dengan diorang tu. "Mak Ungku bercerita lagi. "Tapi diorang tu dengar kata.Kalau kita suruh makan, dia makan. Kalau suruh mandi dia mandi. Suruh tidur lagi senang."Siti tergelak kecil."Saya tak ada adik kecil, Mak Ungku. Anak Kak La sorang tu la anak saudara saya. Pernah juga merasa jaga budak kecil masa Kak La berpantang dulu. Tapi tak adalah pandai sangat."
"Ala...Didi dan Fifi tu tak susah jaganya. Cuma nak ditengok-tengokkan makan pakai dia. Jadual belajar
dia....Kalau tak dikawal, memang main saja sepanjang hari..."

"Mari masuk. Makcik nak tunjukkan bilik Siti. Nanti bila Didi dan Fifi balik, boleh kita
Siti tergerak hati untuk bertanya lebih lanjut tentang anak Mak Ungku yang menghidapi barah itu. Tapi hati Siti berbelah lagi. Dia takut kalau-kalau pertanyaannya itu nanti akan mengguris hati Mak Ungku. Atau mungkin Mak Ungku akan beranggapan dia seorang yang suka mengambil tahu hal orang lain. Banyak perkara yang hendak dia tanyakan, tapi lidahnya kelu.Wajarkah dia bertanya hal-hal keluarga itu pada hari pertama bekerja? Rasanya tidak wajar. Tunggulah sehari dua lagi. Dia ingin bertanyakan Mak Ungku tentang keluarganya. Tentang anak-anaknya,tentang cucu-cucunya. Tentang kakinya yang separa lumpuh itu.
Pasti Mak Ungku tidak keberatan menceritakannya.

"Kartini!" Panggil Mak Ungku sebaik mereka sampai di ruang tamu. Siti nampak Kartini berjalan lenggang lengguk dari arah dapur.
"Ya, Puan..."Dia mendekati Mak Ungku.
"Tunjukkan Siti bilik tidurnya. Saya nak naik ke atas."Dia berpaling ke arah Siti pula. "Siti rehat dulu ya.
Makcik pun nak berehat sekejap. Orang tua macam makcik ni cepat saja letih. Nanti kita makan sama-sama.
Lepas makan kita boleh berbual lagi ya.."
"Mak Ungku nak naik sekarang ke?"Siti cepat-cepat memeluk pinggang Mak Ungku yang terkial-kial cuba berdiri. Siti cuba mengimbangi badannya agar tidak sama terdorong ke depan. Badan Mak Ungku sedikit gempal, tidak setara dengan tenaga Siti. Tetapi dia cuba juga untuk mengampu orang tua itu. Siti menoleh ke arah Kartini, tetapi wanita itu hanya memandang tanpa reaksi hendak menolong. Hati Siti sedikit geram. Tapi mulutnya tidak mampu bersuara. Dia memimpin Mak Ungku perlahan-lahan
hingga sampai di atas.Setelah didudukkan di atas kerusi roda, Siti sorong pula hingga ke dalam bilik.

Bilik Mak Ungku begitu luas. Lengkap dengan set meja untuk bersantai dan juga televisyen untuk menonton. Langsir yang beropol-ropol meredupkan suasana. Macam bilik pengantin! bisik hati Siti.Rasa-rasanya bilik pengantin anak ketua kampungnya yang paling kaya itupun tidak setanding dengan bilik Mak Ungku.

"Mak Ungku nak baring?"Tanya Siti.
"Eh, tak apalah Siti. Makcik boleh buat sendiri. Siti pergilah rehat dulu. Kalau nak mandi boleh mandi,kalau nak makan boleh minta dengan Kartina.."Siti tersenyum. Baik hati betul orang tua ni!

Siti beredar dari bilik. Dia menuruni tangga lalu masuk ke ruang dapur. Ruang dapur juga luas. Di luar sana ada set meja makan. Di ruang dapur juga ada meja makan tetapi kecil sedikit. Tertarik dia melihat dinding yang dihiasi gambar buah-buahan. Kalau dia punya dapur secantik ini, pasti dia rajin memasak tiap-tiap hari. Pagi petang siang malam! Siti sengih lagi. Dia menghampiri Kartina yang sedang mengacau sesuatu di dalam periuk besar. Semerbak bau masakannya menusuk hidung.

"Kak Tini..."Tegur Siti. Kartini berpaling. Wajahnya berkerut sedikit memandang Siti.
"Mau apa kamu?"Tanyanya dalam loghat Indonesia.
"Emmm...bilik saya di mana? Boleh tunjukkan?"Balas Siti lambat-lambat. Dia berdiri tegak menghadap Kartini.
"Apa kamu tidak nampak saya sedang perbuat apa? Nggak bisa tungguin saya?"Kartini merengus. Dikecilkan api dapur lalu menuju ke sinki, membasuh tangan.

Siti terdiam sebentar. Aku salah cakap ke?

"Tadi Mak Ungku suruh Kak Tini tunjukkan. Saya tidak tahu di mana biliknya...."Siti bersuara lagi.
"Issh ... gaya apa kamu ini, terus-terusan nanyain saya."Dia sedikit meradang."Ayo cepat, saya nggak punya banyak masa...!"

Kartini berjalan laju. Siti mengekori dari belakang. Geram juga dia melihat gelagat pembantu rumah itu. Baru tanya sedikit, sudah mahu marah-marah. Aku tanya baik-baik, dia meradang pulak. Cengil! gerutu Siti. Tapi dia hanya diam saja. Walaupun hatinya sakit ditengking begitu, tapi dia sedar dia orang baru sedangkan Kartini sudah lama bekerja di situ. Jadi tidak wajar dia melawan kata-kata wanita itu.Teringat dia akan pesanan emaknya. Tapi....kenapa Kartini tiba-tiba marah-marah begitu. Tadi sewaktu mereka sampai,gayanya biasa-biasa saja. Nada suaranya juga agak lembut dan sopan.

"Nah, di sini kamar kamu." Kartini menunjuk ke arah pintu coklat yang tertulis perkataan 'WARINA'. Siti angkat beg besarnya lalu pintu bilik itu dibuka. Dia tercegat seketika di muka pintu. Sedikit terkejut dia dengan keadaan bilik itu. Diperhatikannya satu persatu.

Bilik itu memang luas. Katilnya besar dan ada tiang pada setiap penjuru katil. Di satu sudut terletak televisyenkecil yang menghala ke tingkap. Dari tingkap pula, terus menghadap kekolam renang. Pemandangan di luar memang cantik. Agak redup melihat tumbuhan-tumbuhan hijau di luar sana. Siti tersenyum lega. Walaupun bilik itu letaknya di tingkat bawah, tapi kedudukannya agak tersorok dari pandangan kerana terlindung oleh tangga.

Siti berpaling untuk mengucapkan terima kasih kepada Kartini, tetapi wanita itu sudah tiada. Sudah ke dapur agaknya, fikir Siti. Siti tutup pintu bilik lalu beg diletakkan di tepi katil. Sekejap lagi dia akan kemaskan baju-bajunya.Dia buka pintu almari baju. Ada beberapa pasang baju tergantung di dalamnya. Dia membelek belek helaian pakaian tersebut. Semuanya singkat-singkat belaka. Takkan Kartini pakai baju macam ni pulak kot?...Siti kerut dahi. Baju Lisa agaknya....

Siti kembali ke katil. Direbahkan tubuhnya ke tilam. Dia tersenyum lebar. Seumur hidup rasanya tidak pernah dia tidur di katil seempuk itu. Bagai tenggelam tubuhnya. Bilik orang gaji pun sebegini besar, macamanalah agaknya bilik anak-anak Mak Ungku ya? Tentu lebih mewah lagi. Siti cuba membayangkan. Kalau dia punya duit yang banyak, tentu dia dapat belikan katil secantik ini untuk emak dan bapanya. Tak payahlah lagi emak merungut rungut setiap kali tulang belikatnya sengal-sengal kerana tidur di katil uzur itu. Kesian mak! Bilalah agaknya aku dapat membahagiakan mereka?

Siti renung siling yang berukiran. Jauh sekali bezanya dengan atap rumahnya yang bersawang.Tapi...secantik-cantik,
semewah-mewah pun, bukannya rumah aku!. Rumah kat kampung lagi seronok. Walaupun serba kekurangan,tetap memberi ketenangan. Buat apalah rumah besar kalau hati tak seronok. Siti pejamkan matanya. Wajah Huzair pula yang tiba-tiba muncul. Dia bingkas bangun. Rasa bersalah tiba-tiba bersarang dalam hati. Dia teringatkan lelaki itu. Apa agaknya perasaan Huzair bila membaca surat terakhir dia itu? Kecewakah dia? Sakit hatikah? Mungkin Huzair tidak sekali-kali menyangka dia akan diperlakukan sebegitu. Akan ditinggalkan begitu saja. Tapi..aku dah terangkan semuanya dalam surat tu....hati kecil Siti berkata. Aku dah
bagi alasan yang kukuh. Aku dapat kerja dan ingin tinggal bersama Kak Melah. Huzair tiada hak untuk menghalang aku.

"Huzair...maafkan aku...."Keluh Siti perlahan. Dia kembali berbaring.Dipejamkan matanya rapat-rapat. Cuba menghapuskan bayangan Huzair. Dan akhirnya dia terlena.



Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-05-04 10:53


ehh
dia salah masuk bilik ke..

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

ain_filzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3416
Posting: 207
Dari: bumi rantauan

brazil  


posticon Posting pada: 22-05-04 12:02




best.........

-----------------
tiada puisi seindah kejujuran tiada lukisan seindah kesetiaan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_filzahProfil   Hantar PM kepada ain_filzah   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 24-05-04 08:09


Part 8

Dua wajah dihadapannya itu direnung lama. Mata mereka saling
bertatapan. Lama kelamaan senyuman mula terukir pada dua wajah itu.
Siti tarik nafas lega. Wajah comel Didi dan Fifi bertukar menjadi ceria.

"Nanti Kak Siti tolong jaga kita ke?"Didi mula bersuara. Siti angguk
sambil senyum. Wajah Didi bulat. Rambutnya
lurus keperangan. Fifi pula rambut ikal panjang. Cantik macam rambut
anak patung yang selalu Siti lihat di kedai-
kedai. Tapi wajah Fifi tidak seceria Didi. Anak kecil itu lebih banyak
menunduk sambil menyuap nasinya perlahan-lahan.
Habis berterabur keliling pinggan.

"Kita tak pernah nampak Kak Siti pun. Kak Siti duduk mana?"Tanya Didi
lagi dengan mulut penuh.
"Kak Siti baru sampai pagi tadi....."Balas Siti.
"Abih tu, Kak Siti duduk mana?"
"Emmm.....Kak Siti duduk sini lah..."
"Dengan kita?"
"Dengan Didi dan Fifi lah....boleh tak?"
"Emm...boleh...tapi bilik kita kecik je......"
"Kak Siti tak tidur ngan Didi, Kak Siti tidur kat bilik bawah...."
"Ooo...kat bilik kak Rina....."
"Bilik sapa?"
"Bilik kak Rina...."Didi teguk air laju.
"Kak Rina tu siapa?"Siti beralih pada Fifi yang senyap sejak tadi.
"Kak Rina tu kawan Acik...."

Siti toleh ke arah anak tangga. Kartini kelihatan sedang memimpin Mak
Ungku turun dari tanggga. Cepat-cepat Siti basuh tangan dan bergegas
menuju ke arah mereka. Niat hatinya untuk sama-sama menolong. Tapi
kelihatannya Kartini seperti
tidak mengendahkan Siti. Dia mengerling dengan pandangan kurang mesra.
Siti bungkam seketika. Tetapi dipegangnya juga tangan Mak Ungku.
Perlahan-lahan jalan beriringan ke meja makan.

"Tadi saya masuk bilik Mak Ungku. Saya tengok Mak Ungku tengah tidur.
Jadi saya tak kejutkan..."Siti bersuara sebaik
Mak Ungku melabuhkan punggung. Mak Ungku tersenyum. Diperhatikan saja
Kartini menyedukkan nasi ke dalam pinggannya.
Wajahnya kelihatan segar selepas bangun tidur.

"Tak apa, Siti. Biasanya Kartini yang kejutkan makcik untuk
makan...."Siti angguk perlahan. Dia beralih memandang
Didi dan Fifi yang tekun menyuap. Anak-anak ini, tidaklah kelihatan
nakal..bisik hatinya.
"Emm...Didi, Fifi...dah kenal dengan Auntie Siti?"Mak Ungku pandang
kedua-dua anak kecil itu.
"Dah!"Didi dan Fifi menjawab hampir serentak.
"Tadi Kak Siti yang cedukkan nasi kita...."Didi angkat kepala."Nanti
Kak Siti jaga Didi ngan Fifi....tul ke nek?"
"Emmm....Didi dan Fifi tak boleh nakal lagi lepas ni...."Mak Ungku
usap kepala Didi.
"Mana ada nakal.....Didi kan baik....adik yang nakal...."
"Abang yang jahat....."Fifi terjerit kecil. Dia bangun, cuba memukul abangnya.
"Fifi...jangan pukul abang...abang kan tengah makan. Tak baik pukul
orang tengah makan."Fifi tidak jadi bangun. Dia
kembali duduk dengan wajah muncung. Siti tersenyum.

"Budak-budak ni memang selalu nak bergaduh. Mana taknya.Si abangnya
kuat menyakat. Adiknya pulak cengeng...
Pantang diusik...."Mak Ungku ketawa.
"Adik memang cengeng...."Didi menyampuk.
"Dah..dah...jangan kacau adik...."Mak Ungku tepuk bahu Didi. "Lepas
makan ni, mandi ya sayang....."Didi dah Fifi
serentak mengangguk. Betul kata Mak Ungku. Mereka ni mendengar
kata...bisik hati Siti.

Selepas makan, Siti menemani mereka masuk ke dalam bilik. Sementara
menunggu mereka selesai mandi, Siti
kemaskan bilik mereka yang bersepah. Buku-buku sekolah yang berterabur
atas meja disusun semula. Selimut dan cadar
katil dilipat cantik-cantik. Anak-anak patung dan permainan yang
terselit di sana sini dimasukkan ke dalam kotak yang ada
di situ. Penuh satu kotak barang permainan mereka. Kemudian, dia
keluarkan pakaian mereka untuk dipakai hari itu.
Di letakkan di atas katil.

"Fifi dah mandi?"Siti senyum pada Fifi yang baru keluar dari bilik
air. Didi mengekori dari belakang.
"Lepas ni, Kak Siti kena mandikan Fifi. Fifi tak reti mandi
sendiri."Didi mengelap tubuhnya dengan tuala.
"Iye ke? Kenapa tak cakap dengan Kak Siti tadi?"Siti dukung Fifi yang kesejukan.
"Selalu Mama mandikan Fifi .... "
"Emm...lepas ni, Kak Siti mandikan Fifi ye.."Siti cuit pipi Fifi yang
tembam. Fifi tidak senyum. Dia tersipu-sipu. Mungkin
dia masih belum biasa dengan Siti.
"Dah...cepat pakai baju tu.."Siti hulurkan pakaian pada Didi. Kemudian
dia pakaikan Fifi baju gaunnya. Fifi tidak pula
membantah. Siti sikatkan rambut dan sapu bedak pada pipi Fifi. Rambut
ikalnya yang basah dibiarkan lepas. Siti cium pipi
anak kecil itu bertalu-talu. Dia geram melihat budak-budak sekecil itu.
Comel.
"Lepas ni, nak buat apa?"Siti tanya Didi. Dia memang tidak tahu jadual
mereka berdua.
"Emm....tengok tv!"Didi terjerit riang.
"Tengok tv?emm.....betul ke Fifi?" Fifi geleng.
"Fifi boleh tengok tv...abang kena buat kerja sekolah.."Fifi bersuara.
"Mana ada. Abang tak ada kerja sekolah lah!!"Didi menjerit.
"Issh...janganlah jerit-jerit macam ni. Tak baik. Nanti nenek dengar.
Jom kita turun. Didi, bawak buku kerja sekali.
Nanti Kak Siti tolong buat ye..."Siti keluar dari bilik sambil
mendukung Fifi. Dia tunggu Didi keluar dengan buku-bukunya.
Kemudian mereka sama-sama turun ke bawah. Mak Ungku sedang berehat di
ruang tamu. Dia tersenyum memandang Siti.

"Dah mandikan budak-budak ni?"Siti angguk. Dia duduk di samping Mak
Ungku sambil meriba Fifi. Anak kecil itu terlentok di bahunya.
"Sejak Mamanya pergi ke London, Fifi selalu macam ni. Tak nak main.
Makan pun tak banyak...."
"Dia rindukan Mama dia kut makcik..."
"Dia memang manja dengan Mamanya.....tapi sejak penyakit barahnya
semakin teruk, tak dapat dia nak luangkan
masa dengan anak-anaknya. Didi tu dah besar. Dah boleh faham. Si Fifi
ni...masih tidur dengan Mama dia lagi..."
Siti mengangguk.
"Di...tengok kat luar tu siapa yang datang?"Mak Ungku bersuara pada
Didi yang leka menonton tv. Didi segera bangun,
terus berlari keluar. Siti terdengar bunyi enjin kereta berhenti di
depan rumah.
"Nek....Acik balik!"Didi muncul tergesa-gesa. Fifi yang berada di
pangkuan Siti terus terjun ke bawah. Kanak-kanak
itu tampak ceria benar.
"Yeh...Acik balik..."Fifi menjerit riang. Mak Ungku hanya menggeleng kepala.
"Diorang ni memang manja dengan Acik dia. Suka benar kalau Acik dia
ada kat rumah..."Mak Ungku bersuara. Siti hanya mengangguk.

Sejurus kemudian, Didi dan Fifi kembali masuk ke rumah. Tapi wajah
mereka menjadi muram pula. Seorang lelaki
muncul dari pintu memimpin kedua-dua kanak-kanak itu.

"Eh...Ma..."Lelaki itu sedikit terkejut. Dia toleh ke arah Siti pula.
"Kemana kau ni, Wari?"Mak Ungku pandang lelaki itu."Pagi-pagi lagi dah
keluar...."
"Saya nak ke Langkawi ni, Ma..."Lelaki itu masuk. Seorang perempuan
tiba-tiba muncul di tepi pintu.
"Wari...cepat sikit. Diorang dah tunggu tu..."Dia terpandang Mak
Ungku. "Eh..Mak Ungku...Mak Ungku sihat?"Mak
Ungku tidak menjawab. Dia hanya tersenyum.
"Ada apa ke Langkawi?"Tanya Mak Ungku.
"Emm..kitaorang konvoi ramai-ramai Ma...ke Kedah. Lepas tu, Ri ingat
nak singgah Langkawi kejap. Tak lama la Ma...
2-3 hari je..."Matanya mengerling Siti. Siti bungkam. Pada fikirannya
lelaki itu pasti anak Mak Ungku yang bernama
Wari. Manakala perempuan yang tercegat tepi pintu itu teman wanitanya.
Sekejap-sekejap mata Siti mengerling pakaian
wanita itu. Siti tidak pernah nampak orang berpakaian seksi sebegitu.
Di kampung mana ada orang pakai macam tu.
Di bandar pun tidak ada wanita Melayu yang berani berpakaian begitu.
Selalu Siti tengok di televisyen saja.


"Nak pergi dengan Rina ker?"Mak Ungku tarik nafas.
"Ala...ramai-ramai Ma. Bukan pergi berdua je. Kawan-kawan Rina pun
ikut sekali...."Wari bangun mendapatkan wanita yang dipanggil Rina itu.
"You tunggu sekejap ye. I nak pack baju...2 minutes!"Rina senyum
manja. Didi dan Fifi sudah duduk di sebelah
Siti. Wajah kedua-dua mereka masam. Siti usap kepala kedua-dua
kanak-kanak itu. Dia tidak tahu kenapa mereka tiba-tiba senyap padahal
sebentar tadi kelihatan begitu girang bila Acik mereka balik.

Siti rasa tiba-tiba suasana menjadi sepi seketika. Mak Ungku hanya
berdiam dan Siti sendiri tidak tahu apa yang boleh dijadikan modal
untuk berbicara. Wanita bernama Rina itu pula masih berdiri di tepi
pintu. Nampak keresahan. Agaknya dia rimas menunggu Wari. Padahal Siti
rasa, tidaklah begitu lama mereka baru sampai di situ.

"Kak...duduklah dulu.."Terpacul ayat itu dari bibir Siti tiba-tiba.
Rina menoleh.
"Apa?"Dia angkat kening.
"Duduklah dulu...."Pelawa Siti sekali lagi.
"Emm..no thanks.."Balas Rina sambil tersenyum nipis. Siti rasakan
betapa cantiknya wanita bernama Rina itu. Cantik dan bergaya.
"Didi....kenapa senyap ni. Kata nak buat homework?"Siti cuit hidung
Didi. Didi muncung.
"Tak ada keja sekolah!"Balasnya pendek.
"Betul? Takkan cikgu tak ada bagi langsung?"Siti cuba menduga.
"Betul....."Balasnya lambat-lambat.
"Ok, kalau betul....tak apa. Tapi kalau ada nanti...Kak Siti tak nak
tolong..."
"Alaa..Kak Siti ni...sama macam Acik!"Didi merengus lalu turun dari
sofa.
"Didi....nak pergi mana tu?"Mak Ungku bersuara.
"Nak amik buku....nak wat kerja sekolah...."Siti tersenyum gelihati.
"Pegi buat kat bilik komputer sana...."
"Tak nak....Didi nak buat kat sini aje....."Didi berlari-lari anak
mencapai beg sekolahnya. "Dengan Kak Siti"Beg diletakkan atas meja.
Beberapa buah buku dikeluarkan..
"Ishh...budak ni....macamana nak belajar...tv depan mata..."Mak Ungku
mengeluh. Siti ketawa kecil.

Siti pandang ke anak tangga. Wari kelihatan tergesa-gesa menuruni
tangga. Dua buah helmet ber'visor' gelap tersangkut di lengannya.
Berjaket hitam dan berkaca mata juga hitam, Siti akui anak lelaki Mak
Ungku itu punya wajah yang menarik. Walaupun ada sedikit garis-garis
kesombongan pada riak wajahnya. Tapi Siti akui, tidak patut dia
menyimpan tanggapan yang bukan-bukan dengan hanya sekali memandang.
Wari duduk di sebelah Mak Ungku lalu menyarung stoking kakinya.
Mak Ungku pandang Wari tunak.

"Nak pergi juga ke Wari?"Tanya Mak Ungku perlahan. Wari mengangguk.
Dipandangnya Siti yang bertinggung tepi meja, sebelah Didi.
"A'ha...Ma...."Balas Wari. "Ma jaga diri baik-baik ye..kalau ada
apa-apa hal suruh Lisa call handphone Ri..."Dikucupnya dahi ibunya
lama. Siti hanya memerhati.
"Jangan bawa motor laju-laju Ri...."
"Mama janganlah risau. Bukannya baru ni Ri pergi konvoi macam
ni..."Wari bangun. Dia hulurkan helmet pada Rina.
"Emm....Ma, kereta Ri tinggalkan kat rumah. Jangan beri Lisa guna.."
"Didi...Fifi..Acik nak sayang sikit..."Wari dukung Fifi lalu diciumnya
pipi anak kecil itu lama. Meronta-ronta Fifi kelemasan.
"Nanti Acik balik, bawak kapal terbang ye....."
"Acik ni..asyik nak jalannnnnn.....ajelah..."Didi tiba-tiba menjerit.
Wari ketawa. Dia cuba memeluk Didi tapi Didi meronta-ronta minta
dilepaskan.
"Acik nak sayang sikit le...."Pujuk Wari.
"Tak nak la....tak nak kawan dengan Acik..."Didi tolak dada Wari. Wari
hampir-hampir tersungkur ke belakang.
"Ooh.....tak nak kasi Acik sayang dia.....tak pe...Acik sayang orang
lain le...."Wari bangun. Dia mendapatkan Rina yang sudah tarik muka
masam kerana lama menunggu.
"Acik asyik sayang Kak Rina ajer...."Didi bersuara perlahan sebaik
Wari dan Rina beredar. Siti tarik nafas panjang.
Direnungnya wajah Didi lama. Kesian Didi. Patutlah dia mencuka. Siti
jenguk kepala ke luar. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana Rina
boleh menunggang motor dengan skirt pendek begitu.

bsambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

nazirah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.01.2004
Ahli No: 6301
Posting: 43
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 25-05-04 16:22




cerpen ni betul-betul menguji kesabaran la...
bila lagi nak sambung?? rasa nak habis baca cepat jer..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nazirahProfil   Hantar PM kepada nazirah   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 26-05-04 08:08


Part 9

Selepas mengemas pakaiannya di dalam almari, Siti membersihkan dirinya
dan mengambil wuduk. Dia ingin solat Isyak awal-awal kerana bimbang
akan tertidur nanti. Biasanya bila sudah terlelap, dia rasa liat benar
hendak bangun semula. Sebentar tadi dia sempat menjenguk Mak Ungku di
biliknya dan menyemak buku sekolah Didi. Fifi sudah terlena di sofa,
hanya Didi saja yang tekun menonton siri kegemarannya. Siti hanya
membiarkan kerana dia tahu Didi sudah menyiapkan kerja sekolahnya dan
jam pun baru pukul 9 malam. Pukul 10 nanti dia akan suruh Didi masuk
tidur. Itu yang Mak Ungku pesan pada dia tadi.

Kartini jam 7 lagi sudah pulang. Makan malam terpaksalah Siti yang
menghidangkan. Tapi kerjanya tidaklah susah sangat kerana semua lauk
pauk sudah disiapkan Kartini. Siti hanya memanaskan dan membancuh
minuman. Biasanya sebelah malam, hanya Didi dan Fifi saja yang makan.
Mak Ungku hanya minum milo panas dan roti bakar di biliknya.
Terkocoh-kocoh Siti menyiapkan roti bakar tadi. Dia tidak berapa mahir
menggunakan alat pembakar roti itu. Dikampungnya tidak ada. Nasib baik
Didi membantu menunjukkan cara-caranya. Bila diingat-ingat Siti rasa
gelihati pula. Anak sekecil Didi pun tahu menggunakannya, tapi dia yang
dah besar panjang masih terkial-kial. Tak moden langsung!

Selesai solat, Siti ke ruang tamu lalu duduk di sisi Didi. Didi angkat
kepala dan tersenyum. Dia berganjak rapat kepada Siti lalu direbahkan
kepalanya di ribaan Siti. Siti usap kepala anak kecil itu. Dia dapat
rasakan sentuhan itu membangkitkan satu perasaan halus dalam dirinya.
Dia tidak punya adik. Dan dia tidak pernah memanjai seorang adik.
Terasa seperti satu pengalaman baru dalam hidupnya. Dia dapat rasakan
betapa Didi mungkin merindui belaian ibunya. Mungkin tiada sesiapa yang
boleh diharapkan buat masa ini untuk menggantikan kasih seorang ibu.
Mak Ungku memang amat menyayangi cucu-cucunya ini tapi dia sendiri
tidak begitu sihat untuk melayan karenah mereka. Kartini pula hanya
menyiapkan urusan di dapur. Sebelah malam dia tidak ada untuk menemani.
Wari pula, seperti kata Mak Ungku, jarang benar lekat di rumah. Ada-ada
saja aktiviti luarannya. Kadang-kadang sampai 2-3 hari tidak balik ke
rumah. Dan Mak Ungku sudah faham benar dengan perangai anak bujangnya
itu. Lisa pula menurut Mak Ungku, agak panas baran dan gemar
menghabiskan masa di luar. Tapi satu yang bagusnya tentang anak
gadisnya itu ialah dia rajin dan bagus dalam pelajaran. Siti ingin
sekali melihat Lisa kerana sejak pagi tadi gadis itu tidak
pulang-pulang lagi.

"Didi, nak minum susu ke?"Tanya Siti tiba-tiba. Didi mendongak lalu
mengangguk.
"Lepas minum susu, masuk tidur ye!"
"Tapi cerita ni belum habis lagi.."Dia bangun.
"Okay..okay....lepas habis cerita ni, baru masuk tidur...."Didi
tersengih lebar.

Siti ke dapur menyiapkan segelas susu. Diletakkan susu di atas meja
depan tv. Kemudian dia naik ke atas. Niat di hati untuk melihat Mak
Ungku kalau-kalau dia perlukan sesuatu. Dia mengetuk pintu tapi tiada
sahutan. Perlahan-lahan tombol pintu di tarik. Cahaya lampu agak samar.
Mak Ungku sedang bersandar di kepala katil dengan mata terpejam.
Nafasnya turun naik.

"Mak Ungku..."Siti menyentuh bahu orang tua itu. Mak Ungku buka mata.
"Mak Ungku tak apa-apa?"Takut juga Siti kalau-kalau dia mengganggu
lena Mak Ungku.
"Didi dah tidur?"Tanya Mak Ungku perlahan.
"Belum, dia tengah tengok tv kat bawah.."Balas Siti.
"Lisa?"
"Emmm...Lisa belum balik lagi..."Siti gigit bibir. Mak Ungku tarik
nafas panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan.
"Lisa selalu sangat balik malam. Sekolah habis pukul 2, tapi tak
pernah nak sampai rumah awal..."Keluh Mak Ungku tiba-tiba.
"Wari pun bukannya nak ambik tahu hal adiknya. Asyik-asyik nak
merayap......risau Mak Ungku..."Siti diam.Dia tidak tahu apa yang
hendak diperkata.
"Nasib baik ada Siti sekarang ni. Kalau tak kesian budak-budak tu, tak
ada sapa nak tengokkan..."Mak Ungku usap rambut Siti. Renungannya
lembut masuk ke hati.
"Emm...kenapa Kartini tak tinggal terus di sini, Mak Ungku?"Tanya Siti.
Mak Ungku diam seketika.
"Kalau dia tinggal di sini, boleh dia jaga budak-budak tu.."Sambung
Siti lagi.
"Lisa dan Wari tak mahu Kartini tinggal di rumah ni. Sejak arwah ayah
mereka meninggal, memang kami tak ada pembantu rumah tetap. Kalau ada
pun, cuma untuk masakkan makanan makcik dan kemas rumah. Diorang tu
bukannya selalu makan kat rumah. Tapi sekarang ni, bila anak makcik
Maria pindah ke sini, makcik kenalah cari orang untuk jaga anak-anak
dia tu..."
Siti angguk.
"Kak Maria tu kerja apa, Mak Ungku?"
"Anak makcik tu pengurus di syarikat arwah ayahnya. Bahagian kewangan.
Makcik pun tak tahu sangat. Suami makcik ada dua syarikat. Satu tu,
suami Maria yang uruskan. Lagi satu tu, adik ipar makcik tolong uruskan
sebab si Wari tak nak jaga. Wari tu pandai. Belajar sampai ke luar
negara, tapi bila balik bukannya nak kerja. Merayap saja yang dia
tahu..."Mak Ungku geleng kepala. Siti terbayangkan wajah Wari.

"Makcik harapkan dia untuk uruskan syarikat ayahnya tu.Itu sajalah
warisan keluarga makcik. Tapi dah dekat 3 tahun dia habis belajar,
kerja pun tak.....Nak harapkan Maria, dia pula sakit..."Siti tarik
nafas panjang. Sedih pula dia mendengar rintihan hati orang tua itu.
Tapi apa yang boleh dia lakukan? Paling tidak, hanya mendengar.

"Mak Ungku sabar je lah ye....kak Maria pasti sembuh...Siti dengar kat
negeri omputih sana, ramai doktor yang hebat-hebat..."Mak Ungku senyum.
"Pasal Didi dan Fifi, Mak Ungku janganlah risau. Siti boleh jaga
mereka."
Mak Ungku genggam jemari Siti.
"Mak Ungku nak minum?"
"Tak apalah Siti. Perut makcik ni rasa penuh."Dia tepuk-tepuk perutnya
yang buncit. Siti ketawa.
"Kalau gitu, Siti turun dulu la ye."Siti bangun, menuju ke tingkap
yang terdedah. Patutlah sejuk! bisik hatinya. Langsir tebal yang
beropol-ropol itu ditarik ke dalam. Dia menjenguk keluar. Dari tingkap
boleh menghala terus ke pintu pagar. Pandangan Siti seketika tertancap
ke pintu pagar. Ada bayang-bayang di situ. Bayangan dua susuk tubuh
yang sedang berdiri. Lama Siti perhatikan. Dari cahaya samar-samar
kelihatan seorang gadis sedang berbual dengan seorang lelaki yang
bertenggek di atas motor. Lisa agaknya. Siti tutup kembali tingkap.

Selepas menyelimutkan Mak Ungku, Siti turun ke bawah mendapatkan Didi
yang masih belum tidur. Air susu masih tidak terusik. Siti menggeleng.
"Didi, kenapa tak minum susu tu, kan dah sejuk.."
"Oppsss"Didi tutup mulut."Lupalah Kak Siti...."Dia bergegas
mendapatkan susu lalu meneguknya laju. Gelihati Siti memerhatikannya.
"Jom masuk bilik. Akak nak angkat Fifi ni..."Siti membongkokkan
badannya untuk memangku Fifi. Sebaik Fifi berada dipangkuannya, pintu
depan terbuka. Seorang gadis terpacul di muka pintu. Siti terhenti.
Pandangannya mereka bertembung.
Berdebar juga hatinya melihat reaksi gadis itu.

"Dik Su.."Didi menjerit keriangan. Gadis itu masuk lalu mencium Didi.
"Didi tak tidur lagi?"
"Didi nak tidur la ni. Tunggu Kak Siti..."
"Awak ni siapa?"Lisa kembali memandang Siti. Wajahnya berkerut.
"Errr...Siti.."
"Siti Nurhaliza?"
"Err..bukan...Siti Nuranis..."Balas Siti perlahan.
"Apa awak buat kat sini?"
"Apalah Dik Su ni....Kak Siti jaga Didi dan Fifi laa...."Didi tarik
tangan Lisa.
"Didi diam"Suara Lisa meninggi. Didi terdiam serta merta. Tangannya
jatuh melorot dari pegangan.
"Apa awak buat kat sini?"Sekali lagi dia bertanya.
"Ehhmm....saya datang untuk jaga Didi dan Fifi.....Mak Ungku yang..."
"Ohh.....nilah babysitter yang Mama cakap ari tu?"Lisa tersengih.
Direbahkan tubuhnya di atas sofa. Susuk tubuh Siti diperhatikan dari
atas ke bawah.
"Bila awak datang?"
"Pagi tadi."
"Dari kampung?"Siti angguk. Dia berdiri tegak sambil memangku Fifi.
Terasa lenguh tangannya menampung tubuh anak kecil itu.
"Boleh ke awak jaga budak dua orang ni?"Lisa besarkan mata. Siti diam.
"Saya tanya, boleh ker awak jaga diorang ni?"
"InsyaAllah..boleh.."Balas Siti perlahan. Lisa bangun lalu ketawa
tiba-tiba.
"Suka hati awak lah..."Dia capai kembali beg sandangnya yang dicampak
atas sofa tadi. "Saya nak masuk tidur. Awak layanlah diaorang ni. Didi,
pegi masuk bilik.."

Lisa bergegas naik ke atas sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Siti hanya
memerhatikan lagak gadis itu. Debar hatinya semakin menurun. Lisa,
walaupun usianya lebih muda darinya, tapi gayanya lebih dari itu. Tiada
rasa hormat, bisik hati Siti. Tapi ini kali pertama aku bertemunya. Tak
patut aku anggap yang bukan-bukan tentang dirinya. Siti tarik nafas
panjang. Dia mula mendaki tangga. Didi disebelah mengekori sambil
jarinya mengenggam hujung baju Siti. Kesian anak kecil itu. Patutlah
selalu kesunyian. Lisa sendiri jarang menghabiskan masa dengan mereka.

Siti membaringkan Fifi di atas katilnya. Kemudian dia memadamkan lampu
besar. Menghidupkan lampu kecil yang samar-samar. Jam loceng diletakkan
bersebelahan katil Didi. Didi sudah boleh diharap untuk bangun pagi,
tetapi masih memerlukan bantuan jam loceng. Setelah mempastikan
semuanya berkeadaan baik, Siti keluar dari bilik. Dia juga ingin tidur
cepat malam itu. Niat untuk menonton televisyen dilupakan. Tiba-tiba
dia berasa begitu sunyi berada di dalam rumah mewah itu. Tidak seronok
rasanya menonton seorang diri. Kalau di kampung, ada emaknya yang
sama-sama menonton. Sementara menunggu bapa pulang dari kedai, emak
akan bersembang-sembang dengannya. Kadang-kadang dia akan buatkan
jemput-jemput ikan bilis dengan air kopi untuk mereka makan bersama.
Walaupun hanya jemput-jemput, nikmatnya lebih terasa dari makan
sedap-sedap seorang diri dirumah besar ini.

Siti sedang menuruni tangga bila ada satu suara menegurnya. Dia
berpaling. Lisa sudah siap dengan baju tidurnya yang tipis. Terkejut
Siti memandangnya.

"Tolong buatkan aku air."Lisa bersuara.
"Err....."Siti gamam.
"Buatkan aku air...."Lisa mendengus.
"Air apa, Lisa?"
"Neslo panas. Kau tahu tak buatnya macamana. Milo campur nescaffe.
"Siti angguk.
"Tak payah bawak naik atas. Awak letak je kat depan tv tu...."Dia
berpaling untuk masuk ke bilik semula.

Siti berjalan lambat-lambat. Tiba-tiba dia berasa sedih dengan apa
yang dia alami untuk satu hari itu. Manusia-manusia yang ditemuinya
aneh-aneh sekali. Bersifat yang tidak dijangkakan. Kenapalah dia harus
berhadapan dengan situasi sebegitu.
Kalaulah bukan kerana Huzair, rasanya dia tidak akan sampai di situ.
Kalau bukan kerana Huzair, tidak mungkin dia dengan senang hati
menghambakan diri pada dunia yang asing ini.



Sedutan Episod 10 :


"Apa awak buat tu?"Satu suara kedengaran dibelakangnya. Siti sangkakan
Pak Amin sudah pulang dari menghantar Didi ke sekolah. Dia menoleh
sekilas. Darahnya tersirap.
"Awak buat apa?"Sekali lagi dia bertanya. Siti gigit bibir.
Dipandangnya Wari yang tercegat di depannya. Apa dia buat kat sini?
Bila masa dia balik?

bsambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 26-05-04 16:19


Part 10

Sudah seminggu Siti menjadi penghuni baru di rumah besar itu. Setiap
pagi dia bangun awal untuk siapkan bekalan Didi dan Fifi. Dia tidak
harapkan Kartini untuk menyiapkannya kerana kadang-kadang Kartini juga
lewat datang ke rumah. Pukul 7.30, Pak Amin akan menghantar Didi dan
Fifi ke sekolah. Waktu pagi, tidak banyak kerja yang boleh Siti
lakukan. Selain dari mengemas bilik, dia akan mencuci pakaiannya
sendiri walaupun Kartini setiap pagi akan mengutip pakaian dari setiap
bilik. Dia tidak mahu meminta Kartini melakukannya kerana wanita
seberang itu nampaknya tidaklah terlalu peramah. Jarang benar mereka
berbual walaupun kadang-kadang Siti sengaja menyibukkan dirinya di
dapur. Ingin juga dia menolong atau melihat-lihat cara Kartini memasak.
Boleh juga dia belajar serba sedikit. Tetapi sudah 2-3 hari Siti hampa.
Kartini bagai tidak mengendahkannya. Terasa dirinya bagai dibenci pula.
Paling tidak dia akan memerapkan diri di bilik, ataupun main air di
kolam. Hampir tengahari barulah dia menjenguk Mak Ungku, kerana Kartini
sudah mengingatkan dia awal-awal supaya tidak mengganggu Mak Ungku
pagi-pagi hari. Mak Ungku perlu waktu tidur yang panjang.

Pagi itu, Siti bercadang untuk menyiram pokok bunga di laman. Semalam,
dia ada melihat Pak Amin menyimpan penyodok tanah dan paip getah di
belakang rumah. Sudah lama rasanya Siti tidak bermain dengan
bunga-bunga, Kalau di kampung, setiap hari dia akan menyiram
bunga-bunga yang ditanam emak. Sebelah pagi dan petang. Kadang-kadang
dia suka-suka mencantas daun-daun yang kering sampai naik togel
bunga-bunga emak dibuatnya. Bising mulut emak bila melihat pokok-pokok
bunganya sudah tak merimbun.

Oleh kerana hari masih pagi lagi, Siti hanya mengikat sehelai 'key' di
kepalanya bagi melindungi cahaya. Tambahan, keadaan di taman depan
kolam itu tidaklah terlalu panas kerana banyak pokok-pokok yang
merimbun. Siti bertinggung di depan pasu bunga untuk menggembur tanah.
Agak keras. Mungkin Pak Amin tidak banyak masa untuk menggemburnya.

"Apa awak buat tu?"Satu suara kedengaran dibelakangnya. Siti sangkakan
Pak Amin sudah pulang dari menghantar Didi ke sekolah. Dia menoleh
sekilas. Darahnya tersirap.
"Awak buat apa?"Sekali lagi dia bertanya. Siti gigit bibir.
Dipandangnya Wari yang tercegat di depannya. Apa dia buat kat sini?
Bila masa dia balik?
"Err.....tak buat apa...tengok-tengokkan pokok-pokok ni aje..."Balas
Siti lambat-lambat. Berpeluh tangannya menggenggam penyodok tanah itu.
"Emm....ni kan kerja Pak Amin...biarlah dia yang buat..."Wari duduk di
kerusi batu sambil berpeluk tubuh. Dia masih berjaket tebal. Agaknya
baru sampai, bisik hati Siti.
"Tak apalah....."Siti berganjak ke pasu lain yang lebih jauh. Dia
tidak mahu Wari memerhatikannya. Kekok rasanya.
"Pagi-pagi macam ni, tak tahu nak buat apa..."

Wari mengeluarkan sebatang rokok lalu disepit ke dua bibir. Matanya
agak mengantuk, tetapi dia bercadang untuk menghabiskan sebatang dua
rokok dulu. Lepas ini dia ingin tidur sepuas-puasnya. Letih memandu,
ditambah dengan sakit hatinya sejak semalam. Kalaulah tidak kerana
kejadian itu, rasanya dia masih bersuka ria di Langkawi. Menghabiskan
masa dengan bermandi manda, barbeku, berpesta bersama yang lain-lain.
Bukan mudah untuk mereka berkumpul beramai-ramai begitu. Dengan
gadis-gadisnya yang peramah-peramah belaka. Sudah lama dia tidak enjoy
begitu.

Tapi semalam, dia bertekad untuk pulang saja. Walaupun ramai
kawan-kawannya yang terkejut dengan keputusannya, tapi dia malas hendak
memanjangkan cerita. Lebih baik dia diam, dan cabut. Masalah
peribadinya, tak perlu dihebahkan kepada semua. Walau sedih pun,
biarlah dia yang menanggungnya sendiri. Dan semalam, dia nekad memandu
seorang. Rina dibiarkan tinggal di sana menghabiskan masa suka rianya.
Balik nanti pandai-pandailah dia tumpang sesiapa.

Pelik Siti melihat Wari yang asyik termenung sejak tadi.Sambil asap
tidak henti-henti keluar dari mulut dan hidungnya. Asyik benar
nampaknya anak muda itu melayan rokok tersebut. Nikmat sangat agaknya!
gerutu Siti. Dia mengemas perkakasnya. Malas dia hendak berlama-lama di
situ. Kekok dan segan. Dia tidak suka membuat kerja sambil diperhatikan
begitu. Walaupun dia tahu Wari tampak seperti mengelamun jauh, tapi
kehadiran dia di situ pagi itu, mematikan semangat Siti untuk
meneruskan kerja. Biarlah Pak Amin saja yang buat kerja ni, Siti
tergesa-gesa bangun.

Dia membuka ikatan 'key' nya lalu ditutup seluruh kepala. Dia
sebenarnya segan juga kerana tidak bertudung di rumah itu. Cepat-cepat
dia masukkan perkakas dalam baldi kecil kemudian menggulung kembali
paip getah.

"Dah siap ke?"Wari tersedar dari lamunan bila Siti lalu di sebelahnya.
"Dah....."Balas Siti., terhenti langkahnya. Wari tersenyum sambil
matanya memerhati sekeliling. Tak berubah apa pun!
"Tak siram pun pokok bunga ni?"
"Kejap lagi Pak Amin akan siram..."Siti pandang ke pintu pagar. Pak
Amin pun tak balik lagi. Hati Siti gundah gulana berhadapan dengan
lelaki ini. Dia malu dengan keadaan dirinya. Apalah anggapan Wari
terhadapku, bisik hati Siti.
"Emm.....siapa nama awak ek?"Siti agak terkejut dengan pertanyaan itu.
"Err...Siti..."
"Siti?"
"Siti Nuranis.."
"Awak datang sini untuk jaga Didi dan Fifi ye?"Siti angguk.
"Emm...mama ada cakap dulu. Baguslah....boleh awak tengok-tengokkan
anak sedara saya tu. Tolong sekali tengokkan mama saya....dia tak
berapa sihat..."Wari bersuara lagi. Suaranya lemah saja pada
pendengaran Siti. Macam orang tak bermaya. Siti mengangguk. Dia
melangkah semula bila merasakan tiada lagi kata-kata yang akan keluar
dari mulut lelaki itu.
Sampai di dalam rumah, dia menarik nafas lega. Niatnya untuk berkebun
pagi itu, nampaknya terpaksa ditangguhkan. Entah kenapa lelaki itu
tiba-tiba muncul di laman. Padahal baru 2-3 hari lepas dia bertolak.
Agaknya dia risaukan Mak Ungku.

Siti mencuci mukanya yang sedikit berpeluh. Dia menjenguk sebentar ke
dapur, tetapi Kartini tidak kelihatan. Mungkin menyidai kain di
belakang. Siti bercadang untuk naik bilik Mak Ungku. Teringin pula dia
hendak berbual-bual dengan orang tua itu. Seronok mendengar cerita
tentang zaman mudanya, tentang anak-anaknya, tentang arwah suaminya
yang tak pernah lekang dari bibirnya. Setiap cerita yang disampaikan
pasti terselit nama arwah suaminya. Siti dapat rasakan betapa Mak Ungku
amat menyanjungi arwah suaminya itu. Siti juga diperlihatkan
gambar-gambar peribadi Mak Ungku sekeluarga. Sewaktu Lisa dan Wari
kecil-kecil dulu. Memang mereka comel-comel belaka. Banyak mewarisi
ketampanan ayah mereka.

Dari cerita Mak Ungku, tahulah Siti serba sedikit salasiah keluarga
itu. Mak Ungku asalnya orang kaya keturunan kerabat dari negeri Perak,
yang berkahwin dengan orang biasa, iaitu arwah Haji Zainudin. Tapi kata
Mak Ungku, cinta mereka begitu sukar untuk disatukan kerana perbezaan
taraf. Bertahun-tahun jugalah mereka mempertahankan cinta suci itu.
Sampai Mak Ungku hampir putus asa dan ingin berpisah saja. Tapi
suaminya seorang yang cekal dan kuat semangat. Rajin bekerja dan
bercita-cita untuk memajukan diri. Walaupun pada peringkat awal hanya
bekerja makan gaji, akhirnya dengan bantuan Mak Ungku, mereka mula
berniaga kecil-kecilan. Melihatkan keadaan itu, Mak Ungku nekad
berkahwin dengan Haji Zainudin. Memang agak susah kehidupan awalnya.
Apalagi sejak kelahiran Maria, pada waktu ekonomi rumahtangga mereka
tidaklah begitu stabil. Tapi kelahiran anak membawa rezeki. Haji
Zainudin terpaksa berpisah sementara dengan Mak Ungku kerana berhijrah
ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan perniagaannya. 3 tahun selepas itu
barulah mereka berasa senang sedikit. Mak Ungku membawa Maria ke Kuala
Lumpur dan tinggal bahagia sehinggalah lahir Wari dan Lisa.

Perniagaan yang semakin berkembang membuatkan Haji Zainudin selalu
keluar ke merata tempat. Itulah yang terjadi sewaktu mereka kemalangan
8 tahun yang lalu. Perjalanan ke Pahang pada suatu pagi yang indah
berakhir dengan keperitan yang meninggalkan kesan selamanya pada Mak
Ungku. Kebetulan pula Mak Ungku ikut sama pada ketika itu, sedangkan
pada hari-hari lain Mak Ungku jarang menemani suaminya. Mungkin sudah
ajal suaminya mati di ribaan. Apalah yang lebih memberi trauma kepada
seorang isteri sebaik mata dibuka, melihat kepala suami terlentok di
kaki dalam keadaan berlumuran darah begitu. Dan kaki yang menjadi saksi
itulah yang dengkot sehingga kini.

Kesian Mak Ungku, bisik hati Siti. Bukan mudah untuk melupakan
kengerian itu. Bertahun-tahun dia menjadi murung dan menyepikan diri.
Cadangan kaum keluarga agar dia menikah lagi, tidak pernah diambil
pusing. Bagaimana dia boleh melupakan suaminya? 10 tahun mereka
mempertahan cinta sebelum mendapat restu. 21 tahun menyulam bahagia
seorang isteri, kemudian terpisah kerana tragedi. Dalam masa setahun
dia mahu berkahwin lagi? Mustahil, kata Mak Ungku. Dia tidak mahu
berkahwin sampai bila-bila. Bukan kerana kecacatan kakinya itu. Walau
ditakdirkan dia sihat selepas kemalangan itu pun, dia tidak akan
menerima yang lain. Cinta pada arwah suaminya begitu utuh dan tak
mungkin dia lupakan sampai bila-bila.

Hai....bagaimana agaknya kisah cintaku nanti? Adakah seutuh cinta Mak
Ungku pada suaminya? Siti tersenyum sendiri. Dia tidak pernah bercinta
dan tak pernah berniat untuk merasai kemanisan bercinta. Entah. Hatinya
tidak pernah terfikir untuk melalui itu. Perasaannya pada Huzair juga
tidak pernah wujud. Dia tidak pernah memuja atau mengkagumi lelaki itu.
Cinta itu tak akan wujud. Dia yakin.

Siti mengetuk pintu beberapa kali sebelum membukanya. Dia tahu Mak
Ungku tidak akan marah kalau dia masuk begitu. Selalunya Mak Ungkulah
yang meminta dia agar kerap masuk ke bilik menemaninya. Rajin dia
bercerita dan Siti pula senang mendengarnya. Melayan Mak Ungku
mengingatkan dia pada emaknya di kampung. Baru seminggu, terasa begitu
rindu. Kak Melah belum lagi datang menjenguknya minggu itu. Hanya
sekali dia menelefon beberapa hari lepas. Mungkin hujung minggu ini dia
dan Abang Jais akan bertandang.

"Siti.."Mak Ungku menegurnya. Siti menghampiri. Darahnya tersirap
lagi. Di birai katil, seorang lelaki sedang duduk di situ. Memerhatikan
langkahnya.
"Duduklah sini...."Gamit Mak Ungku.
"Err...tak apalah Mak Ungku. Saya ingat Mak Ungku belum bangun
lagi...."Siti teragak-agak.
"Si Wari ni yang kejutkan Mak Ungku tadi....."Mak Ungku tersenyum
memerhatikan anak bujangnya. "Mehlah minum sama..."
"Kalau macam tu, saya turun dululah Mak Ungku.."
"Ish..Siti meh sini, Mak Ungku ada hal nak cakap ni..."Hati Siti
berdebar-debar. Aku ada buat salah ke? Kot-kot Wari mengadu pasal aku
tak habiskan kerja menyiram pagi tadi.
"Minggu depan, Mak Ungku cadang nak balik Perak."Mak Ungku
bersuara."Siti ikut sama ye?"
"Saya?"Siti lihat Wari tersenyum.
"Makcik ingat nak buat kenduri arwah kat rumah pusaka suami makcik.
Siti kenalah ikut sekali sebab Didi dan Fifi pun makcik nak angkut
sama..."Siti kebam bibir. Baru dia bercadang nak ikut Kak Melah keluar
berjalan.
"Kamu pun ikut sekali, Wari..."Mak Ungku beralih pandang pada Wari.
"Eh, saya tak boleh janji Ma. Mana tahu ada program lain nanti..."Wari
menggeleng.
"Wari....ni baru sekali Mama bercadang nak buat tahlil kat kampung.
Lama Ma tak jenguk ke sana. Apa salahnya Wari ikut sekali?"Mak Ungku
tarik nafas panjang.
"Kalau saya free, saya ikut Ma..."Mak Ungku menggeleng. Agaknya malas
dia nak bertegang urat dengan anak dia yang kaki jalan itu.
"Siti ikut sekali ye?"Siti mengangguk. Tak apalah. Sekurang-kurangnya
dia dapat tengok negeri orang. Kalau tak, bila masa lagi dia dapat
jejak kaki ke Perak sana.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon dari celah poket Wari. Tergesa-gesa
dia bangun menyeluk seluarnya. Mukanya berkerut melihat nombor yang
tertera pada telefom bimbit tersebut.

"Ha, you...nak apa?"Suara Wari tegas. Dia bangun menuju ke tepi
tingkap. Mak Ungku menggeleng melihat Wari.
"Suka hati you nak stay sampai bila-bila.It's not my
responsibility!"Siti jadi gerun mendengar suara Wari yang meninggi itu.
Dia berganjak menghampiri Mak Ungku.
"Fine. I'm not interested. I tak ada kat rumah. Jangan datang!"Wari
bergegas ke pintu lalu menarik tombolnya dengan kasar. Sekali lagi Mak
Ungku menggeleng. Mungkin sudah faham benar dengan perangai anaknya
itu. Dari dalam bilik, mereka masih dapat mendengar suara Wari yang
membentak-bentak di luar. Marah benar nampaknya dia.

"Mak Ungku nak turun bawah ke?"Siti bersuara, cuba mengurangkan
ketegangan.
"Tak apalah Siti. Kejap lagi Mak Ungku turun. Wari ada, dia boleh bawa
Mak Ungku.."Siti mengangguk. Dia meminta diri untuk beredar. Lagipun
dia kurang selesa dengan keadaan di situ. Takut dia melihat Wari yang
bertukar menjadi garang tiba-tiba. Siapalah yang dimarah sangat itu.

Siti membuka pintu dan menuju ke tangga. Sewaktu kakinya mencecah ke
anak tanggga ke dua, satu objek melayang betul-betul di depan matanya.
Menyentuh pipinya lalu jatuh di hujung kaki. Siti tidak sempat mengelak
sewaktu dirasakan bahang panas itu menyentuh pipinya. Dilihatnya objek
yang berderai di hujung kaki. Telefon? Siti terkejut.

"Oh..shit!"Wari tergesa-gesa menghampiri Siti sehingga Siti terdorong
ke belakang.
"Siti tak apa-apa?"Wari benar-benar cemas. Siti terdiam. Dia masih
terkejut dengan keadaan itu. Diperhatikan saja Wari yang
terbongkok-bongkok mengutip serpihan telefon itu.
"Sori....saya tak sengaja!Sori..."Suaranya bergetar. Ada nada marah
dan menyesal. Siti gosok pipinya yang pedih. Nasib baik tak kena kat
mata. Ganas betul lah lelaki ni! Telefon pun dibaling sesuka hati.
Nasib baik telefon, kalau pasu ker.....tv ker...pecah kepala aku!
Gerutu Siti.

"Siti okay tak?"Tangan Wari menyentuh pipi Siti. Siti cepat-cepat
mengelak. Rasa marah juga dia pada lelaki itu. Kalau iye pun mengamuk,
janganlah dijahanamkan telefon ini. Tahulah orang kaya!
"Tak pe...tak pe...."Siti menepis. Dia mula menuruni tangga.
"Siti.."Panggil Wari. Siti berpaling.
"Sori ye...saya tak bermaksud nak baling Siti tadi. Tak sengaja,
tengah geram sangat."Wari kerutkan dahi.

Iyelah tuh! tengah marah konon. Kau marah, bolehlah baling-baling
telefon. Esok lusa boleh beli yang baru. Aku ni marah, nak baling apa?
Kalau dah panas sangat, kolam renang tu terbentang luas. Terjun dan
berendam je kat dalam tu! Hati Siti mendengus.

bsambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

ain_filzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3416
Posting: 207
Dari: bumi rantauan

brazil  


posticon Posting pada: 27-05-04 14:00




ish........kalau saya jadi siti, saya sambut hp tue...



wassalam

-----------------
tiada puisi seindah kejujuran tiada lukisan seindah kesetiaan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_filzahProfil   Hantar PM kepada ain_filzah   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 27-05-04 14:42


yelah tu ci ain....
kalo sompat nak sambut...
kalo idak...hah! gitulah jdnye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 27-05-04 14:44


Part 11

Kesian gadis kecil itu. Tak pasal-pasal berjalur pipinya terkena
balingan telefonku. Aku pun satu. Kalau iya pun marah, buat apa telefon
itu yang aku baling. Lebur RM1,200 sekelip mata. Tapi.....aku
betul-betul geram! Geram dengan Rina. Kerana perempuan itu, hancur
telefon bimbitku, langsung tak boleh diguna lagi. Kerana Rina, malu aku
pada Siti!

Wari bangun dari katil. Di tebarkan pandangannya ke rimbunan
pokok-pokok di laman. Cahaya lampu samar-samar di tengah taman. Dia
ingin turun ke bawah. Menikmati makan malam bersama Didi dan Fifi.
Hadiah yang dibeli di Langkawi untuk mereka berdua masih berbungkus di
dalam beg besarnya. Tapi dia rasa segan. Segan hendak berhadapan dengan
Siti. Petang tadi waktu dia turun ke dapur, dia nampak kesan merah pada
pipi Siti sewaktu gadis itu sedang melayan Didi dan Fifi. Walaupun dia
sudah minta maaf, hatinya masih terselit rasa bersalah. Walaupun dia
lihat Siti seperti biasa gayanya, tidak menunjukkan tanda marah tapi
dia pasti gadis itu tentu beranggapan yang bukan-bukan terhadap
dirinya. Pasti dia ingat aku ini lelaki panas baran yang tak reti nak
control diri sendiri! Wari menggeleng kepala.

Sakit hatinya pada Rina masih berbekas. Dia sendiri tidak tahu kenapa
dia marah sangat dengan Rina. Bukan tidak pernah gadis itu melakukan
perkara-perkara sedemikian. Sudah acapkali. Sudah jenuh benar. Tapi
kali ini betul-betul menaikkan darahnya. Dia sudah ingatkan Rina banyak
kali. Jangan biarkan dirinya sesuka hati ditarik, disentuh atau dipeluk
begitu. Tapi Rina biarkan juga. Dia sudah ingatkan juga Rina supaya
jangan minum terlalu banyak. Tapi Rina lupa diri. Ditarik, dipeluk oleh
mana-mana lelaki dia masih dapat kawal diri. Tapi bila melihat Rina
tidur sampai ke pagi dalam dakapan lelaki lain, Wari sudah tidak sabar
lagi. Pagi itu juga dia angkat kaki. Dia tidak peduli, walau dia
sendiri masih pening-pening lalat. Dia gagahkan diri memandu seorang
diri.

Dan pagi ini, dia lepaskan kemarahan pada Siti. Kesian gadis itu.
Bercalar di pipi. Ishh.....kejam betul aku ni! Wari bingkas menarik beg
besarnya. Dibuka zip beg lalu dikeluarkan bungkusan-bungkusan hadiah.
Satu bungkusan kecil sebenarnya dibelikan khas buat Rina. Dia sengaja
beli tanpa pengetahuan gadis itu. Ingatkan nak buat surprise, tapi
nampaknya aku yang surprise, gerutu Wari. Dia terfikir untuk memberikan
saja hadiah itu kepada Siti, Sebagai tanda minta maaf..apa salahnya.

Wari turun ke ruang makan mendapatkan Didi dan Fifi. Kedua-dua anak
itu berteriak melihat bungkusan hadiah yang dibawa. Didi segera bangun
untuk mendapatkan hadiah tersebut.

"Didi.....habiskan makan dulu....Acik letak hadiah ni kat depan
.."Wari letakkan hadiah tersebut depan tv.
"Acik beli apa?"Didi kembali ke meja makan.
"Nanti Didi bukalah..tengok apa bendanya...."Wari menarik kerusi. Di
jenguk ke dapur, tetapi tiada kelibat Siti.
"Kak Siti mana?"Tanya Wari perlahan.
"Kak Siti bagi nenek makan..."Balas Didi."Nenek tak nak turun...."
"Banyak Kak Tini masak hari ni"Wari menyeduk lauk satu persatu.
"Yang ni Kak Tini masak...yang ni Kak Siti masak..."Didi menunjuk pada
lauk yang terhidang.
"Iye?"Wari tersengih. "Macam sedap je!"
"Sedap!"Didi dan Fifi bersuara serentak.
"Kalau sedap makan banyak-banyak eh...."

Wari memulakan suapan. Rasanya sudah lama juga dia tidak makan di
rumah. Biasanya waktu-waktu begini dia sedang bersiap-siap untuk
keluar. Dia lebih berselera makan di luar berbanding di rumah. Sejak
Mamanya sakit dan jarang memasak, Wari memang kurang makan di rumah.
Entah kenapa. Dia kurang berselera dengan masakan Kartini. Bukannya
tidak sedap. Tetapi dia rindu dengan masakan-masakan ala kampung yang
selalu Mama masak dulu-dulu. Kartini kurang dalam bab itu.
Biasanya Kartini masak yang mudah-mudah untuk Didi dan Fifi. Sebab itu
dia lebih suka makan di luar.

"Eh Abang!"Satu suara menegurnya. Wari berpaling. Melihat Lisa yang
merah padam mukanya.
"Kau ke mana Lisa? Berpeluh-peluh macam ni, kena kejar anjing
ker?"Lisa ketawa.
"Orang pegi jogging ler...."Balasnya lalu duduk di sebelah Wari.
"Malam-malam buta berjongging....."Wari menggeleng.
"Orang dah lama balik....orang lepak kat depan tu..."Lisa muncung.
Dicuitnya cebisan ayam lalu dimasukkan ke dalam mulut."Angin apa abang
kat rumah ni? Biasa abang dah blah malam-malam macam ni.."
"Kejap lagi abang nak keluar la ni...."
"Tak payah keluar la....ajar orang buat Add Math tue..."
"Ishh...malas abang. Kata pegi tuisyen tetiap hari....takkan tak reti
nak buat sendiri?"Wari mencedok nasi ke dalam pinggan.
"Pemalas lah abang ni...tak boleh harap!"Lisa bangun dari kerusi.
Muncung.
"Suruh lah Kak Siti ajar....Kak Siti kan pandai..."Didi bersuara
tiba-tiba. Lisa berpaling memandang Didi. Dahinya berkerut.
"Kak Siti mana pandai. Dia ajar Didi boleh ler...."Kepala Didi
diusapnya.
"Tu Kak Siti....pegilah tanya..."

Wari dan Lisa menoleh serentak. Siti terhenti langkah, menyedari
pandangan Wari dan Lisa ke arahnya. Dadanya mula berdebar-debar. Apasal
diorang berdua ni, tengok aku semacam jer? Baju aku koyak ker?

"Kak Siti, jomlah makan!"Didi berteriak. Siti tersipu-sipu. Dia rasa
segan dengan Wari dan Lisa.
"Emm....Lisa tak makan sekali?"Lisa sedikit terkejut dengan pertanyaan
Siti.
"Er..makan la dulu. Lisa nak naik atas..nak mandi...panas!"Lisa angkat
kening. Siti jadi serba salah. Takkan dia nak makan berdua dengan Wari.
Walaupun budak dua orang itu ada, mereka bukannya tahu apa-apa.
"Didi dan Fifi makan dulu ye.....Kak Siti nak cuci pinggan nenek
ni...."Siti bersedia untuk melangkah ke dapur. Dibawanya sekali
pinggan kotor. Hatinya sedikit gembira bila Mak Ungku berselera makan
tadi. Habis juga nasi yang dibawanya.

Siti membersihkan ruang dapur yang agak berselerak sejak tadi.
Sebentar tadi, bila Kartini pulang, Siti cepat-cepat menyiapkan bahan
untuk membuat gulai asam pedas. Sudah lama dia teragak untuk makan asam
pedas. Hendak minta Kartini yang masakkan, dia rasa segan. Lagipun dia
tengok bahan-bahan untuk memasak cukup di dalam peti ais. Ikan parang
yang dia nampak pagi tadi dikeluarkan awal-awal. Sudah siap disiang,
tinggal dicampak dalam periuk saja. Dicampur juga dengan ikan kembung
dua tiga ekor. Biar senang budak-budak dua orang itu makan. Ikan parang
banyak tulang. Silap-silap boleh tercekik kalau asyik sangat makan.

Siti menoleh ke belakang bila dirasakan ada seseorang sedang berdiri
di situ.
"Err..Siti.."Wari menghampiri. Siti kerut dahi pandang lelaki itu.
"Emm...ni ada barang untuk Siti. "Dia menghulurkan kotak kecil warna
merah. Siti sedikit teragak.
"Untuk Siti ?"Wari angguk.
"Saya kalau ke mana-mana memang suka beli barang sebagai kenangan.
Untuk Kartini pun ada..."Wari telan liur. Dia rasa janggal pula. "Ni
Siti punya....ambillah....emm...lagipun saya nak minta maaf pasal pagi
tadi..."
Siti senyum.
"Kan...awak dah minta maaf tadi. Tapi...tak apalah..terima
kasih.."Siti capai kotak kecil itu."Terima kasih ye...."Wari tersenyum
puas.
"Siti tak makan ke?"
"Ni..nak makan le ni..."Siti ketawa kecil lalu beredar meninggalkan
Wari. Wari memandang Siti dengan rasa lega. Dia harap pemberian hadiah
itu dapat menebus silapnya pagi tadi.

**********************************************

"Eh..Kak Rina...masuklah.."Siti sedikit gamam memandang wanita tinggi
lampai di depannya itu. Pintu dikuak lebih besar. Rina segera masuk
tanpa membuka kasut.
"Wari mana?"Tanyanya tanpa memandang Siti.
"Emm...dalam bilik.."Balas Siti perlahan. Dipandangnya gadis itu yang
kelihatan buru-buru melangkah. Wajahnya juga mencuka. Tiada secalit
senyuman pun kelihatan.

Rina sudah menghilang ke atas. Mungkin ke bilik Wari. Siti bergegas ke
ruang tamu. Mengemas majalah-majalah yang berselerak atas meja.
Rasa-rasanya majalah-majalah tersebut kepunyaan Lisa. Kalau Kartini
nampak, mesti bising mulutnya nanti. Tadi pagi saja Kartini sudah
membebel bila lada kisarnya sudah habis Siti gunakan malam tadi. Siti
sudah janji untuk merebus cili kering dan mengisarnya sebentar lagi.
Kadang-kadang Siti tidak faham kenapa Kartini selalu marah-marah
begitu. Tak pernah dia hendak berlembut dengan aku! gerutu Siti.

Siti mendengar derap langkah di hujung tangga. Wari kelihatan turun
tergesa-gesa. Dengan seluar pendek dan singlet putih. Baru bangun tidur
agaknya, fikir Siti. Rina di belakang mengekori.

"Ri.....listen to me first...."Rina menggapai tangannya. Cuba memaut
lengan Wari. Wari langsung tidak berpaling. Langkahnya laju, melintasi
Siti yang terkebil-kebil memandang.
"I dah cakap, jangan datang rumah!"Suara Wari keras.
"So!...I called you banyak kali tau. Tak pernah dapat. I datanglah
sini.."Rina mendengus.
"Tak payah call I lagi..."Wari berpaling.
"You marah sangat ni, kenapa?"
"You tanya kenapa? You tanyalah diri you sendiri"Jari telunjuknya
diacu ke muka Rina. Rina menepis.
"Kan I dah minta maaf. I'm so sorry, okay!"
"You selalu macam ni. Buat salah, lepas tu say sorry. And then you
buat lagi. I dah muak peel you ni!"
Rina gelisah. Sekejap bercekak pinggang. Sekejap dia berpeluk tubuh.
Setiap kali dia ingin menyentuh tangan Wari, lelaki itu menepis.
"You pun join jugak malam tu, kan. Kenapa pulak you nak marah-marah?
You pun sama aje, Wari!"
"Tapi I tak over macam you, Rina. I tak tidur dengan betina kat sana!"

Siti pejamkan matanya. Dia tidak sanggup mendengar dan melihat
pertelingkahan mereka. Rasa malu pun ada. Lebih baik aku cabut dulu.
Siti kumpulkan semua majalah dan letakkan di bawah meja. Dia berjalan
laju, melintasi mereka berdua. Dia sedar kerlingan mata Rina ketika dia
lalu di depan gadis itu.

Siti terus masuk ke bilik. Direbahkan tubuhnya ke atas katil. Lega
rasanya selepas berjaya melepaskan diri dari situasi tadi. Dia rasa
ngeri. Tidak pernah dia melihat orang bertengkar dengan
menengking-nengking begitu. Satu rumah boleh dengar rasanya. Kalau masa
bercinta sudah berani tengking-tengking begitu, bagaimana bila sudah
berkahwin nanti? Ishh...ngerinya nak kawin!

Pintu bilik terkuak tiba-tiba. Siti serta merta terbangun. Rina muncul
dengan wajah merah padam. Dia masuk tanpa menghiraukan Siti yang agak
terkejut dengan tindakan gadis itu. Rina membuka almari pakaian.
Diselaknya pakaian yang tergantung dengan kasar. Sesekali dia merengus.

"Mana pegi semua baju I kat dalam ni?"Rina berpaling pada Siti. Siti
segera bangun.
"Emm...baju yang pendek tu ker?"
"Iyelah...semua I simpan kat sini!"Balasnya keras.
"Ada kat sini...."Siti cepat-cepat buka laci kecil.
"Sapa suruh you lipat baju-baju ni?"Rina pandang Siti dengan mata
terjengil. Siti kebam bibir. Dadanya berdebar kencang.
"Rina, yang you marah budak tu buat apa?"Satu suara kedengaran di muka
pintu. Wari tercegat sambil bercekak pinggang.
"Baju I ni, I gantung elok-elok. Buat apa dilipat?"Rina tarik baju
dari dalam laci.
"You ambik cepat, lepas tu you balik!"Suara Wari keras. Siti
mengundurkan diri. Dia betul-betul bingung dengan keadaan itu.
"You nak halau I, Wari? Dah lah bilik ni pun you bagi orang lain
duduk. Sekarang, you halau I pula?"
"Dah you yang nak ambil semua barang you, kan....."
"Ok...fine..."Rina mengendung baju-bajunya. Pintu almari dibiarkan
terbuka luas. Dia berlalu keluar tanpa menoleh lagi. Siti tarik nafas
panjang. Badannya jadi seram sejuk. Dia memandang Wari yang masih
tercegat di muka pintu. Lelaki itu tersenyum tawar.

Siti kembali menutup pintu. Dia masih dapat mendengar suara mereka
berdua yang lantang di luar. Biarlah! Biarlah mereka bertekak sampai
putus urat. Bukannya urusan aku!

bsambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

miyuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 441
Posting: 249
Dari: Auckland

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 27-05-04 17:12


aaaaaaaaaa...
cpat aa sambung zilal...

please...please...please


-----------------
~www.salwasaleh.blogspot.com/www.tazkirahonline.blogspot.com~

Bookmark and Share

    


  Member Information For miyukiProfil   Hantar PM kepada miyuki   Pergi ke miyuki's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 28-05-04 08:11


Part 12

Perjalanan pagi itu agak lancar. Selepas Subuh tadi, Siti sempat
menggoreng cucur bilis untuk dibuat bekalan. Selepas menyiapkan Didi
dan Fifi dia membancuh kopi panas pula untuk disimpan dalam termos.
Boleh diminum bila-bila masa dalam perjalanan nanti. Beg pakaiannya
awal-awal sudah dimasukkan ke dalam Pajero milik Maria yang
ditinggalkan di situ. Menurut Mak Ungku, kalau bertolak pagi, mereka
akan sampai di Perak sebelah tengahari. Jauh juga perjalanannya itu.
Siti risau kalau-kalau dia mabuk nanti. Sebab itu dia sanggup sediakan
bekalan untuk mengisi perut nanti.

Di luar, Wari sudah menunggu di tepi kereta. Lisa sudah terlentok di
dalam Pajero. Pagi tadi dia merungut-rungut kerana terpaksa bangun
awal. Hari minggu, biasanya tengahari baru nampak batang hidungnya.
Didi dan Fifi kelihatan riang dan tak sabar-sabar hendak memulakan
perjalanan. Mak Ungku ceria melihat telatah cucu-cucunya itu. Dia rasa
lega kerana Wari bersetuju untuk ikut sama. Tinggallah Pak Amin seorang
di rumah. Pak Amin tidak boleh ikut sama kerana perlu menjaga rumah
selama 2 hari itu. Kartini pula tidak mahu ikut serta walaupun sudah
dipelawa Mak Ungku. Ingin istirehat, katanya. Untunglah Kartini kerana
minggu ini dia dapat cuti percuma.

Selepas menelefon Kak Melah dan emak di kampung, memaklumkan
pemergiannya ke Perak, Siti masuk ke dalam Pajero dan duduk di sebelah
Mak Ungku. Mak Ungku menggenggam jemari Siti. Siti rasa hiba tiba-tiba.

"Minggu depan, Makcik izinkan Siti balik kampung...."Mak Ungku
bersuara perlahan.Siti tersenyum kembali. Hampir sebulan dia menetap di
rumah itu, rasa rindu pada kampung dan orang tuanya semakin membuak.
Dia tidak betah tinggal lama-lama di situ. Tapi apakan daya,
mengenangkan Mak Ungku yang baik hati, tak sampai hati dia nak mintak
cuti balik kampung.

"Mak cik tahu....Siti dah rindu kat mak dan ayah Siti, kan?"Siti
tersipu. Dia melemparkan pandangan ke luar. Pagi yang hening. Masih
belum banyak kenderaan yang lalu lalang.
"Rindu jugak Mak Ungku....saya mana pernah berjauhan lama macam
ni..."Balas Siti kemudian. Wari di depan memanjangkan lehernya. Dari
cermin pandang, dia dapat melihat wajah Siti. Sesekali dia mencuri
pandang.
"Habis tu, dah bagitahu Kak Melah nak balik minggu depan?
"Belum lagi Mak Ungku. Tak tahulah Kak Melah nak balik sekali atau
tak. Kalau Kak Melah tak balik pun, Siti boleh naik bas"
"Ish....buat apa naik bas. Jauh tu. Nanti Pak Amin boleh hantarkan.
Tak pun Si Wari ni pun boleh hantar kejap...."Siti terdiam seketika.
Dia menyandarkan badan. Sesekali matanya terpandang cermin, hatinya
berdebar tiba-tiba. Renungan Wari tertangkap oleh matanya. Siti
cepat-cepat alih pandangan.

Dalam perjalanan Siti terlelap seketika. Dia tersedar bila Pajero
berhenti di satu kawasan perhentian yang terdapat banyak kenderaan lain
singgah di situ. Siti mengeliat. Dia memerhatikan sekeliling. Wari
tiada di dalam kereta. Lisa di luar melayan Didi dan Fifi. Mak Ungku
juga tidak kelihatan.

"Mana Mak Ungku, Lisa?"Tanya Siti sebaik turun dari Pajero.
"Mama ke tandas.."Balas Lisa perlahan. Lemah saja suaranya. Mungkin
masih mengantuk.
"Didi dan Fifi lapar tak?"Kedua-dua anak kecil itu menerpa ke arah
Siti.
"Lapar!"Jawab mereka serentak. Siti mengerling jam di tangan. Hampir
pukul 10. Dia mengeluarkan air kopi dan cucur bilis yang di simpan
dalam bakul.
"Meh la makan jemput-jemput ni, Lisa...."Siti gamit Lisa yang
bersandar pada pintu Pajero. Mulanya Lisa seperti keberatan, tetapi dia
melangkah juga.
"Dah sejuk sikit...tapi boleh la buat alas perut..."Siti hulurkan
bekas tupperware tersebut. Lisa ambil sebiji lalu mengunyahnya
perlahan. Dahinya berkerut-kerut.
"Fifi nak minum susu tak?"Fifi angguk kepala. Leka dia menikmati cucur
bilis. Siti membancuh susu perasa coklat kegemaran Fifi. Semua
keperluan mereka telah Siti siapkan awal-awal tadi termasuk air panas
untuk membancuh susu.
"Kak Siti....."Siti toleh ke arah Lisa. Gadis itu tampak ragu-ragu.
"Lisa nak air kopi ni?"Siti hulurkan cawan plastik berisi kopi.
"Lisa minta maaf ye...kalau selama ni Lisa cakap kasar-kasar dengan
kak Siti."Lisa telan liur sambil memandang Siti sungguh-sungguh. Siti
tersenyum.
"Mana ada Lisa cakap kasar dengan Kak Siti..."
"Selalu......"Balas Lisa perlahan. "Kak Siti mesti kecik hati..."
"Tak lah....kalau Kak Siti kecik hati, mesti Kak Siti tak tegur Lisa,
kan?"Lisa senyum nipis.
"Tapi.....peel Lisa memang macam ni.....kasar sikit. Kak Siti jangan
ambil hati ye?"Siti angguk sambil tersenyum sama.
"Cucur kak Siti ni dah sejuk....tapi sedap!"Siti ketawa.
"Kalau sedap, makanlah lagi..."
"Memanglah nak makan, tapi...Lisa malu...Lisa selalu marah-marah Kak
Siti...tapi bab makan....Lisa balun pulak..."Lisa senyum malu. Dicapai
sebiji cucur lagi.

"Itu nenek!"Didi menjerit tiba-tiba.Mereka sama-sama menoleh. Mak
Ungku berjalan terdengkot-dengkot sambil dipimpin oleh Wari. Wajahnya
kelihatan segar dipanah matahari pagi.
"Ma....minum dulu Ma..."Lisa hulurkan kopi kepada Mamanya."Ada
cucur....Kak Siti buat.."Wari tersengih.Dia ambil juga sebiji sebaik
Lisa hulurkan ke arahnya. Wajah Siti dipandang sekilas. Entah kenapa
sejak pagi tadi, berlainan sungguh perasaannya setiap kali memandang
wajah gadis itu.
"Nak gerak sekarang ke, Ma?"Wari bersuara tiba-tiba.
"Tunggulah budak-budak ni habis minum dulu.."Mak Ungku usap kepala
Didi dan Fifi."Dah tak jauh sangat ni. Pukul 11.30 boleh sampai
ni..."Wari angguk.

Siti simpan kembali bakul ke dalam Pajero. Dia mendukung Fifi masuk ke
dalam. Tak lama kemudian, Pajero mula bergerak meninggalkan kawasan
rehat tersebut. Siti rasa lega kerana dia tidak berasa pening sepanjang
perjalanan itu. Dapatlah dia menikmati perjalanan walaupun hanya
pemandangan yang sama sejak tadi. Sesekali mereka melewati kawasan
perkampungan, Siti berasa seronok sekali. Melihat rumah-rumah kayu di
kiri kanan jalan, ingatannya segera ke kampung yang telah sebulan dia
tinggalkan. Minggu depan dia akan pulang juga walaupun Kak Melah tidak
ikut sama. Dia sanggup naik bas walaupun memakan masa yang lama. Dia
sudah begitu rindu. Pada emak dan abah, pada Murni dan Shidah. Juga
pada Lonjang dan Conit! Siti tersengih sendiri. Seketika, wajah Huzair
pula menerpa. Menyapu semua wajah-wajah yang dia kenang tadi.
Ishh!...Siti muncung.

Wari di depan menggeleng. Apa kena Siti ni? Sekejap tersenyum, sekejap
muncung! Dia membetulkan cermin pandang. Rimas dia asyik nak memandang
ke belakang. Nanti mata ke mana, kereta ke mana!

*********************************

Sebuah rumah kayu tersergam indah di laman rumput yang luas. Rumput
yang menghijau dihiasi pokok-pokok kertas bermacam warna. Di kiri kanan
laman ada pokok-pokok rambutan yang sedang berbunga lebat. Ada juga
rimbunan pandan dan serai yang tumbuh subur. Di sebelah belakang pula
banyak pokok-pokok pisang yang berbuah lebat. Besar-besar tandannya
seakan ingin menyembah bumi. Tunggu masa saja untuk ditebang. Tak ubah
macam kebun di belakang rumahnya.

"Cantik rumah ni, macam ada orang yang jaga..."Siti bersuara sewaktu
menaiki tangga batu.Kolongnya juga bersih, seolah disapu setiap hari.
"Memang ada yang jaga pun...."Balas Wari tanpa di duga. Mak Ungku
tersenyum.
"Mak cik upah orang jaga rumah ni. Tu yang bersih je. Kalau tak
dijaga, memang dah jadi hutan belukar rumah ni, Siti.."Sambung Mak
Ungku pula. "Mana pulak Pak Din ni? Mama dah bagitahu kita sampai
tengahari..."Mata Mak Ungku melilau ke sekeliling.
"Kat kebun lagi tak, Ma.."Balas Wari, memanjangkan leher.
"Agaknya laa...ni Wari cuba bukak pintu ni....."Mak Ungku serahkan
kunci pada Wari. Nasib baik pintu boleh dibuka. Mereka masuk ke dalam
rumah yang nampak kelam kerana semua tingkat bertutup. Bahang panas
mula terasa. Siti buka tingkat satu persatu. Udara mula masuk,
menjadikan suasana dingin sedikit. Siti duduk di kerusi rotan yang
masih elok. Kemas tidak berhabuk walau sudah ditinggal bertahun
lamanya. Mungkin setiap hari Pak Din membersihkannya. Cuma sebahagian
perabut ditutup dengan kain putih.
"Tak berubah macam dulu jugak...."Mak Ungku berdiri tepi tingkap.
Wajahnya bertukar menjadi hiba. Mungkin dia terkenang kembali suatu
ketika dahulu sewaktu mereka suami isteri masih menetap di sini.
"Pokok rambutan yang Papa kamu tanam, dah berbunga pun...dulu masa
kami tinggalkan rumah ni, baru tumbuh tunas..."Mak Ungku mengesat
pelupuk mata. Sedih pula Siti melihatnya. Wari dan Lisa hanya diam
mendengar keluhan Mama mereka.
"Kalau tak Pak Din yang jaga.....takkan menjadi jugak pokok-pokok
tu...."Sambungnya lagi.
"Ma...jangan diri lama-lama sangat...."Lisa sorongkan kerusi roda yang
baru dibawa turun oleh Wari. Mak Ungku melabuhkan punggungnya. Wajahnya
masih sayu.
"Bawa Mama masuk bilik, Lisa...."Lisa cepat-cepat sorong kerusi. Masuk
ke bilik besar yang langsir pintunya berwarna biru. Tinggal Siti dan
Wari saja di ruang tamu itu. Didi dan Fifi masih di laman, mungkin
sedang seronok bermain di bawah pokok rambutan yang redup. Siti rasa
janggal dengan keadaan itu. Dia bergegas bangun, mencapai bakul dan beg
besar lalu di bawa ke dapur. Ruang dapur kecil, agak curam. Ngeri
rasanya menuruni tangga kayu yang tinggi itu. Tapi periuk dan kuali
masih bersusun kemas. Juga tidak berhabuk. Tong gas juga ada. Mungkin
Pak Din sudah siapkan semuanya sejurus mengetahui kepulangan Mak Ungku
sekeluarga.

Siti buka pintu dapur yang dibuat dari zink. Berkeriut bunyinya. Dia
melebarkan pandangan ke kebun pisang di belakang rumah. Geram dia
melihat tandan pisang yang besar-besar melayut di perdunya.
Hampir-hampir menyembah bumi. Kalau di kampung mesti dah lama dicantas
bapa. Pisang nipah kuning yang besar-besar begitu kalau dibuat kerepek
memang manis rasanya.

Siti berhasrat untuk meninjau-ninjau sekeliling kebun tersebut.
Kebetulan ada selipar jepun lusuh ditepi pintu. Segera disarungnya. Dia
berjalan perlahan-lahan sambil memerhatikan sekeliling. Terhibur
hatinya melihat pokok-pokok cili, pokok kacang botol yang subur dan
gemuk-gemuk buahnya. Subur benar tanah di kawasan tersebut. Sesuai
dibuat bercucuk tanam. Tentu Pak Din seorang yang rajin berkebun. Kalau
tidak, masakan pokok-pokok sayur tersebut boleh membesar dan berbuah
lebat. Siti belek-belek cili api yang memerah. Ada yang sudah kuning
dan busuk tidak dipetik. Dan banyak pula yang gugur ke bumi. Agaknya
Pak Din tidak sempat mengutipnya. Mungkin dia sendiri punya kebun yang
perlu diuruskan. Petang nanti, kalau sempat, dia ingin minta izin Pak
Din untuk petik cili-cili tersebut. Ada lebih boleh dibawa balik ke KL.
Sayang kalau dibiar layu begitu saja.

Siti terbongkok-bongkok di bawah pokok pisang yang menyenget itu.
Sambil diperhatikan daun pisang muda, kalau-kalau ada gulungan daun di
celah-celah pelepahnya. Kalau dulu, masa kecil-kecil suka benar dia
mencari ulat daun pisang yang terdapat pada celah-celah daunnya yang
bergulung. Pantang nampak, dia akan cantas pelepah pisang. Koyakkan
daun yang bergulung. Dikumpul banyak-banyak sebelum di bawa ke belakang
rumah Shidah. Disitulah ulat-ulat itu dikeluarkan dan disusun banyak.
Melentik-melentik ulat hijau berkepala hitam itu. Badannya yang
bersalut bebenang warna putih menguit-menguit bila dicuit. Di situlah
mereka bina rumah tanah, jambatan batang pisang dan lubang-lubang kecil
tempat laluan ulat-ulat tersebut.

Mereka gembira melihat ulat-ulat itu menguit-nguit bila terkena
panahan matahari. Suka melihat cairan hijau yang keluar dari badannya
yang penyek dipijak. Issh....jahat betul aku masa tu! Siti tersenyum
sendiri. Macamana aku boleh berani sangat main ulat-ulat tu? Kalau
sekarang ni campak kat aku agaknya, pecut 100 meter le gamaknya. Siti
terhenti seketika. Di hujung kakinya ada longkang kecil yang mengalir
air jernih. Merenek-renek airnya terkena sinaran mentari.

"!"Suara garau terdengar dari arah belakang. Siti
terkejut, spontan dia berpaling. Seorang anak muda, berkulit sawo
matang tunak memandangnya. Di dahinya ada bintik-bintik peluh yang
halus.
"Awak ni, anak Makcik Latifah ker?"Siti masih gamam. Mulutnya terkumat
kamit. Makcik Latifah? Siapa pula?
"Anak Haji Zainudin?" Oh! Siti baru teringat.
"Bukan!....errr..saya bukan anak Mak Ungku..."Siti teragak-agak. Wajah
lelaki itu berkerut.
"Habis tu, saya nampak awak keluar dari rumah Makcik Latifah tadi?"
"Ohh....eemmm...saya ni..."Siti garu kepala. Takkan aku nak cakap aku
babysitter cucu Mak Ungku!
"Tak apalah....saya tahu Makcik nak balik hari ni. Ayah saya yang
bagitahu..."Lelaki itu tersenyum."Ayah saya ada kat rumah tu...."
"Awak ni siapa?"Siti berganjak. Takut juga dia berhadapan lelaki yang
tak dikenali itu.
"Saya Hadi, anak Pak Din.."Dia senyum lagi.
"Oh....anak Pak Din..."Siti tersenyum malu.Dia mula mengatur langkah.
Dah lama sangat rasanya dia di luar.Takut Mak Ungku tercari-cari.
"Awak nak balik ke?"Siti angguk. Hadi jalan sama.
"Siapa nama awak?"
"Emm..Siti...."
"Siti ....siti aje?"
"Siti Nuranis..."Siti kerling sekilas lelaki itu. Rambutnya ikalnya
basah disimbahi peluh.
"Awak tidur sini ke malam ni?"Siti angguk.
"Iyelah....habis nak tidur mana pulak?"
"Tak adalah. Rumah Pakcik Zainudin ni dah lama kosong. Baguslah kalau
awak tidur di sini..."
"Mak Ungku memang nak bermalam di sini. Malam ni kan ada kenduri
tahlil?"Hadi terangguk-angguk.
"Ayah saya dah jemput orang-orang kampung. Barang-barang untuk masak
pun dah siap. Petang nanti dalam pukul 2 saya hantarlah barang-barang
dapur."Siti senyum nipis. Peramah betul mamat ni! Aku tak tanya pun,
dia sibuk bercerita.
"Pokok-pokok pisang tu, ayah awak ke yang tanam?"Hadi tersenyum lebar.
"Ayah saya yang tanam. Tanah belakang tu luas sangat. Sayang kalau
dibiar bersemak. Sebab tu ayah tanam pisang, rambutan, sayur. Ada jugak
hasilnya...."
"Rajin ayah awak ye.."Hadi ketawa.
"Orang kampung memang macam ni la, Siti. Kerja sendiri. Tanam sayur,
berkebun....."Perbualan mereka terhenti sebaik mereka sampai di laman
rumah. Ada sebuah motor kapcai di tepi tangga. Motor Pakcik Din
agaknya, fikir Siti. Siti dan Hadi naik ke atas rumah.
"Siti ke mana?"Mak Ungku bersuara sebaik Siti masuk ke
dalam.Tersipu-sipu Siti dibuatnya Apalagi Wari dan Lisa juga ada di
situ. Semua mata memandang ke arahnya dan Hadi.
"Saya kat belakang tadi, Mak Ungku. Tengok-tengok kebun pisang.
Terjumpa Hadi, anak Pakcik Din ni.."Balas Siti lalu duduk di sebelah
Mak Ungku.
"Ni Pakcik Din, ayah si Hadi ni...."Lelaki tua bermisai lebat itu
tersenyum. Bersih wajahnya walaupun urat-urat sudah berselirat di
setiap tubuh. Siti bersalaman dengan lelaki itu.
"Petang ni bolehlah kita gotong royong masak lauk. Barang-barang semua
dah siap tu.."Pak Din bersuara sambil ketawa.
"Terima kasih lah Pak Din sebab susah-susah siapkan semua ni..."Mak
Ungku bersuara perlahan. Wajah sayunya mula kelihatan.
"Apa yang susahnya..Ungku..bukannya selalu Ungku balik. Ni...nak dekat
10 tahun baru nampak muka. Sesekali balik apa salahnya kita buat
kenduri besar sikit..."Pak Din tarik nafas. "Lagipun...saya ni memegang
amanat Zainudin....rumah ni rumah pusaka, kenalah dijaga..."
"Kalau boleh saya nak duduk terus di sini, Pak Din. Tapi Pak Din
tahulah....perniagaan arwah kat KL tu....kena ditengok-tengokkan
jugak..."Pakcik Din mengangguk tersenyum.
"Tak apalah Ungku. Selagi hayat saya, bolehlah saya jaga rumah ni.
Esok lusa kang, anak saya Hadi ni pulak jadi pewarisnya...."

Hadi tersenyum manis. Walaupun kulitnya agak gelap sedikit, tapi
wajahnya yang manis, menyejukkan pandangan. Saling tak tumpah wajah
Pakcik Din yang bersih itu. Melihat wajah Hadi, Siti terkenangkan
kawan-kawan sekampungnya. Begitulah perwatakannya. Serba sederhana.

******************************************

Kenduri tahlil selesai hampir pukul 10 malam. Orang-orang kampung
sudah mula beredar setelah menjamah hidangan. Mak Ungku cukup gembira
dan bersyukur dengan kehadiran orang-orang kampung. Walaupun Mak Ungku
jarang benar balik ke situ, tetapi orang-orang kampung tetap
menghormati dia. Masih mengingati arwah suaminya. Jiran-jiran terdekat
juga ringan tangan sama-sama memasak lauk pauk dan mengemas pinggan
mangkuk. Semuanya berjalan dengan lancar.

Siti masih lagi belum selesai mencuci pinggan. Banyak lagi periuk
belanga yang belum digosok. Lenguh pinggangnya mencangkung tepi paip
di luar rumah. Lisa yang tadi ada bersamanya sudah tidak kelihatan.
Mana peginya budak ni? Curi tulang agaknya! Siti merengus. Dia
menyingsing lengan baju kurungnya tinggi-tinggi. Sudah basah separuh.

"Banyak lagi ker yang nak dibasuh?"Satu suara menegur. Siti mendongak.
Wajah Hadi samar-samar dalam kegelapan malam itu.
"Banyak...."Balas Siti lemah.
"Kesian...mehlah saya tolong.."Hadi pula menyingsing lengan baju
melayunya.
"Eh, tak apalah. Awak balik lah dulu..."
"Tak apa. Biar saya habiskan. Periuk ni biar saya yang basuh. Siti
tolong bilas aje..."Siti tersenyum. Dalam hati dia sedikit lega.
Bolehlah dia tarik nafas sekejap. Baik hati betul si Hadi ni. Dahlah
peramah, ringan tulang pulak tu. Nak harapkan Wari, ntah mana dia pegi.
Dari tadi tak nampak batang hidung!

Wari yang berdiri di muka pintu, terhenti langkahnya. Pinggan kotor di
tangannya dipegang kejap. Pandangannya tertancap pada dua susuk tubuh
di pili air. Hatinya jadi tawar. Semangatnya yang berkobar-kobar
sebentar tadi padam tiba-tiba. Dia masuk semula ke rumah. Tak sanggup
dia melihat kemesraan yang telah berputik itu.

bsambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

nazirah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.01.2004
Ahli No: 6301
Posting: 43
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-05-04 10:10


Sian kat Wari.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazirahProfil   Hantar PM kepada nazirah   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 29-05-04 08:22


Part 13

"Mek Ti!!!!!"Dua tubuh itu menerpa ke arahnya. Siti terdorong ke
belakang, cuba mengimbangi badannya dari jatuh.
"Wei, korang nih!"Siti terjerit. "Lemas aku!"
"Bila kau balik Mek Ti?"Shidah melepaskan pelukan. Murni di sebelah
tersengih lebar. Siti menarik nafas panjang. Semput dia dibuatnya.
Wajah dua teman baiknya itu dipandang silih berganti.
"Pagi tadi!"Siti senyum.
"Kau balik sorang ke? Naik bas?"
"Taklah...dengan akak aku....dia mana kasi aku naik bas...."Shidah dan
Murni tarik tangan Siti duduk atas pangkin bawah pokok buah saga.
"Ingatkan tak nak balik sini lagi...."Murni bersuara pula.
"Eh, apa pulak. Kalau boleh tiap-tiap minggu aku nak balik tau. Tapi,
mana boleh. Ini pun bos aku baik hati kasi cuti."

"Hari minggu kan hari cuti. Nak balik tiap-tiap minggu pun boleh,
kan."Shidah mendengus. "Macamana kerja kau, best tak?" Siti telan liur.
Bab ni yang dia malas nak jawab.
"Kerja aku biasa jer......."Balasnya perlahan.
"Mesti best kerja kat ofis besar. Pakai cantik-cantik. Tengok baju dia
ni...ni mesti baju baru...."
"Mana ada!"Siti geleng kepala. Baju ni Lisa yang bagi dia sebelum dia
bertolak balik semalam. Entah apa angin gadis itu, tiba-tiba dia
bersungguh-sungguh minta Siti ambil saja baju tersebut. Katanya baju
itu sudah lama tak dipakai. Daripada disimpan, baik diserahkan kepada
orang lain.
"Mesti gaji kau besar, kan Siti?"Murni menyampuk.
"Tak adalah.....gaji aku kecik jer...nantilah kalau ada masa aku
belanja korang makan eh. Tapi sekarang ni kita citer pasal lain pulak.
Aku malaslah nak citer pasal keja aku tu.."Dengus Siti. Dia bangun dari
pangkin. Berjalan mundar mandir di depan Shidah dan Murni.
"Ala..Mek Ti...kitaorang nak tahu juga kau duduk KL tu macamana...best
ker tak best. Pakwe-pakwe kat sana hensem-hensem tak?"Siti ketawa.
Manalah ada pakwe sangat. Paling tak pun si Wari saja yang dia jumpa.
Lainlah kalau dia ke sana ke mari. Mesti ramai lelaki yang dia temui.
"Kau jumpa pakwe baru, meranalah Huzair.."Siti telan liur. Mendengar
nama Huzair hatinya mula berdebar. Dia tidak nampak kelibat Huzair di
padang petang itu. Kemana dia? Masih adakah lagi dia di kampung ini?
"Huzair...mana?"Tanya Siti perlahan. Ditebarkan pandangannya ke
tengah padang. Beberapa susuk tubuh terkinja-kinja mengejar bola sesama
sendiri. Tidak pula terlihat Huzair. Siti paling kenal susuk tubuh
lelaki itu. Tegap dan sasa, jauh beza dengan saiz budak-budak kampung.
Dan kulitnya yang putih kemerahan itu terlihat jelas setiap kali dia
bermandikan peluh.
"Zair dah balik KL..."Shidah turut bangun. Rambutnya yang lurus itu
berkibar-kibar di tiup angin petang.
"Balik KL?"Siti gigit bibir. "Bila?"
"2-3 hari lepas kau bertolak ke KL, dia pun pergi sama."Balas Shidah
lagi. "Kesian dia....lain macam je aku tengok. Apa yang berlaku antara
korang ha, Siti?"
"Emm...tak ada apa-apa. "Siti geleng kepala."Dia ada cakap dengan aku
dia nak kerja kat KL." Itupun kalau aku terima pinangan dia dulu! Siti
tarik nafas panjang. Tapi aku dah tolak. Dia pergi KL nak cari aku ker?
Isssh....mustahil. Bukankah mak ayah dia ada di KL. Buat apa dia susah
payah nak cari aku. Lagipun dia bukan tahu aku kerja di mana. Mungkin
dia betul-betul nak mencari kerja di sana. Siapa tahu?

Dia tahu Huzair kecewa, mungkin. Tapi itu semua bukan salah dia. Dia
tidak pernah menganggap lelaki itu lebih dari sepatutnya. Huzair saja
yang punya perasan itu. Tapi tidak dia. Jadi, salahkah dia kiranya
menolak hasrat murni Huzair itu. Rasanya tidak. Dia ada hak. Hak untuk
memilih jalan hidupnya sendiri. Kalau ditakdirkan jodohnya dengan
Huzair pun, dia boleh terima, tetapi bukan buat masa ini. Dia terlalu
muda untuk melalui semua itu. Dan Wari?

Tempohari, selepas balik dari Perak, lelaki itu menghilang diri.
Hampir 2-3 hari lamanya. Lisa kata mungkin dia ke rumah Rina. Buat apa?
Bukankah mereka baru lepas bertengkar beberapa hari yang lepas. Adakah
Wari bermalam di sana? Adakah itu memang cara hidup mereka. Atau mereka
sudah berbaik-baik semula.

Kenapa dia harus mengambil tahu. Semua itu tidak ada kaitan dengan
dirinya. Tapi dia selalu memikirkannya. Kenapa ya? Kadang-kadang dia
merasakan dirinya begitu tidak adil. Dia cuba menjauhi Huzair dengan
alasan dirinya belum bersedia, belum layak untuk melalui semua itu.
Tapi dalam masa yang sama, hatinya sering berkata-kata. Berkata-kata
tentang lelaki lain. Tentang Wari.

Kenapa aku jadi begini??

"Siti!"Siti tergegau. Didongakkan wajahnya. Wajah Kak Melah nampak
berbalam.
"Apa duduk dalam gelap ni?"Suis lampu dipetik. Siti mengesat pelupuk
matanya. "Petang tadi pergi mana?"
"Jumpa Shidah dan Murni..."Balas Siti perlahan. Dia bangun, mencapai
tualanya.
"Huzair?"
"Issh..akak ni!"Siti merengus. Melah ketawa.
"Siti kemaskan dulu baju. Esok kita balik pagi...."
"Kenapa nak balik pagi pulak kak....kata balik petang...."
"Malam Mak Ungku nak amik anak dia kat airport...."Balas Melah sambil
tangan pantas menutup tingkap satu persatu.
"Maria?"
"Maria balik malam ni. Baru tadi dapat tahu...."
"Pembedahan dia tu dah habis ye, kak?"
"Agaknya.....dah sebulan.....takkan tak siap lagi...."Siti senyum
tawar. Maria dah balik, bernama tugasnya akan berakhir pada bila-bila
masa. Bermakna dia akan pulang ke kampung semula. Menjadi seperti
dulu-dulu. Bermakna dia tidak akan bertemu lagi anak-anak kecil itu.
Mak Ungku, Lisa dan......Wari.

****************************************************

"Kenapa dengan aku ni?"

Wari bingkas dari katil. Dia menjengah ke tingkap. Tiada apa-apa yang
menarik perhatian. Hanya kesuraman malam disinari lampu neon keliling
kolam. Wari menarik nafas panjang. Ditebarkan pandangannya. Malam
minggu begini alangkah seronoknya dapat berlibur bersama teman-teman.
Seperti yang selalu dia lakukan. Mengunjungi pub-pub yang sentiasa
dipenuhi manusia-manusia yang kehausan. Kehausan hiburan. Atau
menghabiskan masa sepanjang malam bersama Rina. Menghadiri pesta atau
makan-makan. Ahh...Rina! Gadis itu terlalu mudah untuk ditewaskan.
Cukup dengan sebotol minuman dan belanja makan, dampingilah dia
sepanjang malam. Walau dengan aku, atau lain-lain jantan! Wari kertap
bibir. Bayangan dua susuk tubuh yang terdampar di sofa malam itu bukan
mudah untuk dia lupakan. Walau hanya di atas sofa!

Rina mabuk malam itu. Dia tahu. Dia juga sudah pening-pening lalat.
Dia tidak sedar apa-apa saat dia tersembam atas lantai itu. Dan biarkan
Rina bersama-sama lelaki lain.
"Ri, you pun mabuk malam tu. You pun tidur ramai-ramai dengan
betina-betina lain!"Jerit Rina, tidak dapat mengawal perasaannya. "So,
apa yang you nak marah sangat!"
"I, tak tidur dengan siapa-siapa. Even dengan you sekalipun I tak
pernah, isn't it? Apa lagi dengan perempuan lain."
"I mabuk, I tak ingat apa-apa. I cuma tidur, dan bila bangun Fadzli
dah ada sebelah I."Rina mencemik."Ri, I tak sengaja. I'm so
sorry...."Digenggamnya jemari Wari lalu dikucup berkali-kali. "Lagipun,
kitaorang tertidur kat sofa. Mimi dan Darlin pun ada sekali."
"Tapi dia peluk you..."
"I tahu....that's why I mintak maaf sangat...I tak sengaja.
Please...."Rengek Rina. "Fadzli ada call you?"
"Handphone I dah hancur....tak payah nak call..."Wari tarik tangannya
lantas dicapainya helmet atas meja.
"You nak balik ke? Malam ni?"Rina mengekori Wari ke pintu.
"Malam ni I tak ada mood. Kirim salam kat parents you. Sorry I tak
dapat tunggu.."Rina hanya terkebil-kebil memandang Wari.

Wari tahu dia tak sepatutnya marah Rina begitu. Bukan salah Rina
seratus peratus pun. Salah dia juga. Dia juga yang bawa Rina ke
tempat-tempat begitu. Jadi dia harus tanggung risikonya. Dia yang ajar
Rina dengan kehidupan begitu. Dia yang ajar atau Rina yang banyak
mempengaruhinya? Anak Datuk itu memang lincah. Hidupnya lepas bebas.
Aku yang selalu hanyut bila disampingnya. Wari menggeleng. Tekaknya
terasa perit. Sejak balik dari Perak tempohari, badannya letih lesu.
Mungkin penat memandu. Dia juga kurang tidur. Mungkin matanya yang
selalu berjaga hingga ke pagi sudah payah benar untuk dilelapkan.
Itulah kesannya kalau suka jadi kutu embun.

Esok Kak Maria pulang dari London. Bagaimana keadaan dia. Sudah sihat
ke? Atau semakin teruk. Harap-harap Kak Maria masih ada harapan. Kalau
Kak Maria terus-terusan sakit, siapa yang akan menggantikan tempatnya.
Siapa yang akan menguruskan syarikat arwah Papa? Dia? Dia belum
bersedia dan dia tidak mahu memikul tanggungjawab besar itu. Dia masih
muda dan tak mahu masa mudanya terikat dengan bebanan itu. Dia masih
perlukan masa untuk menyiapkan diri.

Dan esok mungkin antara hari-hari terakhir Siti di sini. Kak Maria
sudah balik, tentu Siti akan pulang ke kampung. Siti tak akan menjaga
Didi dan Fifi lagi. Dan dia tak akan tinggal di sini lagi. Aku
bagaimana? Wari tarik nafas panjang. Kenapa perasaan aku jadi begini?
Apa yang aku risaukan? Siti bukan sesiapa di rumah ini. Dia orang asing.

Kenapa aku marah bila dia bersama Hadi tempohari? Kenapa hati aku jadi
sakit begitu. Aku benci melihat kemesraan mereka berdua. Aku benci
melihat renungan Hadi yang penuh makna itu. Dan aku jadi benci bila
melihat Siti melayannya mesra. Kenapa tidak aku? Kenapa Siti tidak
senyum dan ketawa seperti itu. Siti takut melihatku. Siti takut pada
renunganku.

Sememangnya hati ini tiba-tiba jadi kalut begini. Adakah kerana
marahku pada Rina? Adakah aku amat sakit hati pada Rina sehingga aku
sengaja beralih pada Siti. Adakah aku sengaja jadikan gadis itu
tempelan untuk menutup sakit hatiku ini?
Siti terlalu berbeza. Mustahil untuk aku jatuh hati padanya. Terlalu
pantas. Dan dia akan pergi selepas ini.

Dan perasaan ini?

***************************************

"Kak Maria...."Lisa memeluk tubuh kurus di hadapannya. Lama pelukan
itu. Siti jadi terharu menyaksikannya. Wajah Maria yang cengkung itu
ditatap lama.
"Didi dan Fifi tak ikut sama?"Matanya meliar ke sekeliling.
"Tak. Fifi dah tidur...tak sampai hati nak kejutkan dia.."Maria
tersenyum. Walau wajah cengkung, matanya bercahaya. Nampak kegembiraan
terpancar di situ.
"Mama sihat?"Dia beralih pada Wari pula. Wari mendakap kakaknya lama.
"Mama makin sihat...."Balas Lisa tersenyum. "Akak macamana?"
"Okay!"Maria mengangkat ibu jarinya.
"Abang Min mana?"
"Dia tunggu beg tadi....ha tu pun dia!"Semua mata beralih ke belakang.
Seorang lelaki sedang menyorong troli menuju ke arah mereka. Senyuman
lebar terukir di bibir.
"Lama betul tunggu beg-beg ni..."Dia bersuara sebaik berdiri di
sebelah Maria. Dipeluknya bahu wanita itu.
"Jom, Mama dah lama tunggu kat rumah tu..."Wari menurunkan beg dari
troli.
"Haa....lupa nak kenalkan kak Mar....ni Siti, dialah yang jaga Didi
dan Fifi masa akak kat sane..."Lisa tarik tangan Siti ke depan."Abang
Min, kejaplah....nak kenalkan Kak Siti ni..."
Maria memandang Siti tunak. Siti melemparkan senyuman. Rasa serba
salah dengan penerimaan Maria nanti.
"Oh, ni Siti yang Mama citer dulu. Adik Melah, kan?"Siti angguk
pantas. Maria mendekati Siti. Digenggam erat jemari Siti.
"Terima kasih sebab tolong jaga Didi dan Fifi. Mereka tu nakal. Mesti
Siti penat jaga mereka, kan?"
"Eh, taklah Kak Mar. Diorang tu baik sangat..nakal sikit-sikit
jer.."Siti ketawa halus. Maria memeluk bahu Siti, sambil berjalan
beriringan ke pintu keluar. Wari sudah hilang dari penglihatan. Mungkin
dia mendapatkan kereta yang diparking agak jauh dari pintu masuk.

Perjalanan malam itu agak lancar dengan Maria rancak bercerita tentang
pengalamannya di sana. Siti hanya mematikan diri. Tidak ada satu pun
perbualan mereka yang membolehkan dia mencelah. Cuma sesekali dia turut
ketawa bila ada sesuatu yang lucu dipendengarannya. Dia rasakan ada
baiknya dia tinggal di rumah saja tadi, tak perlu ikut serta menjemput
Maria. Selepas mengangkat Fifi ke bilik tadi, dia berkira-kira untuk
terus melelapkan mata, sementelah dia rasa terlalu letih sepanjang
perjalanan dari kampung ke KL pagi tadi. Tapi ajakan Lisa yang
beriya-iya tidak mampu ditolak. Kata Lisa dia tidak mahu pergi berdua
dengan Wari kerana lelaki itu 'moody' sejak akhir-akhir ini.Kalau ada
dia, bolehlah dibuat teman berbual.

Sampai di rumah, Siti menolong sama memunggah beg dari bonet kereta.
Maria sudah naik ke atas bertemu Mamanya. Lisa juga sudah tidak
kelihatan. Siti cepat-cepat masukan beg ke dalam rumah dan bersedia
untuk masuk ke bilik. Dia sudah mengantuk benar. Bantal dan katil sudah
terbayang-bayang di ruang mata.

"Siti..."Siti sedikit terkejut. Langkahnya terhenti, lalu dia
berpaling. Wari berdiri di hadapannya.
"Boleh buatkan minuman. Kopi ker....nescafe ker..."Siti
terangguk-angguk.
"Untuk Wari?"
"Untuk semua..."Satu suara menambah. Azimin yang berdiri di muka
pintu, tersenyum.Pandangan matanya bercahaya.
memandang Siti penuh makna.

bsambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 30-05-04 01:00


ait...??
parah ni..
sambung cepat aa kak zilal..
plz..

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

nazirah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.01.2004
Ahli No: 6301
Posting: 43
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 30-05-04 14:51




Hai, makin lama makin parah ni.. Bila nak habis cerita ni kak Zilal??? Dah makin x sabar nak tau kesudahannya. Tapi, nampak gaya macam lambat lagi je nak habis..

Tak pe.. sabar je lah..



Bookmark and Share

    


  Member Information For nazirahProfil   Hantar PM kepada nazirah   Quote dan BalasQuote

cik_ct
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.02.2004
Ahli No: 7610
Posting: 22
Dari: Bumi Allah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 30-05-04 21:45


kalo kalian tak sabar nk baca kesudahannya, lawatilah tokeikedai.net.my ermm cite ni pun baru saje ditamatkan oleh penulisnya.endingnya pun ok. k,slamat membaca

[ Posting ini telah di edit oleh: cik_ct pada 2004-05-30 21:48 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For cik_ctProfil   Hantar PM kepada cik_ct   Pergi ke cik_ct's Website   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 30-05-04 23:40


he thanks kak_ct
thanks gak kak zilal

wslm

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-05-04 00:14




erm...bestler citer nih..x sabar nak tahu kesudahannyer.....
thanks kak zilal..
dan penulis ini...membuatkan ana semakin lama rindu untuk berkarya semula!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 31-05-04 08:05


Part 14

Sejak dua tiga hari yang lepas, Siti sudah mula mengemas
barang-barangnya. Baju-baju kurung yang rasanya tidak dipakai lagi
telah dilipat elok-elok untuk disimpan dalam beg. Dia sudah bersedia
untuk dipanggil bila-bila masa oleh Mak Ungku. Kalau hari ini juga
disuruh pulang ke kampung, dia tidak akan menolaknya. Dia tahu
khidmatnya tidak diperlukan lagi. Maria sudah kembali. Dia sudah punya
banyak masa untuk mengurus anak-anaknya sendiri. Didi dan Fifi pula
sudah jarang bersamanya. Mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama
Mama mereka. Cuma sesekali anak-anak itu meminta dibawakan ke taman
permainan di taman tersebut, Siti akan tetap menjadi peneman setia.
Anak-anak itu tetap manja dengannya.

Maria sejak pulang dari London, masih belum keluar ke mana-mana. Ke
pejabat juga tidak. Dia lebih banyak menghabiskan masa bersama Mak
Ungku. Setiap pagi selepas menghantar suaminya di muka pintu, dia akan
kembali ke kamar, mengurung diri. Didi dan Fifi tetap Siti yang
uruskan. Bila tengahari, dia akan turun sebentar. Menjamah makanan
sedikit, sambil menunggu anak-anaknya pulang. Wajah Maria pucat benar.
Kadang-kadang Siti kasihan melihatnya. Dibandingkan dengan Azimin yang
segak itu, terlihat benar perbezaannya. Derita sungguh dia menanggung
kesakitan itu. Sehingga memamah kecantikan dan kesegaran tubuh badannya.

Tapi Siti tidak tahu, sampai bila dia harus menunggu. Sehingga kini,
Mak Ungku belum lagi memanggilnya untuk memperkatakan tentang
khidmatnya di rumah itu. Setiap kali dia bawakan sarapan ke bilik,
tidak pula Mak Ungku menyebut tentang penamatan khidmatnya itu. Mak
Ungku tetap seperti biasa. Rajin berbual dan ramah bercerita.
Kadang-kadang bila dia bersama Maria mengambil angin di tepi kolam,
Siti diajak sama minum petang. Siti turutkan juga. Manalah tahu Mak
Ungku izinkan dia untuk pulang ke kampung, dan tak perlu menjaga Didi
dan Fifi lagi. Tapi Mak Ungku tetap tidak sebut apa-apa.

Tergerak juga hati Siti untuk menanyakan sendiri pada Mak Ungku, bila
dia akan diberhentikan.Bila dia boleh segera pulang ke kampung. Tapi
lidahnya kelu bila berhadapan dengan orang tua itu. Tak sampai hati.
Tak patut rasanya kalau dia memulakannya.Nampak sangat aku yang hendak
berhenti cepat-cepat. Apa anggapan Mak Ungku nanti. Maria pun belum
pulih benar. Wajahnya masih pucat, dan semalam dia muntah-muntah lagi.
Kasihan!

Sudahnya, Siti masih meneruskan tugasnya di rumah tersebut. Selain
menguruskan kedua anak kecil itu, Siti cuba-cuba membantu Kartini.
Walaupun Kartini memandang endah tak endah padanya, tetapi Siti
tebalkan muka juga. Dia cuba beramah mesra. Sudah sebulan di situ,
sukar benar rasanya menjalin hubungan dengan wanita itu. Apalah yang
dia pandang rendah sangat kat aku nih! Siti selalu mengeluh begitu.
Tapi Siti tidak pernah ambil hati. Dia cuba membuang anggapan yang
bukan-bukan terhadap Kartini. Walaupun dia sendiri hairan. Sejak Maria
pulang, kerap kali Kartini hilang dari pandangan.

************************

"Awak kata tadi, Lisa nak ikut sama?"Siti muncung. Dia rasa tertipu
petang itu. Mati-mati dia ingat Wari akan mengambil Lisa di sekolahnya.
Kalau dia tahu awal-awal, sumpah dia tak nak ikut.
"Lisa dah balik naik bas....nak buat macamana?"Wari menjawab malas.
Tidak dipandangnya wajah gadis itu. Dalam hati dia ketawa sendiri.
"Kalau macam tu, kita balik sajalah...."Siti bungkam lagi. Dia
teringatkan Didi dan Fifi yang pastinya sudah sampai di rumah
waktu-waktu begini. Siapa yang akan melayan makan mereka?
"Dah alang-alang keluar ni, kita pergi je lah terus...."Balas Wari
lagi. Tumpuannya tetap di jalan raya. Tak berani pula rasanya memandang
wajah gadis itu. Dia tahu Siti marah. Tapi, bukan mudah bagi alasan
untuk ajak dia keluar. Kalau tak gunakan nama Lisa, pasti gadis itu
menolak ajakannya. Sebelum Siti pulang ke kampung, baik dia mulakan
dulu tindakan gilanya itu.
"Awak nak pergi mana sebenarnya?"Siti toleh ke arah Wari.
"Siti temankan saya pergi ke ofis ye..."
"Ofis siapa?"
"Ofis kak Mar....ofis arwah Papa....."Wari menoleh sekilas. Siti
cepat-cepat alih pandangan.
"Kenapa bawa saya, seganlah...."Dengus Siti. Hujung bajunya
ditarik-tarik perlahan.
"Saja....saya pun dah lama tak jenguk ofis Papa....."Balasnya lagi.
"Saya nak tunjukkan pada Siti. Mana tahu satu hari nanti Siti boleh
kerja kat situ...."
Siti ketawa kecil. Dia menggeleng kepala. Manalah layak aku bekerja di
pejabat yang besar-besar begitu. Setakat SPM aku ni, jadi pembantu
rumah jelah nampaknya.

"Kenapa Siti diam?"Siti menggeleng.
"Tak ada apa-apa....."Balasnya perlahan. Pandangan tertancap ke depan.
Dadanya yang berdebar-debar sejak tadi sudah mula mereda.
"Siti marah ke saya bawak Siti keluar ni?"Siti geleng lagi.
"Tak lah.....buat apa saya nak marah. Saya tak ada hak nak
marah....sebagai pekerja, saya kenalah ikut apa saja arahan majikan...."
"Siapa majikan Siti. Saya?"Wari tertawa besar. "Siti bekerja dengan
Mama, bukan dengan saya. Saya tak rasa pulak Siti ni bekerja dengan
kami semua. "Dia menarik nafas panjang. "Siti cuma menolong saja,
kan....bukan bekerja..."
"Tapi saya diberi gaji.."
"Itu imbuhan....sebagai rasa terima kasih....bukan gaji.."Wari ketawa
lagi. Dipandangnya wajah Siti yang bungkam.
"Kenapa tiba-tiba awak jadi baik macam ni?"Siti mendongak. Menentang
wajah lelaki itu.
"Baik?"Wari telan liur. Dia terdiam sebentar.
"Iyelah...tiba-tiba je awak jadi peramah dengan saya ni, kenapa?"Wari
garu kepala yang tidak gatal. Sombong dipersoal, jadi baik pun
dipersoal.
"Tak ada apa-apa....saya....memang macam ni....salahke?"Wari
memperlahankan keretanya. Siti memandang bangunan besar di hadapannya.
Tinggi memuncak. Agaknya ini syarikat milik keluarga Wari. Dia
menjengukkan kepalanya.
"Buat apa jenguk-jenguk macam tu, kita dah sampai pun....jom!"Wari
mematikan enjin kereta.
"Saya tunggu kat bawah je la...."Siti bersuara sebaik turun dari
kereta. Wari memandang Siti dengan dahi berkerut.
"Tak nak ikut saya naik atas ke?"Siti menggeleng.
"Siti tunggu kat dalam la. Sejuk sikit.."Siti menuruti langkah Wari.
"Saya naik atas kejap ambik barang....tak lama..."Wari bergegas menekan
punat lif. Siti melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia
disitu. Ruang yang dingin itu benar-benar memberi kesegaran. Dia
memerhatikan sekeliling. Cantik sungguh pemandangan sekitarnya.
Kalaulah dia dapat bekerja di situ!

Wari masuk ke pejabat di tingkat 10. Sudah lama rasanya dia tidak
menjejak kaki di situ. Kalaulah bukan kerana permintaan Maria, rasanya
berat hati untuk dia memulakan kerjaya di situ. Dia belum bersedia lagi
untuk melalui suasana yang formal sebegitu. Dia tidak teruja walaupun
jawatan yang dijanjikan nanti bukan calang-calang bagi seorang graduan
sepertinya. Tapi otaknya sendiri sudah tepu, dan payah untuk diasak
dengan isu-isu politik kerja begitu. Kalau boleh dia ingin bebas
memilih kerjaya sendiri. Tapi apa boleh buat. Tak sanggup dia melihat
airmata Maria yang menitis tempohari. Maria dah tak berdaya untuk
menyambung usaha Papa. Maria ingin bersara walaupun masih terlalu awal
rasanya.

Wari mengambil dokumen di atas meja di dalam biliknya. Bilik itu masih
dalam peringkat baik pulih. Bingkai-bingkai gambar masih belum
digantung. Kerusi dan meja juga masih belum ditukar baru. Menurut
Azimin, proses pemasangan tersebut mungkin mengambil masa selama 2-3
hari. Wari tidak kisah berapa lama pun. Lagi lambat lagi bagus. Dia
tidak suka bergelar orang korporat terlalu awal. Dunia korporat bukan
dunia dambaannya. Lainlah Azimin.

Pejabat Azimin di tingkat 8. Tetapi Wari tidak bercadang untuk
menjenguk abang iparnya itu. Entah kenapa, sejak dulu, dia memang tidak
begitu rapat dengan lelaki itu. Walaupun sudah bertahun usia
perkahwinannya dengan Maria, sehingga lahir Didi dan Fifi, Wari tetap
berasa janggal dengan lelaki itu. Mungkin kerana jarak usia mereka yang
tidak berbeza. Azimin muda dua tahun dari Maria. Sebelum berkahwin,
jawatannya bukanlah mewah sangat. Selepas Papa meninggal, barulah dia
menjadi pengurus besar di bahagian kewangan. Dan setelah Maria jatuh
sakit, segala kuasa mutlak jatuh di bahunya. Wari tidak pula keberatan.
Walaupun dia tidak berapa gemar dengan perangai Azimin, tetapi dia
tidak pula melarang Azimin daripada menguruskan syarikat tersebut.
Sekurang-kurangnya ada orang yang boleh diharapkan selain dia. Nak
harapkan dia, berbuih mulut Mama menasihatkannya. Ini pun, kalau tak
kerana Maria, memang dia tak akan sentuh dokumen-dokumen yang hanya
memeningkan kepalanya nanti.

Wari turun ke bawah semula. Dokumen dalam fail dikepit kemas. Dia
bercadang untuk makan dahulu sebelum menghantar Siti pulang. Walaupun
sekejap, dapat juga dia keluar dengan gadis itu hari ini. Mungkin ini
yang pertama dan terakhir. Mana tahu esok lusa Siti sudah pulang ke
kampung. Ahh....Siti..., teruslah tinggal di sini. Tak perlu pergi!

Sampai di tingkat bawah, dia memerhatikan sekeliling. Tiada kelibat
Siti di situ. Kemana dia? Aku naik pun, bukannya lama sangat. Dah
hilang dah...Gerutu Wari. Dia menjenguk ke luar. Tapi Siti tidak
kelihatan di dalam kereta. Pastinya kerana kereta itu telah dikunci
sebaik mereka keluar tadi. Takkan diculik pulak? Mustahil. Ahh....gadis
secomel itu, pak guard Bangla ni pun boleh sapu agaknya.

Wari menghela nafas panjang. Dia duduk di atas kerusi sambil membuka
fail biru di tangan. Berkerut dahinya menatap angka-angka yang tercatit
di setiap helaian. Sesekali dia menggeleng. Betul ker aku nak study
benda ni, semua? Issh....
Dia melemparkan pandangan ke pintu lif yang terbuka. Seorang gadis
berjalan perlahan ke arahnya.

"Siti ke mana?"Wari bingkas bangun.
"Kenapa? Cari Siti ker?"Siti sedikit terkejut.
"Iyelah....saya turun Siti tak ada....ingatkan dah kena culik.."Wari
tersengih. Siti ketawa kecil. Wajahnya memerah.
"Emm..saya ke surau tadi....tu ada signboard dia....kat tingkat
1..."Balas Siti. "Minta maaflah kalau buat awak tercari-cari...
Wari tarik nafas lega. Dia mendekati Siti.
"Buat apa kat surau?"Siti kerut dahi. Wajah Wari dipandang lama. Buat
apa?
"Errr...solat...solat zuhur..."Wari tergegau. Wajahnya merah padam.
Bodohnya aku nih.....pergi surau tentulah nak solat. Apalah aku bagi
soalan bawah umur macam tu.
"Emm....awak tak pergi solat dulu ker?"Wari tersengih tawar. Dia
menggaru kepalanya. Terasa wajahnya sudah mula membiru.

*****************************

Macamana nak solat, tubuh aku ni penuh dengan benda haram! Mengalir di
segenap uratku. Telah menjadi darah dan dagingku. Dan memang sudah
sekian lamanya aku tidak pernah sujud di sejadah itu. Menghadap Tuhanku.

Wari menelentang atas katil. Dia meraup wajahnya dua-tiga kali. Rasa
panas menjalar ke segenap tubuh. Nafas ditarik dalam-dalam lalu
dihelanya perlahan. Fikirannya terawang.

Dia rasa malu pada Siti. Malu pada diri sendiri. Ya, malu pada diri
sendiri. Setelah sekian lama, dia tidak pernah sedar dan menginsafi
diri. Sudah terlalu lama dia tidak menghadap Yang Esa. Sudah terlalu
lama dia tidak mengalunkan bacaan-bacaan suci yang suatu masa yang
lampau dulu, dia amat suka membacanya. Sudah terlalu lama wajah dan
tubuhnya tidak dibasahi air suci wuduk. Agghh.....berdosanya aku!

Macamana dia ingat itu semua kalau setiap malam dia lebih suka
terkinja-kinja di ruang dansa, menikmati cahaya lampu yang
bertukar-tukar warna. Setiap malam rela membasahi kerongkong dengan air
setan yang berbusa. Setiap malam diulit tubuh-tubuh gebu yang rela
menemani hingga ke pagi. Bagaimana dia ingat untuk sujud nasuha kalau
malam-malam yang dilalui terasa singkat benar. Dinginnya subuh tidak
pernah menggamit tidurnya untuk menghadap yang Maha Pencipta. Pencipta
siang dan malam. Dingin subuh baginya adalah saat yang paling enak
untuk menutup mata.

Terlalu jauh perjalanan hidupnya dahulu. Perjalanan hidup yang banyak
dicemari dengan pengisian material, bukan kerohanian. Kerohanian yang
sering diajar oleh arwah Papa dulu-dulu. Arwah Papa yang tidak
jemu-jemu mengingatkan dia tentang ketakwaan dan kehambaan. Bukankah
tangan Papa yang sering memiat telinganya dulu-dulu, tiap kali dia
tersasul membaca Mukaddam. Tangannya juga yang selalu menjentik hujung
hidung ini tiap kali malas bangun di Subuh hari. Tegasnya Papa waktu
itu. Tapi tegasnya itu tidak kekal lama. Bila Papa pergi, dia sendiri
lupa. Sendiri hanyut.

Kasihan Papa. Kalau dia masih hidup sekarang ini, pasti dia berduka
hati. Pasti dia kecewa dengan sikap anaknya ini. Tapi Papa telah pergi!
Apa yang ada pada Papa sekarang ini? Papa tidak punya apa-apa. Papa
hanya punya anak-anak yang tidak pernah menitipkan doa untuk
kesejahteraannya di sana. Papa punya anak-anak yang mewah tapi tidak
mampu menghadiahkan walau sekalung doa atau bacaan surah. Papa punya
anak-anak yang lupa diri.

Ya Allah! Wari mengesat pelupuk mata. Pandangannya berkaca. Dia
mengalih mata.. Menghadap potret besar di atas meja. Potret mereka
sekeluarga. Dia lihat wajah Maria yang segar bugar dulu. Maria yang
dulu juga terkinja-kinja, kini hanya memencil diri. Tiada lagi hilai
tawanya. Tiada lagi lagak lincahnya. Sekelip mata saja nikmat yang
diberi diambil semula. Kini, wang yang banyak juga tidak mampu
mengembalikan tawanya. Wang yang banyak tidak mampu mengembalikan
bahagianya.
Apa yang ada pada Maria kini? Hanya sisa-sisa pengharapan. Dan
keajaiban dari Tuhan.

Kalau itu yang Tuhan mahu. Sekelip mata!

Wari menggeleng kepala. Sesak di dadanya semakin terasa.

*****************************************************

"Mama dah cakap dengan Siti?"Maria melabuh punggung di sisi Mak Ungku.
Wajah tua itu dipandang lembut. Mak Ungku tersenyum sambil menggeleng.
"Belum lagi..nantilah..."Balas Mak Ungku.
"Mama cakaplah awal-awal....takut nanti dia mintak berhenti
pulak..."Maria mengalih pandang. Melihat Siti yang tekun memerhatikan
Didi menyiapkan kerja sekolah.
"Tak lah...Ma tak rasa Siti nak mintak berhenti. Ma tengok dia seronok
di sini..."
"Hati orang Ma....bukannya kita tahu. Lagipun janjinya dulu sampai Mar
balik, kan...
"Nantilah...ada kesempatan nanti Ma cakaplah......".Maria tarik nafas
panjang. Kalau boleh dia sendiri yang ingin bercakap dengan Siti. Tapi
Mamanya melarang. Tunggulah, kalau diberitahu baik-baik, pasti Siti
setuju. Pasti Siti tidak kisah untuk tinggal di rumah itu untuk sebulan
dua lagi.
"Kamu dah fikir masak-masak ke, Mar?"Maria mengangkat muka. Dihela
nafasnya panjang.
"Dah Ma....Mar rasa Mar tak salah pilihan...."
"Azimin?"
Sepi.
"Bagaimana dengan Azimin? Dia tak cakap apa-apa?"
"Azimin setuju Ma..."Balas Maria lambat-lambat. "Dia tak kisah.
Lagipun kami dah bincangkan hal ni lama dulu....Mulanya dia tak nak
juga.....tapi sampai bila Ma?"

Mak Ungku tarik nafas. Dipandangnya wajah Maria tunak. Wajah yang
segar bugar dan sering didandan rapi suatu ketika dahulu kini pucat
lesi. Tulang pipi menonjol. Mata yang galak juga telah cengkung. Redup
pandangan mengundang simpati.

"Mama tak kisah?"Mak Ungku tersentak. Dikertap bibirnya, menahan sebak
dihati. Seketika dia menggeleng.
"Ma buat apa saja untuk Maria.....asal Maria bahagia...."

Bahagia? Apa erti bahagia bagiku? Maria memejamkan matanya. Padanya
bahagia miliknya kini hampir pergi. Bahagia itu telah jauh. Ini saja
yang mampu dia lakukan untuk merebut kembali bahagia itu. Walau mungkin
bukan untuknya. Biarlah dia berkorban!

***************************************

Langkah kakinya terhenti. Dipandangnya wajah wanita yang tercegat
dihadapannya. Ada riak kesedihan.

"Ri!"Gadis itu meluru ke arahnya. Wari tidak mampu bergerak. Terasa
tubuhnya hangat dalam dakapan.
"Rina, buat apa you kat sini?"Wari melonggarkan pelukan. "Mana you
tahu I ada kat sini?" Ditariknya tangan Rina ke satu sudut. Tidak mahu
mata-mata memandang ke arah mereka. Hari pertama dia masuk ke pejabat,
Rina sudah muncul di hadapannya.
"I call rumah....someone inform you masuk ofis hari ni....bila you
start kerja...kenapa tak bagitahu I?"Rina goncang tangan Wari. Wari
tarik nafas panjang.
"Rina..please...this is my first day okay....I sibuk...I nak pergi
meeting ni..."Wari melepaskan tangannya. Mata Rina yang merah berair di
pandangnya. Mabuk lagi ke perempuan ni?
"Ri...jangan tinggalkan I please....Fadzli...Fadzli dan Remy dah tak
ada!"Air matanya berlinang.
"What?"
"Diorang accident. Mati!"Rina teresak.
"Bila?"Dada Wari berdebar.
"Pagi semalam. Kitaorang konvoi ke Port Dickson..treler langgar
diorang. It was so horrible Wari. Depan mata I...."Rina mengesat
matanya. Wari terpaku.

Sekelip mata nyawa melayang! Ya Allah..andainya itu nyawaku!

"Ri...."Rina menyebamkan muka di dada Wari. Terasa hangat dadanya
dibasahi airmata. Wari kertap bibir sampai sakit. Perlahan rambut Rina
diusapnya.

bsambung dbwh...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 31-05-04 08:07


Part 15

Renungan mata lelaki itu tunak ke arah langit sana. Polos. Siti
melabuhkan punggungnya di sebelah. Sambil matanya sesekali dilemparkan
di tengah padang. Didi dan Fifi terkinja-kinja sambil tertawa riang.
Sejuk hatinya melihat gelagat anak-anak itu. Dialihkan semula pandangan
ke wajah lelaki itu. Yang kosong.

"Apa yang awak pandang tu?"
"Langit"
"Cari apa?"
"Tuhan!"
"Issh...."Wari menunduk, menentang mata Siti. Dia tersenyum tawar.
"Jangan fikir dimana Dia....yang penting di sini....."Siti tekap
dadanya. "Biar Dia sentiasa ada di sini...."Siti tersenyum sama.

"Saya tahu....saya dah lama tak mengingati-Nya...."Keluhnya perlahan.
Helaan nafasnya kedengaran.
"Maksud awak?"
Wari diam. Dia meregut helaian rumput lalu ditenyeh-tenyeh dengan
hujung jari.
"Saya hanyut....."
Siti tarik nafas panjang. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan.
Untuk bertanya lebih lanjut, takut Wari anggap dia suka mengambil tahu.
Tapi untuk buat endah tak endah, kasihan pula dia pada lelaki itu.
Wajahnya muram benar. Sejak semalam, ada kekeruhan wajah itu. Apa yang
hendak dia luahkan?

"Siti tahu tak...."Dia bersuara semula. Siti toleh, menghadap lelaki
itu. Mungkin ada sesuatu yang hendak dikongsi olehnya.
"Saya jarang sembahyang...."Keluhnya. Wajah Siti dipandang tunak. Siti
kehilangan kata. Dia tergamam. Lelaki ini!
"Emm...err..kenapa?"Betulke soalan aku ni?
"Saya....lupa pada kewajipan-kewajipan yang patut saya buat....sebagai
seorang Islam..."Dia menggeleng. "Lepas arwah Papa meninggal, saya
abaikan nasihatnya. Mama selalu tak sihat. Dia tak dapat nak control
kitaorang setiap masa."
Siti angguk kepala.
"Saya selalu keluar rumah. Malas sembahyang...minum..."Dia menekup
mukanya dengan tapak tangan. Siti tarik nafas panjang. Tidak disangka
lelaki didepannya itu punya sejarah harian yang memualkan. Siti sendiri
benci dengan manusia yang kaki minum. Yang suka berpeleseran antara
lelaki dan perempuan. Anak orang kaya, banyak duit. Beginilah caranya.
Tapi.....dia tahu dia tidak boleh menghukum Wari atas perbuatannya itu.
Sesuatu yang aneh bagi seorang lelaki mengakui segala ketelanjurannya
di depan seorang wanita. Calang-calang manusia untuk melakukannya. Dan
Wari pasti punya sebab tertentu membuka segala keaibannya itu.

"Tentu Siti tak sangka, kan?"Wari renung Siti dengan mata berkaca.
Siti geleng kepala.
"Kenapa awak ceritakan semua ini pada saya?"Siti mengalih pandangan ke
tengah padang. Hilai tawa Didi dan Fifi kuat kedengaran.
"Saya tak tahu."Terhenti sebentar."Saya tak tahu kenapa saya luahkan
semua ini pada awak. Saya rasa awaklah orang yang paling sesuai untuk
mendengarnya. Saya tahu, saya tak patut nyusahkan awak untuk dengar ini
semua.."Dia berpaling untuk bangun.
"Wari..saya tak kisah kalau awak nak berkongsi cerita dengan
saya..."Siti turut bangun. Dia berdiri betul-betul di depan Wari.
"Kalau awak ada masalah......"Siti terhenti. Dadanya mula berdebar.
"Saya sudi mendengarnya..." Wari menapak beberapa langkah ke depan. Dia
menghela nafas panjang. Kedua tangan diseluk ke kocek seluar. Dari arah
belakang, Siti dapat melihat susuk sebenar lelaki itu. Dia punya
segalanya bagi seorang lelaki. Mungkin itu juga salah satu sebab yang
membuatkan dia lupa diri. Kecantikan yang dianugerah Tuhan, selalu
disalahguna.

"Siti rasa, terampunkah dosa-dosa saya?"
"Kenapa tidak?"
"Sudah terlalu lama saya melakukannya..."
"Sebesar mana pun..selagi awak ikhlas dan nekad tidak mahu
mengulanginya.....insyaAllah...bukankah Allah Maha Pemurah?"Siti
berganjak ke depan.
"Tapi, saya rasa diri saya ini terlalu kotor....."Wari mengeluh.
"Jadi, bersihkan ia. Banyak caranya. Yang penting niat dan azam awak
harus kuat..."
"Apa yang harus saya buat?"
"Jangan ulangi perbuatan kotor awak tu. Tinggalkan semuanya. Semua itu
bukannya memberi manfaat pada diri awak. Malah merosakkan...."Wari
renung wajah Siti lama.
"Sekarang ni apa anggapan Siti pada saya?"
"Biasa saja..."
"Maksud Siti ?"
"Saya tak berhak menghukum apa-apa. Malah saya berterima kasih sebab
awak sudi berkongsi cerita dengan saya. Untuk menjadi seorang yang
jujur seperti ini bukannya mudah. Ia juga memerlukan niat dan azam yang
kuat bukan?" Wari tersenyum lebar. Wajah Siti ditatap sepenuh hati.
Terasa dada dan fikirannya menjadi lapang kini.

**************************************************************

Ternyata Wari benar-benar berazam untuk mengubah dirinya. Siti mula
sedari itu. Kerana hampir setiap malam, dia melihat Wari tidak pernah
keluar rumah lagi. Pulang dari pejabat, dia membersihkan diri. Makan
malam bersama Didi dan Fifi. Selepas itu menonton tv. Kadang-kadang,
dia menghabiskan masanya di bilik bacaan. Mungkin banyak urusan pejabat
yang perlu dibereskannya. Siti sedikit gembira dengan perubahan itu.
Walau dia sendiri tidak tahu apa yang mendorong lelaki itu berubah
haluan, tetapi dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya Wari sudah
boleh menjadi orang harapan sekarang. Mak Ungku ternyata amat gembira
dengan perubahan anak bujangnya itu. Wari yang dulu keras kepala, kini
sudah mula berminat untuk bekerja. Kalau dulu setiap malam pulangnya
jam 3-4 pagi, kini dia sentiasa ada di sisinya. Tidak perlu lagi Siti
atau Kartini terkial-kial memimpin orang tua itu menuruni tangga,
kerana tenaga Wari sudah cukup untuk menampung mamanya itu.

"Abang Acik dah lain la sekarang...."Lisa bersuara suatu hari sewaktu
menolongnya menghidangkan makan malam."Dah berubah sangat..."
"Kan bagus macam tu....Lisa pun suka, kan?" Balas Siti.
"Tapi pelik....tiba-tiba je....mesti Acik dah putus ngan
Rina...."Gumam Lisa perlahan. Siti hanya diam.

Dia sendiri tidak berapa tahu tentang hubungan Wari dan Rina. Sejak
pertengkaran di rumah suatu masa dulu, Rina tidak pernah singgah di
rumah itu lagi. Samada mereka benar-benar putus atau sebaliknya, Siti
tidak pernah tahu. Wari juga seperti tidak mahu menyentuh perkara
tersebut. Banyak perkara yang Siti ketahui adalah dari mulut Lisa. Lisa
yang tidak berapa gemarkan Rina. Ternyata gadis itu cukup gembira kalau
benar abangnya tidak menjalin hubungan lagi dengan Rina.

"Kenapa tak suka Rina?"Siti cuba mengorek suatu hari.
"Emm....Rina tu, tak friendly sangat la kak Siti. Kalau jumpa Lisa kat
bandar memang dia tak tegur...."Lisa memuncungkan mulut.
"Iye?...Kot-kot dia tak nampak Lisa tak?"
"Tak nampak apanye. Bersinggul bahu lagi. One more thing, dia suka
lepak disko le Kak Siti..."
"Mana Lisa tahu?"
"Lisa ramai member kat saner....."
"Oo....Lisa pun selalu lepak sana le ya?"Lisa tersengih, tersipu-sipu.
"Takdelah selalu kak Siti. Sesekali jer...itupun dulu-dulu.."Siti
menggeleng. Apa yang best sangat disko tu pun, dia tak tahu.

Wari juga sekarang ini agak rajin mengajaknya keluar. Kadang-kadang
dengan Lisa. Kadang-kadang dengan Didi dan Fifi. Kalau tak ke taman
permainan, mereka akan pergi ke kompleks-kompleks membeli belah. Ada
jugalah sehelai dua pakaian yang Siti beli hasil dari duit yang diberi
oleh Mak Ungku tempohari. Separuh telah dikirimkan ke kampung, separuh
di serahkan kepada Melah untuk disimpan. Siti hanya simpan sedikit saja
untuk kegunaan harian. Dia masih ingat lagi kata-kata Mak Ungku sewaktu
menyerahkan sampul berisi wang gajinya itu.

"Siti, kalau Mak Ungku minta Siti terus kerja di sini untuk sebulan
dua ni, macamana?"Siti tergamam seketika. Wajah Mak Ungku yang jernih
itu ditatap lama.
"Sambung kerja?"Mak Ungku mengangguk.
"Emm....kak Maria tak kisah ke?"
"Maria yang mahu Siti terus di sini. Dia belum sihat sepenuhnya, Siti.
Makcik pun risau dengan kesihatannya itu. Sebab tu makcik suruh dia
duduk di sini dulu. Tak payah balik ke rumahnya di Bangi tu.."Mak Ungku
mengeluh.
"Emmm....saya...saya kena tanya dengan emak dulu, Mak Ungku. Sebab
hari tu janji dengan mak, sebulan aje..."Siti gigit bibir.
'Kalau macam tu, baguslah.....minta izin dengan orang tua dulu. Makcik
tak paksa...."

Dan akhirnya Siti keluarkan kembali pakaian-pakaiannya yang telah siap
dikemas tempohari. Nampaknya dia terpaksa bersetuju untuk terus menetap
di situ. Dia tidak sampai hati hendak menghampakan permintaan Mak
Ungku. Selebihnya dia simpati pada Maria. Dia tahu Maria masih belum
sembuh sepenuhnya. Pembedahan itu nampaknya tidak sepenuhnya berjaya.
Itu yang diberitahu Wari kepadanya tempohari. Ahh..Wari....Hati Siti
berdebar setiap kali membayangkan lelaki itu. Lelaki yang berbeza kini.
Lelaki yang renungannya begitu berlainan sekali. Seakan ingin menerobos
ke seluruh jantungnya. Dan Siti akui hatinya bukannya kuat sangat untuk
menahan perasaan tersebut. Hatinya belum cukup tega.

"Siti..."Wari menghampirinya suatu hari. Siti tergamam seketika. Wari
yang segak berbaju melayu, sedang berdiri betul-betul di hadapannya.
"Wari nak makan ker?"Siti cepat-cepat mencapai pinggan di rak.
"Nak....tapi dengan Siti..."Balas lelaki itu lembut.
"Emm....Siti makan kejap lagi. Tunggu Didi dan Fifi sekali..."Suara
Siti bergetar. Dia cuba mengawal perasaan. Kenapa gemuruh semacam?
"Tak....Wari nak ajak Siti makan .....kat luar.."Wari tersenyum. Siti
pandang Wari, cuba mengesan riak wajah lelaki itu.
"Dengan Lisa sekali?"
"Tak.....dengan Siti. Lisa makan dengan budak-budak tu nanti.."
"Tapi...."
"Saya dah bagitahu Lisa. Janganlah risau sangat...."Wari ketawa kecil.
"Lisa volunteer nak jaga budak-budak tu...."

Siti tarik nafas panjang. Ni mesti Lisa dah berpakat dengan abangnya.
Lisa memang beriya-iya mencadangkan agar dia keluar dengan abangnya
itu. Memang Lisa suka melaga-lagakan dia dengan Wari. Kadang-kadang
Siti jadi malu dengan usikan Lisa yang melulu itu. Walau di depan Wari.
Tapi Wari tidak pula menunjukkan tanda-tanda marah. Malah, senyuman
lelaki benar-benar menggetarkan jiwa. Kenapa lelaki itu berubah
tiba-tiba. Mana keegoan dan kesombongan dia dulu. Adakah kerana
perwatakannya yang telah berubah kini, telah menghasilkan satu suasana
yang berlainan? Sesuatu yang indah mungkin?

Untuk pertama kalinya, malam itu Siti memberanikan diri keluar berdua
dengan lelaki itu. Itupun setelah Wari beriya-iya mengatakan telah
memaklumkan kepada Mak Ungku. Dan berjanji untuk pulang sebelum jam
sebelas. Hanya makan-makan, begitu kata Wari waktu dia masuk ke dalam
kereta. Lisa di muka pintu mengenyitkan mata. Suka benar gadis itu. Dan
Siti, hanya mendiamkan diri, selain memikirkan bagaimana keadaan dia
malam itu. Solekan nipis di wajahnya hasil tangan Lisa, adakah
berlebihan? Blouse dan skirt kembangnya adakah berpadanan?
Ahh...segala-galanya diluar kawalan. Dia seperti menjadi dirinya yang
lain. Dia seperti sengaja membohongi hatinya. Melarikan diri dari
seorang lelaki untuk menerima seorang lelaki. Kenapalah aku ni lemah
sangat! Siti menghela nafas.

"Kenapa Siti?"Wari menoleh sekilas."Kenapa mengeluh? Penat ye?"
"Eh, taklah...."Balas Siti perlahan. Dia mengangkat muka, memandang
polos ke hadapan.
"Kita pergi kat depan ni je. Tak payah jauh-jauh. Sini pun makanannya
sedap-sedap...."Wari bersuara disulami ketawa kecil. Dalam hati dia
berasa senang sekali. Penerimaan Siti malam itu bagai membuka ruang
baru dalam hidupnya.
"Kalau makan ramai-ramai seronok juga.."Siti bersuara.
"Makan ramai-ramai dah selalu. Kali ni Wari nak kita berdua
je..."Ishh....Siti jadi takut mendengar perkataan tersebut. Dia gigit
bibir kuat-kuat. Cuba meredakan debar di dadanya. Janganlah dia nak
beromantis pulak dengan aku....

Wari memperlahankan keretanya sebelum berhenti betul-betul di depan
sebuah tasik. Siti keluar, dan merasakan kedinginan malam itu. Bintang
di langit bertaburan, tetapi angin malam seolah-olah membawa petanda
hujan. Dia mengekori langkah Wari yang bersahaja. Agaknya Wari sudah
selalu berkunjung ke sini. Kalau bukan dengan Lisa, pasti dengan Rina.
Tiba-tiba Siti terbayangkan Rina. Bagaimana hubungan mereka berdua.
Kenapa Wari mengajaknya keluar tidak Rina. Sudah putuskah mereka?

"Kita duduk sini je lah..."Suara Wari kedengaran. Siti tarik kerusi
lalu melabuhkan punggung.
"Siti nak makan apa?"Tanya Wari sebaik pelayan lelaki berbaju batik
datang kepada mereka.
"Apa-apa saja..."Wari angkat kening. Dia tersengih. Gabra semacam je
Siti ni......dia takut dengan aku ke?
"Saya order, jangan Siti tak makan pulak...."Siti senyum sama.
Silap-silap aku minum aje. Malu punya pasal!

Terasa bagai tak lalu makan dibuatnya. Biasanya waktu makan begini,
ada Didi dan Fifi yang memeriahkan suasana. Kadang-kadang ada Lisa
kalau dia tidak ke mana-mana. Kali ini hanya mereka berdua. Dalam
suasana, yang Siti tidak pernah membayangkan. Kalau dulu, Wari selalu
memberi alasan yang bukan-bukan bila mengajaknya keluar, kali ini
nampaknya dia berterus terang. Seolah ada keyakinan pada diri lelaki
itu akhir-akhir ini. Tutur katanya lembut, dan riak wajah ada
ketenangan kini berbanding sewaktu awal pertemuan mereka. Siti dapat
rasakan perbezaan itu.

"Banyak perkara yang saya nak tahu pasal Siti sebenarnya...."Wari
bersuara.
"Emm?"Siti angkat kening.
"Kampung Siti di mana?"
"Emmm..."Siti telan liur. "Kat Kota Tinggi.."
"Kota Tinggi tu kat Johor, kan?"Siti angguk.
"Mak ayah Siti?"
"Ada lagi."
"Mak ayah kerja apa?"
"Bapak noreh getah je. Mak tak kerja."Balas Siti jujur. Minuman yang
dipesan sampai. Siti menyedutnya seketika.
"Saya pernah ke Johor, Desaru Resort. Masa tu saya konvoi ke sana
ramai-ramai masa hari merdeka..."
"Oh....itu dah dekat sangat dengan rumah saya tu..."Siti tersenyum
ceria.
"Dekat sangat?"
"Emmm..kalau ke Desaru, lalu kawasan kampung saya dulu...."
"Kalau gitu, boleh saya singgah rumah Siti..."Siti ketawa.
"Boleh....kalau awak datang Johor, jemputlah ke rumah saya..."Balas
Siti lancar.
"Emm...minggu depan?"
"Ha?"Siti angkat muka. Wajah Wari dipandang lama. Biar betul mamat
nih! Aku cakap main-main je. Dia serius ke?
"Kenapa, tak boleh ke?" Dia ketawa kecil.
"Eh, awak ni, jangan main-main la...."Siti tarik muka.
"Takkan tak boleh saya nak datang rumah awak. Saya pun nak merasa
kehidupan di kampung sana..."
"Nak menoreh?"'Siti tergelak sama. Debarnya sudah menghilang. Dia rasa
semakin selesa berbual dengan lelaki itu.

Ternyata Siti, benar-benar berlainan dengan Rina. Wari dapat
merasakannya. Dia tidak berasa terdesak, atau rungsing. Berbanding
dengan Rina yang selalu membentak dan sedikit mendesak. Yang gemarkan
liburan. Yang tidak pernah memikirkan realiti kehidupan selain dari
keseronokan semata-mata. Sesuatu yang hilang dulu terasa terisi
kembali. Hatinya yang kering, kini basah disirami.

"Emm...itu gelang yang saya bagi hari tu ke?"Mata Wari tertancap pada
pergelangan tangan Siti yang bersinar. Siti cepat-cepat tarik
tangannya. Dia tersipu. Ahh...kenapa lupa nak tanggalkan?
"Semalam keluar lupa nak tanggalkan..."
"Kenapa nak tanggalkan pulak. Biarlah ia kekal di situ...kalau boleh
sampai bila-bila..."Siti hampir tersedak mendengarnya. Dia memalingkan
wajah. Tak sanggup dia menentang renungan lelaki. Issh....lain benar
bunyinya. Hati Siti berdebar-debar.
"Emm....yang warna hijau tu, mesti Mak Siti yang bagi?"Wari menunjuk
ke arah seutas lagi gelang yang melingkar di pergelangan tangan Siti.
Siti menggeleng.
"Yang ni...."Dia teragak-agak. "Emm...Hadi yang beri hari
tu....sebelum balik ke sini..."

Wari tarik nafas panjang. Tiba-tiba dia rasa menyesal mengemukakan
pertanyaan itu . Ahh...hati... bertenanglah. Kenapa perlu gugup, kenapa
perlu berdebar. Wari cuba meredakan perasaannya yang sudah mula tidak
menentu.

"Siti suka pada Hadi, tu?"Wari tidak teragak-agaknya bertanya. Dia
ingin tahu hati gadis ini yang sebenar.
"Eh, tak lah...."Siti sedikit terkejut. Sekali berjumpa, takkan terus
suka! "Emm.....tapi..dia tu baik orangnya. Dengarnya....dah nak
bertunang.."
"Iyer?"Wari agak terkejut. Dalam hatinya sedikit riang, tetapi dia
cuba mengawal agar tidak ketara kelihatan. Rasanya dia ingin tertawa
sepuas hati mendengar perkhabaran itu.
Siti perasan perubahan wajah Wari bila mendengar katanya itu. Dia
sedikit lega, walaupun dalam hati rasa bersalah juga kerana membohongi
lelaki itu. Dia tidak pernah tahu samada Hadi sudah berpunya atau
sebaliknya. Apatah lagi ingin bertunang. Dia cuma ingat kata-kata Hadi
sebelum dia bertolak pulang dahulu. Lelaki muda itu ternyata ingin
menjalin hubungan yang lebih istimewa dengannya. Bukan sekadar kenalan
singkat. Semua itu dinyatakan di dalam surat yang dilampirkan bersama
gelang hijau tersebut. Kalaulah Siti tahu maksud sebenar yang tersirat
di hati Hadi, sumpah dia tak akan mengambil pemberian tersebut. Dia
takut Hadi salah sangka.

Dan kini, berhadapan dengan Wari, sesuatu yang sukar juga. Dia tidak
ingin Wari anggap dia punya apa-apa hubungan dengan Hadi. Dia seperti
dapat rasakan perasaan Wari yang berbunga terhadapnya. Dan perasaannya
juga!


**********************************
"Betul ker kau nak ke Johor, Wari?"Mak Ungku kerut dahi memandang Wari
yang kelihatan ceria petang itu.
"Boleh tak Ma?"Wari duduk di sebelah, memaut bahu Mak Ungku.
"Nak buat apa?"
"Emm..saja. Nak rasa hidup di kampung. Siti kata sekarang ni musim
durian."Mak Ungku menggeleng. Hatinya sedikit berat melepaskan Wari.
"Lagipun, Wari bukan pergi sorang. Lisa pun ikut sama. Minggu depan
kan cuti sekolah."Wari memicit-micit bahu Mamanya.
"Lisa tu cuti. Tapi Wari kan kena ke pejabat. Siapa nak uruskan
pejabat nanti?"
"Ala.....itu Ma jangan risau. Kat sana ramai pembantu Wari. Sebelum ni
pun mereka yang uruskan. Lagipun, Wari dah bagitahu Azimin......"Wari
bangun, membetulkan seluarnya.
"Nanti apa kata keluarga Siti, Wari? Kau tak segan ke.."
"Ish...Ma ni....kan saya pergi dengan Lisa. Lagipun bukannya lama
sangat...2-3 hari je..."Wari membelek-belek wajahnya dicermin. Senyum
tak putus-putus terukir di dua bibirnya. Sekejap-kejap dia melihat jam
tangannya.
"Ni bersiap-siap nak ke mana. Baru balik...dah nak keluar?"Mak Ungku
tarik nafas panjang melihat gelagat anak bujangnya itu. Perubahannya
ketara benar. Dari liar, dia menjadi sopan. Dari pemarah, menjadi
girang begitu. Sedikit sebanyak dia berasa gembira dengan perubahan
itu. Tapi kadang kala, dia curiga juga.
"Saya nak keluar ni......nak gi tengok wayang!"
"Dengan Rina?"Wari tersengih.
"Tak, dengan Siti!"

Mak Ungku beristighfar dalam hati. Dia menghela nafas panjang.
Ternyata apa yang dia takutkan selama ini telah terjadi. Wari, Siti
itu bukan untukmu!

**********************************
Genggaman tangan mereka terlerai. Siti tersenyum malu. Dia tidak tahu
kenapa dia membiarkan Wari menyentuh tangannya. Kalau boleh dia tidak
mahu semua itu berlaku. Dia berlari-lari anak. Meninggalkan Wari di
gigi pantai. Terasa berat kakinya di selaputi debu-debu pantai yang
halus. Seketika dia menghela nafas. Angin yang bertiup menyegarkan
badan. Pandangannya dilemparkan. Memerhatikan susuk Wari yang
membongkok, mengutip kerikil-kerikil tajam. Bila Wari menoleh ke
arahnya, Siti melambai tangan.

Ahh...terlalu jauh aku dibawa keadaan. Tapi perasaan ini....bukan
boleh disisihkan!

"Nak balik ker?"Wari mencungap bila sampai di depan Siti.
"Jom!"Siti membetulkan tudungnya.
"Cepat sangat la.."Muncung.
"Kata nak cari durian? Lisa dah lama tunggu kat rumah tu. Nanti dia
merajuk."Siti tarik muka. Mesti Lisa marah sebab tak ajak dia ke Desaru
petang itu. Tapi Wari yang berkeras tidak mahu membawa Lisa sama. Tak
ada privacy, katanya.
"Esok kita pergi lagi...?"
"Esok kita dah balik KL...jangan perasan...."Siti ketawa kecil.
"Lain kali, saya nak datang sini lagi...."Wari mempercepatkan langkah,
menyaingi Siti.
"Awak kawin le dengan orang Johor....tiap-tiap minggu boleh balik.."
"Dengan Siti?"Siti terdiam. Dia mengerling ke wajah Wari.
"Tak nak la..."Siti juih bibir.
"Ohh....lupa..Siti tak nak sebab...nak tunggu siapa
tu...Zair...Huzair?"
"Wari!"Sepantas kilat jemari Siti sudah mengutil lengan Wari. Wari
mengeliat kesakitan.
"Kan saya dah cakap jangan ungkit lagi cerita tu. Kalau saya tahu
macam ni, tak nak saya cerita kat awak!"Siti melajukan langkah. Dia
terdengar derai ketawa Wari di belakang.
"Okay..okay..."Wari memaut lengan Siti. Siti membalikkan badan. Wajah
mereka bertentangan."Saya tak ungkit lagi....tapi ada syaratnya..."
"Apa syaratnya?"
"Jadi milik saya!"

Siti tersenyum. Dia tidak mahu menjawabnya, Biarlah hati saja yang
berkata 'ya'

***********************************

Azimin resah di bangku. Melihat Maria yang masih lena di perbaringan.
Pemandangan yang biasa waktu petang-petang begini. Dia melonggarkan
tali lehernya. Nafasnya yang turun naik dibiarkan reda seketika.
Perasaannya menjadi hampa. Bukan dia tidak pernah berasa begitu. Tapi
kali ini lebih-lebih lagi. Malah, mengetahui kepulangan Siti ke kampung
bersama Wari sebentar tadi, seakan meruntun segenap perasaannya. Apalah
yang Wari buat di sana? Kerja di pejabat ditinggalkan, semuanya
dibiarkan orang lain yang uruskan. Azimin berasa sebal dengan perangai
Wari sejak akhir-akhir ini.

Dia turun ke dapur sebentar untuk mengambil minuman. Seketika
pandangannya bertembung dengan kelibat Kartini yang muncul dari bilik
air. Kartini tersenyum penuh makna sebelum masuk ke bilik belakang.
Azimin menggeleng. Butang kemeja mula dibuka satu persatu.
Perlahan-lahan dia menyusup masuk ke bilik yang sama.

bsambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 31-05-04 08:09


Part 16

Hari-hari yang dilalui semakin bermakna bagi Siti. Dia dapat merasakan
semangatnya yang berkobar-kobar tiap kali memulakan harinya.
Perasaannya berkembang, sesuatu yang tidak pernah dia rasakan sebelum
ini. Amat berlainan. Dia ingin tersenyum setiap masa. Malah adakalanya
dia tertawa sendirian. Mengenangkan percutiannya tempohari di kampung.
Sesuatu yang lucu untuk diingat kini.

Wajah Wari kini sentiasa di ruang matanya. Entah kenapa. Perasaan
halus yang menusuk-nusuk dalam hatinya kini semakin bercambah. Kalau
dulu, dia sering tertanya-tanya rasa apakah yang selalu bermain dalam
hatinya itu. Kini dia mula menyedari. Rasa yang hadir, adalah rasa
ingin memiliki dan dimiliki. Dimiliki seseorang. Dan disayangi. Seperti
yang Huzair selalu sebut-sebutkan dulu. Dan kini, dia telah faham
keinginan itu.

Wari, lelaki yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk terus
bertapak dalam hati. Terlalu cepat dirasakan. Dia telah tewas dengan
perasaannya sendiri. Walau dia seboleh-bolehnya tidak mahu perasaan itu
terus wujud dalam dirinya. Tapi Wari telah memulakan segalanya. Wari
telah menyuburkan rasa di segenap ruang hatinya. Ahh....kalaulah orang
tahu! Kalaulah Kak Melah tahu. Kalaulah Mak Ungku tahu. Alangkah tak
patutnya dia menyimpan perasaan sedemikian! Alangkah tidak
bertimbangrasanya dia. Alangkah tidak amanahnya! Hadirnya dia di sini
adalah untuk mencari sesuap nasi. Bukan untuk mencari cinta. Bukan
untuk menjalin hubungan terlarang dengan sesiapa.

Siti cuba buangkan perasaannya jauh-jauh walaupun dia rasakan perasaan
itu semakin berkembang dalam dirinya. Setiap kali memandang lelaki itu,
getar-getar dadanya semakin membuak. Seakan ingin dia dampingi lelaki
itu setiap masa. Seakan ingin dia sentiasa di depan mata.
Ahh....indahnya perasaan ini! Tidak pernah dia merasakannya. Bagaimana
untuk dia sengaja membiarkan ia terbuang begitu saja. Sedangkan ia
terlalu indah!

Jadi milik saya! Siti tersenyum lagi. Bagai terngiang-ngiang perkataan
itu dipendengarannya. Walaupun dia tidak pernah berkata 'ya', tapi
senyum dan riak wajahnya sudah menggambarkan segalanya. Cukuplah hanya
itu. Cukuplah hanya itu jawapan darinya. Dia pasti Wari telah tahu
segalanya. Tidak perlulah ungkapan cinta dari dua bibirnya. Cukuplah
hanya hati masing-masing yang mengerti antaranya. Siti pasti Wari tahu
apa yang bergejolak dalam hatinya. Wari tahu apa yang dia rasa. Dan
begitu juga dia. Dia tahu apa yang Wari rasa. Apa yang bergejolak dalam
hatinya.

Tuhan, andai ini nikmat dari-Mu. Restuilah ia!


*********************************

Lenggok gadis itu tertangkap oleh matanya. Masih seperti dulu. Begitu
lembut dan mempesonakan. Suatu masa dulu lenggang lenggok itulah yang
telah menghanyutkan dirinya. Lemas dalam menikmati keindahan ciptaan
Tuhan itu. Kalaulah tidak kerana dia sedar awal. Pastinya nasibnya
masih seperti dulu. Terus hanyut, terus lemas. Wari menggeleng. Dia
memerhatikan langkah gadis itu yang semakin mendekat. Pandangan mereka
bertembung.

"Lama tunggu?"Suara halus itu kedengaran. Wari menggeleng, membetulkan
duduknya.
"You nampak lain..."Rina merenung Wari lama. Wari hanya tersengih.
"I biasa je..."Wari mengalih pandangan. Malas dia hendak bertentang
mata dengan perempuan itu. Tujuannya hari itu hanya satu. Memberi kata
putus. Dia tidak mahu Rina terus mencarinya.
"I ada hal nak cakap dengan you..."
"Kalau ya pun...tunggulah I order minum dulu. You tak nak makan ke?"
Rina mengangkat tangannya pada waitress.
"Tak. I dah makan...."Balas Wari malas. Dia menunggu Rina selesai
memberi pesanan.
"Tunggu I makan, okay. I lapar!"Rina ketawa kecil. Matanya galak
bersinar, merenung Wari.
"I tak boleh lama, Rina.."
"You sengaja nak lari dari I...susah nak jumpa you sekarang. Hari ni,
angin apa tiba-tiba ajak I keluar?" Rina bersandar penuh gaya. Wari
tarik nafas panjang.
"I nak ini pertemuan kita yang terakhir..."
"Maksud you?"
"Kita dah tak sama haluan, Rina. You lain, I lain....masa dah
berubah..."Rina ketawa sinis. Bibirnya menjuih.
"You nak jadi pak lebai, ke Wari?"Tawanya kedengaran. "Patutlah
sekarang ni I tak pernah lagi nampak you kat tempat kita. Member-member
semua tanya pasal you, Wari!"

Wari menggeleng. Dia menentang mata Rina. Rasanya perasaannya dia
terhadap gadis itu telah terhapus sama sekali. Dan dirasakan selama ini
dia tidak pernah mencintai gadis itu. Mungkin apa yang dia rasa selama
ini hanyalah keseronokan semata-mata.

"Rina, dua orang kawan kita dah meninggal, Rina. You tak rasa insaf
ke?"Suara Wari lembut, cuba memujuk gadis itu.
"Diorang tu accident. Tak ada siapa sangka..."Balas Rina.
"Hari tu, you jugak yang sedih sangat..."
"Sebab I terkejut. "Rina muncung. "Memang I sedih....tapi yang pergi
tetap pergi. Kita yang hidup...teruskan hidup..."
"Tapi bukan dengan cara yang sama.."Rina mengeluh. Dia menggeleng.
"I suka dengan life I sekarang ni.."
"Nyawa kita ni bila-bila masa je boleh melayang , Rina..."
"Sudahlah Wari....you jumpa I ni nak suruh I jadi macam you ker? You
nak berubah, you berubah sorang-sorang. I belum lagi..."Rina menarik
gelas minuman yang baru diletak waitress. Dia menyedutnya lama.
"I nak you jangan buat lagi benda-benda yang kita enjoy kan
dulu...semua tu maksiat, Rina..."Rina tarik muka, malas hendak
mendengar. Wajahnya dipaling ke arah lain. Hasratnya untuk melepaskan
rindu pada lelaki itu, hancur berkecai. Kali ini Wari benar-benar lain.
Betul apa yang dikatakan kawan-kawan mereka. Wari sudah berubah. Sudah
jadi orang berkerjaya. Gaya, pemikiran semua sudah berubah. Dan kini
dia cuba mengubah dirinya pula. Mana boleh dia tinggalkan semua itu
dalam sekelip mata. Gila!

"I lakukan ini kerana I anggap you sebagai kawan baik I..." Rina
mendengus.
"Hanya kawan?"Suaranya meninggi. "You dah usung I sana sini, sekarang
you anggap I hanya kawan?"
"Rina...I rasa apa yang kita lakukan selama ini adalah satu kesilapan.
Kita hanya inginkan keseronokan....kita tidak pernah serius dalam
hubungan ini, bukan?"Wari memandang tepat wajah Rina yang mencuka.
Hilang kemanisan wajah itu.
"I serius...."
"Tidak....kalau you serius, you takkan keluar dengan lelaki-lelaki
lain...."
"Tapi diorang tu semua member-member kita!"Suara Rina meninggi. Satu
sikap Rina yang paling Wari tidak gemari. Suka membentak.
"Itu sebab I tak rasa you serius dengan satu-satu perhubungan. Bagi
you semua hubungan sama saja. Asal dapat keseronokan..."
"You menghina I?"
"Tidak Rina....I nak kembali pada diri I seperti dulu-dulu....sebelum
I kenal you....."Wari bersuara perlahan.
"You nak tinggalkan I?"Rina tarik jemari Wari.
"I tak tinggalkan you. Kita tetap kawan. Tapi cara kita dah berbeza.
Kita tak boleh jadi macam dulu lagi....."Rina menggeleng. Wajahnya
memerah.
"Tapi....I sayangkan you Wari.....I nak kita macam dulu......"Jemari
Wari dikucupnya. Wari mengeluh. Dia menarik kembali tangannya.
Mengeluarkan not RM20, lalu disisipkan di tepi gelas.
"I tak dapat tunggu you makan. I kena balik ofis..."Wari bersedia
untuk bangun. Sepantas kilat Rina menarik kembali tangan Wari. Wari
merenung Rina tajam.
"I akan tetap cari you ....."Rina tersenyum nipis.
"Jangan Rina. Antara kita dah tak ada apa-apa. Biar I hidup dengan
cara I. Dan....jangan cari I lagi.."Wari merengus. Dia berpaling kasar,
meninggalkan Rina terkebil-kebil sendirian.



*******************************

"Kak Siti!"Lisa terjengol tengah pintu. Siti bangun dari katil serta
merta. Dia baru bercadang untuk tidur sebentar petang itu.
"Kenapa Lisa?"Siti menghampiri Lisa yang berbungkus kepalanya dengan
tuala. Baru dicuci mungkin. Haruman syamfoo menerpa ke deria bau.
"Kak Mar panggil Kak Siti"
"Ha? Ada apa?"Dada Siti mula berdebar. Lisa menggeleng.
"Tak tahu. Pergilah naik atas. Kak Mar tunggu kat bilik dia..."Lisa
berpaling lalu beredar. Siti tahu Lisa perlu hadiri kelas tuisyen
petang itu. Sebab itu dia tampak kelam kabut saja.

Siti terpacak seketika depan pintu. Dia tarik nafas panjang. Dadanya
semakin berdebar. Tak pernah-pernah Maria memanggilnya tergesa-gesa
begitu. Apa yang tak kena? Apa yang telah dia buat? Didi dan Fifi
mengadu pasal aku ke? Siti rasa takut tiba-tiba. Dia bergegas menukar
pakaian. Menggantikannya dengan baju kurung biasa. Mungkin Maria tahu
dia selalu keluar sejak akhir-akhir ini. Mungkin Maria rasakan
anak-anaknya terabai. Ahh....aku juga yang ikutkan sangat ajakan Wari
tu!

Siti menapak ke tingkat atas. Suasana petang yang sunyi itu
menambahkan kekalutan hatinya. Petang-petang begini, kalau tak menonton
tv, Siti lebih suka melelapkan mata. Kerana Mak Ungku dan Maria juga
lebih suka memerap di bilik mereka. Hendak harapkan Kartini untuk
diajak berbual kosong, jangan diharap. Sejak akhir-akhir ini semakin
bergaya nampaknya wanita seberang itu. Solekannya juga agak berlebihan.
Siti perasan juga, tapi dia tidak berani bertanya lebih-lebih.

Siti mengetuk pintu beberapa kali. Tanpa menunggu jawapan dari dalam,
Siti memulas tombol. Suasana bilik tersebut agak suram kerana langsir
tebal menutupi keseluruhan tingkap. Bau ubat-ubatan mula menyengat
hidung. Siti sudah terbiasa dengan keadaan itu. Dia melihat Maria
bersandar di kerusi empuk. Dengan buku tebal ditangan. Senyuman terukir
di bibirnya yang lesu. Tiada riak kemarahan pada wajah itu. Siti
sedikit lega.

"Kak Mar panggil saya?"Siti bersuara perlahan. Maria mengangguk. Buku
tebal diletak atas meja kecil sebelah katil.
"Mari duduk dekat Kak Mar...."Suaranya perlahan, seakan berbisik saja
kedengarannya. Siti menapak ke depan. Duduk di birai katil, menghadap
Maria. Dalam hatinya berdebar juga. Entah apa yang hendak disampaikan
Maria sebentar nanti.
"Emm.....macamana kerja kat sini, ok tak?"Maria memulakan bicara. Siti
sedikit terkejut dengan pertanyaan itu. Sudah hampir tiga bulan dia
bekerja di situ. Baru hari ini Maria bertanyakan perasaannya.
"Ok saja, Kak Mar..."Balas Siti pendek.
"Betul?"Siti angguk.
"Kak Mar minta sambung keja 2-3 bulan lagi, Siti tak kisah?"
"Tak kisah, Kak Mar. Mak izinkan.."Maria tersenyum.
"Siti sayang pada Didi dan Fifi?" Siti kerut dahi. Wajah Maria ditatap
lama. Dia memang sayang pada Didi dan Fifi. Anak-anak kecil itu amat
akrab dengannya. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama. Dengan
anak saudara sendiri pun Siti tidak pernah rapat selama itu.
"Saya memang sayangkan mereka, Kak Mar. Dah lama saya dengan
diorang.....kalau saya berhenti nanti, mesti saya rindukan mereka...."

Maria bangun tiba-tiba. Dia menapak ke tingkap. Menarik kain langsir,
menjadikan suasana bilik itu bertukar wajah. Jadi terang sedikit. Dia
bersandar di tepi tingkap sambil badannya menghadap ke arah Siti.
Memandang Siti dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan Siti.

"Kalau Siti terus menjaga Didi dan Fifi sampai bila-bila, mahukah
Siti?"Maria bersuara satu-satu.
"Sampai bila-bila?"Siti bangun. "Maksud Kak Mar?" Maria menghampiri
Siti.
"Kak Mar mahu saya terus bekerja di sini?"Siti sedikit gusar. Dia
mengalih pandangan.
"Bukanlah macam tu...."Maria tersenyum lalu memaut bahu Siti. Mengajak
dia duduk kembali di birai katil. Maria menggenggam tangan Siti erat.
Pelakuan Maria hari itu benar-benar membuat Siti keliru.
"Siti tahu kan........keadaan Kak Mar ni, memang dah tak ada harapan
lagi...."Maria mengeluh lirih. Matanya mula berkaca.
"Kak Mar janganlah cakap macam tu. Kan Kak Mar makin sihat ni..."Siti
membalas genggaman tangan Maria. Maria tersenyum tawar.
"Akak dah tak ada harapan Siti. Penyakit akak ni dah tahap kronik.
Walaupun dah berjaya dibedah, tapi sel barah akak tak mati sepenuhnya.
Bila-bila masa ia boleh menyerang semula. Akak hanya tunggu masa!"Maria
mengesat pelupuk matanya yang bergenang.
"Kak Mar..."Siti tarik nafas, menahan pilu di dada. Simpatinya
membuak-buak. "Tak baik cakap macam ni, Kak Mar. Kak Mar janganlah
berputus asa...."
"Akak bukan berputus asa......cuma.....akak redha..kalau dah memang
ajal akak...."
"Ajal dan maut di tangan Tuhan, kak...."
"Akak tahu.....tapi sebagai manusia....bukankah kita diberi petanda.
Dan penyakit ini...sebagai petanda..."
"Dah la kak....jangan cakap pasal ni...."Siti geleng kepala. Hatinya
ikut sebak mendengar rintihan wanita itu.

Maria menarik nafas panjang. Jemari Siti masih dalam genggaman.
Dipegang erat bagai tak ingin dilepaskan. Siti merenung wajah lesu itu.
Matanya yang bengkak. Tulang pipi menonjol, sudah cukup menggambarkan
betapa menderitanya dia menanggung sakitnya itu. Siti tidak dapat
bayangkan andai dia berada di tempat itu.

"Apa yang akak risaukan selama ini, adalah Didi dan Fifi. "Dia
terhenti sebentar, melemparkan pandangan ke tingkap yang terdedah.
"Mereka masih kecil dan masih perlukan kasih sayang dan belaian seorang
ibu. Sudah terlalu lama rasanya akak tidak mencurahkan semua itu...."
"Mereka faham akak tengah sakit..."
"Mereka terlalu kecil Siti. Akak tak sanggup nak tinggalkan
mereka...."Maria mula teresak. Dia menutup wajahnya dengan tapak
tangan. Terhinggut-hinggut bahunya menahan tangisan. Siti menyeka air
matanya di hujung mata. Dia ikut sebak.
"Akak tak nak mereka hilang kasih sayang seorang ibu. Akak tak nak
mereka hilang perhatian...."Siti peluk bahu Maria, cuba menenangkannya.
"Akak tak nak mereka jatuh ke tangan orang lain, yang tak
bertanggungjawab. Yang tak dapat menjaga mereka dengan baik.."
"Sudahlah kak....jangan pikir yang bukan-bukan. Akak akan tetap jaga
mereka...."
"Siti....."Maria mengalih pandangan. Menentang wajah Siti. Air matanya
tak putus-putus mengalir.
"Mahukan Siti terus menjaga Didi dan Fifi?"Siti termangu. Lidahnya
kelu tiba-tiba.
"Mahukah Siti?"
"Emmm....err..Siti akan jaga mereka...janganlah akak risau..."
"Walaupun selepas ketiadaan akak nanti?"Siti terdiam. Dia tidak tahu
apa yang perlu dijawab.
"Mahukah Siti menjadi ibu kepada mereka?"Maria pegang kedua-dua bahu
Siti.
"Maksud kak Mar?"

Maria melepaskan pegangan. Dia bingkas, lalu berjalan ke arah tingkap.
Sekejap berpeluk tubuh. Sekejap dia berjalan mundar mandir depan Siti.
Siti berdebar-debar melihat sikap Maria yang berlainan itu. Apa yang
mengganggu fikirannya?

"Sudikah Siti menjaga mereka sebagai anak-anak Siti?"
"Saya tak faham Kak Mar..."
"Ganti tempat akak..."Maria terhenti, menelan liur. "Jadi ibu kepada
mereka. Akak rasa Sitilah orang yang paling sesuai untuk menggantikan
tempat akak...."
"Gantikan tempat akak?"Siti jadi tidak sedap hati. Kenapa harus
menggantikan tempat Maria. Bukankah sekarang dia masih berkerja menjaga
anak-anaknya. Bukankah itu sudah memadai.
"Harapan akak, agar Siti dapat terus berada di sini, bersama
mereka."Maria tersenyum.
"Tapi, itu mustahil kak. Lambat laun saya akan berhenti juga, dan
pergi dari sini...."Siti menggeleng. Mustahil bagi dia untuk terus
menetap di sini. Sampai bila? Dia tetap orang asing dalam rumah ini.
"Siti, akak ingin melamar Siti..."
"Melamar?"Dahi Siti berkerut.
"Melamar Siti bagi pihak Abang Min..."Maria mendekati Siti, lalu
bertinggung di depan Siti yang duduk di birai katil.
"Sudikah Siti menjadi isteri Abang Min?"

Siti kaku. Soalan apa ini? Wajah Maria yang murung di renung lagi.
Benarkah apa yang aku dengar?

"Jadilah isteri Abang Min, dan jadilah ibu kepada Didi dan
Fifi....."Maria tersedu. "Jangan hampakan akak!"

Pandangan Siti berpinar. Dia tak sanggup untuk mendengar lagi.

bsambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 31-05-04 09:25


Part 17

Permintaan itu terlalu berat baginya. Malah kalau dihempap batu
sekalipun dia masih mampu menampungnya. Tetapi yang satu ini bagai
meregut segala ketenangannya selama ini. Bagaimana dia harus
memikirkannya? Bagaimana dia harus berkata 'ya' sedang dalam hatinya
berperang dengan segala kekusutan. Kekusutan yang bersimpul-simpul dan
akhirnya hanya menyesakkan kepala. Kenapalah dia harus menghadapi semua
ini? Kenapa dia harus tersepit dalam permainan ini? Sudah
ditakdirkankah?

Adakah takdirnya sekusut ini?

Siti menghela nafas. Airmata yang tersisa di hujung mata diseka lagi.
Dia mendongak, menatap syilling yang berukir bunga teratai. Sudah ada
bintik-bintik hitam pada permukaan syiling itu. Mungkin begitu juga
bintik-bintik hitam yang telah wujud dalam hidupnya. Yang telah meragut
ketenangannya selama ini. Siti jadi sesak nafas. Dia ngilu memikirkan
permintaan Maria siang tadi. Jantungnya bagai mahu luruh. Dia ingin
lari kuat-kuat tinggalkan bilik itu. Kalau boleh dia ingin lari terus
dari rumah itu. Rumah indah yang telah menjerat dirinya sendiri. Sampai
hati Kak Mar!

Tahukah Maria yang dia begitu menghormati wanita itu? Begitu terhutang
budi pada dia dan Mak Ungku. Hinggakan untuk berkata 'tidak' pun dia
jadi kelu. Untuk menggeleng pun dia tak mampu. Sampai hatikah dia
untuk menolak permintaan gila itu? Jadi isteri Azimin? Ya,
Allah.....dia tidak pernah terfikir sampai ke tahap itu. Apa yang Maria
fikirkan tentang dirinya? Pengganti yang layak untuk menjadi ibu kepada
Didi dan Fifi? Mustahil!

"Akak dah tak mampu bahagiakan Abang Min....akak rasa berdosa abaikan
dia....akak...."Maria tersedu lagi. Siti gigit bibir sampai sakit.
Kalau boleh dia tidak mahu mendengar lagi.
"Akak nak Siti dapat jaga Didi dan Fifi....abang Min...."Siti pejamkan
matanya rapat-rapat. Fikirannya terus melayang.

Dia sayangkan Didi dan Fifi. Dia sanggup untuk menjaga mereka. Tapi
untuk mengahwini Azimin.....dia tidak yakin dapat melakukannya. Lagipun
dia tidak mengenali Azimin langsung. Kenapa Maria begitu tekad ingin
menyerahkan Azimin kepada orang lain. Sanggup bermadu semata-mata mahu
melihat suaminya bahagia kembali. Berbaloikah pengorbanannya itu?
Setakat untuk menjaga Didi dan Fifi dia masih boleh menggaji pembantu
rumah khusus untuk anak-anaknya itu. Kenapa mesti menyuruh suaminya
berkahwin lagi? Tidak kecewakah dia?

"Akak sudah lama izinkan Abang Min berkahwin lain, sebab akak dah tak
dapat jalankan tugas seorang isteri dengan sempurna. Sedangkan Abang
Min masih perlukan itu semua. Makan pakai dia pun tak
terurus....."Maria bersuara lagi bila melihat Siti hanya mendiamkan
diri. "Cuma akak nak pastikan calon pilihannya adalah tepat. Bukan saja
untuk menjaga dirinya....tetapi juga Didi dan Fifi.....itu yang lebih
penting..."
"Biarlah Abang Min saja yang tentukan kak....biarlah dia yang cari
calonnya sendiri...."
"Abang Min pilih Siti...."Siti bulatkan mata. Dia bagai tidak percaya.
"Maafkan akak Siti. Akak yang cadangkan Siti....dan Abang Min
setuju....dia tak kisah...."

Apalah yang hendak dikata! Siti bagai bermimpi. Azimin telah memilih
dirinya. Begitu mudahnya. Tidak terfikirkah lelaki itu untuk mencari
gadis yang lebih sesuai untuk dirinya. Gadis korporat, atau gadis
berkerjaya yang setaraf dengan kedudukannya. Kenapa mesti dia? Adakah
kerana cadangan Maria? Ahh.....Kak Mar...kenapa dia juga yang menjadi
pilihan?

"Jangan hampakan akak, Siti....sebelum akak tutup mata..."
"Kak Mar, janganlah cakap macam tu.....akak buat saya serba
salah...."Siti menggeleng kepala.
"Siti sudah ada orang lainkah?"Siti menggeleng lagi.
"Siti tak nak khianati akak...."Maria pegang kedua-dua bahu Siti. Dia
tersenyum tawar.
"Bukan Siti khianati akak....itu permintaan akak sendiri...."
"Akak tak kecewa?"
"Akak lebih kecewa kalau Siti menolaknya"

Siti tidak tahu apa lagi alasan yang boleh diberikan. Dia jadi buntu.
Maria sedikit mendesak. Sampai begitu sekalikah harapan Maria
terhadapnya?

*************************

"Makcik tak paksa Siti untuk terima cadangan Maria tu..."Mak Ungku
merenung wajah Siti yang sembap. Semalaman Siti tidak lena tidur
memikirkan keputusannya. Pagi itu dia betul-betul rasa lemah dan tak
bermaya. Dia rasa bagai ingin demam.
"Tapi, makcik pun tak dapat nak halang hasrat Maria..."Dia mengeluh,
menunduk seketika. Riak-riak air kolam yang tenang sesekali bersinar
terkena cahaya matahari pagi. Pagi yang dingin. Sedingin perasaan Siti.
"Sudah lama Maria berhasrat untuk mencari pengganti dirinya. Dia tahu
dia tak lama. Dia benarkan Azimin berkahwin lain, kerana Maria sendiri
sudah tidak dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri. Sudah 2
tahun dia menanggung sakit. Kali ini keadaan dia semakin
membimbangkan." Siti mendiamkan diri, mendengar butir-butir kata yang
keluar dari mulut Mak Ungku. Dia sendiri kehilangan kata.
"Maria menghidap barah rahim. Rahimnya telah dibuang masa pembedahan
pertama dulu. Dia tidak boleh mengandung lagi..."Mak Ungku menarik
nafas panjang. Matanya mula berkaca.
"Hasratnya hanya satu. Ingin melihat Didi dan Fifi mendapat kasih
sayang dari orang yang sepatutnya. Dia memilih Siti kerana percaya Siti
dapat memikul tanggungjawab itu.."
"Saya....."Siti telan liur.
"Makcik cuba halang hasratnya dulu, tapi dia berkeras. Katanya ini
pengorbanannya yang terakhir. Dia terlalu sayangkan suami dan
anak-anaknya...."Air mata diseka perlahan. Wajah tua itu murung, sarat
dengan kesedihan.
"Makcik tahu, amat sukar bagi Siti..."
"Saya..."Siti menggeleng kepala. "Saya ...tak tahu nak buat apa, Mak
Ungku...Saya buntu."
"Jangan paksa diri Siti. Semuanya terpulang pada Siti...."
"Saya perlukan masa, Mak Ungku.."Hanya itu yang mampu dia katakan. Dia
tidak boleh berjanji apa-apa. Hatinya berbelah bagi. Antara pendirian
dan simpati.

Mak Ungku genggam tangan Siti. Renungan mereka bertaut. Siti jadi
resah sendiri. Dia tahu, dia tidak akan sampai hati untuk menghampakan
Mak Ungku. Walaupun orang tua itu tidak memaksa, tetapi jauh di sudut
hatinya, Siti tahu dia juga mengharapkan kebahagiaan Maria.
Membahagiakan Maria dengan cara memenuhi permintaannya. Permintaan
terakhir, bolehkah dianggap begitu?
Maria begitu tega. Merelakan dirinya untuk berkongsi kasih dengan
wanita lain. Tidak sedihkah Maria bila melihat suaminya bergandingan
dengan wanita lain. Tidak kecil hatikah dia bila melihat anak-anaknya
bermanja dengan orang lain. Dan sanggupkah Siti menjadi orang
pengantara itu? Melukakan hati Maria sekaligus meragut kasih sayang
mereka. Tapi...Maria juga yang bersungguh-sungguh mengharapkan dia.
Maria yang nekad. Dia ikhlas ingin membahagiakan suaminya. Itu yang dia
kata. Azimin bagaimana? Kenapa dia tidak membantah saranan gila Maria
itu. Ataupun kalau benar dia ingin berkahwin lain, kenapa tidak dicari
wanita-wanita yang lebih sesuai dengannya. Kenapa pilih dia?


**********************************************

Wari hairan. Sejak 2-3 hari kebelakangan ini Siti kelihatan berlainan
benar. Kalau dia pulang dari pejabat, jarang benar dia melihat Siti di
luar. Kalau dulu Siti selalu menyambutnya di kerusi batu tepi kolam.
Dan gadis itu akan tersipu-sipu tiap kali disapa olehnya. Wajahnya
memerah, terserlah disebalik senyumannya itu. Dan Wari berasakan
getaran dadanya semakin kuat setiap kali berhadapan dengan gadis itu.
Ahh....tak sanggup lagi rasanya menyimpan rasa!

Hari ini Siti suram lagi. Wari jadi lesu. Dia jadi tidak bersemangat.
Senyuman Siti tidak kelihatan lagi. Kenapa dengan gadis itu? Apa yang
membuat dia berubah laku? Wari sedari Siti seakan ingin menjauhkan diri
darinya. Sudah mahu lari-lari. Kalau di meja makan, dia hanya diam.
Tiada lagi renungan mata yang penuh makna. Atau senyuman yang menggegar
jiwa. Siti jadi seperti dulu-dulu, waktu kali pertama berjumpa. Polos
dan dingin. Kenapa dengan dia?

Perlukah dia bertemu Siti dan bertanyakan masalahnya? Atau perlukah dia
curahkan perasaannya saat itu juga? Mustahil Siti tidak menyedarinya.
Mustahil Siti tidak mengendahkannya. Kenangan di kampung tempohari
masih segar dalam ingatannya. Layanan mesra Siti dan keluarganya
bukankah menggambarkan perasaan gadis itu terhadapnya. Atau Siti hanya
berpura-pura? Berpura-pura mesra dengannya supaya dia tidak hanyut
kembali kepada zaman silamnya. Berpura-pura untuk memberi semangat
kepadanya. Kemudian, setelah dia mendapat keyakinan, Siti akan berlalu
pergi. Begitu?

Mustahil. Mustahil Siti hanya berpura-pura. Kerana dia sendiri yakin
akan perasaan Siti terhadapnya. Walaupun gadis itu tidak pernah
mengiyakan, apatah lagi melafazkan, tapi gerak lakunya sudah cukup
menggambarkan segalanya. Wari yakin. Dia tidak bertepuk sebelah tangan.
Tapi kenapa gadis itu menjauhkan diri tiba-tiba. Apa yang telah dia
lakukan? Adakah Siti tahu pertemuannya dengan Rina tempohari? Mustahil!
Wari tidak fikir Siti menjauhkan diri darinya kerana Rina. Gadis itu
telah lama dia tinggalkan. Dan dia memang bercadang untuk memberitahu
Siti tentang hubungannya dengan Rina yang telah berakhir.

Selepas itu dia bercadang untuk memaklumkan hasratnya kepada Mama.
Hasrat untuk memiliki Siti. Dia ingin Siti jadi miliknya. Dia ingin
Mama tahu dan sekaligus merestuinya. Sudah kerap kali dia membawa Siti
keluar tanpa pengetahuan Mama. Dia tidak mahu Mamanya beranggapan
bukan-bukan terhadap mereka, lebih-lebih lagi terhadap Siti. Kerana itu
Wari bercadang untuk menemui Mamanya nanti. Dia inginkan hubungan yang
lebih bermakna dengan Siti. Kerana dia rasakan hatinya cukup bersedia
untuk itu. Bila Mama tanya tentang hubungannya dengan Rina, dia akan
katakan semuanya telah selesai. Dia dan Rina sudah berpisah, atas
kehendak hatinya sendiri. Pasti Mama juga gembira kerana sedari dulu
dia kurang berkenan dengan pelakuan Rina. Wari sedari itu.

Wari tidak kisah walau Siti gadis kampung. Yang kecil-kecilnya dulu
ralit bermain dengan getah sekerap. Yang pakaiannya saban hari hanya
baju kurung atau berkain batik. Dia tidak kisah semua itu. Baginya
yang penting hati dan perasaan. Perasaannya terhadap gadis itu bukan
dibuat-buat. Dia serius. Dia ingin tinggalkan semua kegiatan silamnya
yang bukan-bukan. Dia ingin jadi orang yang lebih bertanggungjawab.
Sekurang-kurangnya kalau bukan pada orang lain, pada dirinya sendiri.
Dan saat ini, dia berasakan sudah sampai masanya untuk dia mendampingi
seseorang yang diperlukan sepanjang hidupnya. Dan orang itu adalah Siti.


********************
Mak Jah melepaskan helaan nafas. Wajah anak daranya yang bersandar di
tepi pintu di pandang lama. Rasa kesian pula dia pada Siti. Tidak
habis-habis dia dibebankan dengan masalah seperti ini. Kalau dengan
Huzair dulu, dapatlah juga dia memberi alasan. Kali ini nampaknya payah
benar dia hendak membuat keputusan. Mak Jah sendiri tidak tahu,
siapakah yang Siti inginkan. Setahunya Siti tidak berkawan dengan
sesiapa. Lelaki yang dibawa balik tempohari itu, juga dinafikan.
Walaupun Mak Jah suka benar dengan anak muda itu. Sopan dan tidak
banyak kerenah walaupun terpaksa tinggal di rumah buruk mereka itu.
Selalunya anak-anak orang senang ini tidak betah tinggal lama-lama di
rumah kampung begitu. Kemudahan kurang, tak ada hiburan. Tetapi anak
muda tempohari gembira benar menghabiskan cuti di sini.

"Kesian Kak Mar tu, mak....."Siti memecah kesunyian. Pandangannya
tidak beralih, masih tertancap ke luar sana.
"Habis tu...Siti nak terima semata-mata kesian?"Mak Jah mendengus.
Tangannya ligat memarut batang ubi, untuk dibuat opak-opak.
"Siti tak sampai hati..."
"Itulah Ti.....selalu tak sampai hati. Dulu Huzair tu, boleh pulak
Siti tolak...."Siti toleh ke arah Mak Jah. Dia muncungkan mulut.
"Huzair lain mak. Dia boleh cari lain. Tapi Kak Mar ni.....beriya-iya
sangat...."
"Mana ada orang beriya-iya nak bermadu, Siti?"Mak Jah berhenti
memarut. Rasa lenguh pula tangan tuanya. "Ini...siap dicarikan madu
untuk suaminya...sanggup dia..."
"Entahlah mak, Kak Mar tu macam dah putus asa...."Balas Siti
lemah."Kesian Siti tengok dia..."
"Tak habis-habis kesian dengan orang, diri sendiri yang
merana..."Rungut Mak Jah, melunjurkan kakinya seketika. Tinggal 2-3
biji ubi lagi yang perlu diparut.

Siti berinsut mendekati ibunya. Tangannya menguis-nguis sisa ubi kayu
yang berkecah sekeliling dulang. Bau ubi kayu yang diparut kuat menusuk
hidung. Pagi esok dia akan kembali semula ke KL. Dia akan berterus
terang dengan Maria tentang keputusannya. Dia sudah bincangkan perkara
itu dengan kedua orang tuanya. Entah. Agaknya inilah suratan hidupnya
yang telah ditentukan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Siapa tahu?

"Abang akan cuba kenali Siti, dan Siti pun cubalah kenali abang secara
perlahan-lahan.......abang takkan paksa Siti untuk terima
abang..."Azimin bersuara sewaktu menghantarnya ke puduraya tempohari.
Kali pertama dia berbual dengan lelaki itu setelah diizinkan Maria.

"Cinta tak boleh dipaksa...tapi..abang ikhlas terima Siti.."Siti
mendongak, menatap wajah lelaki itu. Pandangan yang bertaut, masih
sukar dimengertikan.

bsambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 31-05-04 09:31


Part 18

Pagi itu, Siti terjaga awal kerana mendengar keriuhan di luar bilik.
Dia menjenguk ke luar tingkap melihat pemandangan yang masih kelam. Jam
loceng di atas meja dikerling sekilas. Baru pukul 6.00 pagi. Apa yang
kecoh sangat? Dia menguap sambil mengeliat. Membiarkan tulang
temulangnya mengeluarkan bunyi, yang sedikit melegakan. Seketika dia
bersandar di dinding, dengan kaki melunjur, masih dengan selimut paras
pinggang. Pagi itu tidak hujan, tetapi dinginnya menusuk ke tulang
hitam. Siti mengeliat sekali lagi sebelum merebahkan kembali tubuhnya.
Dia ingin menghabiskan sedikit masa lagi. Sementara Didi dan Fifi masih
bercuti, dia punya sedikit masa untuk menyambung tidur. Tidak perlu
terkocoh-kocoh menyiapkan mereka berdua. Biasanya waktu cuti sekolah,
jam 8 atau 9 baru mereka bangun mandi.

Malam tadi, sebaik sampai dari kampung, dia tidak sempat menemui Maria
bagi menyatakan keputusannya. Maria telah lama lena. Wari juga tidak
kelihatan, walaupun kadangkala Siti rasakan perasaannya seperti
terdesak untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Dan berbual-bual
seperti biasa. Sudah lama rasanya mereka tidak berbicara. Siti rasakan
satu kejanggalan, tapi dia tahu itu yang sepatutnya berlaku antara
mereka. Jangan biarkan perasaan itu terus menguasai jiwa mereka.

Kelopak matanya yang semakin memberat mula dirasakan tidak mampu lagi
ditahan. Siti membetulkan duduk kepalanya, bila sayup-sayup dihujung
telinga dia mendengar ketukan di pintu. Siti mengamati lama. Ada suara
garau di luar sana. Siti bingkas semula. Dia menguap sekali lagi. Rasa
marah tiba-tiba menerjah dalam hati. Tapi digerakkan juga kakinya
melangkah ke pintu. Kalau bukan Kartini, pasti Lisa yang mengganggunya
pagi-pagi itu.

"Siti..."Suara itu kedengaran sebaik pintu dibuka. Siti mendongak.
Wajah Azimin yang segar, dengan baju sejuk tebal terjengul depan mata.
Siti sedikit kaget.
"Err..."Suaranya bagai tersekat di kerongkong.
"Maaflah kalau menganggu Siti pagi-pagi ni.....err....boleh tak Siti
tolong siapkan Didi dan Fifi?"
"Nak ke mana?"Siti membetulkan rambutnya. Sedikit segan dia dengan
keadaannya pagi itu.
"Abang nak ke hospital, nak hantar Maria..."Azimin menunduk.
"Kenapa dengan Kar Mar? "Suara Siti sedikit kuat.
"Dia pitam dalam bilik air pagi tadi...abang kena hantar sekarang.
Siti tolong kejutkan Didi dan Fifi, suruh mereka bersiap. Pukul 8
nanti, abang balik ambil mereka."
"Ya Allah..."Keluh Siti. Dia menggeleng kepala. Terbayang wajah Maria
yang pucat lesu.

Azimin berpaling, tetapi menoleh kembali setelah menapak beberapa
langkah. Dia merenung Siti lama.

"Err...Siti jangan lupa bersiap sekali ye. Kita pergi
sama-sama.."Azimin tersenyum. Siti mengangguk, tapi masih lagi tercegat
di muka pintu. Dia memerhatikan langkah Azimin yang pantas tapi kemas.
Kasihan Azimin! Begitu sabar melayan sakit pening Maria. Mungkin juga
kesetiaan Azimin itulah yang membuatkan Maria rela untuk berkongsi
kasih. Rela untuk berkorban demi kebahagiaan suaminya.

Siti membersihkan diri dan mengemas bilik sebelum naik ke tingkat
atas. Dia mengejutkan Didi dan Fifi yang masih lena. Menyuruh mereka
mandi dan bersiap sementara menunggu Azimin pulang. Sementara itu ,
Siti turun ke dapur semula menyiapkan sarapan. Sekadar roti bakar dan
susu, rasanya cukup untuk mengalas perut. Dia tidak sempat untuk
menggoreng mee atau cucur kodok. Kartini pula kelihatannya seperti baru
sampai pagi itu. Dia kelihatan seperti tidak cukup tidur. Tetapi sempat
melemparkan senyuman pada Siti. Sesuatu yang tidak terduga oleh Siti.

"Tak sihat ke, Kak Tini?"Tegur Siti.
"Emm...biasa-biasa saja.."Dia membalas agak ramah. Beg berisi
pakaiannya di letak atas meja.
"Kejap lagi, saya nak ke hospital dengan Didi dan Fifi..."Siti
memasukkan roti bakar dalam bekas kecil.
"Ke rumah sakit?"Siti angguk.
"Emm...Kar Mar tak sihat....kena masuk hospital..."Balas Siti lagi.
Kartini diam.
"Kamu pergi dengan siapa, Wari ya?"
"Tak...dengan Abang Min. Kejap lagi dia balik ambil Didi dan Fifi. Kak
Tini mahu ikut sekali?"
"Err..eh ...nggak usah lor. Kok makannya siapa yang mahu bikin...Mak
Ungku butuh saya di sini...."Siti senyum.
"Kalau gitu, saya naik atas dulu ye. Tengok budak-budak tu...."Kartini
tidak menyahut.

Siti naik semula ke atas mendapatkan Didi dan Fifi. Mengajak mereka
turun untuk bersarapan. Selesai sarapan mereka menunggu Azimin di ruang
tamu. Hampir jam 9 baru kereta Azimin masuk ke perkarangan rumah.
Azimin kelihatan sedikit mengantuk, tetapi dia tersenyum bila
terpandang Siti. Didi dan Fifi terus mendapatkan Papa mereka.

"Kita nak ke mana ni, Pa?"Didi mendongak, menarik tangan Azimin.
"Kita ke hospital ye sayang. Mama ada di sana..."Azimin mengusap
rambut Didi, kemudian dia mendukung Fifi. "Siti masuk kereta dulu,
Abang naik atas kejap, jumpa Mama..."
"Abang nak bawak Mak Ungku sekali, ke?"Tanya Siti.
"Tak lah...abang nak bagitahu Mama supaya jangan bimbang. Petang nanti
lepas zohor, baru Mama datang..."Balas Azimin sebelum melangkah.

Mereka sampai di Hospital pakar jam 10. Maria ditempatkan di wad
pertama. Sampai di sana, mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik kerana
Maria masih dalam rawatan. Setengah jam kemudian barulah doktor keluar
dari bilik. Doktor berbangsa Sigh itu bercakap sesuatu pada Azimin.
Berkerut-kerut wajah Azimin mendengar kata-kata doktor tersebut. Siti
hanya memerhati dari jauh. Sambil memangku Fifi yang masih menangis
sedari tadi. Setelah doktor beredar, Azimin menggamit mereka masuk ke
dalam bilik.

Maria yang terlantar masih belum sedarkan diri. Urat-urat mengandungi
cecair berselirat di pergelangan tangan. Wajahnya pucat, dan ada kesan
lebam di dahi. Menurut Azimin, dahi Maria terhantuk di tub mandi ketika
dia jatuh tersembam. Fifi menangis sambil memeluk Mamanya yang kaku
itu. Terpaksa pula Siti memujuknya, takut-takut kalau Maria terjaga
dengan tangisan Fifi itu.

"Kita tunggu sampai Kak Mar sedar ye?"Azimin menarik kerusi ke arah
Siti. Siti segera melabuhkan punggung sambil meriba Fifi. Renungan
Azimin tepat di wajahnya.
"Siti lapar?"Siti menggeleng.
"Dah sarap kat rumah tadi dengan Didi dan Fifi..."Dia melemparkan
senyuman.
"Abang minta maaf kalau menyusahkan Siti..."
"Tak laa..."
"Siti sedia tanggung ini semua?"
"Maksud abang?"
"Permintaan Kak Maria..."Siti menunduk. Hatinya jadi tidak keruan. Dia
jadi serba salah. Dia sudah maklumkan pada Azimin tempohari. Dia
perlukan sedikit masa untuk lebih mengenali lelaki itu. Mereka perlu
menyesuaikan diri. Siti sendiri akan cuba memperuntukkan masa untuk
mendekati lelaki itu. Mungkin dengan cara itu mereka akan lebih kenal
diri masing-masing. Mereka perlu saling mengenali sebelum perkahwinan
itu berlangsung. Dan perkara itu yang hendak dinyatakan kepada Maria
nanti. Malangnya Maria sudah tidak sedarkan diri.

"Kenapa abang terima permintaan Kak Mar?"Siti mendongak kembali,
menentang mata Azimin. Azimin tarik nafas panjang.
"Kerana abang dah jumpa calon yang sesuai..."Balasnya lambat-lambat.
"Siti?"Dia mengangguk.
"Tapi abang baru saja jumpa Siti. Abang belum mengenali Siti..."
"Sebab itu abang ingin kenal Siti lebih dekat lagi. Bila Kak Mar
cadangkan abang supaya berkahwin lain, abang tak nak fikirkan sangat.
Lagipun, abang tak jumpa lagi orang yang sesuai untuk menjaga anak-anak
abang. Tapi, abang kasihankan Maria....."Dia melemparkan pandangan ke
luar. "Abang tak nak lukakan hati dia, tapi dia yang mendesak abang
supaya berkahwin lain. Dia rasa bersalah kerana mengabaikan abang......"
"Tapi, abang tidak mencintai Siti bukan?"Siti memberanikan diri
bertanya. Dia memandang Azimin, mencari reaksi lelaki itu. Azimin gigit
bibir. Dia merenung Siti lama. Bibirnya mengukir senyuman.
"Siapa kata?"Siti diam. Hatinya jadi tidak keruan. Dia jadi tidak
berani menentang wajah lelaki itu.
"Cinta boleh dipupuk, Siti. Yang pasti, abang sukakan Siti sejak
pertama kali jumpa Siti di airport dulu....."Sambungnya, tersenyum
nipis.

Siti memeluk Fifi erat. Sambil itu direnungnya wajah Maria yang tidur
lena. Setiap kali memandang wajah itu, dia jadi serba salah. Dia tidak
tahu adakah keputusannya itu betul atau sebaliknya. Dalam keadaan Maria
begini, adakah dia patut meneruskan permintaannya itu. Adakah wajar?
Ah...Kak Mar...sedarlah cepat. Banyak perkara yang Siti ingin katakan
ini!

Pintu diketuk dari luar, dan mereka serentak mengalih pandangan. Wajah
Wari yang terjengol di muka pintu, sedikit mengejutkan Siti. Pandangan
mereka bertembung, dan Siti lihat ada kekerutan pada wajah lelaki itu.
Wari masuk, tersenyum tawar. Nyata, dia sendiri gamam melihat dua
manusia di bilik itu. Hatinya jadi berdebar. Sudah lama rasanya dia
tidak berbicara dengan Siti. Dan kali ini mereka bertemu semula, tetapi
dalam suasana yang sungguh tidak disangka. Kenapa Siti berada di sini?
Adakah dia menemani Didi dan Fifi atau Azimin sendiri. Hati Wari jadi
geram tiba-tiba. Cepat-cepat pandangannya dialihkan kepada Azimin.
Perlahan dia mendekati lelaki itu.

"Ri dengar Kak Mar jatuh kat bilik air tadi?"Suaranya mendatar. Azimin
mengangguk. "Subuh tadi, abang tengah tidur masa tu...dia ke bilik
air..."Balas Azimin.
"Macamana keadaan dia?"
"Belum sedar lagi....tapi doktor kata tak berapa bagus...."Wari
menghela nafas.
"Mama tak ikut sekali?"
"Petang nanti abang ambil dia....pagi ni biarlah Mama rehat je...kau
dari mana ni?"Wari duduk di sebelah Azimin. Pandangannya terarah kepada
Siti. Siti cuba tersenyum tapi tiada balasan.
"Dari ofis...."
"Kau kemana semalam? Mama cakap kau tak balik rumah?"Azimin berkerut
memandang Wari. Wari terdiam seketika, memainkan hujung jarinya.
Seperti keberatan dia untuk menjawab.
"Tak kemana..."Balasnya malas. "Lepak rumah member jap...."
"Abang ingat tak balik ofis ari ni...nanti Wari tolong jumpa Mr.
Hendra, supposed abang ada appointment dengan dia hari ni..."Wari tidak
menjawab. Hanya matanya yang tancap memandang Siti. Sehingga Siti jadi
serba salah sendiri. Tak sanggup rasanya dia bertentang mata dengan
lelaki itu. Perasaannya bergejolak. Kalau ikutkan hati, dia ingin
keluar saja dari bilik itu. Tak mahu dia berhadapan dengan kedua-dua
lelaki ini.

"Siti buat apa kat sini?"Wari bersuara semula.
"Abang ajak dia tadi. Temankan Didi dan Fifi ni...."Azimin membalas.
Wari hanya tersengih. Dia menggeleng kepala beberapa kali.


*********************************
"Kak Mar tu dah gila ke Ma?"Wari bangun dari kerusi. Hatinya panas,
bagai disimbah dengan api.
"Kenapa ni, Wari?"Mak Ungku pandang wajah Wari yang memerah. Terkejut
dia bila tiba-tiba Wari masuk ke bilik dan marah-marah begitu.
Semalaman dia tidak pulang ke rumah, balik-balik terus meninggikan
suara.
"Wari dengar Azimin nak kawin dengan Siti?"Wari berpaling, menatap
wajah ibunya. Mak Ungku mengeluh.
"Betul ke Ma?"
"Kenapa Ri tak tanyakan sendiri pada Maria?"
"Wari pergi ke hospital tadi. Kak Mar belum sedar lagi. Lagipun Azimin
dengan Siti pun ada kat sana...."
"Habis tu, kenapa tak tanyakan pada Azimin?"Wari mendengus.
"Saya nak tanya pada Mama...betulke diorang tu nak kawin?"Wari
berganjak ke arah Mak Ungku.
"Emm....dah Maria yang minta begitu..."
"Tapi, kenapa?"

Mak Ungku menggeleng. Dia sendiri sukar untuk menjawabnya. Biarlah
Maria saja yang menerangkan kepada adiknya ini.

"Takkan Kak Mar senang-senang bagi Azimin kawin. Kak Mar kan tengah
sakit..."
"Wari...."Mak Ungku sentuh bahu Wari. "Ini atas persetujuan Maria
sendiri. Dia mahu suaminya berkahwin lain. Maria dah lama sakit, Wari.
Azimin pula perlukan seseorang yang dapat menguruskannya. Mama dah cuba
pujuk Maria, tapi dia tetap bertegas. Dia mahu Siti jaga anak-anak
dia..."
"Tapi kenapa Siti, Ma?"
"Kenapa? Wari tak suka ke? "Mak Ungku renung sayu wajah Wari. Dia
bagai dapat meneka hati anaknya itu.
"Kenapa tak orang lain?"
"Wari sukakan Siti?"Wari mendongak. Bibirnya kelu tiba-tiba. Dia tarik
nafas panjang. Kalaulah Mamanya tahu!
"Kenapa Kak Mar sanggup bermadu?"Wari tekup muka dengan tapak tangan.
Diraup wajahnya beberapa kali. Yang sebenarnya, dia tidak kisah kalau
Azimin ingin berkahwin lagi. Dia sendiri tahu, keadaan Maria yang tidak
mengizinkannya untuk melayan suaminya. Tambahan, Maria sudah tidak
mampu melahirkan zuriat. Sebagai lelaki, Azimin ada hak untuk
berkahwini lain. Tapi kenapa memilih Siti. Bukankah ramai lagi
perempuan lain yang boleh dijadikan isteri. Kenapa mesti Siti?
"Siti setuju?"Mak Ungku menggeleng.
"Mama tak tahu..Wari tanyalah dengan Siti sendiri..."

Wari tekup mukanya. Dia rasa benar-benar kecewa. Patutlah Siti
menjauhkan diri darinya. Rupa-rupanya kasihnya telah beralih arah.
Andainya benar begitu!

****************************************************

Maria menggenggam tangan Siti erat. Siti rasakan kedinginan tangan
itu. Tapi hatinya sedikit gembira. Maria sudah mula sedar, dah bibir
lesunya masih mampu mengukir senyuman walaupun tampak payah benar. Siti
berganjak mendekatkan telinganya ke mulut Maria. Mulut Maria
bergerak-gerak membisikkan sesuatu.
"Abang Min......"
"Abang Min keluar makan, Kak Mar....dengan Didi dan Fifi..."Siti
tersenyum.
"Siti... tak makan?"
"Belum...."Siti menggeleng. "Siti nak temankan Kak Mar. Tapi Siti dah
minta abang Min bungkuskan untuk Siti..."Siti urut-urut tangan Maria.
Wajah Maria sudah tidak sepucat tadi.
Maria merenung Siti lama. Air matanya mengalir menuruni pipi.
Cepat-cepat Siti sapu dengan tuala kecil. Renungan Maria begitu sayu,
menusuk ke tangkai hati. Perlahan, dia menarik tangan Siti ke dadanya.
"Siti...janji...jaga Didi dan ....Fifi....ye.."Suaranya tersekat-sekat.
"Kak Mar..jangan banyak cakap. Kar Mar masih lemah....akak rehat la
dulu......"Siti membetulkan kedudukan bantal. Diperkemaskan selimut
yang membalut tubuh Maria.
"Siti...."Maria bersuara lirih.
"Bila akak dah tak ada nanti.....Siti jaga Didi...Fifi...abang Min.."
"Syyyy...."Siti menutup mulut Maria dengan jari telunjuk, menggeleng
kepala. "Kak Mar jangan bimbang...Siti akan jaga mereka..."Maria senyum.
"Siti....terima abang Min..?"Matanya membesar, tampak keriangan pada
riak wajah itu. Siti menggangguk.
"InsyaAllah....."Balas Siti perlahan. Hanya itu yang mampu dia
katakan. Dia tidak mahu hati Maria terlalu rungsing memikirkan perkara
itu. Biarlah dia berkorban dan terima saja. Asalkan itu dapat
menggembirakan Maria.

"Terima kasih Siti..."Dia tersenyum gembira.


***********************************************

Hati Wari sebal melihat barang-barang perhiasan yang tersusun cantik
di ruang tamu. Ada gubahan bunga, kotak-kotal kecil berenda, dan
mangkuk-mangkuk kaca yang berhias manik-manik halus. Semuanya tersusun
indah. Menggamit setiap mata yang memandang. Setiap kali pulang ke
rumah, dan melihat semua itu, hati Wari bagai disiat-siat. Dia jadi
panas. Ingin saja dia menjerit memberitahu seisi rumah tentang hatinya.
Tentang marahnya. Tapi lidahnya kelu. Dia berasakan perasaannya begitu
membuak, tapi semuanya hanya terpendam. Ingin marah, tapi pada siapa.
Pada Siti, atau Azimin, atau Maria sendiri? Sedangkan Siti sendiri
merelakan. Azimin apatah lagi. Maria pula, dia yang mencadangkan!
Aggghhhh....apa haknya untuk menghalang!

Sakitnya hati melihat kemesraan mereka berdua. Saban petang bersama.
Makan bersama. Keluar bersama. Tergamaknya mereka bersuka ria begitu
dalam keadaan Maria terlantar di katil. Sampai hatinya mereka! Tidakkah
mereka sedar, perbuatan mereka itu hanya akan mengguris perasaan Maria.
Maria yang sedang berjuang dengan nyawanya, dan mereka berdua masih
sempat keluar mencari barang-barang perkahwinan mereka? Manusia apakah
Azimin itu? Jenis suami apakah dia? Tidak terfikirkah dia pada
saat-saat seperti itu tempatnya adalah di sisi Maria. Memberi semangat
dan kata-kata harapan kepada isterinya itu. Bukannya mengulit gadis
lain, dan berseronok-seronok begitu.

Wari tidak percaya kalau Siti sendiri merelakan. Dia dapat merasakan
perasaan Siti yang berperang. Gadis itu tak sepenuhnya rela. Dia tahu.
Dia tahu hati Siti masih padanya. Sinar matanya masih seperti dulu,
walaupun sengaja dielakkan. Walaupun dia tampak gembira bersama Azimin.
Tapi Wari yakin, semua itu pura-pura. Kenapa Siti harus mensia-siakan
masa depannya demi memenuhi permintaan orang lain?

"Siti...."Wari nekad untuk mencelah masuk ke bilik Siti pada suatu
pagii. Terkejut gadis itu dengan kemunculannya.
"Wari, kenapa masuk sini, tak manis kalau orang nampak...."Siti
sedikit gelisah. Dia berganjak ke belakang.
"Maafkan Wari.."Wari berdiri di tepi pintu. "Wari perlu bercakap
dengan Siti...."
"Cakap apa...cepatlah...nanti Kartini nampak macamana..."Siti mengeluh.

Wari menghampiri Siti. Berdiri betul-betul di depan gadis itu.
Wajahnya sedikit sayu, merenung tunak ke mata Siti.

"Kenapa Siti buat ni semua?"
"Buat apa?"
"Kenapa Siti korbankan perasaan Siti semata-mata untuk kebahagiaan
orang lain?"Siti menunduk. Dia kertap bibirnya sampai sakit.
"Kenapa Siti berubah?"
"Siti tak berubah apa-apa pun...."
"Termasuk perasaan Siti?"Wari mengeluh. "Wari tahu, perasaan Siti tak
akan berubah. Siti masih seperti dulu, hati Siti masih pada...."
"Siti tak nak cakap pasal ni.."Siti berpaling.
"Siti..."Wari tangkap pergelangan tangan Siti. Ada sedikit rontaan di
situ. "Berterus teranglah pada Wari. Siti tak akan mengahwini
Azimin..."Siti menggeleng."Siti tidak cintakan Azimin bukan? Jangan
ikutkan sangat permintaan Maria..."
"Siti lakukan dengan kerelaan Siti sendiri..."
"Mustahil!"Wari mendengus. Genggaman dilepaskan. "Mustahil Siti boleh
cintakan Azimin sekelip mata."
"Cinta boleh dipupuk, Wari....."Siti mendongak, kembali menghadap Wari.
"Ohh...jadi sekarang ni tengah memupuk cinta dengan Azimin? Laki orang
beranak dua?"Wari menjuih. "Yang bininya tengah terlantar sakit, dan
korang bersuka ria, membelah-belah...beli itu dan ini.."
"Wari!"Siti meninggikan suara. "Siti lakukan ini semua demi Kak Mar
sendiri..."
"Ini namanya kerja gila! Tergamak Siti bermadu, menjadi bini ke dua.
Menjaga anak-anaknya....Siti merampas kebahagiaan orang lain..."
"Terpulang pada Wari untuk cakap apa pun. Bagi Siti, ini pengorbanan
Siti.."
"Pengorbanan!"Wari ketawa sinis. "Pengorbanan apa kalau hanya
melukakan perasaan sendiri, dan perasaan orang lain..."

Siti mengesat pelupuk mata yang mula digenangi air jernih. Dia rasa
sakit hati, dah sedikit terguris dengan kata-kata Wari. Mengapa Wari
tidak mahu faham. Dia lakukan ini demi Maria, kakaknya juga. Kakaknya
yang sedang menyabung nyawa. Dia bukan sengaja. Dia sendiri tersepit,
dan sengaja melupakan segala keterpaksaan yang dia lakukan.
Dan kini persiapan sudah mula dilakukan. Walaupun hatinya kadangkala
terasa berat, tapi dia tidak dapat berpatah semula. Azimin pun sudah
beriya benar. Ada saja barang-barang yang hendak dibelinya. Bagai
meraikan perkahwinannya yang pertama. Siti serba salah, tapi apa lagi
yang boleh dia lakukan. Dia sudah menyatakan persetujuan pada Maria.
Mak Ungku juga sudah dimaklumi. Minggu depan, Azimin akan mengikutnya
pulang ke kampung untuk bertemu kedua ibubapanya. Memohon restu
mungkin. Entah apalah perasaan orang tuanya bila mengenangkan anak dara
mereka yang bakal menjadi isteri kedua.

"Siti..."Suara Wari bergetar, sedikit sebak. "Siti tahukan perasaan
Wari...."Terhenti seketika. "Wari harapkan sesuatu dari hubungan ini..."
"Anggap saja kita tak ada jodoh Wari..."Siti tarik nafas panjang.
Hujung mata diseka sekali lagi. Dia tidak sanggup menentang wajah Wari.
"Jodoh kita kuat Siti...Wari dapat rasakan..."
"Sudah lah Wari. Jangan keruhkan lagi keadaan....semuanya dalam
persiapan sekarang..."Siti berpaling ke pintu. Dia menunggu kalau Wari
bersedia untuk keluar.
"Sampai hati kau Siti..."Bisik hati Wari pedih.

Dan itu adalah kali terakhir dia bertemu Siti. Selepas itu, rumah
besar ini sudah tidak bermakna lagi baginya. Bahang panas yang wujud
dalam hatinya makin hari makin membengkak. Dia benci tiap kali melihat
kelibat Azimin. Dia benci pada Maria dan Mama yang tidak mahu faham
perasaannya. Dan pada Siti pula, dia jadi benci dengan pendirian gadis
itu. Terlalu mudah goyah hanya kerana budi dan simpati. Simpati pada
Maria bukan begini caranya. Tidak perlu berkorban jiwa raga dan
perasaan untuk membalas budi yang tidak seberapa. Dia ada hak yang
perlu dipertahankan. Sukar benarkah untuk berkata 'tidak'. Hanya
kerana simpati, semua permintaan harus dituruti?

Biarlah mereka mencarinya. Biarlah mereka risau dengan kehilangannya.
Sudah seminggu dia tidak pulang ke rumah, dan urusan pejabat juga sudah
lama dia tinggalkan. Biarlah Azimin saja yang menguruskan. Biarlah
semuanya dikuasai lelaki itu. Dia sudah tidak peduli lagi. Perkahwinan
mereka juga, tidak akan dia hadiri. Wari sudah bulat hati.

******************************

Airmata Siti mengalir lagi. Rindunya dia pada Wari, hanya Tuhan yang
satu. Sesekali perasaan itu menusuk dalam hatinya. Sudah seminggu
lamanya dia tidak melihat wajah lelaki itu. Kecewakah dia? Patah
hatikah dia? Tidak mahu kembali lagikah dia ke rumah ini. Sudah
seminggu Mak Ungku cuba menghubungi. Lisa juga keluar untuk mencari.
Kawan-kawan lamanya juga tidak tahu kemana Wari pergi. Kenapa sampai
jadi begini?

Besar benarkah perasaan Wari terhadapnya, sampai dia nekad bertindak
begini? Kuat benarkah hatinya untuk dia? Kenapa Wari mesti
menghilangkan diri? Kenapa buat tindakah bodoh begini? Siti naik
bingung bila memikirkan hari-hari bahagianya yang akan menjelang tiba.
Semakin mendekat, semakin tak keruan hatinya. Kadang-kadang dia
fikirkan betapa tidak patutnya pernikahan itu dijalankan sedangkan
Maria masih terlantar. Walaupun Maria sendiri telah mengizinkan, dan
berkali-kali meminta pernikahan dijalankan, sebelum apa-apa yang buruk
berlaku terhadapnya. Sebelum ajal menjemputnya. Mengapa Maria terlalu
yakin pada ajalnya itu? Bukankah manusia dilarang untuk berputus asa.
Bukankah manusia digalakkan berusaha selagi terdaya.

Siti sedar, setelah beberapa minggu cuba mengenali Azimin, perasaannya
tetap sama. Tetap seperti dulu. Dia telah cuba untuk menyukai lelaki
itu. Walaupun sedikit dirasakan penerimaan terhadap lelaki itu, dia
masih tidak dapat mengikis nama Wari dari hatinya. Ternyata lelaki itu
sendiri tahu akan perasaannya. Cuma dia yang tidak mahu mengakuinya.
Dia berpura-pura menjauhkan diri dari lelaki itu. Cuba melupakannya.
Tapi ternyata dia tidak pernah berjaya membuangnya. Perasaan itulah
yang pertama kali tumbuh dalam hatinya.

Wari, maafkan aku....

Minggu ini, minggu terakhir dia di sini. Selepas itu dia akan pulang
ke kampung. Melakukan persiapan terakhir sambil menanti hari
bersejarahnya. Dan kemudian dia akan kembali ke rumah ini semula. Bukan
sebagai babysitter, tetapi sebagai isteri Azimin, ibu kepada Didi dan
Fifi. Siti sendiri tidak pasti apakah warna hari-hari mendatangnya
nanti.

bsambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 31-05-04 09:41


Part 19

Hujan masih turun. Sebentar tadi masih renyai, dan kini sudah mula
mencurah. Ada petir yang mendesingkan telinga di luar sana. Siti tarik
nafas panjang. Nafasnya jadi sesak. Kalaulah dia tahu akan hujan
begini....tidak akan dia jejak kaki di situ. Tidak akan dimintanya Pak
Amin pulang ke rumah dulu. Perginya pun bukannya lama. Apa salahnya dia
minta saja Pak Amin tunggu dia di luar. Tidaklah dia perlu meredah
hujan pagi-pagi begitu. Bayang teksi yang ditunggu-tunggu pun tidak
kelihatan lagi. Siti jadi keresahan sendiri.

Dia memang bercadang untuk singgah di situ. Sebelum pulang ke kampung
esok lusa, dia ingin beli sedikit barang untuk emak di kampung. Sebab
itu, pagi tadi selepas menghantar Didi dan Fifi ke sekolah, Siti minta
Pak Amin hantarkan dia ke pasaraya tersebut. Dia berpesan kepada Pak
Amin supaya tidak perlu menunggunya. Dia boleh dapatkan teksi untuk
pulang ke rumah. Bukannya jauh sangat. Lagipun, Lisa pernah mengajarnya
pulang ke rumah menaiki teksi. Rasa-rasanya dia masih ingat selok belok
jalan yang perlu dilalui.

Beberapa orang yang masih beratur didepannya, sedang sabar menunggu
giliran. Siti mengangkat kainnya tinggi-tinggi. Percikan hujan
membasahi hujung kaki. Sebuah teksi bergerak perlahan di depannya.
Cepat-cepat Siti berlari anak membuka pintu. Nafas ditarik lega sebaik
berada di dalam perut teksi.

"Bukit Antarabangsa.."Dia bersuara perlahan sebaik teksi bergerak.
Matanya tertancap ke arah bintik-bintik halus di cermin tingkap.
Mengkaburi pandangan. Perlahan dia menyandarkan tubuhnya, sambil
tersenyum lega. Fikirannya sedikit lapang kini. Sampai di rumah nanti,
dia ingin menelefon Azimin, memaklumkan kepada lelaki itu yang dia
telah pun selamat sampai di rumah. Tidak perlulah Azimin menjemputnya
petang nanti. Kerana pada awalnya Siti bercadang untuk ke rumah Kak
Melah selepas membeli barang dan Azimin pula ingin menjemputnya di
rumah Kak Melah petang nanti. Tapi Siti jadi risau pula dengan hujan
yang semakin lebat itu. Dia bercadang untuk pulang saja. Malam nanti,
dia boleh telefon Kak Melah untuk datang mengambil barang-barangnya.
Dua minggu dia akan bercuti dan pulang ke kampung.
Ahh....segala-galanya terasa begitu pantas dan janggal. Dapatkah dia
berhadapan dengan semua kejanggalan ini?

Wajah Azimin yang redup dan sentiasa tenang itu, menggamit perasaan.
Walaupun sampai saat ini Siti sendiri tidak tahu perasaan apakah yang
ada dalam hatinya.Sukakah. Bencikah. Atau terpaksa....dia sendiri
keliru. Dia sudah melangkah dua tapak ke hadapan dan untuk berundur
walau setapak pun dia sudah tidak mampu. Cinta dan kehidupannya telah
diatur kini. Hari-hari bahagianya akan menjelang tiba. Kalau itulah
yang dikatakan bahagia. Dia tidak tahu kenapa dalam hidupnya selalu
diberi pilihan yang tidak adil. Memilih atau tidak, keadaannya tidak
banyak beza. Terima atau tolak, kedua-dua pasti menjerut lehernya juga.
Kalaulah dulu dia terima saja lamaran Huzair. Tidak perlu dia
menghadapi semua ini. Mungkin saat ini dia juga sedang menanti hari
bahagia. Bezanya dengan Huzair, yang terang-terang mencintainya. Bukan
dengan Azimin yang dia sendiri tidak tahu hati budinya. Ikhlaskah dia.
Relakah dia. Atau semuanya dilakukan untuk memenuhi hasrat Maria
semata-mata. Adakah masing-masing terpaksa?

Teksi terus meluncur laju, dengan keadaan hujan yang semakin lebat.
Siti memeluk tubuh, cuba mengimbangi kedinginan penghawa dingin.
Sesekali dia memejamkan mata. Membayangkan wajah-wajah yang berada
disekelilingnya. Wajah-wajah yang menuntut pengorbanannya. Wajah
pengharapan. Wajah Wari yang muncul, menyapu semua wajah. Rindunya
pada Wari, tapi apalah gunanya dia menyimpan perasaan itu lagi.
Semuanya sudah tidak bererti. Apa yang mampu dia lakukan, cuba sedaya
upaya mengalihkan perasaannya dari Wari kepada Azimin. Kalaulah itu
yang mampu dia lakukan.

Teksi berhenti depan rumah. Siti membayar tambang, lantas buru-buru
keluar. Nasib baik dia bawa kunci rumah. Kalau tidak, berhujanlah dia
diluar. Mak Ungku dan Maria pasti masih belum terjaga. Hujan-hujan
begini alangkah seronoknya dapat melengkar bawah selimut. Sampai ke
tengahari pun tak apa. Siti masuk ke ruang tamu dengan kaki dan kain
yang masih basah. Dia menjengket ke dapur, mencari alas kaki. Tubuhnya
sedikit menggigil, cepat-cepat dia masuk ke bilik, mencapai tuala.
Diserkup rambutnya yang masih menitiskan manik-manik jernih. Pakaian
dilucutkan satu persatu. Hanya tinggal tuala membalut tubuh. Dia
mencapai kain batik lalu disarungkan ke tubuhnya. Hujan-hujan begini
memang sejuk hendak mandi. Tapi dia selalu ingat pesan emak dulu-dulu.
Kalau ditimpa hujan, jangan lupa mandi dan cuci kepala bila pulang ke
rumah. Supaya tidak diserang demam atau pening. Siti ingin cepat-cepat
mandi dan naik ke atas menjenguk Mak Ungku dan Maria. Keadaan Maria
yang masih tidak berubah sejak keluar dari hospital seminggu yang
lalu. Malah semakin melarat sampai makan dan minum pun terpaksa disuap.
Siti baru teringat pagi itu dia belum sempat memasak bubur untuk Maria.
Entah Kartini sudah sampai atau belum. Mungkin belum kerana hujan lebat
di luar. Biasanya kalau hujan lebat begini, Kartini akan telefon
meminta Pak Amin datang menjemput. Tapi pagi ini, Siti sendiri tidak
perasan samada Pak Amin sudah pulang ke rumah atau belum. Dalam keadaan
terkocoh-kocoh tadi, dia tidak sempat melihat ke garaj kereta,
kalau-kalau ada kereta yang selalu dipandu Pak Amin. Yang dia yakin,
kereta Azimin tidak ada, kerana dia sendiri yang melihat lelaki itu
telah ke pejabat pagi-pagi tadi.

Siti mengutip pakaian basahnya. Bakul kain kotor yang separuh penuh,
di pikul tepi pinggang. Rasanya pakaian kotor tersebut perlu cepat
dibasuh. Mana tahu esok lusa hujan lagi. Bila masa pula dia hendak
menjemurnya. Hujung minggu pula sudah pulang ke kampung. Kak Melah yang
diharap untuk membawa beg-beg pakaiannya pulang ke kampung entah kan
datang atau tidak. Siti keluar dari bilik, menuju ke dapur. Bilik air
terletak bersebelahan dapur, harus melewati bilik kecil yang dikhaskan
untuk pembantu rumah. Bilik tersebut memang tidak ada penghuninya,
tetapi Kartini menjadikannya sebagai bilik persalinan. Kadang-kadang
Siti lihat Kartini tidur di bilik tersebut waktu tengahari selepas siap
memasak. Bilik tersebut walaupun hanya untuk orang gaji, tetapi luas
dan lengkap dengan perabutnya. Tidak banyak beza dengan biliknya
sendiri. Siti memperlahankan langkahnya. Matanya melingas, melihat
cahaya samar-samar dari celah pintu yang tidak tertutup rapat. Deru
hujan membataskan pendengaran. Tapi dia bagaikan dapat menangkap
suara-suara lirihan dari arah pintu sana.

"Kartini sudah sampai ke?"Bisik hatinya. Diletakkan bakul kain di atas
lantai depan pintu. Suara mendesah semakin jelas. Hati Siti jadi
berdebar. Tangannya terketar saat menghampiri pintu. Lirihan halus
berselang seli rengekan kecil. Jelas sekali. Siti berdiri sejenak.
Menatap daun pintu seketika. Dia nekad. Pintu ditolak sekuat hati
sambil mata dipejamkan. Takut pada apa yang bakal dilihat.

Dua tubuh tanpa seurat benang sedang bergelut di atas katil sana.

"Ya Allah!" Jeritan kecilnya mengejutkan tubuh yang sedang bersatu
itu. Siti tergamam.

Kartini menolak tubuh Azimin yang sedang menindihnya. Dia buru-buru
mencapai pakaian dan bergegas menutup tubuhnya. Azimin pula langsung
tidak bergerak. Dia terkaku dengan wajah pucat. Siti menggeleng. Tidak
sanggup dia menunggu lagi. Bakul kain tersepak oleh kakinya. Dan
pakaian basah jatuh berselerakan.


****************************************************

Biarlah apa mereka nak kata!

Sudah dua hari Siti berada di sini. Memerhatikan anak-anak ikan yang
meliuk di permukaan air jernih. Anak-anak ikan yang tetap sama seperti
dulu. Sama seperti waktu dia di situ, bersama Huzair.
Ah...Huzair.Terlalu lama rasanya dia tidak berpampasan dengan anak muda
itu. Menghilang teruskah dia? Tidak mahu kembali lagi ke kampung ini
lagikah dia? Ahh...perlu apa dia kembali. Tempat ini tidak punya
apa-apa. Hanya anak ikan dan air sungai yang mengalir jernih. Hanya
pohon jambu yang saban hari menggugurkan daunnya yang kering. Hanya
semut-semut hitam yang berderet di celah-celah daun kering. Pun semua
itu tidak mendamaikan lagi saat dia telah pergi. Huzair tidak perlukan
semua ini, cintanya telah dibawa pergi.

Biarlah emak mencarinya. Atau Shidah dan Murni yang mengejarnya. Dia
bukannya ke mana-mana. Dia cuma di sini. Di bawah pokok, di tepi
sungai. Batu tempat dia berpijak dulu pun sudah banyak berlumut. Sudah
hijau dan berbau hamis. Kalau berdiri di situ boleh jatuh tergelincir.
Jatuh terhempas bagai hatinya saat itu.

Siti tidak tahu perasaannya. Dia tidak sedih atau kecewa. Cuma dia
rasa sedikit bingung dengan tindakannya. Tapi, apa lagi yang boleh dia
lakukan? Meninggalkan rumah besar itu tanpa pesanan, mungkin
satu-satunya tindakan paling awal dia fikirkan. Cukup dengan sekeping
surat, rasanya dia tidak mahu jejak kaki lagi ke rumah itu. Hatinya
tekad. Dalam hujan yang menggila itu, dia capai barang-barangnya.
Sumbat semua pakaian yang ada. Dia dengar suara Azimin memanggilnya.
Tapi persetan! Dia tidak cemburu. Dia tidak cemburu melihat Azimin
mengulit perempuan itu. Tapi dia begitu geram. Marah dan rasa terhina.
Menyaksikan pelakuan munafik itu, mungkin akan menjadi salah satu
perkara jijik dalam hidupnya. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana
lelaki kotor itu harus menjadi suaminya.

Biarlah berbuih mulut emak bertanya, dia tetap dengan keputusannya.
Biarlah walau kad jemputan telah dilayang. Dia tidak akan melalui hari
pernikahan tersebut. Semuanya batal!

"Tinggal dua minggu lagi, Siti....semua persiapan dah dilakukan....kad
dah edar.."Mak Jah menggeleng kepala. Sudah kering tekaknya memarahi
Siti.
"Ampunkan Siti, mak...Siti tak nak!"
"Tapi kenapa?"
"Siti...."Dia terhenti. Tidak berani untuk berkata-kata lagi.

Biarlah semua orang tertanya-tanya. Semua orang membenci tindakannya.
Dan walaupun dia tahu tindakannya itu hanya akan memalit rasa malu
kedua orang tuanya, tapi rasanya itu saja jalan terbaik baginya.
Biarlah orang kampung mengata. Dia lebih rela mendengar itu semua dari
berhadapan dengan lelaki dua muka itu. Tapi hari-hari melihat wajah
sugul emaknya, Siti jadi tak sampai hati. Melihat mata berkaca orang
tua itu, Siti jadi bersalah yang amat sangat. Lantas suatu pagi, Siti
mendapatkan emaknya yang sedang termenung atas pangkin bawah pokok
nangka. Didakapnya tubuh tua itu sepenuh hati. Air mata luruh di pipi
tua Mak Jah.

"Maafkan Mek Ti, mak....."Siti hela nafas lega, sebaik dia selesai
bercerita. Terasa ringan kepalanya setelah apa yang terpendam
diluahkan. Mak Jah mengangguk lemah. "Maafkan Mek Ti kerana malukan
mak...bapak..."
"Tak Siti....Siti tak malukan siapa-siapa..."Mak Jah peluk tubuh Siti
erat-erat. Dia faham. Dia faham perasaan anaknya. Dia tidak kisah,
walau berhabis wang harta, walau tebal muka dikata. Siti tidak jadi
kawin, dia sudah tidak kisah lagi. Biarlah dia sekeluarga menanggung
malu seketika daripada membiarkan Siti menderita.


*******************************

Telefon masih berdering lagi. Siti panggung kepala. Malas rasanya dia
hendak mencapai gagang telefon tersebut. Dia menutup matanya kembali.
Seminggu memerap di rumah, tanpa membuat apa-apa terasa bosan juga.
Petang-petang begini, kalau tak ke kebun ubi emak, dia lebih suka
melelapkan mata. Ke padang pun dia sudah jarang-jarang. Dia tidak ada
semangat untuk menemui sesiapa. Dia tidak mahu mereka terus-terusan
bertanya. Bertanya tentang kisah cintanya mungkin. Ahh...cinta apa!

Matanya redup, merenung kepingan kad warna merah jambu yang tertulis
cantik namanya. Kad harum yang bertulisan perak itu, ditempah khas oleh
Lisa sebulan yang lalu. Sudah habis diedarkan kepada orang kampung.
Saudara mara juga pasti telah menatapnya. Cantik. Mungkin itu pandangan
mereka. Tapi apalah gunanya. Tiap kali mendengar bapanya menelefon
saudara mara seorang demi seorang, memaklumkan pembatalan majlis
tersebut, terasa bagai ingin luruh jantung Siti. Kalau boleh biarlah
dia saja yang menanggungnya. Tak sanggup rasanya menatap wajah kedua
orang tuanya dan membiarkan mereka menanggung sama.

"Bapak akan teruskan juga kenduri tu...."Pak Seman bersuara, memecah
kesunyian, sewaktu mereka sama-sama duduk di pangkin bawah pokok nangka
semalam.
"Orang kampung pun dah dijemput...tak baik pulak rasanya nak batalkan
macam tu ajer..."Siti terkebil-kebil menatap wajah bapanya.
"Habis tu, macamana bang.....nak teruskan jugak?"Mak Jah mendengus.
"Kita buat kenduri aje...makan-makan, jamu orang kampung makan. Apa
salahnya....macam kenduri kesyukuran tu. Lagipun, barang-barang dapur
pun banyak yang dah dibeli, kan.."Pak Seman tarik nafas panjang.
"Daripada membazir, biarlah kita bersedekah"

Siti gigit bibir sampai sakit. Hatinya menangis, siapalah yang tahu!
Syukurlah kedua orang tuanya memahami.

Deringan telefon menyentap lamunan. Masih tidak berhenti rupanya. Siti
mengeluh. Dia bangun lambat-lambat menghampiri meja telefon. Gagang
telefon diangkat perlahan.

"Hello"
"Kak Siti, assalamualaikum!"Siti tersenyum tawar. Dia kenal suara itu.
Lisa yang tidak jemu-jemu menelefon. Memintanya kembali ke Kuala Lumpur.
"Lisa, ada apa?"
"Kak Siti...."Ada sendu dihujung talian.
"Kenapa Lisa?"Hati Siti berdebar.
"Kak Siti balik sini ye. Kak Mar dah meninggal...."

Gagang hampir terlepas.

********************************


Sayu hati Siti melihat Mak Ungku yang masih tidak berganjak. Air
matanya terus-terusan mengalir. Lisa di sisi memeluk erat Mamanya. Dia
teresak sama. Siti berdiri agak jauh. Dia hanya memerhatikan saja.
Dalam hati dia rasa sedikit bersalah. Menurut Lisa, sebaik Siti
meninggalkan rumah, keadaan Maria semakin tenat. Dia begitu sedih
dengan tindakan Siti. Bila ditanya pada Azimin, lelaki itu pula hanya
membisu. Dua hari Azimin hilang sampai Maria menghembuskan nafasnya.
Dan hari ini untuk kesekian kalinya dia berhadapan dengan lelaki itu.
Hati Siti jadi panas. Ingin saja dia menampar muka lelaki itu. Geram
hatinya bukan kerana Azimin berpura-pura dengannya, tetapi kerana sikap
Azimin yang curang pada isterinya. Kesian Maria. Sampai ke mati dia
tidak tahu perangai setan suaminya itu. Dan Azimin pula masih bersikap
selamba. Bukannya mahu minta maaf atau pun menyesal. Mahu saja Siti
menghebahkannya pada semua orang. Biar satu keluarganya tahu.

Kalau ikutkan, berat hatinya untuk sama-sama menziarahi pusara itu.
Dia tahu pandangan sinis Mak Ungku dan Lisa terhadapnya. Lebih-lebih
lagi renungan tajam lelaki di sisi Mak Ungku itu. Wari! Ahh...lelaki
itu telah muncul kini. Lama rasanya dia tidak menatap wajah lelaki itu.
Yang kini sudah ditumbuhi roma-roma kasar. Berceratuk di wajah yang
dulu bersih. Tiada secalit senyuman pada bibirnya, tatkala pandangan
mereka bertaut. Terasa ingin pecah dada Siti menahan rasa.

Berat kakinya melangkah, namun dipaksakan juga. Tatkala menjejaki
semula rumah besar tersebut, Didi dan Fifi yang melihat terus menerpa
ke arahnya. Siti peluk dan kucup kedua anak kecil itu. Kemudian mereka
sama-sama masuk ke dalam rumah.

"Saya minta maaf, Mak Ungku..."Siti capai jemari Mak Ungku.
Dikucupnya lama. Mak Ungku diam, tiada reaksi. Hati Siti hiba tiba-tiba.
"Saya tak terniat nak khianat pada Mak Ungku sekeluarga....saya..."
"Dah la tu..tak payah nak menangis-nangis pulak. "Wari menyampuk
tiba-tiba. "Sekejap nak, sekejap tak nak. Tiba-tiba je hilang macam tu
ajer....sampai Kak Mar tu mati dibuatnya..."
"Wari...."Mak Ungku bersuara.
"Kalau dari dulu cakap tak nak kan senang. Tak payah Mama sibuk-sibuk
nak buat ni semua. Ini, bila semua benda dah beli, persiapan dah dibuat
tiba-tiba dia cabut macam tu aje....menipu namanya tu Ma..."Suara Wari
keras. Siti geleng kepala. Nafas ditarik dalam-dalam, cuba mengawal
debaran di dada.
"Saya akan pulangkan semua barang-barang...ganti rugi..."
"Tak payah. Mama sedekah aje!"Wari mendengus.
"Wari...cubalah dengar dulu apa Siti nak cakap...."Mak Ungku mengeluh,
menggeleng kepala.
"Nak cakap apa lagi Ma.....dah dia tak nak kawin. Sebab perangai dia
la....Kak Mar kecewa, terkejut...terus...."
"Wari!"Suara Mak Ungku meninggi. Direnungnya Wari tajam.
"Kalau dia tak lari dari rumah hari tu, Kak Mar tak jadi macam ni,
Mama...."
"Maria meninggal bukan kerana Siti, Wari...."
"Tapi Kak Mar terus tenat bila dapat tahu Siti cabut dari rumah hari
tu....hilang macam tu ajerr....Kenapa tak jumpa Kak Mar cakap terus
terang....kenapa tipu Kak Mar..."

Air mata Siti tumpah juga. Cepat-cepat disekanya. Dia tidak berani
menatap wajah Wari. Rasa malu, bersalah dan entah apa-apa lagi.
Kerdilnya dirinya dirasakan saat itu. Bagai pesalah menanti hukuman.

"Kenapa Siti keluar rumah tanpa beritahu. Semua orang cari
Siti....kami betul-betul terkejut Siti..."Mak Ungku bersuara, lembut.
Siti angkat kepala. Menatap wajah Mak Ungku yang tenang tetapi sedikit
sugul."Ada yang tak kena ke, sampai Siti balik kampung tiba-tiba....tak
bagitahu Makcik, atau Lisa..."
Siti diam.
"Siti ada masalah....cuba bagitahu Makcik..."Siti geleng kepala.
"Saya terpaksa batalkan perkahwinan saya dengan Abang Min, Mak
Ungku...."
"Tapi kenapa?"Mak Ungku mengeluh. "Kenapa dulu Siti terima, sekarang
Siti batalkan pula? Ada apa-apa yang tak kena ke?"
"Tak ada apa-apa Mak Ungku. Saya yang berubah fikiran...."
"Uh...senang-senang je ubah fikiran. Dia ingat kerja kawin ni kerja
main-main...boleh buat dan batal sesuka hati?"Wari menyampuk. Dia
bangun, meluru ke luar. Langkahnya pantas, tidak menoleh lagi. Mak
Ungku menggeleng.

"Siti ada masalah dengan Azimin ke?"Siti geleng lagi. "Mak cik
tanyakan Azimin, dia kata tak ada apa-apa pula...."
Memanglah tak ada apa-apa. Mana lelaki itu nak mengaku! Mahu saja Siti
buka mulut tentang kecurangan Azimin dengan Kartini. Kartini! Mata Siti
melingas. Sejak di tanah perkuburan tadi Siti tidak nampak pula kelibat
wanita seberang itu. Sudah berhenti kerjakah dia? Atau sengaja tidak
mahu menonjolkan diri? Takut kisahnya didedahkan? Kenapa Azimin melayan
perempuan itu? Tidak cukupkah keizinan Maria untuk berkahwin lain,
sampai dia perlu melalui pintu belakang begitu? Ah...Azimin, wajah
kacak itu penuh dengan kepuraan.Kalaulah Maria tahu! Tapi Maria pun
sudah tiada. Sudah pergi membawa penderitaannya. Dan kini, dia yang
menanggung segala-galanya. Bukan niatnya untuk menyeksa Maria begitu.
Dia tidak tahu ajal Maria akan sampai selepas dia keluar dari rumah
itu. Bukan dia penyebabnya!

"Kalau ada masalah...cerita pada makcik.....jangan pendamkan
Siti...."Mak Ungku elus rambut Siti.
"Siti cuma harap Mak Ungku sekeluarga tak salahkan Siti atas kematian
Kak Mar..."
"Siti, makcik tak pernah beranggapan begitu. Maria meninggal kerana
ajalnya sudah sampai. Siapa-siapa tak boleh pertikaikan. Cuma makcik
nak tahu, kenapa Siti tiba-tiba batalkan pernikahan dengan Azimin. Siti
kan tahu, Didi dan Fifi perlukan kasih sayang seorang ibu."Suara Mak
Ungku begitu lembut.
"Siti tak dapat nak tunaikan permintaan itu. Siti minta maaf..."
"Tapi kenapa Siti?"Mak Ungku menghela nafas.
"Errr....Siti belum bersedia untuk kawin...."Siti menggeleng.

Wari dihujung pintu, menjuih bibir. Sakit betul hatinya pada gadis itu!

bsambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 31-05-04 09:48


Finale

Dia sakit hati. Sakit hati melihat wajah gadis itu. Tapi dia bukan
membenci. Tidak. Sesekali tidak pernah terlintas rasa benci dalam
hatinya. Walaupun Siti telah pernah melukakan hatinya. Dia sakit hati
kerana setelah susah payah dia mengubat luka, tiba-tiba pula Siti
membatalkan hasratnya. Kenapa tidak dari dulu lagi dia menolaknya?
Kenapa setelah dia hampir putus asa, benar-benar kecewa, gadis itu
bertukar fikiran tiba-tiba dan membatalkan perkahwinannya. Kenapa Siti
perlu menyakiti hatinya dengan berdolak dalih begitu. Bukankah mudah
kiranya dia menolak perkahwinan itu dari awal-awal lagi. Banyak perkara
dapat dielakkan. Dan mungkin Maria dapat diselamatkan. Mungkin Maria
tidak akan kecewa. Tapi............ahh...kematian Maria bukan
disebabkan Siti. Tak patut dia menyalahkan gadis itu begitu. Tetapi
tindakan Siti telah meninggalkan kesan yang tersendiri.

Wari sendiri tidak tahu apa muslihat Siti, menerima kemudian
menolaknya. Seolah perkahwinan itu satu permainan. Atau hatinya tidak
pernah tetap pada keputusan. Cintanya boleh berubah dalam sekelip mata?
Atau dia sengaja mempermainkan Maria, Mama ataupun Azimin? Kesian Mama,
yang terpaksa menanggung malu. Nasib baik kad masih belum diedar lagi.
Sebetulnya Mama memang ingin melakukan upacara pernikahan itu secara
kecil-kecilan kerana ia merupakan pernikahan kali kedua Azimin, tetapi
pastinya perkara seperti itu juga telah dihebahkan kepada rakan-rakan
atau saudara mara terdekat. Jadi, bagaimana harus mereka sekeluarga
menghadapi semua itu. Dan satu lagi yang menjengkelkan Wari. Sikap
Azimin sendiri. Kalau dulu, dia yang beriya-iya, bersetuju untuk
mengahwini Siti. Tetapi kini, hanya berdiam diri. Langsung tidak
menghalang keputusan Siti. Malah, bila ditanya, dia seolah cuba
mengelak diri. Apa yang terjadi antara mereka sebenarnya?

Wari jadi bingung sendiri. Walaupun dalam hati dia sedikit lega
kerana akhirnya Siti tidak menjadi milik Azimin, tetapi dalam masa yang
sama dia juga sebal dengan sikap Siti yang tidak menentu itu. Dia
kecewa kerana Maria telah pergi. Tanggungjawab yang besar kini
tertanggung di bahunya. Untuk menguruskan keluarga, lebih-lebih lagi
syarikat arwah bapanya. Semuanya dalam sekelip mata berpindah
kepadanya. Kalau dulu, semasa Maria terlantar dia masih mengharap agar
Maria sembuh dan meneruskan usahanya mengembangkan syarikat. Tetapi
kini, tiada siapa lagi yang boleh diharapkan selain darinya. Azimin
pula, kedudukannya samar-samar. Setelah Maria meninggal, Wari tidak
tahu kedudukan Azimin. Adakah dia masih berhak menguruskan syarikat
itu, sedangkan setahu Wari, Azimin tidak punya apa-apa saham di dalam
syarikat, selain dari ihsan Maria yang memberi jawatan selesa kepada
suaminya itu. Walaupun ikatan kekeluargaan mereka tidak akan putus
kerana Azimin tetap abang iparnya, Fifi dan Didi tetap anak saudaranya
walaupun suatu hari nanti anak-anak kecil itu akan memperoleh ibu baru.
Dan Wari tahu, bukan Siti yang akan mengambil tempat itu.


*****************************
"Siti nak ke mana ni? " Mak Jah cepat-cepat menghampiri Siti yang
sedang menyarung selipar.
"Mek Ti nak pergi rumah Shidah, Mak. "Siti angkat muka. "Mek Ti nak
tidur kat sana"
"Kenapa nak tidur kat sana pulak. Tidur je la kat rumah. Mak Ngah
baru sampai tu..."Siti tarik nafas panjang. Tangannya mengepit beg
plastik warna hitam.
"Siti tak nak la duduk rumah, Mak. Nanti macam-macam diorang tanya.
Apa Siti nak jawab?"Balas Siti perlahan.

Mak Jah mengeluh. Mulutnya sendiri dah berbuih memberi alasan. Setiap
pertanyaan yang singgah di cuping telinga, bagai api yang membakar.
Kadang-kadang mahu saja dia berteriak satu rumah. Memberitahu semua
orang yang pernikahan anaknya tidak akan berlangsung. Sudah dibatalkan
Dan kenduri tersebut hanyalah kenduri kesyukuran, sementelah kad pun
sudah dilayang. Jadi hendak tak hendak, segan tak segan, ia tetap
diteruskan. Biarlah orang mengata. Dia sudah tua. Telinganya sudah lali
dengan umpat keji orang. Tapi anaknya itu! Siti manalah biasa dengan
keadaan ini. Hatinya masih rapuh. Kesian anak itu terpaksa menghadapi
keadaan seperti ini. Biarlah dia membawa diri. Mak Jah sendiri jadi
serba salah. Sejak orang ramai datang ke rumah, Siti lebih banyak
memerap di bilik. Hendak keluar pun segan-segan. Takut kalau-kalau
orang sibuk bertanya tentang bakal suaminya yang tak jadi datang itu.
Orang mana, kerja apa. Mak Jah sendiri terkial-kial hendak menjawab.
Bukankah sudah dibatalkan. Kenapa mesti sibuk bertanya,
memanjang-manjangkan cerita. Kalau diikutkan, mahu saja Mak Jah cili
mulut orang yang tak penat-penat bertanya. Dijemput sudah dikira
untung. Hormatlah tuan rumah sedikit! Mak Jah mendengus.

"Boleh tak mak?"Siti goncang tangan Mak Jah. Mak Jah tersedar.
"Emm....pergilah...tapi pagi esok balik cepat..."Mak Jah membalas. Dia
tersenyum tawar. Melihat Siti yang mula melangkah.
"Kalau ada apa-apa, mak telefonlah rumah Shidah ye!"Siti menoleh
sebelum meneruskan langkah. Dia susup sasap di bawah pokok rambutan.
Sengaja dia melalui jalan singkat belakang rumah. Jalan tersebut kecil,
bersemak tetapi terlindung dari pandangan luar. Dia tidak mahu melalui
jalan biasa. Dia segan kalau terserempak orang-orang kampung yang
pastinya akan bertanya tentang dirinya. Tentang perkahwinannya. Kalau
boleh esok, pada hari kenduri tersebut dia tak mahu menjenguk muka.
Biarlah orang tuanya saja yang menguruskan. Dia lebih rela memencilkan
diri dari berdepan dengan orang ramai yang pasti akan mempertikaikan
keputusannya.

10 minit meredah semak, Siti sampai di atas bukit. Di bawah sana,
padang hijau yang terbentang, masih seperti dulu. Siti lihat Shidah
sedang menopang dagu di bawah pokok saga tepi padang. Pandangannya
asyik ke tengah padang. Melihat tubuh-tubuh yang terkinja-kinja di
sana. Angin petang yang nyaman, menggugurkan daun-daun saga,dan
biji-biji merah berselerakan bawah pokok. Siti melajukan langkah.

"Lambat la kau!"Shidah menoleh, menyedari kedatangan Siti.
"Aku keluar senyap-senyap. Takut orang nampak.."Balas Siti perlahan
lalu melabuhkan punggung di sebelah Shidah. Beg plastik di letak tepi
akar yang berbonjol.
"Kenapa keluar senyap-senyap? Mak kau tahu, tak?"Shidah mengerut dahi.
Siti angguk kepala.
"Mak aku tahu. Tapi rumah aku tu dah ramai orang. Tu yang aku
curi-curi keluar...kalau tak nanti diorang banyak tanya.."
"Siapa je kat rumah kau tu..?"
"Sedara mara belah mak aku dah datang. Jiran-jiran sebelah pun ada.
Diorang rewang kopek bawang. Aku rimaslah Shidah....aku rasa semua mata
macam tertumpu kat aku...pandang sinis kat aku...."Siti tarik nafas
panjang. Shidah menggeleng.
"Perasaan kau aje kot...."
"Tak...aku tahu...diorang mesti cakap bukan-bukan pasal aku.."
"Pedulikan je laa....."
"Aku kesian kat mak bapak aku tu....mesti diorang malu. Habis, bapak
aku tu nak teruskan jugak kenduri ni...aku kenalah ikut..."Siti
melemparkan pandangan ke tengah padang. Sinar matahari hampir jatuh.
Bayang pokok saga nampak memanjang. Redup.
"Kesian kau, Mek Ti..."Shidah renung wajah Siti lama.
"Dah nasib aku..."
"Tapi...aku sokong tindakan kau tu. Kalau aku jadi kau...aku pun tak
nak kawin dengan lelaki tu..."Siti tersenyum tawar. Dia sedikit gembira
kerana Shidah dan Murni tidak menyalahkan tindakannya setelah dia
menceritakan perkara sebenar. Dia tahu, dia tidak boleh mengelak dari
dua kawannya itu. Lambat laun dia akan terpaksa menceritakannya juga.
Dan dia bersyukur kerana kedua mereka memahami. Biarlah orang lain
tidak memahaminya asalkan Shidah dan Murni tahu keadaannya.
"Kau sedih Mek Ti?"
"Emm....entah!"Siti ketawa kecil. Shidah ketawa sama. Dia bangun,
mengibas-ngibas punggung.
"Jom, balik rumah aku. Malam ni kita buat kek lapis yang kau nak
belajar buat tu"Siti mendongak. Dia menghulurkan tangannya lalu
disambut Shidah. Bersungguh Shidah cuba menarik Siti bangun. Akhirnya
mereka ketawa sama.

"Alamak Mek Ti, aku lupa nak bagitahu kau...."Shidah kebam bibir.
Matanya mengecil, memandang Siti.
"Kenapa?"
"Emm...aku lupa nak bagitahu...mamat tu balik sini mlm tadi...."Shidah
sengih.
"Siapa?"
"Tuu...."Shidah memuncungkan bibir. Siti berpaling ke belakang.
Senyuman terukir di ulas bibir lelaki itu. Siti membulatkan mata.

Huzair!

******************************************************************
"Aku dengar, kau nak kawin?"Siti masih berdiam. Cuma tangannya saja
yang ligat mencarik daun-daun hijau di sekelilingnya. Pandangannya
menunduk. Tak sanggup dia menentang wajah lelaki itu. Tidak disangka,
setelah terpisah beberapa ketika, dia masih ada peluang menatap wajah
lelaki itu. Sangkanya Huzair tidak akan kembali lagi ke kampung.
"Aku ada dapat kad jemputan kau.."
"Ahhhh...."Siti mendengus. Dia benci untuk terus mengulang ayat-ayat
itu. Dia malas untuk menyatakannya lagi. Pernikahannya telah batal.
Batal!
"Kenapa Mek Ti?"Huzair mendekat.
"Tak ada apa-apa..."Siti menggeleng.
"Tahniah dari aku.."Huzair hulur tangan. Siti mendongak, menentang
pandangan Huzair. Dia tidak menyambut huluran tangan itu. Untuk apa?
Dia tidak akan berkahwin dengan siapa-siapa. Tidakkah Huzair tahu itu?
"Aku balik ni sebab nak tengok kau bersanding. Nenek yang bagitahu
aku. Aku sebenarnya segan juga nak jumpa kau ni. Mana tahu kau tak
sudi..."Huzair tersengih.
"Maafkan aku Zair, sebab lari dari kau dulu..."Siti mengeluh. Dia rasa
segan. Tak patut dia buat Huzair begitu. Pergi tanpa jawapan. Mungkin
ini balasan yang diperoleh akibat mengecewakan hati orang.

Huzair menyandarkan belakang badannya ke pokok jambu. Dia berpeluk
tubuh. Matanya masih tancap. Merenung Siti penuh makna. Siti akui
lelaki itu sudah banyak berubah. Dia tampak dewasa kini. Terserlah pada
rona wajahnya itu.

"Aku tahu, cinta tak boleh dipaksa. Cinta jangan dicari. Lambat laun
ia akan sampai sendiri. Suatu masa dulu aku yakin cinta yang aku cari
telah hadir pada diri ini..tetapi.."Dia menarik nafas, terhenti
seketika. "Aku terlalu mentah untuk menilai cinta. Cinta itu terlalu
muda, dan akhirnya aku kehilangannya..."

Siti kertap bibir. Dia jadi tidak keruan. Adakah Huzair memperkatakan
tentang dirinya? Tentang cintanya yang tidak kesampaian?

"Aku kecewa kau pergi tinggalkan aku dulu..."Suara Huzair mengendur.
"Maafkan aku Zair.."Lirih Siti. Pandangan mereka bertaut. Siti jadi
serba salah. Bersalah kerana menolak Huzair dulu.
"Tapi aku gembira juga akhirnya kau jumpa orang yang kau cinta.."Siti
tersenyum tawar. Dia rasa seperti ingin menangis. Kalaulah Huzair tahu
hal sebenar!
"Lepas ni, kau tinggal di mana. KL?" Siti tidak menjawab. Dia biarkan
saja Huzair terusan bertanya.
"Kalau di KL, bolehlah kita berjumpa..."Huzair ketawa kecil. "Tapi
masa tu kau dah jadi kepunyaan orang lain. Tentu payahkan...."
"Zair..sudahlah..jangan cakap macam tu. Apa-apa yang terjadi pun, kita
tetap kawan...."Siti mendongak, menentang mata Huzair.
"Ya, sebab aku ingat kawan lah..aku datang hari ni untuk jumpa kau.."
"Terima kasih!"
"Aku nak jumpa bakal suami kau nanti...."
"Untuk apa?"
"Untuk ucapkan tahniah...."
"Zair...."Siti menggeleng, dia mendekati Huzair.
"Datanglah rumah aku esok. Kau akan tahu perkara sebenarnya.."
"Memang aku nak datang"Huzair tersenyum.
"Dan bersyukurlah kalau kau dapat jumpa aku masa tu.."
"Kenapa kau cakap macam tu?"

Siti mengeluh. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang. Sukarnya
untuk meluahkan perasaan, apatah lagi membuat keputusan. Dia sendiri
tidak tahu adakah dia kuat untuk menghadapi hari esok. Kenduri
pernikahannya yang hanya atas nama! Kalau boleh, dia ingin lari saja.
Lari sekali lagi, kali ini dari semua orang. Biarlah...mungkin dia
tidak layak mencintai atau dicintai sesiapa. Cintanya bukan cinta biasa
mungkin!


******************************************************
"Mama! "Wari masukkan beg ke dalam kereta. "Sempat lagi tak ni, Ma?"
"Ya Allah Wari...kenapa kelam kabut sangat ni?"Mak Ungku menggeleng
kepala. Dihulurkan begnya kepada Wari. Wari menarik pantas lalu
dicampakkan ke dalam bonet kereta.
"Bawak-bawak la bersabar sikit...."Mak Ungku merungut.
"Takut tak sempat, Mama..."Balas Wari.
"Entah Acik ni....kalut la.."Lisa memuncung. Dia bercekak pinggang,
memerhatikan gelagat abangnya. "Baru pukul berapa ni...sempat lagi
laa..."
"Dah Lisa...cepat masuk kereta...."Wari mengeluarkan rokok, dikepitkan
di dua bibir.

"Kejap haa..orang nak masukkan barang-barang ni laaa..."Lisa
mendengus. Dia masuk semula ke dalam rumah sambil merungut-rungut. Mak
Ungku menggeleng, sedang Wari sudah pun enak menghembus asap. Ada
sedikit kepuasan pada wajah itu. Dia mengepal-ngepal penumbuknya.
Melihat sendi jemarinya yang sedikit kemerah-merahan. Peristiwa semalam
masih jelas di ruang matanya. Saat penumbuknya jatuh bertubi-tubi di
muka Azimin. Dia sudah tidak dapat kawal diri saat itu. Kalaulah tidak
kerana Pak Amin datang menghalang, rasanya pecah muka Azimin
dikerjakannya. Walau lembam dan sengal-sengal jemarinya, tetapi dia
puas. Puas kerana akhirnya sisa kemarahannya dilepaskan kepada orang
yang sepatutnya.

Dia ingat airmata Mama yang mengalir tatkala melihat Azimin tersembam
dengan cairan darah di muka. Tersengguk-sengguk orang tua itu menahan
sebak melihat menantunya itu terkial-kial untuk bangun. Azimin yang
bersandar di dinding, mengesat darah yang keluar dari hujung hidung.
Ditatapnya Wari dengan pandangan tajam. Ada kemarahan yang tersemat,
tapi dia tidak mampu berbuat apa. Tubuhnya longlai benar. Kepalanya
berpinar dan rasa panas membuak seluruh badan. Azimin rasa bagai ingin
pitam.
"Apa yang dah jadi ni, Wari?"Terjerit Mak Ungku melihat adegan tadi.
Dia mendengar keriuhan di bawah tadi. Cepat-cepat dia panggil Lisa
untuk memapahnya turun. "Apa yang kau dah buat ni?"
Wari mendengus. Dia memandang Azimin yang terkapar. Kemudian beralih
kepada Pak Amin yang mengurut dada. Lisa di sisi Mak Ungku menekup
mulut.
"Wari...apa yang kau dah buat ni..."Mak Ungku tersedu. Baru berapa
hari Maria meninggal, keadaan dah menjadi kucar kacir.
"Mama jangan tanya saya, tanya jantan ni!"Wari mendengus.Dia menghela
nafas panjang. Tenaganya banyak terbuang tadi.
"Kenapa Azimin...Wari..kenapa gaduh macam ni..?'

Azimin mendengus. Diseka hidungnya yang berair sekali lagi.
Terkial-kial dia ingin bangun, tetapi akhirnya kembali bersandar di
dinding. Rasa geram pada Wari begitu membuak. Tapi, apa yang boleh dia
buat. Kalau tak kerana perempuan Indon tu, tak akan dia jadi begini.
Kurang ajar Kartini!
"Saya dah tahu Mama...."Wari bersuara keras. Mak Ungku mendongak,
menatap wajah Wari yang basah. "Saya tahu kenapa Siti tak nak kawin
dengan jantan ni.."
"Wari..kenapa cakap kurang ajar macam tu..."
"Memang patut Ma!"Wari jerit kecil. "Jantan ni la yang menyebabkan Kak
Mar terseksa, sampai meninggal dibuatnya.."
"Astagfirullah al azim.....apa yang Wari cakap ni?"Mak Ungku menolak
kerusi rodanya.
"Saya tak nak cakap!"Wari masuk ke dapur, datang kembali sambil
menarik tangan Kartini. Kartini yang teresak sambil menutup muka."Biar
perempuan ni yang cakap!"

Mak Ungku memandang Kartini penuh tanda tanya. Lisa di sebelah juga
sedikit terkejut. Apa kaitan perkara ini dengan Kartini? Kenapa Kartini
menangis begitu?

"Biar dia yang bagitahu.."Wari menarik kerusi, duduk dengan nafas
mengah. Dia memandang Kartini, menanti wanita itu membuka mulut.
Kartini masih tersedu. Sudah banyak airmatanya yang keluar mungkin. Dia
melihat semua kejadian tadi. Dia melihat Azimin yang dipukul
bertubi-tubi. Dia tidak sangka Wari akan naik berang begitu.

"Kartini, cakaplah apa yang awak cakap pada saya pagi tadi.."Suara
Wari mengendur. Dadanya kembali tenang kini. Kartini mengangkat muka.
Matanya yang merah berair memandang Wari. Kemudian kepada Mak Ungku.
Bila beralih kepada Azimin, dia mencebik dan manik jernih meluncur lagi.

"Saya....saya...sama Azimin.."Dia teragak-agak. Tidak berani dia
memandang Mak Ungku.
"Kenapa kamu dan Azimin?"Mak Ungku tidak sabar.
"Azimin.... sama saya!"Kartini menekup muka. Azimin gelisah. Kalau
boleh ingin saja dia menampar mulut Kartini. Tidak pandai simpan rahsia!
"Maksud kamu?"
"Kami....berselingkuh!"Mak Ungku terdiam. Matanya saja yang
terkebil-kebil memandang Kartini.
"Sudah lama...sejak Azimin pindah ke mari. Saya sama sekali tidak
keberatan bu!.."
"Astagfirullah al azim...."Mak Ungku tersandar di kerusi roda. Dia
mengurut-mengurut dadanya. Wajahnya sebak, sambil menggeleng kepala dia
memandang Azimin yang menunduk.
"Ya Allah Azimin...."Mak Ungku menyeka matanya yang berair. Tak
disangka menantu yang paling diharap, yang selama ini bersopan, melayan
Maria dengan penuh kasih sayang, rupanya berbeza perangai di belakang.
Sukar bagi dia untuk mempercayai.
"Kenapa selama ini kamu berdiam. Kenapa sekarang baru kamu ceritakan?
Kerana Maria sudah meninggal?"Mak Ungku sedikit kesal.
"Tidak.."Kartini menggeleng. "Saya takut bu...saya sangka Azimin akan
menikahi saya....tapi dia nggak mau...saya takut...lagi pula saya
sudah......"
"Sudah apa?"
"Saya sudah hamil, bu!"Kartini mula menangis lagi."Saya mahu Azimin
nikahi saya...tapi dia nggak mahu....maka saya nekad beritahu
Wari...saya tahu dia cinta sama Siti. Siti tak bersalah bu!" Azimin
bangun serta merta. Wajahnya memerah.

"Mama jangan percaya cakap dia ni Ma, dia tak mengandung!!"Azimin
bersuara keras.
"Benar bu, saya sudah 2 bulan tidak datang bulan...saya
takut..."Kartini melutut depan Mak Ungku. Dia teresak-esak di situ.
"Masa buat, kamu tak takut?"Jengil Mak Ungku. Semakin kuat esakan
Kartini.
"Saya salah bu..ampunkan saya..."Suaranya tenggelam timbul. Azimin
menghampiri Kartini.Cuba menarik tangan wanita itu. Kartini mengesot ke
arah Mak Ungku.
"Azimin..."Mak Ungku bersuara. "Betul apa yang Kartini cakap?

Azimin diam. Dia menunduk, wajah penuh kekeruhan. Tapi untuk
menafikan, dia tidak punya alasan. Sedangkan Siti sendiri telah
menyaksikan kecurangannya. Dan Maria juga telah mengetahuinya.
Ahhh..Maria mati kerana dia. Dia yang menyeksa hidup isterinya itu.
Tapi dia sendiri tidak mampu mengawal dirinya. Kartini terlalu
menggodanya. Tidak perlu banyak rintangan atau wang, Kartini sendiri
rela menyerahkan. Dan dia yang telah lama kehausan, sukar untuk
menolaknya. Dia perlu melampiaskan keinginan batinnya. Dia tahu dengan
Siti dia tidak akan peroleh itu. Siti gadis yang baik dan dia ingin
mengahwininya. Tapi dalam masa yang sama dia tidak dapat menghindari
Kartini. Dia memang kecewa kerana Siti telah melihat perbuatannya, dan
akhirnya dia kehilangan gadis itu.

"Azimin....., Mama nak kamu bertanggungjawab atas perkara ini. Kamu
mesti nikah dengan Kartini. Kerana dia sedang mengandungkan anak kamu.
Mama memang kecewa sekali dengan sikap kamu ni. Kamu curang pada
Maria!"Mak Ungku terhenti. Cuba mengawal nada suaranya. "Mama masih
boleh terima kamu kerana kamu bapa kepada cucu-cucu Mama. Kalau tidak
kerana Didi dan Fifi, Mama dah halau kamu....."
"Ma...."Azimin mengeluh.

Wari puas hati. Dia sudah tahu kini, kenapa Azimin hanya berdiam diri
bila Siti lari. Dia tidak langsung mengambil tindakan apa-apa. Kerana
semuanya berpunca dari dirinya sendiri. Mana mungkin dia boleh memaksa
Siti mengahwininya sedangkan dia manusia kotor. Yang hanya memuaskan
nafsu sendiri. Tak mungkin Siti menjadi milik orang seperti itu. Wari
percaya, Siti sengaja tidak mahu menghebahkannya. Dia tidak mahu
menjatuhkan maruah Azimin. Tapi kenapa? Kenapa Siti tidak berterus
terang kepada mereka. Kenapa sanggup menerima kemarahan orang lain
semata-mata untuk melindungi manusia yang tidak berhati perut seperti
Azimin? Atau hati gadis itu terlalu lembut sampai tidak sanggup
melukakan hati orang lain? Kecewakah Siti bila mengetahui sikap sebenar
Azimin?

Ahh...pastinya Siti lebih kecewa lagi dengan sikap aku ini. Yang
membuta tuli menuduh dan memarahinya. Menyalahkan dia atas kematian
Maria. Ah, Siti, maafkan aku...kerana berkasar denganmu. Kalaulah aku
dapat temui kau sekarang juga...

"Acik, acik! cepatlah!"Didi dan Fifi menjerit dari dalam kereta.
Rimas mereka menunggu dari tadi. Wari tergegau. Rokok di tangan di
baling ke tanah lalu ditenyeh dengan kasut. Dia memandang ke pintu yang
masih terbuka. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta. Bayang Siti
menerjah mindanya. Tak sabar hendak menemui dia! Wari senyum dalam hati.


***********************************************
Siti sudah membaringkan tubuhnya di atas tilam. Dia bergolek ke kanan.
Shidah masih belum kelihatan. Rasanya Shidah masih menonton tv kerana
malam masih awal lagi. Belum pun jam sepuluh. Tapi Siti tidak larat
lagi melayan matanya. Fikirannya kusut. Dia terkenangkan esok hari,
yang terpaksa dia lalui. Bagaimanakah keadaannya nanti? Berjalan
lancarkan segalanya. Bagaimanakah tanggapan orang ramai terhadap
keluarganya? Akan terkeluarkah kata-kata cemuhan atau tohmahan-tohmahan
liar atas pembatalan pernikahan itu?Dan sanggupkah keluarganya
menghadapi semua itu?

Ahhhh...bapanya pun silap. Kenapa mesti diteruskan juga majlis
tersebut. Batalkan saja dan mereka boleh lari ke Kuala Lumpur esok
hari. Bila keadaan reda nanti, mereka boleh kembali lagi. Tak payahlah
mereka menjawab setiap pertanyaan nanti. Tapi, bapak orang lama di
kampung ini. Tak patut dia lepas tangan begitu. Lagipun bukan salah
bapak. Bukan kehendak keluarganya. Mereka mangsa keadaan, kalaupun
bukan mangsa Azimin yang menconteng arang. Sampai hati Azimin bersikap
dusta begitu. Kenapa dia tidak berterus terang tentang perbuatannya
dengan Kartini dulu-dulu. Kenapa mesti bersetuju berkahwin sedangkan
nafsunya untuk orang lain. Sia-sia pengorbanannya selama ini.
Mengorbankan kasihnya pada Wari untuk memenuhi permintaan orang lain.
Memenuhi hasrat Maria. Dan Maria sendiri tidak sempat menyaksikan hasil
pengorbanannya itu. Benarkah Maria meninggal kerana perbuatannnya?
Ahh....tak mungkin!

Siti menarik selimut menutupi sebahagian tubuh. Dia merenung zink
rumah yang ada lubang-lubang halus. Sudah ada yang berkarat, dan sawang
putih memenuhi kayu bestos yang dijadikan alang rumah. Sama seperti
zink rumahnya. Dan orang-orang kampung yang lain. Jauh bezanya dengan
rumah-rumah di bandar sana. Terutama rumah Mak Ungku.Ahhh...rumah besar
itu, tidak akan dijejaki lagi. Tidak akan dilihat lagi taman bunga yang
redup itu, air kolam yang merenek di bawah pancaran mentari, silingnya
yang berukiran halus, dan manusia-manusia yang mendiaminya. Rindunya
pada mereka masih berbekas. Pada Lisa yang keletah, pada Fifi dan Didi
yang nakal, pada Mak Ungku yang baik hati dan....pada lelaki itu!
Biarlah apa pun tanggapan mereka terhadap dirinya, dia akan tetap rindu
pada mereka.

Siti mendengar derap langkah di luar sana. Dia menoleh ke arah pintu
yang tidak tertutup, hanya dibatasi dengan langsir. Shidah terjengul,
wajah agak cemas.

"Siti, jom turun bawah jap!"Shidah berdiri tepi pintu.
"Ada apa?"
"Mak kau ada kat bawah tu.."
"Hah?"Siti bangun serta merta. Dia bergegas turun dari katil.
"Mak aku? ada apa dia datang. Aku cakap tadi kalau ada apa-apa hal
telefon aje..."Gerutu Siti. Risau juga dia dalam hati. Mesti ada
kecemasan. ataupun dia perlu pulang ke rumah semula.
"Aku pun terkejut tengok mak kau datang tadi. Mak aku pun tak balik
lagi dari rumah kau...."Mereka menuruni tangga. Siti menerjah ke
beranda rumah. Dia melihat emaknya ada di situ. Bapanya pun ada sekali.
Hati Siti jadi berdebar.
"Mak?"Sapa Siti, mendapatkan Mak Jah. Pandangannya beralih ke laman
rumah. Sebuah kereta tersergam di situ, dan Siti kenal benar kereta itu.
"Kak Siti!"Didi dan Fifi menerpa ke arah Siti. Siti terkejut. Dia
tegak berdiri memandang Didi dan Fifi yang berlari ke arahnya.
Anak-anak kecil itu memaut pinggangnya erat. Siti gamam.
"Kak Siti, naper tak balik umah kita lagi?"Didi mendongak, menggoncang
tangan Siti. Siti terharu. Dia rasa seperti ingin menangis. Diusapnya
kepala Didi.
"Kak Siti tak boleh balik sana. Rumah Kak Siti kat sini..."Balas Siti
perlahan. Dia menjeling ke dalam kereta. Mak Ungku sudah turun, sambil
dipimpin Lisa. Dan lelaki yang duduk di bahagian pemandu itu, sedang
merenung tajam ke arahnya. Siti cepat-cepat alih pandangan.
"Mak Ungku.."Siti memeluk Mak Ungku. Dan Siti rasakan Mak Ungku
membalasnya dengan erat. Bahu Siti jadi panas. Ada cairan menitis di
bahunya. "Mak Ungku apa khabar?"
"Mak Ungku baik, Siti"Pelukan dilepaskan. Siti masih bingung dan tidak
percaya dengan kehadiran mereka. Apa yang menyebabkan mereka datang ke
sini, pada malam-malam buta begini. Adakah Azimin yang menyuruhnya?
Tapi dia tidak melihat kelibat Azimin di dalam kereta.
"Masuklah Mak Ungku...."Siti pimpin tangan Mak Ungku. Tapi Mak Ungku
tidak berganjak.
"Kenapa Mak Ungku?"Siti sedikit terkejut.
"Siti, ada orang yang benar-benar ingin berjumpa Siti...biarlah Siti
jumpa dia dulu ye...."Mak Ungku senyum."Nanti kita borak panjang.."
"Siapa?"
"Pergilah..."Mak Ungku menunjuk arah kereta. Wari baru saja menutup
pintu. Pandangannya jatuh ke wajah Siti. Siti jadi serba salah.
"Makcik masuk dalam dulu...."Mak Ungku berjalan ke dalam rumah.
Diikuti Lisa, emak dan bapanya. Tinggal Siti saja, dan Wari yang sedang
melangkah ke arahnya. Nasib baik ada Didi dan Fifi. Walaupun mereka
tidak tahu apa-apa, sekurang-kurangnya ia dapat meredakan debaran Siti.
Entah kenapa, hatinya betul-betul tidak keruan. Dia jadi takut
berhadapan dengan lelaki itu. Apalah yang hendak dia marahkan lagi.
Mungkin Wari masih beranggapan dialah penyebab kematian Maria. Kalau
itulah tujuan dia datang ke sini dia lebih sanggup tidur dari berjumpa
dengan lelaki ini.

"Siti..."Wari berhenti betul-betul di depan Siti. Degup nafasnya
bagaikan terdengar.
"Mesti Siti terkejut saya datang malam-malam begini. Maafkan
saya..."Suaranya perlahan, sedikit bergetar. Siti masih diam.
"Saya nak minta maaf pada Siti atas sikap saya tempohari. Saya
berkasar pada Siti, dan saya tahu saya tak patut buat macam tu.."Ada
nada kekesalan pada suara itu. Siti mendongak dan pandangan mereka
bertaut.
"Saya dah tahu perkara sebenar...."
"Maksud awak?"Wari menarik nafas.
"Tentang Azimin dan Kartini...."Siti sedikit terkejut.
"Bagaimana awak tahu?"
"Kartini telah ceritakan semuanya...."
"Pelik...kenapa Kartini ceritakan semua ni..."
"Mereka akan bernikah tak lama lagi...."
"Azimin dan Kartini?"Wari angguk. Ada senyuman pada bibirnya.
"Kartini minta maaf pada Siti.....dia rasa bersalah..sebab itu dia
ceritakan hal sebenar.."
"Baguslah kalau mereka akan bernikah....ada orang yang akan jaga Didi
dan Fifi...."Siti tersenyum nipis, lalu menarik sebuah kerusi. Dia
menoleh sekilas ke dalam rumah. Agak rancak perbualan Mak Ungku dan
ibubapanya. Apalah yang mereka borakkan, hati Siti tertanya-tanya.
Sengaja tinggalkan aku sorang-sorang dengan lelaki ni!

"Tapi, kalau boleh, saya nak Siti yang jaga Didi dan Fifi" Wari datang
mendekat. Duduk di hadapan Siti.
"Gila! Biarlah Kartini yang jaga. Takkan awak nak hantar Didi dan
Fifi ke kampung ni, suruh saya jaga pulak...."Siti tarik muka. Wari
tersengih.
"Tak....bukan Didi dan Fifi yang datang sini, tapi awak yang duduk kat
rumah saya.."
"Oh, awak nak saya jadi orang gaji Azimin pulak?" Siti jengil mata.

Wari tidak mampu bersabar lagi. Ditariknya tangan Siti lalu digenggam
erat. Siti terkejut, cuba menarik kembali tangannya. Takut kalau-kalau
dilihat ibubapanya.Tapi genggaman jemari Wari terasa erat, seperti
tidak mahu dilepaskan.

"Siti, saya nak awak balik semula ke KL. Tinggal bersama saya. Jadi
milik saya!"Wari dekatkan wajahnya ke wajah Siti. Siti jadi makin tidak
keruan. Mampus aku, kalau mak nampak!
"Wari, janganlah macam ni...."
"Siti, dengar sini. Saya bersalah marahkan awak hari tu. Tapi saya
rasa marah sangat sebab awak telah kecewakan saya. Awak tolak saya
semata-mata untuk puaskan hati orang lain. Saya tahu awak tak cintakan
Azimin..."
"Mana awak tahu?"
"Saya tahu cinta awak pada orang lain....."Wari menghela nafas. "Pada
saya..."
Siti terdiam. Dia menunduk.
"Jadi milik saya?"Wari mengerutkan wajahnya.
"Semuanya dah terlambat, Wari.."
"Belum...belum terlambat. Saya percaya jodoh kita ada. Awak sayangkan
saya, bukan?"Siti diam. Dia tidak tahu untuk berkata apa. Kalaulah dia
katakan semua itu benar!
"Kita nikah esok!" Siti serta merta bangun. Genggaman terlepas.
"Awak dah gila!"
"Saya tak gila Siti. Tolonglah percaya pada saya. Pada Mama, pada
Lisa, pada Didi dan Fifi. Kami semua mengharapkan kepulangan Siti. Saya
tak akan datang malam-malam begini kalau saya tak ikhlas. Saya cintakan
awak Siti!"

Siti menoleh. Pandangan mereka bertaut lama. Hati Siti jadi sebak.
Akhirnya, kau lafazkan jua!
"Saat awak terima Azimin pun, cinta saya tak pernah mati."Wari
menunduk. Walau apa cara sekalipun, dia akan dapatkan Siti. Inilah
peluangnya yang masih ada.
"Wari...."Siti cuba tenangkan dirinya. "Terima kasih kerana berterus
terang dengan saya.....saya hargainya.."
"Jadi..?"
"Saya akan fikirkan dulu..."
"Jangan hampakan saya Siti..."
"Kalau awak sanggup tunggu sampai esok?"Wari mula tersenyum. Rasa
seperti ingin dipeluknya Siti saat itu.
"Kenapa awak senyum? Saya belum habis cakap lagi. Kalau dulu Azimin
jumpa mak dan bapak saya sebab nak kawin dengan saya. Kalau awak
sanggup buat macam tu.."
"Lebih dari itu...."Wari ketawa kecil. "Tapi ada syaratnya...."
"Syarat? hai...awak yang nak, awak yang bagi syarat?"
"Sebab bukan saya seorang yang nak, awak pun nak, kan. Siti, katakan
sekali saja....."Wari mendekati Siti. Menatap wajah Siti
sungguh-sungguh. "Katakan yang awak pun sayangkan saya.."
Siti tarik nafas panjang. Hatinya berdegup kencang. Dia tidak sanggup
lafazkannya.
"Saya akan lafazkannya...."Siti tatap matanya Wari lama. "Saya akan
lafazkannya setelah awak lafazkan akad nya...."

Wari tersenyum lebar. Segala gundah dan resahnya hilang pergi. Terasa
malam yang pekat menjadi terang benderang. Dia ingin ketawa sepuas
hati. Digenggamnya jemari Siti erat. Dan Siti hanya membiarkan saja.
Biarlah. Biarlah kali ini hanya hati yang berkata 'ya'.

bsambung....

eh! Tamat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 31-05-04 10:06




Semoga terhibur...
Maaf salah silap...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

intan_montel
Warga Rasmi
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8572
Posting: 10
Dari: universiti kebangsaan malaysia

Selangor  


posticon Posting pada: 31-05-04 12:23


assalamualaikum...
crite nih best la...

Bookmark and Share

    


  Member Information For intan_montelProfil   Hantar PM kepada intan_montel   Quote dan BalasQuote

nazirah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.01.2004
Ahli No: 6301
Posting: 43
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 01-06-04 22:42




Alhamdulillah, cerita ni dah habis....
Terima kasih kak zilal.....

Ajal, maut, jodoh , pertemuan di tangan Tuhan...
Kalau sudah jodoh, tak ke mana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazirahProfil   Hantar PM kepada nazirah   Quote dan BalasQuote

ain_filzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3416
Posting: 207
Dari: bumi rantauan

brazil  


posticon Posting pada: 09-06-04 09:59




miss zilal.....! thanks! best aa citer nie......

best giler............

wassalam

-----------------
tiada puisi seindah kejujuran tiada lukisan seindah kesetiaan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_filzahProfil   Hantar PM kepada ain_filzah   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 09-06-04 15:04




w/pon bukan zilal yg ilhamkan cerpen nih..
pape pon..seronok dpt share sesuatu yg mengembiraan dgn sahabat²di ukhwah...

ain_filzah --> bile nak start karya seterusnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

dila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8134
Posting: 58

Selangor  


posticon Posting pada: 09-06-04 15:57


best best best best best best best best best best
memang menarik..
ending yg memuaskan..
puas hati baca..

tapi boleh tny dak?...bile nak samb cerpen 'calon pilihan ayah'... lamanye postpone!


Bookmark and Share

    


  Member Information For dilaProfil   Hantar PM kepada dila   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 12-06-04 09:59


......


teruskan berkarya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 26-06-04 14:59


FUISHO...BEST NYER...BUATLA CITER LAIN PLAKS....


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

pu3_solehah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9597
Posting: 136
Dari: seberang jaya

PulauPinang  


posticon Posting pada: 27-08-04 12:36


syoklah citer ni!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pu3_solehahProfil   Hantar PM kepada pu3_solehah   Pergi ke pu3_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

aimy
Warga Rasmi
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10516
Posting: 2
Dari: sri petaling

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-08-04 17:35




best lar bila ada sambungannya tak sabar nak tahu?????/


Bookmark and Share

    


  Member Information For aimyProfil   Hantar PM kepada aimy   Pergi ke aimy's Website   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 358
Posting: 542
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 02-10-04 06:22



Best betul cerita ni hehe...penggunaan ayat yang mudah dan jalan cerita menarik, mula-mula macam dah boleh tau hujung cerita tiba-tiba ada klimaks cerita lain pulak dan ada elemen kelakar, seronok betul baca... terima kasih sebab sudi kongsi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

hakima
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11033
Posting: 41
Dari: BUMI ALLAH

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 27-10-04 15:23


kawin ngan Wari ke?la..ingatkan kawin ngan huzair...kesian...
tahniah buat kak zilal w/punbkan akak pengarangnya..tapi, cerita ni best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimaProfil   Hantar PM kepada hakima   Quote dan BalasQuote

urmaniac
Warga Rasmi
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 15462
Posting: 10
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-04-05 12:30


nice to read... banyak teladan yg ader dpt kter amik... hope ader lg cter2 yg best from kak zilla .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For urmaniacProfil   Hantar PM kepada urmaniac   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-05-06 03:35


pjg nya nak baca kan......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-10-06 22:15


best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 10-10-06 13:06


wa...best gila citeni!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

emas
Warga Rasmi
Menyertai: 29.09.2006
Ahli No: 26644
Posting: 12
Dari: Kulim,Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-10-06 15:19


panjangnye..... :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For emasProfil   Hantar PM kepada emas   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.164163 saat. Lajunya....