Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 145
Ahli: 0
Jumlah: 145




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 21 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Jantungku sayang,teruskan berdenyut


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Jantungku sayang,teruskan berdenyut

Please Mendaftar To Post


Oleh Jantungku sayang,teruskan berdenyut

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-06-03 17:14


Jantung
Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.

Penyakit Jantung
Seseorang individu boleh mengidap 2 jenis penyakit jantung iaitu:

a)Penyakit jantung kongenital
Berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung.

b)Penyakit Jantung Bukan Kongenital
Terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.

Serangan Jantung
Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.

Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung.

Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.

Faktor-faktor risiko serangan jantung
* Kurang senaman/tidak aktif
* Merokok
* Pemakanan yang tidak sihat
* Kegemukan
* Diabetes
* Tekanan darah tinggi
* Tekanan perasaan (stress)

Serangan Jantung Boleh Dicegah
* Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali
* Makan secara sihat
* Kekalkan berat badan unggul
* Berhenti merokok
* Belajar menangani tekanan perasaan
* Periksa tekanan darah
* Periksa paras glukosa darah
* Awasi paras kolesterol
* Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Tanda-tanda Serangan Jantung
*Sesak nafas
*Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
*Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
* Berpeluh dingin
* Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
* Pening kepala dan berasa loya 

PESANAN: JAGALAH JANTUNG ANDA SEBELUM TERLAMBAT



-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 00:16


jantung akak darul_numan81 ni berdenyut brapa kali seminit.... nampak laju tu.... bole kene serangn jantung kalau tak dicegah dari awal....



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

kawan82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 859
Posting: 205
Dari: bumi ALLAH

iraq  


posticon Posting pada: 09-06-03 15:50


jantung kawan asyik berdenyut-denyut ajer..naper yer?

-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
<.::to act cool n to look cool is to be cool::.>

Bookmark and Share

    


  Member Information For kawan82Profil   Hantar PM kepada kawan82   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 21:36


as'kum..jantung ana akan berdenyut laju bila masuk dlm komuniti ukhwah ni. tak tahuler kenapa..

kawan82
klau jantung tak berdenyut alamatnya dah jadi arwah ler awak.. jadinya,biarkan jantung tu berdenyut. dan bersyukur ler kerana dia tetap berdenyut sampai skrg.(nikmat dari tuhan tu)
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-06-03 22:58


assalamualaikum kak darul_numan...nak tanye ni berapa frekunsi jantung kak tu....berapa tenaga yang tersimpan dalam tu...dan satu lagi..berapa kadar penyerapan infra merah yg boleh dilalui pada jantung yg sedang berdenyut2 tu..hehe gurau je ni

-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

kawan82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 859
Posting: 205
Dari: bumi ALLAH

iraq  


posticon Posting pada: 11-06-03 10:09


TAPI..ia terus berdenyut dan terus berdenyut..hihih

-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
<.::to act cool n to look cool is to be cool::.>

Bookmark and Share

    


  Member Information For kawan82Profil   Hantar PM kepada kawan82   Quote dan BalasQuote

putera_manis
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 22
Posting: 593
Dari: Segamat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-03 21:06


betullah kak darul_numan81.....bila masuk komuniti nie jantung berdenyut laju....why...don't believe ahh...

-----------------

MAta BErtENTanG,kAn tIMBul kaSIH SAyanG....
HAti berTEMU HatI,KAn laHIr rASa kaSIh.....
BiLA dAHI BERtemu SEjaDah,BAruKAN teRAsA KeBESaraN iLAhi...
KetENAngan Jua DiPerolehi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_manisProfil   Hantar PM kepada putera_manis   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-06-03 09:12


as'kum...kawan82 dan putera_manis ni dah pi jumpa doktor lum??hihihi...manalah tahu ada tanda2 sakit jantung macam yg akak sebut kat atas tu. .kenapa?tak percaya?

isa_vr4....jantung kita memang mepunyai cas elektrik.Ahli sains telah pun mengetahui bahawa pada dinding atria kanan ada satu kumpulan sel-sel saraf yang boleh berfungsi sebagai bateri untuk mengeluarkan cas-cas elektrik.

Kumpulan sel ini dipanggil nod sinus atria (SA nod). Cas elektrik yang keluar dari daari SA nod pergi ke seluruh stria kanan dan kiri dan mencetuskan gerak kontraksi atria-atria tersebut.
wassalam



-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-06-03 09:17


Tahukah kamu, kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur berdengkur mempunyai risiko tinggi diserang penyakit jantung
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-06-03 12:45


Quote:

On 2003-06-23 09:17, darul_numan81 wrote:
Tahukah kamu, kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur berdengkur mempunyai risiko tinggi diserang penyakit jantung
wassalam



ada cara ke kita nak tahu kita tidur berdengkur atau tak????

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-03 17:41


as'kum...senang jer akhi izdham klau nak tahu. hihihi...erm..klau tido di waktu mlm kan.. jgn tido berseorangan..mesti berteman. esok pagi..tanyalah orang tu samada dia dengar tak bunyi dengkuran kita. klau tak dengar...alhamdulillah.. klau dengar.. baik kita cari penawarnyer...
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-06-03 18:38


erm... macam mana tu kak darul_numan81, org yang tidur berdengkur boleh diserang sakit jantung...



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

azygos
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 61
Posting: 56
Dari: RCMP

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-03 15:59


alahai darul_numan81...
macamana la kawan tu nak tau kalau kawan tu gak berdengkur je kejenye...
lagi² kalau yg jenis tido mati
payah la macam nie

Bookmark and Share

    


  Member Information For azygosProfil   Hantar PM kepada azygos   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 02-07-03 20:32


kak numan nie banyak betul info kesihatan..kak numan doktor ker???
best la..ehhe..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-03 21:52


Quote:

On 2003-06-24 12:45, izdham wrote:
ada cara ke kita nak tahu kita tidur berdengkur atau tak?


as'kum..Orang yang mendengkur biasanya sering terbangun di malam hari. Keadaan seperti itu tentu saja menyebabkan kesan buruk pada kesihatan , kerana tidak mempunyai kesempatan untuk beristirehat dengan baik. Selain itu badan mudah rasa lemah dan mengantuk sepanjang hari.

Orang yang gemuk dengan leher pendek biasanya tidurnya berdengkur kerana terdapat pengumpulan lemak yang menghalang saluran pernafasannya. Orang kurus pun boleh berdengkur terutama jika ditemui kelainan seperti sinusitis atau mempunyai kelainan dari segi warisan.

p/s:azygos... kita tape/rekod lah sebelum tido tu..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-03 22:11


Quote:

On 2003-06-26 18:38, doktor_kampung wrote:
macam mana tu kak darul_numan81, org yang tidur berdengkur boleh diserang sakit jantung...


as'kum... berdengkur boleh dibahagikan kepada 4 fasa..

Pertama,dengkuran ringan yang hanya terjadi bila seseorang tidur secara terlentang, tidak disertai nafas terhenti dan tidak mengantuk di siang hari.

Kedua, dengkuran yang berlaku pada semua posisi tidur, tanpa henti nafas dan tidak mengantuk siang hari.

Ketiga, dengkuran yang melibatkan nafas terhenti seketika dan mengantuk di siang hari.

Yang keempat adalah OSA (Obstructive Sleep Apnea) iaitu berdengkur dan nafas terhenti sehingga salur pernafasan tertutup rapat.

Orang yang mengalami OSA, ketika dengkurannya berhenti, sekaligus nafasnya juga terhenti. bermakna saluran nafasnya sudah tertutup rapat, sehingga orang tersebut kelemasan dalam tidurnya. keadaan ini amat bahaya, mengakibatkan pengaliran oksigen ke otak berkurangan dan tekanan darah pun meningkat. Dalam keadaan seperti inilah boleh terkena serangan jantung ataupun stroke.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 03-07-03 00:30


ishk... kesian kan org yg tidor b'dengur tue... darul_numan81, Ooo... mmg betul la jantung kiter ader cas elektrik... patutlaa ader ajntung yg pakai bateri(lemah jantung).. awak nie t'masuk laa dlm unit patologi kan? masa kes SARS.. org yg demam semuanyer kena check darah kat unit patologi.. kenapa dan mengapa? adakah ianya juga boleh d'kesan melalui darah...? time tue... x jumpa lak dr.darul_numan81 nie... kalau x mcm2 kena tanya...

-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-07-03 13:04


Quote:

On 2003-07-03 00:30, akuzakie wrote:
masa kes SARS.. org yg demam semuanyer kena check darah kat unit patologi.. kenapa dan mengapa? adakah ianya juga boleh d'kesan melalui darah...?


as'kum...kita tak boleh kesan kuman tu tp kehadirannya dpt dikesan dengan kehadiran antibody badan kita yg bertindakbalas terhadap kuman tu..apabila kita demam,ini menandakan ada tindakbalas antara antigen asing(kuman/bakteria/virus/parasite) dengan antibody badan kita. Ada lima jenis imunoglobulin, iaitu IgA, IgM, IgD, IgE, dan IgG dengan fungsi masing-masing. Antibody ini akan dilepaskan dlm darah bila terdapat infeksi. Jadinya tujuan darah diambil adalah untuk menentukan jenis antibody mana yg telah dihasilkan. seterusnya ujian yg specific lagi akan dilakukan.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 04-07-03 01:40


OOooo... gitu.. trimas2.. nak kena belanje kerr? nanti saya tanya lagi.. yg susah2 sikit...

-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 22:23


jagalah pemakanan kita..
jaga jugak stamina diri..

mutakhir ini, ramai yang mati mengejut disebabkan serangan jantung!

apapun-ajal maut di tangan Allah..mari sama-sama banyakkan amalan~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 22:34


Kenapa ye bila saya masuk ukhwah dan lihat akan nick si dia jantung saya seakan-akan laju berdenyut??

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

arfah_razali
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.09.2008
Ahli No: 34855
Posting: 31
Dari: selangor

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 30-11-08 01:22


syukur alhamdulillah masih sihat lagi sekarang...
nikmat kesihatan dan kelapangan yang penting...
alhamdulillah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For arfah_razaliProfil   Hantar PM kepada arfah_razali   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124397 saat. Lajunya....