Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 222
Ahli: 0
Jumlah: 222




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: "ISA"...........


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» "ISA"...........

Please Mendaftar To Post


Oleh "ISA"...........

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-03-04 22:53


ASSALAMULAIKUM WBT..
SALAM UKHWAH BUAT SEMUA..MESTI SEMUA KENAL DENGAN "ISA"??..KENAPA ZALAIM SANGAT KERAJAAN TU..SANGGUP LIHAT ORG YANG TAK BERSALAH TERANIAYA...BUKAN KERAJAAN KITALAH..KITA PUNYA BAIK2 SEMUANYA.....TAPI HAMPEH...
ANTUM SEMUA TAHUKAN ISU DI MANA TAHANAN SEMUANYA SEDANG MENGADAKAN MOGOK LAPAR DI KEMUNTING...SAYA AMAT2 SEDIH SEBAB SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA..USTAZ SAYA....KENAPE MEREKA DI TAMBAH LAGI 2 TAHUN???YA AKHI KENAPE..???

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-03-04 11:11


hehehe..
jgn salah faham adik kakak....
ISA tu spesis undang2...
bukan ISA-vr4 tau...
heehe....

inilah yg jadinya apabila pemerintah tdk mahukan islam.sudahlah menggunakan undang2 yg tdk islam malah ditangkap pula golongan2 islam.
seperkara mengenai ISA ini,ia adalah undang2 yg tdk memerlukan perbicaraan utk memenjarakan tertuduh.Ianya seolah2 memberikan sesebuah kerajaan itu advantage utk mensabotaj sesiapa yg tdk disukainya.
Kita lihat pada tahun 70'an,ISA digunakan utk menahan aktivis pelajar yg melancarkan mogok dan demontrasi.
pada tahun 1987 percakaran diantara 2 komponen BN yakni UMNO dan MCA hingga menyebabkan mereka hampir berpecah.Tetapi yg dikenakan ISA adalah berisan ahli politik pembangkang.
selepas itu pemimpin muda keadilan dituduh mahu melancarkan perang terhadap YDP AGUNG.
dikenakan ISA.Barisan profiesional negara yg berjaya tetapi lebih menjurus kepada gerakan islam ditahan ISA kerana dituduh menganggotai pertubuhan pengganas yg bertukar 2 kali namanya.
kemudian yg terakhir ini adalah barisan pelajar muda yg berjihad dipakistan ditahan ISA kerana mereka mengenali seorg pembuat bom.
mereka semua ini ditahan tanpa bicara.
semuanya merengkok dipisahkan drpd keluarga dan anak2.Mereka ini semuanya ditahan tanpa bukti.
akan tetapi ALLAH itu MAHA KAYA.
PAK LAH YG MENJAGA KDN TELAH DIUJI ALLAH DENGAN KES ANAKNYA.
AKAN TETAPI PAKLAH LEBIH MENYAYANGI ANAKNYA DRPD TANGGUNGJAWAPNYA.
DIAKHIRAT NANTI JAWAPLAH OLEH MU PAKLAH KEPADA YG MAHA ADIL.

p/s..jgn bicara soal islam paklah jika kamu terus menganiayai org lain...

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 09-03-04 11:56


Betul tu perkara yg zalim kita kena tentang atau lawan. Ianya bukan untuk keselamatan negara, tetapi untuk keselamatan pihak wewenang(berkuasa). HAPUSKAN ISA.

Ramai org tak berslah kena tangkap yg heran tu lain yg buat hal lain yang kena macam Operasi Lalang 87, dan 98.

MENDOKONG KEPIMPINAN ILAHI

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 09-03-04 11:59


Betul tu perkara yg zalim kita kena tentang atau lawan. Ianya bukan untuk keselamatan negara, tetapi untuk keselamatan pihak wewenang(berkuasa). HAPUSKAN ISA.

Ramai org tak berslah kena tangkap yg heran tu lain yg buat hal lain yang kena macam Operasi Lalang 87, dan 98.

MENDOKONG KEPIMPINAN ILAHI

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 09-03-04 11:59


Betul tu perkara yg zalim kita kena tentang atau lawan. Ianya bukan untuk keselamatan negara, tetapi untuk keselamatan pihak wewenang(berkuasa). HAPUSKAN ISA.

Ramai org tak berslah kena tangkap yg heran tu lain yg buat hal lain yang kena macam Operasi Lalang 87, dan 98.

MENDOKONG KEPIMPINAN ILAHI

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

farah_caesura
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.01.2004
Ahli No: 6416
Posting: 100
Dari: Jalan Bukit Pantai, Bangsar KL

uk  


posticon Posting pada: 09-03-04 13:07



ye ke ...

laaa ... kalau dh salah tu tetap la salah walaupun org Islam ... isk isk ...

kecoh2 benda yg tak betul ...

contohnya sesape yg UNdi pas boleh terus masuk syurga ....

seram aku dengar! hihihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_caesuraProfil   Hantar PM kepada farah_caesura   Pergi ke farah_caesura's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 09-03-04 13:28


Apa yg betul dan apa yg tak betul. Memang ISA tu zalim. Cuba baca buku tulisan Zabidi Muhammad "Tersungkur di Pintu Syurga" ataupun "Dua Wajah" karangan Syed Husin Ali bekas ahli akademik yg kini menjadi Timbalan Presiden (Penaja) Parti Keadlian Rakyat Malaysia.

Tetapi harapan saya pada semua pihak untuk mengahapuskan ISA perlukan kerjasama yg utuh. Teringat kata-kata Mat Sabu "Kalau PAS juga mengamalkan ISA, selepas memerintah imaka akulah orang yg pertama menentang perkara itu"

ISA terang-terangan bertentangan dengan hak Asasi manusia menurut mana perspektif tak kira dari barat ker, Islam ker semuanya zalim. Malaysia dah menandatangani konvesyen Geneva(perjanjian mengenai hak asasi manusia) jadi apakah ia telah melanggar perjanjian. Saya beretuju dengan ISa sekiranya matlamat asal ISA di kekalkan tetapi biarlah ada nilai kemanusian.Jangan main tangkap saja. INGAT MANUSIA INI MACAM ANAK AYAM,BOLEH SUKA-SUKA TANGKAP.

Hanya tiga negara sahaja yg mengamalkan akta yg lebih kurang ISA iaitu Malaysia,Singapura dan Israel.

Harapan kepada PAk Lah semoga dengan cadangan untuk melakukan perubahan terutamnya ddalam hak aasi manusia cepat dilakukan dan kalau boleh di luluskan pada persidangan Parlimen yg pertama selepas pilihanraya ke 11.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 09-03-04 13:34


Yang terbaru saya dengar Amerika juga sudah ada ISA namanya:

Anser.Org - US punya Homeland security services website. (kira macam kita punya ISA lar..kan?)
ANSER - Advancing National Strategy and Enabling Result.
jadi dia punya website : www.anser.org

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 09-03-04 14:02




mmmmmm....ISA klu sebut mcm nama org. tup2 pusat tahanan kesian UST sy Ust Badrul Amin
kelmarin mlm bila dgr berita rasa nak tergelak plak bila PM ckp Malaysia amalkan "DEMOKRASI SEBENAR" klu benar2 amalkan demokrasi pasti ISA tu tak ade.....



Bookmark and Share

    


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 09-03-04 21:28


ISA mmg tak patut.....melanggar hak asasi manusia....nak buat sewenang-wenang jer....demokrasi? yeahhh right!!!....blom masuk citer undi tipu...ngehngehhh....demokrasi!!!....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 13:47


hehhehe..
peringatan utk yg menyokong ISA...

Katakan lah ayah anda Farah kerap ke masjid mendengar tazkirah dan kuliah.Tiba2 esok masjid itu terus diserang oleh Polis dan Ayah anda dikenakan ISA kerana dituduh terlibat dengan kumpulan pelampau.
dalam masa 60 hari anda tdk dpt berjumpa dengannya.dalam masa itu juga ayah anda akan terus diseksa mentalnya.
Malah ada ketikanya tdk dibenarkan utk bersolaat.
selepas tempoh itu ayah anda terus dihantar ke KAMUNTING.disana ayah anda dilarang berjumpa dengan peguam.hanya keluarga yg dpt bertemu,itu pun sekejab.dalam tempoh 2 tahun itu ayah anda dpt membuktikan dirinya tdk bersalah.Dan pihak berwajib yg menahannya pula langsung tdk membuktikan kesalahannya.
Jadi farah...apa perasaan awk ketika itu...
hanya anak yg tdk mengenang budi dan tak tahu diuntung sahaja yg lngsung takde perasaan marah dan geram jika ayahnya diperlakukan sedemikian.
jadi adakah logiknya lagi ISA tu pada pandangan awk duhai FARAH_CAESURA..

p/s...islam itu cukup sempurna..
hanya yg dilaknak akan melaknati islam.

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 13:54


BETUL isa itu zalim saya pernah terdengar bahawa samapi tahanan menjadi gila dan anaknya hampir gila memikirkan perkara tersebut.

KEPADA MEREKA YG MENYOKONG ISA, BANYAK LAGI AKTA-AKTA YANG BOLEH ANDA SOKONG MCM COMPANY ACT 1965, RBA 1956, ETC(kuang......kuang..kuang)

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 13:56


macam tu la kalau manusia tak perihatin terhadap orang islam lain....mereka kadang-kadang anggap bahawa semua yang ditangkap ISA adalah orang yang betul-betul bersalah...kalau nak bercakap tu..pikir dahulu...kalau tak kena batang hidung sendiri, memang sedap apabila bercakap...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 14:05


BETUL TU. SATU CONTOH YG AGAK KONTERVARSI IALAH ANWAR IBRAHIM. KETIKA DALAM UMNO TAK PULA DIA BERUSAHA UNTUK MEMANSUHKAN ATAUPUN PALING TIDAK USULKAN UINTUK MERUBAH ISA ESPNYA KETIKA MENGKAP TAHANAN TANPA BICARA. TETAPI LEPAS KENA TANGKAP TERUS MINTA SUPAYA DIMANSUHKAN ISA TU. TETAPI BAGUSLAH SBB DIA SEDAR BAHAYA ISA DLM HAK ASASI MANUSIA

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 17:36


dear farah,
saya rase enti tak tahu ni..ape jenis ISA tu...mcm mane rasenye org2 yang merengkok di dalamnya..saya anak murid kepada yang di tuduh ketua kumpulan mujahidin malaysia..usrat nik adli..nak akte dia ni pengganas ape buktinya??dia pergi berjihad di afghanistan menentang puak komunis rusia..ni ke yang di aktekan pengganas??dia berperang di sana atas dasar islam menentang puak2 kafir harbi....tu salah ke?saya mase di PULAU MELAKA..dia mengajar saya erti displin..erti menjaga masa..dia guru saya..yang boleh di katakan terbaik..kenap tiba2 tuduhan sebegitu hebat di timpakan keatasnya??adekah kerana dia anak MB?saya rase mungkin kerajaan menganaggap salah bagi org nmak pergoi berjihad menentang musuah ALLah...nah sekarang..lihatlah..mereka sanggup berlapar bagi mendapatkan hak2 mereka yang di cabuli..itu salah ke?ana harap..saudari farah..dapat renungkan sendiri kalau ianya terjadi pada keluarga farah..ape yang akan farah rase??wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-03-04 12:16


utk adik farah ...
bacalah luahan hati isteri tahanan ISA ini..

Kami rela bawa pulang jenazah suami kami - Isteri tahanan ISA

Monday, March 08 @ 15:03:09 MYT


Oleh Yusoff Ariffin
KAMUNTING, 8 Mac (Hrkh)- Dua lagi tahanan ISA yang mogok lapar semakin kritikal menjadikan jumlahnya meningkat kepada tujuh orang.

Demikian menurut salah seorang isteri tahanan iaitu Puan Solehah Husin, 31 yang ditemui di hadapan pintu masuk Kem Tahanan Kamunting (Kemta) tengahari semalam.

Katanya mereka yang kritikal sehingga hari ini ialah Haji Morad Haji Hassan, Mohd. Azian Abdul Rahman Nazri, Ustaz Mohd. Lutfi Ariffin, Solehan Kasim, Zainon Ismail, Tajudin Bakar dan Nik Adli Dato' Nik Abdul Aziz.

Beliau yang baru keluar dari melawat suaminya Haji Morad memberitahu, di antara tujuh orang tersebut dua tahanan yang paling kritikal ialah Ustaz Mohd. Lutfi dan Nik Adli.


Hindun, salah seorang isteri tahanan membawa bunga untuk suaminya.

Katanya ketika berada di dalam kem tersebut, beliau melihat Nik Adli dalam keadaan yang amat tidak bermaya sedang dibawa dengan kerusi roda ke dalam sebuah van bercermin gelap milik Kemta yang sedang menunggu tidak jauh daripada tempat perjumpaan tahanan.

Sementara itu Puan Hindun Haji Ali 26, yang turut menziarahi suaminya Mohd. Azian memberitahu bahawa suaminya bersama seorang lagi tahanan iaitu Zainon Ismail telah membuat satu repot polis akibat berlaku pendarahan yang terlalu banyak pada pergelangan tangan ekoran dari kegagalan pembantu perubatan memasukkan air ke dalam badan dengan baik.

Sehubungan kedua-dua isteri mangsa ISA tersebut amat kesal kerana pihak Kemta tidak membenarkan suami mereka dirawat di hospital tetapi hanya dirawat oleh pembantu perubatan di dalam kem tersebut.

Saya bukan Abdullah Badawi

“Saya bukan Mahathir, Bukan Dollah Badawi,” kata Ustaz Md. Lutfi Ariffin kepada pihak Kemta ketika dipujuk supaya makan dan minum pada hari ke enam mengadakan mogok lapar.

Alasan yang diberikan oleh Ustaz Md. Lutfi ialah beliau rasa amat malu untuk menjamah makanan dan minuman sedangkan lima belas lagi rakannya sedang mogok lapar.

“Kalau Dr Mahathir atau Dollah Badawi bolehlah, mereka sanggup makan dan minum dengan mewah, sedangkan ramai rakyat masih derita, saya bukan orang macam itu," demikian diberitahu oleh Puan Puan Solehah Husin kepada Harakahsepertimana yang diceritakan oleh suaminya Haji Morad ketika beliau melawat suaminya tengahari tadi.

Tahanan Tetap Tabah Tuntut Pembebasan

Puan Solehah memberitahu, semua 16 orang tahanan tetap tabah dan akan meneruskan mogok lapar bagi menuntut kebebasan mereka setelah terus ditahan tanpa bicara di Kemta.

Katanya, walaupun tujuh orang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal, tidak bermaya, tidak mampu berjalan namun perjuangan itu akan diteruskan sehingga mereka dibebaskan atau menghembus nafas yang terakhir di dalam Kemta.

Kami akan tunggu di Kemta sehingga suami bebas atau mati

Lima orang isteri tahanan yang sedang mogok lapar akan terus menunggu setiap hari di Kemta sehingga suami mereka dibebaskan oleh kerajaan BN atau mati akibat mogok tersebut.


Shuhaini...sedih.

Mereka ialah Puan Shuhaini Othman 27 isteri kepada Ustaz Khairudin Saad, Puan Solehah Husin 31 isteri kepada Haji Morad Haji Hassan, Puan Nur Saadah Saad 26 isteri kepada Ustaz Abu Bakar Che Doi, Puan Maznah Hashim, 25 isteri kepada Asfawani Abdullah dan Hindun Haji Ali 26 isteri kepada Mohd. Azian Abdul Rahman.

Mereka yang mula datang ke Kemta pada 1 Mac lalu iaitu pada hari mogok lapar dilakukan oleh tahanan memberitahu, oleh kerana pihak Kemta hanya membenarkan mereka membuat lawatan sekali seminggu walaupun dalam keadaan suami mereka sedang tenat, mereka akan berada di sekitar pintu masuk utama Kemta.

“Walaupun kami tidak boleh berjumpa dengan suami kami setiap hari bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri ketika suami sedang tenat, kami akan berada di sini sehingga suami kami dibebaskan atau menunggu mayat suami kami diusung keluar daripada Kemta ini,” kata Puan Solehah.

Puan Shuhaini pula berkata “saya akan tunggu suami saya di sini. Ini adalah perjuangan saya untuk membebaskan suami saya. Saya tinggalkan ketiga-tiga anak saya di kampung untuk menuntut suami saya dibebaskan.

"Saya tidak sanggup lagi mendengar rintihan anak-anak saya terutamanya Abdullah Azam yang berumur dua tahun 6 bulan yang mahu mendapat kasih sayang ayahnya, anak saya itu pula sedang sakit dan pernah masuk ICU kerana asma”.

Puan Maznah Hashim 25 juga bertekad bersama-sama rakan-rakannya untuk berjuang dengan cara mereka bagi membebaskan suami yang ditahan tanpa bicara.

Beliau yang turut membawa kedua-dua anaknya iaitu Sayyidatul Fauza 5 tahun dan Nur Khashifa Huda 3 tahun 6 bulan berkata “Saya dan anak-anak ini akan berada di sini untuk menunggu suami.

"Kalau tidak dapat pulang bersama suami tercinta pun, sekurang-kurangnya kami dapat membawa balik mayat mereka”.

Puan Nur Saadah Saad, 26, berkata, “saya redho dengan keputusan suami saya. Ini saja yang dapat saya lakukan sebagai usaha terakhir untuk berjuang membebaskan suami setelah usaha lain tidak dilayan oleh kerajaan, kalau betul suami kami bersalah, bawalah ke mahkamah”.

Selepas nikah 3 hari, suami saya ditahan

Puan Hindun Haji Ali, 26, yang hanya sempat bersama suaminya tiga hari sahaja selepas berkahwin memberitahu “saya belum pun sempat mengenali suami saya, belum pun sempat mendapat belaian kasih dari suami kerana suami saya ditahan pada hari ketiga kami bernikah.

" Apa pun saya tetap bersama-sama kawan-kawan saya berjuang untuk membebaskan suami saya”.

Mengundi

Namun begitu kelima-lima mereka akan pulang sekejap ke Kedah pada 21 Mac ini untuk membuang undi sebagai menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara.

“Kami akan balik mengundi, lepas itu akan mai balik ke Kemta,” kata Puan Solehah.

Kami diugut oleh SB

Puan Shuhaini Othman memberitahu beliau pernah diugut oleh seorang pegawai polis di Kedah untuk meminta pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melanjutkan tempoh tahanan suaminya di Kemta sekiranya beliau terus menghubungi pegawai tersebut sebagai salah satu ikhtiar bagi membebaskan suaminya.

Katanya, pegawai polis tersebut memberikan nombor talipon meminta beliau menghubunginya sekiranya ada apa-apa masalah berhubung dengan penahanan tersebut.

“SB tu bagi nombor talipon minta saya taliponnya kalau ada apa-apa masalah mengenai penahanan suami saya. Jadi saya pun talipon untuk minta rekomen SB itu untuk bebaskan suami saya kerana anak saya sakit teruk.

"Tapi dia (SB) tu kata kalau saya terus dok kacau dia, dia akan suruh KDN tambah tempoh tahanan suami saya”. - zs

p/s...bayangkan...jika adik ditempat beliau..

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 11-03-04 13:40


emmm..

cuba lihat dan fikir dengan menggunakan akal... jangan menggunakan otak...
hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

hanzaalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2622
Posting: 85
Dari: Darr Al-Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-03-04 02:32


Apa pun ISA ni adalah sesuatu yang boleh dianggap Zalim, dan primitif, tak sesuai untuk di gunakan dalam zaman ini.

-----------------
" Islam Is The Way Of Life "

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanzaalahProfil   Hantar PM kepada hanzaalah   Pergi ke hanzaalah's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 12-03-04 13:41




Apa pun ISA ni adalah sesuatu yang boleh dianggap Zalim, dan primitif, tak sesuai untuk di gunakan dalam zaman ini. ****
ana sokong.. 180%

I - ikut
S - suke
A - ati.. ( hati..)

em. kekadang x patut ISA ni..bile cakap.. talk.. skit pasal band goverment.. mule laa.. kena tangkap..tanpa budi bicara pulak tu. isshh.. sian tgk pd family yg dianiaya....!!!
em.. dunia..dunia..

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-03-04 23:09


Tahanan mogok lapar kritikal tidak dihantar ke hospital kerana pilihan raya

Monday, March 15 @ 20:32:25 MYT


KUALA LUMPUR, 15 Mac (Hrkh) - Meskipun seorang tahanan ISA yang melancarkan mogok lapar sejak 1 Mac lalu, di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) mengalami situasi kritikal, namun pihak kem tidak membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Yap Swee Seng menjelaskan, Ahmad Tajuddin yang mengalami masalah kesihatan yang serius, tidak dihantar ke hospital atas alasan suasana negara sedang menghadapi pilihan raya.

Yap berkata, GMI mengutuk tindakan pihak Kemta dan Kementerian Dalam negeri (KDN) yang bukan saja tidak menghantar pemogok lapar ke hospital walaupun mereka menghadapi situasi kritikal, tetapi juga tidak memperdulikannya.

Mungkin maut

"Tahanan hanya dihantar ke hospital bilamana mereka langsung tidak mampu bergerak, sakit yang keterlaluan, atau dalam kata lain berkemungkinan menghadapi maut," tegas Yap dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily.

Kata Yap lagi, tindakan menafikan tahanan yang kritikal mendapat rawatan kesihatan sewajarnya adalah satu bentuk diskriminasi, dan alasan negara menghadapi pilihanraya tidak dapat diterima.

Beliau percaya segala tindakan Kemta menangani isu mogok lapar ini dibuat demi memastikan prestasi BN di bawah Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Dalam Negeri, tidak terjejas.

Abdullah risau

Difahamkan Abdullah begitu risau berita tentang tahanan mogok lapar ini mendapat liputan meluas pihak media. Ini dikira dapat menjejaskan imej baik yang cuba dibinanya selama ini.

Pihak kerajaan, kata Yap, mesti menghormati hak asasi tahanan ISA tidak kira dalam waktu darurat, peperangan mahupun situasi kritikal kerana ia adalah asas kepada hak asasi manusia.

GMI juga mahu memberi maklum kepada keluarga Nik Adli Nik Abdul Aziz mengenai keadaan sebenar Nik Adli yang dilaporkan terlalu kritikal, di mana Nik Adli telah dibawa ke Hospital Taiping, semalam.

Paras gula Nik Adli turun

Katanya, menurut sumber, parasa kandungan gula dalam darah Nik Adli menurun sehingga 3.8 mmol/l, sementara seorang lagi tahanan, Mohd Lutfi Ariffin telah dihantar ke Hospital Taiping, malam tadi.

Justeru, GMI menggesa Menteri Dalam Negeri, Abdullah Badawi supaya prihatin dengan keadaan kritikal tahanan terbabit, dengan membebaskan mereka atau setidak-tidaknya mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.

Sementara itu menurut maklumat daripada isteri tahanan, perkembangan terkini yang diterima hasil lawatan ke atas suami mereka di Kamunting, ada pemogok lapar yang berada dalam keadaan yang begitu tenat sekali.

Tambahnya, keadaan tahanan ISA itu kini jauh lebih teruk berbanding suasana pada waktu awal kempen mogok dilancarkan sejak 1 Mac lalu.

Siksa jiwa raga

"Mungkin sukar untuk kita bayangkan keadaan yang sebenarnya. Inilah hakikat penderitaan dan penyiksaan jiwa raga yang terpaksa mereka dan juga isteri mereka hadapi," tegas isteri tahanan yang enggan namanya disiarkan.

Mogok lapar oleh 27 tahanan ISA tersebut difahamkan dilancarkan bermula 1 Mac lalu, ekoran rasa tidak puas hati tahanan terhadap keputusan Abdullah, mengarahkan tempoh penahanan dilanjutkan dua tahun lagi pada Disember lalu, selepas tempoh penahanan dua pertama selesai.

Kelakuan baik tapi Abdullah tetap berdegil

Tindakan tersebut juga berpunca dari sikap Lembaga Rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah beberapa kali memberi cadangan kepada menteri supaya membebaskan tahanan, tetapi tidak dihiraukan Abdullah.

Laporan lembaga rayuan memperakukan semua tahanan berkelakuan baik sepanjang tempoh pemulihan di Kemta.

Mengenai mohok lapar, hingga kini seramai sembilan tahanan dalam keadaan kritikal.

Antara tahanan yang melancarkan kempen mogok lapar bermula 1 Mac lalu ialah, Mohd Aizan Abdul Rahman, Morad Halimuddin Hassan, Ahmad Tajuddin Abu Bakar, Zainon Ismail, Abu Baar Che Doi, Asfawani Abdul Wahab, Ahmad Pozi Deraman, Solehan Abd Ghafar, Alias Ngah,Md Lotfi Ariffin, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Md Rashid Ismail, Mohd Zulkifli Zakaria, Khairuddin Saad, Mohd Zulkifli Mat Isa, dan Mat Salleh Said.

Kempen mogok lapar sehingga hari ini masuk hari yang ke-15, dengan pemogok seramai 27 orang meneruskan kempen yang mereka lancarkan. - WN/um



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-03-04 21:05



Keluarga mangsa ISA hadapi tekanan mental

Friday, March 19 @ 17:42:19 MYT


KELANTAN, 19 Mac (Hrkh) - Kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan ISA menyebabkan isteri kepada Yunus Hussin yang ditahan di atas dakwaan terbabit dengan kumpulan al-Maunah menghadapi tekanan mental.



Anaknya Mazlan Yunus, 27, berkata, setelah ayahnya bekas kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditahan di bawah ISA pada tahun 2000 ibunya menghadapi masalah kesihatan.

Nik Mah Nik Ismail menghadapi tekanan jiwa sehingga menyebabkan ingatannya tidak lagi normal.

"Biarpun ayah kini tidak lagi ditahan di bawah ISA, sebaliknya di Penjara Kajang kerana dikatakan terlibat dengan kes al-Maunah, namun mak masih tidak berubah," ujarnya.

Menurut beliau adiknya, Mahfuzah turut menghadapi tekanan yang sama sehingga tidak dapat meneruskan pengajiannya di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur.

"Walaupun sekarang adik saya sudah normal, namun dia telah gagal dalam pengajianya akibat gangguan tersebut, walhal selama ini dialah menjadi harapan keluarga, tetapi segalanya telah hancur," ujarnya.

Mazlan kini menyara keluarga dengan pendapatan yang tidak seberapa. Bagaimanapun kesusahan hidup mereka sering mendapat perhatian bekas Adun Bukit Panau, Ustaz Yusof Mat Sah dan pemimpin PAS lain.

"Banyak keperitan keluarga yang terpaksa kami tanggung setelah ayah ditahan di bawah ISA kemudiannya menjalani pula hukuman penjara seumur hidup, rumah yang dibeli belum habis dibayar, kena bantu adik-adik seramai enam orang," ujarnya.

Sementara itu, anggota Dewan Negara, Senator Siti Zailah Mohd Yusof berharap Pengerusi TNB, Dato' Dr Awang Adek Hussin mengambil berat bekas kakitangan sendiri yang hidup dalam kesusahan.

"Jangan asyik sibuk nak berpolitik atau nak menang pilihan raya saja, sehingga lupa pada anak-anak buah serta anggota keluarganya," ujarnya ketika menziarahi keluarga Mazlan.

Siti Zailah juga berkesempatan menziarahi golongan daif di Kampung Manal 3, Fatimah Abdullah pada hari tersebut. Tiga daripada tujuh orang anak Fatimah cacat iaitu Zuhaila, 17, Zulhanita Senik, 15, dan Azri, 9.

Menurut Fatimah, sejak suaminya meninggal dunia dua tahun lalu, kehidupannya agak daif.

"Beliau bagaimanapun bersyukur kerana mendapat pencen aruah suaminya sebanyak RM200 sebulan di samping bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM80 sebulan.

Selain itu, menurutnya saudara mara, penghulu, pemimpin kerajaan hari ini, muslimat sering membantu keluarganya.

Turut sama dalam lawatan tersebut anggota Jawatankuasa Halwa DUN Gual Ipoh, Aishah Seman. - SMH/mj


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

imanbulan
Warga Rasmi
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8140
Posting: 1
Dari: mekah

Pahang  


posticon Posting pada: 31-03-04 19:21


assalamualaikm semua saya selaku mahsiswa sebenarnya amat menentang apa yang disifatkan sebagai satu undang2 yang sangat zalim dan tidak bertamadun tetapi masih lagi diamalkan oleh pimpinan negara ini yang mengaku bahawa negara ini sebagai negara islam. untuk itu kini walauapapun cara sekalipun kita mesti menggerakan generasi muda agar mereka sedar akan kezaliman yang berlaku disekeliling mereka tidaka akan diwarisi untuk generasi seterusnya. marilah kita sama-sama membulatkan tekad untuk sama-sama menentang apa yang di panggil kezaliman ala zionis abab 21.


Bookmark and Share

    


  Member Information For imanbulanProfil   Hantar PM kepada imanbulan   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 31-03-04 21:53


Quote:

On 2004-03-09 11:11, Firdaus_Azimi wrote:
hehehe..
jgn salah faham adik kakak....
ISA tu spesis undang2...
bukan ISA-vr4 tau...
heehe....




nasib baik laa bukan isa-VR4 ..............

isa-VR4 pon tak suka pada ISA ni walaupon namaku isa..

zalim...kenapa??? tahanan dihukum tanpa bicara...
sedangkan islam tidak membenarkan mengatakan seseorang itu bersalah sehingga ia dibktikan....

penyeksaan mental yang melampau kepada org yg ditahan.....................


hapuskan kerajaan hantu terengganu...hapuskan ISA.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-04-04 15:09


ditujukan khas buat adinda farah_caesura..



''Tadah air mata anak isteri kami buat renjisan Islam Hadhari''

Thursday, April 01 @ 12:09:51 MYT


Oleh ABU OSAMA AS-SALIM
Kem Tahanan Kamunting
1 Mac 2004 adalah tarikh nekad mangsa ISA yang dilabelkan anggota KMM. Seramai 16 orang melancarkan mogok lapar, 4 hari sebelum parlimen dibubar. Matlamat kami adalah jelas iaitu menuntut pembebasan.

Jika ada pihak yang menuduh kami ada agenda politik, adalah tidak benar. Kami menulis surat kepada Abdullah Badawi memaklumkan hal ini pada 5 Feb. Kalau isu mogok lapar ini menjadi isu kempen pembangkang, ia hanya kebetulan.

Sebaliknya, kami pula yang menjadi mangsa pilihan raya. Disebabkan semua pihak tak dapat beri perhatian terhadap isu kami, pihak tertentu, termasuk Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) memberi layanan buruk pada kami. Mungkin bagi mereka, kami ini bukan lagi manusia bahkan umpama kucing di jalanan.

Hari ketiga, jam 1.30 petang, ketika pertemuan dengan peguam, seorang dari kami, Mohd Azian jatuh kerana terlalu lemah. Lebih setengah jam baru dia dibawa ke bilik rawatan KEMTA.

BASAH KAIN IKAT PINGGANGNYA

Ketika menyuntik jarum di sendi siku untuk masukkan air, berlaku pendarahan yang banyak sehingga basah kain ikat pinggangnya.

Azian hampir pitam. Setelah dirawat, dalam keadaan lemah, Azian di arah tinggal di bilik rawatan itu, tanpa diawasi hingga esok pagi.

Malam itu, Azian tidur keseorangan dalam kegelapan yang dipenuhi nyamuk. Sekejap sahaja dia mengalami rasa gatal badan di samping keadaan yang panas.

Keadaan lebih teruk apabila dia terasa dahaga yang amat sangat, sedangkan minuman tidak disediakan.

Sementara pintu pula dikunci dari luar bilik. Dari mula masuk, hinggalah ke pagi dia tak dapat mandi kerana tiada kemudahan bilik mandi.

Layanan buruk yang terima Azian ini, menakutkan kami. Kami berpakat untuk menolak sebarang rawatan di KEMTA, kecuali di Hospital Besar Taiping (HBT).

Malangnya Pengarah KEMTA berkeras tidak mahu membawa kami ke HBT. Kami dibiarkan tanpa rawatan dan perhatian.

Terpaksalah kami menahan diri dalam keadaan kritikal. Keadaan ini berlaku sehingga 6 Mac. Ini memaksa kami membuat laporan polis terhadap Pengarah KEMTA kerana menghalang kami ke HBT untuk rawatan.

Antara kami yang agak serius keadaan mereka adalah Nik Adli, Md Lutfi, Hj Morad dan Tajudin Bakar.

Sehari selepas laporan polis dibuat, barulah Nik Adli di bawa ke HBT. Kawalan yang diberi begitu ketat sekali. Masuk ke wad kecemasan HBT melalui pintu belakang, Nik Adli menerima rawatan dengan menambah air 3 botol.

Bermula hari itu, boleh dikatakan saban hari, ada saja antara kami yang dibawa ke HBT, sama ada siang atau malam.

SENGAJA MELENGAHKAN

Disebabkan "terpaksa" membawa kami ke hospital, KEMTA memberi tekanan baru. Mereka sengaja melengah-lengahkan ke HBT, khususnya waktu malam. Alasan KEMTA kerana mereka tak cukup tenaga.

Sedangkan kami dapat maklumat, tenaga luar seperti dari penjara Taiping, Kajang dan Pulau Pinang dibawa untuk bantu KEMTA. Mengatasi sikap KEMTA ini, kami pula menasihati kawan-kawan yang hadapi masalah di waktu malam agar bertahan hingga pagi.

Setelah keadaan siang, awal jam 7.00 pagi, kami lapor pada petugas ada kawan yang perlu rawatan. Pun begitu, 2 atau 3 jam kemudian, baru ada perhatian. Itu pun Unit Keselamatan Penjara (UKP) buat karenah.

Mereka enggan membawa kami ke bilik rawatan yang jaraknya 200 meter dari tempat tinggal kami.

Kadangkala, terpaksa kami minta bantuan tahanan berbangsa Cina mengusung kawan-kawan yang lemah.

Selain alasan tak cukup tenaga, UKP juga beri alasan yang penyakit kami ini kerana "buat sendiri".

Ada mencadangkan supaya jangan dimasukkan air ke badan kami, sebaliknya masuk racun sahaja.

Pada 14 Mac, sekali lagi Nik Adli jadi mangsa KEMTA. Keadaannya mulai lemah setelah meneruskan mogok lapar sekembali dari rawatan kali pertama.

Jam 9 pagi beliau melaporkan pada petugas KEMTA untuk ke HBT.

Hingga jam 11 pagi, belum ada apa-apa tindakan dari UKP atau KEMTA.

Jam 11.30 pagi seorang tahanan membawa Nik Adli dengan kerusi roda ke bilik rawatan. 20 minit kemudian Nik Adli pulang tanpa apa-apa rawatan dan dia juga tidak dibenar ke hospital.

DETIK MENCEMASKAN NIK ADLI

Jam 3 petang, sekali lagi Nik Adli minta ke HBT. Dia juga mohon pegawai yang bertugas hari itu, IP Zakaria menemuinya.

Jam 6.45 petang baru IP Zakaria masuk memantau keadaan Nik Adli.

7.40 malam, barulah Nik Adli dibawa ke HBT. Nik Adli terpaksa ditahan sementara di wad HBT kerana terdapat pendarahan di mulutnya. Bayangkan setelah 10 jam dilapor, baru Nik Adli dibawa ke HBT.

Beginilah sekelumit layanan yang KEMTA beri pada kami sebagai deraan dari tindakan mogok lapar.

Kami juga tidak dibenar timbang berat badan, kerana tidak mahu kami maklumkan pada keluarga atau peguam.

Ada ketikanya keluarga, termasuk seorang ibu tak dibenar masuk, begitu juga dengan peguam.

Kami dilayan begitu semata-mata untuk memaksa kami henti mogok lapar. Tindakan kami dianggap menjejaskan imej Abdullah Badawi menjelang kempen pilihan raya. Hinggakan media massa tidak dibenar mendedahkan isu kami.

Semasa wakil KDN, iaitu Habshah, Zaiton, Ahmad Rani dan Hafiz menemui kami pada 11 Mac 04, mereka juga minta kami hentikan mogok sehingga parlimen baru dibentuk.

Namun kami masih berkeras sehinggalah Pengarah KEMTA berjumpa kami pada 15 Mac. Dia juga minta kami henti mogok untuk beri peluang terakhir padanya membuat laporan terkini seperti mana yang dikehendaki oleh KDN.

Berdasarkan beberapa alasan dan pandangan yang meyakinkan dari Pengarah KEMTA, kami berundur, bukannya mengalah. Mulai 19 Mac, kami hentikan sementara mogok lapar.

Apa yang kami harapkan, toak ansur terakhir kami terhadap KDN dan KEMTA ini akan dapat perhatian serius.

Semoga KDN tidak bersikap seperti wakil cawangan Khas (SB) yang sering membuat janji manis sehingga hilang sama sekali kepercayaan kami pada mereka.

Walaupun hendak dianggap kami sebagai 'kucing jalanan', lihatlah pada air mata anak isteri kami. Tadahlah ia untuk dipersembahkan pada Abdullah Badawi buat renjisan Islam Hadhari. - um




-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-04-04 15:29


akta ni mmg zalim...
menganiayai org yg tak bersalah atas kepentingan sendiri...
'anda' mungkin mempunyai kuasa di dunia yg fana ini...
tapi, ingatlah ada yg Lebih Berkuasa dari 'anda'...
nantikanlah balasannya di akhirat kelak...

p/s: sedih mengenangkan nasib tahanan ISA yg tak bersalah dan juga keluarga mrk...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 05-04-04 20:41


emmm..

menyepi je adik farah kite ni...

hmmmm.....selagi ada isa selagi tu la ada kezaliman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-04-04 15:41


mmm..
takpelah..
apalagi yg boleh kita lakukan..
dah diberikan penerangan dan pengetahuan ttg zalimnya akta yg berlawanan dengan syariat ini..
terima atau tdk hak masing2...
perkara terakhir yg mampu dilakukan adalah mendo'akan semoga ALLAH bukakan hati utk menerima hukum islam itu seadanya.INSYA ALLAH.

p/s..ameen...

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-04-04 23:21


ISA (buat mereka yang berani)

Ia adalah senjata orang-orang pengecut
yang gila dan kacau jiwanya

Di tangan mesin-mesin tak berotak itu
maruah tiba-tiba jadi murah
selalu tak punya harga

Ia memusnahkan hidup dan kepercayaan
mengurung kemanusiaan
menghancurkan harapan

Di sini
Di ruang bebas yang terpenjara
aku hanya mampu berkata-kata

selama mana?
sekeras apa?

terus jadi persoalan yang tak punya jawapan
kerana aku
masih belum teruji.


berani..beranilah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-04-04 19:15


Nik Adli, tahanan ISA lain failkan permohonan 'habeas corpus'

Thursday, April 22 @ 15:27:34 MYT


KUALA LUMPUR, 22 April (Hrkh) - Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz dan beberapa tahanan lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih dikurung sejak 2001 di Kem Tahanan Kamunting (Kemta), memfailkan permohonan perintah 'habeas corpus'.



Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Yap Swee Seng dalam kenyataanya kepada Harakahdaily hari ini menegaskan, tindakan memohon mengadakan perintah 'habeas corpus' dibuat dalam usaha membebaskan mereka yang ditahan tanpa mengikut undang-undang.

Katanya, Nik Adli dan beberapa tahanan lain sepatutnya bebas pada Disember 2003. Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri (KDN), Abdullah Ahmad Badawi ketika itu mengarahkan tahanan ke atas mereka dilanjutkan.

Beliau berkata, Nik Adli sepatutnya bebas berikutan tidak pernah menimbulkan masalah ketika berada dalam tahanan dan proses pemulihan.

Selain itu, hingga kini kerajaan terutamanya KDN tidak pernah membawa tahanan ke muka pengadilan bagi membuktikan kesalahan mereka.

Antara peguam yang akan mewakili Nik Adli dan tahanan lain ialah, Ahmad Sabkhi Yusof, Edmond Boon dan Edward Saw.

Nik Adli ditahan di bawah ISA pada 4 Ogos 2001 dan dihantar ke Kemta pada 25 September 2001.

Pada Mac lalu, Nik Adli telah mengetuai beberapa tahanan melancarkan kempen mogok lapar berikutan keputusan KDN yang diketuai Abdullah meneruskan penahanan beliau dan beberapa yang lain di bawah ISA.

Antara individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan KMM yang ditahan ISA sejak 2001 ialah Murad Halimmuddin Hassan, Muhammad Azian Abdul Rahman, Mohd Rashid Ismail,Ahmad Tajuddin Abu Bakar, Solehan Abdul Ghafar, Alias Ngah, Zainun Ismail @ Cikgu Nan, Ahmad Pozi Darman, Abu Bakar Che Doi, Asfawani Abdullah, Mohamed Lothfi Ariffin, Khairuddin Saad, Muhamad Zulkepli Mohamad Isa, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, Mohd Salleh Said dan Zid Sharani Mohamad Isa. WN/lanh



marilah wahai sahabat sekalian...
tegakkan kebenaran..
hapuskan kebatilan..
hapuskan ISA!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 23-04-04 11:23


hehehhe...

makin ramai lagi yang ditangkap di bawah ISA...
lagi ramai lagi bagus...sebab kat dalam tu boleh la dorang berbincang ke....ape-ape ke..kan..

lepas keluar ISA nanti...hentam cukup-cukup...

hehehehe........

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-04-04 22:14


betul jugak cakap enta tu...
tapi tgk kes terbaru ni pulok..



Tahanan ISA failkan saman kerana tidak dibenarkan solat Jumaat

Friday, April 23 @ 18:39:14 MYT


KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Enam belas tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah memfaikan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi kerana tidak dibenarkan bersolat Jumaat.



Peguam, Hanifa Maidin menegaskan, pihaknya melalui peguam Tetuan Fazarudin and Co mewakili Nik Adli Nik Abdul Aziz dan 15 lagi tahanan ISA memfailkan saman kepada Menteri Dalam Negeri (KDN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengarah Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

Tahanan yang turut memfailkan saman ialah, Zainon Ismail, Mohd Azian Abdul Rahman,Mohd Lotfi Ariffin, AbdulRashid Ismail, Mohd Zulkifli Md Isa, Mat Salleh Said, Ahmad Pozi Darman,Solehan Abdul Ghaffar, Alias Ngah, Abu Bakar Che Doi, Ahmad Tajuddin Abu Bakar, Asfawani Abdullah, Murad Halimuddin Mohd Hazmi Ishak dan Khairuddin Saad.

Kata Hanifa, Nik Adli dalam afidavitnya menyebut, sejak beliau dan plaintif lain ditahan melalui perintah tahanan yang dikeluarkan oleh KDN, tahanan tidak pernah dibenarkan bersembahyang Jumaat walaupun sekali sejak 2001.

"Tindakan KDN tidak memberi tahanan sembahyang Jumaat adalah tidak sah, bertentangan dengan Perlembagaan Negara Perkara 11 (1) hak kebebasan beragama dan mengamalkan aktiviti keagamaan," tegasnya lagi.

Selain itu, tindakan itu juga kata Hanifa turut melanggar Perkara 8 (1) dalam Perlembagaan Negara iaitu tahanan didiskriminasi untuk tidak bebas mengamalkan kegiatan agama seperti orang awam di luar tahanan.

Menurut Hanipa lagi, anak guamannya mengadu bahawa kesan dari perintah tidak membolehkan mereka bersembahyang membuatkan psikologi dan mental mereka terganggu.

Justeru kata Hanifa, anak guamanya berharap pihak Mahkamah akan membatalkan tindakan defendan-defendan terbabit, sementara mengembalikan hak asasi tahanan untuk melakukan aktiviti keagamaan mereka yang dinafikan Abdullah dan Kemta.

Hanipa dalam responsnya kepada Harakahdaily turut mengutuk keras tindakan Abdullah yang dianggap tidak selari dengan tuntutan Islam yang sebenar.

"Islam mana yang Abdullah ikut, kalau tahanan pun tidak dibenarkan bersembahyang," tegas Hanipa yang turut ditemani oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabkhi Yusof.

Ke semua plaintif yang memfailkan saman ke atas Abdullah dan Pengarah Kemta adalah individu yang ditahan berikutan tuduhan terbabit dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) pada tahun 2001 dan 2002.

Hingga kini mereka masih berada dalam tahanan berikutan arahan pelanjutan tahanan yang dibuat oleh KDN pada Disember lalu. - WN/mks.



hemm...teruk2

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-05-04 19:42


Kerajaan berusaha luputkan ISA dari ingatan masyarakat

Friday, May 14 @ 11:08:35 MYT


KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Kerajaan seolah-olah mahukan keluarga dan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilupakan dan dipinggirkan oleh masyarakat.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)menegaskan, sudah ada anak-anak muda ini yang tertekan jiwa sehingga terganggu fikiran dan pembelajaran mereka bagaimanapun, tidak ada sesiapa pun di kalangan pihak kerajaan yang mengambil berat di atas nasib mereka ini.

Syed Ibrahim berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai isu ISA yang dilihat mutakhir ini seakan dilupakan oleh masyarakat, walaupun suatu ketika dulu ianya menyentuh perasaan semua pihak.

Malah katanya lagi, kerajaan mutakhir ini dilihat meminggirkan penderitaan yang keluarga tahanan lalui dengan pelanjutan perintah tahanan kepada suatu tempoh yang keluarga sendiri tidak pasti.

"Suami mereka bukan penjenayah, bukan pengganas dan bukan perosak masyarakat. Ditahan di bawah ISA tanpa bukti bersalah sudah tentu keadaan keluarga mangsa ISA tidak seperti biasa dengan kehilangan ketua keluarga dan sumber utama nafkah keluarga,"tegasnya lagi.

Kata beliau, pelanjutan tempoh tahanan suami mereka khususnya tahanan yang didakwa ahli Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) selama dua tahun lagi merupakan satu tekanan yang cukup berat kepada keluarga.

Ujar beliau, anak-anak tahanan yang sedang membesar dan memerlukan pendidikan serta bimbingan.Keluarga perlu mencari saraan untuk belanja harian, sekolah, pakaian,pengangkutan pergi balik ke Kamunting dan sebagainya.

Lebih membimbangkan ialah anak-anak remaja yang sedang melalui proses pendewasaan tanpa bimbingan ayah tersayang.Namun begitu, mereka tahu mereka terpaksa mengharungi cubaan 'sementara' ini demi masa depan anak-anak.

"Jadi mahu atau tidak, kehidupan perlu diteruskan walaupun dalam keadaan tertekan. Apakah harapan yang ada kepada isteri dan anak-anak kepada mangsa ISA ini? "Apalah ertinya masa yang berlalu semakin pantas sekiranya ,hanya untuk mengetahui bahawa orang yang sepatutnya menyara kehidupan, memberi kasih sayang kepada mereka, akan ditahan lebih lama lagi? Siapakah yang sudi untuk membantu mereka yang sedang menderita dan teraniaya ini?"tegasnya lagi.

Dalam pada itu katanya lagi, mereka sedar bahawa suami mereka ditahan tanpa ada peluang pembelaan. Hak suami untuk membela diri dan dibicarakandalam mahkamah dinafikan. Mereka sedar bahawa suami mereka perlu dibebaskandan penantian selama 2 tahun terbukti tidak menjamin pembebasan.

Tegas beliau, motivasi inilah yang menyebabkan isteri dan keluarga mangsa ISA tidak pernah putus asa untuk mempertahankan hak suami mereka dan menanti saat pembebasan walaupun diselubungi pelbagai tekanan.

Dalam keadaan yang semakin menekan ini, GMI telah melakukan tindakan tepat dengan mengadakan 'Majlis Jamuan Makan Malam' dengan tujuan mengumpul dana untuk membiayai kempen-kempen kesedaran awam dan yang melibatkan perundangan tahanan ISA serta membangkitkan semula semangat kepada keluarga tahanan untuk berjuang meneruskan kehidupan.

Di samping itu juga, GMI mahu menggemblengkan tenaga daripada insan-insan prihatin yang lain untuk sama-sama menyumbangkan bakti membantu keluarga yang malang ini.

Katanya lagi, 'Majlis Makan Malam' ini, adalah bukti bahawa masih ramai insan yang bukan sahaja simpati, tetapi turut sama ingin membantu merealisasikan niat GMI untuk menyemarakkan kempen-kempen membebaskan tahanan ISA dan seterusnya memansuhkan akta Zalim itu.

GMI berharap, program tersebut akan berjaya mengumpulkan dana untuk membantu keluarga ISA dan mengukuhkan kempen anti-ISA. Ini penting kerana untuk terus menggerakkan kempen yang berkesan, dana yang selesa perlulah ada walaupun bagi GMI ini tidak sepenting kesedaran tinggi rakyat tentang kezaliman ISA. - WN/mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-05-04 14:48


assalamualaikum.

saya akui setakat ni saya belum pernah lagi ditahan bawah ISA, malahan keluarga, sedara mara saya takde pun yang pernah ditahan bawah ISA. tapi adakah itu alasan untuk kita tak ambil tahu tentang kezaliman ISA ini? adakah bila kena pada keluarga kita, sedara mara kita baru kita nak sedar, baru nak memaki hamun ISA yang zalim itu?
Apalah ertinya kita membidas ISA itu zalim tetapi kita tetap memangkah pemimpin yang melaksanakan undang2 ni?

jgn kata ISA la, kalau keluarga anda direman dlm lokap selama seminggu untuk menunggu siasatan atas kesalahan yg tak dilakukan pun anda dah terasa dizalimi, inikan ISA, berapa lama blh ditahan ikut selera pemerintah dan boleh ditambah masanya.



-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-05-04 20:23


betul ckp enta tu...mmg kita kena ambil tahu hal2 ni..dan apa yg terjadi kepada tuan guru ana ustaz nik adli..amat2 menyakitkan hati saya ni...org yang pernah bersabung nyawa menghalau komuni soviet rusia satu ketika dulu..kini di kurung...dahlah sepatutnya di lepaskan ...dah cukup 2 tahun..tetapi di tambah lagi...
ana nak ckp kat cni yg....saya bukan saje mempaste..keratan2 akhbar mengenai ISA dan mempostingnya dalam forunm ni..tetapi sebenarnya utk menyedarkan sahabt2 ukhwah sekalain...bagaimana peritnya org yg di tahan di ISA tu...
DI SINI SAYA ADA SATU SAJAK BUAT MUJAHID2 ISLAM DI DLM SANA...

berjuang mmg pahit...
kerana syurga itu manis...
biar sedikit mahal yg perlu di bayar..
tunggulah SYAHID...
atau...MENANG...


WASSALAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 15-05-04 22:31


Pertama sekali, tahniah kepada abang Firdaus_Azimi dan abang Syed atas usaha menerangkan dan meletakkan berita-berita berkenaan ISA. Semoga sesiapa yang masih tidak dapat melihat akan kezaliman akta ini, sedar dan memahami betapa zalimnya akta ini.

ISA, suatu akta yang hanya layak digelar sebagai akta primitif. Tanpa perbicaraan, tanpa diberi peluang mempertahankan diri, seseorang itu disumbat ke dalam penjara bagi tempoh yang tidak menentu, ikut suka mereka. Yang menambahkan lagi kezaliman akta ini ialah apabila mereka yang dikenakan tindakan atas akta ini semuanya mereka yang memperjuangkan kesyumulan agama Islam dan cuba menegakkan keadilan di bumi Malaysia.

Sampai bila kezaliman ini akan berterusan? Sampai bila kita hendak melihat tahanan ISA tersiksa? Sampai bila kita sanggup melihat penderitaan ahli keluarga tahanan ISA? Sampai bila?

Seperti kata Kak Engku Salina, mereka kelihatan 'berkuasa' pada ketika ini. Tapi Allah swt itu Maha Adil. Betapa kerdilnya kita dihadapanNya.

Sama-sama kita menentang kezaliman ISA. Banyakkan berdoa semoga Allah swt melindungi semua pejuang yang menegakkan syariat Islam, bukan sahaja di bumi Malaysia, malah di seluruh dunia.

MAJU BERSAMA ISLAM
BERJUANG BERSAMA ISLAM
HIDUP DI BAWAH PANJI ISLAM

-----------------
KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-05-04 19:12


Penderaan ISA: Baik PM mengaku saja - Nik Aziz

Wednesday, May 19 @ 18:13:52 MYT


KOTA BHARU, 19 Mei (Hrkh)-Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin penderaan fizikal memang berlaku terhadap mangsa ISA di kem tahanan dan ketika dalam lokap polis.

"ISA boleh men dera mental manusia sampai sesetengah orang itu menjadi bingung. Ia disebut berkali-kali oleh mangsa-mangsa ISA sejak dahulu termasuk oleh Allahyarham Nik Abdullah Arshad dan Buniyamin Yaakob.

"Kalau ISA boleh mendera mental manusia, bagaimana kita hendak fikir ISA tidak mendera fizikal manusia.

"Cara dera ituboleh serupa dengan penjara Abu Gharib atau boleh jadi lain," katanya selepas mesyuarat Exco Kelantan di sini, hari ini.

Beliau dipercayai mengulas laporan media hari ini yang melaporkan Perdana Menteri berkata, dakwaan tahanan ISA didera seperti di Penjara Abu Gharib di Iraq adalah tidak benar sama sekali.

Harakah dalam laporannya memaparkan lukisan kartun seorang tahanan ISA bagaimana tahanan di dera oleh pihak polis semasa 60 hari di tahan di lokap sebelum dihantar ke Kemunting.

Media antarabangsa, Associated Press pula menyiarkan kenyataan NGO hak asasi manusia, Suaram, tentang penderaan itu.

"Saya pertikaikan kenyataan Perdana Menteri. Saya anggap tidak tepat kenyataan itu. Lebih senang dia mengaku saja.

"ISA memang tidak mengikut saluran demokrasi, sedangkan kita ada saluran mahkamah, hakim dan peguam, namun ia tidak digunakan," kata Nik Abdul Aziz.

Salah seorang mangsa ISA adalah anak beliau sendiri iaitu Nik Adli yang kini masih ditahan di Kem Tahanan Kemunting. - MJ/zs





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-05-04 17:24


Tentera Israel rogol 15 wanita Palestin


NABLUS: Wanita Palestin yang dibebaskan dari tahanan Israel berkata lebih 15 wanita Palestin dirogol oleh penyiasat Israel bagi memaksa mereka mengakui tuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan bekerjasama dengan perisik Israel.
I k l a n




“Penyiasat Israel dan pegawai perisikan menyimpan rakaman video kejadian rogol itu bagi mengugut tahanan wanita,” kata wanita yang tidak mahu dikenali itu kepada IslamOnline (IOL).

“Saya didera secara seksual dan diambil gambar. Apabila saya cuba ke Jordan selepas dibebaskan pegawai perisikan Israel menunjukkan gambar yang menghinakan itu,” katanya. Dia menjelaskan teknik itu sudah digunakan sejak bertahun lalu oleh penyiasat Israel terhadap tahanan Palestin.

“Mereka sudah menggunakan teknik rogol sebelum penahanan saya dan terus menggunakannya sehingga kini,” kata wanita Palestin yang pernah dikurung sembilan tahun di penjara Israel.

Dia menegaskan wanita Palestin malu untuk melaporkan kejadian rogol itu kerana sensitiviti masyarakat konservatif Palestin.

Katanya pihak Israel mengancam akan mengedarkan gambar rogol itu jika ada antara mereka yang membawa perkara itu kepada umum atau akhbar.

Amalan pencabulan seks tidak terhad kepada tahanan wanita Palestin saja. Dalam perbualan telefon dari penjara Israel, seorang lelaki Palestin memberitahu IOL dia dilarang memakai sebarang pakaian sejak ditahan lapan bulan lalu.

“Saya tidak memakai pakaian sepanjang tempoh tahanan. Pengawal Israel meneruskan pemeriksaan sepanjang masa dan jika kami enggan mereka akan menyeksa kami,” katanya.

“Israel, menerusi Shabak, melanggar konvensyen antarabangsa mengenai penderaan yang menyebutkan semua pihak perlu mengambil langkah perundangan, pentadbiran dan kehakiman bagi menghalang penyeksaan di bawah bidang kuasa mereka,” kata penyelidik hak asasi manusia Palestin.

Shin Bet, juga dikenali sebagai Perkhidmatan Keselamatan Umum atau Shabak, adalah agensi keselamatan di Israel. – Agensi






Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-05-04 17:29


malish..saya tersalah paste...
yang betulnya ni.....

Mahkamah putuskan penahanan Mohd Iqbal tidak sah

Friday, May 21 @ 14:25:34 MYT


KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh)- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan penghantaran balik (deportation) tahanan ISA, Mohd Iqbal Abdul Rahman sebagai tidak sah.

Hakim Abdul Kadir Musa dalam keputusannya berkata, "Dari pengakuan kerajaan, arahan penghantaran Mohd Iqbal pada 25 Ogos 2003 adalah salah, oleh itu penangkapan berdasarkan arahan itu juga tidak mengikut undang-undang."

"Tetapi oleh kerana pemohon telah dihantar pulang ke negeri asalnya, isu permohonan hebeas corpus hanyalah akademik semata-mata."

Dalam perbicaraan hari ini, Timbalan Kanan Pendakwaraya Fazilah Begum tidak menjawab penggulungan hujjah yang dibuat oleh peguam Mohd Iqbal, Amer Hamzah Arshad dan Edmund Bon, tetapi mempertimbangkan arahan pemindahan Mohd Iqbal sebagai berniat jahat.

Mohd Iqbal, seorang penduduk tetap Malaysia didakwa anggota Jamaah Islamiyah (JI) ditahan dibawah ISA kemudiannya dipindahkan ke tahanan di bawah Akta Imigresyen selepas dibebaskan dari ISA pada 21 Ogos 2003.

Ekoran itu, beliau membuat permohonan habeas corpus melalui peguamnya.

Bagaimanapun, pada 7 Mei 2004, beliau telah dihantar pulang ke negeri asalnya iaitu hari yang sama perbicaraannya sepatut bermula.

Dalam kenyataannya, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berkata, dari awal lagi mereka berpendapat penangkapan dan penghantaran pulang Mohd Iqbal tidak mengikut undang-undang.

GMI juga berpendapat tindakan menghantarnya pulang pada hari perbicaraan permohonan habeas corpusnya bermula, satu tindakan berniat jahat dan menghina mahkamah.

Pada 21 Ogos 2003, beliau telah dibebaskan di bawah ISA tetapi pada hari itu juga dia ditahan di bawah Akta Immigresyen selepas status penduduk tetapnya ditarik balik oleh kerajaan.

GMI berpendapat, langkah kerajaan menghantar pulang beliau selepas kesnya dicabar di mahkamah menunjukkan kerajaan sedar penangkapannya di bawah ISA dan pemindahannya ke Akta Imigresyen ada kecacatan. - ZS





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-05-04 16:55


Lima pelajar tahanan ISA dipercayai masih di Bukit Aman

Wednesday, May 26 @ 16:19:19 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Lima pelajar Malaysia yang menuntut di Pakistan dan ditahan di bawah ISA dipercayai tidak dibawa ke Kem Tahanan Kamunting sebaliknya ditahan di Bukit Aman.

Sumber Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) memberitahu, lima tahanan tersebut yang ditahan September lalu hingga kini dipercayai masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, malah keluarga memberitahu mereka juga diarahkan bertemu dengan tahanan di tempat tersebut.

Lima tahanan tersebut ialah, Mohd Ikhwan Abdullah, Muhammad Radzi Abdul Razak, Abi Dzar Jaafar, Mohd Akil Abdul Raof dan Eddy Erman Shahime.

Wakil GMI, Badaruddin Ismail menegaskan, pihaknya dimaklumkan keluarga tahanan juga harus membuat temujanji dengan pihak berkuasa sebelum sesuatu lawatan dibuat.

Kata beliau, mengikut peraturan yang termaktub dalam akta tersebut, pihak keluarga perlu dibenarkan untuk mengadakan lawatan sekali seminggu.

Bagaimanapun hak tersebut dinafikan oleh pihak berkuasa, malah lawatan pihak keluarga turut dihadiri oleh Pegawai Cawangan Khas (SB) yang disifatkan menganggu perbualan antara keluarga dengan tahanan.

"Mereka (SB) mencatatkan setiap apa yang keluarga dan tahanan bualkan, menyebabkan gangguan kepada tahanan dalam memberi apa-apa kenyataan mengenai apa yang berlaku dalam tahanan," tegas Badruddin lagi.

Suhakam perlu kerap adakan lawatan ke atas tahanan


Saari Sungip menceritakan pengalamannya semasa
di kem tahanan

Sementara itu, wakil Hak Asasi Manusia Malaysia (Hakam), Elizabeth Wong menggesa pihak Suhakam seberapa kerap mengadakan lawatan ke atas lima tahanan ISA yang terdiri di kalangan pelajar itu.

Katanya, hingga kini pihak keluarga dan NGO sukar mendapatkan maklumat mengenai status kelima-lima tahanan tersebut memandangkan pada asalnya perintah tahanan ke atas mereka menetapkan Kem Tahanan Kamunting sebagai lokasi penahanan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada arahan dari Menteri Keselamatan Dalam Negeri bahawa kelima-lima pelajar tersebut harus ditahan di Pusat Tahanan Reman (PRC) Bukit Aman.

"Ini satu pelanggaran undang-undang yang mereka sendiri cipta, sepatutnya menteri perlu mengeluarkan arahan jelas mengenai pemindahan tahanan dari satu kem ke kem tahanan yang lain, sebaliknya lain pula yang berlaku," tegas Elizabeth.

Bekas tahanan ISA akui, Kemta dan KDN sering langgar akta

Sementara itu, bekas tahanan ISA, Saari Sungip berkata, dari segi teknikal, perpindahan tahanan dari satu kem ke satu kem tahanan memerlukan arahan rasmi.

Malah,bagi tujuan pengasingan tahanan juga,satu arahan rasmi perlu dibuat manakala keluarga perlu diberi maklumat mengenai arahan tersebut.

Semasa beliau ditahan di Kamunting, seringkali beliau mendapat maklumat bahawa berlaku perpindahan tahanan ISA yang terdiri daripada mereka yang dituduh terlibat dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).

Antara mereka yanbg sering dipindahkan ialah Ustaz Mohd Iqbal dan Yazid Shufaat.

Beliau menegaskan, mengikut perintah penahanan tahanan tertakluk kepada perintah di bawah seksyen 8 (b),iaitu menteri mesti menetapkan lokasi penahanan.

Manakala, siasatan ke atas tahanan sepatutnya hanya berlaku dalam jangka masa tahanan direman selama 60 hari.Sebaliknya tahanan dibawa ke kem tahanan lain tanpa arahan rasmi, berkemungkinan sekali mahu mengadakan siasatan ke atas mereka yang terbabit.

Kumpulan mogok lapar dihukum pindah ke tempat tahanan lain

Dalam pada itu, menurut isteri tahanan, Norlaila Othman memberitahu lima lagi tahanan ISA, Asfawani AbdulWahab, Muhammad Zulkepli Md Isa, Murad Halimuddin Hassan, Mat Salleh Said dan Azian Abdul Rahman Naszri dipindahkan dari Kemta ke PRC.

Menurut Norlaila, ke semua tahanan yang dipindahkan adalah mereka yang terlibat dengan kempen mogok lapar.Perpindahan tersebut disifatkan sebagai cara pihak berkuasa menghukum tahanan yang terlibat dengan kempen tersebut.

"Kami mengutuk tindakan pihak berkuasa memindahkan tahanan, sewenang-wenang, selepas 60 hari siasatan tahanan tidak sepatutnya disoal siasat sekali lagi," tegas Norlaila.

Beliau yang juga mewakili Pusat Sokongan Keluarga GMI menggesa pihak terbabit memberi penjelasan berhubung perpindahan.Sementara itu, beliau juga meminta Suhakam mengadakan lawatan segera ke atas tahanan yang dipercayai dibawa ke PRC untuk disoal siasat.

"GMI bimbang mereka ini sekali lagi didera sepertimana yang berlaku semasa siasatan 60 hari," jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Suhakam, Kamaruddin Mohd Baria dalam jawapannya berkata, pihaknya telah mengadakan lawatan ke atas lima pelajar yang ditahan ISA itu. Malah akan menggandakan lawatan sekerap mungkin selepas ini.

Bagamanapun, berhubung isu perpindahan tahanan dari Kemta ke PRC, pihaknya akan menghubungi pihak berkuasa Kemta dan PRC untuk mengetahui lebih lanjut berhubung dakwaan tersebut. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

nur_muhammadi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.05.2004
Ahli No: 8956
Posting: 31
Dari: seremban,ns

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-05-04 21:25




betul tu ...ana setuju 100%....kalula dikatakan negara ni demokrasi...mengapa masih ada lg tahanan tanpa bicara.......kalaula benar2 mereka bersalah pun haruslah dibuktikan dgn undang2....bukan secara kekejaman yg memaksa tahanan mengaku bersalah...itu stail komunis@amerika jwbnya......

pandangan mata selalu menipu
pandangan hati itu yg hakiki
kalu hati itu bersih....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_muhammadiProfil   Hantar PM kepada nur_muhammadi   Pergi ke nur_muhammadi's Website   Quote dan BalasQuote

azi
Warga Rasmi
Menyertai: 24.05.2004
Ahli No: 9147
Posting: 12
Dari: KL

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-05-04 23:01


ISA = Ikut Suka Aku

Bookmark and Share

    


  Member Information For aziProfil   Hantar PM kepada azi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-05-04 17:01


ISA: Mahkamah tangguh perbicaraan'habeas corpus' Chomel

Friday, May 28 @ 10:49:21 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Mahkamah Persekutuan semalam menangguhkan perbicaraan permohonan perintah habeas corpus seorang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Chomel @ Sejahratuldursina Mohammad.

Hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya, Ahmad Fairus dan Augustine Paul bagaimanapun tidak memberi sebab yang terperinci mengapa perbicaraan perlu ditangguhkan.

Mereka juga tidak menetapkan tarikh sebenar dan akan memberitahunya kelak.

Chomel diwakili oleh peguam, Edmond Boon dan Amer Hamzah Ibrahim.Turut mengiringi peguam ialah Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI),Yap Swee Seng dan Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Chang Lih Kang.

Chomel isteri kepada seorang lagi tahanan ISA, Yazid Sufaat ditahan sekitar April 2002 di rumahnya ketika lewat malam.

Chomel adalah wanita pertama yang menjadi mangsa ISA kerana dikaitkan dengan penahanan Yazit yang dituduh menganggotai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).

Ketika ditahan oleh pihak polis pada malam tersebut, Chomel meninggalkan empat anak kecil yang masih tidur.Mereka ialah, Fatin Nabila,13; Zufar,10; Soraya Nor, tujuh tahun dan Hurein Ein, dua tahun.

Menurut keluarga mangsa, Suri Hanim ketika penahanan Chomel, tiada siapa di rumah kecuali kanak-kanak kecil yang ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa.

Sehingga kini Chomel dikenakan tahanan di rumah sementara tiada sebarang pendakwaan dilakukan ke atas beliau.Suaminya, Yazit pula dilanjutkan penahanan kepada dua tahun lagi.

Penahanan Chomel mendapat reaksi pelbagai pihak ketika itu.Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Zainah Anwar ketika itu mengecam tindakan menahan Chomel dengan tanpa memaklumkan kepada keluarga di mana beliau ditahan.

Pelbagai pertubuhan hak asasi tempatan dan antarabangsa juga mengecam tindakan tersebut termasuklah Amnesty International, Inter Parliamentary Union, Hak Asasi Manusia (Hakam) dan Suaram. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 29-05-04 20:46


hahahahahaha...


tak habis-habis lagi kekejaman yang dilakukan oleh mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-06-04 17:24


Kenyataan lima pelajar ISA kepada Suhakam tidak benar

Friday, June 04 @ 16:22:34 MYT


KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Kenyataan lima pelajar yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), bukanlah perkara yang sebenar berlaku dalam tahanan.

Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Yap Swee Seng menegaskan, laporan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Suhakam, Profesor Hamdan Mohd Adnan hanyalah apa yang beliau lihat pada masa tersebut.

Bagaimanapun, GMI katanya yakin pertemuan antara Hamdan itu turut disertai oleh Pegawai Cawangan Khas (SB) yang sebenarnya memberi kesan kepada pengakuan lima pelajar terbabit di hadapan Hamdan.

Persekitaran tidak meyakinkan

"Suasana persekitaran yang tidak meyakinkan menyebabkan mereka gagal membuat pengakuan sebenar, malah mereka sebenarnya takut untuk memberitahu keadaan sebenar memandangkan jika mereka berbuat demikian mereka akan berhadapan dengan hukuman oleh SB," tegas Yap.

Yap berkata demikian semasa mengulas mengenai laporan lawatan Hamdan ke atas lima pelajar yang menuntut di Pakistan yang ditahan ISA. Mereka ditahan pada September 2003 berikutan tuduhan menjadi kader kepada gerakan Jemaah Islamiyah (JI) iaitu terbabit dengan kumpulan Al Ghuraba.

Laporan mengenai keadaan lima tahanan ISA yang dibuat Suhakam itu dikeluarkan oleh Hamdan pada 2 Jun lalu. Lawatan tersebut dibuat setelah GMI pada minggu lalu menggesa Suhakam untuk kerap mengadakan lawatan ke atas tahanan tersebut.

Lima pelajar tersebut ialah, Mohd Ikhwan Abdullah, Muhammad Radzi Abdul Razak, Abi Dzar Jaafar, Mohd Akil Abdul Raof dan Eddy Erman Shahime.

Kata Yap, dakwaan beliau terhadap perkara tersebut berasas, kerana jika diteliti laporan Hamdan mengenai kondisi pelajar tersebut menunjukkan mereka menghadapi tekanan.

Tahanan tidak tahu kitaran waktu siang atau malam

Menurut laporan itu kata Yap lagi, kesemua pelajar terbabit tidak tahu mereka ditahan di mana, malah mereka juga tidak diberitahu mengenai masa yang mengakibatkan mereka tidak tahu kitaran waktu siang dan malam.

"Bagi mereka malam dan siang sama sahaja, apa buktinya kalau dikatakan mereka ini berada dalam keadaan baik sedangkan mereka dinafikan untuk mengetahui perjalanan waktu, keadaan ini sudah cukup menjelaskan kezaliman yang mereka hadapi" jelasnya lagi.

Menurut Yap, pihaknya kesal dengan penafian hak keluarga tahanan untuk mengetahui status di mana tahanan ditahan.

Katanya, mengikut peraturan arahan penahanan, pihak Menteri sepatutnya memberi arahan di mana lokasi penahanan yang sepatutnya dibuat.

Bebaskan tahanan, pastikan mereka mendapat pelajaran yang sempurna

Yap yang juga Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa kesemua tahanan di kalangan pelajar tersebut dibebaskan segera, supaya mereka dapat menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan baik.

Katanya lagi, laporan Hamdan menyatakan bahawa mereka (tahanan) diberikan kelas tambahan pada setiap hari bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang kecuali bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Agama Islam.

Respons kepada kenyataan itu katanya, kelas tambahan selama dua jam tidak cukup bagi pelajar yang mahu menghadapi peperiksaan yang besar.

"Dengan hanya dua jam kelas, mampukah mereka menghadapi peperiksaan, sedangkan kawan-kawan mereka di luar mempunyai enam ke tujuh jam waktu persekolahan tidak termasuk kelas tambahan lagi untuk bersedia menghadapi peperiksaan," tegasnya.

Justeru beliau menggesa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) mengeluarkan arahan segera membebaskan tahanan tersebut lebih-lebih lagi mereka tidak dibuktikan bersalah di Mahkamah.

Selain itu, beliau juga menyeru Suhakam mengadakan lawatan di sel-sel tahanan bagi memastikan keadaan sebenar yang berlaku.

Kehadiran SB dalam setiap pertemuan dengan keluarga membimbangkan

Wakil GMI, Badaruddin Ismail menegaskan, pihaknya dimaklumkan keluarga tahanan juga harus membuat temujanji dengan pihak berkuasa sebelum sesuatu lawatan dibuat.

Kata beliau, mengikut peraturan yang termaktub dalam akta tersebut, pihak keluarga perlu dibenarkan untuk mengadakan lawatan sekali seminggu.

Bagaimanapun hak tersebut dinafikan oleh pihak berkuasa, malah lawatan pihak keluarga turut dihadiri oleh SB yang disifatkan menganggu perbualan antara keluarga dengan tahanan.

"Mereka (SB) mencatatkan setiap apa yang keluarga dan tahanan bualkan, menyebabkan gangguan kepada tahanan dalam memberi apa-apa kenyataan mengenai apayang berlaku dalam tahanan," tegas Badaruddin lagi.

GMI tetap dengan pendirian penahanan di bawah ISA zalim dan tidak sah

Kata Yap, pihaknya konsisten dengan pendirian mereka bahawa ISA harus ditentang dan dimansuhkan kerana akta tersebut membenarkan mereka yang tidak bersalah dipenjarakan.

Malah ISA tidak pernah memberi peluang kepada tahanan untuk setidak-tidaknya dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan samaada bersalah atau tidak.

Justeru beliau sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa ISA harus dimansuhkan dan kesemua tahanan perlu dibebaskan segera. - WN/mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 05-06-04 18:13





Sesi soal jawab bersama bekas tahanan ISA di Islam Online..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-06-04 19:25


Isu ISA: Kenyataan Nazri disifatkan tidak bertanggungjawab

Monday, June 07 @ 18:35:58 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap rakyat yang cuba dinafikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz memperlihatkan kerajaan tidak bertanggungjawab berhubung kes itu.



"Kerajaan tidak mengaku bahawa ia terlibat dalam menyalahgunakan akta tersebut sebaliknya menyalahkan sesetengah pegawai polis,” kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh.

Katanya, penafian Nazri menunjukkan kerajaan sebenarnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas akta yang mereka gunakan atas alasan keselamatan dalam negeri.

Syed Ibrahim berkata demikian semasa mengulas kenyataan Nazri semasa penyerahan Laporan Hak Asasi Manusia 2003 â€Civil and Political Right’ oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Parlimen pagi tadi.

Nazri dalam sidang media sempena penyerahan laporan itu antara lain berkata, kerajaan tetap mempertahankan penggunaan ISA.

Beliau yang menolak sebarang dakwaan mengatakan ISA disalahgunakan bagaimanapun berkata kesalahan penyalahgunaan akta mungkin sekali sekala dilakukan pihak berkuasa.

Syed Ibrahim tidak berpuas hati dengan kenyataan Nazri itu dan membayangkan bahawa kenyataan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

Syed Ibrahim yang ditemui selepas majlis itu berkata Nazri sepatutnya tidak hanya menyalahkan pegawai polis sedangkan mereka (pihak berkuasa polis) hanya menjalankan tugas berdasarkan arahan.

"Akta ini dikuatkuasakan oleh kerajaan melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN). Arahan adalah daripada menteri yang terbabit, tidak timbul soal hanya menyalahkan sesetengah pihak berhubung pencabulan akta tersebut," kata Syed Ibrahim.

Beliau kesal dengan kenyataan Nazri kononnya ISA masih relevan bagi menentang keganasan di negara ini.

Katanya, ISA adalah akta untuk menyelamatkan kedudukan kerajaan dan survival politik kerajaan pemerintah.

Katanya, ISA mencabuli hak asasi manusia terutamanya melakukan penahanan tanpa perbicaraan di mahkamah.

"Setakat ini 91 anggota keluarga, yang terdiri daripada anak-anak, isteri dan ibu kehilangan tempat bergantung setelah ketua keluarga mereka ditahan di bawah ISA yang zalim.

“Nasib mereka tidak dibela oleh kerajaan yang kononnya mengamalkan sikap keprihatinan kepada rakyat," kata Syed Ibrahim.

Justeru GMI katanya, akan terus menentang ISA dan mahu kerajaan menghapuskan ISA malah membebaskan semua tahanan secepat mungkin.

Selain itu, pihaknya juga menyahut cabaran Nazri yang bercadang mengadakan forum terbuka membincangkan masalah ISA terutama sekali selepas isu penderaan tahanan ISA didedahkan.

Rombongan penyerahan Laporan Suaram itu disertai pengarah eksekutifnya, Chynthia Gabriel; koordinatornya, Badaruddin Ismail, Setiausaha Agung Pergerakan Pelajar Demokratik (Dema), Chan Lih Kang dan beberapa aktivis hak asasi manusia.

Sementara di pihak Parlimen, Nazri turut ditemani timbalannya, M Kayveas dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Lim Kit Siang. – lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-06-04 17:05


Wan Azizah desak jangan sambung lagi tempoh tahanan mangsa ISA

Tuesday, June 08 @ 15:55:30 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Hrkh) - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) digesa membebaskan segera semua tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih-lebih lagi 11 orang yang akan tamat tempoh penahanan Sabtu ini.



Presiden Parti KeADILan Rakyat, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang medianya di Parlimen pagi tadi menegaskan, jika kerajaan enggan berbuat demikian, tahanan sewajarnya dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan atau membela diri.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-06-04 17:38


Tahanan ISA digari ketika pengebumian ayah sendiri

Thursday, June 10 @ 14:55:49 MYT


KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), telah digari tangannya, dengan kawalan Pegawai Cawangan Khas (SB) sewaktu menghadiri upacara pengebumian arwah ayahnya.

Isteri tahanan berkenaan, Norlaila Otman berkata ayahnya meninggal dunia pada akhir bulan Jun, tahun lalu.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan pendedahan mengenai kekecewaannya terhadap akta ISA kepada Wartawan Harakahdaily semalam.

Menurut Norlaila, pada hari pengebumian, enam orang SB, sentiasa mengekori keluarga tahanan dan telah dengan sengaja melewatkan lawatan suami beliau, Mohd Sah Mohd Satray.

Katanya lagi, setelah jenazah dihantar ke tanah perkuburan, barulah mereka bergerak dari balai polis di sebuah pekan kecil yang enggan dinyatakan.

"Sewaktu menuju ke tanah perkuburan. Kedua-dua tangan suamiku digari. Dalam keadaan bergari, dengan susah payah beliau cuba menyentuh pipi dan seterusnya mencium dahi arwah ayah, buat kali terakhir...sebelum dimasukkan ke liang lahad," jelasnya lagi.

Kata Norlaila, suasana sekeliling menjadi sepi buat seketika. Semua yang berada di tanah perkuburan ketika itu, hanya tunduk menahan sebak dan pilu apabila menyaksikan peristiwa tersebut.

Tambahnya, ada di kalangan saudara-mara yang terpaksa menjauhkan diri dari kawasan perkuburan kerana tidak dapat menahan tangisan disebabkan melihat sendiri layanan yang diberikan oleh pihak polis terhadap suami beliau.

Ayah sering sakit sejak dengar berita penahanan

Menurut Norlaila, setahun sejak penahanan suami beliau di bawah ISA, kesihatan ayah beliau semakin merosot.

Kata Norlaila, mengimbau kembali peristiwa penahanan suaminya, waktu itu arwah ayahnya mengetahui penangkapan itu melalui akhbar tempatan.

Katanya lagi, beliau sendiri tidak sempat memberitahu secara peribadi kepada arwah ayahnya kerana masih terperanjat dengan peristiwa yang berlaku.

Selain itu, Ibu beliau sendiri hampir pengsan melihat wajah suami beliau terpampang di dada akhbar dengan tajuk 14 KMM Ditangkap.

Tambahnya, arwah bapanya sendiri terdiam dan tidak berkata apa-apa buat beberapa ketika.Pada hari yang sama, beliau telah menelefon arwah ayahnya untuk memberitahu peristiwa penangkapan tersebut.

Bagaimanapun, beliau sendiri tidak dapat meneruskan hasrat itu kerana terganggu dengan esak tangis ibu dan arwah bapa, silih berganti berikutan membaca berita mengenainya.

Kepulangan beliau ke kampung telah memburukkan lagi keadaan kerana arwah bapanya beria-ia meminta beliau supaya berhenti kerja di Kuala Lumpur dan tinggal di kampung bersamanya, supaya beliau tidak di tangkap di bawah ISA seperti suaminya.

Jelas Norlaila, arwah ayahnya berkata demikian kerana, dari 14 orang yang ditahan pada malam yang sama suaminya ditahan, ianya melibatkan seorang wanita, iaitu Puan Chomel atau Sejahratuldirsina Mohammad.

Pada 29 Jun 2003, arwah ayahnya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Tiga hari sebelum pemergian arwah ayahnya, Norlaila sempat meminta pihak Kemta menghantar suaminya pulang ke kampung untuk menziarahi arwah ayahnya yang ketika itu sakit tenat.

Urusan tersebut bukannya mudah. Beliau terpaksa â€bertengkar’ dengan pegawai Kem Tahanan Kamunting (Kemta), dan juga SB yang bertugas di balai polis, di pekan kecil tempat bapanya bermastautin.

Beliau melahirkan kekesalan di atas kejadian yang bukan sekadar mengaibkan, malah memburukkan keadaan ketika majlis pengkebumian tersebut.

Mohd Sah akan cukup tempoh penahanan selama dua tahun pada 12 Jun ini. Justeru Norlaila berharap, suami dan 11 lagi rakannya yang dituduh terlibat dengan Jemaah Islamiyah dan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) akan dibebaskan.

Bagaimanapun jika KKDN tidak membebaskan mereka, beliau bertekad akan tetap bersama-sama Jawatankuasa Kerja Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) meneruskan semua kempen yang telah dirancang, bagi membebaskan semua tahanan ISA yang masih ditahan di Kamunting. - WN/mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-06-04 19:37


Perogol, pembunuh lebih beruntung daripada tahanan ISA

Friday, June 11 @ 15:30:09 MYT
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Individu yang dituduh terlibat dengan kejadian rogol dan bunuh disifatkan lebih beruntung daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di negara yang gah melaungkan Islam Hadhari.

"Apa tidaknya mereka (perogol atau pembunuh) setelah ditahan reman akan dihadapkan di mahkamah untuk dibicarakan, sementara tahanan ISA walaupun 60 hari dalam tahanan reman, tetap tidak didakwa di mahkamah,jauh sekali untuk dibicarakan," jelas seorang isteri tahanan, yang mahu dikenali sebagai Suhaib.

Beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily menjelaskan, dalam satu pertemuan di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN), beliau telah menyatakan kepada wakil KDN bahawa di negara ini yang mengamalkan Islam Hadhari, pembunuh dan perogol lebih beruntung kerana sebaik sahaja mereka ditangkap, mereka akan terus dihadapkan ke mahkamah terbuka.

Sementara perbicaraan ke atas mereka dapat dijalankan dengan telus tanpa sebarang campur tangan mana-mana menteri.

Haniff Basree dan Mohd Najib lebih untung dari tahanan ISA

Menyingkap semula kes rogol dan bunuh Canny Ong dan Noritta Samsuddin, tertuduh bagi kes Canny Ong, Mohd Najib dan tertuduh bagi kes Noritta, Mohd Hanif Basree segera dihadapkan ke mahkamah.

Malah perbicaraan mereka berdua dilaporkan di dada-dada akhbar.Segala pembuktian membabitkan tuduhan terus dilaporkan.

Keadaan sebaliknya terjadi dengan kes ISA kata Suhaib, walaupun pihak Pendakwaraya gagal memberi hujah yang jelas terhadap tuduhan yang telah dilemparkan kepada tahanan. Akta itu sendiri telah memperuntukkan bahawa kuasa Menteri Dalam Negeri tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun.

Selain itu beliau menjelaskan, dalam akta ISA kuasa Menteri Dalam Negeri terlalu besar, seolah-olah beliau adalah tuhan yang menentukan nasib rakyat yang dipilih untuk dijadikan mangsa.

"Sebab itu, sekiranya tahanan tersebut telah memenangi kesnya, dia akan ditangkap semula sebaik sahaja keluar dari kem tahanan.

Nasaruddin Nasir ditahan semula selepas 10 minit dibebaskan

Sebagai bukti kepada dakwaan beliau, Suhaib membawa kes yang berlaku kepada tahanan ISA, Nasaruddin Nasir yang mana Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Suriadi pada 9 Nov 2002 telah memutuskan bahawa penahanan Nasaruddin tidak sah.

Tetapi beliau telah ditahan semula, 10 minit selepas keluar dari Kemta dengan nombor tahanan yang baru. Penahanan Nasarudin juga sepatutnya tamat pada 12 Jun ini.

Kes Ustaz Mohd Iqbal Abd Rahman berbanding kes tahanan ISA lain

Kata Suhaib penahanan suaminya bersama 11 tahanan yang lain telah dikaitkan dengan seorang pendakwah Indonesia yang pernah mendapat taraf penduduk tetap(PR), Ustaz Mohd Iqbal Abdul Rahman.

Pada bulan Mei yang lepas, Hakim Dato' Kadir Musa, iaitu hakim jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah menjatuhkan hukuman bahawa penahanan ISA terhadap Mohd Iqbal adalah tidak sah.

Mohd Iqbal telah dibebaskan dari ISA sebaik saja genap dua tahun tempoh tahanannya tamat pada 22 Ogos 2003.

Bagaimanapun beliau kemudiannya ditahan semula dan ditempatkan di pejabat Imigresen Ajil, di Terengganu selama tujuh bulan.

Jika sebelum ini, penahanan Mohd Iqbal tidak sah, berbeza pula dengan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas suami Suhaib dan tujuh yang lain Pada bulan Februari 2004.

Hakim yang sama, iaitu Dato' Kadir Musa, juga di mahkamah yang sama, iaitu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah menolak permohonan suaminya bersama tujuh tahanan yang lain.

Permohonan itu adalah meminta mahkamah menyatakan bahawa penahanan kerajaan Malaysia terhadap mereka adalah tidak sah.

ISA pelik, tahan atas dasar ikut kelas pengajian agama

"Inilah peliknya ISA, Ustaz Mohd. Iqbal selaku individu yang menjadi tajuk utama terhadap penahanan suami saya dan tujuh yang lain, telah pun dibebaskan dari ISA. Tetapi orang lain yang hanya mengikuti kelas-kelas pengajiannya terus terpenjara," keluh Norlaila.

Mohd Iqbal telah pun dihantar pulang ke Indonesia, dua minggu yang lalu berikutan Mahkamah mendapati penahanan beliau di bawah Akta Imigresen sebagai tidak sah.

Sementara itu, 11 tahanan yang dituduh terlibat dengan Jemaah Islamiyah (JI) serta 22 tahanan ISA yang telah cukup tempoh 2 tahun telahpun dilanjutkan penahanan mereka pada bulan Februari dan Mac yang lalu.

Jelas Suhaib, begitulah zalimnya kuasa Menteri Dalam Negeri. Kerajaan memenjara rakyat yang tidak bersalah mengikut kehendak hati mereka. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-06-04 23:24


Tempoh tahanan 10 ahli KMM dilanjut dua tahun lagi
Oleh Azmi Md Deros


KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas 10 lelaki disyaki anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang berakhir semalam, dilanjutkan selama dua tahun lagi.
Sumber-sumber berkata, kerajaan memutuskan untuk menyambung tempoh tahanan itu kerana berpendapat mereka masih boleh mengancam keselamatan negara dan belum tiba masanya untuk dibebaskan.

Sebahagian daripada ahli keluarga tahanan terbabit sudah diberitahu mengenai lanjutan tempoh berkenaan, petang semalam.

Sementara itu, pengumuman rasmi mengenai lanjutan tempoh tahanan itu akan dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Noh Omar pada satu majlis, esok.

Noh bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai perkara itu.

Mereka ditahan polis pada April 2002, tetapi kemudiannya ditahan mengikut Seksyen 8 (1) ISA pada 12 Jun 2002 dan sepatutnya tempoh tahanan berkenaan tamat semalam.

Kumpulan itu, termasuk Mohd Shah Mohd Satray, 41; Syed Ali Syed Abdullah, 44; Mazlan Ishak, 42; Mior Mohd Yuhana Hamidun, 56; Shakom Shahid, 49; Mohd Yusof Herwan @ Yunus Ayam, 64; Yusrin Haiti, 33; Azmi Khan Mahmood @ Azmi Teksi, 38; Jafar Saldin @ Jafar, 42 dan Shamsuddin Sulaiman, 34.

Kumpulan berkenaan ditahan dalam fasa ketiga operasi polis mengesan dan menangkap ahli KMM.

Operasi fasa pertama bermula 29 Mei 2001 hingga 9 November 2001 dan berjaya menahan 25 anggota KMM, manakala 23 lagi ditahan dalam operasi kedua dari 9 Disember 2001 hingga 21 Januari 2002.

Dengan penahanan dalam fasa ketiga itu, polis sudah menahan 62 anggota KMM sejak operasi memburu anggota kumpulan itu dilancarkan akhir Mei 2001. Bagaimanapun, sebahagian daripada mereka dibebaskan bersyarat.

Kerajaan mengambil tindakan mengikut ISA kerana mendapati pergerakan kumpulan itu boleh menjejaskan keselamatan negara kerana mereka merancang mewujudkan satu perikatan kumpulan militan yang bermatlamat menubuhkan sebuah negara Islam di Asia Tenggara terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Mindanao, Brunei dan Singapura melalui kekerasan.

Sementara itu, isteri Mohd Shah, Nor Laila Othman ketika dihubungi Berita Minggu mengesahkan beliau sudah diberitahu oleh pegawai Cawangan Khas Bukit Aman mengenai perlanjutan tempoh tahanan ISA itu dua tahun lagi.




mcm mana ni???kerajaan...
sape nak tanggung anak bini diaorang??/
zalim sungguh.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-06-04 23:41


apa itu islam hadhari yer????

-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-06-04 20:57


Tahanan ISA: Surat Presiden PAS kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri

Monday, June 14 @ 10:47:24 MYT


KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang baru-baru ini mengutuskan surat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung soal tahanan ISA. Berikut disiarkan sepenuhnya kandungan surat daripada Presiden PAS;

12 Jun 2004

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi

Menteri Keselamatan Dalam Negeri

Putrajaya.

YAB Dato’ Seri,

BEBASKAN TAHANAN ISA YANG TAMAT TEMPOH PENAHANAN

Hari ini genaplah 2 tahun penahanan 12 orang tahanan Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting. Ternyata sehingga ke akhir tempoh penahanan ini tidak ada kes yang dikemukakan ke mahkamah terbuka bagi membuktikan kesalahan mereka ini.

Peluang selama 2 tahun ini tidak digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengesahkan penahanan mereka atas apa juga alasan yang dikatakan dilakukan oleh anak-anak muda ini.

Berdasarkan tuntutan keadilan dan perikemanusiaan, Parti Islam Se Malaysia (PAS) mendesak kerajaan Malaysia melepaskan tanpa sebarang syarat 12 orang tahanan yang telah menjalani tempoh tahanan yang ditetapkan selama 2 tahun.

Mereka sedang dinanti oleh kaum keluarga dan sahabat handai. Sebarang tindakan untuk menyambung penahanan mereka seperti yang dilakukan ke atas beberapa orang tahanan ISA sebelum ini adalah tindakan kezaliman yang tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia hari ini.

Seterusnya PAS mendesak supaya lain-lain tahanan yang tidak berupaya dibuktikan kesalahan mereka oleh mahkamah terbuka dibebaskan sama. Akhirnya kami menuntut supaya ISA yang telah banyak kali disalahgunakan oleh pihak berkuasa dihapuskan sama sekali.

Tindakan di atas akan dapat membantu memulihkan imej Malaysia yang tercemar akibat penguatkuasaan akta yang tidak demokratik dan zalim ini.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

DATO’ SERI HJ ABDUL HADI AWANG

PRESIDEN PAS





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-06-04 22:24


ISA: Abdullah didakwa lindungi anak sendiri, lanjut tahanan mangsa lain

Tuesday, June 15 @ 11:39:52 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi didakwa melindungi anaknya sendiri yang terlibat menjual secara gelap komponen senjata nukleur dari ISA tetapi dalam masa yang sama melanjutkan tempoh tahanan mangsa lain.

Beliau juga didakwa mengikut telunjuk Amerika apabila melanjutkan tempoh penahanan 11 tahanan mengikut akta itu.

"Adakah kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Abdullah, sudah kehabisan modal untuk ditukar dengan pelaburan dari Amerika, sehingga beliau sanggup menjadikan hak asasi suami kami sebagai tukarannya?" tanya Koordinator Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (PSK-GMI), Norlaila Othman.

Beliau berkata demikian ketika memberi komennya terhadap lanjutan perintah tahanan 11 tahanan ISA selama dua tahun lagi, Sabtu lalu.

Mereka ialah Agung Biadi Ahmad Bunyamin, Azmi Khan Mahmood, S Mukhlis Abdul Halim, Jaafar Saldin, Mat Sah Mohd Satray, Mazlan Ishak, Nasharuddin Nasir, Shakom Shaid, Shamsuddin Sulaiman, Syed Ali Ayed Abdullah dan Yusrin Haiti.

Beliau berkata Abdullah tidak pernah memikirkan penyeksaan terhadap tahanan, anak-anak keluarga yang menjadi mangsa ISA kerana sentiasa bijak melindungi kesalahannya.

Sebagai contoh dakwa Norlaila anak Abdullah, Kamaluddin bijak berniaga di pasaran gelap dan tindakanya sentiasa lindungi bapanya walaupun memberi kesan kepada keselamatan dalam negara.

Bagaimanapun jelas Norlaila, sebaliknya berlaku kepada tahanan ISA yang dituduh terbabit dengan Kumpulan Mujahidin (Militan) Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI).

"Bukankah suami kami telah dua tahun menjalani pemulihan di Kem Tahanan Pemulihan Kamunting? Apakah yang telah Dato’ lakukan sepanjang tempoh tersebut sehingga dengan sewenang-wenangnya mereka akan terus ditahan lagi disitu?" tanya beliau.

PSK GMI kesal Abdullah tidak memikirkan nilai dan sifat kemanusiaan sehingga sanggup bertindak membawa tahanan dari Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di Taiping dan dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur, hanya untuk ditunjukkan surat bahawa penahanan terhadap mereka dilanjutkan.

Masih mengancam negara?

Malah tambahnya, antara sebab lanjutan penahanan dalam surat perintah sekali lagi mendakwa tahanan masih menjadi ancaman kepada negara.

Beliau berkata PSK GMI kesal Abdullah sedikitpun tidak menghiraukan perasaan isteri dan anak-anak tahanan yang setiap saat menunggu kepulangan suami atau bapa masing-masing.

"Apakah agaknya perasaan Abdullah jika sekiranya perkara yang sama terjadi pada anak, menantu, cucu atau cicit beliau kelak," kata Norlaila.

PSK GMI menggesa Abdullah memberi penjelasan apakah kerosakan atau kebinasaan yang telah dilakukan oleh suami mereka hingga mereka masih dituduh menjadi ancaman kepada negara.

"Satu dosa yang besar bagi seorang Islam memisahkan hubungan kasih-sayang suami dan isteri, serta anak-anak," ujarnya.

Abdullah seterusnya disifatkan melakukan segala kezaliman hanya kerana menjaga harta, pangkat dan kedudukan di dunia yang hanya bersifat sementara sehingga tidak memikirkan persoalan di Mahsyar kelak.

Akan tuntut pembalasan di akhirat

Justeru sebagai rakyat yang dizalimi, PSK GMI menegaskan, bahawa mereka tidak pernah reda dengan segala tindakan ke atas suami mereka.

"Kami para isteri terpaksa menanggung akibatnya. Kami yang terpaksa berusaha mencari rezeki untuk menanggung anak-anak yang kebanyakannya masih kecil dan semuanya di bangku sekolah," jelas Norlaila.

PSK GMI sekali lagi menegaskan bahawa tindakan melanjutkan penahanan 11 tahanan ISA memperlihatkan Abdullah lebih rela rakyat terseksa demi melihat kepatuhan kepada Amerika melebihi Tuhan Yang Maha Berkuasa.

"Sebagai seorang Islam, kami yakin, suatu hari kelak, setiap penganiaya, mereka yang melakukan kejahatan dan kezaliman itu pasti dibalas oleh Allah yang Maha Kuasa.

“Sekiranya kami tidak melihat pembalasan itu di dunia pun, kami tetap akan menunutut pembalasan itu di akhirat kelak," kata Norlaila, isteri salah seorang tahanan, Mohd Sah Mat Satray. – lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-06-04 17:10


Amalan Umno mengenai ISA sangat primitif – Nik Aziz

Thursday, June 17 @ 14:24:56 MYT


KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) – Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta memperbetulkan akta ISA yang dikritik hebat semua pihak sekarang.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap menteri terbabit mencari jalan bagi memperbetulkan akta tersebut.

“Carilah jalan, benda yang tidak baik, usahalah dipertahankan. Ingatlah kamu akan kemurkaan Allah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau berkata, laporan tahunan Suhakam 2003 mengesahkan terdapat penderaan ke atas tahanan ISA sewaktu dalam tahanan polis.

Ekoran itu, katanya, Suhakam mencadangkan ISA dimansuhkan diganti dengan undang-undang baru yang lebih berlandaskan kepada prinsip hak asasi manusia.

“Ertinya ISA itu zalim dan bercanggah dengan deklarasi hak asasi manusia yang diiktirafkan sedunia. Waraskah, adilkah dan cukupkah dengan sekadar satu tuduhan oleh kerajaan lalu seseorang itu disahkan terus menjadi pengganas,” katanya.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik sebagai berkata, dakwaan tahanan ISA didera seperti di Penjara Abu Gharib di Iraq adalah tidak benar sama sekali.

Abdullah menyifatkan dakwaan itu sebagai nakal kerana setakat ini beliau tidak pernah mendengar apa yang spesifik seperti kekejaman yang berlaku di Abu Gharib.

Harakah keluaran Mei lalu memaparkan lakaran kartun oleh seorang mangsa tahanan ISA yang bakal dihantarkan kepada Suruhanjaya Polis, memperlihatkan tahanan terbabit ditelanjangkan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Umno sekarang sedang melaung-laungkan Islam Hadhari, sedangkan amalannya berkaitan ISA sangat primitif.

“Umno mengembalikan Malaysia ke zaman dinasour. Amerika dibenci kerana mengganas tanpa bukti terhadap Afghanistan, Guantanamao dan Iraq. Malaysia pula bagaimana,” soalnya.

Beliau juga berkata, ISA adalah bertentangan dengan Islam kerana tuduhan dibuat tanpa bukti, tidak dihadapkan ke mahkamah, tiada hak pembelaan dan dihukum tanpa disabitkan kesalahan. - MJ /zs





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-06-04 17:12


Debat Nazri, Kit Siang 11 Julai


SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dijangka berdebat dengan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Dewan Perhimpunan Cina Selangor pada 11 Julai depan.
Nazri berkata, perdebatan dijangka menjadi realiti berikutan persetujuannya dan Lim yang mengunjungi pejabatnya kelmarin dan menyerahkan format perdebatan kepada penganjur.

"Saya akan berdebat dengan Kit Siang secara satu lawan satu mengenai ISA. Saya mewakili kerajaan dan dia sebagai wakil pembangkang. Ia berlangsung selama dua jam termasuk sesi soal jawab dengan hadirin.

"Pada mulanya Kit Siang mencadangkan supaya perdebatan diadakan dalam bentuk dua kumpulan iaitu tiga orang bagi setiap pihak tetapi saya tidak bersetuju. Saya mahu dia dan saya saja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Mesra Siswa Pelajar Baru di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Terdahulu, Nazri berkata, kerajaan memberi jaminan kaum Melayu tidak dipinggirkan dalam proses pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Beliau berkata, masyarakat Melayu tidak perlu bimbang dengan keputusan kerajaan sebelum ini yang memansuhkan sistem kuota dan menukarkannya kepada sistem meritokrasi.

"Kerajaan tidak akan buat keputusan yang merugikan bangsa Melayu, sebaliknya keputusan berkenaan bukan saja melegakan semua kaum, malah lebih menguntungkan kaum Melayu.



BERDEBAT CARILAH PRESIDEN PAS KE?ORG ISLAM KE?YANG HUJAH DEPA KEMAS SIKIT..NI APE NI??PENAKUT APE?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 01:55


ISA: Kaji hukuman demi masa depan keluarga tahanan

Thursday, June 17 @ 18:14:21 MYT


Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Dr Harlina Halizah Siraj meminta Kementerian Keselamatan Dalam negeri (KDN) menilai kembali hukuman tahanan ISA yang terpisah dengan keluarga demi masa depan anak-anak tahanan.

Bersempena dengan 'Hari Bapa' yang akan disambut pada 20 Jun ini, Harlina berharap kementerian menilai semula hukuman tahanan ISA yang terdiri daripada kaum bapa supaya nasib anak-anak mereka tidak terabai.

Beliau berkata, anak-anak tahanan ISA akan mengalami stigma bahawa bapa mereka adalah jahat oleh rakan-rakan sekolah dan ini akan menganggu pembelajaran mereka.

"Ada sesetengah mereka dipulaukan rakan sekolah kerana bapa mereka dipenjara," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena Hari Bapa yang bertajuk "Penegasan Kepada Para Bapa: Keluarga Dahagakan Kepimpinan Berwibawa" di pejabat JIM, Taman Melawati hari ini.

Beliau mengakui kebanyakkan keluarga mangsa bergantung sepenuhnya kepada sumber pendapatan suami kerana isteri mereka adalah suri rumah sepenuh masa.

Bagaimanapun katanya, pihak JIM turut membantu keluarga tahanan ISA ini dengan membuat pelbagai program demi membantu meringankan bebanan mereka antaranya, "Hapuskan Derita Kami".

"JIM memang memberi sokongan dan semangat untuk keluarga mangsa supaya mereka tidak berputus asa dalam mengharungi hidup tanpa orang tersayang," katanya.

Dalam pada itu, Harlina berkata, pada hari tersebut para bapa boleh meraikan terutamanya dalam menyorot semula sejauhmana keberkesanan dan kejayaan pada bapa dalam memainkan perananya dalam keluarga dan masyarakat.

Katanya, agama Islam meletakkan tanggungjawab yang berat ke atas bahu kaum bapa malah di dalam Al-Quran banyak memperingatkan kaum lelaki agar tidak lalai menjalankan perananmereka seperti dalam ayat ke-34 surah An-Nisa dan ayat ke-6 surah At-Tahrim.

Namun, dalam satu kajian rambang mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak mereka didapati sebahagian bapa amat jarang melakukan aktiviti bersama seperti solat berjemaah (42%), membaca Al-Quran (62%) dan membaca ilmiah (46%).

"Fenomena ini membimbangkan kami, kerana aktiviti seperti inilah akan membentuk hubungan emosi yang konstruktif dan kebersamaan dengan anak-anak,"katanya. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

zaidharisah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.03.2004
Ahli No: 8057
Posting: 65
Dari: bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 18-06-04 09:26


dulu isa diwujudkan oleh inggeris utk kominis yg menentang kerajaan secara kekerasan tetapi sekarang sape yg lwn kominis pulak kena tangkap cam KMM yg menentang puak kominis yg menceroboh afghanistan. kerajaan m'sia ingatlah bahawa doa org yg dizalimi akan diangkat terus oleh allah. takut lah dgn azabNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidharisahProfil   Hantar PM kepada zaidharisah   Pergi ke zaidharisah's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 19:48


Tahanan ISA dinafi hak kebebasan beragama

Monday, June 21 @ 14:19:23 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Hrkh) - Koordinator Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (PKS GMI), Norlaila Othman menegaskan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk menafikan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Kata Norlaila, tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke atas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berat dari sudut pandangan Islam.

Beliau berkata demikian dalam responsnya kepada perintah lanjutan 11 tahanan ISA 12 Jun lalu.

Tahanan ISA didakwa menjadi anggota Jemaah Islamiah (JI) yang mana mereka dituduh berjanji untuk menjaga agama dan keimanan mereka sehingga sanggup untuk mati syahid.

"Bukankah sungguh murni cita-cita tersebut? Apa yang mereka lakukan itu adalah hak mereka yang sememangnya sah termaktub dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Bukankah semua rakyat Malaysia berhak mempraktikkan agama masing-masing?," soal Norlaila.

Jelasnya, perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan kebebasan beragama iaitu bebas mengamalkan, menganuti dan menjalankan aktiviti keagamaan.

Katanya lagi, PKS GMI mahu KDN segera memberi penjelasan apakah benar mereka yang ditahan di bawah ISA adalah anggota JI yang sebenar seperti yang dicanangkan di seluruh negara.

Ujar Norlaila, sebaliknya berlaku, kerajaan begitu enggan untuk menghadapkan mereka ke mahkamah bagi dibuktikan sebagai bersalah atau tidak.

"Saya membuat kesimpulan, mereka ini bukanlah anggota JI yang sebenar kerana setelah dua tahun ditahan, mereka dilihat tidak berusaha untuk mempertahankan agama mereka melainkan sentiasa menurut kata-kata pegawai cawangan khas (SB), yang menjanjikan pembebasan jika berkelakuan baik," tegas Norlaila.

Bagaimanapun setelah dua tahun menjalani hidup di penjara, mereka sekali lagi dilanjutkan penahanan sehingga 2006.Beliau menyifatkan bahawa tindakan mengikut kata sebagai tidak memberi kelebihan kepada mereka yang sebenarnya tidak bersalah.

21 Jun lalu KKDN mengarahkan 11 tahanan ISA dilanjutkan penahanannya selama dua tahun lagi sehingga 2006.

Mereka ialah Agung Biadi Ahmad Bunyamin, Azmi Khan Mahmood, S Mukhlis Abdul Halim, Jaafar Saldin, Mat Sah Mohd Satray, Mazlan Ishak, Nasharuddin Nasir, Shakom Shaid, Shamsuddin Sulaiman, Syed Ali Ayed Abdullah dan Yusrin Haiti.

Tahan untuk lengkapkan dakwaan terdapat 200 pengganas di Malaysia

Menurut Norlaila, tahanan ISA ditahan kerana kononnya, pada tahun 2002 yang lalu, di Malaysia ada 200 orang pengganas. PKS GMI menyifatkan penahanan mereka sebenarnya hanyalah untuk mencukupkan bilangan tersebut.

Sebagai bukti kata beliau sepanjang dua tahun ditahan, KDN tidak pernah sekalipun membawa mereka ke mahkamah terbuka untuk dibicarakan.

Tambahnya, dalam masa yang sama juga ahli keluarga mereka menjadi mangsa utama terhadap penahanan yang tidak tentu bila akan sampai penghujungnya.

Kes ISA penganut agama lain boleh bebas, tetapi Islam tidak bebas

Norlaila juga terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengenai kes mahkamah Jamaludin Othman @Joshua melawan Kerajaan Malaysia.

Kata beliau, Joshua asalnya ialah seorang Islam yang kemudiannya telah menukarkan agamanya kepada agama Kristian. Beliau kemudian telah ditahan dibawah ISA kerana didakwa banyak mempengaruhi rakyat Malaysia yang lain supaya menganut Kristian.

Sambungnya, Joshua telah mmembuat 'habeas corpus' untuk membuktikan penahanannya tidak sah, kerana sebagai rakyat Malaysia, beliau berhak untuk mempraktikkan ugama barunya, mengikut hak yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan perkara 153. Menurut Norlaila, Joshua telah memenangi kes itu.

Tahanan ISA perlu perjuang nasib mereka

Justeru Norlaila yang mewakili PSK GMI menegaskan, tahanan perlu memperjuangkan hak mereka kerana mereka sendiri yang sedang menjadi mangsa akta zalim.

Beliau juga mengingatkan tahanan bahawa memperjuangkan hak untuk mengamalkan ajaran Islam itu sama nilainya dengan memperjuangkan Islam sepertimana yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad dahulu.

Selain itu Norlaila juga berharap suaminya, Mat Sah Mohd Satray dan tujuh tahanan ISA yang lain, yang kini masih berada di satu tempat rahsia di Kuala Lumpur ini, tidak akan menerima nasib yang sama seperti lima pelajar Pakistan yang juga telah dikenakan tindakan ISA akhir tahun lepas.

Kata Norlaila, lima pelajar tersebut hingga kini tidak diketahui status lokasi tahanan dan ada sumber menyatakan mereka masih di PRC lagi.

"Suami saya pernah memberitahu bahawa keadaan di PRC jika dibandingkan suasana di Kem Kamunting, umpama langit dengan bumi. Hati manusia manakah yang akan senang bila mengenangkan orang yang disayangi di paksa tinggal di bilik sempit yang kotor, panas, tiada tingkap jauh sekali kipas angin, dengan lampu â€bulb’ yang terpasang 24 jam,"jelasnya.

Bukan setakat itu sahaja tambahnya, tahanan terpaksa menjalani sesi soal-siasat yang lama, sehingga sukar untuk mengingati kitaran waktu malam atau siang.

Perlanjutan tahanan umpama menjadikan mereka 'mumia'

Norlaila seterusnya berkata, dengan perintah lanjutan penahanan terhadap 11 lagi tahanan pada 12 Jun lalu membuatkan tahanan seperti 'mumia' yang disimpan di penjara.

Tambahnya, walaupun mereka masih wujud, boleh diziarahi dan disentuh tetapi tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya sepertimana manusia normal lain yang masih bernyawa.

Justeru beliau sekali lagi mengingatkan tahanan dan keluarga supaya tidak terus membisu dengan kezaliman ISA, sebaliknya bertindak menentang akta tersebut sehingga ISA dimansuhkan. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-06-04 21:35


ISA disalah guna, belenggu hak asasi rakyat

Tuesday, June 22 @ 15:36:00 MYT


KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dapat memberi jaminan rakyat dapat hidup aman dan harmoni kerana akta itu telah merampas hak asasi manusia.



Presiden Pertubuhan Belia Islam Asean (Amsec), Mahfuz Omar menyanggah tanggapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak pernah menyalahgunakan ISA sebaliknya akta itu digunakan sebagai jalan terakhir apabila kerajaan mendapati ada pihak cuba mengancam keselamatan negara.

Menurut beliau, Nazri membuat tanggapan salah kerana rakyat Malaysia sekarang berasa tidak aman memandangkan banyak masalah sosial yang kritikal dan tidak dapat ditangani.

Beliau mempersoalkan, jenayah ragut, rogol, rompakan, pembunuhan yang masih berleluasa sehingga melibatkan kehidupan rakyat tidak selamat.

"ISA bukan penentu pada keamanan dan keharmonian dalam negara sebaliknya akta ini telah merampas hak asasi manusia daripada mendapat pembelaan,"jelasnya.

Menurut beliau, walaupun sejumlah rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA tetapi tidak ada satu jaminan kehidupan yang selamat selagi jenayah rompak, ragut, rogol, pembunuhan, dadah dan sebagainya tidak dapat ditangani.

Mahfuz yang juga AJK PAS Pusat mempertikai kenyataan Nazri tentang kejayaan kerajaan membanteras kegiatan pengganas di Malaysia dengan menggunakan ISA.

"Apa bukti ada pengganas di Malaysia, kalau benar kerajaan perlu membuktikan dakwaan itu. ISA memang berjaya menghapuskan pengganas komunis tetapi sekarang komunis tidak ada, jadi apa gunanya menggunakan ISA," tegasnya.

Beliau menegaskan, adalah tidak benar dakwaan kerajaan Malaysia ada pengganas boleh mengundang campurtangan politik luar seperti Amerika Syarikat, di samping menggugat kredibiliti Polis Diraja Malaysia dan menjejaskan ekonomi negara.

Menurut beliau, siapa yang berani melabur di negara yang penuh dengan pengganas oleh itu kerajaan perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan supaya tidak mendatangkan kesan negatif pada negara.

Nazri perlu jelaskan siapa pengganas

Bekas tahanan ISA, Ustaz Badrulamin Baharon meminta Nazri menjelaskan siapa yang dilabelkan sebagai pengganas dan menyenaraikan semua aktiviti yang dianggap boleh mengancam keselamatan negara.

Menurut beliau, selama ini rakyat tertanya-tanya dan berasa curiga dengan kuasa kerajaan yang menahan seseorang itu tanpa melakukan perbicaraaan.

Katanya, walau apapun tanggapan Nazri terhadap ISA, akta itu tetap zalim kerana mengenepikan hak asasi manusia.

Ustaz Badrulamin yang juga Ahli Majlis Tertinggi KeADILan menegaskan, hanya pihak yang takut sahaja menggunakan ISA supaya rakyat terus membisu, tidak berani mendedahkan penyelewengan kerajaan BN.

Beliau menjelaskan, pihak berkenaan menggunakan ISA kerana takut kehilangan jawatan, kalah dalam politik, hilang perniagaan dan pelbagai kepentingan peribadi.

Katanya, negara ada mahkamah ada sistem perundangan, kalau seseorang itu didapati bersalah dakwa mereka di mahkamah dan kalau bersalah hukum mereka setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

"Saya harap Nazri dan orang yang sama sepertinya sedar, insaf dan `buka mata' bahawa ISA sebenarnya merupakan satu hukuman yang terlalu zalim dan tidak sesuai diamalkan di negara yang kononnya mengamalkan Islam Hadhari," jelasnya

ISA tahan orang tidak bersalah

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Tian Chua menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sering menggunakan ISA untuk menangkap orang yang tidak ada kena mengena dengan ancaman keselamatan negara.

Menurut beliau, ramai tahanan ISA di kalangan orang politik, aktivis masyarakat, NGO yang sebenarnya berjuang untuk memperbaiki keadaan hidup masyarakat.

"Kalau benar ada anasir pengganas yang boleh mengancam keselamatan negara, kita ada undang-undang yang cukup untuk mendakwa mereka ke mahkamah," tegasnya.

Tian Chua menegaskan, dalam prinsip dan konsep undang-undang atau apa sahaja nilai keagamaan tidak boleh menganiaya seseorang tanpa bukti dan menghukum mereka tanpa bicara.

Katanya, apa yang berlaku di Malaysia pihak polis atau pemerintah hanya menuduh seseorang itu tanpa bukti dan arahan menghukum tanpa bicara.

Beliau menegaskan, ISA bukan suatu jaminan keselamatan sebaliknya akta itu akan membahayakan negara kerana rakyat akan hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman.

"Kalau negara berterusan dengan sikap begini mungkin rakyat terpaksa mengambil tindakan yang lebih mengancam negara," tegasnya. – SA/lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 01-07-04 05:30


Tahanan tanpa bicara: Keputusan mahkamah AS tempelak pendukung ISA

Wednesday, June 30 @ 15:18:19 MYT


Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) – Alasan kerajaan Malaysia meneruskan penahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilihat sebagai satu langkah bankrap selepas sebuah mahkamah agung Amerika memutuskan hak perbicaraan perlu diberikan kepada semua tahanan.



Penyelaras Kempen Antarabangsa Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Yap Swee Seng, berkata keputusan mahkamah Amerika itu sekali gus menempelak sesetengah pemimpin negara yang mencanangkan kononnya Amerika mencontohi â€ISA Malaysia’ bagi menangani pengganas.

Secara efektifnya keputusan mahkamah Amerika supaya membicarakan tahanan yang dikaitkan dengan keganasan dihadapkan di mahkamah khasnya para tahanan di Teluk Guatanamo memberi pengaruh besar kepada seluruh dunia, kata Yap.

Tegasnya, ini disebabkan selepas 'Tragedi 11 September', banyak negara termasuk Malaysia mengambil kesempatan mengklasifikasi tahanan seperti ISA perlu diguna pakai dengan alasan kerajaan Amerika juga menjalankan penahanan tanpa bicara.

Bagaimanapun katanya, setelah mahkamah AS menetapkan hak perbicaraan perlu diberikan kepada semua tahanan, sekali gus menunjukkan terutamanya alasan kerajaan Malaysia meneruskan penahanan ISA sebagai sesuatu yang bankrap.

Memetik laporan sebuah akhbar hari ini, mahkamah Amerika menetapkan mereka yang dituduh sebagai pengganas serta yang ditahan di Teluk Guatanamo akan dihadapkan di mahkamah bagi membukti kesalahan masing-masing.

Menurut Yap, keputusan tersebut adalah sesuatu yang penting untuk hak asasi manusia seluruh dunia.

“Hak untuk dibicarakan itu perlu dihormati kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia, tambahan pula banyak pertubuhan hak asasi global selama ini memperjuangkan hak perbicaraan tidak boleh dinafikan walaupun semasa menangani keganasan.

"Oleh itu penahanan tanpa bicara tidak boleh disahkan," katanya.

Katanya, dakwaan pemimpin Malaysia kononnya Amerika mencontohi negara ini mengamalkan konsep ISA sebagai sesuatu yang terbaik, wajar diketepikan.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan Malaysia perlu mengikuti contoh daripada keputusan mahkamah Amerika.

Sehubungan itu katanya, hak untuk dibicarakan di mahkamah kepada tahanan ISA hendaklah disegerakan.

Sementara itu mangsa ISA, Dr Badrul Amin Bahron yang dihubungi mengalu-alukan tindakan mahkamah Amerika yang memutuskan supaya tahanan di Teluk Guatanamo dibawa ke muka pengadilan.

Sehubungan itu beliau berharap kerajaan Malaysia tidak lagi berbangga dengan tindakan menggunakan ISA bahkan katanya, sebuah negara yang didakwa mengamalkan Islam Hadhari sepatut belajar daripada mahkamah Amerika bagi menghormati hak asasi manusia.

"Menahan seseorang tanpa bicara jelas zalim dan bercanggah dengan piagam hak asasi manusia antarabangsa," katanya.

Katanya, jika selama ini Malaysia beranggapan kononnya Amerika meniru Malaysia dengan mengambil konsep ISA untuk melakukan penahanan tanpa bicara, maka sudah tiba masanya pemimpin negara sedar dan insaf bahawa mana-mana negara yang bertamadun di dunia ini sudah lama meninggal sistem tersebut.

Oleh sebab itu, beliau yang pernah menderita sebagai tahanan ISA, berharap pemimpin Malaysia mengikut langkah Amerika untuk membawa semua tahanan ISA ke mahkamah dengan segera demi menghormati hak tahanan.

"Walaupun dalam situasi percaturan politik sekarang perubahan itu sukar dilaksanakan, saya meletakkan harapan selaras dengan dakwaan pengamalan Islam Hadhari mungkin kerajaan akan mengkaji semula tindakan yang menyeksa zahir dan batin para tahanan ISA," katanya.

Dr Badrul berkata tahanan ISA sudah lama terseksa oleh itu wajar mereka dihadapkan mahkamah atau dibebaskan segera. – lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 22:12


Suhakam gesa tahanan ISA dihadapkan ke mahkamah

Friday, July 02 @ 15:11:29 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tetap konsisten dengan pendirian bahawa kerajaan Malaysia perlu membawa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke mahkamah untuk dibicarakan.

Pesuruhjaya Suhakam, Profesor Mohd Hamdan Adnan berkata, walaupun kerajaan memberi alasan bahawa mereka perlu akur kepada prinsip keselamatan dalam negara, tetapi hak asasi manusia harus dihormati.

Tambahnya lagi, setiap penahanan ke atas mana-mana individu perlu kepada perbicaraan di mahkamah untuk dibuktikan bersalah atau tidak.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai kenyataan mahkamah Amerika Syarikat yang memutuskan untuk menghadapkan tahanan yang dikaitkan dengan kegiatan pengganas termasuk di Guantanamao Bay ke mahkamah.

Beliau ditemui oleh wartawan selepas majlis penyerahan memorandum Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kepada Suhakam di pejabat Suhakam di sini pagi tadi.

Dalam pertemuan itu, GMI diwakili oleh Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh dan isteri -isteri tahanan ISA.

Menurut Mohd Hamdan, hak asasi manusia perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya memandangkan aspek tersebut mencermin imej negara di mata dunia.

Jelasnya lagi, beliau kagum dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Amerika dan badan hak asasi di sana yang berjaya memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan George W.Bush untuk mendakwa tahanan di mahkamah.

Walhal sebelum ini Amerika juga menggunakan akta yang hampir serupa dengan ISA dengan membuat penahanan tanpa bicara terhadap individu yang dikatakan terbabit dengan rangkaian Al-Qaeda.

"Kalau Amerika boleh buat, kenapa Malaysia tidak boleh?," soalnya

"Kalau benar tahanan bersalah dan kerajaan ada bukti, hadapkan mereka di mahkamah, kenapa takut.Kalau tidak ada bukti bebaskan mereka sahaja," katanya lagi.

Selain itu kata Mohd Hamdan, pihaknya telah buat kajian secara terperinci terhadap ISA dan mendapati ISA perlu dimansuhkan.Sementara Suhakam tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pihak berkuasa di negara ini perlu menghormati hak asasi tahanan.

Justeru katanya lagi, Suhakam sentiasa mengulangi gesaan kepada kerajaan terutamanya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) agar menghadapkan tahanan ke mahkamah.

Selasa lalu, mahkamah Amerika telah memutuskan bahawa kerajaannya akan menghadapkan semua tahanan yang ditahan tanpa bicara ke mahkamah.

Akhbar tempatan melaporkan, pihak mahkamah juga mengumumkan akan menghadapkan tahanan di Guantanamao Bay yang didakwa terlibat dengan kegiatan pengganas.

Mereka sebelum ini ditahan tanpa bicara oleh kerajaan Amerika yang ketika itu juga lantang menyatakan bahawa ISA di Malaysia adalah akta yang baik untuk menghapuskan rangkaian pengganas.

Bagaimanapun, negara yang sama juga hari ini memutuskan akan menghadapkan kesemua tahanan di mahkamah untuk dibuktikan bersalah atau tidak.

KKDN membisu, isteri tahanan kecewa


Sementara itu Isteri tahanan, Norlaila Othman dalam kenyataannya semalam berkata, beliau dan isteri tahanan lain kecewa walaupun berita mengenai pengumuman mahkamah Amerika ini telah disiarkan, tidak ada seorang menteri pun yang mengulas mahupun memberi kenyataan berhubung tahanan ISA.

Katanya lagi, KKDN membisu supaya rakyat tidak mendapat maklumat mengenai perkara tersebut.

Ujarnya lagi, berbeza pula semasa pendedahan isu penderaan dalam tahanan, KKDN melalui Timbalan Menteri, Noh Omar lantang menafikan tuduhan terdapatnya penderaan semasa 60 hari siasatan ISA.

"Hari ini mereka diam. Ini satu tempelak kepada kerajaan khususnya KKDN dalam mempertahankan akta yang zalim ini," tegasnya lagi.

Sementara itu, seorang lagi isteri tahanan yang dihubungi Harakahdaily turut menggesa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) segera membebaskan suaminya dari ISA.

Beliau yang enggan namanya disiarkan atas sebab keselamatan berkata, suaminya adalah mangsa kempen anti keganasan Malaysia yang membabi buta.

Tambahnya, semenjak suaminya ditahan, tidak pernah sekalipun dihadapkan di mahkamah.

Malah kata beliau, perintah lanjutan penahanan oleh KKDN kepada suaminya di Kem Kamunting (Kemta) untuk dua tahun lagi bermula Disember tahun lalu.

"Bagaimanakah nasib kami? Kami tertindas dengan akta yang tidak memberi ruang kepada rakyat yang tidak bersalah untuk membela diri. Mereka dituduh tetapi tidak dibicarakan," jelasnya.

Kini seramai 91 tahanan masih ditahan di bawah ISA

Mengikut arkib laman Anti ISA, hingga kini 91 individu masih ditahan di bawah ISA atas beberapa tuduhan seperti terlibat dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Jemaah Islamiyah (JI) dan Syiah.

Penahanan dilakukan bermula akhir 2000 hingga kini. Di samping itu hampir kesemua tahanan telah mendapat perintah lanjutan penahanan kepada dua tahun lagi setelah menjalani dua tahun sebelum ini.

Antara mereka yang dilanjutkan penahanannya ialah, anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Agung Biadi Ahmad Bunyamin, Azmi Khan Mahmood, S Mukhlis Abdul Halim, Jaafar Saldin, Mat Sah Mohd Satray, Mazlan Ishak, Nasharuddin Nasir, Shakom Shaid, Shamsuddin Sulaiman, Syed Ali Ayed Abdullah dan Yusrin Haiti. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 02:47


SB ugut tahanan desak isteri henti kempen anti-ISA

Tuesday, July 06 @ 10:41:58 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mat Sah Mohd Satray mendakwa beliau diugut supaya menghalang isterinya daripada terlibat dalam kempen anti-ISA.



Mat Sah dalam sepucuk surat kepada isterinya, Norlaila Othman berkata, semasa beliau dihantar ke Pusat Tahanan Polis (PRC) 12 Jun lalu, pelbagai siasatan dijalankan semula ke atasnya.

Beliau mendakwa diugut dalam surat yang dihantar melalui Norlaila dan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) minggu lalu.

Kata Mat Sah, semasa di PRC, beliau ditanyakan berkali-kali mengenai kegiatan dan pembabitan isterinya dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau juga digesa supaya mengarahkan isteri supaya tidak meneruskan kempen anti-ISA yang dilakukan bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Bagaimanapun kata beliau, semua arahan tersebut tidak diendahkan kerana baginya mengikut telunjuk pegawai cawangan khas (SB) bukanlan syarat pembebasan.

Sementara itu Norlaila berkata, walaupun suaminya diarahkan berbuat demikian, beliau tetap meneruskan kempen tersebut.

Norlaila menegaskan, beliau akan tetap berjuang walaupun ada unsur-unsur untuk menghalangnya menyertai kempen anti-ISA.

Katanya lagi ,tidak ada sebarang kelebihan jika beliau menurut kehendak pihak berkuasa kerana suaminya tetap dilanjutkan penahanan selama dua tahun lagi sehingga tahun 2006.

Norlaila berkata semasa beliau bertemu Mat Sah, beliau telah menyatakan pendirian itu dan suaminya tetap menyokong agar kempen anti-ISA tidak disenyapkan.

Pihak berkuasa mahu tahanan akui terlibat JI

Dalam surat tersebut Mat Sah turut melahirkan rasa kesalnya terhadap sikap pihak berkuasa yang terus menerus mahu tahanan ISA yang dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiyah (JI) mengakui bahawa mereka sememangnya terlibat dengan pergerakan itu.

Katanya, semasa dibawa ke PRC, pegawai penyiasat menceritakan mengenai latar belakang kumpulan JI dan kaitannya dengan Al-Qaeda.

Bagaimanapun semasa diminta mengakui penglibatannya dengan kumpulan tersebut, Mat Sah enggan berbuat demikian kerana beliau sendiri tidak mengetahui mengenai JI hatta selepas beliau ditahan di bawah ISA.

Katanya, semasa dihantar ke PRC setelah genap menjalani dua tahun tahanan di bawah ISA di Kem Tahanan Kamunting, pihak keluarga tidak diberi maklumat penghantarannya.

Bagaimanapun sehari selepas itu, barulah isterinya dipanggil ke Bukit Aman untuk bertemu dengan Mat Sah.

Pembebasan secara 'low profile'

Selain itu Mat Sah dalam surat tersebut juga mendedahkan kenyataan pegawai yang bertugas menyiasat dan memberi surat lanjutan penahanan kepadanya.

Kata Mat Sah, pihak berkuasa memberitahunya lanjutan dua tahun kepadanya tidak akan ditambah lagi, malah berkemungkinan beliau akan cepat dibebaskan.

Bagaimanapun katanya, pembebasannya tertakluk kepada beberapa syarat, antaranya berdasarkan tekanan daripada kuasa besar yang sentiasa memantau negara-negara yang kononnya ada â€pengganas’ seperti Malaysia.

Selain itu pembebasan juga akan dibuat secara 'low profile' untuk tidak mengundang perhatian pihak luar terutamanya kuasa besar Amerika Syarikat.

Kata Mat Sah, pegawai tersebut juga memberitahu sebarang tekanan kepada pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan pihak keselamatan akan mengganggu proses pembebasan.

Beliau juga diberi peringatan berulang kali agar tidak merencatkan perancangan pembebasan tahanan ISA dengan aktiviti menekan kerajaan.

Mat Sah yang didakwa terlibat dengan JI disambung perintah tahanannya dua tahun lagi bermula 12 Jun lalu.

Selain Mat Sah, 10 lagi tahanan turut dilanjutkan perintah tahanannya, antaranya ialah, Agung Biadi Ahmad Bunyamin, Azmi Khan Mahmood, S Mukhlis Abdul Halim, Jaafar Saldin, Mazlan Ishak, Nasharuddin Nasir, Shakom Shaid, Shamsuddin Sulaiman, Syed Ali Ayed Abdullah dan Yusrin Haiti. – lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 07-07-04 23:46


Tahanan ISA dakwa kena â€brainwash’ untuk pulih imej kerajaan

Wednesday, July 07 @ 12:45:48 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendakwa sesi 'brainwash' ke atas mereka pertengahan bulan lalu sebagai langkah terdesak kerajaan membaiki imej.



Tahanan ISA, Mat Sah Mohd Satray dalam aduannya kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berhubung perkara itu berkata, pada 12 Jun lalu beliau dan beberapa tahanan lain dibawa ke Pusat Tahanan Reman Polis (PRC) di Bukit Aman.

Katanya, mereka yang dibawa ke PRC adalah tahanan yang disifatkan menentang penggunaan ISA ke atas mereka.

Mat Sah menegaskan, dalam sesi â€brainwash’ itu, tahanan digesa untuk menerima apa sahaja pertuduhan ke atas mereka sama ada terlibat dengan gerakan pengganas atau tidak.

Beliau berkata demikian dalam surat aduannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang dihantar melalui GMI minggu lalu.

Menurut Mat Sah, beliau telah dipaksa oleh Pegawai Penyiasat (IO) supaya mengakui terlibat dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Katanya lagi, sesi â€brainwash’ itu juga dibuat secara tergesa-gesa berikutan sebelum itu, ada tahanan yang membuat pendedahan mengenai isu penderaan semasa di PRC.

Ujarnya, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) bertindak demikian sebagai jalan untuk menghentikan usaha tahanan mendedahkan imej buruk pasukan keselamatan yang sekali gus memberi tamparan kepada kerajaan.

Beliau turut memetik kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Noh Omar yang menyatakan tahanan yang dilanjutkan perintah tahanannya akan dibawa mengikuti kursus di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Katanya kenyataan Noh itu adalah bohong semata-mata kerana sepanjang program 'brainwash', tidak ada seorang pun wakil Jakim yang terlibat.

Tambahnya, keseluruhan program tersebut hanya dikendalikan oleh Pegawai Cawangan Khas (SB) sahaja.

Selain itu dakwa Mat Sah, antara sebab mengapa surat perintah lanjutan penahanan diberi kepada tahanan di PRC dan bukannya di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) kerana, pihak KKDN tidak mahu pemberita mengetahui isu tersebut.

Imej zalim negara

Katanya lagi, sekiranya pemberita mengetahui perintah lanjutan penahanan dibuat tanpa alasan, maka imej zalim negara akan terdedah di mata rakyat dan dunia.

Sementara itu Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh semasa penyerahan memorandum kepada Suhakam minggu lalu berkata, beliau kesal pihak berkuasa menghantar tahanan ke PRC semata-mata untuk menyerahkan surat perintah lanjutan penahanan dan sesi â€brainwash’.

Katanya, tindakan membawa tahanan ke PRC dari Kemta tanpa sebarang pemberitahuan kepada keluarga tahanan melanggar Seksyen 18 akta itu.

"Kami juga bimbang tahanan dibawa ke PRC kerana sebelum ini PRC sudah diketahui mempunyai rekod buruk dalam mengendalikan siasatan ke atas tahanan. Isu yang paling gempar ialah apabila tahanan mendakwa mereka didera di PRC," tegas Syed Ibrahim lagi.

Justeru beliau sekali menggesa Suhakam memantau setiap kali ada aduan menyatakan tahanan akan dihantar ke PRC bagi tujuan tertentu.

Tambahnya, Suhakam perlu memastikan keselamatan dan hak asasi tahanan sewaktu dihantar ke PRC dihormati oleh pihak berkuasa.

Mat Sah ditahan di bawah ISA berikutan dakwaan terlibat dengan JI. Beliau telah disambung perintah tahanannya dua tahun lagi bermula 12 Jun lalu.

Selain Mat Sah, 10 lagi tahanan turut dilanjutkan perintah tahanan, antaranya Agung Biadi Ahmad Bunyamin, Azmi Khan Mahmood, S Mukhlis Abdul Halim, Jaafar Saldin, Mazlan Ishak, Nasharuddin Nasir, Shakom Shaid, Shamsuddin Sulaiman, Syed Ali Ayed Abdullah dan Yusrin Haiti. – lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

fakir_ilahi
Warga Rasmi
Menyertai: 28.06.2004
Ahli No: 9701
Posting: 3
Dari: bumi

denmark  


posticon Posting pada: 08-07-04 05:59


zalim2..tu jer saya dapat ckpkan.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For fakir_ilahiProfil   Hantar PM kepada fakir_ilahi   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 09-07-04 20:47


22 tahanan ISA dibenar saman SPR





KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan 22 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menolak hak mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-11, pada 21 Mac lalu.

Hakim Datuk Md Raus Sharif membuat keputusan itu selepas memutuskan ada kes prima facie oleh 22 tahanan ISA itu terhadap SPR dan terdapatnya isu-isu yang boleh dibincangkan pada perbicaraan kes itu kelak.

Pada 27 April lalu, 22 tahanan itu telah memfailkan notis usul bagi semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengabaikan hak mengundi mereka.

Mereka ialah Yazid Sufaat, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Ahmad Yani Ismail, Zainon Ismail, Abd Samad Shukri Mohamad, Abu Bakar Che Doi, Mat Sah Mohd Satray, Md Lotfi Ariffin, Idris Salim, Muhamad Zulkepli Md Isa, Mohd Sha Sarijan.

Solehan Abdul Ghafar, Abdul Murad Sudin, Mohd Rafi Udin, Nordin Ahmad, Asfawani Abdullah @ Ab Wahab, Roshelmy Md Sharif, Alias Ngah, Suhaimi Mokhtar, Muhamad Zukifli Mohamad Zakaria, Mat Salleh Said dan Khairuddin Saad.

Peguam, Edmund Bon dan Amer Hamzah Arshad yang mewakili 22 tahanan ISA itu, memberitahu wartawan bahawa ini adalah kes bersejarah dan pihaknya akan memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap SPR tidak lama lagi.

Mengikut afidavit mereka, 22 tahanan itu mendakwa hak-hak asasi manusia untuk bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran mengikut Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan melalui proses pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-11 telah diingkari dan dicabuli oleh SPR.

Mereka yang menamakan SPR sebagai responden juga mendakwa hak-hak asasi manusia untuk mengundi mengikut Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan pada pilihan raya umum itu telah diingkari dan dicabuli oleh SPR.

Semua lelaki itu yang ditahan mengikut ISA atas dakwaan terbabit dalam Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) juga memohon perintah deklarasi bahawa hak-hak manusia asasi mereka untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang telah diingkari dan dicabuli oleh SPR.

Mereka juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan dan tindakan SPR yang gagal, enggan, nafi dan abai dalam membolehkan dan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya itu.

Oleh itu mereka menuntut ganti rugi punitif, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan pada kadar lapan peratus setahun mulai tarikh penyelesaian penuh atau pada kadar dan tempoh yang dianggap sesuai oleh mahkamah untuk dibayar kepada mereka.

Mereka juga menuntut kos permohonan dan kos berkaitan dengan permohonan ini dijadikan kos di dalam kausa (tindakan mahkamah) dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – Bernama



Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 09-07-04 20:47


22 tahanan ISA dibenar saman SPR





KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan 22 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menolak hak mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-11, pada 21 Mac lalu.

Hakim Datuk Md Raus Sharif membuat keputusan itu selepas memutuskan ada kes prima facie oleh 22 tahanan ISA itu terhadap SPR dan terdapatnya isu-isu yang boleh dibincangkan pada perbicaraan kes itu kelak.

Pada 27 April lalu, 22 tahanan itu telah memfailkan notis usul bagi semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengabaikan hak mengundi mereka.

Mereka ialah Yazid Sufaat, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Ahmad Yani Ismail, Zainon Ismail, Abd Samad Shukri Mohamad, Abu Bakar Che Doi, Mat Sah Mohd Satray, Md Lotfi Ariffin, Idris Salim, Muhamad Zulkepli Md Isa, Mohd Sha Sarijan.

Solehan Abdul Ghafar, Abdul Murad Sudin, Mohd Rafi Udin, Nordin Ahmad, Asfawani Abdullah @ Ab Wahab, Roshelmy Md Sharif, Alias Ngah, Suhaimi Mokhtar, Muhamad Zukifli Mohamad Zakaria, Mat Salleh Said dan Khairuddin Saad.

Peguam, Edmund Bon dan Amer Hamzah Arshad yang mewakili 22 tahanan ISA itu, memberitahu wartawan bahawa ini adalah kes bersejarah dan pihaknya akan memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap SPR tidak lama lagi.

Mengikut afidavit mereka, 22 tahanan itu mendakwa hak-hak asasi manusia untuk bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran mengikut Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan melalui proses pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-11 telah diingkari dan dicabuli oleh SPR.

Mereka yang menamakan SPR sebagai responden juga mendakwa hak-hak asasi manusia untuk mengundi mengikut Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan pada pilihan raya umum itu telah diingkari dan dicabuli oleh SPR.

Semua lelaki itu yang ditahan mengikut ISA atas dakwaan terbabit dalam Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) juga memohon perintah deklarasi bahawa hak-hak manusia asasi mereka untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang telah diingkari dan dicabuli oleh SPR.

Mereka juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan dan tindakan SPR yang gagal, enggan, nafi dan abai dalam membolehkan dan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya itu.

Oleh itu mereka menuntut ganti rugi punitif, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan pada kadar lapan peratus setahun mulai tarikh penyelesaian penuh atau pada kadar dan tempoh yang dianggap sesuai oleh mahkamah untuk dibayar kepada mereka.

Mereka juga menuntut kos permohonan dan kos berkaitan dengan permohonan ini dijadikan kos di dalam kausa (tindakan mahkamah) dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – Bernama



Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-07-04 01:50


Kes bunuh diberi layanan istimewa berbanding tahanan ISA

Tuesday, July 13 @ 11:52:45 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Hrkh) - Kes pembunuhan di negara ini dianggap istimewa sehingga mendapat liputan meluas dan perbicaraan yang adil berbanding tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak pernah diadili selama ini.

Koordinator Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (PSKGMI), Norlaila Othman berkata demikian dan berasa kesal kerana kerajaan tidak prihatin dengan tuntutan supaya membebaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA).

Katanya, apa yang mengecewakan adalah mereka yang dituduh membunuh, berzina dan merogol di negara ini boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan, dan ada di antara mereka dibebaskan.

Kes Hanif Basree dan Noritta

Menurut Norlaila, misalnya kes seorang jurutera, Hanif Basree, yang dituduh sebagai orang yang paling disyaki menyebabkan kematian eksekutif, Noritta Samsuddin.

Sebagaimana pesalah jenayah yang lain, Hanif telah diberi hak untuk dibicarakan. Perbicaraan ini telah mendapat liputan media yang sangat luas hingga saban hari memenuhi muka depan akhbar arus perdana.

Ujarnya,perbicaraan berjalan lancar dan setiap fakta telah dinyatakan dengan terperinci, sehingga kita semua sedia maklum berapa kali dalam seminggu, Hanif telah berzina dengan Norita.

"Tak sangka pula, kisah akhlak yang buruk itu, menjadi satu bahan yang digemari oleh media arus perdana," ujarnya.

Pada 1 Julai yang lalu, Hanif telah diishtiharkan tidak bersalah kerana mahkamah kekurangan bukti untuk mensabitkan bahawa beliau menyebabkan kematian Noritta.

"Siapa sangka, tiba-tiba saja Hanif telah bebas dari tali gantung. Sepanjang enam bulan kesnya dibicarakan, beliau telah mendapat setengah bulan gaji," katanya.

Menurut Norlaila, sebaik saja beliau disahkan tidak bersalah, beliau telah dibolehkan menjawat semula tugas yang telah ditinggalkan dulu. "Alangkah adilnya undang-undang yang digunapakai untuk menyelesaikan kes Hanif," tambahnya.

Katanya lagi, berbeza pula keadaannya dengan tahanan ISA yang ditahan pada tahun 2002, tempoh tahanan mereka untuk dua tahun pertama, telah pun berlalu. Kini mereka masuk fasa kedua, iaitu ditambah dua tahun lagi, penahanan mereka hingga tahun 2006.

Kes tahanan di Guantanamo Bay dan tahanan bermotif politik.

Selain itu menurutnya, walaupun kerajaan Malaysia telah mengetahui pengumuman kerajaan Amerika Syarikat yang akan menghadapkan tahanan di Guantanamao Bay ke Mahkamah, tetapi kerajaan dilihat enggan melakukan demikian kepada tahanan ISA. Pada 30 Jun lalu, Mahkamah Supreme di Amerika telah memutuskan bahawa semua 600 tahanan perang yang sedang ditahan di guantanamo Bay, mesti diberi peluang untuk dibicarakan kes mereka di mahkamah.

Menurut Norlaila, dalam usaha memerangi keganasan di Afghanistan, lebih 600 tahanan yang terdiri dari rakyat Amerika dan rakyat negara lain, telah ditahan tanpa bicara, melebihi dua tahun.

Katanya, setahun lalu, sekumpulan 85 orang tahanan kem tersebut telah mengadakan mogok lapar secara berperingkat. Tujuan mereka ialah untuk memberitahu pada dunia bahawa mereka mahu dibicarakan di mahkamah terbuka.

Mogok lapar tersebut mendapat liputan yang meluas dan akhirnya tahanan tersebut mendapat peluang untuk bertemu peguam dan aktivis hak asasi manusia.

Tahanan ISA, mogok lapar ditambah lagi perintah tahanan

Norlaila berkata, bagi tahanan ISA mereka mengadakan mogok lapar dengan tujuan untuk mengetengahkan isu mereka.

Mogok lapar yang telah berlangsung selama 19 hari tersebut telah dihentikan kerana pihak KDN telah berjanji untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu penahanan tanpa bicara.

Bagaimanapun, apa yang diperolehi oleh tahanan kemudian ialah, mereka telah dibawa semula ke PRC, selama dua atau tiga minggu ,untuk di’brainwash’.

Menurutnya, sesi â€brainwash’ dibuat supaya tahanan tidak menggunakan khidmat peguam, menghalang isteri bertemu GMI dan dilarang mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam).

Tahanan ISA terus meringkuk, keluarga tiada pembelaan

Menurut Norlaila,hingga kini 47 tahanan ISA yang telah ditahan melebihi dua tahun, masih berada di Kem Kamunting (Kemta).

Tambahnya, sepanjang dua tahun tersebut, tiada apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap semua tahanan, melainkan disuruh mennyanyi lagu negaraku, bersihkan tempat tidur dan bermain saja sepanjang masa.

Mereka diberi makanan percuma, tidak perlu memikirkan tentang pekerjaan, tidak payah bersusah payah memikirkan tanggungjawab pada keluarga dan pada masyarakat.

Ujarnya,ke semua tahanan tidak pernah berpeluang membela diri mereka atas tuduhan terlibat dengan kumpulan keganasan seperti, Jemaah Islamiyah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Sebaliknya, apabila penahanan mereka telah cukup dua tahun, tiba-tiba saja mereka dikatakan masih menjadi ancaman kepada negara.

Katanya lagi, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Noh Omar begitu bangga menuduh tahanan ISA masih menjadi ancaman kepada negara semasa mengumumkan perintah lanjutan penahanan 11 tahanan ISA, 12 Jun lalu.

Ujar Norlaila, satu realiti yang tidak boleh dinafikan, penahanan tanpa bicara telah menghukum isteri dan anak-anak tahanan supaya mereka hidup menderita dengan pelbagai tekanan mental dan fizikal .

Norlaila menegaskan, jika sebelum ini, tahanan selalu disogokkan oleh berita penahanan mereka ada kaitan dengan kuasa besar Amerika, tetapi hari ini pihak Amerika sendiri mahukan semua tahanan Guantanamao Bay dibicarakan dengan adil.

Justeru katanya, atas dasar itu, PSKGMI menyeru kerajaan yang lantang mengumumkan mahu melaksanakan konsep Islam Hadhari meghadapkan tahanan ke mahkamah atau bebaskan mereka.

Tambahnya, kerajaan perlu memberi penjelasan segera kepada rakyat mengapa tahanan ISA masih lagi dianggap memberi ancaman kepada negara.

Kata Norlaila, tahanan mahupun ahli keluarga mereka sering berdoa supaya, Allah tunjukkan sesuatu kepada rakyat Malaysia, tentang kezaliman kerajaan ke atas rakyatnya sendiri.

"Mungkin Allah belum lagi menimpakan azab pada kaum-kaum yang zalim itu. Namun nampaknya sedikit demi sedikit, telah mula diperlihatkan kejadian-kejadian yang boleh membuka mata rakyat supaya membandingkan kejadian itu dengan kezaliman ISA ini," tegasnya lagi. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 17-07-04 16:36


Lima tahanan ISA dibebaskan


Friday, July 16 @ 17:16:00 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) - Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan antara jam 1 dan 2 petang tadi dari Kem Tahanan Kamunting.

Menurut sumber Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Yap Swee Seng, lima tahanan terbabit dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting secara berperingkat sejak jam 1 hingga 2 petang tadi.

Mereka yang bebas ialah, Muhammad Azian Abd. Rahman, Murad Halimuddin Hj. Hassan, Asfawani Abdullah, Muhamad Zulkifli Md. Isa, dan Mat Salleh Said.

Kata Yap, bagaimanapun lima tahanan ini dikenakan perintah tahanan rumah (restricted residence) selama dua tahun.

Keputusan mengenakan tahanan rumah bagaimanapun juga memberi kesan kepada tahanan kerana, mereka tidak boleh bergerak bebas, di samping masalah mencari pekerjaan bagi menyara keluarga.

Justeru, GMI menyeru kerajaan tidak mengenakan perintah tahanan di rumah oleh kerana, kesemua tahanan ini tidak pernah dibuktikan bersalah.

Selain itu GMI juga mempersoalkan mengapa hanya lima tahanan tersebut sahaja yang dibebaskan dari Kemta.

GMI menggesa kerajaan terutamanya Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi penjelasan berhubung perkara tersebut secepat mungkin.

GMI juga menyeru KKDN membebaskan kesemua tahanan yang ditahan di Kemta dan Pusat Tahanan Polis (PRC) di Kuala Lumpur secepat mungkin.

Kelima-lima yang dibebaskan ialah mereka yang ditahan berikutan dakwaan terbabit dengan kumpulan pengganas Kumpulan Mujahiden Malaysia (KMM).

Hingga kini kerajaan masih gunakan ISA terhadap 86 tahanan

Mengikut arkib laman Anti ISA, hingga kini 86 individu masih ditahan di bawah ISA atas beberapa tuduhan seperti terlibat dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Jemaah Islamiyah (JI) dan Syiah.

Penahanan dilakukan bermula akhir 2000 hingga kini. Di samping itu hampir kesemua tahanan telah mendapat perintah lanjutan penahanan kepada dua tahun lagi setelah menjalani dua tahun sebelum ini.

Antara mereka yang dilanjutkan penahanannya ialah, anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Agung Biadi Ahmad Bunyamin, Azmi Khan Mahmood, S Mukhlis Abdul Halim, Jaafar Saldin, Mat Sah Mohd Satray, Mazlan Ishak, Nasharuddin Nasir, Shakom Shaid, Shamsuddin Sulaiman, Syed Ali Ayed Abdullah dan Yusrin Haiti. - mks.


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-07-04 02:25


Suhakam puji kerajaan beri kelonggaran kepada Nik Adli
KUALA TERENGGANU 25 Julai - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memuji langkah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memberi kelonggaran kepada Nik Adli Nik Abdul Aziz, keluar dari kem tahanan untuk menziarahi bapanya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dirawat akibat sakit jantung.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Asiah Abu Samah berkata, tindakan itu meningkatkan imej polis dan kerajaan pada pandangan rakyat khususnya dalam aspek hak asasi seseorang individu.

``Ia suatu usaha yang baik bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga kepada seorang daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang juga mempunyai hak mereka pada masa yang perlu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan aluan pada program Bengkel Latihan Konvensyen Hak Kanak-Kanak Zon Pantai Timur, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kelonggaran yang diberikan kepada Nik Adli, 37, yang ditahan di Kem Tahanan Kemunting di bawah ISA pulang ke Kota Bharu, Kelantan untuk melawat bapanya yang kini dirawat di Hospital universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Asiah berkata, Suhakam yakin dengan tindakan seperti itu serta beberapa contoh kelonggaran lain seperti kebenaran terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis perkahwinan anak perempuannya akan meningkatkan keutuhan kerajaan hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, selepas lebih empat tahun Suhakam ditubuhkan, aduan-aduan yang diterima kini semakin berkurangan.

Beliau membayangkan senario itu berlaku berikutan masalah pelanggaran hak asasi manusia di negara ini semakin berkurangan.

Malah katanya, hubungan rapat dengan pihak berkaitan seperti polis telah banyak membantu menangani pelbagai aduan dan masalah yang timbul.

``Kita tidak nafikan dalam menerima aduan ini ada juga yang ditemui (kebenaran) tetapi banyak juga dakwaan tidak berasas atau mungkin juga telah diatasi,'' ujarnya sambil merujuk kepada aduan daripada tahanan ISA.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-07-04 19:33


ISA masih penting perangi keganasan.


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menjadikan usaha memerangi keganasan sebagai alasan mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebaliknya ia tidak dimansuhkan kerana negara belum selamat sepenuhnya daripada pelbagai ancaman luaran dan dalaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata ISA ialah undang-undang yang digunakan apabila keadaan mendesak dan tiada pilihan lain, kecuali bertindak sedemikian demi keselamatan negara serta rakyat.

“Justeru, ISA tidak wajar disifatkan sebagai undang-undang yang tidak relevan lagi kerana ia ternyata masih penting, terutama dalam usaha negara memerangi keganasan membabitkan militan seperti Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah (JI) yang turut dianggotai warga tempatan.

“Pada tahun 60-an ISA diguna bagi membanteras ancaman komunis, pada tahun 70-an pula bagi membendung keganasan kaum berikutan tragedi 13 Mei 1969 dan kini ia berguna bagi memerangi keganasan militan.

“Pada hakikatnya, ISA adalah alat pencegahan yang membolehkan kerajaan mengelak sesuatu malapetaka sebelum berlaku,” katanya pada debat perdana bertajuk ISA-Ya atau Tidak, anjuran Pemuda Sosialis DAP di sini, malam tadi.

Perdebatan antara Mohamed Nazri dan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berhubung ISA itu bermula kira-kira jam jam 8.30 malam dan berlangsung hampir dua jam dengan masing-masing diberi 45 minit untuk berhujah.

Presiden Transparency International Malaysia, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bertindak selaku pengantara.

Acara yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu dihadiri hampir 1,500 orang, termasuk penyokong DAP dan Umno serta dikawal ketat oleh pihak polis. Sepatutnya, perdebatan itu dijadualkan pada 12 Julai lalu tetapi terpaksa ditunda kerana gagal mendapat permit polis.

Sementara itu, Kit Siang, yang memulakan perdebatan semalam, menyifatkan acara itu sebagai titik bersejarah dalam demokrasi negara kerana kerajaan kini memberi lebih ruang untuk amalan demokrasi seumpama itu diadakan.


APELAH..KALAU BETUL2 TAHAN PENGGANAS TAKPELAH..NI YG TAKAUT BUNUH LIPAS PUN DEPA ORG KATE PENGGNAS....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-08-04 23:12


ISA memenjarakan kemerdekaan rakyat sendiri - PSK-GMI

Thursday, August 19 @ 14:52:58 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Hrkh) - Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap sebilangan kecil rakyat negara ini disifatkan hanya merosakkan erti kemerdekaan sebenar.

Koordinator Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (PSK-GMI),Norlaila Othman berkata, dalam keriuhan rakyat menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini, masih ada rakyat yang dibelenggu dengan penafian hak kemerdekaan itu.

"Tiada ertinya merdeka jika rakyat sendiri terseksa dengan undang-undang rimba ciptaan pemimpin yang hanya mahu mengukuhkan kedudukan," ujarnya.

Katanya lagi, sebagai rakyat marhaen beliau cukup merasa terseksa apabila suaminya, Mat Sah Mohd Satray ditahan di bawah ISA dua tahun lalu tanpa sebarang pendakwaan.

Pencabulan hak asasi bukti Malaysia belum benar-benar merdeka

"Bagaimana yang dikatakan merdeka jika masih ada rakyat yang jelas dicabuli hak asasinya. Ini perkara asas dalam pembinaan sebuah negara demokrasi,"ujar Norlaila ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Menurut Norlaila, pemimpin utama negara sebenarnya telah menjajah rakyat sendiri apabila menggunakan ISA sebagai jalan membelanggu rakyat.

Tambahnya,meskipun kira-kira 100 daripada 24 juta rakyat yang terseksa dengan ISA, ianya sudah cukup menggambarkan betapa negara ini masih dijajah oleh pemerintah sendiri.

"Kita tidak lagi dijajah oleh British, tetapi bangsa yang sewarna kulit dengan kita," tegasnya.

Beliau menambah, pemimpin negara kita megah membangunkan negara dengan pelbagai pendekatan tetapi, terdapat sebilangan rakyat yang tidak dapat merasai nikmat pembangunan itu.

"Mereka terus-menerus ditahan di bawah ISA tanpa sekalipun diberi peluang untuk membela diri. Mereka dituduh dengan tuduhan yang berat," ujarnya lagi.

Apa erti merdeka jika hanya menanti dalam kurungan besi

Justeru katanya, walapun rakyat Malaysia hari ini gembira mengibarkan Jalur Gemilang dalam meraikan kemerdekaan, ada juga pihak yang terpaksa menelan kemerdekaan di dalam kurungan besi.

Sehubungan itu kata beliau, menjelang sambutan 31 Ogos ini, PSK-GMI menggesa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) membebaskan kesemua tahanan yang masih ditahan di bawah ISA.

"Isteri dan anak-anak mereka walaupun bebas ke sana-ke mari, tetapi jiwa mereka tidak bebas kerana ketua keluarga mereka masih terkurung dengan akta yang zalim," tambahnya.

PSK-GMI turut menggesa kerajaan menghadapkan kesemua tahanan ISA ke mahkamah bagi dibuktikan sebagai tidak bersalah dalam usaha memulihkan nama mereka.

"Tuduhan sebagai pengganas adalah berat. Justeru kerajaan perlu mencari alternatif membersihkan nama tahanan terbabit," tegasnya lagi.

Mengikut arkib laman Anti-ISA, hingga kini 86 individu masih ditahan di bawah ISA atas beberapa tuduhan seperti terlibat dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Jemaah Islamiyah (JI) dan Syiah.

Sementara pada Julai lalu, lima tahanan bagi tuduhan yang sama telah dibebaskan daripada Kem Tahanan Kamunting (Kemta) dan diarahkan untuk ditahan di rumah selama dua tahun.

Mereka ialah, Muhammad Azian Abd Rahman, Murad Halimuddin Haji Hassan, Asfawani Abdullah, Muhamad Zulkifli Md Isa, dan Mat Salleh Said.

Penahanan dilakukan bermula akhir 2000 hingga kini. Di samping itu hampir kesemua tahanan telah mendapat perintah lanjutan penahanan kepada dua tahun lagi setelah menjalani dua tahun sebelum ini.

Antara mereka yang dilanjutkan penahanannya ialah, anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Agung Biadi Ahmad Bunyamin, Azmi Khan Mahmood, S Mukhlis Abdul Halim, Jaafar Saldin, Mat Sah Mohd Satray, Mazlan Ishak, Nasharuddin Nasir, Shakom Shaid, Shamsuddin Sulaiman, Syed Ali Ayed Abdullah dan Yusrin Haiti. - mks.



www.adpiuniti.cjb.net

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-08-04 17:33



Walaupun sudah 47 tahun merdeka, rakyat masih dibelenggu akta zalim ISA

Monday, August 30 @ 15:50:42 MYT


Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Hrkh) - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-47 dianggap tidak membawa sebarang erti kerana rakyat masih lagi terbelenggu dengan akta zalim seperti yang dihadapi oleh tahanan dan keluarga mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, erti kemerdekaan tidak wujud di kalangan mangsa ISA dan keluarga mereka sekiranya kerajaan masih menzalimi mereka dengan tidak memberi hak untuk membela diri.

Menurutnya, erti kemerdekaan yang sebenar ialah apabila seseorang itu boleh mengamalkan haknya dari segi agama, membela diri, bersuara atau pandangan walaupun perkara itu bercanggah dengan dasar kerajaan atau pendapat peribadi pemimpin tertentu.

"Untuk betul-betul merdeka kerajaan bebas melaksanakan sesuatu dasar dengan rasa tanggungjawab dan melihat kecemerlangan negara serta rakyat secara keseluruhan bukannya untuk golongan tertentu sahaja," katanya.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan harus bertanggungjawab kepada golongan minoriti yang mana hak mereka dicabuli seperti mangsa ISA supaya erti kemerdekaan dapat dikecapi oleh semua rakyat negara ini.

Katanya ketika dihubungi, pihak berkuasa harus melihat kebajikan golongan ini agar mereka diberi hak membela diri bukannya menahan mereka ini tanpa bicara.

"Inikah dikatakan kemerdekaan jika masih ada lagi rakyat yang tidak boleh menuntut haknya," katanya.

Apa yang dikesalkan, beliau berkata, apa yang dilakukan kerajaan adalah dengan menahan mangsa ISA tanpa bicara malah anak-anak mereka tidak dibela termasuklah nafkah keluarga yang tidak diberi perhatian.

"Suami mereka ditahan di bawah ISA, sedangkan suamilah punca pendapatan mereka, di samping itu anak-anak mereka terabai menyebabkan mereka tidak ada tempat bergantung," katanya.

Bersempena dengan kemerdekaan kali ini, GMI akan membuat resolusi kemerdekaan untuk menegaskan kembali aspek kemerdekaan iaitu untuk pembelaan keluarga-keluarga mangsa ISA yang tidak mendapat perhatian oleh pihak kerajaan.

Sebelum ini, Koordinator Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (PSK-GMI),Norlaila Othman berkata, dalam keriuhan rakyat menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini, masih ada rakyat yang dibelenggu dengan penafian hak kemerdekaan itu.

"Tiada ertinya merdeka jika rakyat sendiri terseksa dengan undang-undang rimba ciptaan pemimpin yang hanya mahu mengukuhkan kedudukan," ujarnya.

Menurut Norlaila, pemimpin utama negara sebenarnya telah menjajah rakyat sendiri apabila menggunakan ISA sebagai jalan membelanggu rakyat.

Tambahnya,meskipun kira-kira 100 daripada 24 juta rakyat yang terseksa dengan ISA, ianya sudah cukup menggambarkan betapa negara ini masih dijajah oleh pemerintah sendiri.

"Kita tidak lagi dijajah oleh British, tetapi bangsa yang sewarna kulit dengan kita," tegasnya.

Mengikut arkib laman Anti-ISA, hingga kini 86 individu masih ditahan di bawah ISA atas beberapa tuduhan seperti terlibat dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Jemaah Islamiyah (JI) dan Syiah.

Sementara pada Julai lalu, lima tahanan bagi tuduhan yang sama telah dibebaskan daripada Kem Tahanan Kamunting (Kemta) dan diarahkan untuk ditahan di rumah selama dua tahun.

Mereka ialah, Muhammad Azian Abd Rahman, Murad Halimuddin Haji Hassan, Asfawani Abdullah, Muhamad Zulkifli Md Isa, dan Mat Salleh Said.

Penahanan dilakukan bermula akhir 2000 hingga kini. Di samping itu hampir kesemua tahanan telah mendapat perintah lanjutan penahanan kepada dua tahun lagi setelah menjalani dua tahun sebelum ini.

Antara mereka yang dilanjutkan penahanannya ialah, anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Agung Biadi Ahmad Bunyamin, Azmi Khan Mahmood, S Mukhlis Abdul Halim, Jaafar Saldin, Mat Sah Mohd Satray, Mazlan Ishak, Nasharuddin Nasir, Shakom Shaid, Shamsuddin Sulaiman, Syed Ali Ayed Abdullah dan Yusrin Haiti. - mks.



hemm....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 19:07


Keluarga tahanan berazam menyedarkan masyarakat terhadap kezaliman ISA

Tuesday, August 31 @ 16:13:45 MYT


Oleh Hafiz Mohd Baqi
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Hrkh) - Keluarga mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berazam untuk tingkatkan perjuangan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kezaliman akta itu.

Kenyataan itu telah dikeluarkan dalam satu resolusi sempena program kemerdekaan 'Bebaskan Diri Dari ISA' bersama keluarga mangsa-mangsa tahanan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Markas PAS Taman Melewar hari ini.

Resolusi tersebut telah dibacakan oleh salah seorang isteri kepada mangsa tahanan ISA, Wan Hamidah Wan Hamid di akhir majlis tersebut.

Menurut Wan Hamidah ketika membacakan resolusi tersebut, keluarga mangsa bersama-sama GMI akan terus berjumpa masyarakat untuk meningkatkan kesedaran ilmu dan kajian dalam sistem perundangan, proses undang-undang serta kuasa meluas yang diperuntukkan di bawah ISA yang mana dengan mudah boleh disalahgunakan bagi tujuan menggugat hak kebebasan rakyat merdeka.

"GMI mahu mengajak masyarakat daripada pelbagai lapisan untuk memerdekakan minda dari perangkap kebebasan dan keadilan palsu atas nama keselamatan yang dipaparkan oleh kerajaan," kata beliau

Di samping itu juga kata Wan Hamidah, para ulama atau pemimpin Islam akan diajak menilai ISA dari kaca mata agama dan melihatnya sebagai salah satu undang-undang haram yang mencabuli nilai kemanusiaan insan dan keluarga.

Manakala katanya, media pula disaran memerdekakan diri supaya melaporkan dengan benar, adil dan telus tentang ISA tanpa rasa takut mahupun bimbang.

Kata beliau, kesedaran keluarga mangsa dan GMI untuk terus memberikan komitmen tinggi meneruskan perjuangan mereka seperti mana dalam resolusi itu, adalah hasil daripada kesedaran bahawa penggunaan ISA secara berterusan akan memusnahkan erti kemerdekaan di tanah air tercinta.

"Kemerdekaan tidak terletak kepada kemajuan dan pembangunan semata-mata tetapi yang lebih penting ialah pengisian kemerdekaan itu dengan kemajuan kerohanian dan nilai-nilai yang boleh membina insan," tegas beliau.

Selain itu, resolusi lain yang turut dikeluarkan dalam sambutan program kemerdekaan itu, adalah menuntut semua keluarga mangsa dan GMI berjuang bersungguh-sungguh membebaskan diri dari belenggu mentaliti terkepung dengan meneguhkan pendirian, sikap dan keazaman bahawa ISA tetap haram dan mereka yang ditahan tetap tidak bersalah.

Di samping itu, antara tuntutan lain adalah kemerdekaan hakiki sewajarnya bagi semua tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara dengan mendedahkan segala kepalsuan tuduhan dan fitnah yang didakwa terhadap mereka.

Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga mangsa daripada seluruh negara termasuk daripada Pahang, Perak dan Sabah.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh; Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ridwan Mohd Nor; bekas tahanan ISA, Saari Sungib serta ahli-ahli Jawatankuasa GMI dan Pusat Sokongan Keluarga ISA.

Majlis yang berlangsung selama empat jam itu diisi dengan program taklimat, dialog, soal jawab bersama peguam, berkongsi pengalaman dengan keluarga mangsa serta tayangan video. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 01:47



Mangsa ISA diminta terus melawan, dedah kezaliman penguasa

Tuesday, August 31 @ 20:15:53 MYT


KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Hrkh) – Mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan keluarga masing-masing diminta terus 'melawan' dengan mendedahkan apa sahaja bentuk kezaliman yang dilakukan ke atas mereka.



Seorang bekas tahanan akta berkenaan, Saari Sungib, berkata cara itu lebih berkesan bagi menuntut pembebasan daripada berdiam diri atau menerima apa saja perlakuan ke atas mereka sama ada sewaktu penyiasatan polis atau layanan dalam kem tahanan.

"Tahanan ISA merupakan tahanan politik dan cara melawan penahan politik ini perlu dengan cara politik juga.

"Kerana itu saya tegaskan semua tahanan dan keluarga mereka terus mendesak dan memberi tekanan dengan membuat 'bising' kerana orang politik tidak tahan tekanan seperti itu kerana boleh menjejaskan kedudukan mereka," kata beliau ketika menyampaikan ucapan dalam majlis pertemuan isteri-isteri mangsa ISA sempena sambutan kemerdekaan hari ini.

Majlis anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu diadakan di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, dekat sini.

Saari berkata, pengalaman beliau bersama beberapa lagi tahanan reformasi membuktikan pendekatan 'melawan' sama ada daripada luar atau dalam membolehkan mereka bebas lebih awal daripada tahanan lain.

Bekas Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) itu meminta isteri-isteri mangsa tahanan ISA khususnya, mengambil tanggungjawab menyedarkan suami mereka mengenai perkara itu seterusnya mendedahkan atau menulis apa sahaja yang terjadi untuk disebarkan kepada rakyat.

Di samping itu katanya, keluarga-keluarga mangsa tahanan juga tidak boleh berdiam diri membiarkan kezaliman berlaku kepada mereka sebaliknya terus berjuang daripada luar untuk mendedahkan kepincangan tersebut kepada masyarakat.

Sementara itu, Setiausaha Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Ahmad ketika berucap pada majlis yang sama meminta isteri-isteri tahanan ISA berjuang dalam satu kumpulan untuk menentang akta tersebut.

"Kita tidak mampu melakukan kerja seperti ini seorang diri kerana kita lebih mudah ditewaskan dengan pelbagai cara seperti ugutan.

"Tetapi apabila kita bersama, kita mampu menghadapi apa sahaja masalah yang dihadapi dan menyelesaikannya," kata beliau.

Malahan kata Nuridah, dalam Islam sendiri tidak digalakkan berjuang secara individu tetapi diminta berjuang dalam satu kumpulan.

Selain itu kata beliau, dalam konteks ISA, isteri-isteri atau keluarga mangsa ISA diminta bersama-sama dengan GMI sebagai sebuah badan yang membela nasib keluarga mangsa dan memperjuangkan agar ISA dimansuhkan.

Pada majlis tersebut, Nuridah bersama GMI melalui Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh turut menghulurkan bantuan kewangan kepada isteri-isteri mangsa tahanan bagi meringankan beban mereka. – HMB/lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 18:13


Mahkamah tolak permohonan â€habeas corpus’ Nik Adli, 12 lagi tahanan ISA

Wednesday, September 01 @ 14:52:20 MYT


Oleh Hafiz Mohd Baqi
SHAH ALAM, 1 Sept (Hrkh) - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz bersama 12 lagi rakannya untuk mendapatkan 'habeas corpus' (permohonan membatalkan tahanan) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, (ISA) dilanjutan selama dua tahun lagi.



Keputusan dibuat oleh hakim kira-kira jam 11 pagi setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak.

Selain Nik Adli, tahanan lain ialah Muhammad Azizan, Abu Bakar Che Doi, Asfawani Abdullah, Ahmad Pozi, Muhammad Zulkifli Zakaria, Khairuddin Saad, Muhammad Zulkifli Mat Isa, Mat Salleh Said, Zainon Ismail, Solehan Abdul Ghafar, Alias Ngah dan Md Lotfi Ariffin.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' KN Segara ketika mengumunkan keputusan itu berkata, tindakan menteri melanjutkan lagi tempoh tahanan mereka adalah mengikut prosedur yang betul dan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang.

Selain itu kata beliau, mahkamah juga menolak permohonan 'habeas corpus' tersebut berikutan menteri menggunakan alasan yang sama seperti mana alasan ketika melakukan tahanan pertama untuk melanjutkan tempoh penahanan.

Kesemua tahanan ISA diwakili oleh peguam Edmund Bon dan Muhammad Faiz Dato' Fadzil manakala pendakwa raya diwakili oleh Hanafiah Zakaria dan Abd Wahab Mohammad.

Edmund ketika mengemukakan hujahnya di depan hakim berkata, perlanjutan tempoh tahanan dilakukan tanpa mengambil kira aligasi terhadap Nik Adli dan rakan-rakannya.

"Bagaimana menteri boleh mendakwa mereka masih lagi sebagai ancaman kepada negara dan ini menunjukkan menteri membuat keputusan dengan tidak menggunakan minda," katanya

Malahan kata Edmund lagi, Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi juga tidak membuat kesimpulan dalam afidavitnya bahawa tahanan yang dilanjutkan tempoh penahanan itu adalah pengganas.

Nik Adli bersama rakan-rakannya ditahan di bawah ISA kerana didakwa terlibat menganggotai Kumpulan Mujahidin Malaysia kemudiannya ditukar menjadi Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Kesemua mereka yang ditahan pada tahun 2001 sepatutnya dibebaskan pada tahun 2003 setelah selesai menjalani tempoh tahanan selama dua tahun.

Walau bagaimanapun, Abdullah sebagai Menteri Dalam Negeri pada 22 Ogos 2003 telah mengarahkan melanjutkan tempoh tahanan mereka selama dua tahun lagi. – lanh



KENAPE ZALIM SANGAT NI???MASYAALLAH..DEPA ADE ANAK ISTERI...KORANG SAKIT HATI SANGAT DOK SEKSA MEREKA NI KORANG DAPAT APE HAH???DAH HILANG KE RASE SIMPATI KORANG PADE SESAMA MANUSIA???KENAPE ORG YG BETUL2 BUAT JAHAT..PENJENAYAH..MEREKA TAK DI TANGKAP??KENAPE YG KUTA MAKAN RASUAH TU..TAK DI TANGKAP???SEKARANG DEPA DOK SENANG2 GOYANG KAKI..KORANG BODOH SANGAT KER??TAK TAKUT NERAKA???

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-09-04 16:54


ISA untuk kepentingan politik pemimpin negara - Suaram

Thursday, September 09 @ 15:03:44 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Hrkh) - Alasan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semata-mata untuk menjaga keselamatan dalam negara hanyalah putar belit kerajaan untuk kepentingan politik pemimpin negara.

Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Eric Paulsen berkata, kerajaan hari ini dilihat hanya memberi gambaran baik terhadap penggunaan akta tersebut kepada rakyat.

Sedangkan ujarnya, penggunaan akta tersebut jauh menyimpang dari landasan kebebasan hak asasi manusia yang sepatutnya diamalkan oleh negara demokrasi.

"Kerajaan sendiri bertindak menyempitkan lagi takrifan demokrasi kerana dalam sistem itu, suara minoriti tidak boleh dipinggirkan, lebih-lebih lagi isu ISA bukan setakat minoriti yang menentang tetapi hampir seluruh rakyat menentang penggunaan akta ini," ujarnya lagi.

Eric berkata demikian semasa diminta mengulas ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Radzi Sheikh Ahmad yang merasmikan seminar Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pagi tadi.

Program anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) itu diadakan di Hotel Prince and Residence di Jalan Conlay sempena dengan sambutan hari hak asasi manusia Malaysia yang jatuh pada 9 September setiap tahun.

Antara yang hadir dalam seminar itu ialah, Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Othman; Yang di-Pertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, wakil-wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO); wakil Suaram, Eric Paulsen; S.Arutchelven; wakil badan hak asasi Afrika Selatan, Narandan Jody Kollapen dan pelbagai media cetak dan elektronik.

Dalam ucapan perasmian, Radzi yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak antara lain berkata, penggunaan ISA adalah untuk mempertahankan keselamatan dalam negara.

Beliau dalam ucapan itu turut menyatakan penggunaan ISA sejajar dengan kempen menangani keganasan selepas serangan bom di World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001.

Eric yang mengulas lanjut mengenai kenyataan itu berkata, kerajaan sememangnya akan menggunakan alasan tersebut untuk menghalalkan tindakan mereka menggunakan ISA demi 'survival' politik pemimpin.

Kata Eric, jika benar kerajaan mahu mempertahankan tindakan mereka terhadap penggunaan akta itu, kerajaan sepatutnya menghadapkan tahanan ISA ke mahkamah bagi dibuktikan sebagai bersalah atau tidak.

Malangnya hingga hari ini, kerajaan masih tidak mendakwa mana-mana tahanan ke mahkamah, malah ada di antara mereka yang dikenakan perintah lanjutan penahanan.

"Bagi Suaram jika hasrat kerajaan menggunakan ISA bertepatan dengan kehendak sebenar, ianya mungkin rasional untuk keadaan tertentu, tetapi ISA itu disalahgunakan untuk kepentingan mereka sahaja,"tegasnya lagi.

Selain itu beliau turut menyeru kerajaan agar menyemak semula cadangan Suhakam dalam Laporan Tahunan 2002 badan hak asasi manusia itu.

Suhakam dalam laporan tersebut antara lain menggesa kerajaan memansuhkan ISA dan menggantikan akta itu dengan akta yang baru yang lebih relevan untuk masa ini.

Jelas Eric, cadangan itu bagaimanapun tidak dihiraukan kerajaan malah ianya tidak dibincangkan di Dewan Rakyat.

"Hingga kini cadangan itu hanyalah untuk semakan sahaja tanpa ada sebarang tindakan susulan yang dibuat oleh Suhakam mahupun kerajaan sendiri," ujarnya.

Justeru katanya, sempena hari kebebasan hak asasi manusia kali ini, Suaram menyeru kerajaan, Suhakam dan badan-badan hak asasi manusia sekali lagi memandang serius isu pencabulan hak asasi manusia terutamanya penyalahgunaan ISA oleh pemimpin kerajaan. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-09-04 17:48


Bebaskan tahanan ISA sempena 'Hari Hak Asasi Manusia'

Thursday, September 09 @ 17:34:52 MYT


KUALA LUMPUR, 9 Sept (Hrkh) - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Saari Sungip menggesa kerajaan membebaskan kesemua tahanan ISA sempena Malaysia meraikan Hari Hak Asasi Manusia hari ini.

Saari yang ditemui di 'Seminar Hari Hak Asasi Manusia' anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Hotel Prince and Residence berkata, sebagai tahanan ISA beliau menyeru kerajaan membebaskan kesemua tahanan yang hingga kini masih belum mendapat pembelaan hak asasi mereka.

"Mereka ini ditahan tanpa sebarang pertuduhan dilakukan di mahkamah.Undang-undang apakah yang negara amalkan hingga rakyat ditahan tanpa dihadapkan ke mahkamah?" soalnya lagi.

Kata beliau, sejak peristiwa 11 September 2001, kerajaan bertindak menahan berpuluh-puluh rakyat yang beragama Islam dengan menyifatkan mereka adalah pengganas.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang bukti dikemukakan kerajaan bagi mengiakan segala tindakan mereka terhadap tahanan ISA.

Ujarnya, kerajaan perlu melihat penggunaan akta tersebut adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan hak asasi manusia itu sendiri.

"Kerajaan lantang menyuarakan kebebasan hak asasi manusia dalam persidangan di peringkat antarabangsa.Malangnya di negara sendiri kerajaan menggunakan akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah," tegasnya lagi.

Beliau yang dibebaskan dari ISA pada Jun tahun lalu turut menyatakan kisah sedih sewaktu berada dalam tahanan.

Katanya, dakwaan kerajaan bahawa tidak ada berlakunya penderaan ketika 60 hari siasatan adalah tidak benar.

Tambahnya, hampir kesemua tahanan ISA melalui suasana perit dan pedih sewaktu berada dalam 60 hari siasatan di mana, mental dan fizikal mereka didera semata-mata untuk membuat kenyataan mengiakan tuduhan ke atas mereka.

"Hari ini kita boleh lihat ramai peserta yang membangkitkan isu membantah ISA dari terus digunakan," ujarnya.

"Ada di antara mereka yang bangun bercakap bukan mewakili NGO atau parti politik yang menyertai pakatan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetapi ada yang mewakili pertubuhan yang katanya mempunyai hubungan baik dengan kerajaan," tegas beliau lagi.

Katanya, isu ISA ini tidak boleh dilihat remeh oleh kerajaan kerana kesemua peserta yang bangun turut mendakwa bahawa keseluruhan rakyat sebenarnya menolak penggunaan ISA walau dalam apa juga keadaan.

ISA dan 'Patriot Act'

Saari juga menyebut bahawa, penggunaan ISA berbeza daripada 'Patriot Act' yang digunakan oleh Amerika Syarikat.

Katanya, mutakhir ini 'Patriot Act' yang digunakan Amerika dalam menangani isu keganasan memperlihatkan negara itu membenarkan setiap tahanan yang dituduh terlibat dengan aktiviti keganasan didakwa di mahkamah.

"Kita boleh lihat beberapa bulan lalu ada di antara tahanan di Guantanamao Bay dihadapkan ke mahkamah dan dibebaskan," soalnya.

Tambah beliau, di negara ini sebaliknya berlaku, tahanan ISA diberi surat perlanjutan penahanan walaupun negara telah mengistiharkan bebas dari bahaya pengganas.

Kerajaan Malaysia masih mempertahankan tindakan menahan beberapa individu yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) dan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) di bawah ISA.

Tindakan tersebut ujarnya sebenarnya menidakkan hak asasi tahanan yang digariskan dalam 'Universal Declaration of Human Right' (UDHR).

Sehubungan itu Saari yang juga bekas Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) menggesa kerajaan menghapuskan penggunaan ISA dan bertindak membebaskan kesemua tahanan ISA segera.

"Tiada makna jika kita meraikan hari hak asasai manusia jika masih ada akta yang digunakan kerajaan yang mencabuli hak asasi manusia," ujarnya.

Menteri tidak berjaya jawab isu ISA

Sementara itu seminar anjuran Suhakam itu hari ini memperlihatkan banyak soalan mengenai isu ISA diketengahkan oleh peserta semasa Menteri di Jabatan Oerdana Menteri, Dato' Maximus Jonithy Ongkili membentangkan kertas kerjanya.

Antara isu yang dipersoalkan ialah peserta mempersoalkan rasionalnya kerajaan menggunakan akta tersebut kepada rakyat sedangkan penggunaannya menyalahi hak asasi manusia.

Bagaimanapun, Maximus mendakwa akta tersebut sangat penting dipertahankan bagi menjaga keselamatan dalam negara.

Jawapan yang diutarakan Maximus mendapat reaksi berbeza peserta yang rata-rata terdiri dari kalangan NGO.

Seorang peserta yang enggan namanya disiarkan memberitahu Harakahdaily bahawa, jawapan Maximus yang mempertahankan penggunaan ISA itu sebenarnya secara terpaksa kerana mempertahankan polisi kerajaan.

Ujarnya, jawapan itu terlalu dangkal bagi seorang yang berjawatan menteri, bagaimanapun kesediaan Maximus melibatkan diri dalam isu ISA tetap dialukan.

"Seingat saya, sewaktu perbahasan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato'Seri Mohamed Nazri Aziz dengan Lim Kit Siang tiada satupun soalan dibenarkan untuk dikemukakan oleh peserta," ujarnya.

"Nazri sepatutnya mencontohi sikap Maximus walaupun, Maximus tidak menjawab soalan peserta secara tepat," tegas beliau.

Mengikut arkib GMI hingga kini kira-kira 81 individu masih ditahan di bawah ISA.

Sementara pada Julai lalu, lima tahanan bagi tuduhan yang sama telah dibebaskan daripada Kem Tahanan Kamunting (Kemta) dan diarahkan untuk ditahan di rumah selama dua tahun.

Mereka ialah, Muhammad Azian Abd Rahman, Murad Halimuddin Haji Hassan, Asfawani Abdullah, Muhamad Zulkifli Md Isa, dan Mat Salleh Said.

Penahanan dilakukan bermula akhir 2000 hingga 2004. Di samping itu hampir kesemua tahanan telah mendapat perintah lanjutan penahanan kepada dua tahun lagi setelah menjalani dua tahun sebelum ini.

Antara mereka yang dilanjutkan penahanannya ialah, anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Agung Biadi Ahmad Bunyamin, Azmi Khan Mahmood, S Mukhlis Abdul Halim, Jaafar Saldin, Mat Sah Mohd Satray, Mazlan Ishak, Nasharuddin Nasir, Shakom Shaid, Shamsuddin Sulaiman, Syed Ali Ayed Abdullah dan Yusrin Haiti. - WN/mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-09-04 20:04


ISA...undang-undang apa digunakannya....memang tak ADIL

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-09-04 22:22


ISA merosakkan institusi kekeluargaan

Wednesday, September 22 @ 11:04:40 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas rakyat yang tidak bersalah sekaligus merosakkan institusi kekeluargaan antara suami, isteri dan anak-anak.

Ustaz Ismail Noh (PAS-Pasir Mas) berkata, penggunaan ISA ke atas rakyat yang belum didapati bersalah memisahkan hubungan kekeluargaan.



Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2005 di Dewan Rakyat semalam.Perbahasan Belanjawan 2005 semalam, masuk hari yang ke enam.

"Tahanan ISA sehingga kini dilonggokkan dalam kem tahanan tanpa sebarang pendakwaan bagi membuktikan kesalahan," ujarnya.

Ujarnya lagi, tahanan ISA seharusnya dibicarakan di mahkamah untuk dipastikan tuduhan ke atas mereka benar atau tidak.

Tambahnya,Islam sendiri tidak menghalalkan tindakan menghukum seseorang tanpa dibicarakan dahulu.

Beliau mendakwa penggunaan ISA itu sekaligus merosakkan institusi kekeluargaan dengan memisahkan antara anak, isteri dan suami.

Selain itu katanya, perkembangan terkini mengenai pembebasan mantan Timbalan Perdana Menteri,Dato'Seri Anwar Ibrahim perlu dijadikan teladan kepada kerajaan dan institusi kehakiman dalam isu ISA.

"Jika Anwar boleh dibebaskan, kenapa tahanan ISA masih dibelenggu dengan akta yang zalim itu.Tuduhan ke atas mereka (tahanan ISA) belum tentu betulnya lagi" katanya lagi.

Justeru beliau sekali lagi mengulangi gesaan kepada kerajaan agar mebebaskan tahanan ISa atau setidak-tidaknya menghadapkan mereka ke mahkamah untuk diadili secara telus dan saksama.

Sebelum ini Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pernah menggariskan pendapat mengenai penggunaan ISA yang menyalahi Islam.

Antaranya GMI menyebut,penggunaan akta itu bertentangan dengan ketetapan Islam yang meletakkan had batasan kepada kuasa pemerintah. Kuasa pemerintah, antara lain, dalam menegakkan keadilan mestilah tertakluk melaksanakannya melalui proses perbicaraan dalam mahkamah terbuka.

Selain itu ISA juga menyalahi dan mengabaikan panduan Rasulullah s.a.w. dalam menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap seseorang.

Ini kerana menurut GMI, ISA adalah undang-undang yang tidak memerlukan pihak kerajaan mengemukakan sebarang pendakwaan, tidak memberi peluang pembelaan kepada tertuduh dan tiada sebarang perbicaraan dilakukan.

GMI berpendirian, ISA turut menyalahi dan melanggar panduan Rasulullah s.a.w. agar hakim tidak membelakangkan kebenaran atau pun tidak jahil ketika menjatuhkan sesuatu hukuman.

GMI dalam kenyataannya sedikit masa lalu menyifatkan Menteri yang bertindak sebagai hakim telah melanggar panduan Rasulullah s.a.w. agar seseorang muslim itu tidak menjatuhkan hukuman ke atas seseorang tanpa pengetahuan atau dengan sengaja membelakangkan pengetahuannya tentang kebenaran.

ISA juga dikatakan menyalahi dan melanggar perintah Rasulullah s.a.w. agar menjauhkan dan meninggalkan syubahat, iaitu perkara-perkara yang meragukan. ISA melanggar prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan.

Walaupun dikatakan untuk digunakan bagi menjaga masalah ummah (kepentingan umum) seperti menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam, ISA tetap bersifat syubhat dan meragukan apabila wujudnya penahanan tanpa bicara dan pemberian kuasa terlalu luas kepada pihak berkuasa.

Akhir sekali ISA turut menyalahi dan melanggar tuntutan agar menyiasat dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan dan tindakan (rujuk Surah An-Nisa': 94 dan Al-Hujurat: 6).

Di bawah ISA, Menteri berkuasa membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan laporan satu pihak iaitu polis.

Sehingga kini, 82 tahanan yang dituduh terlibat dengan rangkaian Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI) masih ditahan di bawah ISA. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 19:11


Kerajaan digesa bebas tahanan ISA sempena Aidilfitri

Friday, October 22 @ 15:42:12 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Kerajaan digesa memberi pengampunan dan membebaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sempena Aidilfitri ini sama seperti pengampunan yang diberikan kepada pendatang tanpa izin (PTI)



Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Haji Mahfuz Omar berkata cadangan kerajaan memberi pengampunan kepada 1.2 juta pendatang tanpa izin (PTI) untuk pulang ke Indonesia adalah baik, tetapi adalah 'lebih baik' untuk kerajaan turut memberikan perhatian kepada tahanan ISA sempena Aidilfitri ini.

Atas dasar yang sama, Impak menggesa kerajaan Malaysia membebaskan tahanan ISA lebih-lebih lagi mereka ditahan tanpa sebarang pertuduhan di mahkamah, katanya.

"Jika kerajaan boleh memberi pengampunan kepada PTI, mengapa tidak kepada tahanan ISA," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi kenyataan berhubung desakan membebaskan tahanan ISA berikutan tindakan kerajaan mengumumkan program pengampunan PTI sempena Aidilfitri.

Semalam Menteri Luar, Dato’ Seri Syed Hamid Albar, berkata hasrat Malaysia memberikan pengampunan itu dinyatakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Jakarta kelmarin, ketika beliau bertemu Presiden baru Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Mengulas lanjut isu itu Mahfuz berkata, kerajaan Malaysia perlu membebaskan tahanan ISA setelah kerajaan boleh memberi pegampunan kepada bukan rakyat Malaysia yang datang menceroboh negara ini.

"Jelas sekali PTI melakukan kesalahan dengan datang ke negara ini tanpa izin, tetapi mereka boleh diampunkan dan boleh pulang ke negara asalnya dengan program khas kerajaan,

"Mengapa tidak dilakukan hal yang serupa supaya tahanan ISA boleh hidup bebas dan merayakan Aidilfitri dengan keluarga setelah mereka terpisah dua hingga tiga tahun lebih," tegas beliau yang juga AJK PAS Pusat.

Sementara itu Impak turut menggesa kerajaan mengambil tindakan keras ke atas PTI yang melakukan kesalahan jenayah semasa mereka berada di negara ini.

Kata Mahfuz, jika tahanan ISA yang belum pasti bersalah boleh ditahan dan dijejaki untuk ditahan, kerajaan juga perlu bertindak sedemikian kepada PTI.

Selain itu ujar Mahfuz, Impak mahu kerajaan memberi penjelasan kewajaran tindakan kerajaan meneruskan penahanan ISA walapun negara ini dikatakan terselamat daripada ancaman pengganas.

Sedangkan, kata beliau lagi, PTI lebih berbahaya dan memberi ancaman keselamatan kepada negara ini.

Tambahnya, pelbagai kesalahan jenayah seperti samun, bunuh dan ragut yang berlaku di dalam negara ini didapati dilakukan oleh PTI.

Justeru katanya,atas dasar mengambil iktibar dari bulan yang mulia ini, kerajaan terutamanya Kementerian Keselamatan Dalam negeri (KKDN) membebaskan tahanan ISA segera.

"Bebaskan mereka supaya mereka boleh beraya bersama keluarga," tambah beliau.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan program pengampunan yang diumumkan Abdullah, kelmarin tidak terhad kepada pendatang tanpa izin dari Indonesia saja.

Syed Hamid Albar berkata, warga Indonesia yang memasuki Malaysia secara haram boleh balik ke kampung halaman dan tiada pertuduhan serta hukuman akan dikenakan kepada mereka.

“Pengampunan ini tidak hanya membabitkan pekerja Indonesia tetapi semua pekerja asing tanpa izin. Kita memberi pengampunan sempena Ramadan bagi membolehkan semua balik ke negara asal.

“Pihak berkuasa Malaysia tidak akan mengambil sebarang bentuk tindakan ke atas mereka kerana tinggal di negara ini secara haram,” katanya pada sidang akhbar selepas dikunjungi Timbalan Perdana Menteri Republik Rakyat China, Tang Jiaxuan di Wisma Putra, tengah hari semalam. – lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-04 12:57


mmm...
cuma 2 soalan yg ingin saya tanyakan kepada sesiapa jua g sudi menjawap.

adakah konsep islam hadari mengahalalkan undang2 ISA ini?

dimana janji PAK LAH selepas mengangkat sumpah sebagai pm yg mahu memacu negara ini mengikut acuan islam yg sebenaar?

p/s..mmmmm je la..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-11-04 11:52


Janji SB, KKDN bebas tahanan ISA tidak ditunai - GMI

Thursday, November 04 @ 15:35:37 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) - Janji-janji manis Pegawai Cawangan Khas (SB) dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk membebaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak pernah tertunai hingga kini.



Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tahanan ISA sering diminta KKDN dan SB untuk tidak menghebahkan cerita mengenai kezaliman ISA kepada media mahupun orang ramai.

"Mereka dihidangkan dengan janji-janji manis oleh dua pihak terbabit. Malangnya apabila mereka berbuat demikian, janji-jani untuk mereka dibebaskan tidak pernah dilunaskan pihak tersebut," ujar Syed Ibrahim.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai perkembangan terkini beberapa keluarga mangsa tahanan ISA menjelang Aidilfitri.

Menurut Syed Ibrahim, ada antara isteri tahanan yang terlalu mengharap suami mereka dibebaskan sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk memujuk suami untuk mengaku terlibat dengan aktiviti keganasan.

Kata Syed Ibrahim, pengakuan isteri tahanan diserikan lagi dengan janji manis SB dan KKDN bahawa pembebasan suami mereka akan dibuat dalam masa yang singkat.

Malangnya kata beliau, walapun ada antara isteri tahanan yang telah berbuat demikian mereka akhirnya mendapati ditipu dan terus ditipu dengan mainan kata-kata pihak terbabit.

"Yang pasti mereka jenuh menunggu dua tiga bulan malah setahun pun, suami mereka masih tidak dibebaskan.

"Keadaan ini terus menjadikan isteri dan keluarga hilang semangat dan keyakinan terhadap perjuangan membantah kezaliman ISA selama ini," ujar beliau lagi.

Justeru beliau meminta semua isteri tahanan agar kembali bersatu mempertahankan perjuangan membebebaskan tahanan ISA seperti ketika suami mereka mula ditahan.

Mengikut arkib GMI hingga kini ada 81 individu masih ditahan di bawah ISA.

Sementara pada Julai lalu, lima tahanan bagi tuduhan yang sama telah dibebaskan daripada Kem Tahanan Kamunting (Kemta) dan diarahkan untuk ditahan di rumah selama dua tahun.

Mereka ialah Muhammad Azian Abd Rahman, Murad Halimuddin Haji Hassan, Asfawani Abdullah, Muhamad Zulkifli Md Isa, dan Mat Salleh Said.

Penahanan bermula akhir 2000 hingga 2004. Di samping itu hampir kesemua tahanan telah mendapat perintah lanjutan penahanan kepada dua tahun lagi setelah menjalani dua tahun sebelum ini.

Antara mereka yang dilanjutkan penahanannya ialah, anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz; Agung Biadi Ahmad Bunyamin, Azmi Khan Mahmood, S Mukhlis Abdul Halim, Jaafar Saldin, Mat Sah Mohd Satray, Mazlan Ishak, Nasharuddin Nasir, Shakom Shaid, Shamsuddin Sulaiman, Syed Ali Ayed Abdullah dan Yusrin Haiti. –


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-12-04 19:37


Najib perlu mansuhkan ISA

Friday, December 03 @ 16:00:57 MYT


Oleh Hafiz Mohd Baqi
KUALA LUMPUR 3 Dis (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri (TPM), Dato' Seri Najib Tun Razak disaran memansuhkan terus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai jalan terbaik untuk memastikan tiada lagi rakyat akan dizalimi dengan akta itu.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, prinsip ISA selama-lamanya akan mencabul hak asasi manusia kerana penangkapan menggunakan akta tersebut menafikan hak tahanan untuk membela diri atau dibicarakan.


KLIK DI SINI
UNTUK ARAHAN PENGGUNAAN



"Tiada jalan lain lagi kecuali mansuhkan undang-undang itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini ketika diminta mengulas pertemuan Dato' Seri Najib dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan membincangkan perkara itu seperti mana diberitahu Pesuruhjaya Suhakam, Prof Dato' Hamdan Adnan semalam.

Dalam pertemuan tersebut Dato' Seri Najib bersedia untuk mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menjamin keselamatan negara terpelihara tanpa mengenepikan hak asasi manusia.

Kata Syed Ibrahim mengulas lebih lanjut, keselamatan negara adalah memastikan rakyat berasa selamat, tetapi ISA mewujudkan budaya sebaliknya kerana rakyat sentiasa ditakut-takutkan dengan undang-undang itu.

Katanya, ada banyak lagi undang-undang lain yang lebih bertamadun dan menghormati hak asasi manusia yang boleh digunakan untuk menjaga keselamatan negara.

Walau bagaimanapun kata beliau lagi, sekiranya TPM itu benar-benar mahu mangkaji semula ISA beliau tetap melihat perkembangan itu secara positif dan mengalu-alukan tindakan tersebut.

Saya harapkan ia dilakukan bersungguh-sungguh bukan hanya mengeluarkan kenyataan tetapi menunjukkan bagaimana langkah-langkah pengkajian semula itu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Kata Syed Ibrahim, sebagai badan yang telah lama memperjuangkan nasib tahanan ISA, pihaknya mencadangkan kerajaan memperbahaskan dahulu laporan tahunan Suhakam yang ada menyentuh mengenai ISA di Parlimen sebagai langkah permulaan untuk melakukan perubahan.

"Kebetulan ISA diwujudkan melalui Parlimen, sepatutnya dibahaskan dahulu laporan Sukaham yang mempunyai pelbagai cadangan mengenai akta itu di sana.

"Bahkan kerajaan boleh mendengar pelbagai pandangan daripada wakil-wakil rakyat termasuk wakil pembangkang," katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya perkembangan persiapan majlis pelancaran kempen 'Malaysia Bebas dari ISA' peringkat nasional pada 11 Disember ini, beliau berkata program itu akan berjalan seperti yang dirancang dan persiapan masih lagi dilakukan.

Katanya, dalam majlis itu GMI akan cuba mengumpulkan seberapa ramai bekas-bekas tahanan ISA yang ditahan daripada tahun 60an sehingga sekarang sebagai tetamu khas pada malam itu.

Justeru itu kata beliau, sekiranya ada bekas-bekas tahanan yang tidak mendapat undangan kerana gagal dikesan oleh pihak GMI, beliau berharap boleh terus datang pada malam tersebut dan mereka tetap akan mendapat tempat.

"Kami menjangkakan seramai 100 hingga 200 bekas mangsa ISA serta ahli keluarga mereka akan hadir pada malam tersebut.

"Kebanyakannya yang ditahan pada tahun 1970an sehingga sekarang kerana yang ditahan pada tahun 1960 kebanyakkannya sudah tiada lagi," kata beliau.

Kempen 'Malaysia Bebas dari ISA' merupakan satu lonjakan kepada Kempen Mansuhkan ISA yang telah dijalankan sejak tahun 2001 oleh GMI.

Ia akan berlangsung pada jam 8.00 sehingga 11.30 malam bertempat di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Ucaputama dijangka akan disampaikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tajuk 'Demokrasi, Hak Asasi dan Malaysia Bebas dari ISA.'

Selain itu, dua tetamu kehormat turut akan diundang untuk memberi ucapan dalam majlis tersebut iaitu seorang Wartawan yang pernah ditahan selama 17 tahun di bawah ISA, Said Zahari bersama seorang Pesuruhjaya Suhakam.

Antara aktiviti lain yang akan diadakan sempena majlis tersebut ialah melancarkan logo 'Malaysia Bebas dari ISA', logo 'Sokong Suhakam Mansuh ISA' dan persembahan teater 'Aku Mangsa ISA'. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 21:50


Isteri mangsa ISA lapor suami didera di Kem Kemunting

Thursday, December 16 @ 17:23:21 MYT


KUALA LUMPUR, 16 Dis (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersama isteri tahanan telah mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung lapan lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dipukul oleh pihak Kem Tahanan Kamunting (Kemta).



Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata insiden ini berlaku sehari selepas peristiwa 'rusuhan' yang berlaku di Kemta, 8 Dis lalu, bagaimanapun tidak dilaporkan di dalam media utama.








Menurut Syed Ibrahim, lapan tahanan tersebut, Abdullah Minyak Silam, Abdul Murad, Yazid Sufaat, Ahmad Yani Ismail, Mohd Faiq, Zid Saharani, Mohd Khider dan Abdul Samad Shukri telah dibelasah oleh Unit Keselamatan Penjara (UKP) di blok T4.

Harakahdaily difahamkan, kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 4 petang, 9 Dis lalu, di mana kelapan-lapan tahanan tersebut telah digari tangannya ke belakang dan di bawa ke bilik sembahyang.

"Sepanjang perjalanan ke bilik sembahyang berkenaan, mereka dipaksa berjalan sambil membongkok, dan dalam masa yang sama dipukul," jelas seorang isteri tahanan ISA, Suri Hanim Mohamed di hadapan Timbalan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun.

Suri Hanim, isteri kepada Ahmad Yani turut membuat demonstrasi bagaimana pihak Kemta menjalankan 'body searh' terhadap ahli keluarga yang ingin melawat tahanan, termasuk para isteri mereka.

Beliau yang kesal dengan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kemungkinan 'senjata' itu diseludup masuk oleh ahli keluarga, berkata sepatutnya pihak Kemta lebih tahu perkara tersebut memandangkan mereka membuat pemeriksaan yang teliti sebelum dibenarkan masuk.

Dalam insiden 8 Dis lalu, beberapa alat membuat barangan kraftangan ditemui bersama tahanan, bagaimanapun dilaporkan oleh media utama sebagai 'senjata'.

Sehubungan itu, GMI menyeru kerajaan menimbangkan dengan serius saranan GMI dan Suhakam supaya ISA dikajisemula dan dimansuhkan serta menyeru Suhakam untuk terus mengambil inisiatif mengadakan siasatan awam terhadap insiden yang berlaku.- AN/zs





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-04-05 12:47


4 tahun ISA memisahkan mereka, tapi apa kita peduli?
Wednesday, April 06 @ 09:57:34 MYT


Oleh KAWAN LAMA CIKGU NON
Selepas tokoh-tokoh reformasi dibebaskan dari Kamunting, kempen menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah tidak didengar lagi. Ada memang ada, tetapi ia seolah-olah hilang sengat dan bisanya.

Sedangkan mereka yang dizalimi dan dianiayai masih merengkok di dalam pusat tahanan. Anak-anak dan isteri tahanan ISA masih dirundung malang berpanjangan. Kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya nasib keluarga berkenaan, bagaimana pelajaran anak-anak mereka misalnya.

ISA diterima umum

Saya perhatikan masyarakat umum sudah lali dan mangli dengan ISA. Tanpa sedar seolah-olah kita dapat menerima kehadiran akta yang begitu zalim, yang membenarkan seseorang ditahan selama mana yang dikehendaki Menteri Dalam Negeri, dengan tidak perlu dihadapkan ke mahkamah.

Masa yang sama, kawan-kawan kita sendiri kadang-kadang terlepas cakap. Bila menghadapi isu-isu seperti logo halal, kecaman terhadap Islam, kita pun terikut-ikut minta mereka dikurung ISA, walhal dalam apa jua isu, sama ada ia membabitkan kawan rakan kita ataupun seteru politik kita, ISA tetap tidak boleh digunakan.

Akta zalim ini wajib dimansuhkan terus, langsung tidak ada manfaatnya. Seseorang itu ada hak dan kehormatan diri yang mesti diraikan. Ia harus diberi peluang mendengar tuduhan yang dihadap ke atasnya dan lebih penting membenarkan tertuduh membela diri sebaiknya.

Hampir 4 tahun mereka dikurung

Terkedu saya mengenang beberapa teman, misalnya Cikgu Zainon Ismail, dari Kg Memali, Baling yang masih terkurung di Kamunting. Beliau ditahan sejak 2 Ogos 2001, yakni menghampiri empat tahun. Begitu juga dengan anak Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, yang dikurung sejak 4 Ogos 2001. Dan ramai lagi yang ditahan tanpa bicara, hanya atas dakwaan terbabit dengan keganasan.

Memang benar, sekarang tiada tokoh-tokoh besar dalam barisan pembangkang yang dikurung di Kamunting. Namun, apakah kerana tidak ada pemimpin kanan PAS atau PKR yang dizalimi oleh ISA, maka penentangan kita terhadap undang-undang rimba itu dikendurkan?

Sedangkan, yang menyebabkan gerakan pembangkang merudum hingga ke peringkat yang begini lemah disebabkan penggunaan ISA. Budaya takut tidak lagi hinggap pada otak pemikiran kakitangan kerajaan, para akademik, ahli perniagaan, mahasiswa, tetapi juga aktivis politik dan NGO.

Pedihnya bahana ISA, tapi siapa peduli

Aktivis pembangkang telah meletakkan halangan besar dalam diri mereka apabila mengenangkan ISA bila-bila masa boleh mencabut kebebasan yang tidak ternilai itu. ISA juga boleh mengadu-domba tahanan dengan teman-teman baiknya, malah mampu menyebabkan perceraian antara tahanan dan isteri.

Kempen menentang ISA tidak wajar lagi dibebankan kepada jawatankuasa khusus, misalnya Gerakan Mansuhkan ISA. Tokoh-tokoh besar pembangkang mesti terlibat sama -- Anwar Ibrahim juga harus berperanan besar -- memberi sokongan tidak berbelah-bagi agar "igauan buruk dan ngeri" ini ditamatkan.

Dalam pada itu, derma dan bantuan terhadap keluarga mangsa ISA tidak harus terhenti. Media pembangkang mesti menyalurkan maklumat terperinci bagaimana saluran terbaik untuk menyumbang bantuan kepada keluarga terbabit.

Selama ini saya perhatikan segala maklumat berkaitan cukup sukar untuk diperolehi. Ingatlah, jangan sampai ia berlaku kepada keluarga kita sendiri barulah kita terasa pedih dan peritnya.

Tapi, yaa ... apa yang nak ditakutkan, jika anda terus berdiam diri, mengelak dari mencabar pemerintah zalim, hanya membilang keuntungan diri, anda tentulah tidak akan diserkup ISA! - um



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.192816 saat. Lajunya....