Oleh |
Pilihanraya : Mahasiswa Di Mana? |
wadah_ummah
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.06.2003 Ahli No: 1729
Posting: 80
Dari: negeri tuan guru
|
Posting pada: 28-02-04 11:17
. Kita lihat dewasa ini bila menjelangnya pilihanraya, mahasiswa turut diheret sama berkecimpung.... ada yang setuju, ada yang membangkang penglibatan mahasiswa dalam gerakerja pilihanraya. Maybe ramai di kalangan kita turut menyumbang khidmat bakti, sama ada secara langsung mahupun tidak. Apa komen?
|
sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.05.2003 Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka
|
Posting pada: 28-02-04 11:27
ana rasa mahasiswa PERLU ambik tahu pasal this thing tapi janganlah terlalu aktif sangat pasal our priority is studying ok..wassalam [ Posting ini telah di edit oleh: Prof_Muslim pada 2004-02-28 16:48 ]
|
jaie
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.01.2004 Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak
|
Posting pada: 28-02-04 14:04
emm.. mahasiswa perlu ambik tahu tahu tentang pilihanraya ... klu nak join sekali ... kena jaga2 nt susah.... lagipun saye rasa klu nak join ape salahnya cuma ... jgn terlalu agresif...
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 28-02-04 14:05
. untuk pilihanraya yg terdekat ni bagi saya bagi mahasiswa yg turun padang adalah tepat pada masanya sekiranya pembubaran parlimen dibuat semasa cuti semester. di sini mahasiswa akan mendapat pengalaman berhadapan dgn masyarakat dan senario politik yg sebenar, tdk hanya terhad kpd politik kampus sahaja. ----------------- Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 28-02-04 16:09
kalau kata priority kita sebagai student untuk belaja tu memang salahla, seolah2 menjadikan belajar hanya untuk exam.konsep belajar yang sebenar ialah belajar sepanjang hayat. kalau kita kata student kena blaja, tak boleh politik samala juga kita kata pekerja kena kerja, priority die berkerja, tak bleh politik. normal bagi student hadapi exam dan sebagainya... apasalahnya jika turun berpolitik
|
Usmad
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2004 Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar
|
Posting pada: 29-02-04 14:37
Kalau pilihan raya kali ni dalam masa cuti sem nampak nye ade kat rumahla saya? Tapi kalau mase tengah blaja adekat 'U' le nampaknye. Mintak2 la mase tu cuti boleh le saye sumbang kan sedikit tenaga.
|
NAJWARINA
Warga Rasmi Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6392
Posting: 5
|
Posting pada: 29-02-04 22:12
saya menyokong penuh jika mahasiswa terlibat serta turun padang mahasiswa perlu tahu perkembangan dunia semasa apatah lagi yang berlaku di dalam negara sendiri oleh itu sama2 lah kita berdoa agar kejayaan yg hakiki adalah MILIK ISLAM dan tidak hanya memandang & melihat dengan apa yg orang lain buar "P'banyakkan lah doa & munajat utk peperangan (pilihan raya) terdekat ini kalaupun kamu tidak mempedulikan masa depan Islam, kasihankanlah kpd mereka yg telah berpuluh-puluh tahun berjuang takbir!!!!!!
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 01-03-04 11:43
mmm.. setuju dengan pendapat sahabat2 terutamanya jackie...setuju utk mahasiswa turut sama kempen. tapi...hehe..kerajaan setuju ke.. hehehe...kempen utk UMNO takpe.. tapi utk pembangkang AUKU menunggu.. jadi dimana keadilan... p/s..semuanya sekat.. nanti rasanya semua takleh tanding kecuali dia jee.. ----------------- Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 01-03-04 14:08
kata pejuang tulen,pejuang Islam..alah AUKU tu takkan ke mana,kalau nama pejuang Islam..takkan takut nak berjuang.....gi turun padang....kalau kena scale AUKU....serah pd tuhan..doa banyak2......tul tak?kan Allah takkan biar org teraniaya terus teraniaya.... Apa nak takut?setakat kena buang U ..alah biasa je..yg penting dpt jadi pejuang parti Islam...tul tak?azimi?....kalau rasa keadilan takde,kenalah berani menempuh bara api....... nak tengok pejuang sebenar...
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 01-03-04 14:54
betul tu,biarlah kita kehilangan segala-galanya asalkan kita tidak kehilangan keimanan dan semangat perjuangan yang suci...teruskan berkempen untuk pilihanraya..
|
teman_siber
WARGA SETIA Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 01-03-04 15:06
hmm... susah nak cakap... dalam dok kata mahasiswa jangan cebur politik. ada juga 'kak turut' puteri UMNO nie masuk IPT, cari keahlian. camner nie. dah tu, siap offer lagi ajak bersama dengan UMNO, memancing undi utk pilihanraya. abis kalau mahasiswa yang independent, sendiri turun punye... dah dikira pembangkang... susah betui bila benda tak betui nak dibetuikan...
|
fadhli
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.07.2003 Ahli No: 2498
Posting: 171
Dari: Negeri Serambi Mekah
|
Posting pada: 02-03-04 11:09
bukan saje sokong mahasiswa turun padang malah ana sarankan agar kita sama2 turun padang. sedikit tenaga yang kita sumbangkan, insyaAllah Allah terima sebagai satu titik perjuangan kita dalam memastikan Islam terus memimpin. AUKU? kalau ikhlas ingin memperjuangkan islam, bukan sahaja AUKU, ISA pun sanggup ditem[puhi. itulah nikmat bagi pejuang2 islam. kasihnya Allah pada pejuang2 islam. tidak dibiarkan kita lena dengan kenikmatan dan kesenangan yang bersifat sementara. tapi, sering diuji dengan hidup yang penuh pancaroba. itulah kasih nya Allah kepada pejuang2 agamaNya. ----------------- Barangsiapa percaya bahawa dia akan memperolehi syurga tanpa berusaha, sesungguhnya dia adalah seorang yang berhayal. Dan barangsiapa percaya bahawa dia ak
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 02-03-04 11:17
betulllll..Allah masih kasih kat kita...kalau kena AUKU,kena buang U....kita masih dikasihi...gi turun padang...pejuang tulen Islam mesti berani....tak kisah hilang tittle U asal parti yg kita sokong akan menang.... Kalau kena buang U,rezeki boleh kita cari..jual burger ke,jual tin ke..apa ke....Allah kasihkan kita....dan setakat ke AUKU tu....takkan membawa kita ke mana.........gilah kempen.....gilah kempen..Tuhan maha penyayang......kalau kena buang U....kita masih tahu..Allah maha penyayang pada hambanya......Ibu bapa kita mesti suka......
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 02-03-04 11:54
assalammualaikum apa kata jika pejuang islam yang pergi berkempen allah bagi cemerlang dalam study sampai boleh buat doktor falsafah manakala yang tak pergi berjuang kena buang U sebab sibuk dengan hiburan dan mak we, bawak makwe jalan-jalan, lalu tak sempat nak study dan akhirnya kena buang U sebab result bawah 2.0. manakala pejuang yang berjuang berkempen hatinya cerah dan senang terima pelajaran dan akhirnya cemerlang dalam pelajaran. Allah yang menetukan rezeki seseorang. Allah memberi rezeki yang dari sumber yang banyak bagi muslim yang bertaqwa. cuma perlulah berhikmah dalam perjuangan.
|
mannan
Warga 2 Bintang Menyertai: 11.02.2004 Ahli No: 7171
Posting: 63
Dari: Setapak
|
Posting pada: 02-03-04 13:00
Hehehee...buat sesuatu berdasarkan keutamaan, kalu pergi kempen tuk sesapa pun kesudahannya buruk kepada diri, keluarga dan umat tok sah ler. Kalu semuanya ok...jalan! tapi dengan berstrategi...bukan politik kotor (menghina peribadi atau parti). Biar berjuang atas dasar kebaikan bersama... ----------------- jadilah orang yang paling banyak memberi kebaikan kepada orang lain...
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 02-03-04 16:35
yg pasal tekanan dr auku ni saya rasa kita pedulikan la sbb umno juga buat macam tu, kita ada bukti, kalau mrk persoalkan mahasiswa yg turun padang utk pembangkang kita bangkitkan pula isu mrk. macam juga skng ni isu poster, ikutkan sebelum parlimen bubar kita tak blh naikkan poster, tapi umno dah buat dulu. kalau kita report kat spr pun tak guna, jadi kita pun naik kan poster dan bila ada komplen kita tunjukkan begambar bahawa umno juga menaikan poster. begitu la juga dgn isu penglibatan mahasiswa dlm pilihanraya. ----------------- Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
|
al_farisi
WARGA SETIA Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada
|
Posting pada: 02-03-04 17:51
Mahasiswa perlu peka dengan keadaan semasa tetapi janganlah sampai mengorbankan masa depan. Ingat sekiranya kita terlibat dengan Umno kita akan di perkudakan oleh UMNO dan sekiranya kita telibat dengan PAS atau pembangkang kita menggelapkan masa depan esp. AUKU. Fikir-fikirkan lah sendiri semua dah besar dan matang Janganlah kerana taksub kita lupa matlamat asal kia sendiri. Yang keja dengan kerajaan jadilah profesional, yang student anda perlu bersama masyarakat tetapi bukan dengan parti politik.
|
al_farisi
WARGA SETIA Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada
|
Posting pada: 02-03-04 17:55
Mahasiswa Suara Ummah bukan suara politik.Berapa orangkah mahasiswa yg terlibat dengan politik betul-betul aktif dengan politik setelah abis belajar.Ramai yg dulu masa belajar sikit punya aktif tapi abis belajar lesu tak bermaya. Mana hilangnya kata-kata retorik mereka itu.Pernahkan anda mendengar kembali nama-nama seperti Mohd Fuad Mohd Ikhwan,Mahadi Sukarno dsb.Mana hilangnya mereka ini.Fikir-fikirkanlah.
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 02-03-04 23:13
yang boleh mengundi, undi leklok ye. sy kene tunggu musim depan
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 03-03-04 09:48
tumpuan harus diberikan pd pelajaran bukannya pilihanraya.so,lebih baik ambil sikap tunggu dan lihat
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 03-03-04 11:37
hehhee... Memang diakui ALLAH ITU MAHA PENYAYANG. tapi jgn sesekali kalimat itu dalam menyindir atau bergurau..ada batas2nya.. persoalanya disini adalah jelas.. ironinya kita cuma tdk berpuas hati dengan ketidak adilan kerajaan pusat dalam menguatkuasakan AUKU terhadap mahasiswa.seolah2 ada double standart dalam dasar kerajaan.Parti pemerintah dengan bebasnya boleh mengambil mahasiswa dalam gerak kerja mereka.Ini dapat dibuktikan semasa p/raya pendang/anak bukit.Beratus2 mahasiswa yg bernaung atas nama PUTERI UMNO telah diturunkan UTK BERKEMPEN dipendang dan anak bukit.tapi selesai pilihanraya 2 org mahasiswa universiti elit telah dikenakan gantung semester kerana didapati membantu jentera pembangkang. begitu juga dengan pembukaan kaunter khas PUTERI UMNO didlm kampus2.Kita mempunyai bukti bergambar ttg hal ini.Bagaimana politik luar boleh menyusup masuk secara terang2 didlm kampus?Tdkkah ini dinamakan dauble standart? jgn sempit2 kan pemikiran ttg perjuangan atas nama islam.Byk cara utk berjuang.jln politik salah satunya.sepatutnya sebagai mahasiswa atau bekas mahasiswa islam kita patut menyokong dan memberikan perangsang kepada mereka2 yg berani ini.Mereka sanggup menghadapi risiko tinggi utk sama2 mencari keredhaan ALLAH.berjuang ini bukan hanya dengan menghulurkan harta dan wang ringgit,tenaga dan kepakaran tapi cukuplah jika memberikan kata2 perangsang atau do'a supaya perjuangan islam akan mencapai kejayaan. Ini tdk sudahlah tdk berjuang,malah diperlekehkan org yg berjuang.Jika tdk kuat utk berjuang pun cukuplah disertakan do'a utk para pejuang ini tdk diadukan pula kepada HEP.Inilah mentaliti manusia yg seboleh2nya tdk mahu islam itu subur.tdk mahu melihat islam terus berkembang.Mereka ini dapat kita lihat melalui kata2 mereka.pergaulan mereka dan tulisan2 mereka. kesimpulanya disini mahasiswa itu pelapis pemimpin... jika tdk dibenarkan utk sama2 duduk dalam pentas politik bagaimana mereka ini boleh dijadikan sebagai pelapis? fikir2kan.. p/s..mahfuz omar..saifuddin..hishamuddin.. MPP yg berjaya.. ----------------- Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa
|
ProfTakBersalah
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.01.2004 Ahli No: 6916
Posting: 120
Dari: Putra University of Japan
|
Posting pada: 03-03-04 11:46
bagi Prof la kan...... student yg tak cukup umuqnya untk mengundi tak perlulah nak join dalam pilihanraya secara langsung/tak langsung.... bagi student yg dah layak mengundi perlulah menentukan siapa yg difikirkan layak untuk tempat nya...... abih tu ape gunanya kerajaan buat undang2 pilihanraya yg berkehendakkan warganegara yg berumur 21 dan keatas adalah layak untuk mengundi calon mereka.... tetapi dalam masa yg sama mereka mempergunakan student untuk kempen parti mereka.....jadi untuk menjawab soalan kemana student time pilihanraya.....jawabnya.....berkempen dan mengundi calon kita.....HIDUP ISLAM ----------------- ISLAM ITU SUCI.....TIADA AGAMA YANG SESUCI ISLAM....TEGAKKAN KESUCIANNYA....SUPAYA TIDAK DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH AGAMA LAIN.....
HIDUP ISLAM
|
aizamazia
Warga Rasmi Menyertai: 09.12.2003 Ahli No: 5567
Posting: 8
Dari: penang Island
|
Posting pada: 04-03-04 21:51
ehmmm...memang patutpun kita turun padang..bukan untuk tunjuk muka jer..tapi yg penting sama2 buat keja..mana yg mampu kita buat.cuma..dikesempatan ni, ana nak minta jasa baik sahabat dan sahabiah sume agar sumbangkan sebanyak mana idea dan maklumat terkini mengenai keadaan yg berlaku di tempat sahabat bergerak kerja.manalah tau...kita dapat saling tukar pendapat dan idea,,, camana nak bergerak secara lebih terancang...jangan main redah jerrr.dan yg penting...pastikan adik2 kita, maksudnya junior2 kita sedar tentang apa yg berlaku dan tanggungjawab yg perlu mereka sama2 pikul... P/S : usahalah selagimana termampu...anapun cuba jugak untuk sumbangkan sedaya yg mampu utk ISLAM.usah takut dengan AUKU...usah gentar dengan ISA...kalau dah memang ketentuan ALLAh tempat kita di situ...redha jelah.cuma usaha...dan hati2..kerana sesungguhnya perancangan yg batil yg tersusun itu mampu untk mengalahkan kebenaran yang tak terancang..tak begitu??? wallahu'alam...TAKBIR!!! ALLAHUAKHBAR!!
|
dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 19.07.2003 Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah
|
Posting pada: 04-03-04 23:12
Insyaalah akan cuba bantu mana yang patut. ----------------- Keikhlasan teramat penting dalam mengatur kehidupan yang menyakinkan.
|
masliza
Warga 1 Bintang Menyertai: 13.01.2004 Ahli No: 6438
Posting: 23
Dari: kuantan
|
Posting pada: 05-03-04 12:32
SELAMAT BERJUANG SAHABAT! SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERJUANGAN KITA! TAKBIR!!! "untungnya orang mukmin semakin banyak masalh, semakin mustajab doanya, bukan namanya pejuang tanpa kesulitan, namun dalam kesulitan ada ketenangan, yang pasti kita tidak bersendirian, Allah tetap bersama
|
KaORi_KeNSHiN
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.07.2003 Ahli No: 2443
Posting: 52
Dari: muar, johor
|
Posting pada: 06-03-04 01:29
konon mahasiswa x leh terlibat dgn hal2 politik ni.. padahal saya penah nmpk kaunter ahli puteri umno ni dibuka di tmpt terbuke.. mase saya gi pameran kat melaka 2 taun lps, saya dtg aa satu booth tu..ingat kan ade ape ramai org je... skali pendaftaran utk puteri umno.. rase nak hentak je meja tu... siap promote tu! saya yg baru form 5 pun terus blah.
|
umair
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.10.2003 Ahli No: 4498
Posting: 201
|
Posting pada: 06-03-04 08:05
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 06-03-04 08:45
erm.. nampaknya ramai yg membangkitkan akta AUKU.. rasanyalah.. inilah yg menyebabkan mahasiswa sekarang semakin lesu berbanding mahasiswa zaman mak ayah kita dulu.. mereka dulu lantang berbicara.. tapi kita sekarang, kalau nak berbicara hanya boleh di bicara siswa... kat tv1 tu.. p/s: josh.. apasal kata2 tu semacam berbaur sindiran je.. beware of ur aqidah wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
waaz04
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang
|
Posting pada: 06-03-04 12:32
kenapa sebagai mahasiswa kita memisahkan soal pendidikan dengan aspek lain? kenapa? apakah pendidikan itu menjurus kepada ilmu pengkhususan sahaja? apakah yang berlaku sekeliling kita ini bukan pendidikan? apakah keruntuhan moral yang ada tidak menyumbang kepada pendidikan? apakah tiada kaitan? apakah sistem politik yang tidak terbuka ini bukan masalah pendidikan? apakah pengubal dasar bukan ada kaitannya dengan pendidikan? apakah pembentukan jatidiri manusia itu bukan pendidikan? apakah pendididikan dilihan dalam konteks sijil, diploma, ijazah etc sahaja? apakah pendidikan itu sebenarnya hanya bila kita berjuang untuk menghadap buku buku di pustaka? apakah bukan pendidikan kalau kita bersama-sama membentuk dan menyokong suatu sistem yang lebih baik? apakah bukan pendidikan kalau kita bersama-sama mengkritik kelemahan yang ada? apakah pendidikan tidak mengajar tanggungjawab kita sebagai pembayar cukai? akan hak sebagai pembayar cukai? wahai kaum "intelek"...bila lagi kalian ini berani sebagai lelaki...berani sebagai wanita..berani sebagai mahasiswa/i..berani mengubah dunia..berani melaksanakan konsep "amar maaruf nahi mungkar'? bila lagi kalian sebagai mahasiswa/i berani berada ditengah gelanggang politik dan berperanan sebagai pejuang agama dan kebenaran? apabila saya mengatakan mahasiswa lemau dan lembab kalian marah...inilah hakikatnya.... mahasiswa/i perlu menjadi agen perubah masyarakat, negara...belajarlah tapi berjuanglah juga...membaca lah ..tapi membacalah sama masalah rakyat...kalian diberi akal...berfikirlah.... jangan sampai mahasiswa/i tiada bezanya seperti orang-orang tua, kanak-kanak, oang orang cacat yang tidak mampu berbuat apa apa untuk mengubah dunia ...mengubah nasib manusia.
|
wadah_ummah
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.06.2003 Ahli No: 1729
Posting: 80
Dari: negeri tuan guru
|
Posting pada: 07-03-04 08:54
. isk tak setuju betui dgn statement Josh.. ni.... mana boleh! kita kena tengok jg priority skng.... klu nk bjuang tp awal2 lg dah kantoi U buat aper??? tu bodoh namanya kita, tak de strategi langsung... nk berjuang tp diri tergadai.... jika dilihat msyrakt skarang mementingkan taraf pendidikan, so kita ikut rentak msyrakt le... kita tlg le mana2 team yg rasa setuju di hati, then make sure dpt abih U, p le mana2 sekalipun berjuang.... insyaALLAH dah boleh survive time tu..... betulllll..Allah masih kasih kat kita...kalau kena AUKU,kena buang U....kita masih dikasihi...gi turun padang...pejuang tulen Islam mesti berani....tak kisah hilang tittle U asal parti yg kita sokong akan menang.... Kalau kena buang U,rezeki boleh kita cari..jual burger ke,jual tin ke..apa ke....Allah kasihkan kita....dan setakat ke AUKU tu....takkan membawa kita ke mana.........gilah kempen.....gilah kempen..Tuhan maha penyayang......kalau kena buang U....kita masih tahu..Allah maha penyayang pada hambanya......Ibu bapa kita mesti suka......
|
jasmine0981
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.08.2003 Ahli No: 2990
Posting: 43
Dari: pahang
|
Posting pada: 07-03-04 18:51
assalamualaikum... Memang ini la dilema mahasiswa kita sekarang. Tekanan diberi banyak gak..macam auku tu le. Pendidikan penting untuk karier mereka nanti...apa yg saya nampak terutama pelajar lelaki. Perjuangan pun penting bagi mereka yang berfikir. Jadi jalan selamat buat masa ni kita kena pandai2 la imbangkan. Anda harapan ibubapa, keluarga dan ummah. Ramai gak skang ni yang lebih beranalisis dalam hal siasah negara...perkembangan yang bagus.
|
jc11
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1052
Posting: 121
Dari: tErEnGGaNu
|
Posting pada: 07-03-04 21:53
nak harapkan org lamer dah tak larat..harapan terletak pada mahasiswaÂČ ni lah..apa salahnya kalau perjuangan tu betuL
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 08-03-04 12:57
hehhee.. memang goyang diorg ni dgn arus politik pelajar.. skang ni dah ditubuhkan BADAN PEMANTAU PILIHANRAYA utk para mahasiswa. hehehe... kita dah punya bukti..tapi kenapa tiada langsung tindakan yg diambil terhadap mahasiswa dan NAIB CANSELOR yg berkempen utk UMNO? itu persoalannya... p/s..satu ketidakadilan dalam seribu ketidakadilan. ----------------- Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 08-03-04 13:00
hehhee.. memang goyang diorg ni dgn arus politik pelajar.. skang ni dah ditubuhkan BADAN PEMANTAU PILIHANRAYA utk para mahasiswa. hehehe... kita dah punya bukti..tapi kenapa tiada langsung tindakan yg diambil terhadap mahasiswa dan NAIB CANSELOR yg berkempen utk UMNO? itu persoalannya... p/s..satu ketidakadilan dalam seribu ketidakadilan. ----------------- Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 08-03-04 13:26
apapon yang kita buat..sendiri but..sendiri tanggung....he he.. hm..jagalah sir wa hazar....bertindak biarlah cerdik..salam pilihanraya.. p/s...x leh ngundi lagi ler....terpaksa tunggu turn 5 tahun lagi....takbir.............!!!!!!!!!!
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 08-03-04 13:32
emmm.. tak boleh mengundi takpe..janji semangat tu ade...
|
raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.01.2004 Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah
|
Posting pada: 08-03-04 14:00
selamat berjuang.....semakin mereka mendesak semakin kita tertekan....semakin kita tertekan....semakin itulah nak berjuang kerajaan ingat dia boleh racun fikiran semua mahasiswa...tak paya klu setakat racun round up tak berkesan dengan pokok...lalang boleh la....
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 09-03-04 12:09
Tiada Auku untuk pelajar IPTA dalam Puteri Umno? Oleh : Anak Jati Melayu Saya ingin melahirkan kehairanan kenapakah para pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) yang menyertai pergerakan politik melalui Puteri Umno tidak diambil tindakan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sedangkan mereka yang bergiat di dalam parti pembangkang, terutamanya PAS, dikenakan tindakan tatatertib? Kita selalu mendengar Umno menggembar-gemburkan isu pelajar IPTA dan IPTS yang menyertai politik pembangkang sehingga mereka yang terlibat digantung pengajian atau dibuang universiti. Di manakah keadilan dalam kebebasan berpolitik di negara ini dengan wujudnya âdouble standardâ seperti itu? Sebagai bukti, sila rujuk akhbar Berita Harian bertarikh Jan 8, bertajuk âPuteri Umno Larut Selamat dilancarkanâ di mana ia jelas menyatakan bahawa Ketua Penaja bahagian tersebut merupakan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, dan Ketua Penerangannya pula merupakan pelajar kejuruteraan dari Universiti Sains Malaysia. Inilah yang dikatakan âsudah terang lagi bersuluhâ, tetapi Umno dan kerajaan sekadar memejamkan mata walaupun ia jelas menyalahi Auku kerana ia menguntungkan mereka. Ini juga merupakan satu contoh dari sebahagian kecil penglibatan pelajar IPTA dan IPTS yang dipaparkan di dalam media di negara ini. Dengan berlansungnya musim pemilihan kepimpinan Puteri Umno di peringkat cawangan dan bahagian kini, ianya pasti akan turut melibatkan mahasiswi-mahasiswi yang tersebut di dalam artikel di atas. Oleh itu, adalah diharapkan agar pihak universiti janganlah hanya memantau para pelajar yang terlibat dalam parti pembangkang sahaja, tetapi pantaulah mereka yang terlibat dalam Umno sama. Pihak universiti mestilah berlaku adil untuk menguatkuasakan Auku tanpa mengambil kira sama ada pelajar terlibat dengan parti pemerintah ataupun pembangkang. ----------------- Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa
|
farah_caesura
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.01.2004 Ahli No: 6416
Posting: 100
Dari: Jalan Bukit Pantai, Bangsar KL
|
Posting pada: 09-03-04 12:48
selaku mahasiswi universiti (IPTS) ... i rasa lebih baik tumpuhan perhatian pada xm ... xm dh nk dekat laaa... isk isk isk ...
|
al_farisi
WARGA SETIA Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada
|
Posting pada: 09-03-04 13:50
Maaf sekiranya apa yg saya katakan ini agak kontrevarsi.Persoalan mengenai AUKU yg dikatakan mebelenggu pelajar sebenarnya bukan isu lama kerana ia telah di perjuangkan sejak zaman 70an dan 80an. Cuma yg saya hairan ialah ketika Anwar menjadi Menteri Pendidikan tak pula ia memsuhkan AUKU ataupun paling tidak meminda AUKU walhal ketika menjadi student dulu dialah begitu garang tentang hal ini. Begitu juga dengan PAS ketika dalam BN tak pula timbul perkara ini. Hmmmm.... Apapun mahasiswa patut ambil tahu atau aktif tentag politik cuma jangan biarkan kita hilang indentiti atau kebebasan sebagai mahasiswa.Mahasiswa itu suara ummah bukan suara parti politik.Matlamat untuk mencari ilmu harus di berikan keutamaan bukan hendak disamakan. [ Posting ini telah di edit oleh: al_farisi pada 2004-03-09 13:51 ]
|
raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.01.2004 Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah
|
Posting pada: 09-03-04 14:14
sy pernah terbaca kat majalah...."dimana lucunya puteri umno" puteri umno ambil siti nurhaliza dan erra fazira jadi ahli...beginikah yg umno nak tunjukkan...nak artis menyertai..supaya dapat kaut pemudi untuk jadi ahli. yang bangangnya pemudi pun ikut puteri sebab...ada artis yg menyertai..... lagipun matlamat puteri umno nie...mcm mengada-ada ajer.....laaa tak jelas aku mahu jadi puteri tapi bukan puteri umno aku mahu jadi puteri islam.......
|
fadhli
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.07.2003 Ahli No: 2498
Posting: 171
Dari: Negeri Serambi Mekah
|
Posting pada: 10-03-04 17:23
Quote:
| On 2004-03-03 11:37, Firdaus_Azimi wrote: hehhee... Memang diakui ALLAH ITU MAHA PENYAYANG. tapi jgn sesekali kalimat itu dalam menyindir atau bergurau..ada batas2nya.. persoalanya disini adalah jelas.. ironinya kita cuma tdk berpuas hati dengan ketidak adilan kerajaan pusat dalam menguatkuasakan AUKU terhadap mahasiswa.seolah2 ada double standart dalam dasar kerajaan.Parti pemerintah dengan bebasnya boleh mengambil mahasiswa dalam gerak kerja mereka.Ini dapat dibuktikan semasa p/raya pendang/anak bukit.Beratus2 mahasiswa yg bernaung atas nama PUTERI UMNO telah diturunkan UTK BERKEMPEN dipendang dan anak bukit.tapi selesai pilihanraya 2 org mahasiswa universiti elit telah dikenakan gantung semester kerana didapati membantu jentera pembangkang. begitu juga dengan pembukaan kaunter khas PUTERI UMNO didlm kampus2.Kita mempunyai bukti bergambar ttg hal ini.Bagaimana politik luar boleh menyusup masuk secara terang2 didlm kampus?Tdkkah ini dinamakan dauble standart? jgn sempit2 kan pemikiran ttg perjuangan atas nama islam.Byk cara utk berjuang.jln politik salah satunya.sepatutnya sebagai mahasiswa atau bekas mahasiswa islam kita patut menyokong dan memberikan perangsang kepada mereka2 yg berani ini.Mereka sanggup menghadapi risiko tinggi utk sama2 mencari keredhaan ALLAH.berjuang ini bukan hanya dengan menghulurkan harta dan wang ringgit,tenaga dan kepakaran tapi cukuplah jika memberikan kata2 perangsang atau do'a supaya perjuangan islam akan mencapai kejayaan. Ini tdk sudahlah tdk berjuang,malah diperlekehkan org yg berjuang.Jika tdk kuat utk berjuang pun cukuplah disertakan do'a utk para pejuang ini tdk diadukan pula kepada HEP.Inilah mentaliti manusia yg seboleh2nya tdk mahu islam itu subur.tdk mahu melihat islam terus berkembang.Mereka ini dapat kita lihat melalui kata2 mereka.pergaulan mereka dan tulisan2 mereka. kesimpulanya disini mahasiswa itu pelapis pemimpin... jika tdk dibenarkan utk sama2 duduk dalam pentas politik bagaimana mereka ini boleh dijadikan sebagai pelapis? fikir2kan.. p/s..mahfuz omar..saifuddin..hishamuddin.. MPP yg berjaya..
----------------- Barangsiapa percaya bahawa dia akan memperolehi syurga tanpa berusaha, sesungguhnya dia adalah seorang yang berhayal. Dan barangsiapa percaya bahawa dia ak
|
| memang betul kata2 firdaus_azimi. politik adalah sesuatu yang perlu kita ambil kisah. andai kerajaan memerintah ISLAM dan bukan ISLAM memerintah kerajaan, adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh? dimana suara mahasiswa islam? dimana????????????????? adakah kita hanya perlu menumpu kepada akademik semata2? tidak...................... kita perlu menyumbang tenaga dan jiwa kita kearah menegakkan daulah islamiyah. Nasihat ana, BAGI YANG BOLEH MENGUNDI........ FIKIR-FIKIRKAN, PARTI MANA YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM SECARA ZAHIR DAN BATINNYA.................... SEMOGA UNDI ANDA MAMPU MENYUMBANG KEPADA PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM YANG BETUL.............. ----------------- Barangsiapa percaya bahawa dia akan memperolehi syurga tanpa berusaha, sesungguhnya dia adalah seorang yang berhayal. Dan barangsiapa percaya bahawa dia ak
|
Engku_Salina
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 11-03-04 10:59
Penuntut IPTA berkempen sokong parti politik akan disingkir PULAU PINANG 10 Mac - Penuntut institusi pengajian tinggi awam tempatan yang berkempen menyokong parti politik tertentu pada pilihan raya umum ke-11 nanti akan disingkirkan daripada pengajian mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Tindakan tegas di bawah Seksyen 15 AUKU 1971 itu turut meliputi hukuman denda atau digantung pengajian bergantung pada tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan. Amaran itu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam yang dianggotai 17 universiti seluruh negara. Pengerusinya, Profesor Madya Datuk Jamaludin Mohaiadin berkata, jawatankuasa yang berpusat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, itu akan memantau pergerakan penuntut yang sedang dalam cuti semester ketika ini. Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, setiap universiti mempunyai pasukan pemantau seramai 30 orang yang telah pun turun padang mengikut zon sejak semalam. ``Walaupun sedang cuti semester, penuntut tidak akan terlepas daripada pemantauan berikutan pasukan berkenaan akan berada di semua lokasi tumpuan dengan cara mengambil gambar, rakaman video atau merekodkan perbualan mereka. ``Kita memang ada dengar penglibatan segelintir penuntut tetapi setakat ini tiada pengesahan bagi membuktikannya,'' katanya kepada pemberita di USM hari ini. Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan beberapa tahun lalu bertujuan memantau pergerakan penuntut semasa pilihan raya. Tahun ini merupakan kali pertama ia digerakkan secara bersepadu dan komprehensif melibatkan semua universiti bagi menghadapi pilihan raya umum. Jawatankuasa itu akan membolehkan setiap universiti membuat semakan di antara satu sama lain kerana setiap laporan akan diserahkan kepada UiTM manakala universiti terlibat akan menerima salinannya. Sumber: Utusan Online----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 11-03-04 11:40
mmm.... rasanya tajuk tu salah la kak engku... sepatutnya tajuknya begini... "Penuntut IPTA berkempen sokong parti pembangkang akan disingkir " hhehhe... p/s...Byk tul parti komponen baru BN.. antaranya...SPR..PDRM..HEP... ----------------- Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 11-03-04 14:09
em.. tiada kata yg mampu diucapkan ..dilafazkan.. **Penuntut IPTA berkempen sokong parti pembangkang akan disingkir " hhehhe... ----------------- ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
Engku_Salina
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 11-03-04 14:20
hehehe... bkn patut tukar tajuk berita je... patut tukar akta tu sekali... "akta kurang asam"... ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 12-03-04 08:15
Quote:
| On 2004-03-11 14:20, Engku_Salina wrote: hehehe... bkn patut tukar tajuk berita je... patut tukar akta tu sekali... "akta kurang asam"...
|
| Tehehe.. Tu diaaa.. srikandi Ukhwah.Com... ----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|
farah_caesura
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.01.2004 Ahli No: 6416
Posting: 100
Dari: Jalan Bukit Pantai, Bangsar KL
|
Posting pada: 16-03-04 10:56
ckp kt jakie uniten ... mana boleh turun padang ... kita kan ada paper ... dh la study week masa pilihanraya... tapi apa apa pun ... enjoy jugak kt klcc .. ehehe
|