Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 232
Ahli: 0
Jumlah: 232




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 58 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Punca dan Cara Merawat Pendarahan Hidung..


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Punca dan Cara Merawat Pendarahan Hidung..

Please Mendaftar To Post


Oleh Punca dan Cara Merawat Pendarahan Hidung..

nemo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.08.2003
Ahli No: 2879
Posting: 241
Dari: Bandar Diraja

Pahang  


posticon Posting pada: 12-02-04 11:32


Punca Pendarahan:

– Patah tulang hidung.
– Benda keras seperti duit syiling termasuk ke dalam lubang hidung.
– Terlalu kerap mengorek hidung.
– Penyakit resdung, selesema atau sinusitis.
– Tekanan darah tinggi.
– Ubat-ubatan seperti aspirin atau anti kogulant.
– Penghidap penyakit leukemia , hemofilia dan penyakit darah yang menyebabkan daya clotting atau pembekuan berkurangan.
– Barah hidung.
– Faktor lain yang tidak diketahui puncanya.

Cara merawat:

1. Jika seseorang mengalami hidung berdarah, anda perlu bertenang. Ini bukan saja dapat membantu anda melakukan sesuatu dengan baik malah mampu menenangkan fikiran pesakit.

2. Dudukkan pesakit di atas kerusi atau katil yang selesa. Jangan baringkan pesakit kerana darah akan mengalir ke belakang hidung. Ini akan menyebabkan pesakit berasa loya dan muntah sehingga menjadikan pendarahan lebih banyak.

3. Picit hidung pesakit dan tundukkan muka ke bawah dan bernafas melalui mulut.

4. Ambil ketulan ais. Isikan ke dalam plastik dan kain bersih, kemudian letakkan di dahi pesakit. Ini akan membantu mengecutkan saluran darah di dalam hidung dan mengurangkan pendarahan.

5. Lakukan langkah ketiga dan keempat selama lima minit. Dalam banyak kes, pendarahan dapat dikawal. Pemeriksaan oleh pakar telinga, hidung dan tekak adalah penting, terutama dalam kes-kes yang berulang kali diserang pendarahan hidung. Ini bertujuan memastikan tiada sebarang ketumbuhan yang menyebabkan pendarahan itu.

6. Anda perlu memindahkan pesakit ke hospital atau klinik pakar dengan segera jika rawatan kecemasan tidak berhasil meredakan pendarahan itu. Doktor selalunya akan menggunakan alat tertentu untuk melihat ke dalam hidung pesakit. Jika punca pendarahan dapat dilihat dengan jelas, saluran darah itu boleh dibekukan dengan menggunakan beberapa bahan kimia.

Bagaimanapun, tidak semua kes pendarahan hidung dapat dikawal dengan cara disebutkan itu. Contohnya, jika pendarahan hidung berpunca daripada masalah tekanan darah tinggi.

Ini kerana, pendarahan dalam hidung bertujuan mengawal tekanan darah tinggi iaitu dengan mengeluarkan sedikit darah di dalam badan pesakit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nemoProfil   Hantar PM kepada nemo   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-02-04 21:15


ermm..tak kan la duit syiling bole masuk dlm lubang hidung? kes teruk nie... tapi bgus gak artikle nie...coz at least dpt gak tambahkan ilmu..mane la tau kan..kut2 emergency.... terima kasih atas info anda...

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

nemo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.08.2003
Ahli No: 2879
Posting: 241
Dari: Bandar Diraja

Pahang  


posticon Posting pada: 16-02-04 10:04



sama-sama

-----------------
jangan dikesali pada perpisahan kerana tanpa pertemuan tiadalah perpisahan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nemoProfil   Hantar PM kepada nemo   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 18-02-04 04:23




betui gak tu...alhamdulillah terima kasih atas info ni.

-----------------
"Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

ain_mardziah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-03-04 13:19




bagus juga info ni yer....
ana ada kawan yg mengalami hidung berdarah ni...
dah macam2 cara dia try..tp masih tak sembuh.
ana akan sampaikan petua ni kat dia.

tima kasih nemo

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_mardziahProfil   Hantar PM kepada ain_mardziah   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-03-04 07:47


biasa sy tengok kawan2 biler hidung berdarah dia berbaring. rupenye kene duduk ke...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.34326 saat. Lajunya....