Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 176
Ahli: 0
Jumlah: 176




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 5 jam, 59 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Hanya Allah pelindung di akhirat


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Hanya Allah pelindung di akhirat

Please Mendaftar To Post


Oleh Hanya Allah pelindung di akhirat

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 09:39


Kalamullah

Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu daripada ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya akan beroleh azab yang menghina.

Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka jahanam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun, demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (Al-Jaathiyah: 9-10)

Huraian:
Terdapat di kalangan manusia yang memandang sinis dan mengejek-ejek tentang kebenaran isi kandungan al-Quran. Mereka tidak sedar bahawa segala kenikmatan dan kelebihan yang menjadi milik mereka di dunia ini adalah bersikap sementara dan merupakan amanah Allah semata-mata.

Kedegilan mereka menerima petunjuk dan hidayah Allah dengan bersikap sombong, ingkar dan menyengutukan Allah pasti akan mengundang kemurkaan dan bala bencana daripada-Nya.

Semua tuhan yang mereka sembah, harta kekayaan, rakan taulan, bala tentera dan kaum kerabatnya tidak memiliki kuasa penyelamat di akhirat nanti. Untuk mereka ialah azab yang begitu pedih daripada Allah s.w.t.

Begitulah hakikatnya manusia yang sering lupa kepada Penciptanya dan hakikat diri mereka yang sebenarnya. Akhirnya mereka akan merasa tertipu apabila tuhan-tuhan sembahan mereka dan segala apa yang mereka kejar semasa di dunia tidak dapat memberi sebarang bantuan dan perlindungan.

Penyesalan mereka menjadi sia-sia sekalipun mereka mula mengakui akan kebenaran ajaran al-Quran, bak kata pepatah `Nasi sudah menjadi bubur'.

Kesimpulan:
Tiada satu pun kekuasaan yang dapat mengatasi Allah s.w.t. Mereka yang menyengutukan Allah dan mengejar habuan dunia sehingga mengenepikan syariat, pasti akan kecewa di akhirat kelak kerana semuanya tidak dapat melindunginya daripada ditimpa azab seksa Allah. Sesungguhnya perlindungan di akhirat adalah hak mutlak Allah.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sumber: Utusan Online

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106924 saat. Lajunya....