Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.
--

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 213
Ahli: 0
Jumlah: 213




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 54 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: usrah tunjang jemaah..


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» usrah tunjang jemaah..

Please Mendaftar To Post


Oleh usrah tunjang jemaah..

mujahidah_abadan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5706
Posting: 29
Dari: bumi wahyu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-01-04 20:34




Usrah merupakan salah satu proses pentarbiahan yang
terpenting sekali dalam jemaah Islamiah. Oleh kerana
itu, pada kali ini ana suka bercakap hal yang
berkaitan dengan usrah. Walaupun kata-kata ini
kemungkinan besar sudah dimaklumi, tetapi kita sebagai
manusia yang alpa ini mestilah sentiasa disedarkan
hari demi hari agar semangat yang ada itu dapat
dipanaskan, insya-Allah.

Usrah merupakan tunjang kepada sesebuah jemaah. Kalau
usrah kemas dan berjalan dengan baik natijahnya jemaah
itu kuat dan kukuh, tetapi kalaulah perjalanan usrah
itu lembab dan tak bermaya di situlah akan lahirnya
jemaah yang lemah dan tak berkembang.
Kepentingan usrah ini tak dinafikan lagi kerana
apabila kita lihat pada awal perjuangan Rasulullah
s.a.w., baginda sangat mengambil berat tentang usrah
di samping baginda berjalan dalam keadaan yang sirri
(senyap). Ini dapat dilihat bilamana Rasulullah
memilih bait Arqam bin Arqam sebagai tempat Rasulullah
menjalankan usrah kerana apabila kita membaca sirah,
kita dapat lihat bahawa Arqam ini seorang budak kecil
yang tidak semestinya dijangka oleh orang kafir bahawa
Rasulullah membuat usrah di rumahnya. Kita lihat ini
satu taktik atau sirriah yang dibuat oleh baginda.

Kepentingan usrah ini jelas lagi bilamana
pejuang-pejuang Islam sebelum kita melihat proses
usrah yang dibuat oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.
Apabila kita membaca perjalanan usrahnya, kita dapati
beliau sangat mengambil berat terhadap anak buahnya.
Boleh dikatakan beliau akan bertemu dengan anak
buahnya setiap hari walaupun cuma beberapa minit
sahaja, tidak mengira malam ke, pagi-pagi buta ke,
atau sebagainya kerana prinsip beliau yang amat
penting sekali sekadar bertemu mata antara dengan anak
buah akan menimbulkan rasa ukhuwah dan semangat yang
kuat dalam berjuang. Proses seperti inilah yang harus
kita ambil contoh dalam kita mengendalikan perjalanan
usrah.

Dengan sebab itulah kita jangan sekali-kali menjadikan
usrah sebagai usaha sampingan sahaja, tetapi anggaplah
ia sebagai aset yang terpenting dalam jemaah
kita—kerana usrah yang berjaya itu melahirkan jemaah
yang kuat dan berkualiti, insya-Allah.

Oleh hal yang demikian, wahai pejuang-pejuang Islam
tercinta, kenallah diri dan muhasabah selalu. Di
manakah kerja-kerja Islam yang telah kita lakukan
untuk ummah ini? Siapakah diri kita yang sebenarnya?
Apakah tanggungjawab kita dijadikan oleh Allah.
Seterusnya ingatlah janji-janji Allah yang akan
membantu kita bilamana kita membantunya. Janganlah
berasa ragu-ragu lagi dalam perjuangan suci ini,
kerana dalam perjuangan, kita perlu berpegang pada dua
prinsip sama ada kita menang atau syahid!


apa pendapat sahabat sekalian??



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_abadanProfil   Hantar PM kepada mujahidah_abadan   Pergi ke mujahidah_abadan's Website   Quote dan BalasQuote

exshahianz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6202
Posting: 88
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-01-04 14:42


assalamualaikum...

exs setuju.... tapi exs nak bagi pendapat sikit... kita jgn terlalu rigid nak pakai nama usrah... biarpon istilah usrah memang sedap didengar dan disebut... namun dalam dunia hari ini perkataan usrah sudah di sinonimkan dengan pergerakkan haram, bawah tanah dan lain - lain.. oleh yang demikian pada exs usrah bukan pada nama tetapi pada pengisiannya...

exs juga berpendapat usrah juga boleh di gunakan sebagai wasilah untuk meningkatkan kekuatan jemaah.... Apa yang nak exs tekankan paling perlu dalam dakwah ialah secara fardiah... person to person... pastu barulah kita boleh ajak join usrah... pengalaman exs sdiri budak yang tetiba masuk usrah terus.. selepas 2-3 kali dah tak datang usrah atas alasan usrah bosan... kat sini exs nak nasihatkan usrah janganlah asyik duduk dalam bulatan bincang... sekali - sekala ubahlah buat usrah kat kedai makan ke... padang ke... tak pon dimana sahaja... tak jadi masalah kalau naqib buat usrah kat dalam hutan masa camping ke... kan usrah lebih menarik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For exshahianzProfil   Hantar PM kepada exshahianz   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 07-01-04 16:00


Rasulullah s.a.w guna pendekatan usrah untuk tarbiyah para sahabat....istilah lain adalah halaqah, liqa', study groups, study circle n so on...sistem usrah lebih berkesan dalam membentuk individu muslim....sdg bersukan pun boleh usrah....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

hanzaalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2622
Posting: 85
Dari: Darr Al-Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-04 13:41


. bagi ana la sebut saja pasai jemaah dan usrah mereka yang anti islam sering pk bahawa ini mesti kumpulan extreem islam. tu yang jadi payah nak berusrah dan jemaah ni . kata nabi : syaitan takkan menggangu mereka yang berada dalam jemaah islam.

wallahu a'alam bik muradik.

-----------------
" Islam Is The Way Of Life "

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanzaalahProfil   Hantar PM kepada hanzaalah   Pergi ke hanzaalah's Website   Quote dan BalasQuote

aDiB_SaaT
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 21.07.2003
Ahli No: 2513
Posting: 137
Dari: MaiN CaMPuS UIA, GomBaK.

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 12-01-04 16:19


ana sokong kata maryam tu...

Tapi, realiti sekarang.. ramai orang beranggapan bahawa usrah ialah tunjang kepada gerakan irhabiyah (pengganas)...

Nauzubillahi min zalik... (supaya Allah menjauhkan pendapat ini daripada kita...)

Sesungguhnya usrah merupakan asas yang utama dalam gerakan Islam... kerana, method dakwah yang mula2 nabi gunakan dalam dakwah islam ialah dengan menggunakan konsep usrah...

Harap semua ahli mempunyai usrah masing2...
Jangan kita rigidkan pandangan kita ini dengan mengatakan usrah ini hanya berkait rapat dengan fiqh dan lain2...

Sebenarnya usrah diadakan untuk kita sentiasa ingat mengingati... percayalah bahawa manusia ini jenisnya pelupa...

Moga, Allah beri hidayah dan taufiqnya kepada ana dan sahabah,sahabiah sekalian... amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For aDiB_SaaTProfil   Hantar PM kepada aDiB_SaaT   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-04 01:09


Quote:

Janganlah
berasa ragu-ragu lagi dalam perjuangan suci ini,
kerana dalam perjuangan, kita perlu berpegang pada dua
prinsip sama ada kita menang atau syahid!


apa pendapat sahabat sekalian??








Tiada perkataan 'menang' dlm islam. kemenangan hanya akan membuatkan umat islam lalai. Sebaliknya umat islam perlu sentiasa berusaha utk memastikan islam kembali tertegak di muka bumi dan bukannya islam 'menang'. Allah x akan bertanya kpd kita pd hari akhirat kelak sama ada kita telah menang dlm memperjuangkan islam sebaliknya Allah menanyakan ttg usaha yang kita lakukan di atas muka bumi ini.

Jgn terlalu memikirkan ttg kemenangan ttp fikirkanlah ttg cara utk mengembalikan islam spt pd zaman Rasulullah.

Yakinlah bhw Islam pasti akan bangkit krn nabi Isa akan turun dan Imam Mahdi akan lahir. Ttp tidak mahukah kita menjadi salah seorang drpd pengikut mrk utk sama2 berjuang di jalan Allah dan menjadi pembantu Allah?

-----------------
logo msh

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.146726 saat. Lajunya....