Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-03-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




  Yang Masuk Ke Sini
aye: 35 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: 20 perkara yg membuatkan wanita sangat benci kepada lelaki


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» 20 perkara yg membuatkan wanita sangat benci kepada lelaki

Please Mendaftar To Post


Oleh 20 perkara yg membuatkan wanita sangat benci kepada lelaki

PrePAID
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3876
Posting: 130
Dari: Bukit Beruntung, Rawang

Kedah  


posticon Posting pada: 12-12-03 08:30


Guys! Take note...!!

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan
suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki
kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri
kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau
nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya
pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka...macammana tu?


3. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal
dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


4. PANAS BARAN

Aduiii...masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh
lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat
bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


5. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak...asyik menyedut asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa
juga, ini tidak...membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki
mereka membazirkan duit dengan merokok.


6. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan
dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


7. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan
yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang
mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya
mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki
kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama
kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


8. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa
mempedulikan perasaan kekasihnya.


9. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun

sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak
salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga
cik abang!


10. PERASAN

Aduhaiii...lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi
mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada
paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu...ada wanita yang lebih
suka mengutuk dari memuji...hahaha sedarlah!


11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih...egolah
katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna
pakai.


12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan
perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang
berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya...mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.


13. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki
spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula
yang mata duitan...apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan
lelaki hilang pulak?!!


14. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila
diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja
dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh
lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa
bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita
ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa
segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah...hanya kaum
lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka
lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka
tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.
Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak
ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama
kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah
pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai
bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah
anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat
anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun
perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat
sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura
tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda
yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih
setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak
mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan
terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa
akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati
dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Bookmark and Share

    


  Member Information For PrePAIDProfil   Hantar PM kepada PrePAID   Pergi ke PrePAID's Website   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-12-03 08:48


em.. biasala tu

-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

permata_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4241
Posting: 132
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 12-12-03 08:54


ana sokong... 100% he.. he.. he...

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_islamProfil   Hantar PM kepada permata_islam   Pergi ke permata_islam's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-12-03 11:10


nak list perempuan pulak tak???hehehe.....ada gak yg betul..ada gak yg tak betullll

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Qudwah_hasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 121
Posting: 211

Sarawak  


posticon Posting pada: 12-12-03 11:50


hai JoshuaIsfahan....tak puas hati ke...kalau bagi ana sifat-sifat tu memang banyak yang kena ngan muslimin nie...banyak yang betul dari yang tak betulnya....

jangan marah yek...kenyataan tu...hehehe

-----------------
TIDAK AKAN KAMU MERASA GUNDAH WALAUPUN SEKALI JIKA KAMU TAHU APA YANG DICARI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qudwah_hasanahProfil   Hantar PM kepada Qudwah_hasanah   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 12-12-03 16:41


hamba rasa laki ngan pompuan, dua-dua ada kelemahan masing-masing. setiap manusia dicipta ngan kelemahan dan kelbihan yg tersendiri.
jangan nak salahkan sesapa

-----------------
[IMG]http://www.circles99.com/elements/album/circles/00031327/00050484/signukhwah3.jpg[/IMG][IMG]http://www.geocities.com/sutajio_76/motoku.txt[/IMG]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

aimanqistina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.10.2003
Ahli No: 4710
Posting: 57
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-12-03 17:07




3/4 statement tu sesuai gak ditujukan pada pompuan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aimanqistinaProfil   Hantar PM kepada aimanqistina   Quote dan BalasQuote

indah_hati84
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 76
Posting: 136
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-12-03 17:33


hai..x leh kate muslimin...kebanyakan lelaki sbnrnye...lelaki melayu dan bangsa yg lain...
tapi perempuan ade gak terkena tempiasnye...
itulah kelemahan manusia yg tanpa disedari kann...cuba give the best ,tonjolkan yg terbaik antara yg terbaik...semua same...nilaiannye imannn!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For indah_hati84Profil   Hantar PM kepada indah_hati84   Pergi ke indah_hati84's Website   Quote dan BalasQuote

sayangku
Warga Rasmi
Menyertai: 11.12.2003
Ahli No: 5618
Posting: 8

Sabah  


posticon Posting pada: 12-12-03 17:52


assalamualaikum........
semua tu betul...............cuma kata org cinta tu buta.......sehingga ada segelintir yang buat-buat
tak tau jak..........alasannya.........hati dah sayang...ok.......Bebeh!!!!!!!!!!!~

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayangkuProfil   Hantar PM kepada sayangku   Quote dan BalasQuote

sayangku
Warga Rasmi
Menyertai: 11.12.2003
Ahli No: 5618
Posting: 8

Sabah  


posticon Posting pada: 12-12-03 17:52


assalamualaikum........
semua tu betul...............cuma kata org cinta tu buta.......sehingga ada segelintir yang buat-buat
tak tau jak..........alasannya.........hati dah sayang...ok.......Bebeh!!!!!!!!!!!~

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayangkuProfil   Hantar PM kepada sayangku   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 12-12-03 21:29



betul ke semua ni cuma saya tak berapa setuju bagi fakta nom 14 n 17...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

kasih
Warga Rasmi
Menyertai: 20.10.2003
Ahli No: 4513
Posting: 3
Dari: mppm

Melaka  


posticon Posting pada: 12-12-03 23:58


Ada penambahan.. ada juga sesetengah lelaki ni yang bila dah mengecapi apa yang dicitakan ,dia dah lupakan sapa yang telah tolongnya dan pengorbanan si dia....
bila dah berjauhan , sikapnya mula utk menarik perhatian kaum hawa yang lain. ( tidak jujur dengan diri sendiri....)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasihProfil   Hantar PM kepada kasih   Quote dan BalasQuote

PrePAID
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3876
Posting: 130
Dari: Bukit Beruntung, Rawang

Kedah  


posticon Posting pada: 13-12-03 09:02


mmmmm pro dan kontra dalam sesuatu fakta pasti akan terjadi bg setiap individu spt kita... mungkin dlm diri kita ada kesemuanya..dan mungkin ada sedikit sahaja...so penilaian adalah mengikut pengalaman dan pandangan masing2..

PrePAID cuma nak berkongsi ilmu di sini sahaja... sebab ilmu yg baik jika diamalkan oleh yg lain...maka penyampainya pun dpt gak pahalanya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PrePAIDProfil   Hantar PM kepada PrePAID   Pergi ke PrePAID's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-03 10:39


erm...rerasanya sifat2 yg disebutkan kat atas tu tak tertakluk pada kaum lelaki sahaja. wanita juga ada yg mcm tu.. apa2pun.. buang yg keruh ambil yg jernih.

p/s:cinta kepada manusia itu mudah, tapi CINTA pada Ilahi itu yg susah...
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

fadhli
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.07.2003
Ahli No: 2498
Posting: 171
Dari: Negeri Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-12-03 13:27



lelaki dan perempuan dua2 ada kelemahan dan kekurangan. tak semua list itu betul. tengok ind itu sendiri ye. bukan tengok luaran je tapi tengok juga hati. cam na nak tengok hati? tepuk dada tanya iman.

-----------------
Barangsiapa percaya bahawa dia akan memperolehi syurga tanpa berusaha, sesungguhnya dia adalah seorang yang berhayal. Dan barangsiapa percaya bahawa dia ak

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadhliProfil   Hantar PM kepada fadhli   Pergi ke fadhli's Website   Quote dan BalasQuote

aimanqistina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.10.2003
Ahli No: 4710
Posting: 57
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-12-03 14:13




saya setuju ape dengan pendapat darul_numan81 tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aimanqistinaProfil   Hantar PM kepada aimanqistina   Quote dan BalasQuote

NurNajwa
Warga Rasmi
Menyertai: 11.12.2003
Ahli No: 5606
Posting: 6

Johor  


posticon Posting pada: 13-12-03 14:31



Apa yang penting, setiap perkara itu adalah berlandaskan iman di dada. Manusia yang mengetahui tanggungjawab dan amanah di muka bumi yang bersifat sementara tahu membezakan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah.Gunakan akal dan iman sebagai satu benteng jati diri......
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurNajwaProfil   Hantar PM kepada NurNajwa   Pergi ke NurNajwa's Website   Quote dan BalasQuote

aufa_khalilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.07.2003
Ahli No: 2611
Posting: 173
Dari: Damansara

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-03 07:51




tak semua kot camtu..tp ada kot....tp hakikatnya perempuan dan lelaki dicipta dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing...mungkin ciri2 tu ada tp tak sedar..oleh itu muhasabah diri..tp macam sumer kat atas tu betul jer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aufa_khalilahProfil   Hantar PM kepada aufa_khalilah   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  


posticon Posting pada: 14-12-03 07:56


marahnye sebab tak tau nak komen mende.. maklum le takde pengalaman langsung

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

mawarkasih
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 41
Posting: 519
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-12-03 08:55




Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarkasihProfil   Hantar PM kepada mawarkasih   Quote dan BalasQuote

shamurni
Warga Rasmi
Menyertai: 04.12.2003
Ahli No: 5491
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-12-03 15:33



betul tu 2
kalu semua ciri2 20 tu ader kat lelaki reject je lagi2
isap rokok nmpk sgt dia x syg kat kita nak membunuh namanya tu


Bookmark and Share

    


  Member Information For shamurniProfil   Hantar PM kepada shamurni   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-12-03 20:54


Apa ingat...perempuan tu takde keburukan ke?nak list-kan ke?
malas je nak cerita..nanti malu pulak..




Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-12-03 04:35


Betul tu, perempuan pun byk keburukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

fadhli
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.07.2003
Ahli No: 2498
Posting: 171
Dari: Negeri Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-12-03 10:18



jangan impikan suami semulia saidia ali ra kalau dirimu tidak sehebat saidatina fatimah az-zahra.
begitu juga sebaliknya bagi lelaki.

-----------------
Barangsiapa percaya bahawa dia akan memperolehi syurga tanpa berusaha, sesungguhnya dia adalah seorang yang berhayal. Dan barangsiapa percaya bahawa dia ak

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadhliProfil   Hantar PM kepada fadhli   Pergi ke fadhli's Website   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 20-12-03 00:28


20 sebab tu... utk yg bercouple je ke? nampak gaya gitu je?

saja tanya... wallahu a'lam...
wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 20-12-03 01:30


assalamualaikum.........salam ta'ruf
ape nak kecoh sangat pasal [email protected] manusia..
kalau dok sembang sampai mampuih pun x habis.
jadi memang setiap manusia ade kelemahan sebab itu kita biasanya diikat dengan tali bernama ukhwah.....dan serendah2 ukhwah itu adalah berlapang dada ngan saudara kita....
dan kalau kita ikut landasan yang betul takde sebab org nak marah kita @ benci kita.......
wassalam.........ukhwahfillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

kasturi_58
Warga Rasmi
Menyertai: 13.12.2003
Ahli No: 5677
Posting: 8

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 20-12-03 16:33



Betul tue...setiap org ada kelebihan dan kelemahan...sifat2 yg disenaraikan tue sebenarya ada gak pd perempuan...jd x seorang pun di kalangan kita yg perfect..apa yg penting...sentiasa ta'aruf diri sendiri..yg lemah tue bleh diperbaiki..
Nak Seribu Daya
...Tepuk Dada Tanya Iman...

-----------------
ORANG YG BERAKAL,APABILA DIAM
IA BERFIKIR,APABILA BERCAKAP
IA MENGINGATKAN,APABILA MELIHAT
IA MENGAMBIL PENGAJARAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasturi_58Profil   Hantar PM kepada kasturi_58   Quote dan BalasQuote

putrihidayah
Warga Rasmi
Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5740
Posting: 11
Dari: kustem

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-03 16:51




rasanya topik sungguh bagus bagi perempuan....itulah sebab mengapa perempuan tidak mahu berkahwin....akibat dan kesannya ke atas diri...memang tak boleh dipersalahkn kepada semua laki22 tp akibat tumpah nila abis rosak susu sebelanga....laki sepatutnya menunjukkan satu imej yg baik bukannya buat sesuatu tanpa fikirkan kesanya...akhirnya siapa yg rugi?bukan perempuan nk benci lelaki tpi lelakilah kena tunjukkan sesuatu yg terbaik k wassalam bukan hanya indah dri rupa parasmu tp akhlakmu...wahai lelaki

Bookmark and Share

    


  Member Information For putrihidayahProfil   Hantar PM kepada putrihidayah   Quote dan BalasQuote

nazran7
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-12-03 17:53


20 keburukan yang tidak disukai oleh wanita yang disenaraikan itu jika ditukar.. kepada 20 keburukan yang tidak disukai lelaki... ana rasa ianya bertepatan jugak....

Masing2 ada kelemahan... dan keburukan.. so, bersamalah kita memperbaiki diri masing2 bermula dari diri kita sendiri, keluarga kita, seterusnya komuniti kita agar tidak mengamal budaya2 yang tidak disukai ini.. dan banyak lagi kelakuan yang tidak baik..

Hiasi peribadi dengan Iman dan Amal..
Moga diterima amal kamu dan amal kami..



Bookmark and Share

    


  Member Information For nazran7Profil   Hantar PM kepada nazran7   Quote dan BalasQuote

aza
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-12-03 18:03


hmm...ana sokong jugak pernyataan tu...tapi yang nombor 17 tu rasanya tak sangat...ana pun setuju jugak dengan semua...memang la bukan lelaki je yang macam tu...perempuan pun sama je...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azaProfil   Hantar PM kepada aza   Quote dan BalasQuote

hijjazin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.07.2003
Ahli No: 2302
Posting: 32
Dari: utara semenanjung

Perlis  


posticon Posting pada: 31-12-03 14:26


kenapa kita selalu melihat kelemahan orang lain?takde ker 'cermin' untuk diri sendiri?


Bookmark and Share

    


  Member Information For hijjazinProfil   Hantar PM kepada hijjazin   Quote dan BalasQuote

hanim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 160
Posting: 236
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 21-01-04 23:30



masing2 ade kelemahan masing2 yg penting kita saling ingat mengingati antara satu sama lain atas kelemahan yang ada....apa2 pun perkara2 mcm tu.. boleh bawa bincang.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanimProfil   Hantar PM kepada hanim   Quote dan BalasQuote

SyahPaat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3445
Posting: 101
Dari: KUALA SELANGOR

Selangor  


posticon Posting pada: 22-01-04 01:04




Ana sbg lelaki sejati, menyokong segala yg di perkatakan itu benar..................

PERINGATAN KPD KAUM ADAM BERUBAHLAH.......

-----------------
MOHAMMAD SHAHFAAT JAAFAR @ PAAT
[email protected]
012-3437235

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahPaatProfil   Hantar PM kepada SyahPaat   Pergi ke SyahPaat's Website   Quote dan BalasQuote

sun_one
Warga Rasmi
Menyertai: 22.01.2004
Ahli No: 6687
Posting: 16
Dari: SerambiMekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-01-04 18:27



...biasa ler tu..setiap org ader kelemahan dan kekurangan yer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sun_oneProfil   Hantar PM kepada sun_one   Quote dan BalasQuote

sun_one
Warga Rasmi
Menyertai: 22.01.2004
Ahli No: 6687
Posting: 16
Dari: SerambiMekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-01-04 18:27



...biasa ler tu..setiap org ader kelemahan dan kekurangan yer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sun_oneProfil   Hantar PM kepada sun_one   Quote dan BalasQuote

nysa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.12.2003
Ahli No: 5481
Posting: 91
Dari: BuMi

egypt  


posticon Posting pada: 04-02-04 14:22


Quote:

On 2003-12-12 17:07, aimanqistina wrote:


3/4 statement tu sesuai gak ditujukan pada pompuan.


mmgla tp,yg ketara pd lelaki...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nysaProfil   Hantar PM kepada nysa   Quote dan BalasQuote

faizbukharyy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 15
Posting: 179
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-02-04 12:36


asssalamualaikum....

syukran ...yg penting sejauh mana kita musahabah diri kan utk jadi insan terbaik....
insyallah...



Bookmark and Share

    


  Member Information For faizbukharyyProfil   Hantar PM kepada faizbukharyy   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-04-04 10:06


nak tambah satu lagi...

TAK BERTANGGUNGJAWAB

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

rasya
Warga Rasmi
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11593
Posting: 11
Dari: port klang

Selangor  


posticon Posting pada: 07-10-04 12:25


assalamualaikum......
sesemua tu memang ada betulnya.......tak boleh nak disangkal kebetulannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasyaProfil   Hantar PM kepada rasya   Pergi ke rasya's Website   Quote dan BalasQuote

sirna_bintang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-10-04 13:51



ade yg betul...rasanya semuanya betul cume bukan semua individu buat semua perkara tu.....kadang2 perlu kita menjadi cermin utk org lain....dan org lain perlu menjadi cermin utk diri kita....

kalu ada salah silap,boleh tegur dgn hikmah...sbb orh perm tak suka dgn lelaki yg tak pandai hormat kaum wanita....mentang2 lah lemah....tak kuat...cakap pun main ikut dia jer nak cakap aper....hati ni pedih tau....cakap lembut2 sket tak bule ker...

dan kalu buleh,sesiapa lelaki @ wanita yg suka sangat perasan...buangkan kanlah sifat tu...jgnlaj cepat sanagt perasankan diri tu.....malu ajeee

bab merokok tu mmg saya paling tak tahan..huu....sorilah kalu nak dekat ngn perokok nii..sakit tekak ni dibuat asap racun tu...cubelah berubah sket demi sket...bukan tak bule...bule..cume perlu keazaman yg tinggi...lagipun bahayakan kesihatan....saya pun kadang2 penat gak nasihat kawan2 yg merokok ni..tp,tak nak dengar jugak...tak tau lah nak kate aper. lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirna_bintangProfil   Hantar PM kepada sirna_bintang   Pergi ke sirna_bintang's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-10-04 14:06



lelaki pun sama juga....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137034 saat. Lajunya....