Ada masanya
ketika ribut cabaran
melanda menerjah diri
pada sekeping hati teralpa jua kita
pada kelembutan budi pekerti
Ada ketikanya sering kita lupa lagi
pada halusnya nurani terusik persaudaraan
tergurislah perasaan
walau itu bukan maksud dan tujuan
Sampai masanya aidilfitri bertamu
di ruang waktu bagai biduk lalu
di samudera kalbu lalu kiambang
persaudaraan bertaut semula
Terciptalah kemaafan terukir keampunan
pada yg berkasih sayang
kerana tuhan
takkan lama ianya berpisah
bertaut di hari raya
Pada Nur Ramadhan yg terus membara
sinar kemeriahan Syawal pun menyala
kita raikannya dengan indah bersaudara
menjadi sebagai tangan kiri dan kanan
Yang sentuhan keduanya saling membersihkan
kembali kepada fitrah kepada ukhwah
kembali seluruhnya kepada Allah
berkah di hari raya
Maafkan saja
segala sengketa lama
yg membeku di jiwa
di bulan yg mulia
hari yg bahagia
moga ukhuwah terjalin
selamanya........
Haa...lagu ni sgt sedih...lirik pun sangat bermakna bagi ana...hayatilah liriknya betul2...sempena hari raya Aidilfitri yang nak dekat ni,ana nak minta maaf zahir dan batin kepada semua ahli ukhwah kalau ana buat silap...lirik ni khas untuk semua...Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!
-----------------
~ Yg pulang pegi usahlah dirintih
doakan saja dikurnia sejahtera
apa yg diratap dgn tangis
keharuan ,leraikan hiba
pujuklah hatimu
pemergiannya
iktibar buatmu.....~