Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: kesahihan tentang kelebihan solat tarawikh


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» kesahihan tentang kelebihan solat tarawikh

Please Mendaftar To Post


Oleh kesahihan tentang kelebihan solat tarawikh

library_boy
Warga Rasmi
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 438
Posting: 2
Dari: K. Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-11-03 01:11


assalamualaikum...

nullsaya ingin bertanya tentang kebenaran akan hadis di bawah ini; adakah ianya benar atau palsu? ini kerana ada sumber yang menyatakan ia adalah hadis palsu. adakah ia boleh dipercayai?null

-> Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W.,
sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:-

Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,
Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


--------------------------------------------------------------------------------

Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27;
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."


Bookmark and Share

    


  Member Information For library_boyProfil   Hantar PM kepada library_boy   Pergi ke library_boy's Website   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-11-03 12:53


Waalaiakummussalam...

Sila Rujuk Di Sini --> :: Kemeriahan Ramadhan ::

wassalam...

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-11-03 13:02


waalaikumussalam wbt...

sesungguhnya hadis tersebut tergolong dlm hadis palsu...
sila rujuk topik ---> FADHILAT SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

aDiB_SaaT
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 21.07.2003
Ahli No: 2513
Posting: 137
Dari: MaiN CaMPuS UIA, GomBaK.

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-11-03 13:26


Jaga2 sikit dengan hadith palsu... sebab ia boleh merosakkan akidah...

Kata rasululllah... sesiapa yang berdusta ke atas aku secara sengaja, maka tersedialah tempatnya di dalam neraka -au kama qaala-

Kalau nak sebar hadith.. tgk kesahihannya dulu... okay..

Wa zakkir fa innazzkira tanfa'ul mukiminiin...


-----------------
ORaNGg YaNg TeRBaIk Di KaLaNgaN KaMu IaLaH OraNg YaNg BeLaJaR aL-QuRaN daN MeNgaJaRkaNNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aDiB_SaaTProfil   Hantar PM kepada aDiB_SaaT   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-11-03 13:30


Ana copy dan paste posting ana yang lepas. Harap maklum...

Dipercayai sumber asal fadhilat² tarawikh adalah berdalilkan sebuah hadith yang agak panjang yang kononnya diriwayatkan daripada Saidina Ali RA. Matan hadith terbabit menceritakan tentang fadhilat bertarawikh selama 30 malam...

Namun begitu, setelah diajukan soalan kepada beberapa tokoh agama tanah air tentang kedudukan hadith ini dari manakah hadith ini diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan...

Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadith seperti Sunan Sittah dan lain² kitab hadith lagi, hadith ini langsung tidak ditemui. Begitu juga di dalam kitab yang menghimpunkan hadith² palsu yakni Al-Maudhu'at, juga tidak ditemui hadith ini. Ini menunjukkan bahawa hadith ini merupakan hadith yang baru diada-adakan sehingga ulama² hadith terdahulu yang menulis tentang hadis maudhu' pun tidak mengetahui akan wujudnya hadith ini...

Kita tidak menafikan kelebihan bersolat tarawikh dan kedudukannya di dalam sunnah. Namun begitu, kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan pelbagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya...

Dengan tersebarnya hadith² palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadith Rasulullah SAW yang dipelihara dengan begitu baik oleh para ulama' agung yang terdahulu...

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah SWT bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis sahih, antaranya hadith berikut:

"Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (Riwayat Al-Bukhari)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak semestinya dengan adanya hadith rekaan mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawikh ini...

Semoga Allah SWT memelihara kita semua daripada diselubungi dengan hadith² maudhu' yang jelas merupakan pendustaan kepada agama kita yang dicintai...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

ummuluqman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4162
Posting: 54
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-11-03 23:17


Assalamualaikum...

Alhamdulillah ada orang yg sudi membetulkan keadaan.Sehinggakan pernah sebuah stesyen tv menayangkan hadith2 tu setiap malam.Dan ramai jugak yg terpengaruh.Walaupun dari pemerhatian kita memangla bagus sebab memang ramai yg memenuhi ruang masjid untuk bertarawikh sehingga 20 rakaat.Namun tidak ramai yg hadir pd malam2 biasa.

Walau apa pun kebanyakan orang berpendapat kalau tak bertarawikh dalam ramadhan nie, belum tentu kita dapat bertarawikh pada ramadhan akan datang.Ada juga berpendapat hanya dalam bulan ini sahaja aku dapat solat tarawikh..tiada dalam bulan lain..

Wallahua'lam...apa2 pun keampunan Allah swt itu adalah sebaik2 ganjaran yg tak patut kita lepaskan. Almaklumlah..kita nie bukan manusia perfect.Hari2 buat dosa tanpa kita sedari.Inilah peluangnya utk kita melupuskan dosa2 lalu dan memperbaiki iman kita.

Fiamanillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuluqmanProfil   Hantar PM kepada ummuluqman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113918 saat. Lajunya....