Oleh |
contoh makanan diet harian? |
insanbiasejer
Warga Rasmi Menyertai: 11.04.2013 Ahli No: 42813
Posting: 8
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 21-04-13 22:33
salam. Tolong bagi saya contoh menu diet yang simple yg bley diamal HARI-HARI. Sy malas joging. Hehe ----------------- ImanIslamIhsan
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 01-05-13 19:16
berbanding makanan, saye rase dan berpendapat cara dan tata pengambilan makanan lebih utama. saya makan dalam jumlah yang sedikit, tapi berulang-ulang. misalnya pagi pukul 7 saye bersarapan jemput2, kemungkinannye saye akan makan 4 5 biji sahaje. nanti saye akan makan lagi 4 5 biji pade pukul 10 atau 11 pagi. kebiasaannye, makanan mengambil mase selame kurang lebih 4 jam untuk dihadamkan lalu mengosongkan perut. make, kirenye sebarang makanan diambil dalam jumlah yang berpatutuan untuk perut hadamkan sedalam waktu 4 jam, lalu bolehlah kite mengambil hidangan yang seterusnya dalam jarak masa yang agak dekat berulang2 kali. ----------------- pengalaman itu ibarat guru yang mengajar di sekolah hidupmu
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 25-07-13 01:00
Assalamualaikum. Saya pernah dengar kaedah diet at kin, cara diet ni macam best sebab boleh lagi makan sedap2 macam ayam, sate, sosej, daging, telur, keju, ops lupa puasa :-P tak perlu jogging. Asalkan jgn ambil karbohidrat, maknanya roti, nasi, air manis dan apa saja yg ada karbohidrat tak blh makan. Dan kaedah ni terbukti berkesan. Selamat mencuba :bye: ----------------- Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
|