BismillahirrahmanirahimSelain dari pentingnya memahami apa yang sebenarnya berlaku didalam saraf tubuh fizikal kita sehingga menyebabkan tercetusnya "idea-idea desakan supaya mengulang-ngulang perbuatan" didalam minda, perlu juga kita memahami perkara ini dari sudut kerohanian
Idea-idea desakan supaya membuat pengulanganIdea-idea yang tercetus secara tiba-tiba ini, boleh kita umpamakan seperti iklan-iklan diinternet yang secara tiba-tiba 'pop-up' pada muka skrin laptop anda ketika sedang melayari internet. Kita boleh delete atau cancel popup window ini atau kita boleh memilih untuk 'disable popup window'. Persoalannya, bolehkan kita
disable popup dalam minda kita daripada mempengaruhi diri?
Pakar Psikiatrik dari London, Dr. Aubrey Lewis yang telah menghabiskan sebahagian usianya untuk mengkaji OCD telah menyimpulkan bahawa walaupun gangguan OCD sebenarnya terbahagi kepada banyak kategori dan perilaku tetapi ianya boleh dibahagikan kepada
3 (TIGA) KESAN UTAMA iaitu:
1. HARMFULBisikan (popup)yang membawa Kesakitan, Keperitan dan Kejahatan, ini termasuk perangai pembawaan 'perfectionist' yang keterlaluan sehingga sikap ini hanya menyakitkan dan menyukarkan kehidupan penderita. Umpamanya berkaitan dengan susunan barangan, pengumpulan barangan (sukar membuang barang yang tidak berguna) Kelicinan permukaan dan kemasan seperti cadar, set kusyen, rasa ingin mengawal segalanya dalam keHidupan agar selari dengan kehendak dirinya (tanpa disedari seolah ingin menjadi tuhan) dan lain-lain lagi. (HARMFUL)
2.LUSTBisikan (popup) yang berkaitan dengan perkara-perkara keji. Keji disini selain dari merasakan diri dan persekitaran tidak bersih, kotor, bisikan ini juga memberikan idea-idea keji seperti perkara-perkara yang berkaitan dengan nafsu dan seks seperti 'incest' (sumbangmahram), perzinaan dan lain-lain. (LUST)
3. BLASPHEMYBisikan (popup) yang berkaitan dengan perkara-perkara yang salah dan tidak benar tentang kepercayaan ugama dan ketuhanan. Ini termasuk perkara-perkara seperti was-was dalam ibadah fekah seperti wudhu, mandi wajib. Ianya juga selalu timbul dalam persoalan 'adakah Tuhan itu wujud', pop-up2 yang mengatakan perkara yang tidak benar tentang tuhan (mengikut kepercayaan agama penderita) dan lain-lain lagi. (BLASPHEMY)
Oleh itu, secara ringkasnya, hasil kajian pakar-pakar psikiatrik menegaskan bahawa simptom OCD boleh dibahagikan kepada
3 (TIGA) kategori utama iaitu:
1. HARMFUL
2. LUST
3. BLASPHEMYManakala, di dalam Surah Al-Baqarah ayat 168-169, Allah SWT telah berfirman bahawa:
(maksud terjemahan ayat)
Hai sekalian manusia, makanlah makanan yang halal dan baik dari apa yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.
Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu supaya membuat perkara-perkara kejahatan
(HARMFUL), keji
(SINFUL/LUST) dan mengajak kamu supaya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (
BLASPHEMY / mengatakan perkara-perkara yang tidak benar tentang Allah)
.............
168. O mankind! Eat of that which is lawful and good on the earth, and follow not the footsteps of Shaitan (Satan). Verily, he is to you an open enemy.
169. commands you only what is
harmful, sinful and
that you should say against Allah what you know not.
(QS: Albaqarah, 168-169)
Apabila kita memerhatikan dengan secara terperinci akan firman Allah yang disebut diatas, kita dapat memahami bahawa syaitan itu sentiasa mengajak manusia supaya melakukan
3 (TIGA) perkara iaitu:
1. HARMFUL
2. LUST
3. BLASPHEMYPenjelasan dari Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta seluruh alam ini, telah jelas
dan terang disokong oleh kajian para doktor kejiwaan tentang simptom OCD iaitu 3 (TIGA) kategori utama iaitu
1. HARMFUL
2. LUST
3. BLASPHEMY
----------------------- PERFECT MATCH -------------------------------
Maka dari huraian ini, maka kini kita mengetahui bahawa bisikan, hembusan, pop-up yang memberikan idea-idea obsessi yang amat mengganggu sehingga mendesak penderita OCD supaya membuat perlakuan kompulsif ini, datangnya tidak lain dan tidak bukan adalah dari:
SYAITAN YANG DIREJAMMaksud firman Allah:
'Iblis menjawab:
'Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat , saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka ,
dari kanan dan dari kiri mereka.' Dan Engkau akan mendapati kebanyakan dari mereka akan menjadi orang yang tidak bersyukur (tidak taat).''
(QS. Al-A'raf : 16-17)
Bisikan dan hembusan dari syaitan ini berlaku kepada semua manusia, tidak kira siapa dan dimana jua,
TETAPI PERLU DIFAHAMI BAHAWA:
a. Bisikan, hembusan, popup dari syaitan kepada manusia normal yang mempunyai keseimbangan cecair neotransmitter : serotonin, dan sihat dari struktur saraf (nerve),
TIDAK mempengaruhi manusia ini dengan kuat sehingga membawa kepada OCD,
KERANA keseimbangan penyampaian maklumat ke otak yang sempurna, dan juga memiliki struktur sistem saraf yang normal.
b. Bisikan, hembusan, popup dari syaitan kepada manusia yang TIDAK mempunyai keseimbangan cecair neotransmitter (serotinin) dan juga mempunyai struktur sisrem saraf (nerve) yang abnormal
AKAN mempengaruhi manusia ini dengan kuat sehingga membawa kepada OCD, akibat dari penyampaian maklumat ke otak dalam bentuk yang tidak sempurna, tersekat-sekat.
Maksudnya disini, syaitan yang direjam telah mengambil kesempatan diatas kelemahan manusia yang memiliki ketidakseimbangan cecair neotransmitter dan yang dilahirkan dengan sistem saraf yang abnormal; dengan menggunakan gangguan berbentuk was-was keatas golongan manusia ini, kerana gangguan berbentuk beginilah yang sangat mudah menyentuh jiwa golongan manusia sebegini dan menjadikan kehidupan mereka menjadi huru-hara, sentiasa gelisah dan moody, menjadi semakin jauh dari matlamat hidup yang sebenar, dan berpotensi untuk membunuh diri (na'uzubillah)
Dari Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :
‘ Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui
pembuluh darah (sistem nerve)’.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.)Setelah memahami akan perkara yang dibincangkan diatas ini, maka saya ingin menegaskan kepada penderita OCD, bahawa selama ini, segala bisikan hati yang berbentuk salah dan membuat anda merasa berdosa seperti idea-idea yang tidak benar terhadap Allah, idea bahawa anda tidak ikhlas membaca al-fatihah didalam solat (baca untuk testing) dan sebagainya adalah
BUKAN dari anda,
TETAPI anda merasakan seolah-olah anda yang mengatakan demikian.
Ianya hanyalah sebuah pop-up, hembusan, bisikan yang dibuat oleh syaitan didalam minda dan hati anda sehinggakan anda merasakan bahawa andalah yang berkata demikian, dan kemudian merasa berdosa, merasa bersalah, maka anda terus melakukan perlakuan kompulsif bagi menenangkan rasa bersalah tadi seperti berhenti dari solat dan mengucap 2 kalimah syahadah berkali-kali, kerana merasakan diri telah menjadi kafir/ kufur akibat popup berbentuk perkataan yang tidak benar tentang Allah,
Ada yang membaca surah Al-ikhlas berpuluh kali untuk mendapatkan penegasan bahawa Tuhan itu Satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan kerana mendapat popup berbentuk mengatakan tuhan itu ada anak, dan sebagainya yang tidak benar tentang Allah.
Dan ketika anda sedang mengucapkan 2 kalimah syahadah, atau sedang membuat apa jua tindakan kompulsif, popup itu datang lagi malah lebih kuat lagi, maka anda terduduk, terganggu, membuat kompulsif lagi, jika sedang solat,terhenti solat, dan perkara ini akan berterusan tanpa ada kesudahannya, SELAGI anda menganggap bahawa andalah yang bertanggung jawab mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak benar tentang Allah itu.
Ingat, bukan anda yang membuat dan mereka-reka perkataan itu. Logikkah jika anda, seorang yang sedar anda seorang muslim, ingin solat menyembah Tuhan, dengan secara tiba-tiba tanpa ada apa-apa alasan, ingin memperkatakan sesuatu yang keji terhadap Tuhan yang sedang/ingin anda sembah? Sudah tentu tidak, maka
PERCAYALAH, bahawa idea, popup itu semunya adalah semata-mata dari syaitan yang direjam.
Oleh itu anda tidak perlu merasa risau, bersalah dan berdosa kerana
BUKAN anda yang mengatakan perkara-perkara ini, ingat!
BUKAN ANDA. Maka anda tidak perlu membuat tindakan kompulsif seperti mengulang semula bacaan, atau apa jua kerana ini semua hanyalah akan membuat anda lebih terganggu dan terseksa yang mana inilah
MATLAMAT UTAMA dari syaitan yang direjam iaitu membuatkan manusia menjadi terganggu kehidupannya, melayan perkara-perkara yang sia-sia dan akhirnya lalai dari mengingati Allah.
Dan perlu difahami, anda tidak dikira berdosa jika hanya mendengar popup/bisikan ini, tetapi anda dikira berdosa jika anda percaya bahawa apa yang dibisikkan itu adalah perkara benar dan mengikutinya.
*artikel ini disesuaikan dari video Curing OCD in 3 Steps oleh Dr. Zaid Muhammad Ghazzawi - www.quran-miracle.com-----------------
Maafla, sebab menyebok saja aku ni