Oleh |
Betul ke kaum Adam hanya menyukai perempuan yang cantik sahaja??? |
Filzatunnafsi
Warga Rasmi Menyertai: 28.08.2011 Ahli No: 41626
Posting: 11
|
Posting pada: 15-10-11 22:10
Betul ke kaum lelaki ni mudah jatuh hati pada perempuan yang cantik sahaja? Wanita yang selalu dipujinya cantik itulah yang disukainya. Aspek yang lain tidak dipandang kira.  ----------------- Qaisha Filzatunnafsi
|
fardina
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka
|
Posting pada: 17-10-11 16:54
 ... Wahai para jejaka2 sila lah jawab... betul ke?
|
usop79
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.07.2004 Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar
|
Posting pada: 17-10-11 19:22
 ... setiap orang lain cara dan minatnya... tetapi kebiasaannya yang cantik itulah yang disukai... tapi bagi saya cantik itu cukuplah sekadar manis dipandang, maksudnya berpakaian yang sempurna menutup auratnya... itulah yang manis dan sejuk dipandang... dari segi wajah kalau dah kurnian Allah tiada lagi cacat celanya... ciptaan Allah itu cukup sempurna kejadiannya... WaAllahualam, sekadar pendapat saya sahaja... ----------------- http://senikatalagu.blogspot.com/http://selokamelayu.blogspot.com/
|
ija1508
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.01.2011 Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL
|
Posting pada: 17-10-11 20:32
Beberapa orang kenalan lelaki saya berkata - memang suka tengok yang cantik (siapa tak suka kan?) tapi kalau nak dibuat isteri, kena fikir banyak kali sebab takut yang cantik ni ramai sangat yang minat. Dan maintenance nya tinggi
|
Filzatunnafsi
Warga Rasmi Menyertai: 28.08.2011 Ahli No: 41626
Posting: 11
|
Posting pada: 21-10-11 04:44
beerti kalau lelaki itu selalu cakap dekat perempuan itu "Wei..kau cantiklah".perempuan itulah yang disukainya ye? kalau begitu kesianlah pada perempuan2 yang cantiknya sederhana saja. Susahlah begini mahu mencari jodoh. ----------------- Qaisha Filzatunnafsi
|
jiha
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.02.2004 Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK
|
Posting pada: 21-10-11 08:30
nilai cantik berbeza bagi setiap orang. mugkin cantik pada mata kita, tapi belum tentu mata orang lain. memang lelaki suka perempuan yang cantik, apa kurang nya orang perempuan suka pada lelaki yang handsome....semua ni adalah fitrah manusia....suka yang cantik. cantik tak semesti nya menawan
|
usop79
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.07.2004 Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar
|
Posting pada: 21-10-11 19:25
Pada 21-10-11 04:44 , Filzatunnafsi posting:!!! QUOTE !!! beerti kalau lelaki itu selalu cakap dekat perempuan itu "Wei..kau cantiklah".perempuan itulah yang disukainya ye?
kalau begitu kesianlah pada perempuan2 yang cantiknya sederhana saja. Susahlah begini mahu mencari jodoh.
tidak semua lelaki macam tu... lelaki yang beriman suka pada wanita yang beriman, lelaki yang suka pada kecantikan kebiasaan suka pada wanita yang cantik... ada juga lelaki yang suka pada wanita bukan hanya kerana pada kecantikan, kerana lelaki juga suka kepada kebaikan, kesopan, budi bahasa, kelembutan, sifat malu seorang wanita dan banyak lagi... apa-apa pun kecantikan tidak untuk semua lelaki... dan kecantik pada lelaki cukup berbeza dari sudut mata masing-masing... Allah maha mengetahui... setiap wanita pasti akan ada jodohnya... cuma bezanya cepat dan lambat sahaja... wallahualam... ----------------- http://senikatalagu.blogspot.com/http://selokamelayu.blogspot.com/
|
Filzatunnafsi
Warga Rasmi Menyertai: 28.08.2011 Ahli No: 41626
Posting: 11
|
Posting pada: 21-10-11 20:39
Syukran jazilan kawan-kawan.. Harap-harapnya..Semua lelaki boleh menjadi seperti yag dikatakan oleh akhi Usop79 tu.. Semoga mereka memilih bakal isteri kerana agamanya (lidiniha) kerana itu lebih penting daripada kekayaannya (limaliha) dan kecantikannya (lijamiliha).. Allahualam... ----------------- Qaisha Filzatunnafsi
|
putri_iman
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.11.2008 Ahli No: 35705
Posting: 116
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 22-10-11 08:19
cantik itu subjektif.. lain mata yang melihat, lainlah pandangannya. ada yang kata cantik itu pada rupa paras, ada juga yang kata cantik itu letaknya pada akhlak dan budi pekerti, tak kurang juga yang kata cantik itu pada keelokan agamanya. pendek kata, ukuran cantik itu berbeza-beza pada setiap manusia.
|
madyie
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2007 Ahli No: 30270
Posting: 106
Dari: tranung
|
Posting pada: 25-10-11 02:13
bagi saya,mmang saya suka pada kcntikan.trmasuklh manusia.perempuan dan lelaki...cantik bagi perempuan,semakna dganya bagi lelaki. cantik d mata seseorang mmang berbeza.
|
netbooksurfing
Warga Rasmi Menyertai: 01.11.2011 Ahli No: 41801
Posting: 3
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 01-11-11 06:06
betul dan kena tau...cantik tu subjektif..maybe cantik di mata si A tapi tidak di mata si B...or sebaliknya... so dengan kata lain..semua wanita cantik di mata lelaki yang suka padannya
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 05-11-11 17:37
 .... saya ni bukanlah cantik sangat tapi manisnyer ada...hehehe.sebenarnya kecantikan yang paling abadi adalah kecantikan budi bahasa,kecantikan rohani kita sendiri..bagi kaum hawa,jangan merendah diri kerana setiap ciptaan Allah ada kecantikannya dan ianya dihargai oleh mereka yang memahami erti kecantikan itu...bagi kaum Adam,anda tahu apa yang anda inginkan dan fahami dari kecantikan yang dimiliki oleh seorang hawa itu..oleh itu,renung-renungkan,selamat beramal..(kredit kepada Prof.Izi.hik3) ----------------- Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.
|
annizam
Warga Rasmi Menyertai: 16.11.2011 Ahli No: 41859
Posting: 6
Dari: Menumpang di Bumi Allah
|
Posting pada: 17-11-11 00:51
Cantik dalaman tu adalah penting seperti amalan agamanya/akhlaknya dan cantik rupa paras tu adalah bonus hehehe...
|
relajihad
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 09.11.2004 Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak
|
Posting pada: 07-12-11 16:09
pada pandangan saya, YA, majority kaum adam suka pada yang cantik.. But dont worry, sebab cantik tu terlalu subjektif. pada penilaian seseorang kaum adam itu berbeza-beza.... mungkin anda sendiri pernah berjumpa dengan pasangan suami isteri yang pada penilaian mata kasar anda bagai pinang dihempap batu lesung bukan? Kenapa begitu? itulah tandanya penilaian seseorang itu berbeza-beza. Ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana.. diulang... MAHA BIJAKSANA!
|
kumpulansenyum
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM
|
Posting pada: 08-12-11 12:04
tak semestinya cantik, tapi carilah yang sedap mata memandang =) ----------------- Jom masuk syurga...
|
vanadium_oksida
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2005 Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak
|
Posting pada: 08-12-11 12:34
tak tak betul tu...kecantikan bukan yang paling penting tetapi iman dan takwa pada seorang perempuan tu yang perlu di lihat begitu jua dengan kaum lelaki. ----------------- Assalammualaikum..wbt salam ukhwah daripada saya kepada sahabat sekalian.... lahiranya kita disambut dengan laungan azan dan matinya diiringi
|
khusairuizzah
Warga Rasmi Menyertai: 10.12.2011 Ahli No: 41891
Posting: 2
|
Posting pada: 10-12-11 23:23
tidak semua lelaki memandang kecantikan fizikal.. kecantikan dalaman yang diutamakan..walaupun kekadang kita tertipu dengan kecantikan luaran..yang penting kekuatan rohani..insyaAllah.
|
al-biruni03
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2003 Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang
|
Posting pada: 17-12-11 22:09
salam secara ftrahnye semua org.. tak kira lelaki atau perempuan suka kepada yang cantik.. tetapi tafsiran "cantik" setiap individu berbeza2  ----------------- ANaMusaFir87
|
al_Muddathsir
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2010 Ahli No: 39247
Posting: 74
|
Posting pada: 25-12-11 02:42
!!! QUOTE !!! Wahai para jejaka2 sila lah jawab... betul ke? Betul.. Cantik dan Cerdik... Kalau Adam kata si A cantik belum tentu semua kaum Adam setuju kata si A cantik.. Cantik tu abstrak..  Nak tanya kaum hawa pula.. betul ke kaum hawa suka lelaki yang ada harta saja..??  Untung Datuk2 K,L,M, etc.. Kasihan pada kaum Adam yang miskin hina.. tapi kaya budi pekerti.. huhuhhuh..  ----------------- .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad:
|
aiNa85
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2009 Ahli No: 38304
Posting: 94
Dari: negeri jelapang padi
|
Posting pada: 25-12-11 18:15
walaupun cantik tu subjektif..tapi..bila depan mata ada dua perempuan, dah semestinya yang cantik akan lebih terserlah dan cuba didekati... Kenapa lelaki selalu macam tu..  ----------------- -PermataAyahBonda-
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 11-01-12 03:00
cantik rupa...umpan menawan mata...... cantik akhlak dan tingkah laku....umpan menawan hati...... hehehehehehe..... ----------------- "Let Allah be the ruler over your hearts"
|
cikgu_ayu
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.03.2012 Ahli No: 42086
Posting: 35
|
Posting pada: 13-03-12 14:11
 jangan jadi seperti sahabat saya ni. Memilih kecantikan rupa. Memang dapat isteri rupawan tetapi baru saja nikah dah bergaduh sampai nak bercerai berai. Si isteri kaki kontrol dan cemburu buta. Nauzubillah... saya selalu pesan pada adik-adik lelaki saya. Cari wanita biar wajah biasa-biasa janji akhlak baik... Ambil iktibar...
|
itqaan_muslim
Warga 5 Bintang Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh
|
Posting pada: 13-03-12 14:16
cantik pun nak juga... bagi ana aspek pertama, wanita melayu yang pandai menjaga pekerti, lemah lembut....pandai menjaga malu,,, cantik no 2 ...memang fitrah manusia sukekan kecantikan...sedap mata memandang kira ok lah... kerana hanya kita saja yang tahu dimana kecantikan pasangan kita...
|
ctadillah
Warga Rasmi Menyertai: 11.03.2012 Ahli No: 42101
Posting: 5
Dari: ukm,kl
|
Posting pada: 13-03-12 17:56
sukakan kecantikan itu fitrah tapi "cantik" yang disukai lelaki tidak semestinya difokuskan pada wajah seseorang sahaja.... tidak semua yang memiliki wajah yang cantik menyenangkan hati... paling penting cantik dari segi peribadi,akhlaknya,penampilan,tutur kata..dan seangkatan dengannya........
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 29-03-12 12:02
jangan khuatir nilai kecantikan berbeza dari kacamata setiap orang. org berkulit gelap mungkin tidak cantik pada kita tapi cantik pada kacamata orang lain. org gemok mungkin tidak cantik pada kita tetapi cantik pada sesebahagian negara di Afrika. Usah menilai cantik pada nilaian kita.
|
assirkami
Warga Rasmi Menyertai: 20.09.2010 Ahli No: 40299
Posting: 6
Dari: Melaka ~ Tanah Beradat
|
Posting pada: 03-04-12 13:35
cantik tu fitrah manusia .. semua orang suka yang cantik tapi kalau setakat luar saja cantik tapi akhlak tak cantik pun tak guna juga .. so biar akhlak cantik selari dengan rupa yang cantik ----------------- Islam Cara Hidup Kita
|