Oleh |
~Nak Beli Kereta Tapi Tidak Pasti Kereta apa?~ |
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 25-09-11 10:56
 Sekadar ingin bertanyakan pendapat sahabat-sahabat Ukhwah semua, kereta apakah yang patut saya beli, pening dah fikir ini, kerja dah setahun tapi kereta tak beli lagi, walaupun xterdesak tapi bila keadaan yang memerlukan, memang saya patut ada kereta...  Boleh tak saudara/i yang sudah mempunyai kereta jelaskan kepada saya tg kereta2 anda semua, bukan apa, untuk buat perbandingan pro dan kontra kereta2 ini...maklumlah saya ini jenis yang kurang arif tg kereta...  Terima kasih atas bantuan saudara/i semua... ![]() ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 26-09-11 00:01
wsalam...bagus lah tu...beli ikut keperluan dan kemampuan... saya ni pun dalam dilema nak beli kereta jugak..tapi tak tau nak beli kereta apa...bukan pasal tak ada duit tapi pasal cerewet...hihi...setakat ni pakai kereta da 2x tukar, 1 beli second hand masa zaman belajar, lepas itu bila da kerja ambil kereta family yang pastinye lah second hand..ni setalh 3 tahun kerja nak juga beli kereta, d new one lah..tapi tak tau kereta apa yang jadi idaman...huhu...niat nak beli da lama..tapi asik tetangguh2 so saya biarkan saja lah belalau..sebab bukan tedesak jugak...hanya bila tengok mmber2 melaram pakai kereta baru saya pun teringin nak jugak...huhu...tapi fikir-fikir smule rasa tak perlu lah agaknya setakat ni...memadailah apa yang ada...tapi untuk anda saya cadangkan beli ikut kemampuan dan keperluan walaupun tekebih mampu...rujuk kawan-kawan yang arif  ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
sutera_hijau
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.08.2004 Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu
|
Posting pada: 26-09-11 18:22
dulu pun saya ada masalah macam ni jugak, sekarang dah 2thn lebih pakai toyota vios, ok saja..beli yang ni sebab memang mint vios sejak dari belajar lagi..ambik yang 2nd saja pun...org cakap lau nak beli terus yang puas hati...nak tkar2 kereta ni bukan macam tkar baju...tapi depend pada pndptn juga lah...
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 27-09-11 18:24
beli ikut kemampuan..bukan ikut kesukaaan... bila dah mampu..baru boleh ikut yang mana suka... aku masih dengan kereta lama.... aku beli kancil masa tu tahun 2000..hutang dah setel... aku beli pasal.. masa tu aku mampu bayar yang tu saja... bajet aku lepas yang tu...tengok dari segi maintainance... insuran...roadtax.. semua kena ambil kira....dan aku beli ikut siutasi juga masa tu..ye lah msatu bujang...apa fikir nak beli kereta bebeso....cukup untuk aku guna nak balik kampung..nak jenjalan saja... pergi kerja..semestinya aku nek motor..thehehe.. hajat diahati memang ada nak ambil satu kereta... tapi ikut bajet tak lepas lagi...heheh.. nak setelkn utang2 lain dulu...insya Allah Kalau tak ada aral...setahun lagi aku setelkan.. ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
ija1508
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.01.2011 Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL
|
Posting pada: 27-09-11 23:01
Bagus cadangan rdwira tu ... bagi saya ada satu lagi ... saya boleh parking ke kereta tu dengan mudah. Memang lemah lah bab-bab parking ni. Nak beli satu kereta ni ... my father tanya, boleh parking tak agaknya? Huhuhuhu.
|
muslimin2303
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.02.2005 Ahli No: 14727
Posting: 83
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 28-09-11 21:58
 ... bagi saya kalau nak beli kereta tengok kepada kemampuan dan keperluan serta perbelanjaan setelah membeli..contohnya macam senggaraan dia, minyak dia...roadtax dan insurans...adakah dalam kemampuan kita..kalau mampu boleh pilih saja yang mana suka. untuk tengok harga kereta biasanya dalam paper berita harian hari jumaat kadangkala ada list semua harga2 kereta di malaysia. boleh test drive kereta kawan-kawan dulu dan tanya pendapat mereka. macam saya guna kereta buatan proton saja...harga dalam kemampuan...servis pun murah sikit. kalau CC besar kuat lah makan minyak....kalau nak jimat minyak dan mudah nak parking beli saja yang kecil-kecil buat permulaan...dah cekap dan bekeluarga ambil lah yang besar sikit...hehehe.....sekian....
|
farah_hanan
WARGA SETIA Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-10-11 19:09
best juga cakap pasal kereta ni...sebabnya, saya pun sepatutnya dah ada kereta sendiri. Kerja hampir 4 tahun sudah...tapi kereta baru tak mampu nak beli lagi... setakat ni untuk ulang alik pergi kerja pakai kereta family... rumah sewa ke tempat kerja dalam 10 minit saja (jalan kaki pun sampai).... sebab tu bateri selalu kong.. hihihi... sebab jalan dekat-dekat... kalau kereta baru pun, rasanya masalah sama juga... jarak rumah ke lokasi tempat kerja dekat sangat, lepas itu nak balik kg sekali sekali senang naik pengangkutan awam sebab tak suka jem.... rasa macam tak berbaloi saja... so, keputusan nya... saya pakai dulu kereta ni... jimat dan tak banyak ragam dan boleh settle hutang PTPTN supaya cepat langsai... ----------------- My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 03-10-11 06:52
 macam mana dengan Perodua Alza... ![]() ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
aisyhumaira
Warga Rasmi Menyertai: 25.08.2011 Ahli No: 41611
Posting: 2
Dari: Hulu langat
|
Posting pada: 04-10-11 00:35
hw bout honda city latest...?i feel more cnfdent when i'm on da road... MYVi pun ok...lagi best bila nak bayar...minyak pun jimat...huhuhuhu Lagi best..ohhhh ohhh lagi best...ohhhhh..ohhhh...
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 11-10-11 00:50
bestnya cerita farah_hannan tu...huhu... erm..saya pun suka dengan honda city tapi tak mampu lah nak bayar sampai 1000 sebulan...dan saya Kalau nak beli kereta tak mahu lah kereta tu da banyak sangat atas jalan...rata-rata yang saya lihat kawan-kawan saya Kalau beli kereta baru Kalau kelauaran malaysia beli lah myvi..Kalau nak up sikit standard tu luar negara punya beli vios...hoho...vios lah paling murah anatara semua kereta import...lain-lain tak ada,..tu yang masalahnya..huhu ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
samudra
WARGA SETIA Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu
|
Posting pada: 13-10-11 23:36
Antara proton dengan produa,,produa lebih berkualiti,,tapi kalau nak puas hati dan ada duit lebih baik beli kereta jepun atau kereta europe.
|
ija1508
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.01.2011 Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL
|
Posting pada: 14-10-11 03:19
Alza okay juga eme86 ... tapi macam kereta orang dah berkeluarga sebab Alza tu MPV kan?
|