Dipetik daripada
http://cetusanhati.comAssalamu'alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..
Terlebih dahulu saya minta sangat-sangat kepada semua pembaca untuk membaca entri ini sehingga ke akhirnya. Ada sesuatu yang ingin saya sampaikan di sebalik penulisan saya yang tak seberapa ini.
Beberapa bulan yang balu, saya telah mendengar radio IKIM dimana penceramahnya ialah Doktor Jamnul Azhar Mulkan, adik beliau Ustaz Jamnul Azazi Mulkan merupakan guru bahasa arab saya suatu ketika dahulu.
Doktor Jamnul ketika beliau belajar di Mesir pernah berhadapan dengan satu situasi semasa berpraktikal di hospital,seorang kanak-kanak telah memasuki rawatan kecemasan akibat tercekik duit syiling. Doktor Jamnul dan rakan-rakan yang masih junior menelefon Doktor pakar untuk membantu kanak-kanak tersebut. Tunggu punya tunggu, doktor pakar tersebut masih tidak menampakkan batang hidungnya lagi. Doktor pakar itu seperti melengeh-lengahkan masa dan liat untuk membantu. Doktor Jamnul dan rakan-rakan cuba menghubungi doktor pakar itu tetapi doktor pakar itu gagal menghadirkan diri untuk membantu kanak-kanak itu. Akhirnya, kanak-kanak itu tidak berjaya diselamatkan. Ajal maut memanglah di tangan tuhan tetapi kalau doktor pakar itu ikhlas untuk membantu,pasti beliau akan cepat bertindak untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut,tak mustahil kanak-kanak itu masih boleh terus bernafas.
Ibu kanak-kanak tersebut ingin menyaman doktor tersebut dan pihak hospital. Selepas berbincang dengan baik dan dinasihatkan oleh pihak hospital, ibu tersebut membatalkan hasratnya untuk menyaman doktor pakar dan hospital itu kerana yakin dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehnya.
Suatu hari….datang lagi seorang kanak-kanak berumur 3 tahun bersama ibunya ke hospital,juga tercekik duit syiling. Doktor Jamnul dan rakan-rakan menghbungi doktor pakar tersebut dan berharap agar kejadian seperti sebelum ini tidak berulang lagi. Doktor pakar masih juga lambat tiba di hospital. Dan saat itu,kanak-kanak itu telah pun diambil nyawanya. Doktor pakar tersebut memasuki bilik pembedahan di mana kanak-kanak itu berada. Tiba-tiba beliau menangis semahu-mahunya. Semua yang berada di situ sangat pelik dengan sikap doktor pakar yang tiba-tiba menangis tidak tentu hala. Akhirnya doktor pakar itu menyatakan bahawa anak kecil itu adalah anaknya sendiri….dan jika dia cepat tiba di hospital pasti anaknya mampu diselamatkan.
Maka pengajarannya…..apa yang kamu beri itu yang kamu dapat. Jika cerita ini kita nampak dalam sudut yang negatif tetapi jika sebaliknya yang kita beri itu adalah positif,pastinya kita akan dapat semula yang positif. Saya rasa,walaupun ibu tersebut tidak menyaman doktor tersebut tetapi pastinya ada sekelumit perasaan agar doktor pakar itu rasa apa yang beliau rasa. Nah, Allah telah memberikan perkara yang sama buat doktor pakar itu..