Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 164
Ahli: 0
Jumlah: 164




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Al-Fatihah Osama Bin Laden


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Al-Fatihah Osama Bin Laden

Please Mendaftar To Post


Oleh Al-Fatihah Osama Bin Laden

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-05-11 16:13


Pemimpin Al-Qaeda ditembak di kepala, anak lelaki turut maut dalam serangan komando AS

WASHINGTON: Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda yang dikaitkan dengan serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera AS di sebuah rumah di Abbottabad, kira-kira 45 kilometer di timur laut Islamabad, Pakistan, tengah malam kelmarin.

Turut terbunuh dalam serangan kira-kira 40 minit oleh pasukan gerak khas tentera laut AS itu ialah anak lelaki Osama, seorang wanita yang tidak dikenali dan dua lelaki lain.
Osama yang ditembak di kepala dikatakan memberi tentangan sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut membabitkan penggunaan dua helikopter. Salah sebuah helikopter AS yang menyertai operasi itu dikatakan terhempas akibat kegagalan mekanikal.
Pekarangan rumah yang diserbu dalam operasi itu adalah lapan kali ganda lebih besar daripada rumah berhampiran dan dikelilingi tembok setinggi empat hingga enam meter dengan dawai berduri, tetapi tidak mempunyai kemudahan telefon, mahupun internet.

Pegawai AS memberitahu Agensi Perisikan Pusa (CIA) menjejaki Osama di tempat persembunyiannya, sebelum pasukan elit keenam tentera laut AS diterbangkan ke lokasi itu.

Katanya, Osama ditembak di kepala dalam pertempuran itu dan pegawai AS mengesahkan identiti pemimpin Al-Qaeda itu berdasarkan rupanya. Pegawai itu bagaimanapun enggan mengulas sama ada DNA sudah dilakukan.

Presiden AS, Barack Obama ketika membuat pengumuman kejayaan operasi itu yang disiarkan secara langsung di seluruh dunia menyifatkan kematian Osama sebagai ‘keadilan akhirnya ditegakkan’.
Obama berkata tentera AS sudah mengambil mayat Osama dari tempat kejadian dan berjanji pengendalian mayat itu akan menghormati amalan Islam.

Rangkaian televisyen, Al-Jazeera melaporkan mayat Osama disemadikan di laut dan disahkan media AS yang memetik pegawai di Washington, untuk mengelak kuburnya dijadikan tempat pemujaan oleh golongan ekstrim.

Obama mengesahkan beliau mengarahkan operasi tengah malam itu, selepas AS kali pertama mendapat maklumat risikan mengenai tempat persembunyian Osama, Ogos tahun lalu.

“Satu kumpulan kecil anggota kita telah menjayakan operasi itu dengan keberanian dan keupayaan yang luar biasa. Selepas mendapat sedikit tentangan, pasukan itu membunuh Osama dan mengambil mayatnya,” kata Presiden AS itu.

Beliau berkata, tiada seorang pun tentera AS atau orang awam terbunuh dalam operasi itu.

Obama turut memuji Pakistan di atas kerjasama yang diberi negara itu. Bagaimanapun seorang pegawai berkata hanya AS mengetahui mengenai operasi itu sebelum ia dilancarkan.

Pengumuman Obama itu mencetuskan perhimpunan spontan di hadapan Rumah Putih dan di Ground Zero, tapak menara World Trade Center (WTC) yang runtuh dalam serangan 11 September 2001, selepas dirempuh dua pesawat penumpang dirampas pengganas didakwa anggota kumpulan Al-Qaeda.

Berita dramatik kematian Osama itu menutup pergolakan dunia yang dicetuskan serangan 9/11 ke atas pengganas yang mengorbankan lebih 3,000 orang.

Serangan didakwa dilakukan Al-Qaeda itu mencetuskan perang di Afghanistan, dan turut digunakan sebagai alasan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menceroboh Iraq.

Seorang diplomat Barat di Afghanistan berkata, kematian Osama juga dijangka membawa perubahan besar kepada dasar luar AS.

“Perkembangan ini akan mengubah senario, tetapi masih kabur apakah perubahan ini,” katanya.

Kejayaan membunuh Osama dijangka mencerahkan peluang Obama dalam pemilihan presiden tahun depan, selepas Presiden George W Bush yang memulakan peperangan terhadap keganasan kira-kira 10 tahun lalu, gagal menawan atau membunuh pemimpin Al-Qaeda itu.

Ketika mengumumkan kejayaan itu, Obama mengelak nada yang mendabik dada. "Malam ini saya boleh melaporkan kepada warga Amerika dan kepada dunia bahawa Amerika Syarikat sudah melancar operasi yang membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, pengganas yang bertanggungjawab terhadap kematian beribu-ribu mangsa lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.”

Beliau berkata kematian Osama tidak bermakna keganasan akan berakhir dan menjangka Al-Qaeda akan meneruskan perjuangannya. - Agensi


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 03-05-11 17:18


Pada 03-05-11 16:13 , mdfakhri posting:

!!! QUOTE !!!



Ketika mengumumkan kejayaan itu, Obama mengelak nada yang mendabik dada. "Malam ini saya boleh melaporkan kepada warga Amerika dan kepada dunia bahawa Amerika Syarikat sudah melancar operasi yang membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, pengganas yang bertanggungjawab terhadap kematian beribu-ribu mangsa lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.”

Beliau berkata kematian Osama tidak bermakna keganasan akan berakhir dan menjangka Al-Qaeda akan meneruskan perjuangannya. - Agensi




waaa....bongkak sungguh ayat beliau tu ya...ah, selagi beliau dibelakangi israel selagi tu lah dunai tak aman..tak ada kena mengenenye dengan osama bin laden


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 04-05-11 00:02


saya tak percaya beliau dah ditembak ... yang saya pelik mereka kata dalam sebuah artikel ... religious rites dilakukan di kapal perang mereka dan kebumikan osama dilaut. Kenapa tidak dibawa balik mayat tu ke Amerika untuk dijadikan bukti ... dan apabila disoal mengapa gambar yang ditunjukkan tu berbeza dengan gambar yang sebelum ni sebab gambar yang sebelum ni wajah osama nampak dah berumur dan janggut pun dah beruban ... alasan mereka wajah osama terbakar kena tembakkan .... sebab tu berbeza ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 04-05-11 00:03


Adakah mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat amerika tentang asal kenegaraan kelahiran obama?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

ija1508
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2011
Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-05-11 07:28


Assalamualaikum,

Pelikkan Kenapa Amerika tidak dapat menunjukkan mayat Osama? Alasan sudah dikebumikan di laut ...? Boleh percaya ke?

Diberitakan juga kawasan kediaman Osama juga terletak di kawasan yang hampir dengan maktab tentera Pakistan dan bukan di kawasan yang tersembunyi dan tersorok. Dan sudah 6 tahun beliau tinggal di situ. Kata pihak perisik Amerika canggih. Canggih ke?

Adakah ini satu helah Obama yang sedang berkempen untuk mengekalkan jawatan presiden beliau? Kedudukannya amat merudung sebelum kejadian ini diberitakan. Sekarang ni Obama dah jadi hero di Amerika dan kepada penyokong mereka.

Realiti atau konspirasi?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ija1508Profil   Hantar PM kepada ija1508   Quote dan BalasQuote

azam_pejuang_tErAkHiR
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2010
Ahli No: 40479
Posting: 10

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-05-11 08:06


propaganda saja ini....u.s mahu supaya penduduk dunia percaya dengan apa yang berlaku kerana mereka memang mahukan berlaku sedemikian......banyak yang tak logiknya dalam kronologi ni..banyak benda lah boleh pertikai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azam_pejuang_tErAkHiRProfil   Hantar PM kepada azam_pejuang_tErAkHiR   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 04-05-11 13:54


malu dengan kenyataan cik najib PM malaysia yang tak berapa cukup jantan itu.Osama Laden ada ke?



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

fardina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-05-11 08:39


:berfikir: :berfikir: :berfikir:

betul ke berita kematian Osama Laden ni?

mana buktinya?

kalau dulu kematian Saddam Hussien disebar gambarnya oleh Amerika tapi mengapa sekarang tidak...

Adakah Osama Laden masih hidup sebenar-benarnya???



:-? :-? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For fardinaProfil   Hantar PM kepada fardina   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-05-11 09:42


Pada 05-05-11 08:39 , fardina posting:

!!! QUOTE !!!



Adakah Osama Laden masih hidup sebenar-benarnya???



Persoalan saya betul ke Osama itu wujud? Ada artikel mengatakan US sengaja hidupkan watak Osama itu untuk menyerang Islam. Walhal Osama tu tak pernah wujud pun.

Hmmm..


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 05-05-11 11:38


pada pendapat saya ni hanyalah propaganda amerika...


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

azam_pejuang_tErAkHiR
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2010
Ahli No: 40479
Posting: 10

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-05-11 07:48


osama memang wujud...beliau adalah anak didik as-syahid abdullah azzam. yang kita pertikai adalah dibimbangi banyak operasi yang dijalankan dinisbahkan kepada al-qaeda sedangkan ianya telah dirancang oleh pihak yahudi dan nasrani bagi memburukkan imej pejuang Islam. oleh itu sebelum berburuk sangka terhadap pejuang islam maka ada baiknya dikaji dulo sejarahnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azam_pejuang_tErAkHiRProfil   Hantar PM kepada azam_pejuang_tErAkHiR   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 14-05-11 00:51


semasa 911 tu berlaku, kalau tak silap Osama sendiri tidak mengaku itu perbuatan beliau. Dan menurut seorang teman saya yang berbangsa cina, ada lapuran yang mengatakan pada waktu peristiwa itu berlaku, 5,000 pekerja yahudi tidak datang kerja ... Kenapa? masih menjadi tanda tanya ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-05-11 08:00


Pada 05-05-11 09:42 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-05-11 08:39 , fardina posting:

!!! QUOTE !!!



Adakah Osama Laden masih hidup sebenar-benarnya???



Persoalan saya betul ke Osama itu wujud? Ada artikel mengatakan US sengaja hidupkan watak Osama itu untuk menyerang Islam. Walhal Osama tu tak pernah wujud pun.

Hmmm..



osama laden TIDAK WUJUD


saya sudahd edahkan sebelum ini tapi ramai tak percaya


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113837 saat. Lajunya....